Mohd Fadzil

Month: October 2009

Password? LINK MEDIAFIRE….

Password? LINK MEDIAFIRE….

Terima kasih atas kerjasama anda. Sedikit usaha diperlukan sebagai tanda terima kasih. Tak perlu keluar duit. Hanya sedikit masa anda untuk dapatkan password. =)

Hanya sekali sahaja seumur hidup dapatkan password ini.

(1) Langkah Pertama anda perlu mempunyai Akaun Facebook. Kemudian Log In Akaun anda.

(2) Kemudian tekan butang Like di bawah ;
 


(3) Kemudian anda pergi ke Fan Page iaitu link di bawah ;


(4) Tekan bahagian Info di Fan Page tersebut dan dapatkan Password di bahagian Personal Interests. Sepertimana gambarajah di bawah ;


Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page.


Sekian, Terima kasih.
 

KEMBALI : SIRI 8 – ” Dalam Secawan Kopi Yang Hitam, Masih Ada Manis”

KEMBALI : SIRI 8 – ” Dalam Secawan Kopi Yang Hitam, Masih Ada Manis”


Cerita HERO seperti yang sy sebut dalam Kembali Siri 6…. bukan sekadar cerita…. sy tidak semberono dalam memilih cerita di televisyen…. sudah semestinya National Geographic, Discovery Channel & History Channel menjadi kegemaranku… tapi sebab rancangan channel tu di ulang kembali jadi sy ambil remote control dan beralih ke TV2…. sekejap je sy dah tertawan sebab aku x dpt mengagak jalan cerita…. kalau yg dpt agak jalan cerita biasa malas nak tengok…. kalau dah tahu hero menang akhir lebih baik x yah…

Yang penting sy nak ulas jalan cerita yg sy kire kreatif dalam otak pengarah ni…. mula2 sy cerita yg tersurat…. pastu baru yg tersirat…. anda fikir sendiri!!!

China di zaman dahulu terdapat beberapa kerajaan yang saling berbalah…..Maharaja daripada kerajaan Qin menyerang negeri2 jirannya… sehingga ke sebuah kerajaan benama Zhao…

Tentera Qin menceroboh negeri Zhao dan membunuh rakyatnya… alkisah sebuah keluarga telah di bunuh dan tinggal seorang budak lelaki yg terlepas drpd tragedi itu & akhirnya membesar utk membalas dendam….
Selepas 20 tahun budak laki tu datang menuntut bela dengan gaya pedang yg handal…. dengan meminta pertolongan bekas anak jeneral tentera Zhao yg tewas die merancang plot membunuh maharaja tersebut….
Budak laki tu adalah Jet Li…. utk mendekati maharaja , Jet Li perlu berada dlm 10 langkah jaraknya dengan maharaja bg menjayakan teknik pedangnya dalam membunuh seseorang, peluang tu muncul bila maharaja membuat tawaran kepada sesiapa yg dapat membunuh bekas anak tentera zhao ( x ingat nama , dlm ni aku panggil Minah) dan suaminya ( x ingat jugak nama , dlm ni aku panggil Abu). Ganjarannya dapat minum dengan maharaja di istana iaitu 10 langkah jarak daripada maharaja tu.

Jet Li berpakat dengan Minah & Abu utk berkomplot supaya buat2 mati di bunuh Jet Li…. sambil2 tu Abu menceritakan die pada 3 tahun lepas penah menyerang Istana dan hampir membunuh maharaja… tetapi di saat akhir die berhenti… maharaja sendiri x tahu nape Abu x pancung kepala die…. sejak tu Minah isteri dier dah x bercakap dengan Abu sebab x balas dendam utk ayah dier…
Rupanyer2 Abu tersedar semasa berlawan pedang dengan teknik terhandal dier dengan teknik pedang maharaja membuat dier terfikir pandangan maharaja tersebut yg dipandang kejam sebenarnya mempunyai maksud yg tersirat….

Abu pesan kat Jet Li jangan membalas dendam…. hidup sahaja di tempat terpencil… Jet Li akhirnya berjaya meyakinkan Abu utk buat2 mati bagi die peluang dulu utk jumpa maharaja…. Maharaja yg dapat tahu Jet Li berjaya bunuh Minah dan Abu ( tipu2) mejemput die minum di Istana.
Sambil2 minum2 maharaja berbual2 ngan Jet Li.. bertanya camner leh bunuh Minah & Abu.
Maharaja yg bijak berjaya mengesan Jet Li menipu…. dan mencabar Jet Li … tapi turut bertanya tentang Abu.
Paling penting maharaja nak tahu kenapa Abu x bunuh die dulu?

Jet Li : Abu telah menceritakan kepadaku bahawa perlawanan dan peperangan ini tiada akhirnya.Abu menyampaikan hatinya terdetik bahawa tindakan maharaja yg mana semua org kata kejam ade hikmahnya.

Maharaja : Apakah maksud Abu itu wahai Jet Li?

Jet Li : Abu berkata sejak kecil die melihat peperangan yg tidak henti2 antara berbelas kerajaan kecil di tanah besar China. Sudah banyak rakyat yg terkorban kerana cita2 pemimpin. Abu berjaya meneka niat baik tuanku di sebalik peperangan yg tuanku lancarkan…..

Maharaja : Benarkah Abu berkata begitu? (sambil menangis)

Jet Li : Mengapa tuanku menangis?

Maharaja : Nampaknya musuh yang paling aku geruni selama ini adalah orang yang paling memahami aku. Aku benar2 terharu. Sedangkan pegawai2 tinggiku sendiri tidak memahami aku kerana menyerang semua kerajaan yg ada satu persatu yg memalitkan namaku sebagai maharaja kejam.

Jet Li : Nampaknya benarlah ape yg dikatakan Abu mengenai tuanku, kebijaksaan tuanku…

Maharaja : Tujuan beta hanya satu untuk menyatukan semua kerajaan2 kecil ini di bawah empayarku. Supaya mereka tidak saling berlawan antara satu sama lain lagi. Menyebabkan banyak kerosakan di muka bumi. Bila meraka bersatu di bawah empayarku… maka tiada lagi peperangan akan berlaku… nampaknya Abu benar2 pahlawan sejati…. aku tidak kesal kalau dikau bunuh aku sekrang sambil mecampakkan pedangnya ke Jet Li.

Jet Li : Tersentak dengan tindakan maharaja dan mula memahami kenapa dulu Abu tidak membunuh maharaja.

Jet Li meninggalkan Istana dengan perasaan damai. Tidak membunuh maharaja. Maharaja memandang langit dengan penuh harapan. Cerita pun tamat. Tiada siapa yang memang dan kalah akhirnya…. menarik bukan…

Moral Of The Story :

Satu2 tindakan yang kita ambil sebagai pemimpin kadang2 tidak ramai yang memahami. Malah pemimpin pula sering di salah tafsir sehingga ade yg digelar kejam. Yang paling memeritkan sahabat2 baik menjauhi kita kerana tidak memahami kita sehingga mengorbankan diri demi orang lain dan menyalahkan aliran kita menyimpang dari kebiasaan . Dalam secawan kopi yang hitam, pasti ade manisnya. Pengorbanan untuk menegakkan kebenaran pastilah ada seribu halangan. Musuh pula jangan di lawan. Ajak berkawan. Kalau die bagi penampar, kita bagi la die hadiah epal ke… buat dier terharu…. kan bagus.. saling bersatu padu.

Mari kita lihat Sejarah Islam pulak…….

Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal ngan bengis pada zaman arab jahiliah dan pernah membunuh anak perempuannya bertukar menjadi tokoh yang membela bermatian-matian dalam perjuangan Islam akhirnya …. Fikir-fikirkan….

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah SAW.

Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah. Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah,kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup dia menjaga dirinya sahaja. Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu.

Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini hampir semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu. Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim dari dia.

Kisah Perjalanan Ladunni Nabi Musa AS bersama muridnya serta Nabi Khaidir AS merupakan kisah yang telah lama kita kenal dan sebut-sebutkan untuk menjadi contoh tauladan kepada manusia yang berilmu. Kisah ini mengandungi pengertian yang sangat dalam dalam ertikata mengenal Sang Pencipta yang Maha Besar. Di mana tempat ‘jumpanya’ ilmu itu? Itulah dia di tempat pertemuan antara dua laut. Di situlah bermulanya Ladunni yang di sebut-sebut para Ahli Sufi. Kisah perjalanan Ladunni Nabi Musa AS dan Nabi Khaidir AS dinukilkan di dalam terjemahan Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Kahfi (ayat 60 hingga 82). semoga mendapat manfaat bersama.

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: “Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun”. Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: “Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini”.

Muridnya menjawab: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.” Musa berkata: “Itulah (tempat) yang kita cari”.

Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. Musa berkata kepada Khidir: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?”

Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?” Musa berkata: “Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun”. Dia berkata: “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu”.

Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melobanginya. Musa berkata: “Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?” Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar. Dia (Khidir) berkata: “Bukankah aku telah berkata: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku”

Musa berkata: “Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku”. Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: “Mengapa kamu bunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar”. Khidir berkata: “Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?”

Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku”.

Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: “Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu”. Khidir berkata: “Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.

Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).

Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya”.

Itulah kisah perjalanan Musa AS bersama Khidir AS. Itulah dia Ilmu yang diajarkan Allah kepada Khaidir AS yang di sebalik Hitam dan Putih.

“Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Ali Imran:103)

Hadis Nabi saw bermaksud: “Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)…” (Muttafak ‘alaihi)

Anda faham apa yang sy ingin sampaikan dalam siri ini ? Kalau anda faham apakah pandangan anda dalam konteks poltik Malaysia hari ini? Sekadar berkongsi….

Salam perpaduan…

Anda G.E.N.I.U.S? Jom Mengambil Ujian Anda Sendiri!!

Anda G.E.N.I.U.S? Jom Mengambil Ujian Anda Sendiri!!


MAKSUD GENIUS ??

Mengikut beberapa kamus , genius bermaksud mempunyai kebolehan atau pengetahuan yang luar biasa terhadap sesuatu perkara. Jadi, jika pemikiran kita mengatakan genius hanyalah berkait dengan akademik sahaja adalah salah. Sebagai contoh, seorang makcik penyapu sampah mempunyai kemahiran luar biasa dengan mampu menyapu beberapa kawasan dalam masa sekejap sahaja dan hasilnya sangat bersih. Makcik tersebut mempunyai kemahiran dalam menentukan cara memegang penyapu dengan betul dan menggunakan jenis penyapu yang tepat untuk permukaan lantai yang berlainan. Adakah makcik ini genius? Ya! beliau genius kerana beliau mempunyai kemahiran luar biasa.

Teori kecerdasan ini saya belajar ketika semester 1 dalam subjek Psikologi Pendidikan. Pelajar Fakulti Pendidikan pasti tahu mengenai teori kecerdasan ini. Perbincangan tentang kecerdasan ini bermula apabila seorang ahli psikologi iaitu Sir Howard Gardner dari Universiti Harvard telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Frames of minds: The teory of Multiple Intelligences. Pada buku tersebut beliau telah mengatakan bahawa manusia mempunyai beberapa aspek kecerdasan yang tertentu dimana setiap kecerdasan mempunyai satu set kemahiran yang membolehkan individu tersebut menyelesaikan masalah. Ada antara kecerdasan ini yang boleh berkembang ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan kecerdasan yang lain.Pada permulaan, Sir Howard Gardner telah mengatakna ada tujuh jenis kecerdasan, iaitu:

1. Kecerdasan linguistic.
2. kecerdasan logical matematik.
3. kecerdasan ruang.
4. kecerdasan muzik.
5. kecerdasan tubuh-kinestik.
6. kecerdasan interpersonal
7. kecerdasan intrapersonal

Baru-baru ini Sir Howard Gardner telah menambahkan satu lagi kecerdasan lain iaitu kecerdasan naturalist. Peneranganlanjut sila download di Fail YDP di sidebar > AKADEMIK > Semester 1 > Psikologi Pendidikan > Kecerdasan Pelbagai.doc

Untuk bergelar genius, anda boleh menjadi apa dan sesiapa saja yang anda mahukan. Anda boleh bergelar genius dalam apa jua bidang kerana genius tidak terikat langsung dengan pencapaian akademik. Anda boleh menjadi genius..Semua orang boleh jadi genius..yang penting, MIND SETTING!!

Semasa melayari blog malam ini saya berkongsi dengan anda pandangan daripada Barat :

Minat melampau adalah keturunan genius.~Tony Robbins~

Genius adalah kebolehan mengeluarkan hasil yang memberangsangkan hasil dari latihan. ~Bernard Berenson~

Genius adalah kebolehan menjadikan perkara yang sukar kepada perkara yang senang dan mudah.~C.W. Ceram~

Tiada manusia genius yang tidak membuat kerja gila.~Seneca~

Saya meletakkan segala genius dalam kehidupan, dan saya meletakkan bakat dalam pekerjaan.~Oscar Wilde~

Genius pada saya adalah melakukan perkara luar biasa pada perkara yang di benci kerana semua orang boleh melakukan yang terbaik pada perkara yang mereka suka.~Clint Eastwood~

Bagaimanakah dengan anda ?? Uji diri anda seperti saya di ;-

– Menarik kerana anda dapat masukkan keputusan ke dalam blog, fs, fb dan pelbagai lagi.

http://www.mypersonality.info/

> Daftar Akaun dahulu…
> Log In
> Ada 2 ujian iaitu:-

1) Personality Test – Discover Your Type Which of the 16 personality types are you? This test is based on Carl Jung’s theory of psychological types and the personality research of Isabel Briggs Myers and Katharine Cook Briggs.*

2)Multiple Intelligences Test – Discover Your Learning Style Multiple Intelligences is Howard Gardner’s psychological theory about people and their different types of intelligences (logical, visual, musical, etc.). This free test will help you discover your strongest types of intelligence and how these types helps you to learn.

> Setiap ujian ada dalam lebih kurang 80 Set Soalan…. English la…

> Selepas itu analisa keputusan akan dikeluarkan dan anda boleh create badget utk blog anda…. cam biasa kat add widget > edit html/java… Selamat mencuba...

KEMBALI : SIRI 3 – ” Apabila Laser Disangka Pelangi , Nahas Jawabnya”

KEMBALI : SIRI 3 – ” Apabila Laser Disangka Pelangi , Nahas Jawabnya”
( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) 😀


Cabaran di dalam MPP sememangnya besar sepertimana mandat yang diberikan oleh lebih kurang 7000 orang mahasiswa/i. Sebuah kerajaan yang teguh pun mengambil masa bertahun-tahun untuk stabil dan memberikan yang terbaik untuk negara dan masyarakatnya. Tapi MPP yang ada masa selama setahun untuk membuktikan nilai yang ada pada sesinya. Inilah dikatakan cabaran, anda perlu pantas berfikir, merancang, dan melaksana dan melihat hasilnya yang sering kali tidak kelihatan. Kebanyakan ahli-ahli baru akan terpinga-pinga pada permulaan, terasa marah dengan prosedur dan birokrasi yang wujud apabila sedang melaksanakan program atau memperjuangkan sesuatu…

Di sinilah kepincangan utama di mana MPP sebenarnya juga manusia biasa, malah tidak dibayar gaji ( tapi harus ingat anda sekarang sesi ini mendapat pengecualian yuran asrama tidak seperti sebelum2 ini dan lawatan sambil belajar ke luar negara). #sering kali pengecualian yuran yg sebelum ini hanya dinikmati pada Majlis Tertinggi MPP sebenarnya tidak dapat menampung kos yang dikeluarkan dalam menjalankan aktiviti MPP ( Kredit Fon, Minyak, & lain2 kos kehidupan) tetapi sekurang-kurang dapat mengurangkan beban. Soalnya bukan wang perkara pokok, yang penting adakah anda betul2 berkhidmat … lagi satu kesan yang sering x dapat dielakkan adalah perkhidmatan ini subjektif kerana faktor kedudukan ataupun posisi jawatan dalam MPP. Adakah kerana anda ada komitmen pada tugasan pada Jabatan anda telah lupa tanggungjawab sebenar pada kawasan anda perlu berkhidmat dari segi kebajikan? Ini hanya dapat dijawab oleh individu itu sendiri. Contoh paling mudah Seorang Menteri yang sibuk dengan kementeriannya juga sebenarnya seorang Ahli Parlimen dan juga perlu turun padang… anda perlu berfikir dengan bijak untuk membahagikan tugas2 anda….

Adakah saya menghentam MPP? Tidak sama sekali .. apa yang sy ingin ceritakan adalah situasi yang ada dalam MPP…. mahasiswa/i sering menuding jari pada MPP apabila satu2 isu…. apakah bantuan pada mPP itu sendiri.. dengan keahlian 26 orang MPP ada 7000 org mahasiswa di jaga, sebenarnya MPP perlu sedar bagaimanakah cara untuk menarik mahasiswa membantu MPP… MPP yang syok sendiri sebenarnya membawa malapetaka…. anda akan keletihan dan kepenatan kerana ingin mebuat semua perkara sendiri… tapi ada juga yang suka mengarah2 tapi x buat ape2… ini akan menghilangkan respek terhadap individu itu sendiri… sebenar ada beberapa langkah yang perlu di ambil…. persiapan ketika anda menjadi MPP amatlah penting, yang penting ketika anda bertanding anda harus nilai diri sendiri adakah anda ada pengaruh? Paling dekat di dalam kelas, kalau anda seorang yang berpengaruh, anda akan di sukai di dalam kelas dari segi akhlak, komitmen kerja kumpulan dan pergaulan harian. Kalau anda syok sendiri, lebih sudu dari kuah, perasan, pun salah satu sindrom yang ubatnya belum ditemui seperti AIDS. Kenapa saya berkata begini, mereka2 ini yang telah terpaut dengan anda adalah sahabat2 sejati yang akan membantu anda di dalam MPP.

Kalau anda lagi hebat mungkin pengaruh anda pada sebuah persatuan atau kelab yang juga akan menjadi tulang belakang anda. Untuk mengharapkan ahli2 MPP anda yg x seramai mana dengan komitmen masing2 sebenarnya ilusi anda sendiri, teamwork bagus tapi terhad dengan tugasan masing2. Sebab itu wujud Rakan Exco & Rakan MPP, memang benar tapi pengurusan sumber manusia adalah satu isu, mungkin subjek ini ada dalam Fakulti Pengurusan Teknologi, tapi yg dalam Fakulti Pendidikan yg x penah belajar secara rasmi tetapi melalui pembacaan sahaja juga dapat memahami betapa pentingnya menguruskan ahli2 organisasi. Kerana autonomi telah diberikan kepada ahli-ahli MPP untuk memastikan pengurusan Rakan2 Exco mereka aktif. Ada yang berjaya, ada yang tidak.

Siri 4 >> Akan datang….Adakah Sesi saya berjaya?

KEMBALI : SIRI 2 – ” Apabila Wang Di Gunakan Untuk Membeli Pahala”

KEMBALI : SIRI 2 – ” Apabila Wang Di Gunakan Untuk Membeli Pahala”
( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) 😀

Marilah kita mempelajari satu lagi ilmu berkenaan Konsep Berbuat Baik yang selalu di salah erti.

Allah swt befirman dengan bermaksud :

“Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan). ” (Al-Baqarah : 272)

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dengan isnadnya oleh Ibnu Abbas ra daripada Nabi salallahualaihiwasalam bahawasanya baginda memerintahkan supaya tidak memberi sedekah kecuali kepada orang Islam sahaja sehinggalah turunnya ayat ini dan kemudian setelah turunnya ayat ini maka baginda memerintahkan supaya diberi sedekah ke atas sesiapa yang meminta sedekah daripada seluruh agama.

Ibnu Jauzi berkata, sebab turunnya ayat ini kerana orang Muslim rasa kurang senang bersedekah kepada kaum kerabat mereka yang musyrikin, inilah pendapat jumhur.

Perkara yang perlu diubah oleh kita sebagai mengambil pengajaran daripada ayat ini :

Apabila kita bersedekah atau membuat kebaikan sebenarnya kebaikan itu untuk diri kita sendiri bukan untuk orang yang kita berikan sedekah atau orang yang menerima kebaikan kita.

Berkata Hasan Al-Basri ra : Sedekah seseorang itu adalah untuk manfaat dirinya sendiri apabila dia memberikan sedekah kerana mengharap redha Allah.

Kerana itu dimaksudkan oleh Atha Al-Khurasani ra bahawa apa yang kamu telah sedekahkan bila dibuat kerana Allah maka kamu sudah mendapat balasannya iaitu pahala daripada Allah tanpa mengira walau ke mana sekalipun sedekah kamu itu digunakan apakah kepada kebaikan atau keburukkan.

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Al-Ankabut : 6)

Kita tidak disuruh menyiasat apakah orang yang kita berikan sedekah itu benar atau palsu (menyamar) juga apakah dia seorang yang soleh atau beriman dan ke manakah sedekah kita itu akan dia gunakan.

Firman Allah swt yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari buruk-sangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari keburukan orang dan janganlah mencela antara satu sama lain.” (Al-Hujurat : 12)

Di dalam Islam, Kita tidak disuruh membuat kebaikan hanya kepada orang Islam sahaja dan hanya kepada ahli kebaikan sebaliknya kita diperintahkan melakukan kebaikan kepada semua manusia yang memerlukan , yang meminta sekalipun mereka ialah ahli maksiat dan pembuat dosa. Menolong mereka dengan memberikan sedekah bukanlah bermakna menyokong usaha jahat mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Ada seorang lelaki yang berkata kepada dirinya bahawa dia akan bersedekah pada malam ini kemudian beliau keluar dan memberi sedekah lalu meletakkan sedekahnya kepada seorang penzina, keesokan harinya orang ramai bercakap bahawa seorang penzina telah diberi sedekah. Lantas lelaki ini berkata, Ya Allah bagi kamu segala kepujian atas penzina tersebut dan aku akan bersedekah pada malam ini lagi, kemudian beliau keluar dan memberi sedekah tetapi kali ini yang menerima sedekahnya ialah orang yang kaya. Keesokan harinya orang ramai berkata, orang kaya telah mendapat sedekah maka berkata lelaki tersebut, Ya Allah bagimu segala kepujian atas orang kaya. Pada malam ini aku akan bersedekah lagi dan kemudian dia keluar memberi sedekah lalu kali ini yang memperolehi sedekahnya pula ialah seorang pencuri. Keesokan harinya orang ramai berkata, pencuri pula mendapat sedekah. Lantas lelaki ini berkata , Ya Allah, bagi kamu segala kepujian sekalipun sedekah aku itu diterima oleh penzina, orang kaya dan pencuri.

Kemudian datang seseorang lalu memberitahunya bahawa sedekah kamu telah diterima. Adapun penzina semoga dengan sedekah tersebut membuatkan dia terpelihara daripada berzina. Dan semoga orang kaya tersebut pula mengambil iktibar untuk menjadi orang yang berinfak ke atas kurniaan Allah. Dan semoga pencuri yang menerima sedekah telah membuatkan dirinya terpelihara dengan sedekah tersebut daripada mencuri.” (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Bukan hasil yang dilihat (material atau keputusan zahir) tetapi usaha dan amalan untuk melakukannya itu yang dilihat.

“dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).” (An-Najm : 40)

Orang kita hanya melihat hasil, setelah belajar 4 tahun di universiti mana ijazahnya ? soal mereka tetapi tidak langsung melihat cara dan usaha yang dilakukan selama 4 tahun apakah tidur di dalam kelas, apakah lebih bercinta daripada belajar ? apakah hanya membaca nota senior dan ramalan soalan sebelum peperiksaan ? atau benar-benar mempelajari ilmu dengan berguru dan kajian gigih…sedangkan itu yang dilihat oleh Allah swt.

Manusia biasanya melihat hasil, asal punya sijil kalau belajar…asal punya wang dan gaji kalau kerja…asal punya anak kalau bernikah…

semuanya hasil bukan usaha yang diperhatikan sedangkan Islam melihat usaha

Bagaimana usaha yang dilakukan ketika hendak bernikah ? Apakah memenuhi syariat atau bercinta bagaikan keparat ?

Bagaimana usaha dilakukan ketika bekerja ? Apakah memenuhi kewajipan dan syarat ataukah sekadar membodek sana dan sini demi kenaikan pangkat ?

Sumber : http://ustaz.blogspot.com/2009/03/mentaliti-masyarakat-yang-perlu-diubah.html

KEMBALI : SIRI 1 – ” Sindrom-Sindrom Yang Ubatnya Belum Di Temui”

KEMBALI : SIRI 1 ” Sindrom-Sindrom Yang Ubatnya Belum Di Temui”
( Harap dapat maafkan kerana menggunakan ayat yg diringkaskan dan x formal) 😀


MPP UTHM SESI 07/08

Salam…. Dah lama x menulis rasanya…. Seperti sedia maklum sy sedang berehat selama 3 bulan paling minimum…. Insyaallah kalau di izinkan Allah S.W.T sy akan masuk dalam semester akan datang tetapi kalau keadaan x mengizinkan kemungkinan pada kemasukan Julai…. Pasti banyak perkara yang dah berlaku sejak ketiadaan sy di kampus… betullah masa tu akan terasa panjang kalau x dimanfaatkan…. Dalam tempoh sakit ini, masa betul2 terasa lambat berlalu… melihat jarum jam yang berdetik memang menyiksakan…. Pelik… tapi itulah .. masa sedang sibuk dulu dengan MPP, akademik lagi, masa x penah cukup.. selalu mengeluh 24 jam tidak cukup… kadang2 terfikir alangkah bagusnya tubuh yg x perlu berehat… tapi manusia memang mempunyai keterbatasan … ada hadnya… ape yang sy ingin rungkaikan adalah mengenai sebuah episod perjuangan yang x pernah selesai..pemimpin datang dan pergi dan sentiasa berterusan, Negara dengan perjuangannya, Politik dengan segala ragamnya dan begitu juga MPP dalam konteks perbincangan saya dengan perjuangannya,


MAJLIS TERTINGGI MPP UTHM SESI 08/09


AHLI MPP (LELAKI) UTHM SESI 08/09


AHLI MPP (PEREMPUAN) UTHM SESI 08/09

Mungkin patut berkonsi pengalaman selama 3 tahun setengah di UTHM dan 2 tahun pengalaman di dalam MPP UTHM. Sy pernah memegang jawatan Timb. Pengerusi Jabatan Pengaduan Awam, bertukar ke posisi Naib Yang Di-Pertua 1 (Kebajikan) – MPP Sesi 07/08. Bendahari Agung ( MT) sebelum menjadi Yang Di-Pertua – MPP Sesi 08/09. Perjuangan ini kalau x dilakukan dengan hati yang ikhlas kebiasaanya hanya akan dapat menempuh separuh jalan sahaja. Paling tidakpun selepas setahun, tiada yang ingin bertanding balik kerana pelbagai faktor. Dan melalui pengalaman saya, setiap sesi akan ada penyakit berjangkit, Sindrom Tidur Organisasi (STO) ataupun lebih hebat Sindrom Aku Hebat Letak Jawatan (SAHLJ). Terpinga2lah ahli lain untuk membuat kerja dia, adakah MPP satu permainan ketika suka anda di dalam ketika x suka anda letak jawatan. Ohh… terlupa ada lagi satu penyakit tapi x lah terlalu berbahaya, Sindrom Akut Tengah Jalan (SATJ) , ini memang x dapat dielakkan sebab ahli MPP ada hati, ada perasaan, dah penat berkerja keras tetapi mahasiswa/i tetap kutuk, kata x buat ape, x mesra alam sekitar, sebenarnya ahli MPP yang hatinya diperbuat daripada besi okey la tahan, tapi yang diperbuat daripada sutera susah la… diorang pun insan biasa x tahulah kalau di sebalik tu superman yg menyamar ker… ketika inilah Sindrom Akut Tengah Jalan (SATJ) akan mula menghigapi ahli MPP, simptom2nyer marah dengan diri sendiri, mula syok sendiri kata die je buat kerja, kawan lain x buat ape2, org bagi nasihat tapi diselar, org yg kutuk die, dimaki hamun tanpa ingat ahklak sebagai manusia lebih2 lagi sebagai MPP, dan simptom akhirnya die akan kata “ aahh… aku dah feedup ngan MPP.. apa aku buat semua org x hargai “ . Adakah meraka lupa niat untuk berbakti telah disalah tafsir??