Mohd Fadzil

Month: August 2009

PROGRAM ZIARAH MAHASISWA LUAR KAMPUS ( PELAJAR TANPA ASRAMA)

UTHM – 29 Ogos 2009 – Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama JKK Pelajar Tanpa Asrama telah turun padang pada 29 Ogos 2009 bersamaan 8 Ramadhan 1430 Hijrah bagi program menziarahi pelajar-pelajar tanpa asrama. Objektif program turun padang ini adalah untuk melihat sendiri permasalahan pelajar tanpa asrama bagi memastikan semua pelajar ini terjaga kebajikannya. Jika sebelum ini, banyak isu-isu di kolej kediaman telah diperjuangkan, kali ini pihak Majlis Perwakilan Pelajar ingin pula membawa kebajikan pelajar tanpa asrama untuk sama-sama diberi perhatian. Program Ziarah MahasiswaLuar Kampus ini adalah sebagai salah satu usaha yang dilakukan bagi merapatkan ukhwah antara pihak Majlis Perwakilan Pelajar dengan pelajar tanpa asrama. Selain itu, Program Ziarah Mahasiswa Luar Kampus ini adalah sebagai satu alternatif yang diambil untuk lebih mendekati dan mengetahui realiti sebenar permasalahan Pelajar Tanpa Asrama ini, untuk terus dibantu dan dijaga kebajikannya. Program ini bermula pada jam 2.00 Petang. Terima kasih diucapkan di atas kesudian Pengetua Pelajar Tanpa Asrama iaitu Tn. Hj. Ali dan beberapa JKK PTA yang menjadi pemandu arah bagi pihak MPP. Dalam keadaan sebahagian ahli MPP yang berpuasa, mereka ini masih sanggup untuk turun padang untuk melihat sendiri pelajar-pelajar ini bagi membuktikan undi-undi mereka ini tidaklah sia-sia dan menjadi platform bagi pihak PP mendengar sendiri keluhan dan permasalahan mereka. Alhamdullillah, program ini berakhir kira-kira jam 6.30 Petang dan sebanyak 30 buah rumah berjaya pihak MPP ziarahi iaitu di Kampung Parit Hj. Rais, Kampung Parit Jelutong, Flet di Kampus Bandar, Taman Waja, Taman Sri Indah, Taman Pintas Jaya & Taman Maju.

MPP, JKK PTA, dan Palajar Tanpa Asrama bergambar kenangan di hadapan rumah

Pihak MPP telah menghulurkan sedikit barangan berupa keperluan rumah seperti beras, gula, milo, teh, biskut, kopi, kordial dan beberapa barangan keperluan dapur bagi meringankan beban pelajar tanpa asrama ini. Pihak MPP juga telah mempromosi ” Kempen Senyum Selalu” yang dianjurkan oleh pihak MPP dengan pemberian “Button Badge”. Berdasarkan daripada aduan-aduan yang didengari ketika sesi ziarah, permasalahan-permasalahan yang dihadapi ialah dari segi sewaan yang mahal, infrastruktur rumah yang tidak kondusif, rumah sewa jauh daripada jalan utama bagi pengangkutan yang disediakan khas untuk pelajar PTA, keselamatan yang tidak terjamin, dan persepsi seolah-olah kebajikan pelajar tanpa asrama telah diabaikan berbanding pelajar-pelajar di dalam kolej. Pihak MPP telah mendapat maklumbalas yang baik daripada pelajar-pelajar tanpa asrama ini dan memuji langkah yang julung-julung kali diadakan oleh pihak MPP dalam meninjau keadaan pelajar yang menginap di luar kampus dengan pelbagai cabaran. Pihak MPP mengucapkan terima kasih di atas kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam usaha murni ini.

Sebahagian gambar-gambar kenangan bersama-sama pelajar-pelajar yang sempat pihak MPP ziarahi

Secara peribadi, pihak saya selaku YDP mengucapkan tahniah kepada Pengarah Program Ziarah Mahasiswa Luar kampus iaitu saudari Fadilah Bte Abu Hasan ( Setiausaha Kerja 1 MPP UTHM Sesi 08/09) dan juga-juga sahabat-sahabat MPP yang sedia meluangkan waktu cuti lebih-lebih lagi saat berpuasa untuk membantu dalam usaha ini. Semoga generasi MPP akan datang akan dapat menjadikan ianya sebagai tradisi wajib MPP dan dapat membuatnya lebih awal berbanding sesi kali ini supaya langkah proaktif berdasarkan aduan-aduan tersebut akan dapat diberikan perhatian segera. Anggaplah ini sebgai langkah sulung untuk menjadikan kepimpinan mahasiswa di kampus lebih mantap daripada satu masa ke masa depan yang lebih gemilang.

Sekian, terima kasih.

ANDA TANYA, KAMI JAWAB

95 kafeteria perwira??? [ by student perwira on Wed 05th Aug 09, 2:47pm]

salam..
aduan sy adalah berkenaan dgn cafe di perwira,semenjak penutupan cafe ini kami pelajar yg tinggal di perwira mengalami kesukaran untuk membeli makanan. bagi pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri bukanlah menjadi suatu halangan tapi bagi kami yang tidak mempunyai kenderaan sendiri mengalami masalah untuk membeli makanan di luar kolej kediaman ini. memang betul terdapat 1 buah kedai makan yg menjual makanan tengahari dan 2 kedai makan yg menjual makanan panas pd waktu malam, tapi kedai ini tidak dapat menampung pelajar kolej kediaman perwira yg seramai 8 ratus lebih pelajar.
sy harap cafe di perwira dapat dibuka dengan segera dan tender yg lebih baik berbanding dgn tender sebelum ini.
terima kasih.

Jawapan :

Salam perpaduan.

Bagi masalah tentang penutupan kafe di kolej kediaman Perwira, pihak MPP telah mendapat maklum bahawa penutupan ini adalah disebabkan oleh kontrak katering yang lama telah tamat. Oleh sebab itu, pihak HEP telah menjual tender untuk katering-katering membuka kafe di kolej kediaman perwira. Namun, belum ada catering yang layak. Bagi masalah kesukaran membeli makanan, pihak pejabat kolej kediaman akan mencari peniaga sementara untuk membekal dan menjual makanan di kafe kolej perwira terutamanya pada waktu bulan Ramadhan iaitu pada waktu berbuka dan waktu sahur supaya pelajar boleh membeli makanan dengan mudah. Sekian harap maklum.

93 broken aircond [ by regular visitor on Tue 04th Aug 09, 3:03pm]
the aircond in the library(above pejabat bendahari) is broken. the condition becomes hot especially in the evening. now, they depend entirely on fans. please take action a.s.a.p

Jawapan :

Berhubung dengan masalah aircond yang rosak di library, pihak MPP telah membuat tinjauan dan membuat laporan aduan kerosakan ke Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Hartabina (PPH) dan seorang juruteknik dari bahagian pengurusan harta, Unit Mekanikal telah pergi membuat pemeriksaan, didapati tali sawat (belt)yang memusingkan turbin kipas dibahagian utama alat penghawa dingan telah terputus. Sehubungan dengan itu, pihak PPH akan mengambil tindakan segera dengan memperbaiki alat penghawa dingin tersebut. Pihak PPH juga meminta pelajar bersabar kerana kerja membaik pulih alat penghawa dingin tersebut akan mengambil masa sedikit. Harap maklum. Sekian.

TAWARAN BAS UNIVERSITI BALIK KAMPUNG KE PANTAI TIMUR & UTARA SEMPENA CUTI H1N1

Pihak Universiti akan menyediakan perkhidmatan bas universiti ke Pantai Timur & Utara pada esok pagi ( 12/08/2009) . Bas akan bertolak pada jam 9.oo pagi.

Pihak MPP akan membuka kaunter pendaftaran untuk booking tiket di setiap Kolej Kediaman…
daripada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Prioriti akan diberikan kepada mahasiswa/i yang telah membeli tiket bas awam pada tarikh-tarikh yang lain dan di minta membawa sebagai bukti untuk ditukarkan dengan tiket bas universiti.

Sekiranya terdapat kekosongan , barulah akan di buka kepada yang masih tiada tiket.

Harap maklum.



KEY PERFORMANCE INDEX

YANG DI-PERTUA MPP UTHM SESI 08/09

MOHD FADZIL BIN ABDUL HANID

Garis Panduan Portfolio Jawatan Yang Di-Pertua MPP UTHM ;

1.Mengetuai organisasi MPP sebagai jurucakap dalam kampus dan luar kampus dan luar kampus

2.Bertanggungjawab terhadap perhubungan dan tugas-tugas luar kampus dan dalam kampus

3.Mengetahui rundingan dan jalinan persefahaman dengan pihak luar khususnya kementerian-kementerian, agensi kerajaan dan swasta, agensi berkaitan pelajar khususnya PTPTN, MARA, Yayasan Negeri dan seumpanya.

4.Bertanggungjawab ke atas semua kebajikan MPP

Portfolio YDP ini tiada dalam proses Sasaran Kerja Tahunan MPP. Ini kerana YDP secara umumnya akan melihat kepada Garis Panduan Portfolio Jawatan Yang Di-Pertua MPP UTHM seperti di atas. Walaubagaimanapun saya selaku YDP juga tidak terikat secara langsung dengan garis panduan dan akan mengikut kepentingan semasa mengikut isu.Jadual ini adalah senarai tugasan MPP yang telah saya rancang samada telah terlaksana atau belum.

* Jadual ini juga tidak dapat saya lengkapkan seperti tarikh-tarikh kerana Dokumen-dokumen Rasmi saya berada di kampus. Memandangkan sekarang saya masih bercuti rehat akibat kecederaan daripada kemalangan maka KPI ini dibuat di rumah saya di Terengganu dan tidak dapat dilengkapkan dengan kemas. Maaf di atas kesulitan ini.

* KPI ini tidak termasuk Key Permormance Index setiap ahli MPP yang wajib di buat untuk dinilai. Saya mengalu-alukan kepada setiap ahli saya utk. menghantar e-mail kepada saya KPI masing-masing untuk dianalisa sendiri oleh masyarakat kampus. Saya mengucapkan tahniah di atas kerjasama erat kita di dalam organisasi saya pada sesi kali ini , kelemahan yang ada pada individu telah dikurangkan dengan adanya kerjasama sesama ahli. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas budi baik anda kepada kepimpinan saya pada sesi ini. Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan daripada diri saya sebagai Yang Di-Pertua pada sesi ini lebih-lebih lagi sejak 09/09/09 di mana saya telah bercuti panjang sejak kemalangan sehingga kemasukan sesi akan datang yang akan menyaksikan tampuk kepimpinan MPP akan di ambil alih. Sepanjang tempoh ini pasti ahli-ahli MPP bersusah payah untuk mengekalkan prestasi MPP pada sesi ini yang berjaya menunjukkan perkhidmatan terbaik seperti yang saya impikan. Doa saya sentiasa bersama kamu semua…

ITEM Tarikh Tempat Ulasan Sasaran
Kebajikan MPP
1. Mendapatkan dan penambaikkan bilik MPP * Bilik MPP lama di ubahsuai menjadi Pejabat TNC HEPA Bilik Seminar Bangunan HEP Perancangan Susun Atur bilik, kemudahan bilik, dan dekorasi bilik MPP . 100%
2. Menguruskan pakaian-pakaian rasmi MPP 1) Baju Melayu (L) & Baju Kurung ( P) 2) Baju Batik (L) & Baju Kurng Songket (P) 3) Blazer 4) Baju Korporat 100%
3. Mendapatkan Tali Leher, Brooch, Tag Nama, Diari dan Kalendar UTHM Permohonan kepada Pejabat PRO UTHM 100%
4. Mendapatkan printer khas untuk MPP Bilik MPP Permohonan kepada Pusat Teknologi Maklumat. 100%
5. Mendapatkan partition untuk bilik MPP Bilik MPP Menggunakan partition sedia ada daripda HEP yang digunakan balik. 100%
6. Mendapatkan Mesin Photostat untuk bilik MPP Bilik MPP Mesin Photostat sedia ada daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar 100%
7. Mendapatkan pengecualian yuran asrama untuk semua ahli MPP. * Sebelum ini hanya Majlis Tertinggi sahaja. Permohonan kepada NC . Diluluskan oleh Mesyuarat Eksekutif Universiti. 100%
8. Mendapatkan peruntukkan khas Kad Raya khas MPP Bertujuan untuk menaikkan imej korporat MPP 100%
Program Bawah YDP
1. Majlis Watikah Pelantikkan Rakan Exco MPP DK2 Bertujuan untuk menguatkan barisan MPP dengan pasukan penyokong melalui pengiktirafan melalui sijil watikah. 100%
2. Peruntukkan Khas Surat Khabar dan Rak akhbar utk bilik MPP, Sektriat Debat , dan Kolej2 kediaman Meningkatkan tahap pengetahuan ahli-ahli MPP, dan mahasiswa/i di kampus. 100%
3. Peruntukkan Khas Publisiti Banner MPP Bagi imej korporat MPP dan mendekatkan MPP dengan mahasiswa dengan publisiti yang berkesan 100%
4. Peruntukkan Khas Publisiti Banting MPP Bagi imej korporat MPP dan mendekatkan MPP dengan mahasiswa dengan publisiti yang berkesan. 100%
5. Aktivititi Turun Padang MPP Seluruh Kampus Bertujuan untuk khidmat kebajikan ahli MPP kepada masyarakat kampus melalui perancangan yang tersusun 50%
6. Penyelaras Mesyuarat Khas YDP2 IPTA Semalaysia sempena Konvensyen MPP Se-Malaysia di UTHM Bertujuan bagi perbincangan YDP-YDP Se-Malaysia pelbagai isu semasa dan hala tuju MPP IPTA 100%
7. Pengerusi Mesyuarat dengan semua JKK berkenaan Isu semasa kampus Menjadi Pengerusi bagi mesyuarat yang diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman MPP. 100%
8. Pengerusi Mesyuarat Khas dengan Kelab/Persatuan berkenaan kebajikan Kelab/Persatuan Menjadi Pengerusi bagi mesyuarat yang diselaraskan oleh Jabatan Pengurusan Kelab, Persatuan & Sektriat MPP. 100%
9. Permohonan Bas Balik Kampung kepada mahasiswa/i sempena cuti sempena diawalkan kerana H1N1 Bagi membolehkan mahasiswa/i balik kampung seawal mungkin apabila cuti diumumkan bagi kemudahan pengangkutan awam yang terhad. 100%
Kebajikan Mahasiswa/i
1. Menyelesaikan aduan-aduan pelajar (SACAM) Menjawab pertanyaan pelajar secara terus denagan bantuan ahli-ahli MPP. 80%
2. Mengeluarkan jadual baru pengangkutan bagi semua kolej. Mengeluarkan jadual baru pengangkutan yang lebih rasional yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan & Pengaduan Awam. 100%
3. Memperjuangkan tuntutan sagu hati mahasiswa.i yang ditimba bencana alam ( Ribut di KKTDi & KKTF) Diluluskan tetapi hanya sebahagian tuntutan yang lulus manakala sebahagian besar masih tertangguh kerana masalah teknikal seperti tiada resit, atau bukti kerosakan. 50%
4. Menyelaraskan harga makanan di kampus Telah menghantar ahli MPP ke UTM untuk meninjau pelaksanaan di sana yang berjaya. Tetapi pelaksanaan di UTHM masih tiada pergerakan ke arah pelaksanaan tersebut. 0%
5. Menghasilkan Resolusi Kebajikan Kolej Kediaman Bandar Universiti Dokumen untuk menyatakan 6 tuntutan kebajikan & kemudahan sebelum pelajar-pelajar kanan yang dipindahkan di KK Bandar Universiti. 100%
6. Menghasilkan Memorandum Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sesi 2008/2009 berkaitan isu kilang berhampiran kawasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 1 Ogos 2009 Dokumen untuk menyatakan permasalahan dan memohon perhatian dari pihak Kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan isu pencemaran kilang. 100%
7. Mengadakan perbincangan pelbagai penjuru untuk penyelesaian jangka panjang berkenaan isu perkhidmatan pengangkutan ( Sikun Jaya Sdn. Bhd. , HEP, PPH, Bendahari, Unit Perundangan). Perbincangan mencari jalan keluar yang diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan & Pengaduan Awam. 100%
Infrastruktur / Kemudahan Fizikal
1. Memperjuangkan Mesin RO Water di kolej-kolej kediaman. Berdasarkan aduan-aduan pelajar. Dimajukan kepada Unit Perumahan HEP. 100%
2. Memperjuangkan Pemasangan Astro di Kolej-Kolej Kediaman Berdasarkan perbincangan dengan Unit Perumahan HEP. 100%
3. Susur Gajah daripada KKTDi & KKTF ke G3 dan ke Arked Berdasarkan aduan-aduan pelajar. Dimajukan kepada PPH. Lulus ddan dalam proses Tender. 0%
4. Parking Motosikal Berbumbung di KKTDi & KKTF Berdasarkan cadangan pelajar. Dimajukan kepada PPH. Telah siap. 100%
5. Kiosk di Perhentian Bas Dataran Anggerik Berdasarkan mesyuarat MPP. Dimajukan kepada PPH. Dalam proses pembinaan. 20%
6. Cadangan Pembinaan Bangunan Pusat Kegiatan Pelajar ( Student Center) Dimajukan kepada PPH untuk rancangan di tapak pembagunan baru universiti dalam RMK-10. 0%
Lain-Lain Aktiviti
1. Menjadi AJK Unit Publisiti & Promosi Jemaah YDP Se-Malaysia 16 Mei 2009 Mesyuarat Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Seluruh IPTA Sesi 09/09 bertarikh 16 Mei 2009 bertempat di UTHM telah memutuskan membentuk jawatankuasa ICT . ( Minit mesyurat : 2.8) 100%
2. Mengetuai MPP dalam Mesyuarat Bersama Naib Canselor Mesyuarat mengenai isu-isu semasa universiti. 100%
3. Mengetuai MPP dalam Mesyuarat Bersama Timbalan Naib Canselor HEPA Mesyuarat mengenai isu-isu semasa universiti berkitan kebajikan. 100%
4. Mengetuai MPP dalam Mesyuarat Bersama Timbalan Naib Canselor Akademik & Pengantarabangsaan Mesyuarat mengenai isu-isu semasa universiti berkaitan akademik. 100%
5. Mengetuai MPP dalam Mesyuarat dengan Pejabat-Pejabat Bertanggungjawab berkenaan pelbagai isu. Merangkumi isu-isu yang perlu diperbincangan dimana melibatkan pandangan pelajar. 100%

WARNA-WARNA MAJLIS KONVOKESYEN & PESTA KONVOKESYEN KE -8 UTHM

WARNAWARNA MAJLIS KONVOKESYEN & PESTA KONVOKESYEN KE 8 UTHM
Dari kiri ; Arif, Syed & Fadzil – πŸ˜€ Tq kepada Syed ( Mantan Pengerusi Kelab Pendidikan Teknik & Vokasional
Sesi 06/07 yang telah mengasah bakat saya ketika saya mula-mula tiba di UTHM…. Tahniah dah bergraduasi….
:p Kawan2 kelas yang dah bergraduasi …. tumpang gembira dengan kejayaan kamu semua…. Kami Guru-Guru Malaysia akan berbakti kepada anak bangsa………


:p Kawan2 kelas yang dah bergraduasi …. Tahniah semua…. We Are Friends Forever……

Dari kiri ; Fadzil, Rizal, Arif bergambar kenangan di Dataran Siswazah… Rizal yang terkenal dengan kebaikan hati…. hehe… pun dah abis kita biler lagi Arif??

Dari kiri ; Rajewi, Fadzil, Fadhilah – Sahabat2 Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 07/08 …Perjuangan kalian sentiasa menjadi kenangan terindah dalam memori hidupku……
:p Di tapak Pesta KOnvokesyen, cam koboi la plak..
Tahniah kepada Kelab Fotografi yang menganjurkan “Animal Kingdom” .
Kuda tu comel la….

Β 

Bergambar kenangan dengan pasukan Paddlers Rowing” UTHM. Salah sorang dah bergraduasi.Tahniah kepada Nani Hidayah ( Rakan sekelas).
Bergambar dengan Kuda di Tapak Pesta Konvokesyen


Ambik jer la Rizal…. jangan jealous…

Sebuah kisah Ranjau-Ranjau Kehidupan Mahasiswa

Malam ini selepas turun ke Sesi taklimat TNC HEPA berkenaan isu KKTSN di tutup, saya dan beberapa ahli MPP berkesempatan melawat pelajar tanpa asrama. Dalam setengah jam berpusing-pusing mencari alamat seperti yang diberikan pemberi maklumat mengenai permasalahan mahasiswa ini.

Akhirnya kami dapat berjumpa dengan pelajar ini, pelajar tersebut jelas mengenali saya sebagai YDP dan terkejut dengan kehadiran pihak MPP ke rumah. Pemberi maklumat telah menceritakan permasalahan mahasiswa ini dan meminta jasa baik saya untuk menolong beliau. Beliau juga dalam keadaan sakit, demam panas. Jelas kerutan wajah ketika membuka pintu menunjukkan kesakitan yang di alaminya.

Beliau memberitahu di dalam rumah hanya ada beliau dan seorang kawannya sahaja yang sedang tidur. Kawan-kawan lain keluar menurut beliau. Melalui maklumat yang di ceritakan pemberi maklumat, beliau berasal dari Sabah, ayah sudah meninggal dunia, ibunya tidak bekerja dan mempunyai 8 orang adik beradik, beliau anak bongsu, menurutnya adik beradik lain sudah mempunyai keluarga dan sekadar cukup makan menanggung keluarga masing-masing.

Saya membuka bicara dengan bertanya khabar kepada beliau, seterusnya saya membina keyakinan dirinya bagi menceritakan masalahnya. Beliau mencerita kesusahan keluarganya di kampung ( Sabah), tidak lama dahulu rumahnya telah dirobohkan kerana didirikan secara setinggan. Sekarang keluarganya berpindah ke rumah abg iparnya menumpang . Pastilah mendengar cerita mengenai masalah keluarga yang porak peranda membuatkan kami insaf dan bersyukur dengan segala apa yang kami miliki sekarang. Malah dia juga menceritakan pegangan agama Islamnya yang longgar akibat situasi keluarganya. Ini membuatkan kita berfikir dalam negara yang dikatkan kaya melimpah ruah, masih ada lagi bumiputera atau lebih tepat lagi saudara seislam yang merintih nasib di bumi sendiri. Mana pergi badan-badan kerajaan, NGO-NGO, Institusi-institusi yang sepatutnya membantu saudara seagama kita?? Yang banyak hari-hari kita di sajikan dengan ketaksuban politik yang tidak habis-habis bercakaran sesama sendiri. Mana pergi semua parti-parti politik tidak kira samaada daripada kerajaan ataupun pembangkang yang sama-sama mengaku Islam secara zahir tetapi tidak mahu duduk bersama-sama menangani kebejatan masalah umat Islam dari segi ekonomi mahupun politik.

Berbalik kepada cerita asal, sememangnya saya sudah dimaklumkan mengenai masalah kewangan yang dihadapinya. Beliau sudah meminjam wang tabung kebajikan HEP dan masih belum membayarnya maka tidak dapat meminjam kembali. Pada semester lepas juga Pusat Islam telah membantu dari segi Zakat. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti yang telah membantu selama ini.

Pastilah kerana saluran2 ini telah digunakan maka kebetulan semester ini beliau menghadapi masalah dengan PTPTN. Duit PTPTN tidak masuk lagi kerana kelewatan beliau sendiri menghantar surat maklumbalas kepada PTPTN kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
Setelah berbual-bual panjang, pihak MPP menghulurkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban yang dihadapinya. Beliau tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata dengan bantuan yang tidak seberapa daripada kami. Beliau juga mencadangkan supaya orang yang tidak berkemampuan sepertinya diberikan penginapan percuma di Kolej-kolej kediaman. Sementara sekarang beliau duduk di luar kerana menumpang simpati rakan-rakannya dan berhutang dengan rakan-rakannya.

Tidak lama kemudian, rakan-rakan serumahnya dalam 4 orang mahasiswa pulang ke rumah dlam jam 1 pagi, kesemuanya memakai baju sebuah syarikat, rupa-rupanya mereka ini mahasiswa bekerja separuh masa pada waktu malam, terdetik di hati bilakah masa mahasiswa-mahasiswa ini belajar sekiranya waktu sepatut ulangkaji dihabiskan untuk mencari rezeki…. betapa bertuahnya kita yang hidup dalam keadaan senang lenang selama ini belajar dengan segala kemudahan yang ada. Anda bagaimana???

* Artikel ini di buat setelah mendapat persetujuan beliau sendiri dan meminta tidak diletakkan nama dan gambar. Pihak YDP selaku pengarang juga pada mulanya di larang menulis artikel ini kerana takut dikatakan ingin publisiti murahan dan niat ikhlas membantu akan lari dari matlamat. Saya telah meyakinkan sahabat2 artikel ini sebagai perkongsian kepada sahabat-sahabat kita mahasiswa/i dan boleh dijadikan teladan bagi kita semua di mana masih banyak lagi yang diperlukan untuk memastikan mahasiswa/i kebajikan mereka terjaga. Saya terpanggil untuk menyuarakan harapan kepada semua pihak masih banyak lompong lagi dan masih banyak lagi rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan tidak stabil khususnya saya sebagai seorang Islam tidak dapat menerima kenyataan masih ada rakan sesaudara yang hidup menderita di negara bertuah ini. Saya bertanya kepada diri sendiri masihkah ada harapan untuk melihat semua pihak Islam di negara ini dapat duduk semeja dan bersatu sepertimana Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi menyatukan semua umat Islam ketika zamannya????

Saya cabar kalau generasi sekarang tidak menyatukan semua pihak, generasi kita mahasiswa/i akan berani membuat perubahan bagi mencapai cita-cita besar yang sekarang ini dilihat mustahil………… ayuh berganding bahu dengan belajar bersunguh-sunguh sekarang dan menjadi pengganti kepada pimpinan negara satu hari nanti bagi melihat Malaysia yang makmur dan khususnya melihat kegemilangan Islam dapat dikembalikan.

Sekian, terima kasih….

JANGAN DENGAR KHABAR ANGIN


Untuk makluman kepada mahasiswa/i, pihak MPP menegaskan bahawa mahasiswa/i tidak mendengar khabar angin mengenai cuti ataupun kes-kes HINI yang melibatkan kematian. Pihak-pihak yang menyebarkan fitnah ini amatlah di kesali. Pihak YDP secara peribadi menerima sms-sms bertanyakan tentang cuti dan kes kematian yang semuanya adalah palsu.

Berkenaan isu HINI, wakil pihak MPP telah berbincang dengan Ketua Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Zulkifli bin Taat bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan isu ini. Beberapa isu yang diperbincangkan adalah seperti berikut menurut Dr. Zulkifli bin Taat :-

(1) Tidak perlu panik kerana keadaan di universiti masih terkawal.

(2) HINI berada di mana-mana, apa yang penting adalah langkah-langkah kawalan yang perlu diambil oleh kedua-dua belah pihak iaitu PKU dan mahasiswa/i sendiri.

(3) Pihak PKU mengmbil inisiatif menyebarkan risalah-risalah berkenaan HINI ke seluruh universiti.

(4) Topeng muka telah diedarkan ke kolej-kolej kediaman bagi memastikan sepatutnya setiap mahasiswa/i mempunyai topeng muka.

(5) Ujian saringan di pintu masuk PKU, mereka yang disyaki mempunyai simptom-simptom akan diberikan topeng muka terlebih dahulu dan diperiksa suhu badan.

(6) Setelah pemeriksaan doktor , sekiranya di syaki mahasiswa/i akan diberikan cuti selama 7 hari dan dikuarantin di Kolej Kediaman Taman Universiti.

(7) Bagi langkah pencegahan semasa Majlis KOnvokesyen, PKU telah mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan Negeri Johor untuk menempatkan mesin pengimbas di Majlis Konvokesyen berlangsung . Ibu bapa dan graduan akan di imbas terlebih dahulu.


(8) Apa yang penting adalah pendidikan berterusan berkenaan wabak HINI ini supaya langkah-langkah yang lebih selamat dapat dilakukan bagi memastikan kampus ini bebas daripada wabak ini secepat mungkin. Insyaallah…..


Sekian, terima kasih.

JADUAL PENGANGKUTAN BAS BALIK KAMPUNG

HARI RAYA AIDIL FITRI

* Perhatian kepada mahasiswa/i yang ingin membeli tiket pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri, pihak universiti menyediakan bas universiti dengan harga yang berpatutan. Mahasiswa/i boleh membeli tiket di Pejabat HEP mulai sekarang. Sebarang masalah berbangkit boleh menghubungi pihak MPP.

Tarikh Destinasi Masa Bertolak Jumlah Bas Harga Tiket (RM)
UTHM – Kuantan – 9.00 malam 4 20.00
Kemaman – Dungun – Kuala Terengganu 33.00
17 September 2009 (Khamis) UTHM – Besut – Kota Bharu 8.00 malam 3 44.00
UTHM – Ipoh – 10.00 malam 1 40.00
Butterworth 50.00
UTHM – Sungai Petani – Alor Setar – Kangar 9.30 malam 1 50.00

JADUAL PENGANGKUTAN BAS DARI KAMPUNG

KE UTHM

Tarikh Destinasi Masa Bertolak Jumlah Bas Harga Tiket (RM)
Kuala Terengganu – Dungun – Kemaman 9.00 malam 4 33.00
Kuantan – UTHM 20.00
26 September 2009 (Sabtu) Kota Bharu – Besut – UTHM 8.00 malam 3 44.00
Butterworth – 10.00 malam 1 50.00
Ipoh –UTHM 40.00
Kangar – Alor Setar – Sungai Petani – UTHM 9.30 malam 1 50.00



*Senarai nama pemandu bertugas akan dipaparkan di kaunter Pejabat HEP sebelum tarikh perjalanan. Pelajar diminta untuk mencatatkan nama dan no. tel. pemandu yang berkenaan. Sebarang masalah yang timbul disebabkan kegagalan pelajar mengambil perhatian perkara ini adalah di luar tanggungjawab Pejabat HEP.

*Tiket yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.