Mohd Fadzil

Month: April 2009

Aduan Terbaru

Aduan Terbaru ( Aduan yang baru di terima…. daripada saya akan mengetengahkan aduan anda pada 27hb April 09 memandangkan 25hb dan 26hb adalah cuti minggu)…. harap maklum…..

63 pertukaran kolej kediaman. [ by………….. on Fri 24th Apr 09, 6:37pm]

Assalamualaikum.

Seperti sedia maklum, pelajar yg menetap di TSN, TDI dan TF terpaksa dipindahkan ke Taman Kelisa dan Taman Universiti. kenapa ini berlaku? saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang tidak berpuas hati. Apabila ditanya, intake untuk sem. hadapan telalu ramai. Ini bermakna asrama tidak mencukupi. Tetapi apabila student yang akan dipindahkan ke taman-taman tersebut memohon untuk menyewa rumah, pihak kolej kediaman tidak membenarkan. Aiii tadi cakap asrama tak cukup. Kenapa bukan student baru sahaja yang diletakkan disana?. Sebelum ini ada diwujudkan kad aktiviti pelajar untuk memastikan hanya student yg aktif sahaja dapat tinggal diasrama, itu pun selepas 2 tahun. Setelah saya sertai semua aktiviti yg disediakan? ini balasan yang saya dapat? saya rasa ini satu tindakan yang tidak adil. saya harap pihak mpp dapat membantu menyelesaikan masaalah ini.

62 MINTA PERTOLONGAN… [ by ………… on Fri 24th Apr 09, 6:07pm]

kami pelajar kemasukan sesi 1 08/09 telah diminta menghuni tmn u dan taman kelisa pada sem hadapan.

ini mendatangkan pelbagai masalah pada pihak kami..dan kami merasa tidak adil kerana ada juga yang tidak perlu pindah..kenapa??? apa slh kami??

kami cadangkan supaya menetapkan pelajar baru ke tmn u dan tmn kelisa, sedangkan kami dikekalkn di kolej kediaman asal.

minta pertolongan masalah kami diketengahkan.

terima kasih…..

61 kolej kediaman [ by……………….. on Fri 24th Apr 09, 5:58pm]

diharapkan supaya pelajar yang baru masuk yang akan menduduki kolej kediaman yang baru. pelajar lama diharapkan dapat menduduki kolej kediaman sedia ada.

60 harap sgt-sgt MPP dapat bantu..tolong kami.. [ by ………..on Fri 24th Apr 09, 5:49pm]

assalamualaikum..

saya wakil dari penghuni kolej kediaman tun fatimah..kami hadapi masalah yang amat merungsingkan..”PINDAH ASRAMA KE TAMAN U”..

saya wakil dari penghuni kolej kktf sesi 08/09 memohon jasa baik pihak MPP utk menyuarakan bantahan kami untuk berpindah keluar dari menghuni kktf. memandangkan kami masih ada kontrak setahun menghuni..kenapa tidak pelajar baru yang ditempatkan di taman u…

mcm-mcm masalah timbul..susah nak simpan barang, nak pindahkan barang…kenapa mesti kktf, kenapa tidak tsn, tdi? bukankah lebih senang pihak U menempatkan pelajar baru (terus pindah masuk) ditaman u . sedangkan kami yang hanya tinggal setahun lagi terpaksa susah payah berpindah, sudah la dalam minggu final. runsing kami…adakah perlu kami sediakan surat bantahan dan ditandatangani lebih seratus penghuni utk hal kami di ketengahkan…kenapa mesti kami pelajar perempuan yang mesti berpindah!!..harap sanagt pihak MPP beri perhatian 200% utk masalah kami…semoga suara dari pihak MPP dapat membantu kami…terima kasih

Jawapan :

( Aduan ini yang baru di terima…. daripada saya akan mengetengahkan aduan anda pada 27hb April 09 memandangkan 25hb dan 26hb adalah cuti minggu)…. harap maklum…..

Makluman pada malam ini saya telah meninjau kesemua kolej kediaman untuk mendapatkan data daripada senarai nama yang telah dikeluarkan…..

KKTSN – KEKAL = 32 SISWA

– PINDAH ( TAMAN U ) = 114 SISWA

KKP – KEKAL = 383 SISWA

– KEKAL = 236 SISWI

– SUKSIS = 180

– ROTU = 109

– HABIS KONTRAK & DAPAT SAMBUNG = 71 SISWA

– HABIS KONTRAK & DAPAT SAMBUNG = 63 SISWI

– PINDAH ( TAMAN U) = 62 SISWA & 58 SISWI

KKTF – KEKAL = 42 SISWI

– PINDAH ( TAMAN U) = 385 SISWI

KKTDI – KEKAL = 24 SISWA

– PINDAH ( TAMAN KELISA) = 269 SISWA

KKM – MASIH BELUM KELUAR SENARAI NAMA

* Sekiranya pelajar dapat melihat ianya melibatkan ramai pihak, adalah mustahil untuk kami untuk memuaskan hati semua pihak. Di harap kesemua pelajar kanan yang terlibat dapat melihat dalam perspektif yang rasional dalam hal ini. Saya selaku YDP akan berusaha untuk membawa hal ini ketengah tetapi mungkin jawapannya selepas ini tidak dapat memuaskan hati kesemua pihak.

* Terima kasih kepada pihak KKTSN kerana pada hari ini mengeluarkan maklumat mengenai definisi aktif yang menjadi persolan pelajar kanan yang di terima masuk kembali.

* Di KKTF pula saya ternampak poster perjumpaan pihak pentadbiran KKTF bersama penghuni Ahad ini. Kepada pelajar pada ketika itu boleh bertanyakan soalan2 yang dapat menjawab persoalan anda. Di harap pihak pentadbiran kolej-kolej lain dapat mengikut langkah ini dengan JKK memainkan peranan untuk mengadakan sesi tersebut.

MAKLUMBALAS MPP

MAKLUMBALAS MPP

( SACAM – SISTEM ONLINE ADUAN CADANGAN MAHASISWA )

http://webapp.uthm.edu.my/mpp/submitnews.php ( Untuk Aduan) http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/ ( Maklumbalas)

Kolej Kediaman [ by………….. on Thu 23rd Apr 09, 5:06pm]

1. Pelajar kolej kediaman TDI dimaklumkan perlu pindah ke taman kelisa parit raja. Disini kami ingin tahu mengapa pelajar2 kampus bandar tidak di pindahkan ke taman kelisa yang mana lebih berdekatan dengan kampus bandar sedangkan kami(pelajar FKMP dan FKEE) yang kelas di kampus induk terpaksa duduk lebih jauh dari kampus bandar?

Ini agak membebankan kami dan harap MPP dapat membantu kami dalam hal ini.

2. Disini terdapat beberapa cadangan antaranya:

Pelajar di kolej melewar yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar yang belajar di kampus bandar di tempatkan di taman kelisa dan pelajar yang kebanyakkan kelas di kampus bandar di tempatkan di kolej melewar, atau

Semua pelajar baru ditempatkan di taman Universiti yang baru dan separuh pelajar di kolej kediaman dipindahkan ke melewar dan perwira.

3. Apabila kolej yang baru siap, adakah semua pelajar akan di tempatkan di kolej kediaman?

Jawapan :

1. Berkenaan persoalan ini, pelajar-pelajar kampus bandar juga dipindahkan ke Taman Kelisa. Bukan hanya pelajar FKMP dan FKEE sahaja yang akan dipindahkan. Terdapat percampuran fakulti di kolej tersebut. 2. Berkenaan cadangan ini sememangnya bagus. Selaku MPP saya menyokong idea-idea yang dapat membawa kebaikan kepada semua pihak. Tetapi implementasi kemasukan pelajar belum berlaku sehingga kemasukan pada bulan Julai. Selepas itu, saya akan mengkaji terlebih dahulu dengan melihat kelemahan-kelemahan apabila keadaan sebenar pada masa itu. Selaku YDP saya berharap rakan-rakan mahasiswa dapat bersabar terlebih dahulu sehingga pelaksanaan tersebut berlaku.

Di sini saya menggariskan faktor-faktor yang saya selidiki yang menyebabkan ramai pelajar-pelajar kanan dipindahkan ke kolej kediaman baru.

(a) Kemasukan pelajar baru pada bulan Julai dianggarkan seramai 2800 orang yang akan mendaftar walaupun tawaran kepada 3500 orang untuk mengikuti kursus di UTHM. Oleh kerana itu pihak universiti terpaksa mengambil keputusan kerana pelajar-pelajar baru ini harus ditempatkan di kolej-kolej kediaman utama kerana mereka masih mentah ditempat ini. Faktor kawalan lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar baru ini dimasukkan ke kolej-kolej kediaman ini.

(b) Pelajar kanan seharusnya sudah mempunyai pengalaman dan selok belok di kawasan kampus sekitar dan pengalaman tersebut akan memudahkan urusan-urusan peribadi dan akademik walaupun ditempatkan di kolej-kolej kediaman baru. Pihak MPP merasakan bagi meredakan situasi ini pelajar-pelajar kanan haruslah dapat menerima dengan rasional perpindahan ini. Pengorbanan sahabat-sahabat semua adalah demi adik-adik kita yang baru sahaja sampai menjejakkan kaki ke menara gading. Semoga adik-adik kita ini lebih mudah dibentuk dan dikawal jika ditempatkan di kolej-kolej utama berbanding jika kita terus meletakkan mereka ini di kolej-kolej baru yang jauh dari pemerhatian yang lebih berkesan. Saya selaku YDP akan menggerakkan Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP untuk melihat permasalahan pelajar-pelajar kanan ini di kolej-kolej baru ini sementara JKK kolej baru tersebut belum dilantik. InsyaAllah niat baik kita semua untuk datang belajar di sini akan di berkati Allah S.W.T. Semoga sahabat-sahabat bersyukur dengan apa yang ada dan tugas kami sebagai pihak MPP akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan berkesan…..

3) Polisi universiti sememangnya inginkan kesemua pelajar duduk di kolej-kolej bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat kualiti terbaik dalam proses pembelajaran. Walaubagaiamanapun kekangannya adalah tempat. Kolej baru tersebut sebenarnya adalah bangunan yang telah siap yang haya perlu adalah pengubahsuaian daripada segi kemudahan untuk pembelajaran. Kapasiti penempatan di kolej baru akan dimaksimumkan berdasarkan permintaan pelajar-pelajar di kolej-kolej kediaman. Untuk kesemua pelajar dapat menduduki kolej-kolej kediaman adalah mustahil pada masa kini, perancangannya sudah ada iaitu di untuk jangka panjang, dalam RMK-10 pelan induk yang telah di buat iaitu perumahan-perumahan untuk pelajar akan di buat dan ini bergantung dengan peruntukkan daripada kerajaan.

Sekian, Terima kasih.

Tidak puas hati dengan pertukaran kolej kediaman secara tiba-tiba [ by ………………on Thu 23rd Apr 09, 2:10pm]

Saya berasa tidak puas hati dengan pertukara kolej kediaman secara tiba-tiba. Saya dari kktdi dipaksa menukar kolej kediaman ke kolej kediaman di taman kelisa. Setahu saya bahawa fasiliti di sana adalah tidak cukup dan pembangunan sedang dijalankan. Saya tak faham kenapa hanya pelajar tahun1 yang masuk sesi 08/09 saja yang kena tukar dan kenapa pelajar baru tidak boleh tinggal di kolej kediaman yang baru? [b]Adakah kerana pelajar yang lama sikit di sini boleh dikorban cuba untuk tinggal di asrama baru?[/b] Kami sudah hampir satu tahun tinggal di kolej kediaman tun dr. ismail, saya tinnggal di sini gembira dan ai mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri dalam satu tempat yang baru……..Oleh itu saya harap MPP dapat membuat sesuatu supaya kita tidak perlu pindah ke kolej kediaman baru……..tq.

Jawapan :

Berkenaan permasalahan saudara, kesemua pelajar kanan daripada kolej-kolej kediaman lain juga menghadapi masalah yang sama.

Di sini saya menggariskan faktor-faktor yang saya selidiki yang menyebabkan ramai pelajar-pelajar kanan dipindahkan ke kolej kediaman baru.

(a) Kemasukan pelajar baru pada bulan Julai dianggarkan seramai 2800 orang yang akan mendaftar walaupun tawaran kepada 3500 orang untuk mengikuti kursus di UTHM. Oleh kerana itu pihak universiti terpaksa mengambil keputusan kerana pelajar-pelajar baru ini harus ditempatkan di kolej-kolej kediaman utama kerana mereka masih mentah ditempat ini. Faktor kawalan lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar baru ini dimasukkan ke kolej-kolej kediaman ini.

(b) Pelajar kanan seharusnya sudah mempunyai pengalaman dan selok belok di kawasan kampus sekitar dan pengalaman tersebut akan memudahkan urusan-urusan peribadi dan akademik walaupun ditempatkan di kolej-kolej kediaman baru. Pihak MPP merasakan bagi meredakan situasi ini pelajar-pelajar kanan haruslah dapat menerima dengan rasional perpindahan ini. Pengorbanan sahabat-sahabat semua adalah demi adik-adik kita yang baru sahaja sampai menjejakkan kaki ke menara gading. Semoga adik-adik kita ini lebih mudah dibentuk dan dikawal jika ditempatkan di kolej-kolej utama berbanding jika kita terus meletakkan mereka ini di kolej-kolej baru yang jauh dari pemerhatian yang lebih berkesan. Saya selaku YDP akan menggerakkan Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP untuk melihat permasalahan pelajar-pelajar kanan ini di kolej-kolej baru ini sementara JKK kolej baru tersebut belum dilantik. Semoga sahabat-sahabat bersyukur dengan apa yang ada dan tugas kami sebagai pihak MPP akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan berkesan…..

Sekian, Terima kasih.

BANTAHAN PERPINDAHAN PELAJAR KKTSN INTAKE SEMESTER 2 SESI 08/09 [ by……………on Thu 23rd Apr 09, 11:19am]

Pelajar intake disember semester 2 sesi 08/09 yg sedang menginap di KKTSN di kehendaki berpindah dr KKTSN ke kolej kediaman luar di Taman Universiti pada semester hadapan julai 2009.

Apakah rasional ye kami DIPAKSA pindah ke kediaman luar?

Kenapa pihak Pentadbiran KKTSN tidak berbincang dengan kami terlebih dahulu?

Mana hak kami? Kecewa dengan cara Pengurusan Pentadbiran Kolej.

Diharap Pihak MPP memainkan peranan UTAMA dalam permasalahan ini.

Lebih-lebih lagi kepada Biro Penempatan & Kolej Kediaman.

Kami sudah undi anda sebagai Perwakilan kami.

Sekian, Terima Kasih.

tidak puas hati dengan pentadbiran kolej kediaman tun syed nasir [ by…………on Thu 23rd Apr 09, 10:48am]

kami,pelajar yang menetap di kolej kediaman TSN amat kecil hati dengan tindakan pihak pengurusan kolej dengan mengeluarkan kami seramai 114 org iaitu sesi kemasukan disember 08/09, daripada menduduki kolej TSN pada semester hadapan dan seterusnya. apakah kami tiada hak untuk menetap di kolej ini sedangkan semua aktiviti yang dianjurkan oleh kolej kami turuti demi menjaga mata merit untuk menginap di kolej kediaman. harap pihak MPP yang telah kami undi dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera,sebelum berakhir semester ini. harap,pihak MPP tidak memandang perkara ini sebelah mara atau seperti melepas batuk di tangga.

-pelajar yang kesedihan-

Jawapan :

Rasional pemindahan ini adalah seperti berikut :-

(1) Kemasukan pelajar baru pada bulan Julai dianggarkan seramai 2800 orang yang akan mendaftar walaupun tawaran kepada 3500 orang untuk mengikuti kursus di UTHM. Oleh kerana itu pihak universiti terpaksa mengambil keputusan kerana pelajar-pelajar baru ini harus ditempatkan di kolej-kolej kediaman utama kerana mereka masih mentah ditempat ini. Faktor kawalan lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar baru ini dimasukkan ke kolej-kolej kediaman ini.

(2) Pelajar kanan seharusnya sudah mempunyai pengalaman dan selok belok di kawasan kampus sekitar dan pengalaman tersebut akan memudahkan urusan-urusan peribadi dan akademik walaupun ditempatkan di kolej-kolej kediaman baru.

(3) Kegusaran mengenai tahap keselesaan, keselamatan dan kemudahan di kolej-kolej kediaman baru inilah yang harus diambil berat oleh pihak universiti lebih-lebih lagi wakil-wakil pelajar yang dikenali sebagai JKK pastilah belum ada untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar di sana. Pihak MPP telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Unit Perumahan HEP untuk penjelasan ini. Berikut adalah butiran jawapan yang diterima :-

Kolej Kediaman Bandar Universiti :-

– 38 unit rumai kedai

– Kemudahan yang cukup untuk belajar

– Ada kawalan keselamatan ( berpagar)

– Di huni oleh pelajar lelaki dan perempuan ( berasingan)

– Kemudahan wireless

– Di bawah pengurusan baru ( Pejabat)

– Pengangkutan disediakan

Kolej Kediaman Taman Kelisa

– Unit rumah kedai

– Kemudahan yang cukup

– Berdekatan dengan KFC

– Pengangkutan disediakan

– Kemudahan Cafe

– Kemudahan wireless

– Pengurusan bekerjasama dengan KKTSN

Pihak MPP merasakan bagi meredakan situasi ini pelajar-pelajar kanan haruslah dapat menerima dengan rasional perpindahan ini. Pengorbanan sahabat-sahabat semua adalah demi adik-adik kita yang baru sahaja sampai menjejakkan kaki ke menara gading. Semoga adik-adik kita ini lebih mudah dibentuk dan dikawal jika ditempatkan di kolej-kolej utama berbanding jika kita terus meletakkan mereka ini di kolej-kolej baru yang jauh dari pemerhatian yang lebih berkesan. Saya selaku YDP akan menggerakkan Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP untuk melihat permasalahan pelajar-pelajar kanan ini di kolej-kolej baru ini sementara JKK kolej baru tersebut belum dilantik. InsyaAllah niat baik kita semua untuk datang belajar di sini akan di berkati Allah S.W.T. Semoga sahabat-sahabat bersyukur dengan apa yang ada dan tugas kami sebagai pihak MPP akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan berkesan…..

Sekian, Terima kasih.

* Berkenaan kekecewaan terhadap Pentadbiran KKTSN. Pihak MPP telah berjumpa dengan Penolong Pengurus Asrama KKTSN, Pn. Raden DewiSetiawati bte Raden Muhammed, beliau akan mengeluarkan segala justifikasi dan rasional atas tindakan pihak kolej tersebut dalam masa seminggu.

ISU PENEMPATAN PELAJAR KANAN DI KOLEJ KEDIAMAN PADA SEMESTER AKAN DATANG..

ISU PENEMPATAN PELAJAR KANAN DI KOLEJ KEDIAMAN PADA SEMESTER AKAN DATANG..

* Sejak beberapa hari ini terdengar kegelisahan pelajar-pelajar kanan yang masih mempunyai kontrak penempatan samada melalui mulut, sms dan blog-blog. Isunya ialah pelajar-pelajar kanan yang tidak mendapat tempat di kolej-kolej kediaman seperti KKTDI, KKTF, KKTSN, KKP, dan KKM. Malah melalui notis-notis senarai nama yang dikeluarkan terdapat sekelompok yang akan dipindahkan ke kolej-kolej kediaman yang akan di buka pada semester akan datang iaitu Kolej Kediaman Bandar Universiti dan Kolej Kediaman Taman Kelisa.

Ketidakpuashatian ini adalah kerana hanya segelintir pelajar-pelajar kanan yang dikekalkan di kolej-kolej kediaman utama tersebut. Pemilihan ini jika diteliti adalah prioritinya diberikan kepada JKK yang baru sahaja dilantik dan juga tapisan oleh Pihak Pejabat Kolej Kediaman bagi pelajar-pelajar yang aktif akan dikekalkan. Maka di sini adalah fungsi kepada JKK untuk menerangkan polisi pengambilan pelajar-pelajar ini yang dikekalkan penempatannya. Saya mencadangkan kepada JKK untuk menampal notis senarai nama pelajar yang dikekalkan dengan penglibatan mereka yang digelar aktif ini bagi menunjukkan ketelusan kepada pelajar-pelajar kanan yang lain yang telah dinafikan hak mereka.

Kepada pelajar-pelajar kanan juga tidak harus menyalahkan 100% kepada JKK ini memandangkan hanya beberapa minggu sahaja mereka menjawat jawatan ni lebih-lebih lagi kekusutan ini menjelma tatkala Peperiksaan Akhir menjelang tiba. Penerangan yang cepat harus diberikan kerana pelajar-pelajar kanan ini juga dalam keadaan gelisah dalam menghadapi perperiksaan akhir dan memikir nasib mereka pada semester akan datang.

Di sini saya menggariskan faktor-faktor yang saya selidiki yang menyebabkan ramai pelajar-pelajar kanan dipindahkan ke kolej kediaman baru.

(1) Kemasukan pelajar baru pada bulan Julai dianggarkan seramai 2800 orang yang akan mendaftar walaupun tawaran kepada 3500 orang untuk mengikuti kursus di UTHM. Oleh kerana itu pihak universiti terpaksa mengambil keputusan kerana pelajar-pelajar baru ini harus ditempatkan di kolej-kolej kediaman utama kerana mereka masih mentah ditempat ini. Faktor kawalan lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar baru ini dimasukkan ke kolej-kolej kediaman ini.

(2) Pelajar kanan seharusnya sudah mempunyai pengalaman dan selok belok di kawasan kampus sekitar dan pengalaman tersebut akan memudahkan urusan-urusan peribadi dan akademik walaupun ditempatkan di kolej-kolej kediaman baru.

(3) Kegusaran mengenai tahap keselesaan, keselamatan dan kemudahan di kolej-kolej kediaman baru inilah yang harus diambil berat oleh pihak universiti lebih-lebih lagi wakil-wakil pelajar yang dikenali sebagai JKK pastilah belum ada untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar di sana. Pihak MPP telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Unit Perumahan HEP untuk penjelasan ini. Berikut adalah butiran jawapan yang diterima :-

Kolej Kediaman Bandar Universiti :-

– 38 unit rumai kedai
– Kemudahan yang cukup untuk belajar
– Ada kawalan keselamatan ( berpagar)
– Di huni oleh pelajar lelaki dan perempuan ( berasingan)
– Kemudahan wireless
– Di bawah pengurusan baru ( Pejabat)
– Pengangkutan disediakan

Kolej Kediaman Taman Kelisa

– Unit rumah kedai
– Kemudahan yang cukup
– Berdekatan dengan KFC
– Pengangkutan disediakan
– Kemudahan Cafe
– Kemudahan wireless
– Pengurusan bekerjasama dengan KKTSN

Pihak MPP merasakan bagi meredakan situasi ini pelajar-pelajar kanan haruslah dapat menerima dengan rasional perpindahan ini. Pengorbanan sahabat-sahabat semua adalah demi adik-adik kita yang baru sahaja sampai menjejakkan kaki ke menara gading. Semoga adik-adik kita ini lebih mudah dibentuk dan dikawal jika ditempatkan di kolej-kolej utama berbanding jika kita terus meletakkan mereka ini di kolej-kolej baru yang jauh dari pemerhatian yang lebih berkesan. Saya selaku YDP akan menggerakkan Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP untuk melihat permasalahan pelajar-pelajar kanan ini di kolej-kolej baru ini sementara JKK kolej baru tersebut belum dilantik. InsyaAllah niat baik kita semua untuk datang belajar di sini akan di berkati Allah S.W.T. Semoga sahabat-sahabat bersyukur dengan apa yang ada dan tugas kami sebagai pihak MPP akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan berkesan…..

Sekian, Terima kasih.

Saya lampirkan sekali gambar di kawasan yang akan dijadikan sebagai Kolej Kediaman baru ( Keadaan asal iaitu belum ada pengubahsuaian) . Gambar ini di tangkap pada petang tadi ketika saya dan 2 orang ahli MPP turun padang untuk melihat kawasan tersebut.


Pemandangan di Taman Universiti…………… Pemandangan di Taman Kelisa

LAWATAN RASMI MPPUTHM DAN RAKAN EXCO KE PARLIMEN DAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

LAWATAN RASMI MPPUTHM DAN RAKAN EXCO KE PARLIMEN DAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


UTHM
16 April – Delegasi MPPUTHM SESI 08/09 bersama-sama Rakan Exco telah membuat lawatan rasmi ke Parlimen Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi pada 15 April 2009. Delegasi telah bertolak seawal jam 6.00 pagi dari UTHM. Kira-kira jam 10.30 pagi, kami telah tiba di Parlimen. Kami di sambut oleh En.Rashid daripada Unit Perhubungan Korporat Parlimen.

Kami di bawa melawat lobi Parlimen terlebih dahulu. Pemandangan pertama yang dapat dilihat ialah lobi parlimen dengan sofa-sofa dan potret-potret Yang Di-Pertuan Agong dahulu dan sekarang menghiasi ruangan lobi Parlimen. Menurut En. Rashid, keadaan pada masa itu lengang kerana Parlimen hanya bersidang semula pada 15 Jun 2009. Menurutnya lagi Lobi ini apabila waktu sidang akan dipenuhi oleh media, ahli-ahli dewan rakyat dan juga wakil-wakil daripada pelbagai agensi.

Pada sesi taklimat di lobi, kami telah dimaklumkan bahawa Parlimen terbahagi kepada 2 bangunan, iaitu bangunan utama terdiri daripada Dewan Rakyat, Dewan Negara, Bilik Istirehat Yang Di-Pertuan Agong. Manakala bangunan satu lagi di kenali sebagai Menara 17 Tingkat yang terdiri daripada Pejabat Pentadbiran Staf-Staf Parlimen, Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan juga Pejabat Ketua Pembangkang. Selain itu, kami dimaklumkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong hanya akan hadir setahun sekali untuk merasmikan penggal Parlimen. Dewan rakyat kini terdiri daripada 222 ahli daripada Kerusi-kerusi Parlimen yang dimenangi dalam pilihanraya umum.

Seterusnya kami di bawa masuk ke dalam Dewan Rakyat. Hikmahnya, kami datang ketika tiada sidang kami dibenarkan ke kawasan dewan rakyat bersidang iaitu sekiranya pada waktu kebiasaan bersidang, pelawat hanya dapat duduk di hujung dewan. Secara lucunya delegasi UTHM berlakon seperti wakil-wakil rakyat duduk di kawasan Parlimen masing-masing dan berlakon berbahas seperti realiti. Saya sendiri telah duduk di kerusi Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi selaku Ketua Kerajaan dan juga kerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang. Sememangnya perasaannya amat luar biasa sekali, sekiranya sebelum ini saya hanya dapat melihat di televisyen sahaja, tetapi pada hari tersebut saya telah dapat merasai suasana sendiri duduk di kerusi tersebut dan masih boleh berjenaka dengan rakan-rakan lain yang ada berlakon sebagai pihak kerajaan dan pihak pembangkang.

Melalui taklimat yang diberikan, kedudukan kerusi di dalam Dewan Rakyat ialah terdiri daripada kerusi paling atas di tengah-tengah ialah tempat yang Di-Pertua Dewan Rakyat, pada sebelah kanan terdiri daripada pihak kerajaan, sebelah kiri pula ialah pihak pembangkang.

Kemudian kami di bawa ke dalam Dewan Negara pula, di mana ahli-ahlinya terdiri daripada Senator-senator yang dilantik Yang Di-Pertuan Agong. Antara kelebihan Senator ialah mereka boleh di lantik sebagai Menteri oleh kerajaan tanpa perlu dilantik sebagai wakil rakyat melalui pilihanraya.

Setelah tamat sesi lawatan ke Parlimen kami solat di Masjid Putrajaya dan dalam jam 3 petang kami tiba di Kementerian Pengajian Tinggi dan di sambut oleh Cik Azwarni Herni Binti Che Noh, Pegawai Perhubungan Awam KPT, Kami telah di bawa ke bilik mesyuarat KPT, di sana kami telah diketemukan dengan Prof. Dr. Mohd Fauzi Bin Hj Ramlan selaku Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar KPT dan beberapa pegawai-pegawai KPT yang lain.

Mesyuarat yang dipengerusikan beliau dimulai dengan menyampaikan Amanat Datuk Seri Datuk Seri Mohd Khaled Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi, dengan falsafah “ Menerajui Kegemilangan Ilmu” dan “ Modal Insan Negara”. Prof. Dr. Mohd Fauzi juga telah berpesan mahasiswa memerlukan 4M iaitu :- (a) Jangan Malu (b) Jangan Malas (iii) Jangan Monyok (iv) Jangan Manja. Seterusnya perbincangan menjurus kepada peranan UTHM dalam bidang kejuruteraaan dan pendidikan kepada masyarakat setempat. Pihak MPP UTHM telah menerangkan mengenai program-program universiti bersama komuniti setempat seperti Program “ Selangkah ke Menara Gading” yang telah diadakan dan juga program seperti “Muar Gemilang” yang akan diadakan secara berfasa.

Pada masa yang sama, Prof. Dr. Mohd Fauzi juga telah menerangkan perancangan KPT dalam usaha pembangunan pelajar di IPTA seperti akan melaksanakan 8 Teras bagi menggalakkan pelajar aktif dan tidak terlalu berorentasikan peperiksaan iaitu pelajar akan diberikan 1 Kredit = 40 jam di mana maksimum 6 jam kredit bagi tambahan kepada kredit sedia ada dalam kurikulum. Ianya akan dapat membantu pelajar yang aktif untuk menaikkan CPA mereka berdasarkan tambahan 6 jam kredit maksimum yang diperuntukkan dalam 8 teras yang di gariskan iaitu :-

(1) Kepimpinan
(2) Debat
(3) Keusahawanan
(4) Sukan
(5) Sukarelawan ( Cth : Suksis dan Palapes * akan diseragamkan di setiap IPTA untuk dapat maksimum 6 jam kredit)
(6) Daya cipta Inovasi ( Cth : ROBOCON)
(7) Kebudayaan
(8) * tidak sempat salin…. maaf

Seterusnya, kami telah diberikan kejutan di mana, rupa-rupanya Y.B Dato’ Saifuddin Abdullah yang baru di lantik sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah sudi hadir ke dalam mesyuarat kami kerana ingin berjumpa dengan pemimpin mahasiswa daripada UTHM walaupun dimaklumkan beliau baru sahaja 3 hari masuk pejabat. Beliau telah memeberikan amanat dan harapannya kepada kami dan menceritakan pengalaman-pengalaman beliau yang amat berharga kepada kami untuk dijadikan sebagai teladan. Beliau telah menerangkan, kerajaan menganggap kepimpinan mahasiswa amat penting dan kerajaan telah menyediakan platform kepada mahasiswa untuk bersuara di Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin mahasiswa setiap IPTA.

Selain itu, saya selaku Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar telah membawa isu kampus yang perlu di ambil perhatian oleh pihak kerajaan, salah satunya ialah mengenai masalah perumahan. Permasalahan ini akan wujud setiap kali kemasukan pelajar baru di mana Kolej-kolej kediaman akan menerima kemasukan pelajar-pelajar baru dan menyebabkan pelajar-pelajar kanan terpaksa keluar dan menyewa di sekitar Parit Raja. Pelajar Tanpa Asrama ini dibebani dengan kos sara hidup tinggi dan juga di nafikan kemudahan-kemudahan universiti tidak seperti pelajar-pelajar yang menghuni Kolej Kediaman.

Permasalahan ini juga berbangkit kerana bagi mengurangkan kos sara hidup, Pelajar Tanpa Asrama akan memilih sewaan termurah di mana kondusif pembelajaran adalah tidak sesuai di mana akan menjejaskan kualiti kehidupan seseorang pelajar. Permasalahan ini telah di ajukan kepada pihak pengurusan universiti di mana pihak pengurusan universiti telah merancang penyelesaian jangka pendek dengan menyewa premis-premis luar pada Julai ini sekiranya berjaya dalam perbincangan dengan pihak pemaju dan untuk jangka panjang, dalam RMK-10 pelan induk yang telah di buat iaitu perumahan-perumahan untuk pelajar akan di buat dan ini bergantung dengan peruntukkan daripada kerajaan. Berdasarkan itu, saya telah meminta jasa baik Dato` selaku pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan pelajar untuk melihat perkara ini bagi memastikan kenaikan pelajar haruslah seiring dengan pembangunan universiti.

Mesyuarat ditamatkan dengan penyampaian cenderahati daripada pihak UTHM kepada pihak kementerian dan begitu juga sebaliknya. Kemudian sesi bergambar antara delegasi UTHM dan Dato` bersama-sama pegawai-pegawai KPT dan sedikit jamuan telah diadakan. Sesi bersalam-salaman menamatkan sesi lawatan kami di Kementerian Pengajian Tinggi. Sesunggunhnya lawatan ini telah memberikan banyak manfaat kepada kami untuk melihat sendiri visi dan misi KPT dalam memajukan Pendidikan Tinggi Negara selain daripada objektif asal kami bagi menjalinkan hubungan erat antara pihak UTHM dengan pihak KPT. Terima kasih di ucapkan kepada semua pihak khasnya kepada ahli MPP yang hadir dan rakan-rakan exco MPP yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam lawatan rasmi ini. Selamat maju jaya UTHM!!!!!

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

PENDAHULUAN

Peperiksaan penting peperiksaan akhir memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu merujuk kepada pensyarah masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan. Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ……..

“AKU BOLEH BERJAYA”. Melangkah dengan fikiran yang positif.

PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 – 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya “Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan” (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan

sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

PERSEDIAAN MENTAL

Pelbagai Gambaran Negatif

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

Menyerah kalah sebelum berjuang

Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

Merasa belum bersedia

Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran.

Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi

Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.

Berfikiran Positif

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.

“Something is better than nothing”

Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.

“If you can’t see it, you can’t have it”.

Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat keputusan cemerlang, maka cemerlang itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.

PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

Pertengkaran dengan rakan-rakan;

Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;

Bersikap terlalu yakin – “overconfident”;

Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.

PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 36, yang

mafhumnya “Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati”.

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

DELEGASI UTHM KE KONVENSYEN AL-QURAN DI UITM SHAH ALAM

DELEGASI UTHM KE KONVENSYEN AL-QURAN DI UITM SHAH ALAM

UTHM 13 April – Bertempat di UiTM Shah Alam, pada 11-12 April 2009, Konvensyen Al-Quran telah dianjurkan dan UTHM telah menghantar penyertaan seramai 29 orang yang terdiri daripada 8 lelaki dan 21 perempuan. Motto konvensyen ini ialah “Kearah membuktikan kebenaran Al-Quran”. Pada 11 April 2009, sesi pagi telah diadakan dua pembentangan kertas kerja. Kertas kerja yang pertama bertajuk “Al-Quran dan Sains” yang telah dibentangkan oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan. Penciptaan alam semesta melibatkan the big bang, nuclear fusion, subatomic particle, dark matter, dark energy, blackholes, universe stability dan cycle of energy. Kertas kerja yang kedua bertajuk “Asas-asas pembentukan tamadun dalam perspektif Al-Quran” yang telah dibentangkan oleh Sheikh Uthman El-Muhammady. Asas-asas pembentukan tamadun dalam perspektif Al-Quran melibatkan pemerhatian terhadap akidah, epistemologi dan kerangka peradaban. Pada sesi petang telah diadakan sesi perbahasan. UTHM telah diwakili oleh tiga orang terdiri daripada Mohd Hadi B. Abd Rahman, Mohd Azham B. Ahmad dan Asma’ BT Zaid. Pada sesi malam telah diadakan forum bertajuk “Cintaku pada Al-Quran”. Jika kamu susah hati bawalah hati untuk membaca Al-Quran, mendengar orang membaca Al-Quran, mendengar tazkirah dan solat tahajjud. Terdapat dua perkara yang tidak menyesatkan kamu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Pada 12 April 2009, telah diadakan pertanding tilawah Al-Quran. UTHM telah menghantar Muhamad B. Mohd Termezi untuk menyertai pertandingan tersebut. Selepas pertandingan tilawah al-Quran, telah diadakan satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ghafarullahuddin bin Hj. Din. Ustaz mengatakan umat zaman sekarang lemah kerana cinta dunia dan takut mati. Ustaz turut menceritakan kisah mengenai Abu Nawas dan baginda sultan yang memberikan banyak manfaat kepada pendengarnya. Konvensyen ini tamat dengan jayanya pada pukul 11.30 pagi. Alhamdulilah…

ANDA TANYA, SAYA JAWAB :

ANDA TANYA, SAYA JAWAB :

Soalan :

(1) Kebanyakkan kafeteria tidak menjaga kebersihan..lihat sajalah gred yang diberi oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat baru2 ni.Keseluruhan kafe di TDI mendapat gred c…Sesuatu mengecewakan…

(2) lagi satu saya cadangkan ialah pembinaan koridor antara G3 dan tdi..dan koridor dari arked ke G3

Jawapan :

(1) Merujuk lampiran 1, pihak MPP telah membawa isu ini ke pengetahuan setiap Kolej Kediaman. Aduan ini berdasarkan statistik berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan seperti lampiran 2 yang di beri. Walaubagaimanapun, pihak MPP akan mengambil inisiatif dengan membawa isu ini ke pengetahuan Jawatankuasa Kebersihan Kafetaria yang di pantau oleh Pihak Kesihatan Universiti. Sepertimana maklum, tindakan akan di ambil sekiranya pengusaha ingkar dalam memastikan kafeteria dalam keadaan bersih. Dalam kes pada tahun lepas, Pengusaha kafeteria di KKTSN telah ditamatkan kontrak kerana masalah kebersihan, apa yang dapat warga kampus membantu kami ialah dengan memberi bukti seperti gambar bagi mengukuhkan dakwaan tersebut. Saudara boleh merujuk kepada saudara Agilarajan A/L Selvarajah, Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP dalam hal ini di talian 013-7140395. Terima kasih.
“PENGGERAK AGENDA MAHASISWA”

Lampiran 1

Lampiran 2


…………..KKTF……………………… KKTSN…………

………………KKTDI……………………. KKP………….

(2) Berkenaan isu pembinaan laluan susur gajah berbumbung antara KKTDI-G3-ARKED adalah kesinambungan perjuangan MPP yang lepas. Pihak MPP pasa sesi ini telah meneruskan agenda ini, di mana pembinaan Fasa 1 melibatkan laluan berbumbung G3 ke Arked baru sahaja dalam proses penutupan tender. Manakala dari KKTDI-KKTF ke G3 dalam proses buka tender. Kesemua projek ini dijangka siap pada akhir tahun ini menurut kenyataan pegawai PPH. Proses ini sememangnya memakan masa kerana melibatkan banyak proses pembinaan seperti rekabentuk dan prosedur-prosedur kejuruteraan yang harus di lalui. Semoga pihak mahasiswa dapat bersabar. Terima kasih kerana bertanya. di sini juga saya lampirkan pelan kampus asal dan juga lakaran kasar laluan tersebut. Harus di ingat, ianya merupakan lakaran kasar berdasarkan keterangan yang telah diberikan kepada saya. Terima kasih.

Lampiran

Pelan Kampus :

Biru ( Parking Motosikal Berbumbung )
* Jangkaan siap awal bulan 6
Merah
( Lakaran kasar Laluan Susur Gajah Berbumbung)
* Jangkaan siap akhir tahun
Hijau
( Kiosk berhampiran Hentian Dataran Kawad)
* Jangkaan siap sebelum konvokesyen