Mohd Fadzil

Month: February 2010

UTHM – ” GENERASI KEPIMPINAN MAHASISWA – AJAIB DAN PELIK – “

UTHM – ” GENERASI KEPIMPINAN MAHASISWA – AJAIB DAN PELIK – “

PERHATIKAN APA YANG SAYA KATAKAN AJAIB & PELIK

Siapa sangka generasi MPP UTHM SESI 07/08 melahirkan 3 orang Yang Di-Pertua

YDP 07/08 – Hasrul
YDP 08/09 – Fadzil

YDP 09/10 – Shahzada

Inilah dinamakan ketentuan Allah S.W.T. Banyak perkara aneh yang terjadi di dalam dunia. Ini salah satunya. Tidak terfikir bahawa ketiga2 kami ini merupakan sahabat akhirnya meneruskan perjuangan masing-masing mengikut acuan tersendiri.

Walaupun tiada keputusan rasmi lagi tetapi melalui ruangan2 sembang samada blog, facebook telah hangat memperkatakan mengenai mesyauarat pembentukan kabinet pada malam semalam yang majoriti ahli daripada calon yang menang iaitu seramai 26 orang telah melantik Shahzada sebagai Yang Di-Pertua MPP UTHM Sesi 09/10.

Asrul lain gayanya. Fadzil lain gayanya & pasti Shahzada lain gayanya.

Tahniah saya ucapkan kepada Shahzada. Pasti cabaran mendatang akan lebih getir. Lebih-lebih lagi saya melihat terdapat momentum di kalangan mahasiswa yang telah banyak membincangkan mengenai topik ini.

Malah segelintir mahasiswa yang melabelkan dirinya sebagai kebebasan bersuara agak lantang menkritik kerana calon pilihan mereka tidak menjadi YDP. Saya tidak nampak calon yang berkempen untuk jawatan itu tetapi nampaknya penyokong-penyokong yang bersungguh-sungguh. Dalam hal ini tidak manis untuk menkritik saudara Shahzada sekiranya ianya bukan pilihan hati. Kalau kritikan itu membina , tidak apalah ini sehingga menfitnah dan mengaibkan orang maka ianya tidak membantu sesama kita sebagai mahasiswa.

Saya melihat ianya lebih kepada emosional yang terlampau. Biarlah 26 ahli tersebut memilih sesama mereka siapa yang layak mengikut keputusan mesyuarat. Persoalan siapa di belakang atau tidak bergantunglah sejauh mana individu-individu ini mendapat kepercayaan ahli-ahli seramai 26 orang. Pasti dalam kepelbagaian pendapat antara 26 ahli pasti akhirnya terdapat keputusan majoriti undi daripada 26 orang tersebut akan menentukan siapa yang menjadi YDP.
Tidak kiralah apa ideologi pun ianya keputusan yang telah di ambil seharusnya di hormati.

Bagi yang tidak faham berkenaan isu-isu yang ditimbulkan …. samada undi tertinggi atau tidak itu bukanlah persoalan sebenar….. pasti kerja keras bagi mendapatkan undi ini seharusnya diucapkan tahniah. Tetapi apa yang lebih penting adalah YDP yang mendapat sokongan dasar majoriti ahli bagi membolehkan kerja-kerja akan datang lebih lancar.

Samada kerusi umum atau fakulti juga bukanlah penting dalam Majlis Tertinggi. Yang penting adalah semangat untuk menentukan dasar atau hala tuju MPP terletak pada MT.

Sejarah membuktikan setiap pemimpin mempunyai gaya tersendiri .

Saya berkesempatan sebagai mahasiswa biasa duduk di bawah kepimpinan saudara Hasnul YDP MPP UTHM 06/07… seorang yang friendly dan bersahaja dengan sesiapa…. MPP zamannya diangap mesra rakyat…… ini gayanya….

Setelah itu di bawah saudara Hasrul, YDP 07/08….. saya selaku Naib Yang Di-Pertua 07/08…. Hasrul seorang yang tegas tetapi hasil kerjanya menunjukkan ianya sentiasa bekerja keras. Walaupun sekali sekala saya tidak bersependapat dengannya tetapi atas dasar untuk melicinkan kerja-kerja pentadbiran MPP saya akur dengan keputusan yang dibuatnya kadang-kadang dia akan menggunakan kuasa veto sebagai ketua. Saya masih menghormatinya sebagai ketua saya dan tidak bersependapat dalam sesuatu idea saya anggap lumrah organisasi. Saya fokus kepada jawatan saya dalam menjaga kebajikan ketika itu.

Dan ketika saya menjawat jawatan YDP 08/09 …. saya kira anda semua yang berhak untuk mengulas mengenai saya…… samada bagus atau tidak , saya telah menggalas tanggungajwab ini dengan sepenuh hati. Walaupun tidak kesemua lapisan masyarakat kampus dapat saya berjumpa selama ini, saya kira telah melakukan apa yang terdaya sebagai seorang manusia.

Nasihat saya kepada YDP 09/10, Shahzada……. gaya kepimpinan kamu akan sentiasa di lihat masayarakat kampus…… . Maka jagalah imej MPP dengan sebaik mungkin. Kritikan yang diberikan anggap sebagai cabaran dan membuatkan anda bekerja keras lagi……… mungkin sifat anda hanya berdiam diri lebih baik…..lama-lama mereka sendiri akan diam apabila sudah bosan nanti…….. tidak seperti saya pasti akan melawan habis-habisan sekiranya perkara tersebut tidak benar walaupun akhirnya memakan diri sekurang2nya saya boleh mengatakan saya mempertahankan maruah diri sebagai seorang insan .” Jangan memperkotak-katik idealisme perjuangan murni saya”.

Keutamaan MPP adalah menjaga kebajikan pelajar. Tetapi bagaimana anda ingin merealisasikan kepada mahasiswa bergantung kepada kebijaksanaan kepimpinan anda.

Fadzil & Shahzada bergambar kenangan pada Tahun 2008

Salam perjuangan…….


KEMBALI : SIRI 9 – ” Angin Itu Tidak Nampak Tetapi Dapat Dirasai “

KEMBALI : SIRI 9 – ” Angin Itu Tidak Nampak Tetapi Dapat Dirasai ”


Sepanjang waktu berehat panjang ini …. penulis fikir perlu berkongsi pengalaman yang ditempuhi. Semoga mendapat manfaat.

(1) Penulis mengucapkan yang tak terhingga kepada yang datang melawat di Hospital Batu Pahat & Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu, sms, telefon, e-mail, ucapan melalui blog, friendster dan facebook.

(2) Terima kasih kepada yang menziarahi terutamanya Ayahanda Naib Canselor, Ayahanda Timbalan Naib Canselor, pegawai2 universiti, adik-beradik dan keluarga terdekat, sahabat2 ahli MPP Sesi 08/09, sahabat2 MPP Sesi 07/08, Presisen Kelab, Pengerusi Kolej Kediaman, kawan2 lama kelas Ijazah Pendidikan UTHM.

(3) Antara yang istimewa saya kira, kad hari raya yang besar drpd Pengerusi2 Kolej Kediaman…… SMS yang x henti2 bertanya khabar drpd Mantan YDP UMK….. memang seorang yang prihatin saya kira kepada saya walaupun jarang berjumpa… ukhwah yang sentiasa terjaga…. Lawatan ziarah rakan-rakan semasa Pengajian Diploma Politeknik Dungun di Hospital Kuala Terengganu. Bagi orang sakit ini merupakan hadiah yang besar. Sangat2 berterima kasih.

(3) Pertanyaan biasa kepada saya ” Sudah sembuh?” ” Bila sembuh?” ” Macam mana boleh jadi camni?” Kalau tanya sudah semestinya saya akan memberitahu semuanya dalam keadaan baik. Jawapan klise yang akan saya bagi bertujuan untuk membuat keadaan tenang dan tiada orang yang risau akan saya. Sifat saya tidak sukakan simpati , inilah saya yang anda kenal.

(4) Walaupun sekuat mana saya ingin kembali sihat dan aktif, keadaan tetap tak mengizinkan. Saya fikir kata-kata doktor yang memberikan harapan dengan mengatakan biasanya pesakit dapat sembuh dalam masa 3 bulan setelah pembedahan ( 11/09/2009) membuatkan saya tekad untuk berlatih dalam tempoh itu. Daripada menggunakan kerusi roda, bertongkat 2 sehingga bertongkat 1. Memerlukan keazaman yang kuat. Sehingga saat hampir bulan Disember saya fikir saya akan pulih seperti sediakala.

(5) Satu hari ketika berlatih berjalan , secara tiba-tiba kaki di bahagian pembedahan menjadi lemah. Pemeriksaan di Hospital mengesahkan pembedahan kedua perlu dilakukan. Kalau anda menjadi di tempat saya apakah perasaan anda? Saya benar-benar meletakkan segala kekuatan selama 3 bulan ini untuk pulih , saya benar-benar merindui untuk kembali belajar di universiti tercinta. Saya benar-benar hampa. Harapan itu berkecai begitu sahaja. Begitu kuat ujian ini Ya Allah.

(6) Maka saya perlu bermula daripada kosong kembali selepas pembedahan. Tetapi Allah S.W.T itu Maha Besar. Sepanjang tempoh ini saya mempelajari banyak perkara yang saya tidak pernah tempuhi.

(7) Yang pertama, sesukar mana sekalipun saya, ada orang yang lebih sukar daripada saya. Yang benar-benar meruntun hati saya ada seorang hamba Allah di sebelah katil saya di Hospital Kuala Terengganu. Perbualan saya bermula dengan ibunya, kebiasaan di dalam wad, pesakit-pesakit akan cepat mesra di antara satu sama lain, termasuk ahli keluarga. Ukhwah ini bagi perkongsian bersama-sama bagi meringkankan beban emosi pesakit. Pada mulanya ibunya tenang bercerita sehingga menangis…. Anda pernah terfikir bagi seseorang yang hidup normal selama 20 tahun tiba-tiba di tarik segala kekuatan?? pemuda iaitu anaknya ini pada satu hari secara tiba-tiba jatuh sakit dan lumpuh separuh badan tanpa apa-apa tanda. Betapa dasyatnya penderitaan ini. Doktor pula masih tidak mejumpai punca penyakit ini. Amat-amat kasihan , apalah kiranya sakit saya ini kalau dibandingkan pemuda ini. Betapa hancur hati ibunya anaknya menghadapi dugaan ini. Maka sejak itu saya kembali positif sehingga saat jari jemari saya menulis tulisan ini.

(8) Di sebalik segala kesakitan ini dan pesakit-pesakit lain, masih banyak keceriaan di Wad Lelaki EF Hospital ini. Pelbagai ragam yang saya simpan. Ada yang boleh membuat anda ketawa , menangis, dan pelbagai perasaan. Paling seronok ketika pesakit-pesakit lelaki ini ramai yang meloncat daripada katil. ke kerusi roda dan ada yang bertongkat ke hadapan wad dan menumpang duduk di katil2 pesakit di situ. Termasuklah saya kerana pada malam itu perlawanan Bola Sepak Akhir Sukan Sea pasukan Malaysia. Benar-benar membuat kami berkumpul dan bersorak sehingga tiada lagi raut kesakitan kepada kami saat itu. Lebih manis Malaysia menang emas. Betapa ceria wad malam itu, kesian jururawat2 yg terpaksa mengomel perangai pesakit2 lelaki ini. Malah ada jururawat yang tercari-cari pesakit di katil yang yang hilang dan datang mencucuk jarum di hadapan TV… ketawa kami melihat peristiwa lucu ini.
Semangat Malaysia Boleh membuatkan kami semua bangga menjadi rakyat Malaysia malam itu.

(9) Selain itu, melihat doktor-doktor pelatih juga memberikan definisi baru kepada saya dalam bidang perubatan…. nampak esklusif title doktor… tetapi amat sukar….. mereka ini selalu ditegur di hadapan pesakit… kena overtime…. On-call… maka banyak waktu mereka menghabiskan masa di hospital.. pernah satu tengah malam ketika saya pergi ke bilik air, melalui di bilik doktor saya melihat seorang doktor pelatih perempuan menangis…. saya membuat kesimpulan kerana kata-kata doktor penyelia siang tadi yang mengatakan terdapat 2 orang pelatih yang akan mengulang praktikal… entah iya atau tidak… pasti tertekan sudah bersusah payah selama berhari-hari tidak cukup tidur…. mendapat nasib begitu… setiap orang ada ujian tersendiri…

(10) Yang paling penting segalanya adalah Qada` dan Qadar… Semoga setiap orang mendapat teladan dan pengajaran dalam apa yang saya cuba sampaikan… sentiasa menjadi orang yang bersyukur.

Kepada pimpinan MPP baru saya ada satu kata-kata kepada anda;

” Anda Hebat Menjaga Diri Anda, Belum Tentu Anda Hebat Menjaga Orang Lain”

Fikir-fikirkan……

HADAPI DENGAN SENYUMAN !!!

HADAPI DENGAN SENYUMAN !!!

Assalamualaikum….

Hari ni ( 5 Februari 2010) , saya buka blog saya kembali….. penutupan di atas dasar :-

(1) Saya menjalani pembedahan kali kedua pada 15hb / 12 / 2009) . Saya perlukan waktu untuk berehat sepenuhnya.

(2) Saya tidak ingin blog saya dimanipulasi mana-mana pihak yang berkepentingan dalam Pilihanraya kampus UTHM 2010. Maka 4 Februari 2010 PRK telah berjalan, yang menang saya selaku Mantan YDP ucapkan tahniah… tak kira siapa… semoga dapat jalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik.

(3) Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli MPP UTHM Sesi 08/09 yang telah berjuang bersama-sama saya. Yang mana silap adalah kelemahan saya, maka saya mohon maaf begitu juga saya, telah membuang segala yang keruh. Hidup perlu diteruskan….

(4) Tidak lupa juga kepada semua sahabat, pegawai, kelab-kelab, persatuan yang bernaung di bawah MPP yang telah memverikan kerjasama yang baik kepada kepimpinan saya.

(5) Yang paling penting kepada semua mahasiswa-mahasiswi yang pernah bersama-sama saya selama ini susah dan senang .

(6) Jutaan Maaf kepada semua mahasiswa/mahasiswi sekiranya ada kekurangan di pihak saya mewakili MPP sesi lepas. Kami telah membuat yang terbaik untuk anda. Tetapi saya masih yakin masih banyak yang tidak memuaskan hati semua, perkara ini akan disambung oleh kepimpinan akan datang. Saya yakin….

(7) Maka sepertimana sedia maklum, saya kini bukan lagi YDP. Saya hanya mahasiswa biasa seperti anda. Mari kita bersama-sama membantu MPP sesi ini dengan daya yang boleh. Sumbangan saya selaku YDP sehingga September ( kemalangan) bolehlah anda selak2 post2 lama saya… ataupun tab aduan siswa/i di atas blog ini. Ini bagi menjawab apa sumbangan kami selaku MPP selama ini.

Link ;-

(a) KPI YDP MPP UTHM SESI 08/09

(b) PERTANYAAN + MAKLUMBALAS SISTEM ADUAN CADANGAN ONLINE MAHASISWA

(c) ZIARAH MAHASISWA LUAR KAMPUS

(d) DOKUMEN ISU KOLEJ KEDIAMAN

(e) MEMORANDUM ISU KILANG KEPADA TPM

* Yang lain sila ke arkib tahun 2009 blog ini… harap maklum

(8) Keadaan saya kini semakin pulih. Rawatan susulan pada bulan Mac…. doakan saya cepat sembuh….. Saya juga merindui UTHM… masih banyak yang saya perlu lakukan……

Salam