Mohd Fadzil

Month: June 2010

Kepada Mahasiswa/Mahasiswi UTHM Berkenaan MPP Sesi 09/10

Kepada Mahasiswa/Mahasiswi UTHM Berkenaan MPP Sesi 09/10. Update 25/06/2010 ( Berkenaan Maklumbalas MPP berkenaan aduan)

Maklumbalas daripada saya sebagai orang tengah ;

Aduan Pelajar ;

Minggu lepas, RABU, 16 jun, member saya terserempak dengan seorang lelaki di bersebelahan bilik air. difahamkan lelaki tersebut baru sahaja selesai mengendap.. pekara ni berlaku pada waktu mlm, jam 8.00.. mangsa dapat melihat wajah lelaki tersebut dan mengadaikan, lelaki tersebut berusia 23-25thn.. potongan rambut ala2 budak2 sukses.. dan juga sebelum ini pon berlaku kecurian pakaian dalaman wanita…

SEterusnya mangsa melaporkan ke pondok pengawal. tetapi, jawapan menghampakan.. diberitahu, “bahawa pengawal keselamatan tidak boleh sesuka hati masuk kolej wanita..”

diharapkan saudara fadzil dapat bersua muka dengan MPP..

harapan seterusnya, kes ini dapat diselesaikan memandangkan pelajar2 akan menduduki peperiksaan akhir..

Perkara yg menyebabkan berlaku :

1 tiada pemasangan lampu spot light pada waktu mlm…

2. blok bersebelahan berada dlm keadaan gelap pada waktu malam..

3. tiada penghuni yg tetap di blok A

4. kurang pengawasan pegawai keselamatan.

Respon daripada Yang Di-Pertua MPP Sesi 09/10 & Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman

Tindakan :

1. Daripada Pejabat Keselamatan:

-masalah telah diajukan kepada En. Yusoff bin Romli ( pegawai kanan bahagian keselamatan UTHM)

Respon: –

Berkenaan jawapan yang di terima oleh pengadu daripada pihak keselamatan universiti adalah kerana staf yang membuat rondaan di seluruh UTHM pada satu masa adalah 2 orang sahaja, jika ketika itu peronda terdiri daripada lelaki, maka blok perempuan tidak akan di lakukan rondaan secara terperinci. Satu unit penyiasatan telah dibangunkan untuk menyiasat perkara ini.

Cadangan MPP:

-membuat rondaan blok ke blok untuk setiap kolej kediaman di dalam kampus ( Pengawal mengikut jantina samaada blok lelaki dan perempuan)

-mengetatkan kawalan terutamanya pada blok perempuan ketika semester 3

-menambah jumlah pengawal yang membuat rondaan pada satu masa untuk meliputi setiap kawasan dengan lebih efektif.

2. Daripada kolej kediaman Tun Fatimah

-masalah telah dimajukan kepada pengetua KKTF

Respon: – pengetua akan mengeluarkan arahan kepada semua felo supaya melakukan kerja dengan lebih komited.

Tindakan MPP:

-menulis surat kepada semua pengetua untuk mengerah semua felo-felo kolej kediaman supaya membuat kerja dengan lebih efektif dengan membuat rondaan dengan lebih kerap dan sentiasa “alert” dengan panggilan telefon oleh mahasiswa yang bermasalah. Laporan prestasi dan aduan dimajukan kepada TNC HEPA.

3. Tindakan akan datang pada 25/06/2010:

-Satu perjumpaan dengan Pusat Pembangunan Harta Universiti akan diadakan bagi membincangkan semua permasalahan berkaitan dengan lampu yang tidak berfungsi di sekitar kampus. Cadangan daripada pengadu akan turut dimajukan.

Makluman Bidang kuasa:

– Pegawai keselamatan hanya menjaga keselamatan persekitaran kampus dan melakukan penyiasatan jika berlaku sebarang kes.

– Pengetua dan felo bertanggungjawab terhadap keselamatan, etika dan sahsiah mahasiswa di peringkat kolej kediaman.

Sebarang masalah sila beri maklumbalas segera.

Saya selaku Mantan MPP Sesi lepas boleh menjadi pemudah cara bagi sahabat-sahabat kampus sekalian

untuk berhubung dengan sahabat-sahabat MPP Sesi 09/10 memandangkan saya masih berada di UTHM sehingga akhir tahun ini. Tetapi sekiranya anda dapat membuat aduan terus ke pihak MPP Sesi 09/10 adalah lebih baik. Saya sedia maklum kemungkinan “networking” mahasiswa/i untuk saluran ke MPP 09/10 mungkin terdapat sedikit ” miss communication“. Tetapi saya percaya selepas melihat dan mengenali MPP Sesi ini sejak kembali ke kampus sejak 3 minggu yang lalu, mereka ini bekerja keras untuk kebajikan mahasiswa/i semua, dan sedikit masa lagi, InsyaAllah mereka akan membuka pelbagai kaedah dan alternatif untuk mendengar keluhan anda semua. Tetapi sekiranya masih memerlukan bantuan saya sebagai orang tengah, saya akan menerima dengan tangan terbuka.

23 Jun 10, 12:41

nuovic: salam mantan MPP.. timbul kes di TF dalam seminggu ni mengenai kes yg agak memalukan.. sahabat saya adalah salah seorang yang terlibat,.. saya harap pihak keselamatan mempertingkatkan keselamatan

Maklumbalas saya ;

Wa`alaikummusalam, berkenaan kes ini boleh perincikan kepada saya untuk saya ajukan kepada pihak MPP Sesi 09/10 . Hantar Email kepada saya fadzil.mpputhm@gmail.com

Sekiranya anda ingin maklumat anda di rahsiakan maka saya akan melindungi maklumat peribadi anda. Selain itu ;

Saya gariskan beberapa cara untuk menghubungi terus ke MPP 09/10.

(1) Anda boleh call/mesej ke pihak MPP . No. Telefon ada di Poster MPP Sesi 09/10. Atau Email ke ahli-ahli MPP, juga dapat dilihat di Poster MPP. ( Di sarankan aduan terus kepada jabatan berkaitan permasalahan )

(2) Aduan kepada MPP Sesi 09/10 melalui Facebook MPP Sesi 09/10

Email Facebook MPP 09/10 = mpputhm0910@gmail.com ( Add pastu tinggal la komen atau mesej )

(3) Aduan pada blog MPP Sesi 09/10 yang baru dibuat.

http://www.mpputhm.blogspot.com/

(4) Aduan pada Saluran Aduan & Cadangan Mahasiswa Online (SACAM) di Portal MPP.

http://webapp.uthm.edu.my/mpp/

* Buat sementara ini pihak MPP tidak dapat menggunakan saluran ini kerana masalah teknikal berkaitan portal

(5) Berjumpa terus dengan ahli-ahli MPP di Pejabat MPP . Ini bergantung kepada kesesuaian waktu ahli MPP bekerja. Selalunya pada waktu pejabat, terdapat ahli-ahli MPP di sana. Pejabat MPP bertempat di Bangunan Pejabat Hal Ehwal Pelajar ( Tingkat Atas).

Montaj MPP Sesi 09/10 untuk anda kenali mereka lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

Santai Dengan “Garlic Bread”

Santai Dengan “Garlic Bread”

Malam ni kul 2( Ops.. pagi ) , penulis nak berkongsi resipi. Penat asyik berceloteh isu berat-berat sebelum ni. Topik kali ni perkara asas manusia iaitu makan. Bercakap tentang makan ……. bagi orang yang minat memasak…. satu kepuasan kepada diri untuk merasa air tangan sendiri dan berkongsi dengan rakan-rakan.


Tak nak cakap panjang ni menu dia ;

Bahan-bahan:

* Roti Perancis – agak2 la korang nak buat berapa byk. Roti biasa pn ble tp
nipis jadinyer (alternative pada yg tak jmp roti jenis2 perancis neh)

Ni la Roti Perancis bagi yang x kenal….. Penulis beli kat Carrefour Batu Pahat, Rm1.60 jer

* Butter / Marjerin / Mentega
* Bawang putih – agak2 la nak buat berapa banyak
* Oregano sket

Ni Oregano bagi yang x kenal. Beli kat carrefour jugak, Rm9.00

Cara-caranya:

* Potong nipis roti perancis tuh – agak2la berapa byk korang nak kan..
* Sapukan mentega
* Bawang putih tuh bakar atau goreng tanpa minyak. Pastu korang tumbuk lumat. (Sesape yang rajin, korang cincang halus bawang tuh then
korang goreng tanpa minyak)
* Sapukan bawang tadi pada roti yg dah diletakkan marjerin
* Tabur oregano sket (fungsinyer tuk naikkan bau)
* Bakar kat kuali sampai garing (kalau malas letak jek dalam oven..hehehe..)

Tadaaa…..dah siap….. =)

Hapuskan Dendam, Bersihkan Hati, Luruskan Niat.

Hapuskan Dendam, Bersihkan Hati, Luruskan Niat.

Kenapa kita dendam ? Apa impak dendam kepada orang yang berdendam dan orang yang didendami ? Dan yang paling penting, bagaimana nak menangani perasaan dendam. Sumber dari wikipedia menyatakan, dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa.

Kenapa tidak dapat hidup dengan aman saudara saudari semua? Terimalah kekurangan dan kelebihan seadanya. Perang kat dunia ni pun dah cukup banyak. Tak cukup lagi ke? Sebelum cerita lebih lanjut layan dulu lagu ni ;

A Song A Peace

Jom nyanyi sama-sama moga leh tenangkan jiwa masing-masing ; ni lirik dia…….

solo (opt):

If I could write a magic song that ev’ryone could sing,
I would write of love, of hope and joy, and things that peace could
bring.
And when we sang my magic song, all hate and war would cease.
If I could write a magic song, I’d write a song of peace.

all:

One song for all of us. One song could bring us peace.
One song could make a miracle for all of us. A song of peace.
With just one song, one magic song that ev’ryone could sing,
we could sing of love, of hope and joy, and things that peace could
bring.
And when we sang our magic song, all hate and war would cease.
With just one song, one magic song, the world could fill with peace.

part 1: part 2:

One song for all of us. One song for all of us.
One song could bring us peace. One song, peace.
One song could make a miracle One song, miracle
for all of us. A song of peace. for all of us. A song of
peace.

One song could make a miracle One song, miracle
for all of us. A song of peace. for all of us. A song of
peace.
A song of peace. A song of peace.

solo:

A song of peace.

Ada orang berdendam sebab luka di lubuk hatinya terlampau parah. Tapi mengikut kajian psikologi, orang yang marah itu, perasaan marahnya itu cuma 4 ½ minit. Jadi jika perasaan marah itu persis atau masih wujud dalam hati diri kita atau lebih panjang dari 4 ½ minit, 1 jam, 2 hari, 2 bulan, 2 tahun itu sudah masuk ke dalam era ataupun arena dendam. Ertinya, marah, sakit hati yang lama lebih dari 4 ½ minit ialah dendam. Ini merupakan definisi psikologi.

Diantara punca-punca dendam ialah luka dalam hati yang mendalam ataupun kita teraniaya. Kita berniat nak memberi nasihat, orang salah anggap kiat menjaga tepi kain . Kita niat nak membantu kemudian, orang fikir kita nak menjatuhkan dia. Macam mana tak dendam ye tak ? Ni contoh je. Tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Hehe. Kadang-kadang kita dendam sebab enggan memaafkan. Sebab apa ? hati masih kotor, jiwa masih gelap. Ni la punca-punca dendam. Dendam juga mencerminkan jiwa yang masih tidak tenteram. Banyak kekurangan yang tidak dapat di atasi dengan berbagai-bagai cara kecuali dendam dengan apa yang orang lakukan kepada kita.

Sebenarnya kalau kita berdendam, banyak isu yang akan terbengkalai. Masalah tidak dapat diselesaikan, jalan jadi buntu, keberkatan terhakis tak berkat hidup “kawan”. Hati kotor sebab dendam, hidup tak berkat. Hidayah pun lari dan macam-macam masalah timbul satu per satu.

Sikap kasar, keras kepala serta berhati batu penghalang utama perasaan saling bermaafan.

AL-IMAM Al-Ghazali berpandangan bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama.

Orang berhati bersih akan turut menjaga mulut, lidah serta perlakuannya supaya tidak melampaui batas dibenarkan agama. Hati yang sihat dan bersih mengikut tapisan agama akan menampilkan akhlak terpuji sementara hati yang kotor melahirkan keperibadian buruk dan merosakkan.

Dalam satu pengajian di masjid, Rasulullah SAW ada mengkhabarkan kehadiran seorang calon penghuni syurga di tengah mereka. Orang itu tidak dikenali oleh sahabat, bahkan namanya tidak popular sebagai seorang tokoh ibadat.

Sahabat berasa cemburu dengan keistimewaan yang ada pada diri orang itu selepas Rasulullah SAW mengesahkan dirinya sebagai calon penghuni syurga. Salah seorang sahabat, Abdullah bin Amr, bertekad memantau dari dekat orang berkenaan untuk mengetahui apa keistimewaannya.

Abdullah lalu meminta izin untuk bertamu di rumah orang itu selama tiga hari. Ketika menjadi tetamu, Abdullah melihat secara langsung bentuk amalan tuan rumah, gerak gerinya, tutur katanya dan cara ibadahnya.

Hampir-hampir beliau tidak tidur kerana ditakuti jika ada amalan tuan rumah yang tidak dapat disaksikannya. Namun, Abdullah tidak mendapati apa-apa amalan yang istimewa berbanding sahabat lain. Amalannya biasa-biasa saja seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Sebelum pulang, Abdullah pun bertanya secara terus akan amalan istimewa tuan rumah untuk dilakukannya. Jawabnya: “Tidak ada, selain yang engkau sudah lihat. Aku belum pernah melakukan kepalsuan terhadap siapa pun daripada kalangan umat Islam. Dan aku tidak pernah hasad (iri hati) kepada seseorang yang dianugerahi (nikmat) oleh Allah. Abdullah berkata: Itulah (sebenarnya) yang dapat meningkatkan darjatmu.”

Jelas perasaan dengki, dendam, marah dan perlakuan buruk kepada sesama Muslim adalah satu senjata pemusnah yang digunakan syaitan untuk memporak-perandakan hidup manusia. Lalu dibisikkan ke telinga manusia untuk menyemarakkan api kemarahan dan mendorong dendam.

Perlakuan buruk itu akan menghindari kita daripada berusaha meningkatkan ukhuwwah dan persaudaraan, apa lagi untuk saling bermaafan sesama kita. Sikap ini pasti menjauhi lagi hubungan silaturahim yang dituntut agama.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)

Justeru, penting bagi kita untuk mengawal perasaan dendam dan marah supaya terbuka pintu kemaafan di hati kita terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sikap mengawal marah ini dititikberatkan Rasulullah SAW apabila seorang sahabat meminta nasihat.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Jangan marah. Kemudian orang itu mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi Baginda SAW menjawab: Jangan Marah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Allah juga akan memberi ganjaran besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Untuk meredakan perasaan marah terhadap seseorang, hendaklah kita fokuskan jiwa melihat seteru kita daripada sudut positif. Mungkin ada banyak perkara baik pernah dia lakukan terhadap kita dan renungkanlah secara mendalam bagi memadamkan api kemarahan yang wujud dalam jiwa.

Contohnya, apabila kita marah melihat kesalahan dilakukan isteri maka hendaklah kita fokuskan perbuatan baik yang pernah dilakukannya sepanjang perkahwinan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin dia boleh meredai akhlaknya yang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu.

Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah.

Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu.” (Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim)

Antara batu penghalang utama untuk kita menerapkan perasaan saling bermaaf-maafan adalah sikap yang kasar, keras kepala dan berhati batu. Oleh itu sikap lemah lembut dalam pergaulan seharian wajar menjadi sifat umat Islam terpuji.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dan Dia memberikan atas (sebab) lemah lembut apa yang tidak Dia berikan atas (sebab) kekerasan dan yang tidak yang tidak dia berikan atas (sebab) selainnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Allah menganugerahkan kepada Nabi dan Rasulnya sikap lemah lembut terhadap umat manusia dan sikap itu adalah daya tarikan terhadap dakwah mereka. Melalui sikap lemah lembut ini jugalah memunculkan sifat suka memaafkan kesalahan pihak lain.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau sudah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Sekian, Jangan Dendam-dendam tau….. Peace

NOSTALGIA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTHM SESI 05/06, MPP UTHM SESI 06/07, MPP UTHM SESI 07/08, MPPUTHM SESI 08/09, MPPUTHM SESI 09/10

NOSTALGIA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTHM
SESI 05/06, MPP UTHM SESI 06/07, MPP UTHM SESI 07/08, MPPUTHM SESI 08/09, MPPUTHM SESI 09/10
MPP UTHM SESI 05/0
MPP UTHM SESI 06/07

MPP UTHM SESI 07/08


MPPUTHM SESI 08/09

MPPUTHM SESI 09/10

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA MEMBERIKAN PENGALAMAN BERGUNA KEPADAKU

DENGAN KATA-KATA KERAMAT “PENGGERAK AGENDA MAHASISWA”

DARIPADA : MOHD FADZIL =)

Subhanallah .. ada sungai dalam laut !!

Subhanallah .. ada sungai dalam laut !!

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut


Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Sumber : http://inijalanku.wordpress.com

Fadzil Berbicara tentang………………….

Fadzil Berbicara tentang………………….

Hari ini saya berehat sahaja di bilik. Kerana tidak sedap badan maka saya tidak mengikuti delegasi MPPUTHM berdialog dengan MPPUTP dan lawatan mereka sekitar kampus. Saya menghabiskan waktu siang dengan tidur dan berehat sahaja. Tubuh saya memberikan reaksi supaya saya berehat hari ini setelah aktif sejak beberapa hari. Bangun sahaja tidur pada petang hari, segala ketidakselesaan telah hilang begitu sahaja. Kerana sahabat-sahabat lain pergi ke Lawatan di Lumut pada petang hari maka saya keluar seorang sahaja petang itu menyusuri tasik hingga ke kafetaria. Ketika melangkah keluar bilik sempat berkenalan dengan beberapa pelajar antarabangsa UTP. Salah seorang daripada Uzbekistan, sedang mengupas kentang dan menanak nasi di stor hujung bangunan yang dijadikan dapur. Tercungap-cungap jugak la “ speaking “ hehe….. Perjalanan saya diteruskan dengan menyusuri pesisir jalan sepanjang tasik. Jalan di sini agak selesa. Pemandangan yang menghijau di kiri kanan jalan menyegarkan pandangan. Anda akan dapat melihat padang menghijau yang tersusun rapi dan landskap yang bersulam dengan deretan tiang lampu, landskap yang menghijau. Ditambah lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa di sekitar tasik , ianya melengkapkan lagi pakej keindahan di UTP ini. Sebelum saya menulis ini, kali kedua saya menyusuri tasik ini kerana terpesona untuk melihat keindahan malam di sekitar tasik. Sangat-sangat mendamaikan dan kerlipan lampu yang menerangi sepanjang tebing tasik dan kedudukan Masjid di seberang tasik yang terang menderang kubahnya melengkapkan pakej malam di UTP. Dekorasi yang bijak oleh arkitek landskap pada pengamatan saya. Sangat menyeronokkan dan mood saya untuk menulis juga meningkat serta merta. Perbandingan panaroma di UTHM mungkin tidak adil. Tetapi secara jujur kalau begini keadaan tempat belajar, pasti sedikit sebanyak memberikan kesan emosi yang baik dalam proses pembelajaran. Mungkin saya salah seorang individu yang terpengaruh dengan keadaan alam semulajadi dalam kehidupan. Ketika menulis ini, pemandangan di luar tingkap adalah pohon-pohon yang diterangi lampu sepanjang tasik. Sangat indah & romantik……… Persoalan Mengapa Saya Mengikuti Lawatan Ini? Secara jujur kerana saya ingin menyelami dan memahami situasi ahli-ahli MPPUTHM Sesi 09/10. Saya telah mendengar beberapa perkara samaada gerak kerja atau keperibadian, idealisme daripada beberapa pihak luar mengenai MPP sesi ini. Sepertimana sedia maklum saya tidak mengenali kebanyakan ahli-ahli MPP sesi ini. Adalah tidak wajar saya mendengar sebelah pihak sahaja tanpa mendengar dan melihat sendiri mereka ini. Yang saya kenali secara langsung ialah saudari Najihah ( S/U Agung 09/10) , bekas S/U Kerja ketika saya menjadi YDP sesi lepas. Saudara Shahzada Khan ( YDP 09/10) bekas sahabat MPP 07/08 & Rakan Exco YDP Sesi lepas, saudara Pua Tiong Eng ( S/U Kerja 09/10), bekas Rakan Exco Ydp sesi lepas. Yang secara tidak langsung adalah saudara Hadi Rahman ( NYDP 1 09/10) , bekas Pengerusi Kelab Iqra`, saudara Fauzi (NYDP 2 09/10), bekas Pengerusi Kolej Kediaman Melewar, saudara Wan Adrizal ( Pengerusi Jabatan Kolej Kediaman 09/10) , bekas Pengerusi Kolej Kediaman Taman Universiti. Yang lain-lain saya baru sahaja kenali. Dalam lawatan ini secara jelas saya mungkin tidak banyak bercakap, selain kesan emosi akibat berehat panjang yang menjadikan saya tidak banyak bercakap, saya masih cuba membiasakan diri dengan keadaan baru ini. Mungkin jenis saya tidak pandai bergurau dengan kenalan baru menjadikan situasi yang kurang selesa bagi saya untuk bercakap. Lebih-lebih lagi dua orang kenalan lama, Shahzada ( Temuduga Biasiswa) dan Pua (pembedahan tangan) menjadikan saya lebih banyak mendiamkan diri. Kerana Najihah pula seorang perempuan, saya tidak begitu banyak bercakap kerana sifat semulajadi saya yang kurang bercakap hal peribadi dengan perempuan. Saya mempunyai keterbatasan dalam pergaulan. Saya kira Najihah memahami saya, lain pula kalau soal kerja, saya seorang profesional dan akan banyak bercakap, sesiapa yang pernah bekerja rapat dengan saya akan memahami perkara ini. Maaf ya sahabat-sahabat MPP baru kalau saya kelihatan akan pendiam , bukan sombong hanya saya memerlukan lebih waktu untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru ini.

Satu lagi kerisauan ialah, saya cuba membiarkan mereka ini membina konsep pimpinan mereka sendiri. Saya tidak ingin di lihat mempunyai kecenderungan penyakit kehilangan kuasa, mengkritik membuta tuli mereka ini, dan memperlihatkan kelebihan konsep kepimpinan saya terdahulu. Tidak adil rasanya saya memperbandingkan perkara ini. Saya lebih senang menyuarakan secara peribadi terus ke Shahzada atau ahli-ahlinya daripada mengkritik melalui ruangan seperti Facebook. Tidak manis rasanya berbuat demikian, selain menjatuhkan imej tetapi akan menurunkan semangat mereka ini. Saya pernah melalui keperitan itu, saya memahami situasi mereka ini. Tetapi MPP juga perlu menerima hakikat itu, dunia sekarang bersifat global dan mereka tidak dapat menghalang mana-mana pihak untuk bersuara. Jadi bersiap sedialah di gelanggang!!!

Yang penting saya turut ketawa mendengar gurau senda kamu semua, hanya saya ketawa tidak berbunyi….. Sepanjang masa memerhatikan saya kira kamu mempunyai nilai tersendiri. Seperti sedia maklum setiap sesi MPP akan mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Saya tidak ingin menghakimi kamu semua, lebih-lebih lagi lawatan ini lebih kepada nilai kembara dan semangat silaturrahim , maka penilaian dari segi gerak kerja belum terlihat lagi. Tetapi nilai positif dan pengalaman berharga ini kalau di bawa pulang kalau betul caranya digilap sepatutnya akan memberikan kesan kepada kamu semua dalam gerak kerja MPP. Perkongsian Yang Bermanfaat Sepanjang Lawatan Beberapa perkara yang saya catit saya kira menarik untuk di kongsi :- (1) Sesi dialog Bersama MPPUSM Sesi 09/10 – Pengenalan USM sebagai Universiti APEX ( Perasmian 4 September 2009) – Terdapat 120 Persatuan ( 89 yang benar-benar aktif mengikut MPPUSM) – Polisi Student Goverment , apa-apa dasar, polisi universiti akan melibatkan pandangan pelajar terlebih dahulu. – Parlimen Mahasiswa , akan bersidang kali pertama pada 01/08/2010 di USM – Prinsip Parlimen Mahasiswa akan mecontohi Parlimen Malaysia. Terdiri daripada 50% Ahli MPP, baki daripada Majlis Penghuni Desasiswa, Persatuan ( Secara bergilir kerana jumlah persatuan yang banyak). Tetapi konsep ini masih dibincangkan lagi dan belum muktamad. Tujuan utama menurut jurucakap MPPUSM, adalah menggalakkan perbincangan keilmuan di kalangan mahasiswa dan usul melalui Parlimen Mahasiswa akan lebih mudah di bawa ke peringkat atasan tanpa melalui karenah birokrasi dalaman. Walaubagaimanapun terdapat peraturan-peraturan yang di gubal bagi menjaga keharmonian Parlimen Mahasiswa. (2) Alam Semulajadi & Panaroma Indah – Menaiki Feri di Pulau Pinang, Kali kedua dalam hidup. Kali pertama semasa kecil bersama keluarga. Pemandangan dari atas Feri amat menyeronokkan kerana dapat melihat laut sepanjang perjalanan. Tetapi yang kurang adalah panaroma sekeliling dicacatkan dengan kapal-kapal dan laut yang kelabu. Masih tidak dapat melawan keindahan kampung halaman saya, Marang!!! Sebagai contoh dahulu saya selalu mengikuti bapa saudara, Arwah Pak Tam Roni yang bekerja sebagai nelayan, melihat laut yang membiru seperti kaca lutsinar , anda dapat melihat ikan-ikan bermain di sekeliling bot. Sejak Arwah meninggal dunia sejak 2 tahun lepas, tiada lagi laluan percuma untuk melihat keindahan Laut China Selatan. Hanya kenangan yang mengamit hatiku. – Bukit Merah Lake Town Resort, kali pertama sampai di sini. Amat menyeronokkan. Pastilah sebab merupakan sebuah Taman Tema. Saya tidak mengikuti sahabat lain ke Eco Resort melihat haiwan-haiwan kerana laluan berjalan yang kaki yang panjang. Saya perlu berhati-hati keranan baru sahaja pulih daripada kemalangan. Jadi saya terus ke Taman Tema Air, yang penting dapat berendam pada hari yang panas. Antara peristiwa lucu semasa saya berjalan-jalan di deretan kedai cenderamatan, tangan saya di sauk daripada belakang oleh seorang perempuan, dengan terpinga-pinga saya menarik tangan saya, terkejut dengan perbuatannya itu, saya berpaling dan mengerut dahi kepada perempuan bertudung itu. Terus dia meminta maaf dan berkata “maaf, salah orang” …. huhhh…. suami sendiri pun tak kenal ker? Dalam hati saya berkata-kata. Saya tidak menjawab apa-apa dan terus berjalan laju…. MALU….. – UTP, kali pertama saya sampai di sini. Cerita di UTP telah dinukilkan di perenggan atas. Tetapi sebelum terlupa, saya terpangggil untuk berkongsi satu pengalaman. Saya tertarik dengan situasi ketika hampir waktu maghrib, sedang saya menyusuri tasik, saya melihat berbondong-bondong lelaki yang berjalan kaki dan menaiki basikal keluar dari hostel ke Masjid di seberang tasik. Seolah-olah timbul ketenangan melihat mereka semua menyusuri tasik di bawah lampu-lampu sepanjang tasik ke Masjid. Saya kira jarak Masjid kalau daripada hostel mungkin dalam 400 meter. Samaada kalau setiap hari begini ataupun mungkin ada program di Masjid yang menyebabkan mereka beramai-ramai keluar, pemandangan yang saya tidak dapat lihat di UTHM. Hingga pernah sahabat berbicara kalau KKTSN di tutup maka di khuatiri jemaah di Masjid UTHM kini turut hilang. Sanggupkah pelajar-pelajar di KKTDI/KKTF berjalan ke Masjid. Susah bukan lebih-lebih lagi terdapat surau di kolej tersebut. Saya tinggalkan persoalan ini untuk direnungi bersama.

Palestin & Israel – Apa peranan Mahasiswa? Saya tidak mengulas lanjut kerana banyak pihak yang telah memperkatakan hal ini. Mahasiswa mempunyai banyak badan, persatuan, gerakan untuk menyuarakan hal ini. Tapi bila bercakap dalam soal Majlis Perwakilan Pelajar. Ada yang akan mempersoalkan sejauh mana kerjasama pada peringkat nasional? Perlu dingatkan MPP seluruh IPTA/IPTS mempunyai MPPK ( Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan). Jurucakap MPPK Sesi 09/10 saudara Wafi ( YDP USM ) telah mengeluarkan artikel mengutuk kekejaman Israel dalam Berita Harian beberapa hari lepas. Hanya samaada ianya melibatkan kerjasama antara semua pimpinan IPTA menjadi persoalan saya. Oleh kerana itulah, semasa berbincang antara YDP MPMUM dan YDP MPPUTHM Sesi 09/10 pada 4 Jun lepas di Pejabat MPMUM, saya mengatakan kalau mampu cubalah berbuat sesuatu kerjasama antara semua YDP IPTA/IPTS dalam hal ini. Sebagai contoh saya mengatakan adakan satu hari secara serentak pada detik jam yang sama menganjurkan demontrasi aman dan pelancaran Tabung Untuk Palestin Peringkat Mahasiswa di IPTA/IPTS yang diketuai MPP. Penglibatan Mahasiswa seluruh negara akan menyebabkan mahasiswa biasa akan merasakan diri mereka terlibat secara langsung dalam kempen ini dan memberikan mereka rasa hormat kerana pimpinan yang mereka pilih dalam mengetuai mereka berkenaan isu hangat ini. YDP-YDP boleh memainkan peranan proaktif dalam hal ini. Anggap ini untuk jangka masa pendek, permulaan kerjasama erat perlu di cari antara pimpinan IPTA bagi isu jangka panjang. Selalunya isu domestik kampus akan menenggelamkan kerjasama ini. Entah di mana silapnya. Sekali lagi saya tinnggalkan persolan untuk pimpinan sekarang. Secara peribadi saya pernah mengulas mengenai isu ini : http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2009/11/sejarah-dunia-siri-1-palestin.html Sampai ketika ini sahaja saya menulis, esok saya akan ke Parlimen Malaysia dan yang menyeronokkan adalah keterujaan kerana ketika ini Parlimen sedang bersidang… pasti banyak yang saya akan belajar… Salam……

Perjuangan Yang Tiada Penghujung………..

Perjuangan Yang Tiada Penghujung………..

Jalinan Mesra Pemimpin Mahasiswa = 03/06/2010 – Lawatan MPPUTHM Sesi 09/10 ke MPMUM Sesi 09/10 (Kiri ; Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Khairul Anuar ; Tengah ; Mantan Yang Di-Pertua MPPUTHM Sesi 08/09, Mohd Fadzil ; Kanan ; Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor Sesi 09/10 ; Shahzada Khan.

Peluang untuk mengaktifkan kembali neuron-neuron yang membeku sejak 6 bulan lepas selepas berehat panjang akibat kemalangan, penulis terus bersetuju menerima pelawaan MPPUTHM Sesi 09/10 untuk mengikuti Lawatan ke UM, USM, dan UTP yang bermula 03/06/10. Memandangkan pada 02 haribulan penulis masih Di Gopeng, Perak. Bernasib baik kerana tiket ke Batu Pahat masih ada, Walaupun letih selepas tiga hari bertapa di Hospital Ipoh menjaga Mak angkat, tetapi kepuasan berbakti setelah sekian lama tidak berjumpa, memberi kekuatan baru di dalam diri.

Penulis beranggapan ini peluang penulis untuk mencari keyakinan baru setelah kecederaan fizikal yang juga memberi implikasi mental kepada penulis. Sesuatu yang penulis belajar adalah beberapa peristiwa yang berlaku yang melemahkan pemikiran dan keyakinan penulis adalah sesuatu hikmah yang memberikan jawapan kepada kebanyakan persoalan penulis mengenai pengorbanan, setiakawan, perjuangan dan hakikat kebatasan pemikiran manusia dalam bersosial. Penulis juga beranggapan beberapa keputusan penulis ketika sakit memberi implikasi kepada konflik. Di burukkan dengan pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan. Penulis bertuah kerana dapat melihat dari sudut luar mengenai tahap penerimaan sahabat-sahabat seperjuangan kepada penulis ketika konflik. Konklusinya tahap komunikasi antara penulis dan sahabat-sahabat terdahulu adalah rapuh. Penulis berada di dalam bayang-bayang sendiri dengan mengangap keikhlasan penulis memimpin di fahami sahabat-sahabat. Tetapi rupanya tidaklah begitu, penulis melihat adanya kerapuhan tahap keyakinan mereka terhadap penulis. Kurang perhatian, dan pelbagai faktor seperti layanan berat sebelah kepada beberapa sahabat , mengakibatkan ada sahabat lain merasakan diri terpinggir. Kerana merasakan isu tersebut remeh untuk diberikan perhatian maka ianya menjadi barah yang meracuni kepimpinan penulis.

Dalam banyak perkara memimpin bukanlah semudah yang di sangka, hal yang sekecil-kecilnya pun akan di jaja kalau tersilap langkah. Dalam banyak hal untuk diselesaikan, adanya terkadang sebagai pemimpin teratas ada benda yang perlu di rahsiakan bagi beberapa tujuan untuk kebaikan bersama. Tetapi kerana benda seperti inilah menjadi racun kepada tahap kepercayaan mereka kepada penulis satu ketika dahulu. Penulis tidak dapat menolak sememangnya ada kalangan sahabat yang mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat terhadap perkara-perkara rahsia ini. Kalaulah mereka tahu apa yang penulis tahu, nescaya mereka tidak akan bertanya panjang. Apa yang perlu sebenarnya mereka mempercayai apa yang penulis putuskan adalah untuk kebaikan bersama. Tetapi penulis percaya satu hari nanti apabila mereka berada di tempat penulis atau dalam situasi yang sama , maka mereka akan tersedar dan mengakui apa yang penulis katakan.

Dengan rendah hati, penulis berfikir dalam keadaan sekarang penulis perlu melupakan apa yang terjadi, berlapang dada dan menganggap dalam konflik itu tiada pihak yang salah kerana ijtihad masing-masing dalam menegakkan keadilan & kebenaran mengikut versi masing-masing. Salah penulis ketika itu terlalu mengikut emosi dan menghentam dalam penulisan secara keras. Manakala salah mereka adalah menghantar isyarat yang salah dalam keadaan penulis sedang terlantar kesakitan dan membelakangkan terus pandangan penulis ketika itu. Kalau mereka memahami perasaan orang sakit nescaya mereka tidak akan memperlakukan penulis seperti itu. Bersyukur kepada Allah S.W.T yang memberikan ujian ini kepada penulis. Ternyata penulis tidak tertahan ujian kecil ini, kalaulah penulis lebih awal dapat mengambil iktibar tabahnya Nabi Ayub A.S menghadapi ujian sakit. Maka penulis telah hilang harga diri, keyakinan dan segalanya mengenai kuasa, pangkat di dunia. Segalanya sementara sahaja. Setelah ujian ini penulis tersedar segala kelemahan penulis. Ampunkan hambamu yang lemah ini Ya Allah. Kemaafan juga di mohon kepada mana-mana sahabat yang terluka atas peristiwa itu. Permohonan maaf ini tanpa meminta apa-apa balasan, tanpa sebarang syarat. Terpanggil menulis begini setelah membaca buku Aku terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal (Saiful Islam), Salah satu petikan ;

” Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah aku lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu? ”

Dalam hal ini kita dapat melihat kepada sejarah Perang Jamal berlaku mungkin miscommunication atau salah maklumat. Pertarungan di kalangan sahabat adalah hasil dari ijtihad masing-masing. Pembunuhan Usman adalah penyebab segala-galanya. Pintu fitnah ini telah menyeret para sahabat ke medan pertempuran sesama sendiri. Campur tangan golongan munafiqun yang, telah memainkan peranan dalam menghidupkan episod pertarungan sesama para sahabat. Sesungguhnya pertempuran tersebut berlaku bukan kerana perebutan harta dan kekuasaan, tetapi sebaliknya kerana ingin melihat keadilan dan kebenaran. Ambil iktibar sahabat-sahabat semua.

Kesempatan inilah penulis cuba meluangkan masa bersama-sama MPPUTHM baru kerana jarak waktu antara penulis dan mereka. Kerana lamanya penulis tidak bersosial. Teman penulis ketika sakit hanyalah keluarga dan jiran terdekat selama 6 bulan. Maka penulis masih berasa canggung untuk berada di khalayak ramai untuk bercakap. Kurang keyakinan diri juga masih menebal. Sedikit demi sedikit waktu akan mengembalikan stamina dan keyakinan diri. InsyaAllah. Bagi penulis ini adalah perancangan-Nya untuk penulis. Qada` & Qadar. Dalam sesi dialog antara MPPPUTHM & MPMUM, penulis bertindak sebagai pemerhati kepada anak muda yang bergelar mahasiswa berdiskusi dalam pelabagai isu kampus dan luar. Beberapa yang menarik penulis ialah ;

(1) Kebajikan Mahasiswa Dewasa Ini

(2) Isu Politik Kampus & Politik Luar

(3) Isu Lesen Judi Sukan

Tujuan penulis bukanlah mengupas isu-isu ini, sengaja penulis biarkan mereka berdiskusi supaya percambahan dan cakna mereka terhadap isu semasa akan mematangkan mereka. Kerana topik yang dipilih agak panas maka masing-masing menegakkan hujah masing-masing samada MPPUTHM mahupun MPMUM. Jauh di sudut hati penulis meletakkan harapan kepada mereka untuk meneruskan cita-cita anak muda dewasa ini. Zaman penulis sudah berakhir, kini mereka akan meneruskannya. Perjuangan yang tiada penghujung!!! Pertemuan antara penulis dengan kedua-dua YDP MPMUM dan YDP MPPUTM Sesi 09/10, menjadi medan penulis mencurahkan pengalaman sebagai YDP yang terdahulu. Sekadar berbasi-basi , penulis sendiri mempunyai banyak kelemahan semasa menjadi pemimpin mahasiswa. Tetapi dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada semoga dapat membuka minda dalam meneruskan perjuangan anak muda yang bergelar mahasiswa.

Rata-rata kebanyakan pemimpin mahasiswa sebenarnya berfikiran terbuka, mempunyai idealisme yang kuat, tetapi kerana ketaksuban kepada golongan tertentu menyebabkan nilai yang patut dikongsi bersama terkubur begitu sahaja. Pendirian akan menyebabkan ego yang ingin dipertahankan menidakkan rasional dalam membuat keputusan. Cita-cita mahupun keazaman yang tinggi semata-mata tidak dapat menjelaskan kelakuan sebenar pemimpin kampus. Hari ini semasa kempen cakapnya besar, dirinya hebat, tapi esok lupa kerana tidak mendapat apa jawatan yang di idamkan dan pandangan di anaktirikan, terus berputus asa dan menghilangkan diri. Apakah makna ini semuanya? Mana semangat kalian dalam meneruskan cita-cita pemuda? Mana perginya kalimat anak muda merdeka?

Kita berpegang kepada kebenaran yang terbukti nyata, rasional dalam memutuskan keputusan dalam perbalahan pendapat antara pelbagai golongan idealisme mahasiswa yang terpecah akibat politik kampus

Adalah kesimpulan yang penulis buat apabila kedua-dua Yang Di-Pertua MPPUTHM & MPMUM menjawab persoalan mengenai politik kampus.

Jam menunjukkan 2.36 a.m . Sampai di sini sahaja penulisan malam ini, esok pagi penulis akan bersama MPP USM pula, semoga mendapat manfaat daripada pertemuan itu…..