Mohd Fadzil

Month: July 2009

ARKIB MPPUTHM 08/09

86 WiFi [ by …………….. on Mon 20th Jul 09, 1:08pm]

WiFi TDI lembab mcm siput!! Ape ni..? Yuran asrama naik RM 30!!! WiFi payah nak dapat. Lab komputer tutup memanjang! Harap pihak MPP dapat mengambil tindakan.

Salam sejahtera dan salam perpaduan,

Isu Wifi TDI akan di bawa ke Jawatankuasa Kolej Kediaman TDI untuk kajian awal dan tindakan seterusnya pihak MPP akan mengusulkan laporan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Berkenaan dengan isu kenaikan yuran pada semester ini adalah bukan kerana kenaikan kadar yuran asrama tetapi semester ini mempunyai lebihan beberapa hari. menurut En Khairuddin Bin Hj Alias, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Hal Ehwal, UTHm, yuran asrama yang telah dikenakan bagi pelajar untuk semester 1 sesi 2009/2010 adlah sebanyak RM490.00, dan semester ini mempunyai 140hari secara total.

Pihak universiti mengenakan yuran asrama pelajar mengikut bilangan hari dalam sesuatu semester; RM3.50/hari.

maka;

RM3.50 X 140 = RM490.00

dan bagi pelajar baru mendaftar semester ini pula yuran sebanya RM 518.00 telah dikenakan ini adalah kerana pertambahan sebanyak 8 hari ketika MHS.

RM3.50 X 148 = RM518.00

Sekian, Terima Kasih,

AGILARAJAN A/L SELVARAJAH
Pengerusi
Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2008/2009
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

MAKLUMBALAS PIHAK SIKUN JAYA SDN. BHD. BERKENAAN ADUAN RASMI MPP

MAKLUMBALAS PIHAK SIKUN JAYA SDN. BHD. BERKENAAN ADUAN RASMI MPP BERKENAAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DI KOLEJ KEDIAMAN MELEWAR

Surat Aduan Rasmi MPP


Surat Maklumbalas Pihak Sikun Jaya

* Berdasarkan maklumbalas, pihak MPP mengucapkan terima kasih kepada pihak pengadu. Selepas ini di minta aduan disertakan No.Plat Van bagi memastikan pemandu yang tidak beretika sahaja benar-benar di ambil tindakan sewajarnya. Harap maklum.

ANDA TANYA, KAMI JAWAB

ANDA TANYA, KAMI JAWAB

27 Jul 09, 19:34

hasrul: just sharing- utk student yg LI skrg, surat hanya akan di pos bermula 27/07 krn pengesahan graduan pada 24/07 yg lalu iaitu selepas mesyuarat senat UTHM. (from PPA).tq

27 Jul 09, 08:00

EX UTHM 0509: mintak tlg sangat2 pada padil…kitorang semua ni tertanya2 ape cite kitrg nak konvo ni…budak2 mechi de lagi yg x abis l.i..xtau la camne tu..haih.tlg ye padil

26 Jul 09, 22:37

riyaz: alamat rumah (mengikut alamat yang diberikan pada PPA semasa di kampus dahulu). Semoga dgn bantuan yg akan diberikan oleh MPP akan membantu proses KONVO berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih.

26 Jul 09, 22:35

riyaz: selain itu, berharap PPA juga boleh menerima pengesahan melalui internet atau sebagainya supaya proses tersebut tidak membebankan pelajar2 pendalaman atau yang sedang mengikuti program LI jauh dpd

26 Jul 09, 22:34

Fadzil: Pihak MPP kan melihat perkara tersebut…. harap maklum…

26 Jul 09, 22:33

riyaz: Saya berharap MPP boleh membantu memperjuangkan kepada PPA supaya tarikh akhir tersebut akan dipanjangkan terutama kepada pelajar2 ang tinggal di kawasan pendalaman / kepualauan borneo.

26 Jul 09, 22:29

riyaz: kelewatan penerimaan akan menyebabkan sukar kpd kami untuk mensahkan kedatangan sebelum 5pm, pada 31/7/2009 seperi dicatatkan dalam buku konvo 2009.

26 Jul 09, 22:27

riyaz: kpd MPP. Berharap dpt membantu kami bakal2 graduan untuk menerima surat rasmi konvo. Kami belum terima surat tersebut sehingga ke hari ini.

26 Jul 09, 22:25

riyaz: kpd

26 Jul 09, 14:28

EXUTHM0509: bila surat konvo nak dapat.yang duduk jauh2 tu macamana nk byr duit konvo kalu surat lmbt smpai


Jawapan :

Pihak MPP telah ke Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) pada hari ini berkaitan masalah di atas, pihak PPA memaklumkan sememangnya masih ada surat yang belum di pos kerana Mesyuarat Senat baru sahaja habis bersidang. Bagi bakal graduan yang menerima surat lambat, maklumbalas selepas tarikh akhir akan dipertimbangkan sehingga 7hb Ogos 2009. Walaubagaimanapun bakal graduan dinasihatkan dapat memberi maklumbalas secepat mungkin selepas mendapat surat dan jangan menunggu saat akhir bagi memastikan kelancaran persediaan di pihak urusetia. Semoga bakal graduan berpuas hati dengan jawapan ini.

Tahniah diucapkan kepada semua yang akan bergraduasi nanti πŸ˜€

Pihak YDP secara peribadi mengambil kesempatan kepada sahabat seperjuangan batch MPP Sesi 07/08, saudara Shahzada Khan bin Nawab Khan ( Naib Yang Di-Pertua II MPP Sesi 07/08) atas pencapaian menggondol 3 Anugerah dalam Majlis Konvokesyan ke-8 ini. Ini menunjukkan bahawa ahli MPP juga dapat mencapai kecemerlangan pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang seiring. Semoga mahasiswa dapat mengambil teladan ini untuk meningkat Kemahiran Insaniah di kampus.



ANDA TANYA, KAMI JAWAB

ANDA TANYA, KAMI JAWAB

89 kolej melewar [ by LALA on Sun 26th Jul 09, 2:33am]
Salam…
saya adalah salah seorang pelajar juga mewakili pelajar lain yang menetap di kolej melewar.Ada 2 perkara yang ingin saya suarakan disini:
1) kemudahan pengangkutan
disini saya ingin menyatakan ketidakpuasan hati terhadap driver van yang tidak menepati masa pengangkutan mengikut jadual yang telah ditentukan.Ini amat menganggu masa kami ke kuliah.Mereka juga seringkali meminta kami menandatangani laporan perjalanan mereka walhal mereka tidak menjalankan tugas menghantar/mengambil pelajar pada waktu tersebut.Saya harap pihak mpp dapat membantu untuk memantau permasalahan ini terutama kepada driver yang muda-muda.

2)kemudahan cafe
Diharap pihak mpp dapat mencadangkan kepada pihak uthm supaya menubuhkan sebuah kafeteria di dalam kolej kediaman kami.Ini kerana kami sukar untuk mendapatkan makanan dan ini juga akan mempengaruhi keselamatan kami yang terpaksa mendapatkan makanan di luar kolej terutamanya pada waktu malam dan bagi pelajar yang tidak mempunyai kenderaan.Keadaan ini akan menjadi lebih rumit pada bulan puasa yang akan datang dimana kami sukar untuk mendapatkan makanan pada waktu sahur dan berbuka.

saya berharap agar tindakan segera dapat diambil berkenaan permasalahan ini. Segala jasa dan kerjasama pihak mpp amat saya hargai.
Sekian teriama kasih…..

87 Pengangkutan Van di Melewar. [ by Penghuni Kolej Kediaman Melewar. on Fri 24th Jul 09, 12:59pm]
Assalamalualikum dan salam sejahtera..

Saya sebagai wakil penghuni kolej kediaman Melewar ingin membuat aduan mengenai masalah pengangkutan (Van) di kolej kami. Berikut merupakan beberapa pekara yang tidak puas hati ingin kami adukan:-

1) Van tidak mengikut jadual perjalanan.
2) Sesetengah pemandu van meminta pelajar menanda tangani bahagian kolum waktu perjalanan yang tidak sepatutnya.Contoh seperti waktu naik 10.15am, pemandu suruh isi sampai pukul 10.15,10.30 dan 10.45am.(kira penipuan jadual dan tandatangan)

– Ada juga pemandu yang vannya kosong, tetapi meminta tandatangan pelajar di bahagian van yang satu lagi.

(p/s: nak tahu, kalau van tu kosong kena jalan ikut masa juga ke?, dah penuh van pun kena tunggu waktu perjalanan ke baru van nak jalan?.)

Kami berharap pihak MPP dapat menyiasat dan membuat pemantauan bagi kes ini.
Kerana setiap tandatangan adalah berharga (boleh dijadikan bahan bukti).

Keperihatinan dan tindakan yang diambil amat kami hargai…Sekian terima kasih

JAWAPAN ADUAN NO. 89 & 87

1) Bagi aduan isu pengangkutan, pihak MPP telah membuat aduan secara bertulis pada hari ini(27hb Julai 2009) kepada pihak pengusaha pengangkutan… Kita sama-sama tunggu maklumbalas daripada pihak pengusaha.


2) Untuk isu kafeteria di Kolej Kediaman Melewar, pihak Unit Perumahan HEP masih menunggu tawaran daripada mana-mana pengusaha setelah pengusaha yang pertama dipertimbangkan telah menolak tawaran kerana menghadapi masalah. Pihak MPP akan mengusulkan kepada JKK Melewar untuk mengambil tindakan susulan bagi proses seterusnya. Harap maklum.

3) Pihak MPP juga ingin memaklumkan perkhidmatan pengangkutan hanya akan bergerak mengikut jadual samaada van kosong atau penuh. Ianya untuk kebaikan mahasiswa kerana sebelum ini pemantauan sukar dilakukan kerana sekiranya sistem tersebut digunakan, apabila berlaku masalah jadual, pemandu dapat memberi alasan van mereka bergerak awal kerana van sudah penuh. Maka mahasiswa yang datang tepat pada waktu akan membuat aduan van tiada pada waktu seperti dalam jadual. Harap pihak mahasiswa dapat bersabar dalam beberapa minit bagi memastikan pengusaha perkhidmatan mengikut jadual dengan tepat tanpa ada alasan berbangkit kemudian.

Sekian, Terima kasih.

“PENGGERAK AGENDA MAHASISWA”

πŸ˜€

Jadual Pengangkutan Bas Kolej Kediaman Bandar Universiti

Jadual Pengangkutan Bas Kolej Kediaman Bandar Universiti

Untuk makluman Kolej Kediaman Bandar Universiti merupakan kolej baru yang di buka sesi ini. Pihak MPP telah memberi cadangan jadual kepada pihak penyedia pengangkutan iaitu PPH. Bas Universiti akan digunakan dalam perkhidmatan ini. Sebarang penambaikkan daripada mahasiswa/i dialu-alukan.

Kampus Induk

Laluan Destinasi Pergi

Bandar Universiti – Dataran Anggerik

Laluan Destinasi Balik

Dataran Anggerik – Bandar Universiti

Kampus Bandar

Laluan Destinasi Pergi

Bandar Universiti – Kampus Bandar

Laluan Destinasi Balik

Kampus Bandar – Bandar Universiti

JADUAL PERJALANAN BAS KOLEJ KEDIAMAN TAMAN UNIVERSITI KE KAMPUS INDUK
il Bil Bas Waktu pergi Bil Bas Waktu balik
1 1 7.30 am
2 1 7.40 am
3 1 7.50 am
4 1 8.15 am 1 8.15 am
5 1 8.30 am 1 8.30 am
6 1 8.45 am 1 8.45 am
7 1 9.15 am 1 9.15 am
8 1 9.30 am 1 9.30 am
9 1 9.45 am 1 9.45 am
10 1 10.15 am 1 10.15 am
11 1 10.30 am 1 10.30 am
12 1 10.45 am 1 10.45 am
14 1 11.30 am
15 1 12.30 pm
16 1 1.30 pm (J off) 1 1.30 pm (J off)
17 1 1.40 pm (J off) 1 1.40 pm (J off)
18 1 1.50 pm (J off) 1 1.50 pm (J off)
19 1 2.15 pm (J off) 1 2.15 pm (J off)
20 1 2.30 pm 1 2.30 pm
21 1 2.45 pm 1 2.45 pm
22 1 3.15 pm 1 3.15 pm
23 1 3.30 pm 1 3.30 pm
24 1 3.45 pm 1 3.45 pm
25 1 4.15 pm 1 4.15 pm
26 1 4.30 pm 1 4.30 pm
27 1 4.45 pm 1 4.45 pm
28 1 5.15 pm 1 5.15 pm
29 1 5.30 pm 1 5.30 pm
30 1 5.45 pm 1 5.45 pm
31 1 6.15 pm
32 1 6.30 pm
33 1 6.45 pm
34 1 7.30 pm 1 7.30 pm
35 1 7.40 pm 1 7.40 pm
36 1 7.50 pm 1 7.50 pm
37 1 8.15 pm 1 8.15 pm
38 1 8.30 pm 1 8.30 pm
39 1 8.45 pm 1 8.45 pm
40 1 10.15 pm
41 1 10.40 pm
42 1 11.00 pm

Bil. 16, 17, 18, 19 tiada pengangkutan pada hari Jumaat . Harap maklum.

JADUAL PERJALANAN BAS KOLEJ KEDIAMAN TAMAN UNIVERSITI KE KAMPUS BANDAR
Bil Bil Bas Waktu pergi Bil Bas Waktu balik
1 1 7.30 am
2 1 8.30 am
3 1 9.30 am
4 1 10.30 am 1 10.30 am
5 1 11.30 am 1 11.30 am
6 1 12.30 Pm 1 12.30 Pm
7 1 1.30 pm (J off) 1 1.30 pm (J off)
8 1 2.30 pm 1 2.30 pm
9 1 3.30 pm 1 3.30 pm
10 1 4.30 pm 1 4.30 pm
11 1 5.30 pm 1 5.30 pm
1 6.30 pm

* Memandangkan perkhidmatan pengangkutan Bandar Universiti menggunakan Bas Universiti maka penggunaan bas universiti untuk program-program aktiviti adalah terhad. Untuk makluman mahasiswa/i . Surat berkenaan adalah di rujuk.

Jadual Pengangkutan Bas Kolej Kediaman Taman Kelisa dan Pelajar Tanpa Asrama.

bakal kk tmn kelisa: perkhdmtan bus ke kktkelisa ada disediakan????

Jadual Pengangkutan Bas Kolej Kediaman Taman Kelisa dan Pelajar Tanpa Asrama.

Untuk makluman Kolej Kediaman Taman Kelisa merupakan kolej baru yang di buka sesi ini. Perkhidmatan ke kampus induk sememangya telah tersedia dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan Pelajar Tanpa Asrama iaitu Bas Colourplus. Saya akan memaparkan Jadual tersebut. Tetapi pihak penghuni KK Kelisa harus memahami + – beberapa minit mungkin lari daripada jadual tersebut memandangkan destinasi perjalanan bas untuk sampai di KK Kelisa…

Laluan Destinasi Pergi Taman Robena – KK Kelisa – Laluan sepanjang jalan ke kampus Induk – Dataran Anggerik

Laluan Destinasi Balik
Dataran Anggerik – Laluan sepanjang jalan ke kampus Induk– KK KelisaTaman Robena

Sekian…..



TAHNIAH KEPADA PEMBANTU MINGGU HALUAN SISWA….

TAHNIAH KEPADA PEMBANTU MINGGU HALUAN SISWA….


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan

Tahniah kepada hampir 300 pembantu MHS yang telah menunjukkan komitmen dan prestasi yang cemerlang sepanjang MHS. Tidak lupa kepada Kelab Kaunseling & Kerjaya sebagai tunggak fasilitator MHS dan Jawatankuasa Kolej Kediaman yang telah membantu pihak Majlis Perwakilan Pelajar UTHM mengendalikan Minggu Haluan Siswa dengan jayanya. Anggaplah segala pengalaman samaada baik atau buruk adalah guru bagi kita dalam meniti arus kehidupan yang mempunyai pelbagai ragam manusia dalam meniti tangga-tangga kejayaan. Mahasiswa/i haruslah menggunakan segala peluang yang ada bagi menjayakan visi dan misi diri masing-masing di samping mengharumkan dan menjulang nama baik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dengan Minggu Haluan Siswa dan saya selaku Yang Di-Pertua MPP UTHM Sesi 08/09 mewakili seluruh warga MPP meminta maaf sekiranya sepanjang MHS ada kekurangan di pihak kami. Untuk makluman, Pihak MPP telah mengeluarkan sijil bagi pembantu-pembantu MHS dalam kurang tempoh seminggu selepas MHS yang menunjukkan prestasi cemerlang anda di hargai oleh pihak kami.

Sekian, terima kasih…

Mohd Fadzil bin Abdul Hanid
Yang Di-Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sesi 08/09

ANDA TANYA, KAMI JAWAB……. (SACAM)

ANDA TANYA, KAMI JAWAB……. (SACAM) update 10/07/2009

76 soalan dan cadangan… [ by HANISAH on Wed 08th Jul 09, 7:59pm]
salam…
1.mengapa perkhidmatan bas untuk ke stesen bas batu pahat semasa cuti semester tidak di sediakan???padahal ramai pelajar memerlukan perkhidmatan ini…ini kerana lebih mudah dan cepat daripada menunggu bas awam di hadapan UTHM…

2.saya mempunyai dua cadangan tentang soalan pertama saya iaitu:-

cadangan pertama: pihak uthm menyediakan bas ke stesen bas batu pahat hanya pada setiap cuti semester untuk menyenangkan pergerakan pelajar.

cadangan kedua: kenapa pihak uthm tidak membuat perjalanan bas ke kuala lumpur iaitu stesen pudu..hal ini kerana perjalanan dari johor ke kuala Lumpur akan menempuh melaka..di sini pihak uthm boleh lah menurunkan pelajar yang akan pulang ke melaka.selain itu pelajar dari negeri sembilan dan selangor boleh lah turun di kuala lumpur dan mengambil perkhidmatan kereta api atau lrt untuk ke destinasi masing-masing.hal ini lebih mudah kerana uthm mempunyai bas sendiri.untuk cas perkhidmatan bas, pihak uthm boleh lah mengambil harga standard yang di kenakan oleh bas express.saya mengajukan cadangan ini dari melihat MRSM pengkalan hulu yang menyediakan perkhimatan bas seperti cadangan ke2 saya.

akhir kata,mohon maaf dari saya jika soalan dan cadangan ini menyusahkan pihak mpp..ini hanya cadangan dari saya,pihak mpp d harap dapat mengkaji cadangan ini..

Jawapan :

1. Pihak MPP baru sahaja menerima cadangan ini, walaubagaimanapun kami boleh mengusulkannya tetapi justifikasi untuk permohonan adalah lemah memandangkan selama ini perkhidmatan sedia ada iaitu pengangkutan awam masih dapat menampung keperluan pelajar ke batu pahat. Selain itu, berdasarkan pengalaman pada waktu cuti, penggunaan bas universiti mempunyai permintaan yang tinggi dan prioriti pada program2 pelajar seperti kelab-kelab diutamakan. Pihak MPP juga pernah mengusulkan dan berjaya dalam permintaan pelajar sabah/sarawak untuk ke lapangan terbang senai memandangkan sememngnya tiada perkhidamtan terus UTHM ke sana. Harap maklum.
2. Untuk makluman pihak MPP sesi sebelum ini telah bekerjasama dengan HEP dan PPH untuk menyediakan perkhidmatan pelajar pulang ke kampung pada cuti raya. Pada tahun ini juga pihak MPP telah dimaklumkan dalam masa terdekat dalam 2 atau 3 minggu lagi tiket pulang ke kampung akan mula dijual di HEP dengan sedikit murah harganya berbanding harga tiket semasa. Sememangnya destinasi ke Melaka atau Puduraya ada sebelum ini. Hanya perlu tunggu jadual perjalanan di keluarkan.

Tetapi keperluan bas ketika cuti semester sememangnya agak sukar dilaksanakan keranan penggunaan bas bagi aktiviti ketika cuti semester adalah tinggi. Harap maklum.

Pihak MPP juga mohon maaf jika permohonan sdri tidak di penuhi kerana permintaan melebihi pengangkutan. Pihak MPP melihat prioriti yang lebih utama sekiranya pertimbangan diperlukan dalam kes-kes seperti ini.

75 aduan [ by siti nur izzati binti mohammed on Sun 05th Jul 09, 8:06pm]
Aduan mengenai connection internet yang sangat slow di blok hujung kolej Tun Fatimah.

Jawapan :

Pihak MPP memerlukan maklumat lebih tepat iaitu, blok mana? Aras dan bilik… Harap maklum

74 kemudahan [ by Mohd Jazlan Bin Mad Said on Sun 05th Jul 09, 10:09am]
di Kolej kediaman Perwira ketiadaan kemudahan untuk meletak kenderaan seperti tempat letak kendaraan tidak mempunyai bimbung untuk melindungi kenderaan dariapada terkena cahaya matahari yang terik dan hujan. Jika tidak ada bumbung tempat letak kenderaan, kendaraan berkemungkinan akan mudah rosak. Selain itu, cafeteria yang sedia ada tidak mampu pelajar yang ramai dan dharapkan dapat menambah sebuah cafeteria. syay berharap pihak MPP dapat melakukan perubahan. Tterima kasih

Status : dalam proses MPP untuk berbincang dengan pihak bertanggungjawab.

PIC – Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP

73 kelas khas [ by surianto bin aris on Sat 04th Jul 09, 8:52pm]
assalamualaikum,
semenjak kemasukan saya ke sini,saya melihat ramai pelajar mengelak untuk bercakap dengan orang asing terutamanya pelajar melayu .Hal ini kerana,mungkin kebanyakan mereka tidak fasih untuk bercakap dalam bahasa english.Maka dengan itu,saya mewakili pelajer kolej kediaman wujudkahkah kelas istimewa bagi pelajar yang lemah dalam english terutamanya pelajar degree yang tidak ada subject english ? Oleh itu,saya cadangkanlah Majlis Perwakilan Pelajar untuk mempertimbangkan cadangan saya untuk mengadakan kelas bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam english terutamanya dalam pertuturan bahasa english.

Jawapan : update 10/07/2009

Waalaikumussalam w.b.t

Berkenaan hal ini, tidak dinafikan bahawa fenomena ini berlaku dalam kalangan pelajar universiti ini. Namun demikian, lemah dalam bahasa inggeris bukan sahaja berlaku pada pelajar dari malaysia, bahkan juga pelajar luar negara sendiri. Oleh yang demikian, PPKK telah mewujudkan kelas UMB 1011: English for academic purposes, Technical writing, technical communication, English Language Speaking Programme (ELSP) dan banyak lagi kursus yang diwajib atau dibuka kepada para pelajar untuk sertai bagi meningkatkan mutu bahasa inggeris di kalangan pelajar. Namun, perubahan yang berlaku amat sedikit kesannya ke atas para pelajar kerana faktor kesedaran terhadap peri pentingnya bahasa global itu serta kelemahan asas bahasa inggeris sejak di bangku sekolah lagi.

Namun, cadangan anda akan diteliti sendiri oleh saya, selaku Pengerusi Jabatan Akademik dan Pembangunan Pelajar yang mana salah satu tunjang perjuangan saya ialah untuk meningkatkan mutu bahasa inggeris di kalangan mahasiswa UTHM. Terima kasih atas cadangan dan aduan yang diberikan. Insya Allah, saya akan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi permasalahan ini. Semoga anda bersama-sama saya dalam perjuangan ini.

Sekian,

Sia Chai Fuat@Mohd Fuad
Pengerusi
Jabatan Akademik dan Pembangunan Pelajar
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
+60167803771
fuad.mpputhm@gmail.com

72 Minggu Haluan Sisiwa [ by ell_lika on Sat 04th Jul 09, 8:07pm]
Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Saya merupakan wakil JKK daripada Kolej Kediaman Tun fatimah dan bersuara bagi pihak JKKTF. Tanggal 3/7/09, kami ada mendengar berita yang kurang enak daripada seorang rakan yang telah menghadiri post mortem MHS yang diadakan setelah selesai malam penutup MHS. JKK telah dipertikaikan cara kerja sepanjang MHS berlangsung semasa MHS tersebut. Kami tidak berpuas hati kerana tidak dapat mempertahan diri kami. Kami tidak dikhabarkan mengenai perubahan maklumat. Bukankah matlamat sebenar Post Mortem MHS kali ini adalah untuk menambah baik MHS akan datang? Bagaimana perkara ini dapat dilakukan tanpa mengambil kira idea & penambahbaikan daripada pihak JKK. Kami amat berkecil hati kerana tidak dapat menyuarakan pendapat dan memberi cadangan penambahbaikan. Seolah-olah pendapat kami tidak diperlukan. Adakah kami sekadar boneka untuk menanti arahan tugasan daripada pihak urusetia SAHAJA!! ???????? Seolah-olah kami tidak penting. Diharap pihak urusetia menghormati kami iaitu JKK.

Yang benar,
Nur Alkaf Abd Karim
S/U JKKTF.

Berani kerana Benar!

Jawapan :

Wa`alaikummussalam & salam perpaduan

Pihak MPP sedia maklum mengenai permasalan ini. Ianya merupakan salah faham. Pihak MPP telah mengaturkan Post Mortem susulan masalah ini pada Jumaat ini ( 10hb Julai 2009 ) 8.30 pm di DK 1 bagi membetulkan keadaan. Pihak MPP memohon maaf atas kesulitan pihak JKK akibat salah faham mengenai tarikh Post Mortem lepas.

β€œ Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih β€œ

Di sini saya selaku Yang Di-Pertua mengharapkan sekiranya terdapat kekeliruan sebelum ini dapat diperbetulkan pada Post Mortem kali ini. Memandangkan kita adalah sama objektif dalam menjaga kebajikan pelajar yang membezakan peranan dan target sasaran perkhidmatan. Satu kampus, Satu Malaysia.

β€œ Penggerak Agenda Mahasiswa”

Yang benar,

Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid
Yang Di-Pertua MPP Sesi 08/09
πŸ˜€

Pengurusan PTPTN perlu penelitian khusus sebelum laksana skim Ujrah

muslih: salam fadzil.. bz ke? nak konpem.. ptptn kan dah turun 1%? tp surat yg aku dpt still 3%.. any info about that?

Pengurusan PTPTN perlu penelitian khusus sebelum laksana skim Ujrah

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingin mengucapkan terima kasih di atas kenyataan yang dibuat ‘Dr Ilias Zaidi’ dari Kuala Lumpur melalui ruangan ini, pada 30 Jun lalu yang ternyata begitu prihatin berkaitan pengurusan PTPTN serta pandangan membina yang diberikan. Apa yang diutarakan oleh penulis sebenarnya lebih kepada pertanyaan mengenai bilakah pelaksanaan skim Ujrah akan dilaksanakan, walaupun kerajaan mengumumkan penurunan kadar kepada satu peratus berkuatkuasa Jun 2008. PTPTN secara umumnya masih lagi pada peringkat akhir berkaitan urusan penawaran Ujrah seperti yang diumumkan kerajaan. Bagaimanapun memandangkan ia membabitkan proses pemindahan data peminjam sedia ada ke dalam sistem baru sebanyak 1.3 juta akaun, ia amatlah memerlukan penelitian khusus oleh PTPTN bagi mengelakkan sebarang kesilapan dan memastikan kesempurnaan ke atas tindakan pelaksanaan yang akan dibuat dan memastikan keadilan kepada semua peminjam. PTPTN amat menyedari keresahan semua peminjam mengenai hal berkenaan, namun apa yang ingin ditegaskan di sini tawaran pengurangan caj pinjaman PTPTN yang diumumkan oleh kerajaan adalah tetap berkuat kuasa dari Jun 2008 walaupun ia lewat dilaksanakan. Mana-mana peminjam yang membuat penyelesaian pinjaman selepas 1 Jun 2008 akan menerima pelarasan ke atas perbezaan di antara kos pentadbiran tiga peratus dengan Ujrah satu peratus. Ingin juga ditegaskan di sini isu berkaitan kos pentadbiran tinggi yang dikenakan ke atas peminjam pinjaman PTPTN adalah tidak benar sama sekali. Untuk makluman kaedah ataupun formula pengiraan kos pentadbiran yang diguna pakai oleh PTPTN sebenarnya adalah bersamaan dengan pengiraan dibuat institusi kewangan yang mengeluarkan pinjaman. Penulis serta peminjam adalah dinasihatkan supaya merujuk kepada keseluruhan jadual bayaran balik supaya ia tidak disalah tafsirkan dan membuat bayaran balik melalui potongan gaji bagi mengelakkan sebarang tunggakan bayaran. Untuk makluman juga, contoh yang diberikan penulis mengenai pengiraan bayaran balik pinjaman yang dibuat sememangnya tidak tepat. Ini adalah kerana amaun RM2,526.30 berkenaan sebenarnya adalah amaun tunggakan bayaran balik yang perlu dibuat oleh peminjam termasuk kos pentadbiran pinjaman. Kos pentadbiran pinjaman pendidikan PTPTN dikira berdasarkan baki prinsipal bulanan berkurangan. Sebarang bayaran balik dibuat oleh peminjam yang mempunyai tunggakan ansuran bulanan akan menyelesaikan kos pentadbiran terlebih dulu. Sehubungan itu, peminjam yang tidak membuat bayaran balik mengikut jadual ditetapkan akan mendapati bahawa kos pentadbiran tidak menunjukkan pengurangan ketara. NOORA MD YUSOFF, Pegawai Perhubungan Awam PTPTN.

Sumber ; Berita Harian Online

* Maklumbalas di atas pertanyaan Muslih kepada Fadzil (YDP)
utk. pengetahuan sdra jawapan yang sama juga di sampaikan kepada saya dalam Mesyuarat pra-MPPK oleh Pengerusi PTPTN. Harap maklum.

Lampiran :