Mohd Fadzil

Month: December 2011

Panduan menyusun sijil untuk Temuduga SPP

Panduan menyusun sijil untuk temuduga

PERSEDIAAN
DOKUMEN

1. Dokumen ASAL

Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:


Kad
Pengenalan
Sijil
Kelahiran
Sijil
Kewarganegaraan (jika berkaitan)

Ijazah
sarjana muda asal (jika ada) 


Transkrip
sarjana muda asal.
Diploma
asal (jika ada)
Transkrip
diploma asal (jika ada)
Sijil STPM
asal (jika ada)
Sijil SPM asal

Sijil
Berhenti Sekolah
Sijil/Surat
Keterangan Koko (mulai Universiti hingga ke Sekolah )

Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak
payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)

Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama
akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun
boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa
menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah
terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat
– sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti
semasa di U. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil
sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih
tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah
antara watak guru yang dicari.

Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam “CLEAR
FOLDER” dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah
tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat
temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun. Kebanyakan penemuduga agak
sensitif tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas,
sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen ini perlu
diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. Mesti ingat selalu
bahawa “First Impression Counts”.

Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke
dalam beg anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini.

Tapi seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam tong
sampah .. Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah calon nak tunjuk
yang itu.. yang ini. Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun
depan. Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder
dokumen asalnya. Folder itu merupakan “portfolio” calon. Kalau nak
jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana
nak simpan beratus … beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri
yang penting.

Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa
ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil
tertinggal di KL, baru sampai semalam … sijil dihanyutkan banjir tahun 1991
dulu… sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . . dsb.

Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang
baru. Sijil Lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. Jangan bawa sijil
lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang
pastikan ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti surat asal. Kad
pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan
semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru.
Haa… barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan
guru.

2.Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat hendaklah
difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan
itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan
fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu,
ketua kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan
Bahagian 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah. Jangan datang ke
pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. Salinan fotostat
yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut
susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Wahhh ada pula calon
yang sehingga buat binding semua salinan fotostat. Tak perlu dibinding! Anda
akan membazirkan wang sahaja jika buat binding sebab kebanyakan calon yang buat
binding salinan sijil mereka susunannya tidak sama seperti diarahkan. Biasanya,
sampai sahaja ke pusat temuduga, penemuduga akan suruh tanggalkan dan susun
semula. Jadi dalam kursus ini, saya sekalai lagi berpesan – Susun ikut
sepertimana disenaraikan di atas. Kemudian “staple” di bahagian atas
sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak,
guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang.
Jangan guna “paper clip” sebab dokumen mudah tertanggal dan
bertaburan di lantai.

3.Borang Maklumat Diri Calon …

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang
yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon untuk Mengikuti Kursus Perguruan
Lepas Ijazah. Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :

1. Maklumat kursus yang anda pohon – seperti nama kursus, kod dan tahun
ambilan.
2. Butir diri calon – seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina,
tarikh lahir dll
3. Butiran keluarga – seperti maklumat bapa / suami / isteri
4. Butiran akademik – iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah,
CGPA dan bidang.
5. Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan

Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah jadi
kepada ramai calon-calon yang datang temuduga. Maklumat yang sebanyak ini pun
tak sanggup dilengkapkan dengan sempurna. Di bawah ini saya senaraikan penemuan
saya selama menemuduga KPLI selama 8 tahun sejak dilaksanakan:

1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan”liquid paper”

2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh… baru
nak cakap terlupa konon dan sebagainya… . Kalau penemuduga pun buat ohhh..
terlupa nak bagi markah macam mana ?

3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport
tetapi saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka
sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada
calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan
tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. Ketiga.. kalau
calon lelaki, gambar tu biarlah mencerminkan seorang calon yang berwajah guru.
Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat
kedai gambar tu.. ada banyak blazer untuk bergaya. Namun,,, ramai yang tampal
gambar mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan
rocklah. Kalau gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. jangan minta jadi
cikgu.

4. Tandatangan … Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar
belum ditandatangan.

4. Kesimpulan …

Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri
temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? Saya berharap,
calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua
calon lain dari segi “kualiti diri calon” berasaskan kepada
persediaan dokumen dan borang-borang.

Sijil kepujian dekan diletakkan slps transkrip

Boleh letakkan resume (susunan yg terakhir sekali)

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia


Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di
Malaysia


Oleh : Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt. Hamzah, Amirmudin Bin Udin

ABSTRAK

Kertas ini ditulis untuk memberi penerangan kepada umum tentang implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia. Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan dalam kertas ini, antaranya definisi FPK dan PTV, matlamat pendidikan di Malaysia, aliran falsafah yang mempengaruhi PTV, konsep dan matlamat FPK, peranan FPK, elemen-elemen yang terkandung dalam FPK, peranan sekolah dalam merealisasikan FPK dan implikasi FPK dalam sistem PTV. Adalah diharapkan melalui penerangan ini, semua pendidik serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dapat memahami dengan jelas tentang matlamat pendidikan di Malaysia. Semua pihak juga perlu memahami kehendak FPK dan implikasinya terhadap pendidikan umumnya dan terhadap PTV khususnya. Semoga dengan penerangan  ini, sistem PTV di Malaysia akan dapat mencapai hasrat dan matlamat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di
Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal
untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada
semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang
membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan.
Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara.
Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat
negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk
menjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK.

Salah satu cabang dalam pendidikan yang sangat penting dalam melahirkan modal
insan yang seimbang ialah bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). PTV dianggap
sangat penting kerana melalui PTV negara dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir, separa mahir dan professional. Tenaga kerja yang lahir daripada bidang PTV dapat membangunkan negara untuk menjadi negara maju. Bagi mendapatkan tenaga kerja yang berkualiti, FPK perlu diimplikasikan dalam PTV. Dengan mengimplikasikan FPK dalam PTV, negara akan mendapat sumber tenaga kerja yang berkualiti.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK )


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan dinyatakan
dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu  untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada  Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan  berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

( Akta Pendidikan 1996, Akta 550)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan lahir melalui suatu proses yang agak panjang iaitu
satu proses pembinaan negara dan bangsa semenjak merdeka lagi. Idea penggubalan FPK
telah dicetus selepas penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979. FPK yang
dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berlandaskan tiga ideologi iaitu, Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (RMK 3, 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). FPK digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti dengan mengambil berat keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. ( KPM, 2001).

Pernyataan FPK menegaskan sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan
terhadap perkembangan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh kearah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan kepatuhan kepada tuhan. Ini bermakna, FPK berhasrat melahirkan insan yang berpegang teguh pada agama. FPK perlu dijadikan teras kepada pendidikan di negara ini bermula daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.


Pendidikan Teknik Dan Vokasional ( PTV )


Aristotle merupakan seorang ahli falsafah Yunani yang terkemuka selepas Plato dalam bukunya yang bertajuk “Politik” menghuraikan pendidikan sebagai satu ilmu yang bersifat estetikal dan politikal. Beliau menekankan tujuan ilmu pendidikan adalah untuk memberikan setiap warganegara segala peluang yang ada untuk mencapai kebahagian hidup. Melalui ilmu pendidikan, ia dapat melatih warganegara mematuhi peraturan-peraturan tingkahlaku yang baik dan cekap dalam mentadbir serta membangunkan negara (Mok, 1992).


Pendidikan juga merupakan suatu alat yang sangat penting dan dominan dalam proses
pencapaian taraf maju masyarakat ke arah matlamat Wawasan 2020. Wawasan dan misi
pendidikan pula menjadi alat terpenting (front runner) kepada Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang ideal seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan, 1996 (Tatacara Pengurusan Kewangan & Perakaunan Sekolah (2000).


Pendidikan teknik dan vokasional didefinisikan sebagai :
“Formal education designed to prepare for skil ed occupation in industry,
agriculture and commerce, generally at secondary level” dan “Formal education
designed to provide knowledge and skil s underlying production process with a
wider connotation then vocational education at secondary or higher level”
(Amberjeet,1993.m/s 3)


Menurut Kamus Dewan (2002), pendidikan teknik bermaksud pengetahuan yang
berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri seperti jentera, kenderaan dan
bangunan, sementara pendidikan vokasional ialah pendidikan amali di mana menitikberatkan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Menurut Cambridge International Dictionary of English (1995), mendefinisikan vokasional sebagai pendidikan yang memberikan kemahiran dan mempersiapkan seseorang untuk alam pekerjaan, sementara teknik pula bermaksud mempunyai atau memerlukan cara khusus yang biasanya dipelajari, kemahiran dan pengetahuan.


Kesimpulannya, pendidikan teknik dan vokasional ialah pendidikan yang berbentuk ilmu

kemahiran yang boleh digunakan oleh pelajar setelah menamatkan pengajian mereka untuk
menempuh alam pekerjaan. Umumnya pendidikan ini boleh didapati di sekolah-sekolah teknik yang mempunyai aliran vokasional. Ini berbeza dengan pendidikan akademik di mana pelajar  didedahkan dengan ilmu pengetahuan secara umum walaupun terdapat mata pelajaran  vokasional tetapi ditawarkan secara elektif.


Matlamat Pendidikan Di Malaysia

Secara umumnya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang baik
dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Menurut
perspektif Islam, tujuan dan matlamat pendidikan adalah untuk membentuk akidah, sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Al ah untuk membangunkan
diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi mencapai keredaan Al ah (Hasan Langgulung, 1986). Manakala menurut Harun Din dan Rakan-Rakan (1985), tujuan pendidikan adalah untuk membina individu yang bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini. Daripada matlamat dan tujuan pendidikan melalui perspektif Islam ini, dapatlah dirumuskan bahawa tujuan dan matlamat utama pendidikan seperti berikut:
1. Untuk pembinaan dan pendidikan akal (tauhid)
2. Untuk pembinaan keperibadian (sikap)
3. Untuk menyiapkan diri bagi kehidupan dunia dan akhirat (kemahiran)
4. Supaya manusia mampu menerokai dan menguasai ilmu sebagai asas pembangunan
diri secara berterusan.


Menurut W.F Connel dalam http://www.angelfire.com/bc3/bcc4 yang dicapai pada 16
Ogos 2010, matlamat pendidikan boleh dipandang daripada tiga aspek utama iaitu aspek
individu, masyarakat dan kebudayaan. Pendidikan mestilah bertujuan untuk menyediakan
pengalaman bagi setiap individu untuk membantunya mencapai kawalan ke atas diri dan alam
sekitarnya.

Secara keseluruhannya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan
insan yang mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin dan yang kenal diri (self – Actualization).
Dalam erti kata lain, pemimpin bermaksud Khalifah di muka bumi ini. Setiap individu perlu menjadi pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam. Menurut Eisner & Vallance (1974), dalam buku “ Curriculum: An Integrative Introduction” tujuan pendidikan adalah untuk membangunkan potensi individu sepenuhnya. Pendidikan juga adalah satu proses untuk membantu individu menemukan makna disebalik kewujudan diri dan seluruh kejadian Tuhan di alam fizikal ini.


Aliran Falsafah yang Mempengaruhi PTV

Terdapat beberapa aliran falsafah barat yang mempengaruhi sisten Pendidikan Teknik dan
vokasional di Malaysia. Antaranya ialah aliran Essensialisme, aliran Pragmatism, aliran
Progresivisme dan aliran Eksistensialisme (Widad, 2007). Walaubagaimanapun, PTV tidak
terikat dengan mana-mana aliran falsafah ini.

Aliran Essentialisme menekankan pembelajaran secara berperingkat iaitu dari yang
mudah kepada yang lebih sukar. Menurut Essensialis, pendidikan sekolah harus bersifat praktik
dan memberi anak-anak pengajaran yang logik yang mempersiapkan mereka untuk hidup.

(http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat-pendidikan-essensialisme/).

menunjukkan bahawa aliran ini memang mempengaruhi PTV.

Aliran Pragmatisme juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sistem PTV. Dalam
bahasa Greek, pragma bermaksud kerja. Ia boleh diertikan sebagai kaedah mengatur dan
mengurus sesuatu perkara. Aliran ini juga menolak semua punca yang membawa kesan negatif kepada masyarakat. Aliran ini menganggap realiti adalah interaksi antara manusia sesama manusia dan alam. Aliran ini memerlukan penyelesaian masalah untuk mencari sesuatu jawapan terhadap pelajaran (Abdul Fatah, 2007).

Aliran falsafah ketiga yang mempengaruhi PTV ialah aliran progresivisme. Falsafah ini
menganggap objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada zaman moden. Aliran ini lebih menumpukan pada perkembangan semasa. Tujuan falsafah ini adalah untuk memberi
kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah. (http://www.scribd.com/doc/11383475/PROGRESIVISME).


Aliran Eksistensialisme juga mempengaruhi sistem PTV. Falsafah ini terlalu

individualistik dan terlalu bergantung kepada faktor-faktor yang subjektif seperti penghayatan emosi dan perasaan seseorang. Tujuannya untuk melahirkan individu yang boleh membentuk diri sendiri, bertanggungjawab terhadap diri dan menentukan arah hidupnya. Implikasinya terhadap PTV ialah dengan meletakkan pendidikan PTV yang berasaskan kemahiran dan  pengetahuan supaya menjadi bidang pendidikan yang penting untuk pembangunan masyarakat.

Sebagai kesimpulannya, PTV tidak mempunyai falsafah yang khusus. Walaupun,
terdapat beberapa aliran falsafah barat yang mempengaruhi PTV di Malaysia. PTV tidak terikat dengan mana-mana aliran falsafah. Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam falsafah PTV ialah ianya mestilah universal, membangunkan PTV itu sendiri, menyatukan dan kebenaran perlulah bersifat mutlak. Pegangan PTV di Malaysia haruslah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat pendidikan. Falsafah PTV perlulah memenuhi cabang falsafah seperti metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Metafizik boleh ditakrifkan sebagai satu kajian berkaitan kewujudan ( Abdul Fatah, 2007). Tujuan utama pendidikan dalam kepercayaan ini adalah untuk mencapai penyedaran diri, pengetahuan diri dan perkembangan diri supaya fitrah manusia yang berkerohanian dapat diperkembangkan. Konsep dan Matlamat FPK

Konsep FPK

Falsafah pendidikan negara merangkumi elemen epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme ( Sufean Hussin, 1996). Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal  daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasukRukun Negara.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses
pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini
juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara
Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan  matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.


Matlamat FPK

Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan
terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna (KPM,2001). Dengan perkataan lain,
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:
• percaya dan patuh kepada Tuhan;
• berilmu pengetahuan;
• berakhlak mulia;
• bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
• memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan
• memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.


KPM (2001) juga menyatakan bahawa selain daripada perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan seimbang, diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat
mencapai matlamat pendidikannya seperti:
 melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai
seorang warganegara;
 menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan
terhadap kemajuan dan pembangunan;
 melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-
prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan;
 melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara;
 melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara,
dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum; dan
 mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-
kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.


Falsafah pendidikan negara mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap

pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar  pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan Negara (KPM,2001).Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.


Peranan FPK

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum dalam KPM (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan
memainkan peranan yang sangat penting seperti:
sebagai cahaya yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha
mengembangkan dan memajukan pendidikan;
menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan
Negara;
sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan
negara;
sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas –
tugas pendidikan;
sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-
bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran;
sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan;
dan
menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang
usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.


Implikasi FPK Terhadap Sistem PTV


Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap sistem pendidikan
teknik dan vokasional di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah
dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan
keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersurat dan tersirat
dalam kandungannya.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988,
telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita sejak sekian lama.
Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan hasil daripada  nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara kita seperti berikut.


Implikasi terhadap kurikulum PTV


Perubahan PTV sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini meliputi;
Perubahan sukatan pelajaran PTV yang berorientasikan kepada program bersepadu.
Perubahan bahan-bahan pelajaran PTV yang mengutamakan nilai-nilai murni
diserapkan dalam semua mata pelajaran PTV.
Perubahan program PTV yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis.
Perubahan sistem PTV yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan alam
pekerjaan.
Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam
bidang vokasional dan teknologi.


Implikasi terhadap guru PTV



Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan
dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik yang benar-benar memahami FPK akan
dapat mengubah sikap peribadi dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya
bagi merealisasikan matlamat FPK. Melalui FPK juga, pendidik akan dapat mengubah strategi
dan teknik pengajaran yang bersesuaian bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan dan berakhlak mulia.Oleh yang demikian sangatlah penting bagi pendidik
untuk benar-benar memahami matlamat dan tujuan yang ingin dicapai oleh Negara melalui
FPK. Dengan memahami sepenuhnya kehendak FPK, guru PTV akan dapat memertabatkan
PTV setanding dengan aliran sains.


Implikasi terhadap institusi PTV



Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk
melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini
meliputi:
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani,
secara menyeluruh dan seimbang.
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam
jiwa pelajar.
Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan
ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.


Rumusan



Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam system dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan (KPM, 1988).


Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik,
seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan
harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara (KPM,1988).


Pendidikan Teknik dan Vokasional pula merupakan satu cabang bidang pendidikan
yang sangat penting untuk pembangunan negara. Tujuan utama PTV diperkenalkan adalah
untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir di Malaysia. Disamping itu, PTV juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman sebenar untuk persediaan alam pekerjaan.


Melalaui penulisan di atas, adalah amat penting untuk para pendidik untuk memahami
dengan jelas tentang FPK dan hubungannya dengan PTV. Ini adalah sangat penting kerana
apabila pendidik memahami dengan jelas tentang FPK dan PTV, maka sudah tentunya
matlamat pendidikan serta hasrat negara akan tercapai. Melalui FPK, kita akan dapat
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Disamping itu juga proses memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh juga akan lebih mudah dilaksanakan.


Rujukan

Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Amberjeet ( 1993 ), Dasar Grant dan Peruntukan Pembiayaan Serta Prestasi Pendidikan Sains,
Matematik, Teknik dan Vokasional di Malaysia. Ijazah Sarjana Muda, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Anan Nur ( 2010), Filsafat Pendidikan Essensialisme Retrieved on August 16, 2010,
http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat-pendidikan-essensialisme

Evelyn J. Sowel ( 2005 ), Curriculum: An Integrative Introduction: 3rd Edition, New Jersey, Merill
Prentice Hal .

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan
Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2000 ), Tatacara Pengurusan Kewangan & Perakaunan
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur;
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

ok Soon Sang (1992). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro
Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Subang Jaya: Cetaktama Sdn. Bhd.

Noresah ( 2002 ), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Paul Procter ( 1995 ), Cambridge International Dictionary of English First Edition, Cambridge
University Press.

Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, Percetakan Nasional
Berhad, Kuala Lumpur.

Widad Othman & Faridah Mariani Johari (2007), Curriculum Planning in Technical and
Vocational Education, Kuala Lumpur, Open University Malaysia.

Matlamat Pendidikan. Retrieved on August 16, 2010, from http://www.angelfire.com/bc3/bcc4

Falsafah Pendidikan di Malaysia. Retrieved on august 16, 2010, from
www.docstoc.com/docs/…/Falsafah-dan-Pendidikan-di-Malaysia

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA

SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.3 : Wawasan 2020

1.4 : Islam Hadhari



1.1 : RUKUN NEGARA
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:


(1)Kepercayaan kepada Tuhan
(2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara
(3)Keluhuran Perlembagaan
(4)Kedaulatan Undang-undang
(5)Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. 

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. 

Kedaulatan Undang-undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. 

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

1.2 : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Unsur-Unsur Penting FPK
· Menjadi warganegara Malaysia yang baik
· Unsur intelek
· Unsur rohani dan emosi
· Unsur jasmani
· Memperkembangkan potensi individu
· Menyeluruh dan bersepadu
· Insan yang seimbang
· Kepercayaan kepada Tuhan
· Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.

Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia

Implikasi Terhadap Kurikulum.

Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.

Implikasi Terhadap Pendidik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.

Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.

Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”:

* Nota Tambahan pengkhususan bidang ;
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia

Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri:

a. Percaya dan patuh kepada tuhan
b. Berilmu pengetahuan
c. Berakhlak mulia
d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.
f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Falsafah Pendidikan Guru

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

1.3 : WAWASAN 2020


Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Cabaran utama

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:

Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

1.4 : ISLAM HADHARI

Islam Hadhari (Arab: الإسلام الحضاري) atau “Islam yang bertamadun” merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

Tujuan
 

Visi: 
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
 
Misi: 
Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
 
Objektif:
Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

Prinsip

    (1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
    (2) Kerajaan Adil dan Beramanah.
    (3) Rakyat Berjiwa Merdeka.
    (4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
    (5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
    (6) Kehidupan Berkualiti.
    (7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
    (8) Keutuhan Budaya dan Moral.
    (9) Pemeliharaan Alam Semulajadi.
    (10) Kekuatan Pertahanan.


___________________________________________________________________________________


* Untuk membuka “link” mengikut BAB di bawah,  Sila tekan tulisan berwarna
MERAH. Kecuali BAB 10 buka ikut subtopik pada tulisan berwarna MERAH.

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020
1.4 : Islam Hadhari

BAB 2 : KEMENTERIAN
1.1 : Kementerian Pelajaran Malaysia
1.2 : Kementerian Pengajian Tinggi

BAB 3 : SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI
1.1 : Pendidikan Pra Sekolah
1.2 : Program PERMATA
1.3 : Pendidikan Rendah
1.4 : Pendidikan Menengah
1.5 : Pendidikan Khas
1.6 : Program Pendidikan Khas
1.7 : Sekolah Sukan
1.8 : Sekolah Seni
1.9 : Pembestarian Sekolah
2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
2.1 : Institusi Pengajian Tinggi
2.2 : Pendidikan Swasta
2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2.4 : Sekolah Kluster
2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional
* Tambahan penkhususan bidang di UTHM

BAB 5 : KURIKULUM
1.1 : Teori Pendidikan
1.2 : Kurikulum Prasekolah
1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
1.6 : Pengurusan Kurikulum
1.7 : Program JQAF
1.8 : Kia2M

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
1.1 : Asrama
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
1.8 : PIBG
1.9 : Skim Baucer Tuisyen

BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum
1.2 : Sekolah Harapan Negara
1.3 : Hari Guru
1.4 : Projek Nilam
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN
1.1 : Perintah-Perintah Am
1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 : Arahan Perbendaharaan
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 : Arahan Perkhidmatan
1.6 : Akta Acara Kewangan
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU
1.1 : KSSR
1.2 : KSSM
1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.4 : MBMMBI
1.5 : 1 Murid 1 Sukan
1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional
1.7 : NKEA
1.8 : NKRA Pendidikan





BAB 10 : BAB TAMBAHAN
A   : Dasar, Kurikulum & Sistem



1.1 : SBPA



1.2 : LINUS & PROTIM



1.3 : Tonggak 12



1.4 : PPSMI



1.5 : RMK – 10 ( Pendidikan)




B    : Isu Semasa Pendidikan



2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar



2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik



2.3 : Isu Penempatan GSTT



2.3 : Majlis Bahasa Inggeris



2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah



2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional




C    : Isu Semasa Negara



3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )



3.2 : Isu Adam Adli



3.3 : BR1M



3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik



3.5 : Bajet 2012




D    : Teori Pendidikan



4.1 : Taksonomi Bloom






E    : Lain-Lain


5.1 : SPP



5.2 : JPA



5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID

PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID

Asrama

Pengawasan Asrama

4.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
4.2 Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.
4.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.
4.4 menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.
4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.
4.7 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.
4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.
4.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.

__________________________________________________________________________________

Disiplin

a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
b. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
c. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
d. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
e. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

Bimbingan dan Kaunseling

a. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.
c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

Kesihatan dan Kebajikan Murid

a. Menguruskan kemudahan rawatan murid.
b. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan Kad 001/002, PKS 1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.
c. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
d. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
e. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan dan kebajikan murid.
f. Memastikan langkah-langkah keselamatan semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

Skim Pinjaman Buku Teks

a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.
b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan.
c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

Pentadbiran

3.1 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid
3.2 Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid sidang pagi
3.3 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
3.4 Mengurus pertukaran murid.
3.5 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.
3.6 Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.
3.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

1Murid 1Sukan (1M 1S)

1Murid 1Sukan (1M 1S)

Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?

Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan?


Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan
Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini?

i. Meningkatkan kecergasan jasmani;
ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;
iii. Memupuk perpaduan di antara kaum;
iv. Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
v. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;
vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1M 1S Ini?

Sebelum pelaksanaan Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

i. Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan;
ii. Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah;
iii. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
iv. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
v. Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;
vi. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan;
vii. Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; dan
viii. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini?

i. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
ii. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1S

__________________________________________________________________________________


Dasar 1Murid 1Sukan

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.
Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:

1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:

1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;.
3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.
4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.
5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.
6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.


Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah.
Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.

Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:

1. Kehadiran;
2. Jawatan Serta Sumbangan;
3. Penglibatan; dan
4. Pencapaian.

Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’
Sumber: Kementerian Pelajaran

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Konsep PBS


1. Soalan: Apa itu PBS?

Jawapan: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan
akademik

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-
guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran
Psikometrik.

2. Soalan: Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Jawapan: Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah
yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz,
soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan
kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran
merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu
guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

3. Soalan: Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?

Jawapan: Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara
untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

4. Soalan: Bila PBS mula dilaksanakan?

Jawapan: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan
UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada
2014.

5. Soalan: Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

Jawapan:

• PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek
JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran
sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik
melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif
dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan
assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih
kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan
assessment of learning.

• Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,
Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard
Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran
serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang
murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid
dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

• PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini
akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana
guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-
masing kerana mereka:
– boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
– boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid
– lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
perkembangan murid
– mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

6. Soalan: Apakah standard prestasi?

Jawapan: Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan
tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang
yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda
aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir
bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan
berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

7. Soalan: Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

Jawapan:

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
• Pementoran
• Penyelarasan
• Pemantauan
• Pengesanan

• Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing
guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan
yang ditetapkan.

• Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan
memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan
yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

• Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada
Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.

• Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan
instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

8. Soalan: Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan
pembelajaran anak-anak mereka?

Jawapan: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-
bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat
perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data
base).

9. Soalan: Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

Jawapan: Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh
membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang
perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi
untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

10. Soalan: Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?

Jawapan: PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari
segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana
pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

11. Soalan: Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

Jawapan: Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid
masing-masing kerana mereka:

– boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
– boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid
– lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
perkembangan murid
– mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

12. Soalan: Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?

Jawapan: Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas
pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

__________________________________________________________________________________
1. Apa itu SPPK/SPK?

– SPPK ialah satu system pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran yang
dikendali secara bersama oleh Lembaga Peperiksaan dan pentaksiran yang dikendali oleh sekolah.

2. Apa itu PBS?

-PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

3. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksanakan dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokmentasi.

4. Apakah perbezaan antara SPPK dengan pentaksiran sedia ada?

Pentaksiran sedia ada

SPPK

Pentaksiran sekolah(PS)

Pencapaian murid tidak direkodkan

Pentaksiran sekolah

Pencapaian murid direkodkan

Pentaksiran pusat(PpP)

PLBS untuk matapelajaran Bahasa PEKA untuk matapelajaran

Pentaksiran sekolah

Semua matapelajaran mempunyai komponen pentaksiran

Sains di jalankan dan pencapaian murid direkodkan

Pusat dan pencapaian murid direkodkan

Tiada Pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum (PAJSK)

Tiada pentaksiran ini

Ada PAJSK

Pencapaian murid direkodkan

Pentaksiran Psikometrik (pPSI)

Ada dalam komponen pentaksiran sekarang

pPSI dijalankan pada dua tahap iaitu tahun 3 dan tahun 6

Ada dalam komponen SPPK

Peperiksaan Pusat (PP)

Ada dalam komponen pentaksiran sekarang.Wajaran adalah 100%

Ada dalam komponen SPPK.Tetapi untuk matapelajaran TERAS.Wajaran 60%

40% merangkumi PS,PAJSK dan PP


SPPK bersifat holistic,system ini mentaksir aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek(JERI).PBS member penekanan kepada kesemua aspek JERI.Ia akan mentaksir proses dan produk iaitu mengamal konsep assessment for learning dan assessment of leaning.PBS terdiri daripada empat komponen iaitu Pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.Kesemua komponen ini ditadbir disekolah.

5. Apakah komponen PBS?

-PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.

6. Apakah PBS akan menambah beban tugas guru?

-Pihak LP telah menyediakan dua system aplikasi untuk membantu guru-guru.

7. Kenapa PBS dilaksana? Kenapa sekarang?

-Seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

8. Bila PBS mula dilaksanakan?

-Mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014.

9. Apakah asas pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh?

-Ujian khas kemasukan ke asrama penuh akan diperkenalkan dan akan diuruskan oleh Bahagian-bahagian KPM yang berkenaan.

10. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

-Pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan bersama Jurulatih Utama pentaksiran dengan tujuan memantapkan dan menambahbaik pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor.

Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Pengesanan ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program Pentaksiran Pusat.

Penyelarasan diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada konstruk yang ditaksir berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan tersebut. Sesi penyelarasan akan diatur mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan diwakili oleh semua guru yang terlibat dengan PBS.

11. Apakah peranan Pentaksiran Psikometrik?

Maklumat yang bersifat akademik dan peribadi diperlukan untuk membantu pembelajaran murid.

Pentaksiran Psikometrik melengkapkan keperluan ini dengan mendapatkan data selain daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian ciri peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan murid untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain digunakan untuk mengenal pasti dan mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid dapat dipertingkat dan dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki.

Pentaksiran Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran murid. Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

12. Apakah standard kurikulum?

Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR:

– standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran
– standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat
– standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat melaui tingkah laku

13. Apakah standard prestasi?

– standard prestasi menunjukkan tahap penguasaan dan kualiti kerja murid
– standard prestasi memberi makna kepada band yang dicapai murid

14. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

-Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
-Boleh member maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
-Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
-Mentaksir dan member maklum balas berpandukan standard prestasi

15. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakn PBS?

-Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberikan pendedahan semula tentang pentaksiran berasaskan sekolah.

16. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?

-Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui system aplikasi pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base)

17. Apakah nilai UPSR dan PMR?

-UPSR dan PMR dalam SPPK masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insane yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

18. Adakah guru menggunakan standard dalam kurikulum atau standard prestasi untuk mengajar?

-Guru hendaklah menggunakan standard dalam kurikulum untuk mengajar manakala menggunakan standard prestasi untuk mentaksir.

19. Bagaimana ibu bapa boleh memahami laporan yang disediakan?

-Guru akan menerangkan perkembangan anak mereka berdasarkan evidens dan deskriptor dalam portfolio anak masing-masing. Laporan adalah berbentuk diskriptif.

20. Bagaimana PBS akan dilaksanakan jika kemudahan komputer dan internet tiada di sekolah?

-Sistem akan desediakan dalam bentuk standalone dan data dihantar dalam bentuk text file dalam CD.

21. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

-Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan,kelemahan,kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

22. Apakah nilai PBS kepada murid-murid aliran agama?

-Kerangka standard prestasi merangkumi penguasaan pengetahuan,kemahiran dan pengamalan adab tingkah laku. Jesteru, pentaksiran dilakukan untuk melihat perkembangan semua aspek pembangunan insan yang selama ini tidak ditaksir.

23. Apakah PMR akan digunakan sebagai indikator untuk pemilihan aliran di peringkat menengah atas?

-Lima komponen pentaksiran dalam SPPK dapat memberi kepelbagaian maklumat secara komprehensif bagi membantu murid membuat pemilihan aliran yang lebig tepat.

24. Adakah PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dalam pelaksanaannya?

-PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dengan menyediakan kaedah dan instrument pentaksiran yang sesuai dengan mereka.

25. Apakah peranan PAJSK dalam PBS? -PAJSK membekalkan maklumat sebagai pelengkap kepada kemenjadian murid yang seimbang dan harmonis, pencapaian, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum diambil kira sebagai sebahagia daripada wajaran 40% PBS untuk UPSR.




Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan
murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk
memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.



Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan
minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard
kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap
persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran
ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.



Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.



Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?



KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu
Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan
Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.


KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan
memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).



KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu
Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu.
Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)



Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?



Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping
penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras
Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.



Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?



Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas
memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan
pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras
Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.



Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?



Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru
untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan
pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang
menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants,
choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.



Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?



KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit
dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh
mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut:
http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor
telefon
            03-88842283      .



S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid
melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah
merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti
untuk membantu pelaksanaan P&P.


S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak
diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar
(75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.


KSSR terap 1Malaysia




KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan 

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009 kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melalui pertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.

ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu:

Minyak, Gas dan Tenaga
Minyak Sawit
Perkhidmatan Kewangan
Pelancongan
Perkhidmatan Perniagaan
Elektronik dan Elektrikal
Borong dan Runcit
Pendidikan
Kesihatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pertanian

Greater Kuala Lumpur Dibawah ETP, NKEA tersebut talah dikenalpasti sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan 60 peluang perniagaan (BO) telah dikenalpasti untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara kasar (GNI).
Bidang Ekonomi Utama Nasional

MEMACU MALAYSIA KE ARAH MENJADI NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI

Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) adalah satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang AS$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih daripada AS$15,000 atau RM48,000 pada 2020, dengan itu memacu kemajuan negara ke tahap yang sama dengan negara-negara berpendapatan tinggi yang lain.

Perkembangan PNK sebanyak 6 peratus setahun akan membolehkan kita mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020.

Pelaksanaan ETP yang berjaya akan menyaksikan ekonomi Malaysia berubah dengan ketara mirip negara-negara maju yang lain. Kami akan meneruskan anjakan ke arah ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan menyaksikan sektor perkhidmatan berkembang dari 58 peratus ke 65 peratus pada tempoh yang sama.

Lebih 3.3 juta pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara akan diwujudkan menjelang 2020.. Ciri-ciri pekerjaan baru ini akan menyebabkan anjakan ke arah julat pendapatan sederhana dan tinggi.

Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia.

Akhirnya, pertumbuhan akan dicapai dengan cara mampan dan tanpa kos kepada generasi akan datang melalui inisiatif-inisiatif seperti pembinaan kapasiti penjanaan tenaga alternatif dan pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan.

ETP Berbeza dari Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi

Satu pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau oleh mana-mana negara maju yang lain.

Program ini menyediakan fokus mantap pada beberapa enjin pembangunan utama: 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas atau NKEA). NKEA ini dijangka akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi negara, dan ia akan menerima keutamaan dalam pelaburan awam dan sokongan polisi.

Sektor swasta akan menerajui ETP; manakala Kerajaan akan memainkan peranan utama sebagai fasilitator. Sebahagian besar daripada pembiayaan akan datang dari sektor swasta (92 peratus) dan pelaburan sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin untuk memulakan penyertaan sektor swasta.

Keberkesanan sebarang program transformasi bergantung kepada butir-butir khususnya. ETP berbeza dari program-program lain kerana ia menumpu pada tindakan – bukan pada prinsip teori dan idea. Kami telah mengenal pasti 131 projek permulaan (entry point projects atau EPP) yang menggariskan tindakan yang perlu diambil untuk mengembangkan ekonomi.

EPP dan peluang-peluang perniagaan lain yang dikenal pasti di bawah setiap NKEA diasaskan pada jumlah sumbangan mereka kepada PNK; dan dipilih berdasarkan pada analisis ekonomi dan kewangan yang teliti. Sebarang perbelanjaan awam akan diperuntukkan pada dasar memaksimumkan PNK daripada setiap ringgit perbelanjaan.

Akhirnya, ETP dirumuskan supaya telus dan rapi, di mana sebuah Unit ETP baru di bawah PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri) telah ditugaskan untuk mengawasi dan melaporkan kemajuan ETP kepada pemimpin Kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat.

Diwujudkan bersama oleh Sektor-sektor Swasta dan Awan

Semenjak permulaannya, sektor swasta dan komuniti perniagaan telah terlibat dalam pembentukan ETP.

Pada Mei 2010, Bengkel Seribu Orang telah dijalankan untuk membantu mengenal pasti 12 NKEA. Sektor awam terus memainkan peranan yang besar apabila makmal-makmal NKEA bermula pada Jun 2010.

Lima ratus minda terbaik dari sektor swasta (350 orang dari 200 syarikat berlainan) dan Kerajaan (150 orang dari 60 institusi awam berlainan, kementerian dan agensi) telah berkumpul untuk membangunkan pelan bagi 12 NKEA tersebut.

Idea-idea dan rancangan-rancangan yang dikenalpasti dan dibangunkan di makmal telah disindiketkan dengan meluas sepanjang tempoh lapan minggu makmal tersebut. Lebih 600 mesyuarat pensindiketan telah diadakan dengan kementerian-kementerian, agensi-agensi, syarikat-syarikat multinasional, syarikat-syarikat tempatan dan badan-badan bukan kerajaan.

Pemegang berkepentingan utama seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri dan para pemimpin perniagaan telah menyertai makmal pada peringkat awal dan memberi maklum balas kepada peserta.

Berikutan dari makmal-makmal tersebut, Hari Terbuka telah diadakan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak di mana pelawat (komuniti perniagaan, syarikat multinasional, rakyat dan media) telah melawat gerai-gerai NKEA dan memberi input yang lanjut.

Hasil daripada proses ini adalah satu hala tuju yang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dalam masa sepuluh tahun akan datang.

Dalam melancarkan ETP, kami mengesahkan bahawa EPP yang tersenarai dalam hala tuju ini hanyalah satu permulaan, dan melalui pelaksanaannya, kami akan mempelajari dan menyesuaikan program tersebut bagi memastikan pencapaian aspirasi kami.

Tinjauan umum NKEA

Dua belas NKEA tersebut adalah teras kepada ETP.

NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk menyumbang secara langsung dan material kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dua belas NKEA yang terpilih ialah Minyak, Gas dan Tenaga; Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan; Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Elektronik dan Elektrikal; Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan; Penjagaan Kesihatan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian; dan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

Apakah Maknanya untuk menjadi NKEA?

Malaysia akan menumpukan usaha-usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA akan menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk pembiayaan, pembekalan bakat dan tenaga kerja terbaik dan medapat perhatian khusus Perdana Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula polisi seperti penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi pasaran akan disasarkan pada NKEA.

Program-program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan keseimbangan keseluruhan yang nyata kepada ekonomi. Misalnya, mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA membawa kepada pengurangan pelaburan dalam sektor-sektor lain.

Pelantikan sektor-sektor sebagai sektor-sektor NKEA perlu mempunyai implikasi sebenar pada sumber-sumber utama sekiranya mereka akan menerajui suatu perubahan yang bermakna.

Falsafah yang sama bagi keutamaan juga akan digunapakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor-sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha-usaha penyusunan semula polisi tertentu sektor-sektor tersebut dan dan perubahan regulatori.

NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan akan mempunyai mekanisme laluan pantas untuk menyelesaikan pertelingkahan atau sebarang penyempitan.

Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan bagi pertumbuhan sektor bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan menumpukan usahanya pada NKEA berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara yang bakal dijana oleh sektor-sektor inidalam memacupembangunan ekonomi negara.

Dua Belas Bidang Ekonomi Utama Nasional adalah:
Minyak, Gas, dan Tenaga
Minyak Sawit
Perkhidmatan Kewangan
Pelancongan
Perkhidmatan Perniagaan
Elektronik dan Elektrikal
Pemborongan dan Peruncitan
Pendidikan
Penjagaan Kesihatan
Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi
Pertanian
Greater Kuala Lumpur / Klang Valley

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu.

Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014.

Sehubungan dengan itu, satu soal selidik akan diadakan bagi mengumpul pandangan dan cadangan masyarakat dari pelbagai lapisan terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan reka bentuk dan kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah. Maklumat ini penting kepada proses penambahbaikan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam usaha transformasi kurikulum.

a) Matlamat Kajian

Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah untuk mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang terkandung dalam kurikulum Sejarah Sekolah Menengah di samping cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum mata pelajaran Sejarah.

b) Objektif

• Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum Sejarah Sekolah Menengah
• Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah

Transformasi Pendidikan Vokasional

Transformasi Pendidikan Vokasional

Pengenalan ;

1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga).

2. Apakah pula makna aliran vokasional?

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran ini ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.

3. Maksud aliran kemahiran?

Manakala aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendah tetapi berminat kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran ini apabila tamat kursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau bekerja sendiri. Kandungan kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Transformasi Pendidikan Vokasional

APABILA transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM.

Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.

Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu.

Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara.

Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan satu.

Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat.

Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri.

Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini.

Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju.

Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%.

Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan kemudahan pendidikan tersebut.

Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.

Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan adalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa kemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan bulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan.

Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh meningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.

Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan.

Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini.

Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.

Program Asas Vokasional (PAV)

Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program Asas Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan dilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai pendidikan arus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional.

“Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat.

Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke kolej vokasional sedia ada.

Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik.

“Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk melihat minat mereka…bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PAV ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap Diploma atau SKM Tahap IV.

Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan ia adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa.

“Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan hanya 30 peratus akademik,” katanya.

Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun di kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang-kurang perlukan tiga tahun termasuk ‘job training’ yang penting bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi.

 Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran menutup ‘Perak Expo for Young Scientis’ bertemakan ‘Innovation of Science and Technology for Environmental Sustainability’ yang berlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, K-Perak Implementation and Coordination Corporation (KPerak), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah mengurus serta mengekalkankesejahteraan alam.

Isu Terkini ; ( UTUSAN 30 Disember 2011)










Transformasi Pendidikan Vokasional lahir tenaga Mahir

PENDIDIKAN teknikal dan vokasional sememangnya memerlukan satu anjakan baru yang bukan sahaja membolehkan pelajar memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun, malah dijangka mengubah lanskap pendidikan negara untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional serta mengubah komposisi modal insan daripada berorientasikan lepasan akademik kepada lepasan aliran vokasional sejajar amalan di negara maju.
Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menstruktur semula sistem pendidikan ini menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang akan dikuatkuasakan pada 2013 kena pada masanya bagi mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai aliran pendidikan yang akan menjadi pilihan pelajar.

Apabila transformasi ini dilaksanakan, maka aliran vokasional tidak lagi dianggap sebagai pendi¬dikan kelas kedua. Apa yang pasti, rancangan penstrukturan semula sistem pendi¬dikan vokasional ini, sudah tentu ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak yang ingin melihat bidang ini menjadi teras utama dalam sistem pendidikan negara.

Untuk itu, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional harus diubah. Jika selama ini, ramai menganggap pelajar vokasional tergolong dalam kalangan yang lemah atau dikategorikan dalam kelas kedua maka transformasi besar-besaran ini diharap mengubah stigma masyarakat umum bahawa tanggapan sedemikian tidak lagi berasas.

Jika halangan persepsi sebegini dapat di atasi, tidak mustahil pendidikan vokasional menjadi rebutan pelajar sebagaimana yang berjaya dilaksanakan di negara Eropah.

Kemajuan pesat dalam sektor industri negara yang rancak berjalan sekarang sudah pasti akan mengalami gangguan sekiranya tenaga mahir secukupnya tidak dapat disediakan. Malah, harapan seterusnya dapat memberi ruang dan peluang lebih besar kepada pelajar untuk memiliki keupayaan dan tahap kemahiran luar biasa bagi memenuhi permintaan pasaran.

Secara langsung juga, langkah kerajaan mengarusperdanakan pendidikan vokasional turut terkandung dalam Bab 5, Rancangan Malaysia ke-10.

Pendidikan dan latihan vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup penting dalam menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi seterusnya menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara. Untuk itu, kualiti kuriku¬lumnya perlu dipertingkat dan dise¬suaikan dengan keperluan industri.

Justeru dalam konteks ini, TPV yang diperkenalkan itu akan membabitkan dua aspek penting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV) sebagai laluan dalam usaha mencapai matlamat berkenaan. Malah, la akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011 hingga 2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa lonjakan dari 2011 hingga 2013, fasa Peningkatan (2014 hingga 2016) clan fasa  pemerkasaan (2017 hingga 2020).

Sehubungan itu, bagi meman¬tap dan melestarikan penerimaan keseluruhan sistem serta kurikulum di bawah TPV, maka mulai sesi persekolahan 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  melaksanakan projek rintis PAV di 15 sekolah harian atau sekolah menengah kebangsaan (SMK), di samping menaik taraf 15 sekolah menengah vokasional menjadi KV, masing-masing di setiap negeri.

PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional yang ketika ini diajar di sekolah harian clan akan ditawarkan kepada pelajar menengah rendah seawal tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, khusus kepada lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cenderung kepada pendidikan bercorak amali. Dalam aspek ini, sistem PAV akan dilaksanakan selama tiga tahun di SMK terpilih itu berdasarkan beberapa tahap sejajar proses transformasi pengajian teknik clan vokasional,

Lepasan PAV dibenarkan menyambung pelajaran di KV atau ke institusi kemahiran awam dan swasta. la akan dilaksanakan sepanjang tempoh empat tahun sehingga peringkat diploma mengguna pakai sistem semester dengan kurikulumnya berasaskan kepada kemahiran tertentu.

Kurikulum KV mempunyai dua komponen membabitkan 70 peratus kemahiran clan 30 peratus akademik bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan.

Malah, kurikulum ini akan merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk persijilan yang diiktiraf pihak industri dan pada akhir tahun keempat, pelajar sudah memperolehi Diploma  Kolej Vokasional, iaitu selari dengan kepatuhan SKM Tahap 4.

Dalam merancakkan pendidikan vokasional, pembabitan sektor swas¬ta (industri) turut dipelawa bersama -sama menjayakan transformasi ini. Tanggungjawab yang boleh dimain¬kan oleh sektor ini ialah menyedia¬kan tenaga pakar industri sebagai tenaga pengajar jemputan di kolej vokasional.

Menerusi kaedah ini, pendedahan dan maklumat langsung berkaitan industri semasa dapat disalurkan kepada pelajar. Malah, sektor swasta digalak untuk membangunkan institusi vokasional berdasarkan kurikulum yang dipersetujui bagi menam¬pung kemasukan pelajar berpotensi tajaan Kementerian.

Hakikat betapa penting pelan ini perlu dilaksanakan juga merujuk kepada keperluan negara yang memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi menampung kehendak industri tempatan.

Tidak terkecuali, transformasi sedemikian perlu diketengahkan berikutan penyertaan pelajar peringkat menengah dalam bidang vokasional masih rendah.

Ketika ini, enrolmen pelajar Malaysia dalam bidang ini hanya mencapai lima peratus. la jauh ketinggalan berbanding negara maju yang rata-rata mencatat paras lebih 50 peratus.

Malah negara serantau seperti Indonesia dan Thailand mengatasi jumlah peratusan berbanding Malaysia dengan jumlah pelajar yang mengambil aliran ini menjangkau 40 hingga 60 peratus. Pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu daripada kekuatan utama dalam sistem, pendidikan di German, Hampir 60 hingga 70 peratus daripada pelajarnya iaitu melebihi 1.6 juta orang memasuki sekolah vokasional. la merangkumi kira-kira 340 jenis pekerjaan dan sangat popular di kalangan lepasan sekolah di negara itu.

Pendekatan ini berjaya mengu¬rangkan kadar pengangguran siswazah dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian kepada tiga peratus sahaja. Sementara di Austria, 78 peratus pelajarnya memasuki bidang vokasional dan hampir 60 peratus mereka yang bekerja mendapat pendedahan dalam bidang itu. Berdasarkan pelbagai usaha bersungguh-sungguh yang dilaksanakan kerajaan bagi memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, diharap mampu meningkatkan peratusan pelajar aliran berkenaan kepada 20 peratus menjelang 2015.

Apa yang jelas, pelan transformasi vokasional ini bukan sekadar memberi satu alternatif dalam sistem pendidikan negara, tetapi antara pendekatan bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengisi perancangan dan keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Download penuh Konsep Kolej Vokasional