Mohd Fadzil

Month: January 2012

SENARAI SEMAK TEMUDUGA SPP

SENARAI SEMAK TEMUDUGA SPP



A : DOKUMEN WAJIB


Download daripada Laman Web SPP ( Tarikh MuatTurun 20 Januari 2012 )

BIL
DOKUMEN
ASAL
SALINAN
1
Kad Pengenalan


2

Sijil
Lahir/ Sijil pendaftaran Kelahiran
(Bagi calon yang lahir di luar
Negara, sila kemukakan  borang W /
Surat Pengesahan Kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara)



3

Kepujian
Bahasa Malaysia
yang diperolehi (mana yang berkenaan)
SPM/MCE/SPVM/SPMV;
SAP/GCE (Kepujian Bahasa Melayu);
atau
STPM/STP/HSC



4
Ijazah
Calon hendaklah membawa ijazah
yang mempunyai tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti
atau
salah satu daripadanya.


5

Transkrip Asal dan Surat Pengesahan
Bergraduat.
(bagi calon yang belum
konvokesyen dalam tempoh satu tahun dari tarikh tamat pengajian)



6
*CALON
SEDANG BERKHIDMAT



Surat
kebenaran cuti belajar











* Gambar terkini berukuran pasport


Salinan perlu DISAHKAN oleh Saksi terlebih dahulu.


SENARAI SAKSI HENDAKLAH terdiri daripada PEGAWAI- PEGAWAI KERAJAAN (pegawai-pegawai dari Badan SWASTA tidak dibenarkan) yang boleh mengesahkan butir-butir keterangan diri pelajar dan penjamin-penjamin berkenaan.
Mereka terdiri daripada :-

  • Penghulu Mukim       –    yang dilantik oleh KERAJAAN   sahaja
  • Wakil Rakyat            –    Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Parlimen /Senator.
  • Pegawai-pegawai     –    Pegawai-pegawai   kerajaan yang menjawat
  • Jawatan dari Kumpulan Pengurusan dan   Profesional
    (Kumpulan ‘A’ seperti contoh berikut ) 
  1. Pegawai Tadbir I Penolong Pengarah

  2. Jurutera
  3. Akauntan
  4. Hakim I Peguam
  5. Doktor Hospital Kerajaan
  6. Pengetua Sekolah Menengah
  7. Pensyarah Universiti Tempatan
  8. Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas
  9. Lain-lain jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh KERAJAAN.
* Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? Semua salinan fotostat hendaklah
difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan
itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan
fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti DI ATAS. Salinan fotostat
yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut
susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Kemudian “staple” di bahagian atas
sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak,
guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang.
Jangan guna “paper clip” sebab dokumen mudah tertanggal dan
bertaburan di lantai.

B : DOKUMEN Kemungkinan di minta ( Bergantung pada Penemuduga )

(1) Surat Tawaran Kemasukan IPTA
(2) Buku Rekod Praktikum
(3) Surat Pengiktirafan Kursus JPA

http://pengiktirafan.jpa.gov.my/.

C : DOKUMEN BACKUP

1. Dokumen ASAL


Sijil
Kewarganegaraan (jika berkaitan)



Transkrip
sarjana muda asal.
Diploma
asal (jika ada)
Transkrip
diploma asal (jika ada)
Sijil STPM
asal (jika ada)
Sijil SPM asal

Sijil
Berhenti Sekolah
Sijil/Surat
Keterangan Koko (mulai Universiti hingga ke Sekolah )

Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak
payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)

Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama
akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun
boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa
menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah
terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat
– sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon  yang ada aktiviti
semasa di U. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil
sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih
tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah
antara watak guru yang dicari.

Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam “CLEAR
FOLDER” dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah
tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat
temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun. Kebanyakan penemuduga agak
sensitif tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas,
sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen ini perlu
diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. Mesti ingat selalu
bahawa “First Impression Counts”.

Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke
dalam beg anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini.

Tapi seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam tong
sampah .. Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah calon nak tunjuk
yang itu.. yang ini. Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun
depan. Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder
dokumen asalnya. Folder itu merupakan “portfolio” calon. Kalau nak
jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana
nak simpan beratus … beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri
yang penting.

Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa
ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil
tertinggal di KL, baru sampai semalam … sijil dihanyutkan banjir tahun 1991
dulu… sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . . dsb.

Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang
baru. Sijil Lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. Jangan bawa sijil
lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang
pastikan ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti surat asal. Kad
pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan
semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru.
Haa… barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan
guru.

D : BORANG MAKLUMAT DIRI CALON

Download daripada Laman Web SPP ( Tarikh MuatTurun 20 Januari 2012 )

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang
yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon.

Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah jadi
kepada ramai calon-calon yang datang temuduga. Maklumat yang sebanyak ini pun
tak sanggup dilengkapkan dengan sempurna. Di bawah ini saya senaraikan penemuan
saya ;

1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan”liquid paper”

2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh… baru
nak cakap terlupa konon dan sebagainya… . Kalau penemuduga pun buat ohhh..
terlupa nak bagi markah macam mana ?

3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport
tetapi saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka
sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada
calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan
tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. Ketiga.. kalau
calon lelaki, gambar tu biarlah mencerminkan seorang calon yang berwajah guru.
Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat
kedai gambar tu.. ada banyak blazer untuk bergaya. Namun,,, ramai yang tampal
gambar mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan
rocklah. Kalau gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. jangan minta jadi
cikgu.

4. Tandatangan

Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar
belum ditandatangan.

5. Kesimpulan

Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri
temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? Saya berharap,
calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua
calon lain dari segi “kualiti diri calon” berasaskan kepada
persediaan dokumen dan borang-borang.

E : TARIKH & TEMPAT TEMUDUGA

1. Sentiasa Kemaskini Status 


Contoh tahun 2012 ;

Temu Duga Pelantikan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 di kalangan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan dilaksanakan mengikut opsyen secara berperingkat mulai 30 Januari 2012 sehingga 16 Mac 2012. Senarai nama akan dipaparkan di Portal SPP secara berperingkat. Senarai semak dokumen temu duga juga boleh disemak di ;



F : SENARAI SEMAK KELENGKAPAN DIRI SEMASA TEMUDUGA

(1) PAKAIAN YG BERSESUIAN
(2) TAG NAMA ( HITAM PUTIH)
(3) SET INDUKSI & SEDIKIT PERSEDIAAN MIKROTEACHING KURSUS
(4) PESEDIAAN MAKLUMAT UNTUK TEMUDUGA.
RUJUK : NOTA TEMUDUGA GURU SPP BAB 1 HINGGA 10

G : PERATURAN & SARANAN  OLEH SPP SEMASA TEMUDUGA

PANDUAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMU DUGA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN, KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA

1.     Kompleks Jabatan Perdana Menteri telah diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
2.     Calon temu duga tidak digalakkan membawa bersama ahli keluarga untuk urusan temu duga. Hanya calon temu duga sahaja dibenarkan masuk ke Kompleks  Jabatan  Perdana  Menteri  bagi  urusan  temu  duga.  Walau bagaimanapun, sekiranya tiada pilihan, keluarga akan dibenarkan masuk untuk menunggu hanya di kawasan kafeteria di Blok B1 dan B2 selepas jam 8.30 pagi.
3.     Calon temu duga hanya dibenarkan untuk memasuki ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri,  30 minit sebelum waktu temu duga dijalankan. Calon yang tiba lebih awal tidak akan dibenarkan masuk sebelum tiba waktu yang telah ditetapkan. Waktu temu duga boleh disemak pada surat panggilan temu duga.
4.     Calon temu duga perlu mendapatkan Pas Keselamatan Pelawat di Balai Kawalan Keselamatan, Kompleks Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan kemasukan  ke  kompleks.  Calon  perlu  sentiasa  mempamerkan  Pas Keselamatan Pelawat semasa berada di dalam kawasan kompleks.
5.     Calon  perlu membawa bersama  dokumen pengenalan  diri  selain kad pengenalan  bagi  tujuan  penukaran  Pas  Keselamatan  Pelawat.  Kad pengenalan calon diperlukan bagi urusan semasa temu duga. Dokumen pengenalan  lain   yang  boleh  diterima  untuk   tujuan  penukaran  Pas Keselamatan  Pelawat  adalah  seperti  lesen  memandu  yang  mempunyai gambar, kad pengenalan jabatan, kad nikah dan pasport.
6.     Calon  dikehendaki  memakai  pakaian  yang  bersesuaian  mengikut  etika berpakaian  bagi  menghadiri  temu  duga.  Calon  yang  memakai  pakaian yang kurang sopan tidak akan dibenarkan untuk memasuki Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
7.    Calon temu duga perlu berada di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri atau di lokasi lain yang dinyatakan  sebagai  lokasi  temu  duga  bagi  urusan  tersebut.  Selain  itu, calon hanya dibenarkan untuk ke kafeteria yang terletak di Blok B1 atau B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
8.     Calon  perlu  sentiasa  mematuhi  peraturan  keselamatan  yang  sedang berkuatkuasa di dalam kawasan kompleks, calon dipohon untuk membaca peraturan  yang  dipamerkan  di  pintu  masuk  Kompleks  Jabatan  Perdana Menteri.  Mana-mana  pegawai/anggota  keselamatan  berhak  membuat pemeriksaan  keselamatan  ke  atas  calon-calon  dan  sekiranya  calon didapati   melanggar   mana-mana   peraturan   keselamatan   yang   telah
ditetapkan, calon boleh diarah untuk meninggalkan kawasan kompleks.
9.     Calon  temuduga  perlu   mengembalikan  Pas  Keselamatan  Pelawat, mengambil  dan  menyemak  kembali  dokumen  pengenalan  diri  yang diserahkanya  sewaktu  penukaran  Pas  Keselamatan  Pelawat  sebelum meninggalkan Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
10.     Kegagalan  menyerah  atau  menghilangkan  Pas  Keselamatan  Pelawat,
Seksyen Keselamatan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri  boleh  mengenakan  denda  kepada  calon  sebanyak  RM60.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Sahaja).


Download dari SPP : http://www.spp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=219:panduan-temu-duga&catid=25

H : MUHASABAH DIRI

(1) Sertai Group Perbincangan Temuduga
Cth Group : Interview Discussion | ISMP

(2) Belajar daripada kesilapan calon-calon terdahulu
RUJUK : Kelemahan Calon Temuduga  SPP  (Pekeliling)

Semoga berjaya semua ^^

ISU HUKUM HUDUD ; SATU PANDANGAN PERIBADI

ISU HUKUM HUDUD ; SATU PANDANGAN PERIBADI

Tulisan ini adalah rangkuman cebisan-cebisan analisa penulis yang sempat difikirkan. Cetusan untuk memberi pandangan adalah apabila terdapat seorang sahabat di dalam sebuah  group di Facebook memperbincangkan persoalan isu semasa bakal-bakal guru yang akan di Temu Duga oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Polemiknya mereka ingin menjawab mengikut keihklasan hati ataupun perlu bias kepada dasar kerajaan mengenai Isu Hukum Hudud.Soalannya berbunyi begini ;

“kalo soalan kpd bkl guru pnddkn Islam berkenaan isu hukum hudud di Malaysia patut dilaksana atau tidak..”

Bagi penulis merungkai persoalan ini adalah berdasarkan pemahaman dan mengambil jalan sederhana sebagai bakal pendidik dan bukannya kenyataan taksub atau agresif tanpa mengimbangkan kepelbagaian pendapat. Ibarat `menarik rambut dari dalam tepung’, rambut seharusnya tidak putus
dan tepung tidak berselerak.

Pengenalan ;

(1) Definisi yang dapat dipetik mengenai hudud ialah ;
Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui
al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang
dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan
kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah
Hudud.

(2) Tiada seorang yang beriman pun yang akan berani membantah nas-nas qat’i (definitive texts)
sama daripada al-Quran ataupun as-Sunnah. Mempersendakan teks al-Quran
ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan
ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’
adalah melampaui batasan agama. Bahkan, jika pengucap sedar dan
bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari
Islam. Nas-nas yang qat’i (definitive texts) itu,
sekalipun diyakini tanpa syak daripada Allah, namun para sarjana Islam
sering berbeza pendapat dalam menafsirkan maksudnya, atau berbeza
pendapat dalam memperincikannya. Ini disebut sebagai dalil yang zanni (speculative meaning).

(3) Umpamanya, dalam hukuman memotong tangan pencuri, tiada siapa yang
syak tentang kewajiban melaksanakan nas ini. Namun, para sarjana berbeza
pendapat dalam menentukan syarat yang melayakkan seseorang dijatuhkan
hukuman tersebut. Demikian juga dibincang suasana yang membolehkan
hukuman itu dilaksanakan. Ini kerana terdapat nas-nas yang lain yang
boleh menafsirkan hukuman ini. Membahaskan, ataupun meletakkan
syarat-syarat yang layak sebelum perlaksanaan sesuatu hukum hudud itu,
bukanlah bererti menolak hukum itu, sebaliknya memastikan perlaksanaan
itu memenuhi maksud sebenar dari titah perintah Allah dan rasulNya yang
disebut sebagai Maqasid al-Syariah (The Higher Objectives of Islamic Law).

(4) Suasana kondusif ialah suasana di mana apabila hukuman hudud itu
dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan. Tertegak
keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak
kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa
kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam
itu sendiri.

Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani).

Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:

“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Dalam riwayat Abu Daud: “Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran” (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani).

Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w mengarahkan agar hukuman
tidak dilaksanakan dalam keadaan peperangan ataupun musafir kerana
bimbang kesan yang negatif terhadap perlaksanaan itu disebabkan suasana
yang tidak kondusif. Dengan melihat kepada nas yang seperti ini, maka
persoalan persekitaran ketika hukuman hudud dilaksanakan perlu diambil
kira.
Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a
menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan,
meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada
yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut.

Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan
berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan
membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan
hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan
kelaparan. Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total.
Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengambil kira persoalan realiti
tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum. Maka perjuangan mengujudkan
suasana yang kondusif itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah
wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam,
kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah
yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud
tertonjollah kesan dan keindahannya.

Demikian juga dalam hadis Anas bin Malik, dia berkata:

“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Satu lagi contoh, kes zina dalam zaman Khalifah Umar Al Khattab. Khalifah Umar dan pembantunya meronda pada waktu malam. Satu malam, dia dapat berita tentang seorang lelaki yang suka berzina. Khalifah pergi ke rumah lelaki tersebut untuk mengintip. Memang betul lelaki itu sedang berzina pada waktu itu. Khalifah Umar menyuruh pembantunya mencampakkan (aku tak sure whether this is the correct action, tapi dia nak pecah masuk ke rumah lelaki tu) beliau ke dalam rumah lelaki itu. Memang waktu tu Khalifah dapat tangkap lelaki itu dalam keadaan Hasyafah(keadaan ni mesti dilihat oleh saksi kalau kita nak sabitkan seseorang mengikut hukum hudud). Lelaki itu mengaku kesalahannya berzina, tetapi, katanya Umar juga bersalah kerana mengintai sedangkan Allah melarang kita mengintai.

Al-Hakim meriwayatkan dari Abdul Rahman bin `Auf bahawa pada suatu malam dia berjaga bersama `Umar bin al-Khattab di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan mereka tertarik dengan cahaya pelita di sebuah rumah. Justeru mereka berdua bergegas menuju ke sana, sehingga ketika sudah dekat dengan rumah tersebut, didapati pintu tertutup, di dalamnya kaum lelaki yang bercakap dengan suara yang tinggi. `Umar berkata sambil memegang tangan Abdul Rahman, “Tahukah kamu ini rumah siapa?” Abdur Rahman menjawab, “Tidak”. Umar menjawab: “Ini rumah Rabi’ah bin Umayah bin Khalaf. Mereka kini sedang minum arak, bagaimana pendapat mu?” Abdur Rahman menjawab; “Saya berpendapat bahawa kita telah mendatangi sesuatu yang dilarang oleh Allah `Azza Wajjalla. Allah berfirman: “Jangan kamu mengintai. Tetapi kita telah mencari-cari.” Justeru Umar pun beredar dan meninggalkan mereka.


(5) Syariat Islam terbahagi kepada 5 cabang – Ibadat, Aqidah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hudud
diletakkan di bawah Jinayat. Di bawah cabang Jinayat, ada lagi dua
cabang selain Hudud iaitu Qisas dan juga Ta’zir. Hukum Hudud, macam yang
kita tahu, adalah hukuman yang telah termaktub dalam Al-Quran. Itu
ketentuan Allah. Tiada siapa yang boleh ubah bentuk hukuman yang
ditetapkan. Hukum Ta’zir adalah hukuman yang ditetapkan mengikut budi
bicara pemimpin serta hukuman untuk kesalahan yang tidak dapat dihukum
mengikut hukum hudud. Akta Buruh, Akta Cetak Rompak dan Akta Hutan
Simpan adalah contoh undang-undang di bawah hukum Ta’zir. Ada sesetengah
ulama meletakkan Qisas (hukum balas) di bawah hukum Hudud, ada
sesetengah yang mengasingkannya. Setakat masa sekarang ni, Malaysia banyak melaksanakan hukum Ta’zir.


Hudud di Dunia ;





Legal systems of the world
  Bijuridical (civil and common law, also known as mixed jurisdiction)
  Shariah


Negara Pengamal Undang-Undang Berdasarkan Agama ;
Country Description
Afghanistan Afghanistan Islamic law & American British Law after invasion
Bangladesh Bangladesh Formerly based on English common law
The Gambia The Gambia English common law, Islamic law and customary law
Ghana Ghana Based on English common law
Iran Iran Shia Islamic law
Libya Libya mix of Islamic law and the Green Book of Ghaddafi
Mauritania Mauritania mix of Islamic law and French Civil Codes, Islamic law largely applicable to family law.
Morocco Morocco mix of Islamic law and French Civil Codes, Islamic law largely applicable to family law.
Nigeria Nigeria Sharia in the northern states, common law in the south and at the federal level.
Oman Oman Sharia and tribal custom laws
Saudi Arabia Saudi Arabia Islamic law
Sudan Sudan Based on Islamic law
Vatican City Vatican City Based on principles of Code of Canon Law
Yemen Yemen Islamic law

Campuran Undang-Undang “Common” dan Agama ;

Country Description
Bangladesh Bangladesh
Brunei Brunei
The Gambia Gambia
Malaysia Malaysia based on English common law, personal law based on sharia law applies to Muslims
Nigeria Nigeria Sharia is applied in some northern states
Pakistan Pakistan based on English Common Law, some Islamic law applications in inheritance. Tribal Law in FATA

Kenapa Hudud Di Malaysia Masih Tidak Di Laksanakan?

(1) Kerajaan belum bersedia melaksanakan Hukum Hudud berdasarkan  persoalan realiti
tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum. Rujuk kenyataan ahli politik  pada perenggan di bawah kemudian.


(2) Kedudukan masyarakat majmuk di Malaysia amat berbeza dengan zaman
Rasulullah s.a.w. Pada zaman Rasulullah s.a.w, sungguhpun masyarakatnya
majmuk tetapi ia lebih kepada majmuk kekabilahan, bangsa, budaya dan
adat resam.

(3) Manakala dari segi agama hampir sebahagian besarnya beragama wahyu sama
ada Islam, Kristian atau Yahudi yang hukum dalam Injil dan Taurat mereka
hampir sama malah kadang-kadang jauh lebih berat dari Islam. Dalam
kedudukan inilah Islam memberi pilihan sama ada untuk mengikut hukum
hudud Islam atau hukuman agama mereka. Ini jauh berbeza dengan Malaysia. Di mana masyarakat majmuk agamanya tidak bersandarkan agama wahyu.

(4) Oleh kerana majmuknya bukan agama wahyu, terdapat pembangkang membuat ketetapan kepada bukan Islam memilih undang-undang sivil atau hudud. Dengan kata lain,  memberi peluang kepada bukan Islam memilih
undang-undang yang lebih ringan dari Islam. Ini berbeza dengan zaman
Rasulullah di mana undang-undang Islam lebih ringan atau setara dengan
agama wahyu yang lain.


(5) Sungguhpun diriwayatkan ada agama majusi dan penyembah berhala tetapi
sebesar mana golongan ini, adakah mereka masih wujud ketika hukuman
hudud mula dilaksanakan dan apa hukuman yang setara untuk mereka tidak
disebut atau terdapat fakta yang jelas.


(6) Kerajaan melalui cerdik pandai Islam yang ada dalam kerajaan bukan
sahaja mengambil kira kedudukan hudud kepada orang Islam tetapi juga
bukan Islam. Ijtihad yang ada hari ini terutamanya yang dipegang oleh sebuah parti pembankang adalah
bukan Islam di Malaysia boleh dikecualikan dari Hudud. Ini berdasarkan
pandangan bahawa dalam al-Quran hanya membicarakan tentang orang Islam
dan ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani) sahaja.

(7) Dalam keadaan 45% (hampir separuh) daripada penduduk Malaysia ini
merupakan bukan Islam, undang-undang yang tidak seragam boleh memberi
pelbagai implikasi besar kepada pentadbiran, undang-undang dan
kestabilan masyarakat pada masa depan jika tidak ditangani secara
teliti. Apatah lagi bila bukan Islam yang bukan Yahudi dan nasrani (majoriti
bukan Islam di Malaysia) tidak tertakluk kepada hudud ini. Ini perlu
diambil kira secara serius oleh kerajaan dan parti yang bertanggungjawab
seperti kerajaan.

Ini juga yang menjadi masalah kepada kerajaan Islam Malaysia. Tidak ada
satu contoh terdahulu untuk diikuti dalam konsep masyarakat majmuk hari
ini yang hampir 50% rakyatnya didakwa oleh Pas tidak tertakluk dengan
Hudud.

(8) Dalam zaman Rasulullah hukuman yang dikenakan ke atas Islam dan bukan
Islam (yang diklasifikasikan sebagai ahli kitab) adalah serupa tetapi
apakah hukuman ke atas golongan bukan ahli Kitab seperti Majusi? Ini
tidak diperdebatkan secara jelas.

Hudud Dari Segi Kaca Mata Ahli Politik Islam Malaysia ;

(1) Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti. Menurutnya, keseimbangan masyarakat yang terdapat di negara ini tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuat kuasakan. “Tambahan pula, matlamat pengurusan menurut Islam adalah berdasarkan
prinsip maqasid syariah yang melindungi agama, kehidupan, moral, harta
dan hubungan sesama manusia,” Perdana Menteri berkata, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, prinsip dan objektif syariah maqasid boleh diperjuangkan. Ditanya sama ada undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di
Malaysia, Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam
sistem sedia ada namun ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’.
“Ini tidak bermakna tiada langsung undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia,” katanya

(2) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hukum
hudud wujud dalam syariah tetapi kerajaan berpendapat pelaksanaannya
tidak sesuai dengan situasi dan komposisi masyarakat di Malaysia. Tegas beliau, isunya ialah bukan mengenai hudud tetapi persoalannya ialah pelaksanaan hukum itu. Justeru katanya, antara langkah yang diambil ialah memberi penjelasan
dan pemahaman kepada rakyat supaya mereka faham maksud hudud sama ada
ia sesuai dilakukan dalam persekitaran di Malaysia. “Dalam konteks masyarakat berbilang kaum, kita kena jelaskan supaya
orang ramai faham, saya percaya sekarang ini belum sampai masanya (untuk
dilaksanakan).”Bukan soal hudud diterima atau tidak kerana dalam Islam memang ada
hukum hudud, sebagai orang Islam saya tak tolak termasuk juga
pembangkang… itu kenyataannya kerana ia terkandung dalam hukum syarak
tetapi soal pelaksanaan itulah pokok perbahasannya,” jelas beliau.

(3) Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pelaksanaan
hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan masyarakat bukan Islam
seharusnya tidak perlu risau. Pas masih berharap untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika
pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13).“Pelaksanaan hukum hudud adalah untuk golongan orang Islam, maka ia
sebenarnya tidak akan menimbulkan masalah kepada masyarakat bukan Islam.“Ia dilakukan di mahkamah syariah dan bukan mahkamah sivil untuk semua rakyat di negara ini,” katanya.


(4) Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim, Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya
berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun
pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan
Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan
untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan
Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin
keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa
aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka
tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut. Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah
Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran.
Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan
isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah
syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia,
kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh
kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira
keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan
untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan
undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak
dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti
kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

(5) Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui sukar untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil. Malah, beliau juga mengakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud memandangkan negara dan rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah. Kata Abdul Hadi, situasi ekonomi semasa dan pengangguran di kalangan rakyat negara ini menghalang hudud daripada dilaksanakan.Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, belum tiba masanya untuk berbuat demikian.“Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga,” katanya.

(6) Naib Presiden Pas,  YB Dato’ Husam Musa mengakui pelaksanaan hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan
PAS selama ini terpaksa ditangguhkan kerana ia memerlukan persetujuan
rasmi dua rakan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. Beliau dilaporkan
berkata tiga parti itu telah menandatangani perjanjian Ogos lalu bahawa
sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga
parti tersebut. “PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral,” katanya seperti dilaporkan.

(7) Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Pas Kedah
perlu menjaga dan mendengar pendapat sekutunya dalam pakatan
pembangkang terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu perkara
termasuk melibatkan syiar Islam. Beliau berkata, berbeza dengan Kelantan, Pas Kedah menang dengan
majoriti kecil pada Pilihan Raya Umum 2008 dan terpaksa bergabung dengan
sekutunya daripada parti lain untuk membentuk kerajaan negeri. “Jangan bandingkan saya (Kedah) dengan Kelantan. (Pas) Kelantan sudah
lebih 20 tahun mentadbir. Mereka menang dengan majoriti yang banyak.
Saya hanya dapat 16 kerusi dan terpaksa berkongsi dengan rakan-rakan
yang bukan daripada Pas. Kebanyakan perkara kita terpaksa berunding
dengan mereka dahulu untuk jangka panjang.

(8) Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, untuk melaksanakan hukum
hudud dan qisas ini, memerlukan persiapan teliti melibatkan semua aspek
dan mengambil masa lama.Kerajaan Negeri tidak menolak hudud, sebaliknya bersedia melaksanakan
dan menguatkuasakan hukum hudud dan qisas sekiranya persediaan ke arah
itu sudah cukup lengkap, terutama dalam hal berkaitan prasarana dan soal
teknikal, dengan mengambil kira setiap pendapat golongan ulama di
negeri ini.

Hujah Bukan Islam Berdasarkan Persepsi Negatif Hukum Hudud di Dunia



Contoh pelaksanaan hudud

(1) Di negara yang mengamalkan hudud, misalnya Republik Islam Afghanistan, terdapat laporan insiden di mana si tertuduh tidak diberikan apa-apa pertolongan kecemasan atau bantuan perubatan setelah tangan mereka dipotong. Tiga orang budak kampung yang berasal dari pedalaman hampir maut kerana pendarahan teruk selepas hukuman dijalankan.

Baca The International Herald Tribune: ‘The men whose hands were chopped off’ (May 24, 2010)

(2) Manakala di Republik Islam Iran, hukuman rejam dijatuhkan ke atas seorang remaja Azhar Bakri kerana dituduh berzina oleh suami yang dikahwininya pada usia 14 tahun. Seramai 11 orang lagi sedang menunggu hukuman rejam sampai mati dijalankan.

Baca Wall Street Journal: ‘Iran’s Medieval Justice System’ (July 16, 2010)

(3) Di Arab Saudi pula, seorang pembantu rumah pekerja Indonesia telah dipancung kepala dan mayatnya digantung dari helikopter untuk tontonan orang ramai. Ruyati binti Satubi yang didapati bersalah (menikam orang) sebenarnya telah didera dengan dashyat oleh majikannya sebelum itu tetapi sistem penghakiman Saudi amat memihak kepada warga Arab. Pernah ada kes bunuh di mana keterangan saksi bukan-Muslim tidak diterima mahkamah.

Baca AsiaNews: ‘After Ruyati’s beheading, Jakarta stops migrants from going to Saudi Arabia’ (June 24, 2011)

Negara-negara paling selamat tiada hudud

Global Peace Index (GPI) telah menyiapkan laporan tahunan terbaru yang membandingkan tahap keamanan dan keselamatan negara-negara di dunia.




Warna hijau menunjukkan negara-negara paling aman dan warna merah yang paling kurang selamat serta kacau-bilau.


PALING AMAN PALING TIDAK AMAN




Di bawah ialah senarai negara-negara yang menduduki 10 tempat teratas dalam GPI 2011. Kesemuanya negara barat kecuali Jepun.


GPI
dibentuk berdasarkan pencarian mengikut beberapa petunjuk, yakni
(kurangnya) keganasan, (tiada) peperangan dan konflik dalaman, kadar
jenayah, polis dan sekuriti, dsb.




Di bawah pula ialah kedudukan 20 negara Islam anggota OIC. Laporan GPI merangkumi 153 negara.


  • 108 – Turkmenistan
  • 109 – Uzbekistan
  • 114 – Kyrgyzstan
  • 116 – Syrian Arab Republic
  • 119 – Niger
  • 119 – Islamic Republic of Iran
  • 122 – Azerbaijan
  • 123 – Bahrain
  • 127 – Turkey
  • 129 – Algeria
  • 130 – Mauritania
  • 137 – Lebanon
  • 138 – Yemen
  • 141 – Chad
  • 143 – Libyan Arab Jamahiriya
  • 146 – Pakistan
  • 150 – Afghanistan
  • 151 – Sudan
  • 152 – Iraq
  • 153 – Somalia


Negara yang mengamalkan hudud ada juga berada di tempat tercorot.

Malaysia menduduki tempat ke-19 dalam GPI.


*Inilah pandangan bukan Islam kepada Hukum Hudud. Walaupun ada kebenaran tetapi beberapa perkara yang penulis perlu dipertikaikan ialah pembolehubah dalam index tersebut tidak setara. Katakan Negara-Negara barat ini membenarkan pelacuran, dadah ( Marijuana di Belanda)  dan lain-lain pembolehubah tidak dibenarkan di negara-negara Islam, maka terdapat ketidakadilan dalam Index ini.



Kesimpulan ;

(1) Perlu diingat sekali lagi, bahawa hukuman ini sekalipun sudah ada dalam AL Quran sejak 1,400 tahun lalu, namun perlaksanaannya hendaklah dibuat sesudah program dakwah dan tarbiah selesai dalam masyarakat. Dan sesudah persediaan-persediaan lain diwujudkan seperti yg telah disusun atur oleh Rasulullah SAW dalam langkah-langkah perjuangannya.

(2) Dan kalau kita mahu melihatnya dgn mata kepala sendiri, demi keyakinan yg mendalam, tidak cukup dengan cerita dan teori ini. Justeru orang lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yg belum terbukti. Sebagai rakyat biasa yang mampu kita lakukan dalam isu  hukum Hudud ialah terus 
dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan.

(3) Sebagai pemimpin atau penguasa perlulah dengan hikmah menerangkan mengenai penangguhan Hukum Hudud  dalam pemahaman rakyat biasa. Sebagai wakil rakyat Islam dalam Parlimen boleh merancang agenda berdasarkan Maqasid Syariah, memperkasakan Mahkamah Syariah dan Menggubal Undang-Undang baru bagi Mahkamah Sivil secara halus yang berteraskan Islam tanpa menwar-warkan ianya Hukum Hudud suapaya penerimaannnya samaada kepada Islam  ataupun bukan Islam  dapat di terima secara perlahan-lahan.

(4) Kepada golongan taksub parti supaya tidak mempolitikkan Hukum Hudud, secara jelas UMNO dan PAS sebenarnya satu pendapat berkenaan dalam kerangka Nasional , Hukum Hudud masih belum boleh dilaksanakan kerana bukan soal  menguasai kerusi  tetapi kerana keadaan kondusif masih belum mampu lagi di negara Malaysia ini. Mungkin ada pengecualian bagi Negeri yang majoriti Islam seperti Kelantan sekiranya dapat persetujuan Persekutuan dengan Autonomi Undang-Undang.

(5) Kepada Golongan Mahasiswa biasanya cenderung untuk agresif, caci maki dengan label-label kepada kepada golongan pertentangan biasanya akan berakhir dengan menuduh pihak lain menolak Hukum Allah, kemudian melabel mereka sekular, perlu di hentikan. Sepatutnya berdebatan Ilmiah Isu Hukum Hudud ini adalah persoalan pelaksanaan bukannya soal menerima atau menolak. Sikap mempertahankan taksub kepada parti politik biasanya mengheret sama isu Hukum Hudud ini dalam isu sekitar mahasiswa. Mahasiswa sepatutnya suara ketiga yang menyuarakan pendapat, kajian ilmiah kepada isu ini dalam mencari jalan keluar. Supaya nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat ALLAH, hikmah dan falsafah yg mendalam tentang ajaran-ajaran dan hukum-hukum ALLAH. Tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan pendapat yg berbeza-beza, yg biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan kejahilan yg kita pertahankan.

(6) Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar berkenaan perlaksanaan hudud ialah tidak dilaksanakan hukum hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai murni, kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan hukum hudud”.


(7) Secara logiknya, tidak mahukah UMNO menutup terus modal politik Pas jika
ia mampu melaksanakan tanpa menjejaskan kestabilan masyarakat dan
negara hari ini? Jika mempunyai ruang dan kemampuan untuk melaksanakan Hudud pada masa
ini, nescaya hari ini juga UMNO laksanakan kerana hanya itu sahaja beban
agama yang belum dapat dilaksanakan oleh UMNO; dan ia juga menjadi
beban politik UMNO kerana Pas menggunakan isu ini untuk modal politik.

(8) Begitu juga PAS pasti akan memasukkan Hukum Hudud dalam manifesto sekiranya jujur ingin melaksanakannya dan mendapat modal politik. Bukankah mengejutkan apabila Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang. Tetapi PAS mengerti bahawa dalam perjuangan Nasional sepertimana UMNO-MCA-MIC, mereka juga memerlukan PAS-PKR-DAP.  Maka tidaklah layak mana-mana pihak mereka mengakui siapakah yang lebih Islam daripada lain dalam menegakkan Hukum Hudud. Sedangkan masing-masing menggunakan pendekatan Maqasid Syariah bagi menyatakan pendapat dalam Hukum Hudud.
(9) Pendapat penulis bila diajukan kesimpulan cukuplah menulis mengatakan penulis menghormati pemimpin-pemimpin negara samaada kerajaan ataupun pembangkang yang tidak menolak 100%  tetapi menerangkan kepada kita masanya belum tiba Hukum Hudud dilaksanakan.  Sedangkan Transformasi Kerajaan, Politik dan Ekonomi boleh dilakukan mungkin satu hari nanti Transformasi Hukum Undang-Undang dapat dilakukan apabila masyarakat telah bersedia. Kefahaman dan penerimaan Hukum Hudud yang sebegini bukan menolak hadis, sebaliknya berusaha melihat
nas dari segi teks dan konteks. Maka, pemimpin muslim yang hendak
memimpin umat dalam era ini, tidak boleh terlalu literal dalam memahami
nas, tetapi hendaklah melihat Maqasid al-Syariah (
The higher objectives of Islamic Law) bagi setiap nas-nas yang berkaitan politik Islami. Walaupun masih
terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu
dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga
perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan.

Rujukan ;

http://drmaza.com
http://cpintrass.com
http://www.malaysiakini.com
http://www.pemudaumno.org.my
http://www.qaradawi.net
http://en.wikipedia.org
http://helenang.wordpress.com

__________________________________________________________________________________


Kerana penulis kekurangan masa, sebelum bertanya atau membahaskan mungkin boleh rujuk sedikit perbahasan berdasarkan artikel di atas di sebuah group. (Mohon Izin kepada penama-penama yang membahaskan untuk diletakkan, jika rasa tidak sesuai, sila maklumkan untuk sy buang penama-penama yg tidak ingin namanya diletakkan. )


Awang Nurjihan
Perlu dibaca, huraian menarik dan berfakta. konteks
pendapat setiap parti baik kerajaan dan pembangkang juga diperkongsikan dan
dari situ kita boleh membanding beza pandangan setiap pemimpin mengenai hudud
bukan seperti yang semua sangkakan.

22 hours ago · Like

Muhammad
Syukri
salam, alhamdulillah satu pengkajian yg baik
dari saudara, cumanya ada beberapa pandangan saudara yg sy rasa perlu
diperincikan, pertamanya berkenaan ciri2 negara kodusif dan sesuai untuk kita
saksikan bahawa hukum hudud ini sesuai dilaksanakan, wujudkah negara yg boleh
kita kategorikan sebagai negara yg sesuai untuk pelaksanaan hudud? jika dilihat
begitu bermakna negara2 Islam yg saudara listkan diatas dilihat sebagai tidak
memenuhi syarat melaksanakan hukum hudud itu sendiri kerana dilihat rakyatnya
tidak sepenuhnya memahami atau menghayatinya.

yg keduanya, soal pelaksanaan, bersedia dan x bersedia,
usaha kearahnya hanya berlaku dari yg bukan memerintah, bagaimana kita nak
menuju sedia sedangkan platform itu tidak ada bahkan yg berusaha kearahnya juga
diberi tekanan. Ya saya setuju dengan pandangan saudara rakyat perlu
diperjelaskan, tp apakah usaha pemerintah yg sedia ada bahkan yg berusaha
dilabelkan sebagai membwa agenda politik semata. adakah hukum hudud ini tidak
lagi relevan setelah perubahan masa, suasana masyarakat dan sebagainya lagi?
dikhuatiri pandangan sebegini menolak Al-Quran yg sifatnya syumul sesuai dengan
peredaran masa dan zaman.

bagi sy soal perlembagaan negara x sepatutnya kita
bandingkan dengan perlembagaan Al-Quran kerana ianya tidak sama taraf untuk
kita bandingkan. 2 sumber utama kita ialah Al-Quran dan hadis. didalam Al-Quran
ada hukum yg qat’i(tetap) dan tidak tetap, bagi hukum yg qat’i tidak dibolehkan
lagi segala perbahasan manakala hukum yg tidak tetap masih ada ruang untuk
perbahasan. banyak ayat dari Al-Quran yg memperjelaskan berkenaan ini
anataranya ahzab:36, maidah:49, dan banyak lagi.

perlu difahami tujuan hukuman hudud bukanlah perlu
dilihat sebagai suatu hukuman semata2, tetapi perlu dilihat sebagai ubat
mujarab bagi pencegahan sesuatu wabak yg akan merebak akibat dari sesuatu
jenayah itu.

menyentuh soal maqasid syariah Nuruddin Mukhtar, al-Khadimi,
al-Ijtihad al-Maqasidi, Qatar , 1998M , m.s.50 “maqasid sebagai lima
prinsip islam yang asas iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan
harta”. Islam menyeru kepada 5 prinsip ini yg perlu diberi keutamaan.
penjelasan berkenaan maqasid ni mgkin sy boleh kongsikan satu link tuk kita
teliti mengenai definisi maqasid sendiri, kerana dikhuatiri jika kita tidak
benar2 memahami definisi maqasid akan menyebabkan kita tersalah tafsir.. http://fikrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm

soal bersedia atau tidak, kitalah sebagai org yg
memahami perlu berusaha bersama memberi penjelasan kepada masyarakat bukan
dengan memberi salah tanggapan bahawa kita belum bersedia sedangkan usaha ke
arahnya tidak ada, bukan tidak ada langsung cumanya terlalu kecil bahkan
dianggap sebagai agenda politik sebelah pihak sahaja, ini berlaku kerana apa,
kerana sebelah pihak lagi tidak ada usaha untuk kearahnya. jika berlaku kedua2
pihak berusaha ke arah kefahaman hudud ini, sy percaya nescaya tidak akan wujud
tanggapan bahawa ini adalah agenda politik sebelah parti sahaja. jika benar
UMNO mahukan hudud, maka berlumba-lumbalah dengan PAS memberi kefaham yg jelas
kepada masayarakat tentang hukum hudud ini.

sekadar pandangan saya bagi menghuraikan topik yg
saudara bawakan ini..

fikrah.interaktif.tripod.com

Islam merupakan mesej Allah S.W.T kepada seluruh umat
manusia di serata dunia daSee More

21 hours ago · Like · 3

Mohd
Fadzil Abdul Hanid
Waalaikummusalam,

(1) Satu penambaikan dalam perincian Maqasid Syariah.
Syukran.

(2) Negara yang amalkan hukum Syariah : Contoh telah di
beri :

Arab Saudi ; 97% of the total population.


Sudan : 97% of the total population.

Dll.

Faktor paling menjurus kepada pelaksanaan adalah di
lihat faktor populasi penduduk beragama Islam.

Sebab itu, Sy telah memeberikan beberapa contoh bahawa
pelaksanna dalam bentuk autonomi adalah lebih releven cth di Kelantan. Ini
dilaksnakan di Acheh walaupun Indonesia tidak melaksanakan Undang2 Syariah.

(3) Sy tidak bercakap mengenai melebihkan perlembagaan,
ataupun menolak Hukum Hudud. Sepertimana contoh yg diberikan pelaksanaan di
zaman Nabi dan Sahabat pun terdapat rukhsah dalam kelonggaran penangguhan.

(4) Usaha2 setiap pihak perlu dihargai. dalam hal ini
Kelantan harus di puji kerana usaha mempermosikan Hukum Hudud, tetapi usaha
pihak pemerintah juga harus di puji dalam melaksankan pelbagai Undang-Undang
Syriah lain dalam hal2 muamalat, urusan hal ehwal orang Islam dalam Mahkamah
Syariah, walaupun dalam kes Hudud masih belum terlaksana. Bersangka baik di
dalam kerajaan terdapat usaha juga memperbincangkan.

Petikan daripada Pemuda UMNO ;

Kesungguhan UMNO antara tindakan terawal Dr. Mahathir
selepas menjadi Perdana Menteri ialah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji
Pelaksanaan Hukum Hudud peringkat Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh
(Allahyarham) Prof Ahmad Ibrahim, seorang tokoh perundangan Islam yang amat diakui
oleh masyarakat antarabangsa. Banyak perkara yang disarankan oleh jawatankuasa
tersebut dilaksanakan secara perlahan-lahan tetapi berterusan.Antara lain
pelbagai perkara pembaikan dan pelaksanaan peringkat bawahan perlu dilakukan
sebelum melaksanakan hudud ini. Ini termasuk melakukan secara sedikit demi
sedikit dan beransur-ansur serta memperbaiki kualiti pentadbiran Islam
negeri-negeri. UMNO menyedari bahawa hukum hakam Allah swt bukannya bahan
mainan politik atau janji-janji pilihan raya. UMNO hanya boleh berjanji perkara
yang mampu dilakukannya. Bukan cara UMNO untuk menang pilihan raya melalui
janji palsu, apatah lagi janji menggunakan agama.

(5) Kenyatan yang pedih untuk di terima ialah UMNO atau
PAS keduanya2 kalau di lihat kenyataan pemimpin kedua2 pihak adalah mengatakan
belum tiba masa melaksnakaannya. Biarlah pihak mana yg selalu mengatakan
mengenai Hukum Hudud ini. Jika tidak kerana Maqasid Syariah, bagaimana dalam
manifesto Nasional, PAS sanggup menegeluarkan Hukum Hudud. UMNO juga langsung
tidak ketengah isu ini keranan mereka thu mereka tidak mampu melaksankananya
pada masa kini.

(6) Bilakah tertegak Hukum Islam secara keseluruhannya,
Wallahu ‘alam. Kita hanya mampu membuat persiapan, sehingga saat itu tiba.
Sebelum ianya tiba bersabarlah saudaraku, sesungguhnya kecintaan saudara
terhadap Islam, Hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya.

(7) Saya hanya memberikan realiti keadaan, suasana
kondusif, berdasarkan sosiopolitik Malaysia. Mustahil atau tidak, hanya masa
dan keadaan akan menentukan.

(8) Dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh
Thabrani.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini
akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta
kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang
laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya
seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan
keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman
dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari
titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari
tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8
tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

20 hours ago · Like · 1

Syafiq Akmal maaf ye.. saya ada pertanyaan.. maklumat n analysis yg
saudara fadzil buat nie berdasarkan blog2 UMNO atau mempelajari n mendalami
hukum hudud setelah menuntut ilmu daripada guru2 agama yg betul n mahir dalam
bidang ni?

16 hours ago · Like

Muhammad
Syukri
boleh sy dapatkan hasil kajian dari
Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Hukum Hudud peringkat Jabatan Perdana
Menteri, sy dah cuba bt carian, tp x jumpa, jika saudara ada mgkin boleh
kongsikan

berkenaan dengan mahkamah syariah, itu menjadi
tanggungjawab pemerintah melaksanakannya, kerana negara kita merupakan sebuah
negara Islam dan diiktiraf, tapi malangnya mahkamah syariah ini diperkecilkan
skopnya spt yg saudara nyatakan diatas, soal jinayat khususny pd sy x da
langsung malah dipisahkan terus dari mahkamah syriah.

15 hours ago · Like

Muhammad
Syukri
sy ambil contoh isu kartika, bila mana
mahkamah syriah telah menjatuhkan hukuman sebatan dan kartika sendiri merelakan
dirinya disebat, namun usaha mahkamah syariah ini disekat, persoalan mula
timbul, adakah soal bersedia menjadi persoalannya?

15 hours ago · Like

Muhammad
Syukri
maka disini adalah soal keyakinan yg
sebenarnya menjadi masalah masyarakat bukan soal bersedia atau tidak, hukum dah
ada, hasil kajian pelaksanaan tu klu boleh dikongsikan secara perinci sy
percaya negara mampu bahkan bersedia melkasanakannya..

15 hours ago · Like

Syafiq Akmal mereka yang buat salah sahaja takut akan pelaksanaan hukum
hudud ini..

15 hours ago · Like

Muhammad
Syukri
jd bagaimana nak menanamkan keyakinan pd
agama Allah ni, jawapan usaha dakwah perlu dibawa kepada masyarakat dalam apa
jua cara sekalipun , samada melalui politik, ekonomi, perundangan dan
sebagainya, kerana masyarakat kita pada hari ini tidak mampu menghadam dan
menggambarkan hudud yg realiti selagi mana usaha kearahnya hanya kecil sangat
jika dibandingkan usaha kearah hiburan yang menjadi lambakan dalam arus media
perdana. dengan hanya duduk diam berpeluk tubuh menuggu masa yg sesuai untuk
pelaksanaanya, sy rasa sampai bila2 pn x kan terlaksana hudud itu kecuali
dengan satu keajaiban dari Allah..

15 hours ago · Like · 1

Mohd
Fadzil Abdul Hanid
Saya ulas dahulu Isu Kartika.

(1) Kesalahan minum arak pada prinsipnya adalah di
bawah hudud. Walau bagaimanapun, pemerintah boleh melaksanakan takzir. Dan
dalam keadaan tertentu hukumannya boleh sama dengan hudud.

(2) Presiden PAS = Isu hukuman sebat kepada pesalah
minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan
dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam
di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu
Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987
sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di
bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum
hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah
s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang
wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ianya berkait dengan
tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan
di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas
peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara
40 – 80 rotan jumlahnya. Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara
sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza
dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu
mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah
dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah
merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan
tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh
sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan
bukannya pada satu tempat sahaja.

(3) Dr. al-Qaradawi menulis, Ibn Mas’ud berkata: “Aku
masih ingat lelaki pertama yang dipotong (tangannya) oleh Rasulullalh s.a.w.
telah didatangkan seorang pencuri kepada baginda, maka baginda menyuruh
dipotong (tangannya), tetapi seolah-olah wajah Rasulullah s.a.w. nampak
menyesal.

Justeru para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah,
seolah-olah engkau tidak suka memotongnya.” Nabi bersabda: “Tidak ada yang
menghalang aku, janganlah semua kamu menjadi penolong syaitan atas saudara kamu
kerana tidak patut bagi seorang imam apabila telah sampai padanya hukuman hudud
kecuali melaksanakannya.

Sesungguhnya Allah Pengampun dan suka mengampun. Allah
berfirman: Dan hendaklah mereka memaafkan dan mengampunkan. Apakah kamu tidak
mahu Allah mengampunkan kamu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.

(4). Hudud minum khamar (Arak)

Hadis riwayat Anas bin Malik ra.:

Bahwa Nabi saw. pernah didatangkan seorang lelaki yang
telah meminum khamar, lalu beliau menderanya dengan dua tangkai pohon korma
sebanyak empat puluh kali. (Shahih Muslim No.3218)

(5) Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul
Abidin berkata pelaksanaan hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru
dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat. “Tiada siapa yang
mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan sunah. Cumanya,
perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman
dan tempat,” kata beliau.

Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang
baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini, kata beliau sambil
menambah, “cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu
diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan.” “Demikian juga
suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira,” kata beliau lagi. Katanya,
ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang
luas dalam hal ini.

“Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan
hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir,” kata beliau lagi. Jelas


beliau, hukuman rejam pula patut mengambil kira
pandangan yang memasukkannya di bawah takzir bererti pemerintah boleh meminda
dan menukar atau membatalkannya.

Di samping tafsiran ihsan itu hendaklah disempitkan
kepada maksud lelaki ataupun perempuan yang masih berkahwin bukan yang pernah
berkahwin, kata Asri dalam kertas kerja pada Seminar Syariah Peringkat
Kebangsaan di Kota Baru hari ini. Kelantan kerajaan pimpinan PAS bercadang
untuk melaksanakan hukum hudud selepas menerajui negeri itu pada 1990.

“Ini kerana pengkhianatan kepada pasangan dan keluarga
sesuatu yang amat buruk. Di samping takzir, hukuman rejam mempunyai suasana
zaman yang berbeza, itupun perlu diambil kira dalam membahaskannya,” kata
beliau lagi. Asri menambah, jika suasana kondusif, perubahan zaman dan tempat
diambil kira dalam pelaksanaan hukuman, maka akan didapati hudud mencapai
matlamat pencegahan, pendidikan dan dalam masa yang sama menonjolkan keindahan
hukuman tersebut.

“Jika tidak, hukuman itu akan membawa fitnah dan salah
sangka terhadap Islam. Saya selalu sebutkan hudud bagaikan wanita yang baik, ia
akan indah jika bersuamikan lelaki yang baik. Namun keindahannya akan hilang
jiwa berada di bawah suami yang fasik dan rosak,” kata tokoh agama yang dilihat
progresif ini.

(5) Dalam konteks negara kita, Mahkamah Syariah terikat
dengan bidang kuasa yang diberikan oleh Parlimen.

Undang-undang sebat bagi kes kesalahan syariah ini pun
baru dilaksanakan selepas pindaan Akta Parlimen 1965 mengikut Akta A612 yang
digazetkan pada tahun 1986. Itupun hanya maksimum enam sebatan, tiga tahun
penjara atau denda RM5,000.

Jadi, tak boleh salahkan Mahkamah Syariah jauh sekali
mempertikai keputusan hakim kenapa tidak hukum sebat 40, 80 atau 100 kali. Yang
jelas, mahkamah bertindak mengikut undang-undang.

Dalam kes takzir, pesalah tidak boleh dihukum sebat
lebih 10 rotan. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Janganlah
disebat lebih 10 kali sebatan kecuali dalam kes had daripada had-had (hudud)
Allah. (riwayat Bukhari dan Muslim)

(6) Kesimpulannya dalam isu Kartika, Sultan Pahang
sebagai kuasa khas pemerintah berhak mengampunnya atas budi bicaranya dalam
penafsiran Hukum Takzir. Samaada benar atau tidak ijtihad beliau. Walllahualam.

13 hours ago · Like|

Mohd
Fadzil Abdul Hanid
Syafiq Akmal
: Sumber rujukan artikel ada di bawah bahagian artikel. Sy tidak bias kepada
blog pro UMNO semata2, sy cuba seimbangkan sumber daripada UMNO, PAS, Ulama,
dan suara ketiga. Hanya mungkin bagi pendokong PAS tidak sedap kerana artikel
ini merungkai seolah2 dari segi poilisi pendangan pemimpin UMNO dan PAS adalah
sekata. Kenyataan ini pedih tetapi harus ditelan.

13 hours ago · Like

Mohd
Fadzil Abdul Hanid
Sepertimana Kelantan meluluskan
penubuhan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud), bagi
membuat kajian tentang hukuman itu dapat dijalankan. Kenyataan yang umum.

Daripada sumber UMNO juga hanya menyatakan secara umum,
seperti kenyataan sy dalam artikel di blog. Terdapat juga Menteri di Jabatan
Perdana Menteri yg bertanggungjawab terhadap Agama ISlam. Termasuk
Agensi-Agensi Kerjaan.

Bersangka baik, iri terdapat aliran baharu dengan
tertubuhnya ILMU dalam UMNO. Badan atau sayap agama sepertimana PAS mempunyai
Dewan Ulama, semoga mereka ini masing-masing dapat memperbaiki kedua-dua parti
politik ini.

Perlu sy tegaskan sekali lagi, secara dasar Malaysia
adalah Negara Demokrasi Berparlimen

Sebagai pindaan perlembagaan bagi akta Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang memerlukan 2/3 persetujuan
ahli parlimen. Ahli parlimen Islam yang ada sekarang hanyalah 132 orang yang
mana ia memerlukan 16 lagi ahli parlimen yang bukan beragama Islam untuk
mencapai majoriti 2/3 dalam dewan parlimen (Betulkan jika salah). Kalau ikut
rasionalnya, agak sukar orang bukan Islam untuk bersetuju. Sedangkan yang
beragama Islam ada juga yang tak bersetuju, inikan pula orang kafir?

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta
355) membataskan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan sebarang undang-undang
berkaitan jenayah syariah dengan hanya boleh mengenakan denda tidak lebih
RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali
sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman-hukuman tersebut sahaja. Ia adalah
satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan ia berkuatkuasa di seluruh
Persekutuan atau seluruh negara, termasuk di negeri-negeri.

13 hours ago · Like

Muhd
Syafiq Al-fateh
minta maaf…cara saudara tarjih
dan buat kesimpulan di akhir kenapa malaysia tak laksanakan hudud langsung
tidak relate dengan hujah2 dan nas yang saudara sendiri kemukakan…saudara
kemukakan hadith yang nabi s.a.w melarang dilaksanakan hudud ketika konteks
peperangan…soalnya, di malaysia kita tidak berperang…

Kedua, saya memohon didatangkan nas atau pandangan
ulamak yang mengatakan faktor kemajmukan bangsa dan masyarakat adalah salah
satu sebab membolehkan menolak hudud…dari masa saudara datangkan kesimpulan
mudah negara majmuk tak payah laksana hudud…

13 hours ago · Like · 1

Muhammad
Syukri
isu kartika yg sy ingin highlightkan ialah
bukan soal berapa sebatan dan sebagainya, mmg jelas hukum atau nas yg saudara
sendiri telah nyatakan. cumanya mohon untuk saya ambil pendapat saudara, saya
quotekan kesimpulan ketiga saudara “Sebagai wakil rakyat Islam dalam
Parlimen boleh merancang agenda berdasarkan Maqasid Syariah, memperkasakan
Mahkamah Syariah dan Menggubal Undang-Undang baru bagi Mahkamah Sivil secara
halus yang berteraskan Islam tanpa menwar-warkan ianya Hukum Hudud suapaya
penerimaannnya samaada kepada Islam ataupun bukan Islam dapat di terima secara
perlahan-lahan. ” sy lihat isu kartika ini sebagai satu langkah yg baik
bagi merencanakan pandangan saudara ini.

soal kesedian kartika dan hukum yg dijatuhkan oleh
mahkamah syariah perlu kita ambil kira sebagai cara terbaik dalam merencanakan
pandangan saudara tadi.. jadi apa pandagan saudara?

13 hours ago · Like · 1

Muhammad
Syukri
dan sy quotekan lagi “Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) membataskan kuasa kerajaan
negeri untuk meluluskan sebarang undang-undang berkaitan jenayah syariah dengan
hanya boleh mengenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga
tahun atau sebatan tidak lebih enam kali sebatan, atau mana-mana kombinasi
hukuman-hukuman tersebut sahaja. Ia adalah satu undang-undang yang diluluskan
oleh Parlimen dan ia berkuatkuasa di seluruh Persekutuan atau seluruh negara,
termasuk di negeri-negeri.”

maka dengan apa yg saudara dah nyatakan, sy dapat
nyatakan bahawa mahkamah syariah telah berusaha mengenakan tindakan dengan
hukuman yg pling tinggi sesuai dengan peruntukan dalam akta 355 t, yg mana
mahkamah syariah terikat dengannya..

12 hours ago · Like · 1

Mohd
Fadzil Abdul Hanid
Muhd Syafiq Al-fateh :
Hujah Kenapa Malaysia Tidak Melaksanakan Hudud ini adalah rangkamun analisa sy
terhadap sosiopolitik Malaysia. Ini Ijtihad,

Kenyataan saudara :

” saya memohon didatangkan nas atau pandangan
ulamak yang mengatakan faktor kemajmukan bangsa dan masyarakat adalah salah
satu sebab membolehkan menolak hudud “.

Jika salah faham dalam artikel saya, sy perjelaskan
bukan faktor kemajmukan bangsa dan masyarakat , Hudud tertolak. Tetapi Hudud
tidak dapat dilaksankan lagi sehingga satu persetujuan atau penerimaan daripada
msayarakat majumuk terhdap Hudud dapat diperjelaskan.

Ijtihad ini, dapat di buat analogi bahawa untuk memgang
kuasa, berdasarkan sosiopolitik Malaysia, Parti politik terpaksa menggunakan
sisitem demokrasi sedangkan dalam konteks dahulu, Sistem Khalifah digunakan
berdasarkan Syura. Jika begitu tidak Islami medium demokrrasi yg digunakan
smaada UMNO dan PAS. Bila kita kembali kepada realiti, Negara yang dapat melakukan
Hukum Syariah 100% adalah negara dengan faktor populasi masyarakat ISlam hampir
100%. Sekali lagi realiti di dalam duni adakah contoh negara majmuk seperti
Malaysia yang dapay melaknakana Syariah. Tiada bukan?

Tetapi ini tidak mustahil, dengan keazaman dan
langkah-langkah yang betul, penerangan dan dakwah yg halus, suapaya sussaana
kondusif dan praktikal untuk implementasi hukum Hudud ada ruang untuk bernafas
di Malaysia.

Saya tegaskan keseluruhan artikel ini bukan bermaksud
MENOLAK tetapi menerangkan mengenai sejarah, dasar, sebab Hukum Hudud di
Malaysia masih BELUM dilaksankanan.

12 hours ago · Like

Mohd
Fadzil Abdul Hanid
Muhammad Syukri : Setuju,
Mahkamah Syariah telah berusaha. Ianya adalah Takzir daripada apa yang sy
faham. Tetapi Sultan ada kuasa untuk mengampun atas budi bicara untuk mengampun
atas budi bicara atas nasihat daripada penasihat2nnya.

Jika kita lihat konteks Arab Sudi yang amalakan Hukum2
Syariah terdapat ruang juga untuk pemerintah dalam Hukum Takzir.

” Kira-kira 325 banduan Indonesia termasuk
pembantu rumah diberi pengampunan diraja oleh kerajaan Arab Saudi, kata seorang
pegawai Indonesia di Riyadh semalam.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa siri rundingan
antara Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dengan Duta Arab Saudi ke
Indonesia, M. Amen Al-Khayyat di Jakarta.

“Senarai nama rakyat Indonesia yang diberi
pengampunan itu telah dihantar kepada Indonesia oleh Kementerian Hal Ehwal Luar
Arab Saudi.”

12 hours ago · Like

Muhd
Syafiq Al-fateh
jika hujah mengatakan hanya negeri
populasi penduduk majoriti muslim sahaja yang melakukan hudud…kelantan adalah
negeri majoriti melayu muslim & mereka sudah lama mewartakan undang2
jenayah Islam, hudud dan qisas…tetapi tidak boleh dilaksanakan kerana
kerajaan pusat mengugut akan mengambil tindakan jika sekiranya hudud
dilaksanakan di kelantan…mengapa kerajaan persekutuan masih menghalang dan
mengugut jika kelantan ingin melaksanakannya? sedangkan kelantan negeri
majoriti muslim

7 hours ago · Like

Akmal
Kudus
bersedia atau tidak bkn persoalan utk
laksanakan hudud. hudud ni utk org yg melakukn jenayah. jd xtimbul soal
bersedia atau x. lol~

5 hours ago · Like · 1

Muaz Syamil
Azizan
Dato’ Seri Najib: ‘bahagian yang keterlaluan
ditolak ke tepi’. hudud keterlaluan??

5 hours ago · Like

Akmal
Kudus
skrg ni kerajaan mnjlnkn kempen memelayukn
islam. bkn mngislamkn melayu. sbb tu jd cmni.

4 hours ago · Like · 2

about an hour ago · Like

38 minutes ago · Like

Mohd
Fadzil Abdul Hanid
Mohd Fadzil Abdul Hanid Muhd Syafiq
Al-fateh :

(1) Tugas sy bukan pertahankan Kerajaan Persekutuan. Sy
fikir rujukan kerjaan menghalang adalah pada tahun 1994 merujuk surat Dr.
Mahathir.

http://www.negarakita.com/Post-220593-Surat+Mahathir+tolak+hudud+yang+dihantar+kepada+Tok+Guru+Nik

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan,
Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang
memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dulunya dianggap
menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak
laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak) kot dia nak bagi…ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai
saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya ketika diminta
mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang
oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.

Ulasan sy sy fikir pada tahun 1993 atau 1994 apakah
enakmen yg dihasilkan ketika itu tidak dapat menerangkan kepada Dr. Mahathir
seperti ia pertikaikan dalam surat itu contoh pada kesalahan rogol, perlukan 4
saksi. Pada masa sekarang sy fikir sekiranya Hudud sukar dibuktikan maka ianya
berpindah kepada takzir. Adakah enakmen tersebut memberi kefahaman kepada Dr.
Mahathir dan rakyat secara khususnya. Jika ada enakmen tersebut, suka sy minta
lihat. Maka konteks pada mas aitu tidak dapat sy ulas lebih lanjut.

Jika tiada maka daripada segi persediaan, bagi
pelaksannan memerlukan penambaikkan daripada segi penggubalan, pelaksnaan.

Malah ketika enakmen itu dalam rangka atau
diperkenalkan Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM,
dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalam
Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Tiada
golongan parti dominasi bukan Islam seperti DAP.

(2) Kita akan bercakap dalam konteks pada masa
sekarang,

Sebab itu kita lihat kembali artikel sy memtik
pemimpin-peminpin skrg yg lebih releven dalm bercakap soal Hudud.

Secara umum mereka adalah senada.

(3) Bukankah keterbukaan Dato` Seri Najib dalam
transformasi, kerjaan , eekonomi dan politik, bahkan tertubuhnya ILMU , ustaz2
atau dikenali sebgai Ulama Muda UMNO yg memperkatakan tentang Hudud juga.
Sepatutnya PAS mengambil langkah ke depan untuk Kelantan untuk menguji dato
Seri Najib memberika autonomi undang2. Malah ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed
Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan Persekutuan tidak boleh disabitkan sebagai
punca kegagalan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana rakyat telah memberi
mandat kepada Pas mentadbir kerajaan negeri lebih 21 tahun.

Katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan
penghalang, sebaliknya kepimpinan Pas boleh melaksanakan di negeri yang
ditadbir mengikut prosedur perundangan, namun perjuangan untuk merealisasikan
hukum hudud terhenti begitu sahaja.

Tetapi berdasarkan faktor kuasa politik dan starategik
bukankah di lihat PAS tidak bersedia untuk masa kini dan juga tidak
memartabatkan dalam konteks nasional atas dasar kerjsaam PKR-DAP?

Jika kita lihat dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat
berkenaan isu Hudud memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang
telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan
Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga. Tiada langsung menyentuh Isu Hudud
dalam agenda sekiranya kemenagan bersama.

Hanya menyebut ” Mesyuarat juga memperakui dan
menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah
permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.”

Bukankah ditegaskan dalam artikel mengenai
kesimpulannya samaada UMNO atau PAS senada pada konteks kini, Mereka memperakui
Hukum Hudud tetapi menerangkan belum tiba masanya.

21 minutes ago · Like

Mohd
Fadzil Abdul Hanid
Video Aziz Bari : Contoh Nigeria
;

Hukum Hudud apabila melaksnakannya harus di lihat
maksud tujuan dan matalamat. Jika membawa kepada negatif maka maksudnya x
tercapai. Sebaliknya memastikan perlaksanaan itu memenuhi maksud sebenar dari
titah perintah Allah dan rasulNya yang disebut sebagai Maqasid al-Syariah (The
Higher Objectives of Islamic Law).

Jika contoh Nigeria yg komposisi kaumnya lebih kurang
Malaysia. Maka di Nigeria pecahan besar adalah agama wahyu iaitu Islam dan
Kristian. Malaysia Agama Wahyu dan Agama Budaya.

malah di Nigeria adalah gagal keranan konflik agama yg
berterusan yang meragut banyak nyawa. Boleh search di google.

Video Dr. Asri ;

Mengukuhkan lagi dengan contoh Pakistan dan
Afghanistan.

Kesimpulan pelaksnaan terburu=buru tanpa membuat
persedian dalam penggubalan undang-undang Hudud, persedian susasan kondusif
maka akan memabwa persepsi negatif kepada Hukum Allah.

Sy tegaskan sekali lagi , dengan keazaman dan
langkah-langkah yang betul, penerangan dan dakwah yg halus, suapaya sussaana
kondusif dan praktikal untuk implementasi hukum Hudud ada ruang untuk bernafas
di Malaysia.

9 minutes ago · Like

Mohd
Fadzil Abdul Hanid
Akmal Kudus ;
Bersedia adalah persoalan, sila baca artikel di blog untuk huraian lanjut.

Ringkasannya begini ; Nas dalam Al-Quran sabitkan
kesalahan mencuri perlu potong tangan, tetapi x sebut berapa kadar hasil curian
itu patut dihukum.

Maka ini yang dipersoalkan, dibincang , dibahas dan
Ijtihad untuk pelaksanna.

Islam, Melayu, Arab topik yg x sentuh , kernaan tajuk
perbahasan adalah Hukum Hudud, Kalau dibahsakan akan meleret2. Mungkin pada
medan lain.

Muaz
Syamil Azizan
; Bersangka baik pada perkataan, mungkin maksud dan tafsiran
si bercakap lain. Samalah kita tidak menuduh Nik Aziz salah 100% cakap Tuhan
Samseng atau Mencarut. Kita tidak tahu niat manusia ini.

5 minutes ago · Like

4 minutes ago · Like

PROGRAM Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K)

PROGRAM Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K)

PROGRAM Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K) yang akan memasuki tahun ke-13 pelaksanaannya, akan tampil dengan konsep baru yang akan menggabungkan tiga program berasingan.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat, program 3K kini dikenali sebagai Inisiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah atau Inisiatif 3K.

Inisiatif 3K katanya, akan meliputi tiga program berasingan itu ialah Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah.

Sebanyak 90 buah sekolah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan menyertai program ini tahun hadapan, berbanding 30 sekolah tahun ini.

Setiap program akan disertai oleh 30 buah sekolah meliputi 15 buah sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah.

Setiap negeri pula akan diwakili oleh dua buah sekolah iaitu sekolah menengah dan rendah.


Dalam surat siaran bertarikh 10 November lalu itu, Abdul Rafie berkata, penyusunan semula program 3K ini dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelum ini iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah.

“Memandangkan terdapat beberapa pertindihan objektif bagi kedua-dua program tersebut, maka Kementerian Pendidikan telah memutuskan kedua-dua program disusun semula supaya lebih efektif dari sudut pelaksanaan.”

“Mulai tahun 2004, hanya terdapat satu program sahaja,” katanya.

Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah.

Akhbar Utusan Malaysia menerusi ruangan Pendidikannya adalah akhbar rasmi program ini sejak program ini diperkenalkan, selain penaja lain, Tetra Pak.

Tambah Abdul Rafie lagi, dengan penyusunan semula program itu, setiap program akan dipantau oleh tiga pasukan yang berasingan, terdiri daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan juga agensi-agensi kerajaan lain yang relevan dengan program tersebut.

Program Inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan.

PELAN STRATEGIK AHLI JAWATANKUASA PROGRAM 3K (2010-2014)


ISU MASALAH MATLAMAT STRATEGI INDIKATOR PENCAPAIAN
 Tahap pencapaian 3K kurang cemerlang Tahap Kebersihan sekolah bawah 80% Meningkatkan tahap kebersihan sekolah melebihi 80% -mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
-mengadakan gotong-royong
Mencapai tahap kebersihan melebihi 80%.
Tahap Keselamatan sekolah masih di bawah 70 % Meningkatkan tahap keselamatan sekolah -Taklimat tentang peraturan yang harus dipatuhi semasa berada di jalan raya. Tahap keselamatan sekolah meningkat secara berperingkat. Setiap tahun meningkat sebanyak 5%.
Tahun 2009-75%
Tahun 2010-80%
Tahun 2011-85%
Tahun 2012-90%
Tahun 2013-95%
Tahap Kesedaran murid berkaitan kesihatan kurang memuaskan Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan -Ceramah tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.
-Bebas denggi.

NOTA TEMUDUGA GURU SPP BAB 1 HINGGA 10

NOTA TEMUDUGA GURU SPP BAB 1 HINGGA 10

* Untuk membuka “link” mengikut BAB di bawah,  Sila tekan tulisan berwarna MERAH.

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020
1.4 : Islam Hadhari

BAB 2 : KEMENTERIAN

1.1 : Kementerian Pelajaran Malaysia
1.2 : Kementerian Pengajian Tinggi

BAB 3 : SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA

1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini


BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI

1.1 : Pendidikan Pra Sekolah
1.2 : Program PERMATA
1.3 : Pendidikan Rendah
1.4 : Pendidikan Menengah
1.5 : Pendidikan Khas
1.6 : Program Pendidikan Khas
1.7 : Sekolah Sukan
1.8 : Sekolah Seni
1.9 : Pembestarian Sekolah
2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
2.1 : Institusi Pengajian Tinggi
2.2 : Pendidikan Swasta
2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2.4 : Sekolah Kluster
2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional
* Tambahan penkhususan bidang di UTHM

BAB 5 : KURIKULUM

1.1 : Teori Pendidikan
1.2 : Kurikulum Prasekolah
1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
1.6 : Pengurusan Kurikulum
1.7 : Program JQAF
1.8 : Kia2M

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
1.1 : Asrama

1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks

1.3 : Biasiswa dan Pinjaman

1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat

1.5 : Program Pemakanan Sekolah

1.6 : Bimbingan dan Kaunseling

1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)

1.8 : PIBG

1.9 : Skim Baucer Tuisyen


BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum
1.2 : Sekolah Harapan Negara
1.3 : Hari Guru
1.4 : Projek Nilam
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN
1.1 : Perintah-Perintah Am

1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 : Arahan Perbendaharaan
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 : Arahan Perkhidmatan
1.6 : Akta Acara Kewangan
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU
1.1 : KSSR
1.2 : KSSM
1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.4 : MBMMBI
1.5 : 1 Murid 1 Sukan
1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional
1.7 : NKEA
1.8 : NKRA Pendidikan

BAB 10 : BAB TAMBAHAN
A : Dasar, Kurikulum & Sistem
1.1 : SBPA
1.2 : LINUS & PROTIM
1.3 : Tonggak 12
1.4 : PPSMI
1.5 : RMK – 10 ( Pendidikan)

B : Isu Semasa Pendidikan
2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar
2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik
2.3 : Isu Penempatan GSTT
2.3 : Majlis Bahasa Inggeris
2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah
2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

C : Isu Semasa Negara
3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )
3.2 : Isu Adam Adli
3.3 : BR1M
3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik
3.5 : Bajet 2012

D : Teori Pendidikan
4.1 : Taksonomi Bloom

E : Lain-Lain
5.1 : SPP
5.2 : JPA


DOWNLOAD KESEMUA BAB 1 HINGGA 10 DALAM BENTUK  MICROSOFT WORD

LINK MEDIAFIRE FREE ;

*Selepas download fail di bawah ini, extract guna winrar dan masukkan password seperti yang diberikan di bawah.
http://www.mediafire.com/?qfkqn54xsvu88bc

___________________________________________________

PASSWORD WINRAR ;

Sebagai tanda terima kasih anda boleh tekan LIKE di bawah ini ;


PASSWORD
di bawah ini ;
______________________________________

fadzilmahasiswa.blogspot.com

_____________________________________
Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page.
Sekian, Terima kasih.

BAB 10 : BAB TAMBAHAN

BAB 10 : BAB TAMBAHAN


A   : Dasar, Kurikulum & Sistem
1.1 : SBPA
1.2 : LINUS & PROTIM
1.3 : Tonggak 12
1.4 : PPSMI
1.5 : RMK – 10 ( Pendidikan)

B    : Isu Semasa Pendidikan

2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar
2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik
2.3 : Isu Penempatan GSTT
2.3 : Majlis Bahasa Inggeris
2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah
2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

C    : Isu Semasa Negara

3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )
3.2 : Isu Adam Adli
3.3 : BR1M
3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik
3.5 : Bajet 2012

D    : Teori Pendidikan

4.1 : Taksonomi Bloom

E    : Lain-Lain
5.1 : SPP
5.2 : JPA
5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

A   : Dasar, Kurikulum & Sistem

1.1 : SBPA

SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)





Apa Itu SBPA ?
Bajet
2012 telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA
yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya,
SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam
Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan
berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan
radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan
kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat
awam berasaskan prestasi kerja.


Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:


1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5)
inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service),
kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang
fleksibel dan saraan yang kompetitif;



2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi
melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.



3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan
penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut
Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat,
keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject
matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;



4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat
(4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi,
Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang
menggantikan Kumpulan Sokongan;



5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan
kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada
Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi
mengikut pencapaian prestasi;


6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;



7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif
Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam
(right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication),
penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang
boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business
process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);



8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi
fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);



9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai
Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang
kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada
pangkat;



10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan
pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang
diiktiraf sebagai subject matter expert;



11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang
mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi
(PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi
menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;



12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada
pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti
latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;



13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan
kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan
berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran
Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran
Insentif Pedalaman;



14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan
penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang
memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;



15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar
pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam
perkhidmatan;



16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang
berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan
perkhidmatan;



17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara
peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1
Januari 2013;


18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan


19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)


Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Perubahan Panggilan Gred DG Guru
;

Perubahan
Panggilan Gred DG Guru iaitu selepas Ini Tiada Lagi Gred DG 41, DG44,
DG48, DG52,dan 54. Semua Gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan
1-6. Untuk lebih mudah lihat dibawah.


  • DG41 kepada 1-1
  • DG 44 kepada 1-2
  • DG 48 kepada 1-4
  • DG 52 kepada 1-5
  • DG54 kepada 1-6


Gaji Kakitangan Awam Akan Disemak Setiap 3 Tahun Sekali, Bermakna 2015
Ada Lagi Semakan, Demikian Juga Pada 2018. Pada 2013 Dan 2016 Kadar
Elaun Akan Disemak Semula, Dan Pada 2014 Dan 2017.

Pelarasan
Gaji Akan Dilakukan Bergantung Kepada Kedudukan Kewangan Kerajaan Supaya
Menjelang 2020 Pendapatan Perkapitan Kakitangan Awam Pada 2020 Adalah
USD 15,00

Semua
Kenaikan Pangkat Tidak Lagi Bergantung Kepada Kekosongan Jawatan Tetapi
Bergantung Kepada Tahap Prestasi Dan Syarat Kelayakan. Seseorang Guru
Boleh Mencapai Ke Tahap Dg 54 ( 1-6 ) Setelah 25 Tahun Berkhidmat.


1) Guru DG41

– Ditukar kepada 1-1
– Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
– Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
– Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

2) Guru DG 44 kepada 1-2


– Ditukar kepada 1-2
– Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
– Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
– Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

3) Guru DG 48


– Ditukar kepada 1-4
– Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
– Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
– Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

4) Guru DG 52


– Ditukar kepada 1-5
– Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
– Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
– Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

5) Guru DG54


– Ditukar kepada 1-6
– Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
– Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:


(1) Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang
berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan
perkhidmatan;



(2) Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji
sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam
terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu,
gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.
Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji
maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji
maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi
guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred
DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di
bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;



(3) Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan
laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak
perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20
tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut
time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred
48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32,
jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun,
namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja.
Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini
bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah
time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan



(4) Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun
2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80
hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam
yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di
antara 7 hingga 13 peratus.



Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh
pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan
menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit.
Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan
pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang
semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.


5 SEBAB MENGAPA CUEPACS MINTA SBPA DITELITI ATAU MENOLAK SBPA


(1)Tiada Perbincangan yang dilakukan diantara pihak JPA dan Cuepacs dalam memtuskan skim baru ini.

(2)Masa yang diberikan untuk Penjawat Awam memahami dan memilih SBPA adalah terlalu singkat.

(3)Jabatan Perkhidmatan Awam dituntut agar memberi penerangan tentang
kenaikan gred Penjawat Awam dan faedah yang akan diterima di bawah SBPA
secara jelas.

(4)Memperjelaskan tentang kenaikan 7-13% gaji Penjawat Awam dalam SBPA
(5)Tiada sokongan yang jelas untuk ‘exit policy’

Penyelesaian Isu ;

(30 Dis). – BERNAMA

Skim
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi faedah kepada
penjawat awam menikmati kenaikan gaji dan jumlah pencen lebih baik
berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).


Ketua
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah
berkata SBPA merupakan semakan semula, dan bukan penambaikan kerana skim
gaji serta wang persaraan penjawat awam tidak disemak bagi satu tempoh
yang lama.


“Sebagai
contoh, sekiranya penjawat awam menerima SBPA sebelum tarikh tutup pada
15 Jan 2012, beliau akan menerima kenaikan gaji yang dikira bermula 1
Jan berbanding sekiranya penjawat awam enggan menerima skim baru
tersebut,” katanya selepas diwawancara dalam program Helo Malaysia
terbitan Bernama TV di Wisma Bernama malam Khamis.


Mengenai
pindaan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) daripada 75
peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji, beliau berkata ia tidak
menjadi masalah.


Kajian
JPA menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)mendapati
hanya 0.4 peratus penjawat awam gagal mencapai LPNT yang ditetapkan
bagi 2010, katanya.


Oleh
itu, Abu Bakar berkata tidak timbul isu JPA menurunkan standard LPNT
ekoran penurunan kepada 65 peratus kerana akhirnya prestasi penjawat
awam akan dinilai pihak berkepentingan iaitu pelanggan dan rakyat.


Jumaat
lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA
bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh
penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal hari ini.


Soalan ;


1. Terima SBPA ni kena wajib opsyen pencen 60 tahun ke?


– Tak semestinya, kepada yang melapor diri pada 1 Jan 2012, opsyen 60
tahun diberi, namun boleh bersara awal 55/56/58 sekiranya punya alasan
munasabah. Bayara pencen juga dibayar pada umur 55 tahun [walaupun
bersara 60. Bayaran juga diselaraskan bagi penjawat lelaki dan
perempuan]. Kepada yang di bawah skim SSB dan SSM dan nak tukar SBPA,
opsyen diberi sama ada kekal pada umur saraan sebelum ini atau pilih 60
tahun SAHAJA tahun lain tak boleh.


2. Apa perbezaan jadual gaji SBPA dengan skim SSM, ada kenaikan ke?


– Gaji memang berbeza sama sekali. Seperti yang dibentangkan oleh PM
pada pembentangan bajet 2012, ada kenaikan antara 7% – 13%. Jadual gaji
masih berstatus “sulit” dan kebanyakan yang ditujukkan di laman² sosial
adalah daripada slaid taklimat SBPA. Kebanyakan yang ditunjukkan adalah
benar. Namun berbeza mengikut skim. – tak erlu risau, mana yang memilih
SBPA, akan ada kenaikan pada gaji pada Januari nanti.


Jadual
gaji juga adalah mendatar (sebaris) dan kebarangkalian untuk seseorang
penjawat awam untuk sampai ke “dinding” adalah mustahil kerana selain
tempoh T di dipanjangkan sedikit, ada kemungkinan pihak kerajaan akan
membuat pelarasan gaji semula selepas setiap 3 tahun selepas ini.


Lain² persoalan utama:


  • Penjawat yang telah mendapat borang penukaran kepada SBPA ini perlu
    menyatakan persetujuan [jika bersetuju] dalam tempoh bertenang 15 hari.
    Jika penjawat diluar negara dan tida mengetahui, boleh juga diberi
    borang SBPA [jika ingin mengisi] dan perlu memberi jawapan dalam tempoh
    15 hari selepas menerima borang. Bagi yang telah mengetahui tetapi tidak
    mengisi surat persetujuan penukaran, akan dianggap kekal dengan skim
    SSM.
  • – Tempoh percubaan staf baru dipendekkan daripada 1-3 tahun kepada 6 bulan hingga 12 bulan.
  • – Gaji bagi pekerja berstatus kontrak juga akan diselaraskan semula berdasarkan skim SBPA ini.
  • – PTK digantikan dengan PROSPECT dan penjawat tidak memohon di bawah PROSPECT malah ditawarkan [ini untuk kenaikan pangkat.

  • Penilaian tahunan seseorang akan dinilai bukan sahaja oleh pegawai
    atasan malah oleh pekerja bawahan dan juga rakan sekerja [yang lain].

  • Penilaian yang kurang daripada 75% akan menyebabkan penjawat awam
    berkenaan diberikan kata dua melalui pelaksanaan EXIT POLICY [yang kini
    di bantah CUEPACS].
  • – Staf punya peluang diberikan kenaikan gaji [asalkan perform] dengan gaji akan melebihi gaji bosnya. – menarik!.

  • Kursus induksi digantikan dengan Program Transformasi Minda dengan
    tempoh program dipendekkan daripada 3 minggu kepada 5 hari sahaja.

  • Kepada yang telah lulus SKT dan menunggu untuk kenaikan gaji pada tahun
    hadapan, harap bersabar untuk menanti kata putus daripada JPA. Anda
    pasti risau tentang kenaikan gaji anda. Daripada apa yang aku dengar,
    kenaikan gaji [SSM] tak sama dengan SBPA. SBPA lagi menarik.

  • Bagi pekerja lama, skim ini hanya tertakluk dan berpeluang kepada
    mereka yang masih berkhidmat pada 2 januari. Mana yang bersara pada 1
    Januari 2012.
  • – Penjawat awam tidak perlu lagi pelepasan dengan izin jika hendak menukar agensi.

  • Penjawat awam juga diberi kebenaran untuk meninggalkan perkhidmatan
    awam dan ke sektor swasta. Jika ingin ke sektor awam SEMULA adalah
    dibolehkan dan tempoh perkhidmatan sebelum itu juga akan dikira untuk
    tujuan persaraan [pencen]. – Ni pun CUEPACS tak setuju]

  • Syarat kelayakan masuk ke perkhidmatan awam juga diperbaiki antaranya,
    BMI individu berkenaan mestilah dalam lingkungan “unggul”.

Kesimpulan ringkas:


  • SBPA ni sangat bermakna untuk pekerja baru. Sebab terus dapat gaji yang
    tinggi bersama orang lama. Ada sesetengah kes, orang lama pun akan
    dapat tangga gaji yang sama dengan staf yang baru.

  • Ada juga kes, orang lama pun ada kebaikannya [terutama yang dah langgar
    “dinding”. Mereka ini punya peluang merasa kenaikan gaji, jika memilih
    skim SBPA ini.

  • CUEPACS bantah sbelum ni pun sebab skim SBPA ni belum diterangkan
    secara jelas dan terperinci. Aku setuju juga, sesuatu yang belum jelas,
    tak kan kita nak bersetuju. Mungkin JPA boleh tambah baik proses selepas
    ini.
Apabila anda bersetuju untuk menerima tawaran SBPA, anda sebenarnya telah bersetuju untuk :
  • menggunakan Jadual Gaji Sebaris menggantikan Jadual Gaji Matriks
    yang digunakan dalam SSM. Dalam erti kata lain, mata gaji anda yang
    baru adalah mengikut susunan tangga dalam sebaris.



  • menerima kadar kenaikan gaji tahunan yang lebih menarik dan tinggi berbanding SSM seperti jadual di bawah. Namun, kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan penilaian prestasi perkhidmatan anda (markah LNPT). Anda mungkin tidak akan diberi kenaikan gaji tahunan sekiranya markah LNPT anda di bawah 70.
  • ditawarkan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60
    tahun (tapi sekiranya anda tidak berminat, anda boleh terus memilih umur
    persaraan 56 tahun atau 58 tahun mengikut SSM)



  • menerima ‘dasar pemisah’ di mana anda boleh memilih untuk bersara atau dibersarakan
    sekiranya prestasi anda adalah rendah (LNPT bawah 70) atau anda
    mempunyai masalah yang boleh menjejaskan kepentingan negara atau
    perkhidmatan. Namun, sekiranya prestasi anda rendah, anda tidak akan
    terus diberhentikan kerja. Sebaliknya, KPM akan menyiasat terlebih
    dahulu punca sebenar kenapa anda mendapat markah LPNT 69 dan ke bawah
    (a.k.a pegawai berprestasi rendah).
Banyak pihak mempersoalkan tentang perlaksanaan dasar pemisah atau exit policy
kerana dasar ini diyakini tidak akan berlaku secara adil. Kerana apa??
Kerana instrumen penilaian yang diguna pakai oleh SBPA boleh
dipersoalkan dan diragui ketelusannya. Instrumen penilaian yang
digunakan ada tiga: kaedah pelbagai penilai (multi-rater), KPI dan LNPT.

Instrumen penilaian KPI (mengikut pemahaman penulis) adalah diguna pakai
oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Sekiranya KPI yang disasarkan oleh
mereka tercapai, mereka akan menikmati 5% hingga 15% kenaikan gaji tahunan daripada gaji pokok.

Katakanlah instrumen yang digunakan
untuk Kumpulan Perlaksana (seperti guru) adalah LNPT (seperti yang
dilaksanakan tahun ini). Pegawai penilainya adalah pengetua sekolah
tersebut (manusia… yang mempunyai EMOSI yang boleh mempengaruhi
ketelusan penilaian). Pegawai A menunjukkan prestasi yang benar-benar
baik dalam perkhidmatannya namun beliau tidak sekepala dengan pengetua
sekolah tempat beliau bertugas. Adalah tidak mustahil sekiranya Pegawai A
akan mendapat markah LNPT di bawah 70 sekiranya pengetua tersebut
berniat untuk menabur pasir ke periuk nasi Pegawai A. Oleh hal yang
demikian, SBPA seharusnya dilengkapi dengan instrumen penilaian yang
lebih efisyen bagi memastikan ketelusan perlaksanaannya tidak
dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Istilah penting :

Dasar
Pemisah (Exit Policy) Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian
Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan
mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah
dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai
berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang
menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk
menjalankan tugas.

1.2 : LINUS & PROTIM

PROGRAM LINUS & PROTIM

APA MAKSUD PROGRAM LINUS?

Akronim
kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening –
Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program
ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada
(KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca,
menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan
untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi
harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan
untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang
mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI


TAHUN 1

– Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
– Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
– Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
– Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
– Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
– Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
– Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
– Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

LINUS

  • Semua
    murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk
    menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
    pendidikan rendah pada akhir 2012
  • Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
  • KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
  • PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi

LATAR BELAKANG

  • * Satu daripada National Key Result Area (NKRA)

  • “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan
    untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
    pendidikan rendah pada akhir 2012”.
  • (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)
  • * Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).

  • * Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan
    untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam
    kalangan murid sekolah rendah.
  • Rasional
  • * Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
  • * Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.

  • Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum
    menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi
    sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan.
    Antaranya:
  • Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.

  • * KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan
    supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara
    ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai
    kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar
    memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

  • * Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang
    bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1,
    2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.
    Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

Matlamat LINUS

  • – Celik huruf
  • – Celik nombor

Strategi Pelaksanaan Di Sekolah

  • Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
  • Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
  • Saringan 1 (Mac)
  • Saringan 2 (Jun)
  • Saringan 3 (September)
  • Semua
    murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap
    penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
  • Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
  • Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.


PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

PROTIM
adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun
4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah
penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan
masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan
bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.


PROTIM
pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM
mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.


Aras
modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam
program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem
bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk
membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM
mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang
ditetapkan.


Aras
soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM
sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang
tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali
melakukan kesilapan semasa menulis.


Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :

  • SELIPAR murid tulis SIPE
  • LOCENG ditulis LONCENG
  • SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.

Sesetengah
sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata
pelajaran Matematik.


Kedua-dua
program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang
dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi
maklumat berguna untuk semua.


PROTIM
dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M
dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk
murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid
dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai
sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program
PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid
selesai menduduki peperiksaan UPSR.

1.3 : Tonggak 12

Tonggak Dua Belas

Penjawat-penjawat
awam yang beretika dan bermoral tinggi dapat membantu kerajaan bagi
mencapai Wawasan 2020. Lanjutan dari itu kerajaan telah mengetengahkan
kepentingan dua belas nilai dan norma-norma kerja yang dikenali sebagai
Tonggak Dua Belas.

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemulian Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta

——————-

1. Menghargai Masa

Amalan Positif
-Menepati Masa
-Menyengerakan Tugas
-Mempunyai Perancangan Waktu
-Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
-Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif
-Menetapkan Target Date
-Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan

Amalan Negatif
-Berbual-bual Kosong
-Tidak Menyenggarakan Tugas
-Tidak Merancangkan Pekerjaan
-Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan
-Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi
-Berniaga di Waktu Pejabat
-Ke Kantin Waktu Bertugas
-Tiada Sence Of Urgency
-Tidak Merancang Pekerjaan
-Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat
-Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Amalan Positif
– Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam
melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak
rintangan.
– Bercita-cita tinggi
– Sanggup berkorban

Amalan Negatif
-Mudah tersinggung
-Mudah putus asa
-Tidak bercita-cita tinggi
-Disuruh buat baru buat
-Kurang berdisiplin
-Tidak bersemangat
-Tiada inisiatif
-Suka bertangguh

3. Keseronokan Bekerja

Amalan Positif
-Menggap kerja sebagai ibadat
-Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
-Sedia memberi kerjasama

Amalan Negatif
-Menganggap kerja sebagai beban
-Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.

4. Kemulian Kesederhanaan

Amalan Positif
-Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
-Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
-Merendah diri
-Mesra dalam pergaulan
-Tidak memperagakan kemewahan
-Sedia menerima cadangan dan nasihat

Amalan Negatif
-Menonjol-nonjolkan diri
-Berlakuan mengada-ngada
-Berlebih-lebihan mengampu ketua
-Memperagakan kemewahan dan kedudukan
-Sombong dan meninggi diri
-Membesarkan perkara kecil

5. Ketinggian Peribadi

Amalan Positif
-Tertib dan baik budi bicara
-Berilmu dan berpengetahuan luas
-Berlumba-lumba membuat kebajikan
-Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
-Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
-Bertanggungjawab -Bersih dari sifat dengki

Amalan Negatif
-Sombong dan suka menunjuk-nunjuk
-Sukar untuk membuat kebajikan
-Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
-Tamak mengejar pangkat dan kedudukan
-Menghina dan merendahkan usaha orang lain
-Hasad dengki
-Berpura-pura dalam tindakan
-Pemarah dan tidak sabar

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

Amalan positif
-Pemaaf dan berhemah tinggi
-Ikhlas dan bertimbang rasa
-Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
-Pemurah dalam usaha kebajikan
-Ramah,berbudi mulia
-Dan berkerjasama
-Boleh menerime teguran

Amalan Negatif
-Kasar dan kurang sopan
-Berdendam
-Bermuka-muka
-Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan
-Suka hina dan caci orang
-Sombong & penting diri sendiri
-Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan

7. Pengaruh Teladan

Amalan Positif
-Bermoral dan berakhlak tinggi
-Tertib dan beradap sepanjang masa
-Rajin dan kuat kerja
-Amanah dan bertanggungjawab
-Berbudi mulia serta merendahkan diri
-Gemar da cintakan ilmu yang bermanafaat

Amalan Negatif
-Buruk perangai
-Jahil dan tidak suka membaca
-Dengki dan buruk sangka
-Mempersendakan agama
-Kedekut
-Suka mencari helah untuk
mengelak tanggungjawab
-Sensitif dan pemarah

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Amalan positif
-Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi
-Tekun dan sabar menjalankan tugas
-Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas
-Mementingkan kualiti
-Bersikap profesional dan cekap
-Cepat,cermat dan berdisiplin
-Inisiatif

Amalan Negatif
-Tidak boleh diharapkan
-Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
-Tidak bersungguh-sungguh
-Tidak peka kepada kualiti
-Tidak taat kepada arahan
-Selalu buat silap
-Tidak ikut peraturan
-Suka bertangguh

9.Kebijaksanaan Berhemat

Amalan Positif
-Berhati-hati apabila berbelanja
-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
-Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat
-Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan
-Tahu membezakan antara keperluan dengan
kemewahan

Amalan Negatif
-Boros dan suka membazir
-Tidak cermat dengan harta kerajaan
-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
-Bermewah dengan harta kerajaan
-Memperaga kehebatan dan kemewahan

10. Keutamaan Kesabaran

Amalan Positif
* Tenang menghadapi masalah rumit
* Mempunyai perhitungan jauh
* Tahan menerima cabaran
* Tidak putus asa
* Pemaaf dan berhemah tinggi
* Cermat dalam tutur kata

Amalan Negatif
* Cepat mengalah
* Berpandangan sempit
* Tidak tahan menghadapi kesusahan
* Tidak sanggup berkorban
* Takutkan cabaran
* Selalu mengubah pendirian dan keputusan

11. Peningkatan Bakat

Amalan Positif
-Memberi dorongan terhadap kreativiti
-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal
-Mengalakkan pencambahan fikiran
-Memberi galakan kepada pemikiran baru
-Berani mencuba idea-idea baru
-Mengenal dan memupuk bakat yang ada
-Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru

Amalan Negatif
* Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru
* Tidak menghargai bakat yang ada
* Memperkecilkan usaha orginal
* Berpuashati dengan tahap bakat yang ada

12. Nikmat Mencipta

Amalan Positif
* Berani mencuba
* Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan
masalah
* Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
* Sentiasa dalam cabaran intelektual
* Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan

Amalan Negatif
* Takut menemui kegagalan
* Memandang remeh usaha orang lain
* Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada
* Pemikiran tidak dinamik
* Tidak suka pembaharuan
* Tidak sabar dalam penciptaan baru



1.4 : PPSMI

(PPSMI) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan
bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa
perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat
pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat
semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada
tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan
sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.

Sejarah perlaksanaan

PPSMI
telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil
daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah
pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara
berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan
perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan
Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.
Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah
Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.
Objektif

Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia[3]:

Rasional
kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah
atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga
manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat
awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum
mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas
dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.
Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan
pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini
banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa
Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa
ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Ketika
mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia
makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini
memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan
Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan
dengan bahasa Inggeris.[4]

Pelaksanaan

PPSMI
dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun
persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya
meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama.
Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada
komponen-komponen berikut:

Buku Teks (Textbook): Buku Teks
disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan
tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

Buku
Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA)
disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan
kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks.
BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh
murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap
Satu sahaja.

Buku Panduan Guru (Teacher’s Guide): Buku Panduan
Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya
memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan
meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti
guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks
Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik
Tahun Satu.

MyCD (Pupil’s CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid
yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan
matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia.
Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan,
simulasi dan e-ujian.

CD-ROM Guru (Teacher’s CD-ROM): CD-ROM
Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P
sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah
strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang
relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah
komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

Buku
Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan
untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan
hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid
dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap
Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk
Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik
adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah
melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat.

Bagi
perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah
bantahan dibuat oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi
Barisan Nasional, satu formula “2-4-3” telah dilaksanakan mulai tahun
2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina
secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik,
manakala bagi Tahap II, formula “6-2-3-2” telah dilaksanakan mulai tahun
2006 untuk tujuan tersebut.[5]

Hasil dan reaksi

Sejak
pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan
berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli
politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang
diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid
mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan
bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda
murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.

Kanak-kanak
lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang
bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan
berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris.
Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini
memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti
peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka
sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka. [6]

Sokongan
terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian
yang digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung
menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian menyokong
perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar berbahasa Tempatan (Akhbar
Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan bahasa Inggeris
cenderung membantah perlaksanaannya.

Prestasi akademik
 

Peperiksaan

Pada tahun 2007,
kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan
peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan
matematik. Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan
Sariman, mata pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan
sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%), Matematik Tambahan 6.81%
(68.61%-74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%), Matematik 1.04%
(77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%), sekaligus
membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan
dalam pelajaran peringkat menengah.[7]

Pada tahun 2008, 518,616
pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah
Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan Matematik
dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu
bahasa tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan
mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris
dalam matapelajaran sains dan matematik. Ketua Pengarah Pendidikan
Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31%
dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris
sementara untuk kerta Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang
(46%).[8] Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh
sesetengah pihak. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung
Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, “sebanyak 31.1 peratus murid-murid
yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik
adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar
belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar
masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang
perbezaan yang jauh,” di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa
Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras
dengan subjek bahasa lain.[9]

Kaji selidik akademik

Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)

Kajian
“Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap
Pembangunan Modal Insan Murid” mendapati dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan
datang. Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan
minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat peratus dan
pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains
dan Matematik.[10]

Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah
Nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan melibatkan tujuh
universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008. Antara universiti
terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi
Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia
dan Universiti Teknologi Mara.[11]

Kos kajian adalah sebanyak
RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran
sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553
guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut
dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.

Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:

menimbulkan
kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid
yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam
tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.PPSMI
telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid
untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah
lagi.

Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan
mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada
2003. Laporan eksekutif kajian ini diedarkan buat pertama kali kepada
umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan
Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan
Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di
Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.
[sunting] Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)

Kajian
antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS 2007)[12] dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch,
Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian
penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI
tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar Gred 8 atau
Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun
2007.[13]

Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar
Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor
matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan
519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula
merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi
kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Kemerosotan
skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi matematik
dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar
sekali di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya
dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark
Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003.

Bagi
kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot
kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam
Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam
2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling
ketara berbanding negara lain.

Berdasarkan perbandingan dengan
negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori
matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics
TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini
berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40
peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia
(lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima
peratus).

Dalam kategori ‘High Benchmark 550’ Matematik, hanya 18
peratus pelajar Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan
Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus) England
(35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus), Amerika
Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20
peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia
yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot
secara mendadak.

Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan
dengan pencapaian matematik dan sains ialah di kebanyakan negara
mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam bahasa keluarga
(home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding
pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa
keluarga atau bahasa kedua/asing.

Hasil kajian TIMSS ini
menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran matematik
dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan
dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007
yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik
dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England
dan Romania mencapai skor yang tinggi.

Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin

Satu
kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004
menunjukkan 75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa
Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian
sama yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru setuju pelajar
semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa
Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah
seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran
kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara
bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang berpengalaman mengajar 1
hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat.[14]

Kajian UPSI

Pihak
Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai
kesan dasar PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal
selidik dan ujian terhadap murid-murid Tahun Lima, iaitu pada
bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564 orang) dari 27 buah
sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan Januari
2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian
tersebut[15]:


    Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka
mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar
kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka
‘tidak faham/kurang faham’ pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains
dalam Bahasa Inggeris, dan mereka ‘sukar/agak sukar’ mempelajari
kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan
Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan
dalam Bahasa Inggeris dan ‘menyelesaikan masalah’. Bagi kohort Januari
2008 skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min
Sains hanya 4.08 daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga
rendah iaitu 11.87 daripada skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata
sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid
Cina dan India. … Dapatan dari kajian-kajian ini menunjukkan objektif
asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan
melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu
sedikit meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar.     ”


Kajian
ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang
tidak kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan
adalah: kelemahan guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan
dasar padahal ini masih boleh dibaiki; kekurangan analisa statistik
dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar
belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan sebagai alat
perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkan semua
sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris[16]; perbandingan hasil soalan
berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3%
menjawab soalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding
39.6% yang menepati soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil
kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengan sebaiknya saranan kajian
ini agar memansuhkan dasar ini.[17]


Reaksi dari bidang pendidikan

Kesan negatif

Menurut
satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan
sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah
dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di
peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu
Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata
pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris;
formula-formula “2-4-3” dan “6-2-3-2” bagi SJK(C) bukan sahaja
menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di
kalangan murid-murid; Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan
kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga
miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai
bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat
India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup
masyarakat mereka.[5]
[sunting] Bahasa setempat lebih sesuai

Memorandum
11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang
turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di
peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini
sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO
(1951:691) yang berbunyi:
“     Berkenaan kepentingan pendidikan,
kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam
semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya
kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai
bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan
penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di
rumah dan bahasa di sekolah.     ”

(On educational grounds we
recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a
stage in education as possible. In particular, pupils should begin their
schooling through the medium of the mother tongue, because they
understand it best and because to begin their school life in the mother
tongue will make the break between home and school as small as
possible.) [18], [19]

Selain itu, memorandum juga merujuk laporan
bertajuk Education for All: Policy Lessons From High-Achieving
Countries[20] ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra
menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa
perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica
bertajuk Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies
for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada
pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah
didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih
lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah
masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi
kemungkinan keciciran bertambah.[21]

Dasar memihak kepada keluarga di bandar

Bill
Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat di Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya, berhujah dalam satu surat kepada akhbar, bahawa dasar
ini berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan
tinggi, sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin, baik
di bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan
pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana
mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.[22]

Reaksi awam

Bantahan golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan

Kebanyakan
cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan
sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini
termasuk kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A.
Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan bersatu menyatakan
pendirian menentang dasar PPSMI.[23] Mereka menyatakan penentangan
mereka dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009.[24]

Enam alasan yang diberikan diringkaskan seperti berikut:

  1. Malaysia seharusnya mencontohi
    sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda, Belgium dan Switzerland
    yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa
    ibunda.
  2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua
    bidang bukan sahaja datang daripada negara-negara berbahasa Inggeris,
    tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa Inggeris
    seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan
    Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi
    ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.
  3. Beberapa masalah yang dihadapi
    Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat
    banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa
    itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang
    dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang
    menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita
    jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.
  4. Kegagalan mengembalikan bahasa
    Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini
    dirakam dalam sejarah sebagai “pemusnah bahasa Melayu yang telah lama
    menjadi lingua franca”.
  5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk
    bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan:
    yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang
    sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang
    berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial,
    iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah
    darjatnya.
  6. Mereka menyokong dasar yang membuka
    mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemaskini.
    Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa
    antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa
    antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri
    bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang
    dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia.
    Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar
    ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.
 Ahli politik yang mendokong

Perbahasan
mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak
pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar
PPSMI ialah Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dasar itu sendiri.
Beliau pernah menyatakan bahawa tujuan mengajar matapelajaran sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah untuk meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris, sebaliknya memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang
bernilai dalam bidang sains dan matematik melalui pengetahuan bahasa
Inggeris.[25]

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye turut
mendokong PPSMI, beliau dilihat hanya mengesyorkan untuk kerajaan bagi
menangani kelemahan daripada dasar PPSMI ini dengan lebih berkesan
khususnya yang melibatkan kefasihan guru-guru dalam bahasa Inggeris.
Namun beliau tetap berpendirian bahawa tidak perlu dimansuhkan dasar
PPSMI itu.[26]
[sunting] Ahli politik yang menentang

Pada
April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, berkata “Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur
mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-lain hal yang telah
diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini, dan “pimpinan
mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar Sains dan Matematik.”[27] Anwar mengulangi ikrar beliau
untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
ibunda sewaktu parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima
memorandum membantah PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala
Terengganu pada 15 Januari 2009.[28]

YB Khairy Jamaluddin, naib
ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan bahasa kebangsaan
sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya,
“(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok
penghadang untuk fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk
mengajar, bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat.
Saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.” Tambahnya
lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah
dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara menyeluruh,
antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di
sekolah.[29]

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir.
Mohammad Nizar Jamaluddin, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan
satu-satunya parti politik di Malaysia yang benar-benar memperjuangkan
pengembalian bahasa Melayu sebagai bahasa untuk medium pengajaran bagi
subjek sains dan matematik, ini kerana menurut beliau, PPSMI yang
diperkenalkan oleh Kabinet Malaysia sejak tahun 2002, telah melanggar
sekurang-kurangnya 5 peruntukan perundangan dan Perlembagaan Malaysia
iaitu, Perkara 8 (1) dan 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta
Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996, Peraturan Mahkamah Tinggi 1987,
Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960. Tambahan, kaedah
pelaksanaan PPSMI oleh kerajaan Barisan Nasional dilihatnya sebagai
suatu konsep prikmatik (percubaan yang dilakukan jika tidak berjaya akan
diundurkan).[30]

Penentangan awam: Gerakan Mansuhkan PPSMI

Perarakan Keranda Mac 2009

Sekitar
akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan
bergelar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah
memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya
dikenali sebagai “Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu” ini dipimpin
Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka.[31] Walaupun kelihatan erat dengan Pakatan Rakyat, GMP menolak
tanggapan bahawa mereka menyokong parti campuran tersebut[32], apatah
lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang menyokong
perjuangan mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO.[33]

GMP
mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan
pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009,
yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan
Negara Datuk A Samad Said, penyair Dinsman dan Pyanhabib, ahli
jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis
teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul
Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad,[34] dan juga pejuang
bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong
Jiao Zong.[35] Kemuncak bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui
perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan
memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan
baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.[36]

Perjuangan GMP turut
dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba mengambil
tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar
PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan
yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.[37], di samping
dilaporkan merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar “Keranda
152”, sempena dakwaan PPSMI tersebut pada bulan Februari.[38]Akan tetapi
pada 15 Februari 2009, tunjuk perasaan “Keranda 152” itu tidak menjadi
kenyataan, akhirnya mereka membuat laporan polis berhubung pelaksanaan
dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi
kira-kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri
Ismail Hussin dan berkata, laporan tersebut merupakan proses pertama
Gapena menggunakan saluran itu.[39]

Persatuan Kebangsaan Pelajar
Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar PPSMI. Pada 18
Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis yang
seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.[40]

Perspektif

Perundangan: Percanggahan dengan perlembagaan

Menurut
Prof Dr Aziz Bari, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
sangat jelas dalam Perkara 152 di mana segala urusan rasmi baik di
peringkat persekutuan dan negeri hendaklah dijalankan dalam bahasa itu.
Walaupun terdapat pengecualian kepada penggunaan bahasa Melayu oleh Yang
Dipertuan Agong, PPSMI tidak boleh dihujah sebagai sesuatu yang
dibenarkan tambahan pula dasar ini tidak dilaksanakan melalui parlimen
tetapi dibuat oleh pihak eksekutif secara tiba-tiba yang sepatutnya
perlu melalui proses rundingan dan perbincangan awam.[41] Polisi ini
sudah pun dicabar pada tahun 2002 yang oleh empat orang pelajar Melayu
Perak pada tahun 2002 kerana melanggar Perkara 152.[42] Menurut Prof Dr
Aziz lagi, mahkamah belum membuat keputusan mengenai PPSMI sedangkan
dalam kes Universiti Merdeka pada tahun 1981,[43] isu Perkara 152
Perlembagan Persekutuan telah timbul dan diputuskan oleh mahkamah. Dalam
kes Universiti Merdeka ini, mahkamah telah menolak petisyen penubuhan
Universiti Merdeka yang akan menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa
pengantar kerana bertentangan dengan Perkara 152.

Menurut bekas
pengerusi MAS, Tan Sri Dato’ Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata bahawa
penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains
tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1)
Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan
kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia.[44]
Kenyataan ini disokong oleh ramai penulis muda Malaysia seperti Faisal
Tehrani[45] dan lain-lain.

Nasib PPSMI

Rencana utama: Pemansuhan PPSMI

Sepanjang
separuh kedua tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima
sesi persidangan meja bulat di kalangan ahli-ahli akademik, persatuan
ibu bapa dan guru, kesatuan perguruan dan pertubuhan bukan kerajaan,
untuk mengkaji semula dasar PPSMI dan dijangka mengambil keputusan
terhadap PPSMI pada hujung tahun, berdasarkan keputusan UPSR dan
faktor-faktor lain.[46] Di sidang terakhir pada bulan Disember,
usul-usul yang dikemukakan para hadirin persidangan dikumpul menjadi
tujuh pilihan berkenaan nasib dasar ini, iaitu:[47]

  •     Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;
  •     Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;
  •     Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;
  •     Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;
  •     Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;
  •     Penggunaan bahasa Melayu atau
    bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun
    Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah
    menengah; dan
  •     Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.
Pada 8 Januari 2009, Datuk Hishamuddin
berkata keputusan muktamad mengenai nasib PPSMI hanya akan dicapai pada
“tahun hadapan”, walaupun hampir selesai mengkaji segala maklum balas
yang dikumpul.[48]

Setelah Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil
alih tampuk pentadiran negara selaku Perdana Menteri pada bulan April,
timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Menteri Pelajaran
baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau masih belum puas
hati dengan yang hasil kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan di
sesi perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat mencapai kata putus
mengenai nasib dasar PPSMI[49], sebaliknya masih membuka pintu kepada
kajian dan memorandum baru oleh semua pihak mengenai isu ini.[50]

Akhirnya
pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan
kajian mendalam.[1]. Dalam pada itu Tun Mahathir Mohamad memberi reaksi
tidak puas hati, lalu mengadakan undian isu tersebut di blognya bagi
menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).[51] Hasilnya dari 100,024 undi,
86% penjawab mengundi tidak kepada soalan sama ada matapelajaran sains
dan matematik harus kembali ke bahasa kebangsaan sebagai pengantar.[52]

Bagaimanapun,
pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang memulakan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh
meneruskannya hingga tamat sekolah menengah[53] sekaligus menundakan
pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau
memperkenalkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh
Bahasa Inggeris) sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada
peningkatan pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku
bahawa kerajaan tidak akan kembali ke dasar PPSMI.[54] Pada masa yang
sama, kerajaan berdepan dengan gesaan agar sekolah berbahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar dikembalikan dalam sistem pendidikan negara
demi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak
Malaysia.[55]

Pada 7 Mei 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
menolak permohonan yang difailkan pada 21 Januari 2006 oleh empat orang
pelajar, termasuk Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar (anak lelaki Datuk
Seri Mohammad Nizar Jamaluddin), agar mengisytiharkan PPSMI sebagai
batal dan tidak sah, setelah hakim memutuskan bahawa “dua surat
pekeliling ikhtisas berhubung pelaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan
dan jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) adalah tidak bercanggah dengan
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.”[56]

Sekitar masa
kontoversi PPSMI memuncak, wujudnya sebuah pertubuhan penyokong PPSMI,
bernama Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang
memperjuangkan PPSMI supaya dijadikan pilihan untuk sekolah-sekolah yang
ingin menyambung pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Atas tujuan tersebut, mereka menghantar memorandum kepada kerajaan pada
19 Januari 2011.[57] Tegas Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim,
“pencapaian cemerlang” pelajar dalam peperiksaan awam yang diambil oleh
pelajar yang menjalani PPSMI pada tahun 2010 membuktikan keberkesanan
dasar tersebut, malah penguasaan Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar
tidak terjejas pula oleh pelaksanaan dasar tersebut.[57] Tambahnya pula,
PPSMI tidak pernah mendukung gagasan pembelajaran bahasa Inggeris
menerusi Sains dan Matematik, sebaliknya bertujuan membantu pemerolehan
ilmu dalam bahasa Inggeris selaku lingua franca ilmu sains dan
matematik.[58] Bagaimanapun kajian tempatan itu tidak mengambil kira
dapatan kajian antarabangsa dalam “Trends in International Mathematics
and Science Study (TIMSS 2007)”.[59] Kajian tersebut dibuat oleh Sekolah
Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika
Syarikat. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar
Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik
2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi
1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada
471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini
mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Pada April
2011, Kementerian Pendidikan mengumumkan hasrat untuk membenarkan semula
pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris untuk
sekolah-sekolah terpilih.[58]

Pada 4 November 2011, Kabinet
Malaysia telah memutuskan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah “kekal” dan kerajaan
tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut
sesetengah pihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap
sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata
PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya
pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran
itu akan dilaksanakan sepenuhya pada 2021.

Kabinet juga
memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan
pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga
Tingkatan Lima.

Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih
sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,
bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki
Tingkatan 1 bermula tahun depan.[60]

Dalam perkembangan lain,
Dalam satu wawancara televisyen di TV3 dalam program Soal Jawab yang
disiarkan kepada umum pada jam 11.00 malam 9 November 2011, Tan Sri
Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang dijalankan di Malaysia, telah
menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasar kerajaan dalam
menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris. Sebaliknya beliau dilihat lebih berpendirian dalam menegakkan
dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI). Walaubagaimanapun dalam wawancara tersebut, Tan Sri Muhyiddin
tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan dan nasib pelajar
lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut
pengajian tinggi khususnya di Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik
IPTA dan IPTS) menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantara
pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. Di Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT di Malaysia
yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan
pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam
pelbagai bidang.

Persepsi pelajar

Berdasarkan rekod
Kementerian Pelajaran Malaysia, berkenaan dengan peratusan pelajar yang
memilih untuk meneruskan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik
dalam bahasa Melayu, sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang
akan memulakan persekolahan 3 Januari 2011 memilih menggunakan bahasa
Melayu sepenuhnya dan dwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran Sains
dan Matematik. Manakala hanya 11 peratus pelajar memilih belajar Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Berdasarkan
peratusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
berkata ini menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tepat.

Beliau
turut mendakwa, bahawa anggaran tersebut telah lama diramalkan, kerana
itu kerajaan menetapkan untuk meminda PPSMI kepada MBMMBI.

Muhyiddin
yang juga Menteri Pelajaran menyifatkan dasar yang diputuskan itu
sesuai dengan tahap keupayaan pelajar yang akan mengikuti proses
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) bagi Sains dan Matematik.

Jawatankuasa
Khas MBMMBI merumuskan 164,324 pelajar bersetuju menggunakan bahasa
Melayu sepenuhnya untuk mempelajari Sains dan 161,123 dalam Matematik,
berbanding 56,025 orang pelajar berhasrat menggunakan bahasa Inggeris
untuk belajar Sains dan Matematik pula seramai 56,248 pelajar.

Selebihnya
seramai 258,622 orang pelajar berhasrat untuk mempelajari Sains dan
261,600 orang lagi ingin pelajari Matematik dalam dwibahasa.

Tambahan
itu, Muhyiddin akan menubuhkan Majlis Bahasa Inggeris pada tahun 2012
bagi menentukan penanda aras dan tahap pencapaian BI pelajar dalam
sistem persekolahan negara.

Katanya, majlis tersebut bakal
berkelayakan sebagai tempat rujukan dan menentukan tanda aras bahasa itu
akan menggunakan pakar dalam dan luar negara serta mengadakan kerjasama
dengan Universiti Cambridge.

Muhyiddin juga menetapkan mulai
tahun depan beberapa sekolah dipilih menyertai projek rintis apabila ibu
bapa boleh mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka menerusi konsep
maya.[61]

1.5 : RMK – 10 ( Pendidikan)

RMK10 – Pendidikan

BAB 5
MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA

Modal insan
merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi
teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada
negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang
berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap
perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.
Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia
merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara. Kelayakan pendidikan
yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran
yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti
yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara
berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi
mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Carta
5-1
menunjukkan
tahap modal insan Malaysia pada masa kini berbanding dengan beberapa negara
berpendapatan tinggi berasaskan ciri tersebut. Masih
terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia
dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa
menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara
lain. Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)1,
2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras
minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan
7% dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara
relatifnya adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya
mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan
pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekurangan modal insan mahir akan menjadi lebih
meruncing dalam persaingan global yang sengit memandangkan modal insan
berkualiti 1 TIMSS menyediakan perbandingan dalam pencapaian Matematik dan
Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi pelajar yang
mengikuti lapan tahun persekolahan. Pada tahun 2007, sebanyak 59 buah negara
menyertai kajian ini. akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling
baik. Negara Asia seperti Republik Korea dan Singapura telah berjaya menjadi
negara maju dalam tempoh satu generasi. Kejayaan ini adalah hasil daripada
penentuan yang jitu dan teliti terhadap sektor keutamaan yang perlu diberi
fokus di samping memberi tumpuan kepada usaha membangun, meningkatkan kemahiran
dan menghasilkan modal insan yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan sektor
ekonomi tersebut. Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan
usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta
masyarakat. Sehubungan ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor
swasta perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal
insan dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan
memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia di sepanjang peringkat kehidupan.

Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik
Korea melalui pembangunan modal insan. Pada
masa kini, Republik Korea merupakan sebuah negara maju dalam semua
aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar dan merupakan
ekonomi yang ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi
kebanyakan negara maju yang lain. Republik Korea juga maju dalam bidang
teknologi dan kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di dunia,
iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di
kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang mempunyai pencapaian
tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa seperti
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan
Programme for International Student Assessment (PISA). Pencapaian ini
amat menarik. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik
Korea
membangun daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada
negara kuasa besar ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea yang
mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah menjadikan pendidikan
dan pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkan produktiviti
bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju. Republik
Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu
diwujudkan sistem pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar
disokong dan boleh berjaya tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi
rendah.Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea memberi tumpuan
kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat, dari sekolah rendah
sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil
termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah
sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan
teknikal dan latihan menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan
syarikat-syarikat besar di Republik Korea seperti menubuhkan universiti
korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat. Pelaburan yang
besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah
enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan
seramai 3.6 juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Korea
merekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan
yang diperlukan oleh industri yang diberi keutamaan.

Rangka kerja
pembangunan modal insan yang bersepadu bagi Malaysia

Pendidikan Awal Kanak- Kanak Prasekolah
Pendidikan Asas Pendidikan Tertiari

  • Universiti/ Kolej
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • InstitusiPendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TEVT)


Alam Pekerjaan Pesara/ Kerjaya Kedua Tema
 
▪ Mengarusperdanakandan
memperluas TEVT
 ▪ Meningkatkan
kompetensi siswazah
 ▪ Mempercepat penyusunan
semula pasaran pekerjaan
 ▪ Menarik dan mengekal
bakat terbaik
▪ Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada
▪ Memastikan setiapkanak–kanak boleh berjaya
▪ Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi
pelajar
▪ Membuat pelaburankeataspemimpin unggul
disetiapsekolah
▪ Meningkatkan daya tarik profesion keguruan dan menghasilkanguru
terbaik

Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Kerajaan akan mengguna pakai rangka
kerja pembangunan modal insan yang bersepadu.

 Rangka kerja ini akan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat, bermula
daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari
sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut:
 • Merombak sistem pendidikan untuk
meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan;
 • Meningkatkan kemahiran rakyat untuk
meluaskan kebolehpasaran; dan
• Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara
berpendapatan tinggi.

Penc paia ini mat mena ik. N mun apa y ng leb h mena jubk n ial h kep ntasan
Republi Korea m mbang n daripa a se uah nega a yan mu nah akiba pepera gan
epada negara k as besar ekon mi. Seteng h abad la u, Republi Korea yang memp
nyai amai ten ga ke ja b rkos murah telah enjadikan pen idika dan pemba gunan
modal insa sebagai at 198 Malaysia telah mencapai kemajuan
besar dalam sistem pendidikan dengan kadar literasi dalam kalangan orang dewasa
sekitar 92% dan enrolmen pendidikan rendah yang universal serta merupakan
antara negara yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmen sekolah menengah yang
terpantas. Pendidikan bukan hanya merupakan hak asasi manusia, malah amat
penting kepada perkembangan ekonomi. Prestasi pendidikan yang rendah memberi
kesan negatif kepada masa depan negara memandangkan tahap pendidikan yang
tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sekiranya tahap
pendidikan negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian antarabangsa, serta
jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam
pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan. Prestasi pelajar akan
terus ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Bagi memastikan
pencapaian dan peningkatan pelajar diukur secara objektif dan konsisten dengan
negara lain, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Programme for
International Student Assessment
(PISA) di samping meneruskan penyertaan
dalam TIMSS. TIMSS dan PISA adalah dua alat pengukuran perbandingan pencapaian
pelajar yang diiktiraf tinggi di peringkat global. Dalam penilaian terkini, 59
negara telah menyertai TIMMS pada tahun 2007, dan 65 negara menyertai PISA pada
tahun 2009. Dalam tempoh Rancangan, Kementerian Pelajaran (KPM) akan
menjalankan penilaian dan kajian semula sistem pendidikan secara komprehensif
dengan memberikan tumpuan khusus kepada peningkatan keberkesanan pelaksanaan
program pendidikan. Usaha untuk merombak sistem pendidikan akan berpandu kepada
Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi asas
kepada semua usaha transformasi pendidikan. Matlamat Falsafah ini adalah untuk
membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi melahirkan
individu yang seimbang dari segi keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Bagi memperkukuh hasrat Falsafah ini, penekanan yang lebih akan diberi kepada
penglibatan dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum sebagai usaha ke arah memupuk
pembangunan sahsiah pelajar. Sistem pendidikan negara akan terus menekankan
penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan
2020. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiatkan
bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan
kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan
tinggi.

MEROMBAK SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR
DENGAN SIGNIFIKAN

Pend dika adal h satu
aripada Bidang Keberhasi an Uta a N gara ( KRA). NKR pend dik n merupak n
landasa dan titi permu aan da am saha me ambah aik pre tasi pelajar dalam
sistem pendidi an p ringkat seko ah secara menye uruh serta m mboleh an mere a
me dapat kses ke ada pendidikan yan berkualiti.Sistem pe didika adalah penti g
un uk mempe kuk h daya s ing us seko ah keban gsaa akan teru diperkuk hkan bagi
me jadikann a sekol h p lihan kepad semua rakya Malays a mel lui peni gkatan
piaw ian dan merapatkan urang p estasi ntara sekol h kebang aan Untuk me
percepa pe ambahb ikan p esta i pel jar secara be rkesan, be terusa dan
menyeluruh, Ker jaan tidak a an ha ya mem eri tu mp an ke pada pemb ng un n fiz
kal t tapi a an l bih men mpuka kepad aspek yan memberi mpak be ar kep da
prestasi pelaj r seperti k aliti uru dan epimp nan di sekolah.

 S lara dengan pen galama pelaksana n sist m
pendi ikan erbaik duni dan keper uan un uk enghasilkan ening kat n p restas i
ela jar ya g signifik an, empat s rategi akan iguna akai dal m tempo Rancangan
ni:

Memastikan
Setiap Kanakkanak Boleh Berjaya

Dalam setiap sistem pendidikan yang unggul, kejayaan
setiap pelajar sentiasa menjadi keutamaan. Matlamat ini boleh dicapai melalui
dua pendekatan. Pertama, meletakkan sasaran pencapaian yang sama tinggi kepada
semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau tempat. Pendekatan kedua pula,
menerima hakikat bahawa sebahagian pelajar memerlukan sokongan yang lebih untuk
mencapai piawaian prestasi yang ditetapkan, terutama bagi mereka daripada
kalangan isi rumah 40% terendah. Sehubungan ini, Kerajaan akan terus memainkan
peranan yang besar dan memberi komitmen yang sepenuhnya untuk menyerlahkan
potensi diri setiap kanak-kanak di Malaysia.


Penyediaan
Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak

Pendidikan awal memainkan peranan
penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dan dapat membantu mengurangkan
masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan. Peringkat awal
pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada
perkembangan minda individu

 • Memastikan setiap kanak-kanak boleh ggi kepa a semua pe ajar ta pa m
ngira atar b lakan dan me yedia an bant an da sokonga ya g sistemati teruta a k
pada mer ka y ng ketingg lan dala pem bel ja ran;


M njadikan sekolah
bertanggu ng terhadap p estasi elajar.
Memberik n autono i kepada beberapa aspek peng rusan s
kolah ebagai g njara ke atas p ingkata sig ifika n pe ncapai an pelaja ;


Membuat pe buran bagi
memba ng emimpin n unggul i se iap sekol h.
Membuat pe aburan ya g besa bagi me ningkat an presta i
ke impin n se olah sebagai pemangki utama per bahan m nerusi riteria p milih n
yang ke at, lati an dan p ngurusan rest si yan mantap be rdasa kan pr sta si
pelajar; dan


Me ngkatkan daya ta
kan pr of keguruan dan meng asilkan guru terb ik.
Menja ika profesion k guru n lebih
menarik su aya lebih ramai in ividu berkebo ehan t nggi ermin t menyer ainya,
menin katkan kualiti atihan prakti um, dan mema tapkan penguru an prestas se ta
pembangu n profesio al berta af du ia yang ber erusan.

dan
bersifat kumulatif. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk
meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh
kepada lebih ramai kanak kanak supaya mereka boleh berjaya. Pada tahun 2011,
program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah
(PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik ‘permata’ masa hadapan
negara, akan diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk
menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan
PERMATA adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah
RM1,500. Selepas kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun
2007, sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta
dalam tempoh Rancangan.

Peningkatan Enrolmen
dan Kualiti Prasekolah
Kanak-kanak
yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan
memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan2. Pada masa ini,
kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima
tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan
keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah
dijadikan fokus utama di bawah NKRA Pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam Carta
5-3
, program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada
tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan
prasekolah akan terus dipertingkatkan. Dalam tempoh 2010–2012, sebanyak RM2
bilion diperuntukkan untuk program ini.

Merendahkan Umur bagi
Permulaan Persekolahan

Dengan
pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai
kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah
berbanding amalan sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan
persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini adalah selaras
dengan amalan di negara maju. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat
dan akan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar bandar dan perladangan
terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini
mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal.
2 High Scope Perry Pre-School Study, the United States of America (2005)202 di peringkat awal sangat penting kerana tanpa kemahiran
ini mereka akan menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya.
Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah bertujuan untuk
memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas
tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah. Bagi melaksanakan program ini,
peruntukan sebanyak RM400 juta disediakan dalam tempoh tiga tahun, iaitu
2010–2012.

Memastikan Penguasaan
Literasi dan Numerasi

Peningkatan
kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar keciciran
pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pembelajaran.
Dengan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuh pada
peringkat awal persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran pelajar daripada
sistem persekolahan dapat dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi

Program LINUS memberi tumpuan kepada intervensi awal dengan menempatkan
fasilitator dan guru pemulihan terlatih di sekolah. Sehingga kini, seramai
15,500 fasilitator dan guru pemulihan telahpun dilatih.

Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Kerajaan akan
melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasan
Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam tempoh Rancangan. Program ini bertujuan
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan
bahasa Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna
pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu
di peringkat sekolah rendah. Program MBMMBI akan juga memperkukuh

Program LINUS di seluruh
negara bertujuan meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi murid sekolah
rendah

1 Program ini memfokus kepada intervensiawal (Tahun1-3) untuk kemahiran
literasi dan numerasi. Program sebelumnya hanyamenumpukan kepada
kemahiranliterasi(KIA2M) ataukepada kanak-kanak diTahun4-6 (PROTIM) Meningkatkan
nisbahguru pemulihan daripada seorangguru bagisebuahsekolah kepada
seorangguru bagi15 murid
2 Pengurusan dan penyeliaan diturunkuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah &
dipantau oleh Inpektorat Sekolah. Sebelumini, dipantau secara berpusat
3 Guru terbaik akanditempatkandi Tahun 1 dan 2 iaitu, Program LINUS (bukannya
pada tahun peperiksaaniaitu, Tahun 6)
4 Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui
fasilitatorkhusus(FasiLINUS)
5 15,500 guru pemulihan dan fasilitator program LINUS dilatih pada tahun
2010 Perbezaan program LINUS berbanding program sebelum ini Sasaran Pencapaian Program
Literasi dan Numerasi selepas 3 tahun disekolah rendah pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang
utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa, dan
seni bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa Inggeris ditambah
daripada 4 jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dan
daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) di peringkat
sekolah rendah. Sebanyak empat daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG)
akan menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru.
Kerajaan akan menilai dan memantau keberkesanan program secara berterusan dan
melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar.

Akauntabiliti Sekolah
Terhadap Prestasi Pelajar
Sistem sekolah berprestasi tinggi menetapkan harapan
besar kepada sekolah dalam aspek peningkatan prestasi pelajar, pemantauan
jurang prestasi dan penyediaan sokongan yang sewajarnya apabila sasaran tidak
tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi tumpuan
yang jelas terhadap prestasi pelajar, dan sekolah akan dipertanggungjawabkan ke
atas pencapaiannya.

Meningkatkan Prestasi
Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti Sekolah Secara Menyeluruh

Program Pembangunan Prestasi Sekolah
yang dilancarkan pada April 2010 merupakan usaha yang menyeluruh dengan harapan
dan cabaran yang tinggi, serta meningkatkan motivasi dan sokongan kepada semua
sekolah awam untuk mengukuhkan prestasi pelajar, khususnya sekolah berprestasi
rendah yang amat memerlukan bantuan. Program ini mengandungi elemen elemen
berikut:
Penyenaraian
Kedudukan Prestasi Sekolah:
Setiap tahun semua sekolah akan dinilai dan disusun
mengikut kedudukan pencapaian prestasi. Penjelasan terperinci berkenaan
penarafan prestasi akan dimaklumkan kepada sekolah untuk meningkatkan pemahaman
dan ketelusan terhadap kaedah penilaian yang dibuat. Langkah ini bertujuan
mendorong sekolah untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan membolehkan KPM
menyalurkan sumber kepada sekolah yang amat memerlukan sokongan; dan
Pelan dan Instrumen
Penambahbaikan Sekolah:
Pelan
dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana di semua sekolah awam
sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah membuat penambahbaikan. Instrumen
ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar dan pengetua tentang
prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang perlu ditangani
mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya. Sekolah akan
merangka pelan penambah baikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu
KPM menyediakan sokongan yang sesuai untuk menjayakan pelan tersebut.
Infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, sanitasi dan
alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan
komited bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur asas ini kepada semua
sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Prestasi Sekolah,
Kerajaan akan terus memberi fokus kepada penyediaan kemudahan dan infrastruktur
di sekolah yang amat memerlukan sokongan, khususnya sekolah di luar bandar di
Sabah dan Sarawak.

Peningkatan Prestasi
Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik yang boleh
mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah
ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai
kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT
akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di
dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui
rangkaian bimbingan dan latihan. Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang
2012 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sebanyak 20 SBT telah dikenal pasti
seperti ditunjukkan dalam Carta 5-5. Sekolah ini diberi status SBT
berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri
daripada pelbagai kategori termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah
harian dan sekolah berasrama penuh.

Membuat Pelaburan ke
atas Pemimpin Unggul di Setiap Sekolah

Sistem sekolah
berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai penjana
perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, dan
seterusnya memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional
yang berkesan. Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesan
positif yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan
peranan yang penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Guru besar dan pengetua juga memastikan suasana
pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran,
serta mewujudkan persekitaran yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah.

Memperkenal Bai’ah
atau Tawaran Baru bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah
Pendekatan baru dalam pengurusan
pencapaian (Tawaran Baru) untuk guru besar dan pengetua yang dimulakan pada
2010 akan memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan bagi mereka yang
berprestasi cemerlang. Tawaran Baru ini adalah terpakai kepada semua guru besar
dan pengetua di semua sekolah awam di Malaysia. Pencapaian semua sekolah akan
dinilai dan ditaraf mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada markah
komposit.

Ringkasan pendekatan penarafan
sekolah GredPurataSekolah (GPS) Kewajaran

1 Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) adalah instrumen piawaian untuk menilai sekolah berasaskan 4
aspek utama (visi dan misi; pengurusan organisasi; program pengurusan
pendidikan; dan prestasi murid) . Mereka akan diberi ganjaran sekiranya mencapai markah
komposit yang telah ditetapkan atau menambah baik pencapaian sekolah. Program
ini memberi peluang kepada guru besar dan pengetua untuk menerima ganjaran
tanpa mengambil kira prestasi awal sekolah mereka, asalkan sekolah berkenaan
menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam senarai penarafan prestasi. Di
samping itu, dianggarkan 10% guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan
diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi
mereka. Peruntukan sebanyak RM160 juta akan disediakan untuk program ini dalam
tempoh 2010-2012.

Peningkatan Sokongan
dan Bimbingan kepada Guru Besar dan Pengetua

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam
memastikan peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan menyedari pemimpin adalah
kritikal dalam membuat perubahan, oleh itu akan terus mengukuhkan latihan
kepimpinan serta memberikan dorongan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi.
Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah institut latihan kepimpinan asas untuk
warga pendidik termasuk pengetua, pentadbir dan pegawai pendidikan. IAB
menyasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya 14,000 orang pemimpin sekolah dan
pegawai pendidikan setiap tahun dalam tempoh Rancangan berbanding dengan 8,000
orang pada tahun 2009. Kaedah penyampaian latihan di IAB akan berubah daripada
berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap pembelajaran berdasarkan pengalaman.
Kursus pendidikan dan pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas
talian menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi repositori
pengetahuan digital. Selain daripada latihan, IAB akan menyediakan perkhidmatan
konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin sekolah untuk meningkatkan prestasi.
Selaras dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah, pakar pembimbing pengetua
akan menyediakan bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan kepada sekolah
berprestasi rendah.

 Meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru
Terbaik

Kualiti
guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar seperti ditunjukkan dalam Carta
5-7
. Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global
menunjukkan bahawa pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sistem sekolah
berprestasi tinggi berupaya menarik dan menerima hanya calon terbaik sebagai
guru, meningkatkan prestasi mereka secara berterusan serta memupuk budaya
berprestasi tinggi di sekolah. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan mengambil
pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan kualiti guru baru serta menambah
baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada.

Mempertingkatkan
Kualiti Guru Baru Secara Signifikan
Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk
menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai
pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru.
Daripada permohonan kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun
2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM

Menjadikan Profesion
Keguruan Pilihan Utama

Menarik siswazah
cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh Rancangan,
Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran
tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Kerajaan akan menjadikan
profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara
berikut:
 • Ganjaran kewangan: Profesion ini sebenarnya merupakan antara profesion awam
yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi;
 • Pembangunan kerjaya: Melalui Tawaran Baru untuk guru, prospek kerjaya guru
akan menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan profesionalisme yang
lebih luas selain daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada
guru yang cemerlang;
Berprestij: Sebagai kerjaya elit, profesion
keguruan akan menggunakan kriteria pemilihan dan proses penilaian yang ketat.
Hanya calon cemerlang akan diterima dalam profesion ini; dan
 • Pembangunan nusa bangsa: Profesion keguruan bertanggungjawab
membentuk generasi pemimpin masa depan dan penting dalam membawa Malaysia
menjadi negara berpendapatan tinggi.
Pengukuhan Latihan
Perguruan Melalui Latihan Praktikum
Pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam
latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran
sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland
dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi
kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil
langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru
pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan
kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi
untuk menyelia guru pelatih. Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada
guru pelatih akan ditingkatkan melalui langkah berikut:

 • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan
dilanjutkan daripada satu tahun kepada 212 satu
tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih;
• Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah
yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru
pembimbing;
• Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan
kebolehan membimbing mereka; dan
• Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah
dan guru pembimbing.

Penghapusan Jaminan
Penempatan Guru Pelatih

Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira
prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan.
Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan
berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini
bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.

Peralihan kepada
‘Sistem Terbuka’ dalam Latihan Guru

Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada
universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan
meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi
menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih
yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan
ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik
kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan.

Tawaran Baru untuk
Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan
akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru
bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan
profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan meningkatkan guru
berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0%
menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan
daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Tawaran Baru ini
mengandungi tiga elemen: • Peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan
kecekapan dan prestasi; • Meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD)
secara sistematik kepada semua guru; dan • Kaedah pengurusan prestasi baru yang
lebih mantap.

Kemajuan Kerjaya
Lebih Cepat Berasaskan Kompetensi

Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab
utama siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan. Sepanjang 30 tahun
perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan
pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan,
pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada
gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk
guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan
lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini
juga membolehkan lebih ramai guru berpeluang mencapai gred yang lebih tinggi
dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal.
Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan
kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat
secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh
perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru
dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015.

Pembangunan
Profesional yang Berterusan yang Bersesuaian bagi Menyokong Pembangunan
Keupayaan dan Kemajuan Kerjaya

Latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru
berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi penambahbaikan kepada kebolehan
pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Pada masa ini, tiada pendekatan
yang sistematik berkaitan CPD dalam sistem pendidikan. Pendekatan CPD yang
menyeluruh akan dilaksana pada tahun 2011 dan mengandungi elemen berikut:
• Modul CPD yang bersesuaian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred
jawatan bagi melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat;
 • Modul ini memberi lebih fokus kepada
peluang pembelajaran di sekolah; dan
• Pelbagai modul CPD seperti kursus
latihan formal, pengajian pasca siswazah, pengajian jarak jauh dan aktiviti
bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk pembangunan
kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

Pelaksanaan Instrumen
dan Proses Baru untuk Penilaian dan Penaksiran Guru

Kaedah penilaian semasa ke atas guru
adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain. Kaedah ini tidak
mengambil kira prestasi pelajar, keupayaan sebenar pengajaran atau kecekapan
utama yang diperlukan dalam profesion keguruan. Skor penilaian untuk guru akan
menjadi lebih bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasi sebenar guru,
kurang subjektif dan berasaskan bukti. Satu pendekatan baru yang selari dengan
amalan di sekolah berprestasi tinggi akan dilaksana pada tahun 2011 untuk memastikan
penilaian dibuat secara tekal, objektif dan dapat memupuk budaya cemerlang di
sekolah. Pendekatan ini akan mengandungi instrumen baru bagi menilai guru yang
menggunakan kombinasi berwajaran beberapa aspek utama seperti penekanan kepada
pengajaran dan pembelajaran, nilai profesional, aktiviti di luar kelas dan
sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

Transformasi
Keberkesanan Penyampaian

Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat
diperlukan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif
akan diguna pakai untuk memastikan penyampaian dilaksanakan dengan efektif.

Pengukuhan
Penyampaian Perkhidmatan untuk Menyokong Kemajuan Sekolah

Penambahbaikan mekanisme penyampaian
kepada sekolah memerlukan perubahan dalam proses kritikal yang memberi kesan
secara langsung terhadap sekolah seperti penempatan guru, pengurusan prestasi
sekolah dan juga peranan Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah. Untuk memastikan perkhidmatan disampaikan secara optimum, KPM
akan melaksana ‘Service Line’ iaitu perkhidmatan khusus untuk membantu
sekolah yang amat memerlukan, antaranya bimbingan, bina upaya dan kemudahan
peralatan yang sewajarnya. Di peringkat prasekolah, Kerajaan akan terus
mengharmoni dan menambahbaik kualiti semua prasekolah awam yang disediakan oleh
pelbagai agensi Kerajaan. Pendekatan ini memerlukan peningkatan produktiviti
sumber manusia dan kewangan, serta pengukuhan kemampuan penyampaian.

Pelaksanaan Kurikulum
Baru untuk Memupuk Kreativiti dan Inovasi

Dalam tempoh Rancangan, kurikulum baru untuk sekolah
rendah dan menengah akan diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan
diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti
dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular
ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran
mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab 216 terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti
eksplorasi yang dapat menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum ini juga akan
menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran.
Penerapan nilai dan etika di peringkat awal amat penting dalam pembinaan
sahsiah individu. Kurikulum yang bakal diperkenalkan akan menerapkan prinsip
1Malaysia bagi pendekatan pedagogi dalam penyampaian pendidikan. Sebagai usaha
untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan,
kurikulum baru ini akan menjadikan Sukan sebagai satu subjek mata pelajaran
bermula tahun 2011. Dasar ‘1Murid, 1Sukan’ mewajibkan setiap pelajar mengikuti
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti
aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah
menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Peruntukan untuk geran sukan bagi
setiap pelajar akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi sekolah rendah
dan daripada RM4 kepada RM6 bagi sekolah menengah.

Pendidikan Asas dan
Prasekolah Swasta

Pendidikan
yang ditawarkan oleh sektor swasta semakin diterima oleh Kerajaan dan orang
ramai. Sehubungan ini, pihak swasta akan digalak untuk menyediakan pendidikan
di semua peringkat bermula daripada prasekolah sehingga pendidikan tertiari.
Kerajaan akan melaksana pelbagai kaedah perkongsian awam swasta seperti dalam
pengurusan sekolah dan pembiayaan yuran pelajar.

Perkongsian
Awam-Swasta dalam Pembangunan Prasekolah

Kerajaan akan memanfaatkan penyediaan pendidikan
prasekolah oleh sektor swasta untuk menampung kemudahan yang disediakan oleh
agensi Kerajaan. Insentif akan disediakan kepada pengusaha swasta bagi
mempercepatkan penyediaan prasekolah untuk mencapai objektif meningkatkan
enrolmen pelajar di peringkat ini. Insentif ini akan membolehkan pihak swasta
mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah di kawasan yang kurang membangun di
luar bandar. Sektor swasta dijangka akan membina 488 buah prasekolah pada tahun
2010, sebanyak 1,000 buah pada tahun 2011 dan 1,145 buah pada tahun 2012. Skim
pembiayaan bersama bagi meningkatkan permintaan terhadap pendidikan prasekolah
akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan. Usaha ini juga boleh membantu isi
rumah berpendapatan rendah mengurangkan bebanan pembiayaan pendidikan prasekolah.
Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk pendidikan
kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.

 Perkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan Asas

Perkongsian awam-swasta dalam
pendidikan asas memberi autonomi signifikan kepada pengendali sekolah, sebagai
tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi pelajar sebagaimana
dipersetujui dalam kontrak rasmi. Sebagai contoh, charter school di
Amerika ecialist chool dan pecial st  United Kingdo d n inde endent cho l di indepe
dent s ho
juga te ah di una pa ai d seko ah per endir an Cina di Malaysia.
Ke ajaa a an memper enalkan angk kerja Sekolah Amanah kepad sekola awam ang te
pilih. ekol h Am nah adala sekola awam ang di adbir b rsam ole pihak s asta da
pem mpin ekolah awa

MENINGKATKAN KEMAHIRAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MELUASKAN
KEBOLEHPASARAN

 Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah membuat
pelaburan yang besar dalam pendidikan lepasan menengah dan tertiari. Pada masa
kini, Malaysia telah menubuhkan 20 universiti awam dan 26 universiti swasta
serta 405 institusi latihan kemahiran awam dan 584 institusi latihan kemahiran
swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara telah
mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Daripada jumlah ini, lebih
daripada 81,000 siswazah adalah lepasan institusi pendidikan tinggi swasta.
Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120,000 pelatih
pada tahun 2009. Seramai 30,000 pelatih adalah daripada institusi latihan
kemahiran swasta. Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga kerja
di Malaysia mempunyai pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi
negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28%
dan mencecah 35% di Singapura dan Finland. Pada tahun 2009, sebanyak 27%
daripada siswazah institusi pengajian tinggi tempatan masih menganggur dalam
tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Bagi yang berjaya mendapat
pekerjaan pula, 29% daripada mereka pada tahun 2006 dan 33% pada tahun 2009 hanya
memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Majikan dan persatuan
industri sering mengaitkan kekurangan soft skills seperti etika kerja
yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan membuat
keputusan serta kepimpinan sebagai faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran
siswazah Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang besar antara tahap
kompetensi siswazah Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu
ditangani bagi memastikan negara mempunyai siswazah yang berkemahiran, serba
boleh dan kebolehpasaran yang tinggi. Pada masa yang sama, dianggarkan seramai
100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja
menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya memiliki kelayakan SPM. Kumpulan
pelajar ini mungkin lebih cenderung kepada kemahiran teknikal, oleh itu
mempunyai peluang yang besar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang
teknikal. Malaysia perlu memesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi
mencapai status negara berpendapatan tinggi. Justeru, peningkatan kemahiran
secara radikal perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran dengan memberi
tumpuan kepada strategi berikut:

• Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan
latihan vokasional yang berkualiti; dan
• Meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki pasaran
pekerjaan.

Mengarusperdanakan
dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional yang
Berkualiti

Malaysia berhasrat
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan
tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional
(TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan
untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan
menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan
pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan
dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran
yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi
pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau
dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara
berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara
akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang
setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan
vokasional di peringkat menengah atas bagi negara OECD adalah 44%, berbanding
hanya 10% di Malaysia. Penambahbaikan peluang, akses dan kualiti TEVT untuk
laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan akademik
pendidikan tertiari.

Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu
teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen
akademik, manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on.
Kemahiran TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta
sektor industri yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada
gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama
antara Kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang
diperoleh.222 Dalam tempoh Rancangan, empat
strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas
akses kepada TEVT yang berkualiti:
• Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar;
• Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif;
• Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan
keperluan industri; dan
• Memperkemas penyampaian TEVT.

Menambah Baik
Persepsi Terhadap TEVT dan Menarik Minat Lebih Ramai Pelajar

Terdapat banyak
peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang tidak
melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan meningkatkan bilangan
pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini, penekanan akan
diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar, penyedia
latihan dan industri. Dalam tempoh Rancangan, kempen media di peringkat
nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan
menambah baik persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang
berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat
memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis
pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian
seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan
maklumat tersebut kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi
tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar,
bermula daripada tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki
pendidikan tertiari. Langkah ini adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar
meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan
bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan
dibentuk di setiap daerah. Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk
menjalinkan hubungan yang erat dengan institusi TEVT dan majikan, serta
meningkatkan penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui pertukaran
maklumat. Kumpulan ini juga akan bertanggungjawab untuk menyediakan panduan

 Membangunkan Tenaga Pengajar TEVT yang Lebih Efektif

Laluan kemajuan
kerjaya tenaga pengajar TEVT akan diperkemas untuk menjadikannya sebagai
kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga pengajar yang berprestasi tinggi.
Tenaga pengajar yang memenuhi syarat kompetensi yang jelas di setiap gred boleh
dinaikkan pangkat tanpa bergantung kepada kekosongan jawatan. Personel industri
yang berpengalaman tinggi dan mempunyai kemahiran praktikal di tempat kerja
akan digalak menjadi tenaga pengajar di institusi TEVT. Untuk memudahkan
pengambilan ini, laluan kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang
fleksibel akan diwujudkan, dan syarat yang menyukarkan kemasukan di peringkat
pertengahan akan dihapuskan. Langkah ini akan meningkatkan kapasiti latihan dan
membantu untuk memastikan tenaga pengajar mempunyai pengalaman di tempat kerja.

Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui
peluasan program tenaga pengajar sambilan. Langkah ini akan menarik mereka yang
berminat untuk menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di
industri. Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi
dan perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan
seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelatih. Kerjasama antara institusi TEVT
dengan industri dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi membolehkan
tenaga pengajar vokasional menjalani program penempatan di industri bagi
mendapat pendedahan dan pengetahuan teknologi terkini. Pada masa yang sama,
tenaga pengajar vokasional dari industri ditempatkan di institusi TEVT bagi
memperkukuh kemahiran pedagogi mereka. Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan
meningkatkan pengambilan tenaga pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan
Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan dengan menggunakan metodologi dan
pendekatan latihan yang baru. Sebuah pusat latihan tenaga pengajar yang baru
akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan sebanyak 800 setiap tahun.
Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program
latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain.

Mempertingkat dan
Mengharmonikan Kualiti Kurikulum TEVT Selaras dengan Keperluan Industri

Pembangunan kurikulum
TEVT dilaksana oleh setiap agensi penyedia latihan dengan keupayaan, kapasiti
dan agenda tersendiri. Amalan ini menjejaskan kualiti penyampaian TEVT. Langkah
akan diambil bagi menyeragam dan mengharmonikan kurikulum, mengurangkan kos
pembangunan kurikulum, dan memastikan kurikulum selaras dengan keperluan
terkini industri. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dilantik sebagai agensi
untuk membangun dan menyeragamkan kurikulum TEVT mulai tahun 2011. Jabatan
Pembangunan Kemahiran akan memastikan kurikulum yang dibangunkan memenuhi
piawaian minimum dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.
Kurikulum TEVT akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan dengan
literasi dan numerasi serta penguasaan pelbagai bahasa. Kemahiran asas ini
penting sebagai sokongan kepada kemahiran praktikal serta pembinaan kemahiran
dan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suasana kerja.
Di samping itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan membangun bank kurikulum
untuk menyimpan semua kurikulum yang dibangunkan. 226 Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil tersendiri dan
sijil TEVT ini belum diiktiraf sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkan calon
memasuki institusi pengajian tinggi. Penerimaan sijil TEVT dalam kalangan
pelajar, ibu bapa dan majikan dapat diperluas dengan menghapuskan keraguan terhadap
kualiti latihan yang diberikan oleh pelbagai agensi. Pada masa ini, SKM,
Diploma Teknologi dan Sarjana Muda Teknologi tidak diiktiraf sepenuhnya oleh
institusi pengajian tinggi dan Lembaga Jurutera Malaysia. Untuk penyeragaman
dan pengiktirafan persijilan TEVT, SKM akan diguna pakai sebagai persijilan
kebangsaan bagi TEVT. Langkah berikut akan diambil bagi memperkukuh
pengiktirafan sijil TEVT: • Mengiktiraf dan menyeragam pelbagai tahap SKM
dengan kesemua sijil yang dikeluarkan oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012;
• Mewajibkan pekerja dalam pekerjaan terpilih memiliki SKM atau sijil yang
setaraf. Syarat ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2012; dan
• Memperluas penerimaan SKM sebagai syarat kelayakan masuk ke dalam skim
perkhidmatan awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat tinggi
dan ke institusi pengajian tinggi menjelang tahun 2011. Lembaga Teknologis
Malaysia akan ditubuh untuk mempercepat pengiktirafan sijil berkaitan kemahiran
dan teknologi. Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi pengajian tinggi
termasuk institusi TEVT menawarkan kursus berkaitan teknologi selaras dengan
keperluan ekonomi berpendapatan tinggi. Selaras dengan hasrat untuk
membangunkan pendidikan teknikal dan keperluan industri, Malaysia-Japan
International Institute of Technology
akan ditubuh sebagai institusi
berautonomi di bawah Universiti Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh
kerjasama dan rangkaian dengan Jepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.
Institut ini berupaya memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan
keberkesanan kos dalam menyediakan latihan tentang pembangunan teknologi
terkini di tempat kerja, etika kerja dan amalan pengurusan Jepun. Pada masa
ini, terdapat keperluan untuk mengurangkan pertindihan kursus yang ditawarkan
oleh pelbagai institusi latihan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti TEVT
dan mengelak pembaziran sumber. Dalam tempoh Rancangan, perkara ini akan diberi
perhatian memandangkan kadar enrolmen di institusi TEVT dijangka akan
meningkat. Institusi TEVT akan mengkaji semula, merasionalisasi dan memperkemas
penyelarasan kursus menjelang akhir tahun 2011.

Memperkemas
Penyampaian TEVT

Kaedah pembiayaan
semasa akan dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
institusi TEVT awam. Bagi menggalakkan persaingan dalam kalangan institusi TEVT
awam, penyediaan peruntukan akan berdasarkan kepada prestasi institusi.
Kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat SKM
Tahap 3 dan ke atas di institusi TEVT awam yang berprestasi tinggi. Bagi
mencapai matlamat ini, sistem penarafan untuk menilai prestasi institusi awam
dan swasta akan diperkenalkan. Pencapaian dalam sistem penarafan institusi TEVT
akan menjadi asas kepada Kerajaan untuk membiayai pelatih di institusi TEVT
swasta. Pendekatan ini akan dipertingkat dan diperluas dalam tempoh Rancangan
bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti latihan di institusi TEVT awam dan
swasta. Pelajar tercicir adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi
untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengan
kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan pekerja
mahir. Pada tahun 2007, seramai 20,000 pelajar tercicir daripada sistem
pendidikan asas dan jumlah ini meningkat kepada 30,000 orang pada tahun 2008.
Liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) akan diperluaskan bagi menyediakan
latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan golongan ini. Peruntukan tambahan
juga akan disediakan bagi membiayai kos latihan dan elaun perantisan. Dalam
tempoh Rancangan, sebanyak RM150 juta akan diperuntukkan dan seramai 20,000
pelajar tercicir akan mendapat manfaat. SLDN menekankan penglibatan langsung
industri dalam latihan dan menetapkan 70% daripada latihan perlu dijalankan di
tempat kerja. Dalam tempoh Rancangan, latihan di tempat kerja akan digalak dan
dijadikan sebagai 228 sebahagian daripada pendidikan
formal TEVT, kerana latihan ini menyediakan:
Persekitaran
pembelajaran yang kondusif.
Tempat kerja mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
baik melalui pengalaman sebenar. Kemahiran praktikal dan soft skills yang
diperoleh akan meningkatkan kebolehpasaran;
 • Aliran maklumat untuk meningkatkan kecekapan pengambilan
pekerja.
Majikan
mengetahui perkembangan prestasi pelatih dan perantis, justeru memudahkan
mereka membuat keputusan menggaji pekerja; dan
 • Sumbangan produktif. Pelatih menjalankan tugasan yang memberi manfaat kepada
majikan, ini menjadikan TEVT berfaedah kepada pelatih dan majikan. Melalui
SLDN, pekerja industri yang berpengalaman akan diberi peranan sebagai
pembimbing kepada perantis. Bagi mencapai tujuan ini, pembimbing mesti cukup
terlatih untuk memberi latihan yang berkesan di tempat kerja. Tenaga pengajar
di institusi TEVT pula perlu mempunyai kemahiran tinggi untuk melatih
pembimbing. Sebanyak RM7.5 juta akan diperuntukkan kepada SLDN untuk melatih
pembimbing dan tenaga pengajar.

Meningkatkan
Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki Pasaran Pekerjaan

 Ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi memerlukan
sebilangan besar pekerja yang berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli
profesional, agen paten dan usahawan berasaskan teknologi. Institusi pengajian
tinggi mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan modal insan
berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, menghasil dan
mempelopori pengetahuan baru serta mengaplikasi dan membangunkan teknologi.
Usaha untuk menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan sumber
domestik yang baru memerlukan bilangan siswazah yang mencukupi dan kompeten.
Walau bagaimanapun, tahap kebolehpasaran, kekurangan dan ketidakpadanan
kemahiran siswazah masih menjadi isu utama dalam pembangunan modal insan.
Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang kompeten dalam kemahiran
teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft skills termasuk
etika kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat
keputusan dan kepimpinan. Oleh itu, usaha bersepadu akan diambil untuk
mempertingkat ompetensi siswazah dan keberkesanan pembiayaan kos pengajian
tinggi, iaitu dengan:
• Memperkukuh kerjasama industri dan penyelidikan;

Memberi lebih autonomi kepada universiti dan memperkukuh budaya berprestasi
tinggi;
• Memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan
akademik dan soft skills; dan
• Melantik dan mengekalkan staf akademik
yang terbaik.

Memperkukuh Kerjasama
Industri dan Penyelidikan

 Latihan industri adalah penting untuk membantu siswazah
mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah dan
aktiviti ekonomi baru. Penglibatan sektor swasta dalam penyediaan pendidikan
melalui perkongsian awam-swasta akan dipertingkat bagi menggalakkan penyertaan
industri dalam penyediaan kursus dan latihan industri. Di samping itu, kursus
berorientasikan pasaran akan ditambah bagi memudahkan transisi pelajar ke dalam
pasaran pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara
keseluruhannya. Rangka kerja dasar yang standard bagi program latihan industri
yang berstruktur akan dilaksana oleh institusi pengajian tinggi dengan
kerjasama industri untuk meningkatkan keberkesanan program. Program ini
dirancang untuk diperluas kepada kursus selain daripada kursus yang mewajibkan
latihan klinikal seperti perubatan, pergigian dan kejururawatan. Di samping
itu, program latihan industri untuk staf akademik akan dipergiat bagi
memastikan tidak kurang 15% daripada staf akademik mengikuti sekurang-kurangnya
enam bulan latihan industri bagi setiap lima tahun tempoh perkhidmatan. Bagi
memperluas pengalaman industri kepada staf akademik, program Knowledge
Transfer Partnership
(KTP) akan diperkenal pada tahun 2011 untuk
meningkatkan kerjasama antara industri dengan universiti berkaitan. KTP
bertujuan memudahkan pemindahan kepakaran dan hasil kajian melalui projek
inovatif yang dikendalikan bersama oleh staf akademik dan rakan kongsi
perniagaan daripada industri. Di samping itu, KTP juga menyediakan latihan
berasaskan industri kepada siswazah bagi meningkatkan pengetahuan dan
pengalaman, kemahiran keusahawanan serta kebolehpasaran semasa menjalankan
projek berkenaan.230 Universiti akan digalak untuk
mewujudkan kerjasama strategik dengan institusi penyelidikan antarabangsa dan
universiti luar negara untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan
(R&D), terutama dalam bidang teknologi baru. Antara langkah yang akan
diambil adalah:
• Melaksanakan lebih banyak program sangkutan bagi membolehkan staf akademik
berkongsi pengetahuan, meneroka idea baru bagi meningkatkan kualiti
penyelidikan dan menggalakkan pertukaran staf akademik;
• Mengukuhkan pengurusan harta intelek yang dibangunkan di universiti bagi
menambahbaik tadbir urus aktiviti penyelidikan; dan
• Mengukuhkan pusat kecemerlangan di universiti melalui kerjasama industri
dalam aktiviti R&D bagi menyokong dan mempercepat pengkomersialan inovasi
dan teknologi baru.

Memberi Lebih
Autonomi kepada Universiti dan Memperkukuh Budaya Berprestasi Tinggi

Di negara lain,
universiti awam bekerjasama dengan penggubal dasar bagi membangunkan kaedah
untuk membantu institusi pendidikan tertiari mencapai kecemerlangan. Pemberian
autonomi, ketelusan dan akauntabiliti terhadap prestasi cemerlang merupakan
elemen kritikal bagi membolehkan universiti di Malaysia setanding dengan
institusi terbaik dunia. Universiti awam perlu bertanggungjawab terhadap
prestasi yang dicapai memandangkan sebahagian besar keperluan kewangan dibiaya
oleh peruntukan awam. Di samping itu, ketelusan yang lebih tinggi dalam
pencapaian prestasi akan memudahkan Kerajaan membuat penambahbaikan dan memberi
sokongan dalam bidang yang diperlukan.

Menginstitusikan
Autonomi dalam Universiti

 Universiti terbaik dunia berupaya meningkatkan inovasi
dan prestasi serta menggalak kecemerlangan melalui autonomi yang signifikan
dalam bidang berikut:
 • Peruntukan. Keupayaan untuk mengagih peruntukan mengikut keperluan,
menentukan keutamaan bidang pembiayaan, dan menetapkan yuran pengajian dalam
had yang ditetapkan;
 • Fakulti. Bebas untuk menarik dan mengekalkan staf akademik terbaik
melalui insentif yang menarik dan ganjaran yang kompetitif;
Tadbir urus. Tanggungjawab yang lebih besar dan
hak membuat keputusan penting tentang universiti termasuk hala tuju strategik,
keutamaan dan pengagihan sumber serta mendapat hak yang lebih besar dalam
membuat keputusan; dan
Pengambilan pelajar. Meningkatkan kawalan terhadap
kualiti dan profil pelajar yang akan diambil. Di bawah Accelerated Programme
for Excellence
(APEX), universiti APEX akan diberi autonomi dalam bidang
tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota sokongan, staf akademik dan
pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar. Program ini diperkenalkan
pada tahun 2008, dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai
universiti pertama diberi status APEX. Pada masa ini, USM mempunyai autonomi
dalam pengambilan pelajar. Autonomi dalam bidang lain hanya akan
dipertimbangkan setelah USM memenuhi beberapa prasyarat yang ditetapkan.
Pemberian autonomi akan diperluas kepada universiti penyelidikan dan universiti
awam lain yang mencapai tahap kesediaan yang ditetapkan.

Mengukuh Budaya
Berprestasi Tinggi di Universiti

Sistem Penarafan
Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) telah diperkenalkan kepada
universiti awam dan akan diperluas kepada semua institusi tertiari swasta yang
menawarkan pengajian di peringkat ijazah. SETARA bertujuan membuat penilaian
yang jelas dan seragam bagi meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan ke
atas prestasi, dan seterusnya meningkatkan kualiti keseluruhan sistem
pendidikan tinggi. Penarafan mengenai pencapaian prestasi institusi dari aspek
kebolehpasaran siswazah akan dihebahkan kepada umum. Penarafan ini akan
diperluas untuk meliputi aspek seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran serta
khidmat sokongan kepada pelajar. Dalam tempoh Rancangan, sistem penarafan ini
akan merangkumi setiap jabatan di institusi berkenaan. Naib canselor
bertanggungjawab ke atas prestasi universiti dan pembaharuan kontrak mereka
bergantung kepada prestasi yang dicapai. Prestasi yang rendah boleh menyebabkan
kontrak tidak disambung. Petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas bagi naib
canselor telah disediakan, termasuk KPI bagi kebolehpasaran siswazah. Dengan
ini, naib canselor akan memastikan semua staf bertanggungjawab terhadap
prestasi 232 mereka dan seterusnya meningkatkan
budaya akauntabiliti di institusi. Dalam tempoh Rancangan, pembiayaan
berasaskan prestasi institusi tertiari awam akan dilaksana bertujuan
menyediakan mekanisme pembiayaan yang telus untuk memangkin peningkatan
prestasi. Pendekatan baru ini akan mengandungi komponen berikut:

 • Pembiayaan Kerajaan berasaskan prestasi yang dikaitkan
dengan SETARA.
Pembiayaan kepada
universiti akan dikaitkan secara langsung dengan prestasi jabatan dan institusi
secara keseluruhan. Kaedah ini menyediakan mekanisme yang telus dalam penyediaan
pembiayaan dan peningkatan akauntabiliti dalam perbelanjaan peruntukan awam.
Mekanisme pembiayaan ini mempunyai dua komponen, iaitu komponen tetap dan
komponen berubah. Komponen tetap merangkumi item operasi asas seperti gaji staf
akademik dan kos utiliti, dan pembiayaannya tidak bergantung kepada pencapaian
prestasi. Komponen berubah pula bergantung secara langsung kepada prestasi yang
diukur melalui SETARA. Universiti yang menerima penarafan yang rendah akan
menerima peruntukan yang lebih kecil. Komponen berubah ini termasuk pembangunan
intelektual dalam R&D dan aktiviti ko-kurikulum pelajar;
 • Peralihan kaedah pembiayaan daripada berasaskan-penawaran
kepada berasaskan-permintaan.
Kerajaan akan mengharmonikan kapasiti pendidikan tertiari
dan mewujudkan keserataan persaingan bagi institusi pengajian tinggi awam dan
swasta dalam mengukuhkan budaya berprestasi tinggi serta meningkatkan kualiti
dan daya saing pendidikan tertiari di Malaysia. Pendekatan sedia ada, iaitu
pembiayaan awam langsung dan pemberian geran kepada institusi awam akan beralih
kepada pembiayaan berasaskan-permintaan melalui pinjaman dan biasiswa selaras
dengan pendekatan yang lebih berasaskan-pasaran; dan
Pengurangan kadar
pembiayaan Kerajaan kepada universiti.
Universiti awam perlu menambah dana melalui sumber
kewangan alternatif termasuk sumbangan daripada perbadanan, sektor swasta atau
alumni. Pendekatan ini akan memperkukuh kerjasama antara universiti dan
industri, dan seterusnya meningkatkan kesesuaian serta kualiti pengajaran dan
penyelidikan.

Memperkukuh Kurikulum
Kursus Pengajian bagi Menyeimbangkan Kandungan Akademik dan Soft Skills

Kualiti dan
kesesuaian kursus dan kurikulum adalah faktor penting yang mempengaruhi
kebolehpasaran siswazah. Dalam tempoh Rancangan, institusi pengajian tinggi
akan menyemak semula kurikulum dan kursus serta menyelaras pencapaian program
dan pembelajaran selaras dengan keperluan industri dan majikan. Sebanyak 2,730
program sedia ada akan disemak semula bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka
Kelayakan Malaysia (MQF). Semakan semula ini adalah berdasarkan kepada prinsip
berikut: • Kandungan kursus yang ditawarkan akan ditanda aras dengan kriteria
dan piawaian yang dipersetujui di peringkat nasional dan selaras dengan amalan
terbaik antarabangsa; dan • Penerapan domain yang ditetapkan dalam MQF yang
merangkumi soft skills seperti etika kerja positif, kemahiran
berkomunikasi dan membuat keputusan, kerja berpasukan dan kepimpinan. Selaras
dengan pertambahan permintaan bagi pekerja mahir dan profesional, semua
politeknik di Malaysia akan disusun semula untuk menawarkan kursus di peringkat
diploma dan ijazah serta mengurangkan secara berperingkat kursus di peringkat
sijil menjelang akhir tempoh Rancangan. Politeknik akan meningkatkan
pengkhususan dalam bidang tertentu untuk menjadi pusat kecemerlangan. Tiga
politeknik sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik premier bagi
melaksanakan penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan
untuk memupuk inovasi dan membangunkan teknologi tempatan dalam bidang baru.
Kurikulum institusi pendidikan tertiari perlu memberi lebih penekanan terhadap
pembangunan soft skills pelajar selaras dengan maklum balas yang
diterima daripada majikan. Atribut Umum Pelajar yang kini dikenali sebagai
Skala Soft Skills Malaysia (My3S) merupakan ujian penilaian kendiri
untuk menilai kompetensi siswazah dalam soft skills. Ujian ini akan
dilaksana mulai Julai 2010. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan terus
memainkan peranan penting dalam pelaksanaan MQF sebagai asas jaminan kualiti
pengajian tinggi dan pusat rujukan kriteria dan piawaian kelayakan nasional.
MQA akan memperluas kerjasama dengan agensi jaminan kualiti luar negara melalui
pemeteraian Memorandum of Arrangement sebagai usaha menetapkan tanda
aras yang 234 piawai dan membantu meningkatkan
keupayaan anggotanya.

Melantik dan Mengekalkan Staf Akademik yang Terbaik

Usaha akan dipergiat
untuk menambah bilangan staf akademik berkelayakan PhD. Peratusan staf akademik
berkelulusan PhD di semua universiti awam pada tahun 2009 adalah 35.9%.
Menjelang akhir tempoh Rancangan, staf akademik berkelayakan PhD di universiti
penyelidikan disasarkan sebanyak 75%, manakala universiti awam lain 60%. Bagi
mencapai sasaran ini, program MyBrain15 menetapkan matlamat untuk
meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015 dan 60,000 pada
tahun 2023. Program ini akan menyediakan lebih ramai calon untuk dilantik
sebagai staf akademik. Sejumlah RM2.26 bilion akan diperuntukkan bagi
menyediakan biasiswa kepada 16,800 staf akademik melanjutkan pengajian di
peringkat PhD. Proses pelantikan staf akademik juga akan diperhalusi dan
dijadikan lebih telus untuk menarik calon terbaik. Ganjaran akan dijadikan
lebih kompetitif supaya setanding dengan faedah yang ditawarkan oleh sektor
swasta serta menyediakan manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar yang
fleksibel. Sokongan kemajuan kerjaya staf akademik akan diberi keutamaan. Modul
latihan asas akan diwajibkan kepada semua staf akademik baru. Bagi memastikan
mereka mendapat panduan dan sokongan yang mencukupi pada awal kerjaya, staf
akademik baru akan diletakkan di bawah seliaan staf akademik kanan yang
bertanggungjawab membimbing dan memberi nasihat kemajuan kerjaya secara
berkala. Di samping itu, dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai staf akademik,
tugas mengajar akan dikurangkan untuk membolehkan mereka membangunkan portfolio
penyelidikan yang mantap dan memperoleh geran daripada sumber luar. Sebagai
usaha penambahbaikan kualiti staf akademik, mereka yang telah bersara dan
pensyarah luar negara akan digalakkan untuk berkhidmat di universiti awam
secara kontrak. Pensyarah sambilan dan pensyarah pelawat terutama daripada
industri juga akan digalakkan untuk mengajar di universiti awam. Bagi tujuan
ini, pakej ganjaran yang lebih menarik dan kompetitif telah disediakan. Di
samping itu, skim perkhidmatan pensyarah akan disemak semula untuk membolehkan
mereka dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang
sama tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran seperti dekan atau ketua jabatan.

MENYUSUN SEMULA PASARAN PEKERJAAN UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA
NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

 Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan
tinggi akan dicapai, antara lain, melalui pewujudan pasaran pekerjaan yang
efisien untuk membangunkan, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran.
Kekurangan kemahiran yang diperlukan akan menghalang transformasi negara kepada
ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Usaha
penyusunan semula dan pengukuhan pasaran pekerjaan perlu untuk memastikan
kecekapan pemadanan antara permintaan dengan penawaran, meningkatkan keupayaan
mengekalkan modal insan terbaik serta memperkukuh daya tarikan Malaysia kepada
pakar asing dan diaspora Malaysia. Kepelbagaian tenaga kerja Malaysia terus
kekal sebagai aset negara. Rakyat Malaysia mempunyai silang budaya yang kukuh
dan mudah menyesuaikan diri. Sikap keterbukaan dan keupayaan menguasai pelbagai
bahasa membolehkan modal insan negara mewujudkan rangkaian yang kukuh di
peringkat serantau dan global. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan komited untuk memperbaharui
pasaran pekerjaan dengan penekanan khusus ke atas peningkatan mobiliti pekerja
dan peningkatan kemahiran tenaga kerja semasa, terutama dalam kalangan isi
rumah 40% terendah. Pembaharuan pasaran pekerjaan adalah penting bagi menyedia
landasan kepada negara untuk terus berkembang ke arah ekonomi berpendapatan
tinggi. Tumpuan pembaharuan akan diberi kepada tiga bidang utama:
• Menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel;
 • Mempertingkat kemahiran dan keupayaan
tenaga kerja sedia ada; dan
• Memperkukuh keupayaan Malaysia menarik dan mengekalkan modal insan terbaik.

Menjadikan Pasaran
Pekerjaan Lebih Fleksibel

Sistem pasaran
pekerjaan yang cekap merupakan faktor penting dalam mengurangkan kos
menjalankan perniagaan, mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih
peluang pekerjaan. Berdasarkan laporan Doing Business 2008 oleh Bank
Dunia, Malaysia menduduki tangga ke-43 dalam aspek pemudahan penggajian
pekerja. Di samping itu, kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing
tidak mahir bergaji rendah telah mengurangkan kadar upah dan melambatkan
syarikat beralih kepada aktiviti bernilai tambah yang tinggi, serta menyumbang
kepada pengaliran keluar berterusan modal insan tempatan.

Mengkaji Semula
Rangka Kerja Perundangan dan Institusi bagi Menyediakan Kaedah Penggajian dan
Pemecatan yang Fleksibel

Dalam tempoh
Rancangan, usaha akan diambil untuk mengkaji semula undang undang perburuhan
supaya selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan cabaran globalisasi.
Kajian semula ini akan memastikan hubungan industri kekal relevan dengan
persekitaran semasa perniagaan, mengimbangi kestabilan sosial serta memudahkan
mobiliti tenaga kerja. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan
kecekapan penyelesaian pertikaian pekerja di Malaysia. Dalam kes lebihan
pekerja, kos pemecatan pekerja di Malaysia secara relatifnya lebih tinggi
berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Secara purata, majikan di negara ini
perlu membayar pampasan sehingga 75 minggu gaji kepada pekerja yang telah
berkhidmat selama 20 tahun semasa penamatan kontrak, berbanding hanya 56 minggu
di Thailand dan empat minggu di Singapura. Di samping itu, masa yang panjang
diambil untuk menyelesaikan pertikaian kerja. Sehubungan ini, undang-undang
perburuhan akan dikaji semula dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan
keseimbangan antara fleksibiliti pasaran pekerjaan dengan kestabilan pekerjaan
serta mempercepat penyelesaian pertikaian pekerja. Bilangan pekerja yang
diberhentikan meningkat akibat daripada perubahan struktur ekonomi negara dan
pendedahan kepada kejutan luaran. Jumlah pemberhentian pekerja yang meningkat
mewujudkan keperluan bagi penyediaan jaringan keselamatan sosial untuk membantu
mereka. Jaringan keselamatan sosial juga memberi fleksibiliti kepada syarikat
untuk mengurus tenaga kerja ketika dalam kesukaran. Tabung Bantuan Kehilangan
Pekerjaan akan diperkenalkan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja
yang diberhentikan dan tidak mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak
majikan semasa pemberhentian. Pekerja yang diberhentikan dan layak menerima
bantuan akan diberi RM600 sebulan bagi tempoh maksimum enam bulan, dengan
syarat mereka masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh tersebut. Sebanyak
RM80 juta akan diperuntukkan kepada Tabung ini dalam tempoh 2010-2012.

Memperkukuh
Perkhidmatan Pekerjaan bagi Meningkatkan Mobiliti Pekerja

Komponen penting bagi pasaran pekerjaan yang fleksibel
adalah keupayaan membuat pemadanan pekerjaan secara efektif untuk menyelesaikan
ketidakpadanan penawaran dan permintaan tenaga kerja. Terdapat peluang yang
besar untuk mewujudkan kerjasama industri dan perkongsian awam-swasta ke arah
mengukuhkan perkhidmatan pekerjaan kepada tenaga kerja Malaysia bagi
menghapuskan herotan dalam pasaran pekerjaan. Kerajaan akan mengukuh dan
memodenkan perkhidmatan pekerjaan awam melalui penaiktarafan pusat pekerjaan
awam sedia ada. Langkah ini akan meningkatkan penyampaian khidmat nasihat
kerjaya, menyedia perkhidmatan pemadanan dan penempatan yang dipacu oleh
industri, dan melaksanakan program pendidikan atau jangkauan komuniti yang
berterusan mengenai arah aliran pekerjaan dan kerjaya. Pencari kerja dan
masyarakat akan dimaklumkan tentang peluang pekerjaan yang wujud dan potensi
laluan kerjaya. Majikan akan mendapat faedah daripada akses kepada platfom
tambahan bagi memenuhi keperluan pekerja mereka. Bagi mencapai matlamat ini,
pusat pekerjaan awam yang berkesan dan cekap yang dikendali secara bersama oleh
sektor awam dan swasta perlu diwujudkan.

Memperbaharui Dasar
Pekerja Asing Tidak Mahir

Pekerja asing tidak
mahir telah meningkat lebih dua kali ganda semenjak tahun 2000 kepada 1.9 juta
orang, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-9. Kebanjiran pekerja asing
tidak mahir berkos rendah telah melambatkan pelaburan dalam mekanisasi dan
inovasi, terutama dalam sektor pertanian dan pembuatan, dan seterusnya
mengurangkan pertumbuhan produktiviti dan menjejaskan aspirasi negara untuk
beralih kepada ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Sektor yang sangat
bergantung kepada pekerja asing tidak mahir mempunyai produktiviti yang rendah,
seperti ditunjukkan dalam Carta 5-10. Kebergantungan kepada pekerja
asing tidak mahir akan dikurangkan secara berperingkat. Walau bagaimanapun,
sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja, seperti pembinaan dan
perladangan akan dibenarkan menggaji pekerja asing berdasarkan keperluan.
Langkah akan diambil untuk memastikan majikan menambah baik persekitaran kerja
dan kebajikan pekerja termasuk penyediaan perumahan dan kemudahan asas. Sistem
levi multi-tier akan dilaksana ke atas erkerja asin tidak ma ir. Mela ui
si tem i i, sya ikat ak n terd rong untuk me ingk tkan kema iran ekerja merek
atau men gaji pe erja a ing ang berk mahiran tingg .
Sistem levi baru ini bertujuan mengawal kemasukan pekerja asing tidak mahir
kerana levi akan dibayar oleh majikan dan bukannya pekerja. Penetapan kadar
levi adalah berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu bayaran levi berkadar
langsung dengan nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja, kadar akan
meningkat setiap tahun, dan berbeza mengikut tahap kemahiran pekerja asing.

Meningkatkan
Penyertaan Tenaga Kerja

Arah aliran isi rumah
dengan dua sumber pendapatan meningkatkan keperluan terhadap kaedah bekerja
yang lebih fleksibel. Sehubungan ini, Kerajaan akan memperkenal Peraturan Kerja
Separa Masa di bawah Akta Kerja 1955 dalam tempoh Rancangan. Inisiatif ini
bertujuan menggalakkan penyertaan lebih besar dalam kalangan penduduk yang
berada di luar tenaga kerja seperti suri rumah, pesara dan orang kurang upaya.
Kaedah bekerja dari rumah, teleworking, dan separa masa atau masa anjal
akan digalakkan. Di samping itu, penyertaan tenaga kerja tempatan dapat
ditingkatkan dengan memanfaatkan sepenuhnya golongan wanita di luar tenaga
kerja. Oleh itu, langkah akan diambil untuk meningkatkan kadar penyertaan
wanita dalam tenaga kerja daripada 46% pada tahun 2010 kepada 55% pada tahun
2015. Jangka hayat rakyat Malaysia kini setara dengan negara maju. Pelaksanaan
dasar dan amalan bekerja secara fleksibel dan separa masa akan menggalakkan
rakyat Malaysia yang bersara untuk terus menyumbang kepada ekonomi, terutama
dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan kepakaran mereka.

Meningkatkan
Kemahiran dan Keupayaan Tenaga Kerja Sedia Ada

Pada masa ini, hanya
28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan
berkemahiran tinggi. Peratusan ini menunjukkan sebahagian besar tenaga kerja
mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan kemahiran dan
latihan semula tenaga kerja sedia ada amat diperlukan ke arah meningkatkan
ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Kerajaan menyasarkan 33% tenaga
kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015, dan
50% menjelang tahun 2020. Pencapaian matlamat ini memerlukan penglibatan yang
lebih besar daripada sektor swasta.

Menggalakkan
Perkongsian Kos Latihan

Liputan Perbadanan
Tabung Pembangunan Kemahiran akan diperluaskan untuk menggalakkan peningkatan
kemahiran dan latihan semula tenaga kerja. Tabung ini akan memperluas bantuan
kewangan daripada lepasan sekolah kepada pekerja. Menyedari bahawa tidak semua
pekerja mampu untuk membiayai latihan, pinjaman pada kadar faedah yang rendah
akan disediakan oleh Tabung ini untuk membiayai kos latihan peningkatan
kemahiran. Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk menyediakan pinjaman
kepada pekerja, dan jumlah yang sama juga disediakan kepada lepasan sekolah.
Enterpris kecil dan sederhana (EKS) memainkan peranan penting dalam memacu
pertumbuhan ekonomi. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME
Corp.) akan membantu dalam pembangunan EKS yang berkeupayaan dan berdaya tahan
serta mampu bersaing di pasaran global. Di samping menyediakan kemudahan
infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses kepada pasaran dan
program sokongan yang lain, SME Corp. akan terus melaksanakan Program
Peningkatan Kemahiran. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan
keupayaan pekerja EKS di peringkat teknikal, penyeliaan dan pengurusan terutama
dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik, teknologi maklumat serta
reka bentuk industri. Di bawah program ini, SME Corp. akan membiayai 80%
daripada kos latihan yang ditanggung oleh majikan untuk melatih pekerja mereka
di pusat latihan bertauliah. Perkongsian kos latihan akan dipergiatkan melalui
peluasan liputan Tabung Pembangunan umber Manusia Berhad daripada 44 kepada 70
subsektor. Tabung ini adalah kumpulan wang yang disumbangkan melalui levi oleh
majikan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Dalam
tempoh Rancangan, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan bagi meneruskan
pembiayaan geran sepadan untuk latihan dan peningkatan kemahiran pekerja EKS.
Di samping itu, RM50 juta akan diperuntukkan untuk membiayai program perantisan
yang melibatkan lebih 8,000 perantis. Peruntukan ini akan digunakan bagi
membiayai elaun perantis dan yuran latihan vokasional. Kerajaan menggalakkan
semua peringkat tenaga kerja untuk terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan
ke peringkat lebih tinggi. Dalam tempoh Rancangan, program akan diperkenal bagi
menggalakkan penyertaan industri supaya bersama menaja pekerja mereka untuk
melanjutkan pengajian ke program PhD perindustrian. Program ini akan melibatkan
latihan dan penyelidikan projek berkaitan dengan pekerjaan serta berfokus
kepada keperluan industri. Program ini akan dilaksana secara bersama oleh
syarikat dengan universiti. Pendekatan ini akan menggalakkan inovasi dan
perkongsian pengetahuan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan
pembangunan enterpris, menjana pengetahuan baru di universiti, dan menggalakkan
penyelidikan yang berkaitan dengan industri dalam negara. Bagi tujuan ini,
sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan. Di samping itu, Kerajaan akan meneruskan
pelaksanaan program di bawah pakej rangsangan ekonomi 2009 dengan menyediakan
peruntukan bagi membiayai sebahagian daripada kos pengajian di peringkat PhD di
universiti tempatan. Sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan dalam tempoh
Rancangan yang akan memanfaatkan 5,000 pelajar PhD.

Menggerakkan Industri
bagi Meningkatkan Kemahiran Tenaga Kerja

 Penyediaan latihan secara langsung oleh syarikat dalam
industri tertentu akan memastikan kandungan latihan menepati keperluan
industri. Bagi tujuan ini, latihan vokasional akan diselaras dan diterajui oleh
sektor swasta. Kerajaan akan mempergiat dan menggalakkan sektor swasta untuk
membangunkan program latihan dalaman yang diiktiraf dan memperluas program tersebut
dengan menyediakan latihan kepada pelatih yang bukan hanya terdiri daripada
pekerja mereka bagi memenuhi keperluan industri. Kerajaan juga akan
melaksanakan pendekatan pembiayaan tempat latihan bagi program latihan dalam
bidang kemahiran khusus untuk sektor yang diberi keutamaan. Kursus ini akan
dipersijilkan 242 sama ada di bawah Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia atau badan persijilan antarabangsa. Program Peningkatan
Kemahiran Perindustrian (INSEP) merupakan program latihan untuk meningkatkan
kebolehpasaran siswazah dalam bidang seperti kejuruteraan, ICT dan pengurusan.
Program bridging ini dilaksanakan oleh 11 pusat pembangunan kemahiran
negeri dengan kerjasama majikan. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan
siswazah yang baru tamat pengajian dengan kemahiran khusus dan kompetensi yang
sesuai dengan keperluan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Kerjasama dalam pembangunan kerjaya dan bimbingan antara universiti dan
industri akan digalakkan. Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) yang
diuruskan oleh Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan Berprestasi Tinggi
Putrajaya akan terus dilaksana dan diperluaskan bagi meningkatkan
kebolehpasaran siswazah yang menganggur. Inisiatif ini bertujuan memudahkan
pemadanan antara siswazah dengan majikan, melengkapkan siswazah dengan
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang menepati keperluan industri dan jawatan
yang disasarkan, dan meningkatkan asimilasi serta integrasi siswazah dengan
tempat kerja. Selain daripada syarikat berkaitan Kerajaan, program ini juga
disertai oleh EKS, agensi Kerajaan dan syarikat swasta. Sejak inisiatif ini
dimulakan pada bulan Mac 2009, GEMS telah berjaya melatih 5,000 siswazah.
Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPL) bertujuan mengiktiraf
pengalaman terdahulu dan kepakaran pekerja, serta menggalak dan memberi
ganjaran terhadap pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan tenaga kerja akan
diperluas. Program ini akan meningkatkan dengan ketara prospek kemajuan kerjaya
 tenaga kerja dengan menganugerahkan SKM kepada pekerja
yang memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di tempat kerja tetapi
tidak mempunyai latihan formal. Program ini dijangka memberi manfaat kepada
lebih 60,000 pekerja setahun. Bantuan kewangan kepada pekerja untuk menjalani
latihan bagi melayakkan mereka menerima SKM akan mula dilaksana pada tahun
2011. Di samping itu, bank kredit kemahiran akan ditubuhkan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran untuk menyediakan pangkalan data bagi merekod latihan dan
mempermudah persijilan tenaga kerja mahir.

Menaik Taraf dan
Memperluas Akses kepada Kolej Komuniti

Sistem kolej komuniti
di Malaysia menyediakan pendidikan lepasan menengah dalam pelbagai kursus
teknikal dan vokasional mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia. Kolej komuniti di
seluruh negara yang berjumlah 59 buah memainkan peranan penting untuk
menyediakan latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada masyarakat
dalam pelbagai disiplin. Kolej ini juga menggalak pembelajaran sepanjang hayat
kepada semua lapisan masyarakat dan kumpulan umur. Dalam tempoh Rancangan,
Kerajaan akan memperkenal pendekatan yang lebih inovatif bagi kolej komuniti
melalui pelaksanaan program modular yang membolehkan pelajar mengikuti pelbagai
modul jangka pendek berasaskan keupayaan mereka. Modul boleh digabung untuk
melayakkan pelajar dianugerahkan SKM. Hampir 70% daripada kandungan modul ini
akan dilaksana secara latihan praktikal di industri atau di tempat kerja. Secara
khususnya, program ini akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada
pelajar yang cenderung kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak
dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas. Pendekatan modular yang lebih
fleksibel ini akan menawarkan 135 kursus yang berlainan menjelang tahun 2015
berbanding dengan 52 pada tahun 2010. Sasaran jumlah enrolmen kolej komuniti
akan meningkat daripada 31,000 pelajar pada tahun 2010 kepada 120,000 pelajar
menjelang tahun 2014.

Menarik dan
Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran

Globalisasi telah
meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara perindustrian yang
didorong oleh upah, suasana pekerjaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Modal
insan berkepakaran tinggi berupaya menyesuaikan diri di pelbagai suasana
pekerjaan di seluruh pelusuk dunia. Terdapat banyak persaingan untuk menarik
dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi ini. Usaha bersepadu akan
diambil untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi modal insan
berkepakaran tinggi bagi warga tempatan dan asing. Malaysia juga akan secara
aktif berusaha mendapatkan modal insan berkepakaran yang kritikal untuk negara.

Mempermudah Prosedur
dan Menyedia Insentif Lebih Baik untuk Menarik Modal Insan Asing Berkepakaran

Kerajaan akan menambah
baik prosedur semasa penggajian modal insan berkepakaran dari luar negara
dengan mengurangkan kesulitan, peringkat pemprosesan dan bilangan agensi
penguatkuasaan. Penambahbaikan ini bertujuan memudahkan prosedur pengeluaran
permit kerja supaya lebih liberal selaras dengan amalan negara berpendapatan
tinggi. Sehubungan ini, amalan semasa akan dikaji semula dan diselaraskan.
Insentif dan suasana pekerjaan akan ditambah baik sebagai langkah meningkatkan
lagi daya tarikan kepada modal insan asing berkepakaran. Langkah ini termasuk
membenarkan modal insan asing berkepakaran bertukar kerja dengan persetujuan
majikan yang didaftarkan, membawa pembantu rumah asing serta memberi kebenaran
kepada pasangan untuk bekerja walaupun masih memegang pas tanggungan. Bagi
meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti modal insan asing berkepakaran, had masa
visa pekerjaan akan dimansuhkan kepada mereka yang berpendapatan melebihi
RM8,000 sebulan. Visa terbuka akan dikeluarkan kepada profesional asing yang
berkemahiran tinggi tanpa dikaitkan atau disyaratkan bekerja dengan syarikat
atau majikan tertentu. Mereka juga dibenarkan membeli unit kediaman yang
berharga RM250,000 dan ke atas. Malaysia amat memerlukan peningkatan kemasukan
modal insan asing berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional untuk
menampung kekurangan modal insan tempatan. Sehingga kini, Pertubuhan Negara
negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai Peraturan Pengiktirafan Bersama
bagi pengamal kejuruteraan, kejururawatan, seni bina, perubatan dan pergigian.
Manakala, Rangka Kerja ASEAN Mengenai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi
pengamal ukur bahan dan perakaunan telah ditandatangani. Usaha akan dilaksana
dengan mengambil kira objektif bagi mempermudah mobiliti golongan profesional
ASEAN. Menjelang tahun 2015, di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi
Perkhidmatan (AFAS), Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain akan
meliberalisasi kemasukan golongan profesional. Pembangunan industri
perkhidmatan di Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya Malaysia berupaya
menarik lebih ramai modal insan berkepakaran dalam sektor perkhidmatan
profesional dari negara ASEAN yang lain.

Menjadikan Bandar
Lebih Menarik kepada Modal Insan Berkepakaran

 Kualiti hidup sesebuah bandar merupakan faktor utama bagi
modal insan berkepakaran di peringkat global memilih destinasi untuk tinggal
dan bekerja. Kuala Lumpur merupakan bandar ke-11 di Asia yang selesa untuk
didiami, dan berpotensi untuk menjadi antara lima bandar terbaik. Secara
umumnya, Kuala Lumpur berada dalam kedudukan istimewa sebagai bandar raya yang
sangat selesa dan kosmopolitan yang merupakan mikrokosma kepada Asia. Bagi
menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, Kuala Lumpur akan
digambarkan sebagai sebuah bandar raya bagi mereka yang mengutamakan kualiti
dan kepelbagaian gaya hidup, bercirikan alam semula jadi, kaya dengan budaya,
dan metropolis moden dengan infrastruktur canggih. Di samping itu, usaha bersepadu
akan dilaksana untuk menjadikan bandar raya lain seperti Georgetown, Johor
Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu lebih menarik dan selesa untuk didiami.
Inisiatif yang akan dilaksana di bandar raya tersebut termasuk peluasan ruang
terbuka seperti taman, dataran awam dan laluan pejalan kaki, memulihkan waterfronts
dan memperindah lokasi kesenian dan kebudayaan serta meningkatkan tahap
keselamatan, kecekapan pengangkutan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Mewujudkan
Kesinambungan Pembangunan Modal Insan Berkepakaran untuk Masa Hadapan

 Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi menarik
modal insan berkemahiran dari luar negara, mereka yang masih berada dalam
sistem pendidikan belum dimanfaatkan sepenuhnya. Pelajar asing yang belajar di
universiti tempatan, terutama dalam bidang kritikal merupakan potensi sumber
modal insan berkemahiran. Bagi mengekalkan pelajar ini, prosedur sedia ada yang
246 mewajibkan mereka kembali ke negara
asal sebaik sahaja tamat pengajian akan dikaji semula bagi memudahkan mereka
bekerja di Malaysia, terutama dalam pekerjaan kritikal yang terpilih. Biasiswa
akan diberi kepada pelajar terbaik dari seluruh dunia untuk melanjutkan
pengajian di peringkat pasca siswazah dan pasca kedoktoran di Malaysia dalam
bidang kritikal yang spesifik selaras dengan keperluan negara. Sebaik
menamatkan pengajian, mereka akan diberi peluang untuk bekerja di Malaysia.
Mereka yang memilih untuk tinggal dan bekerja di Malaysia akan meningkatkan
bilangan modal insan berkepakaran. Dalam tempoh Rancangan, 5% daripada pelajar
terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia akan disediakan biasiswa untuk
melanjutkan pengajian di universiti tempatan setiap tahun. Kerajaan juga akan
mengenal pasti pelajar terbaik Malaysia yang sedang belajar di universiti
terbaik di luar negara dan akan menyediakan biasiswa bagi membiayai yuran
pengajian tahun akhir dengan syarat mereka kembali ke tanah air. Di samping
itu, langkah akan diambil untuk memastikan rakyat Malaysia yang belajar di luar
negara dengan biasiswa kembali ke Malaysia sebaik sahaja menamatkan pengajian
mereka.

Penglibatan Diaspora
Rakyat Malaysia

 Kepelbagaian dan saiz komuniti rakyat Malaysia di luar
negara adalah aset unik yang boleh dimanfaatkan untuk melonjakkan Malaysia ke
arah ekonomi berpendapatan tinggi. Dianggarkan lebih daripada 700,000 rakyat
Malaysia bekerja dan tinggal di luar negara, kebanyakan daripada mereka adalah
profesional berkemahiran tinggi. Kerajaan akan mengambil usaha yang tekal untuk
mengenal pasti rakyat Malaysia yang berbakat di luar negara, untuk terlibat
dengan mereka dan mendorong mereka menyumbang kepada negara melalui tindakan
berikut:
Mengekalkan hubungan.
Diaspora Malaysia
akan dilibatkan secara aktif dalam membina dan memperkukuh hubungan mereka
dengan Malaysia. Kerajaan secara aktif akan mengenal pasti, mempertemu dan
membentuk jaringan. Pangkalan data diaspora yang lengkap mengandungi maklumat
seperti pakar dalam sektor ekonomi utama dan latar belakang kemahiran akan
diwujudkan dan diselenggara supaya mereka dilibatkan dalam bidang bersesuaian;
Mengesah dan
mengiktiraf sumbangan.
Anugerah
dan acara yang bersesuaian akan diwujudkan untuk mengiktiraf dan meraikan
pencapaian penting ahli komuniti diaspora Malaysia. Di samping itu, persatuan
diaspora Malaysia akan diwujudkan bagi menyediakan peluang rangkaian melalui
saluran atas talian dan pertemuan bersemuka di bandar raya yang menjadi tumpuan
rakyat Malaysia di luar negara untuk menyediakan aktiviti dan peluang yang
lebih besar untuk mereka menyumbang kepada negara;

 •Mendapatkan idea dan nasihat.
Dialog berkala akan
diwujudkan antara wakil Kerajaan dengan diaspora Malaysia di bandar raya utama
yang membolehkan ahli diaspora bertukar idea dan memberi input untuk
penggubalan dasar terutamanya yang berkaitan teknologi dan perindustrian. Di
samping itu, diaspora Malaysia terkemuka akan diiktiraf sebagai autoriti dalam
bidang tertentu seperti sektor ekonomi yang utama. Mereka ini akan dirujuk dan
ditawarkan untuk menganggotai lembaga penasihat; dan
Sumber pelaburan
modal.
Kerajaan akan
menggalak diaspora Malaysia untuk melabur di Malaysia. Mengambil kira kepakaran
mereka, diaspora akan ditawar untuk melabur dalam projek khusus dengan
kerjasama entiti perniagaan tempatan atau agensi sektor awam melalui usaha
sama.

Menubuhkan Talent
Corporation
bagi Membekalkan Negara dengan Modal Insan Berkepakaran yang
Diperlukan

Usaha menarik
pelaburan telah dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia dengan jayanya,
tetapi tiada agensi yang bertanggungjawab dalam menarik modal insan
berkepakaran yang bertaraf dunia bagi merapatkan jurang kemahiran serta
membekalkan modal insan yang sangat diperlukan dari dalam dan luar negara. Oleh
itu, Talent Corporation (TC) akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah
Jabatan Perdana Menteri dengan mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan
modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi
berpendapatan tinggi. TC akan mempunyai tiga peranan utama:
Sebagai pemangkin. TC akan meneraju dan memacu
inisiatif dalam usaha untuk menarik dan membangunkan modal insan berkepakaran
bertaraf dunia melalui pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaan dengan
kerjasama sektor awam dan swasta. Inisiatif ini merangkumi usaha untuk
melibatkan diaspora Malaysia, 248 mengenal
pasti dan mengumpul modal insan berkepakaran yang berpotensi, dan mencungkil
bakat dan mempergiat pembangunan pemimpin pelapis;
Sebagai pemudah cara.
TC akan membantu
industri dan sektor swasta dalam mewujud, memotivasi dan mengekalkan modal
insan berkemahiran. Pihak berkepentingan dari pelbagai agensi dan syarikat akan
diketemukan untuk mewujudkan keselarasan dan koordinasi kukuh kepada pengurusan
modal insan berkepakaran kebangsaaan. Di samping itu, peranan ini akan
dilengkapkan melalui penyediaan insentif dan sokongan untuk menghubung dan
mengagih modal insan berkepakaran; dan
 • Sebagai penyampai. TC akan bertanggungjawab memastikan inisiatif utama
negara tentang pembangunan modal insan di semua peringkat dilaksanakan bagi
membangunkan dan mengekalkan modal insan berkepakaran di Malaysia dan
merapatkan jurang yang besar serta menangani halangan dalam pembangunan modal
insan berkepakaran. TC juga akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program
dan mengenal pasti program dan menilai kesan inisiatif utama pembangunan modal
insan berkepakaran. Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran Kebangsaan yang
bersepadu akan dibangunkan oleh TC dengan kerjasama sektor awam dan swasta pada
tahun 2011. Rangka tindakan ini akan mengenal pasti dan membuat unjuran
keperluan modal insan berkepakaran dalam sektor ekonomi utama dari semasa ke
semasa, dan membangunkan inisiatif yang khusus bagi mempercepat bekalan modal
insan berkepakaran yang kritikal. Rangka tindakan tersebut akan:
• Menyediakan analisis menyeluruh bagi menangani isu modal insan berkepakaran
bermula daripada peringkat prasekolah hingga persaraan, dan akan dipacu oleh
permintaan dengan kerjasama industri bagi memastikan kesesuaiannya dengan
keperluan pasaran dan ekonomi berasaskan pengetahuan; dan
• Mengandungi maklumat terperinci mengenai keseluruhan peringkat pembangunan
modal insan bagi memenuhi keperluan sektor yang diberi keutamaan dan Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEAs), jurang permintaan dan penawaran modal insan
semasa an pada masa akan datang serta portfolio inisiatif bersepadu untuk
memastikan program dilaksana dan ditadbir urus dengan berkesan. Selaras dengan
peningkatan persaingan modal insan berkepakaran di peringkat global, langkah
yang proaktif diperlukan bukan sahaja untuk menarik, malahan untuk mengenal
pasti modal insan asing yang berkemahiran. Pendekatan yang akan diambil adalah
sama seperti pendekatan untuk menarik pelaburan langsung asing. TC akan
bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan perwakilan Malaysia untuk merancang
dan melaksana strategi secara giat untuk menarik modal insan asing dan diaspora
Malaysia, terutama mereka yang berkepakaran dalam sektor ekonomi yang diberi
keutamaan atau bakal siswazah dari universiti terkemuka dunia. Di samping usaha
mengadakan roadshow dan festival kerjaya, Kerajaan akan melatih,
mengenal pasti dan menarik modal insan asing berkepakaran tinggi bagi memenuhi
kekurangan kemahiran dan pengetahuan tertentu di Malaysia. Program menarik dan
mengekalkan modal insan sedia ada seperti Program Menggalak Warga Negara
Malaysia yang Berkepakaran yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia dan
Program Brain Gain akan digabungkan di bawah TC dan diperkukuh untuk
memastikan penyelarasan yang lebih baik, lebih fokus dan memberi impak yang
lebih besar. Insentif di bawah program ini akan dikaji semula dan diperluas
untuk menjadikannya lebih menarik bagi kumpulan modal insan berkepakaran tinggi
yang disasarkan di luar negara.

KESIMPULAN

Pembangunan modal
insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam mentransformasikan
ekonomi Malaysia
daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi.
Untuk mencapai daya saing yang tinggi di peringkat global dan ekonomi
berasaskan inovasi, pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk membangun,
menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi negara diperlukan.
Malaysia perlu merapatkan jurang untuk mencapai modal insan berkepakaran
bertaraf dunia. Kerajaan akan melaksanakan perubahan menyeluruh di setiap tahap
pembangunan modal insan sepanjang kitaran hayat, iaitu daripada menambah baik
pendidikan awal kanak kanak sehingga peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia
ada. Pembangunan dan pengukuhan kualiti guru akan diberi tumpuan untuk
meningkatkan pencapaian pelajar. Sekolah dan pengetua akan dipertanggungjawab
terhadap pencapaian pelajar serta diberi lebih bantuan dan autonomi sewajarnya.
Dalam tempoh Rancangan, lebih penekanan akan diberi kepada latihan kemahiran
bagi memastikan negara dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan
industri, meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih
tinggi. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional akan diarusperdanakan, dan
pendidikan tertiari akan dinaik taraf dengan ketara melalui pemberian autonomi
yang lebih besar dan pengurusan berprestasi tinggi dengan matlamat ke arah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan mobiliti kerja. Dalam tempoh
Rancangan, sumber akan ditumpukan kepada usaha untuk membangun serta
mengekalkan modal insan terbaik bertaraf dunia. TC akan ditubuhkan dengan
mandat utama untuk mengenal pasti dan membekal modal insan berkepakaran tinggi
yang amat diperlukan oleh sektor ekonomi utama bagi memastikan aspirasi negara
tercapai. Pada masa yang sama, usaha yang lebih gigih diambil untuk memastikan
akses yang saksama kepada peluang meningkatkan kemahiran dan menyokong golongan
yang amat memerlukan. Sehubungan ini, inisiatif latihan kemahiran akan
ditumpukan kepada isi rumah 40% terendah serta program penambahbaikan sekolah
dan inisiatif LINUS dilaksana bagi merapatkan jurang pencapaian bagi pelajar
yang ketinggalan dalam pembelajaran dan meningkatkan pencapaian sekolah
berprestasi rendah. Langkah ini akan memastikan setiap pelajar di Malaysia
boleh berjaya. Modal insan berkemahiran tinggi merupakan asas terpenting bagi
mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf
dunia untuk Malaysia amat memerlukan usaha yang tekal, terselaras dan berfokus
supaya kepelbagaian dapat dimanfaatkan ke peringkat antarabangsa serta untuk
memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia.


B    : Isu Semasa Pendidikan

2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar


Wang Bantuan RM100 kepada Pelajar tahun 2012 dari Kementerian Pelajaran Malaysia


Wang bantuan RM100 ini diberikan lanjutan daripada janji kerajaan pada
Bajet Negara yang dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia.


Matlamat pemberian wang bantuan



Matlamat pemberian wang bantuan rm100 ini ialah meringankan beban
ibubapa yang terpaksa menanggung beban mengeluarkan perbelanjaan lebih
bagi membeli perlatan-peralatan sekolah dan pakaian untuk anak-anak yang
bakal memulakan persekolahan pada bulan Disember 2011


Siapa yang layak terima?



Wang bantuan rm100 ni layak diterima oleh ibu bapa pelajar daripada
tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Setiap pelajar akan menerima rm100
setiap seorang. Pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan rm100 ini
ialah mereka yang bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan
Kerajaan,Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Persendirian yang berdaftar
dengan Kerajaan dan Sekolah Agama Negeri.


Bila wang bantuan rm100 mula dibayar


Ianya mula dibayar mulai 15 November 2011 dan akan berakhir pada tarikh yang akan diumumkan oleh kerajaan kelak.

Bagaimana wang ini dibayar


Wang
bantuan ini dibayar dengan cara tunai kepada ibu bapa. Pihak sekolah
akan mengeluarkan borang akuan penerimaan/penolakan dan setelah diisi
ibu bapa perlu mengembalikannya kepada pihak sekolah.


Tanggungjawab pihak sekolah mengagihkan wang bantuan

  • Pelajar-pelajar yang layak menerima wang bantuan perlulah dikenalpasti dan disenaraikan .
  • Pembayaran hendaklah dilakukan secara tunai kepada ibubapa setelah wang dikeluarkan daripada Bank Simpanan Nasional.
  • Wang bantuan tidak boleh diberikan dalam apa-apa bentuk seperti cek, wang pos, baucar atau lain-lain kecuali tunai sahaja.
  • Wang bantuan hendaklah diberikan
    kepada pelajar-pelajar yang layak menerima dalam tempoh 14 hari bekerja
    daripada tarikh wang tersebut diterima oleh pihak pentadbiran
    sekolah-sekolah.
  • Pihak sekolah hendaklah memastikan
    ibu bapa yang telah menerima wang bantuan rm100 menurunkan tandatangan
    di dalam borang Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dan proses ini
    hendaklah disaksikan oleh oleh 2 orang guru sekolah

2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik

Kementerian
Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku
bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa
Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik,
Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

Semua
pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di
IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma,
Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian
persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan
separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari
2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan
baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik
dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan
sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Semua
IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad
Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak.
Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT
masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00
setiap keping.

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

Baucar
ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah
dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

Tuntutan
bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank
Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30
April 2012;

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

2.3 : Isu Penempatan GSTT

ISU PENEMPATAN GSTT

7,079 GSTT ke jawatan tetap

PUTRAJAYA:
Seramai 7,079 daripada 13,184 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di
seluruh negara akan diserapkan dalam jawatan tetap selepas mengikuti
kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih, mulai Januari ini.


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata langkah itu
membuktikan komitmen Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menyelesaikan isu membabitkan
13,184 guru GSST di seluruh negara.

Beliau
berkata, sebenarnya seramai 1,799 daripada 13,184 guru GSTT terbabit
sedang mengikuti latihan perguruan menerusi mod kursus dalam cuti (KDC)
di IPGM di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu.


“Bagaimanapun, pada hari ini (semalam), kita memutuskan untuk memberi
peluang kepada 7,079 guru GSTT mengikuti latihan perguruan di IPTA dan
IPGM di seluruh negara mulai Januari depan.

“Ia
dilakukan selepas proses saringan permohonan daripada GSTT menerusi
kaedah penyerapan di bawah Skim Perkhidmatan Pelajaran selesai,” katanya
selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu GSTT di
pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau
berkata, daripada jumlah berkenaan, 4,433 GSTT akan mengikuti kursus
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah KPLI (DPLI) di IPTA (mulai Februari
2012).

“Selebihnya
akan mengikuti kursus menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) serta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPGM di seluruh
negara mulai 9 Januari depan,” katanya.


Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kementerian menolak 2,788 permohonan
lain kerana GSTT terbabit gagal mengemukakan maklumat lengkap atau
dokumen asal ketika menghadiri temu duga sebelum ini.


Bagaimanapun, katanya, kementerian bersedia memberi peluang membenarkan
guru terbabit membuat rayuan dengan mengemukakan permohonan lengkap
bersama salinan sijil asal yang sudah disahkan untuk pertimbangan semula
kementerian sebelum tarikh tutup pada 26 Disember ini.


“Kementerian juga menolak permohonan 2,012 calon lain kerana tidak
memenuhi syarat minimum iaitu berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya
dua tahun berturut-turut.

“Selebihnya,
916 permohonan lagi ditolak kerana berumur lebih 35 tahun iaitu
melebihi had ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.



2.3 : Majlis Bahasa Inggeris




2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah

2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
BERTEMPAT DI
GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE

PADA 06 JANUARI 2012

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri,
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

Yang Berbahagia Dato Sri Abd Ghafar bin Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Ketua-Ketua Jabatan,

Dif-Dif Kehormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin,

Tuan-Tuan, Puan-Puan,

Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam satu majlis bersejarah yang menandakan permulaan transformasi pendidikan vokasional, selaras dengan agenda yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan perhargaan kepada pihak penganjur dan tuan rumah iaitu German Malaysia Institut (GMI) kerana dapat menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

2. Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan berhasrat untuk merealisasikan ‘High Income Economy’ atau Ekonomi Berpendapatan Tinggi. Dalam Model Baru Ekonomi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato` Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dinyatakan bahawa kejayaan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan negara merupakan faktor yang kritikal, bagi menentukan pencapaian kemajuan dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan vokasional.

Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

3. Dalam memenuhi aspirasi ini, pendidikan vokasional adalah laluan yang penting ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan dengan keperluan semasa. Dalam hal ini, penekanan terhadap penambahbaikan kualiti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional adalah sangat penting seterusnya menyumbang kepada mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Peningkatan kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Sehubungan itu, sistem latihan kemahiran dan jalinan usahasama dengan pihak industri perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif dan menepati keperluan serta perkembangan ekonomi negara. Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibat menjadi faktor penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing. Tugas yang paling mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Para hadirin sekalian,

4. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 lagi dengan melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional di negara maju dan negara serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD ) adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika kita melihat kepada negara-negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam sistem pendidikan di semua negara ini. Sebagai contoh, di Jerman, Finland dan Austria, hampir 50 peratus hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program apprenticeship. Malahan di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untuk mengikuti pendidikan vokasional pada peringkat umur 14 tahun lagi. Di negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas mejangkau 40 hingga 60 peratus. Dalam pada itu, pendidikan vokasional di sekolah luar negara juga melibatkan On The Job Training bagi menghasilkan tenaga kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka dianugerahkan sekurang-kurangnya sijil dan ada negara yang menawarkan sehingga peringkat diploma.

5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau, pendidikan vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar dan segera. Jika ini tidak dilakukan, kita bimbang negara kita tidak kompetitif di peringkat global dan terus ketinggalan. Kejayaan perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik, tetapi definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.

Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

6. Pendidikan vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep Pendidikan Untuk Semua ( Education For All ) seperti yang digariskan oleh UNESCO. Program Pendidikan Asas Vokasional ( PAV ) yang dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari peringkat menengan rendah lagi sehingga ke tahap kolej vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta ( ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dinaik taraf menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang disebutkan tadi. Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.

Hadirin sekalian,

7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu. Proses dilaksana menerusi lima strategi, lima inisiatif dan sebelas tindakan. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional yang akan dilancarkan sebentar lagi.

8. Lima strategi utama ini merangkumi:
– Transformasi kurikulum pendidikan vokasional
– Transformasi institusi pendidikan vokasional
– Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri
– Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional.
– Transformasi organisasi pendidikan vokasional.

9. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri, Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Maka pada hari ini akan termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara KPM dengan 11 rakan strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS. Syabas diucapkan kepada agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS yang terlibat.

10. Ini merupakan langkah permulaan. Saya percaya selepas ini lebih banyak agensi awam, swasta dan industri akan tampil ke hadapan untuk sama-sama terlibat dalam proses transformasi pendidikan vokasional yang sedang berlaku. Kerjasama pihak industri dalam menyediakan latihan kemahiran amat penting agar latihan melalui “work based learning” dapat diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada kedua belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan berlakunya ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi latihan kemahiran.

11. Di samping itu, amalan standard kualiti persekiran tempat kerja melalui konsep 5S yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun, seragam dan selalu amal juga telah mula diperkenalkan di sekolah menengah teknik dan vokasional oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Pelaksanaan konsep 5S perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutama di bengkel-bengkel dan juga pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur. Inisiatif ini juga merupakan langkah ke arah transformasi persekitaran kolej vokasional supaya amalan budaya bekerja yang berkualiti diterapkan kepada pelajar KV. Kita mengharapkan graduan KV akan mengamalkan budaya ini apabila mereka bekerja atau menjalankan perniagaan nanti. Saya difahamkan 8 buah sekolah akan menerima Sijil 5S dari Malaysia Trodiction Council (MPC) pada hari ini. Sayabas diucapkan.

12. Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kementerian dan agensi-agensi lain dalam usaha menjayakan transformasi pendidikan vokasional ini. Kepada seluruh warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM, SMT/V dan Kolej Vokasional, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya, Tingkatkanlah usaha dan bekerjalah dalam satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan vokasional demi masa depan negara. Jadikanlah usaha ini sebagai agenda penting pembangunan modal insan negara yang kita cintai.

13. Dengan lafaz Bismillah-ir Rahman-ir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia..

Wabillahi al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekian, terima kasih.

C    : Isu Semasa Negara

3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )




* Nota Peringatan ;

Dalam
sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom,
Perdana Menteri ialah ketua kerajaan, manakala Ketua Negara (Raja, Ratu,
Presiden, atau Gabernor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi
merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Malaysia Perdana Menteri ialah KETUA KERAJAAN, manakala KETUA NEGARA ialah Yang Di-Pertuan Agong.


Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-

• Badan Perundangan.
Badan
ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini
kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

• Badan Pemerintah.
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;

• Badan Kehakiman
Badan
ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang
atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa,
bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan
dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia
mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah
juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada
Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan
sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin
keadilan di negara ini.

Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan [legislative], pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary]
yang dipraktikkan baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri yang
diamalkan selama ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah
mengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara
semenjak merdeka.

KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

Badan Perundangan
Badan
Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undang
persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri
daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen
adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat
undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen
juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar
persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti
yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan. Semua hasil yang
diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang
Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen.
Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat
sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin
parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli
Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.


Yang di-Pertuan Agong

Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang
mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak
boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana
mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut
peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali
baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja-Raja
Melayu.

Sebagai
ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa
memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan
kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan
Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda
sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran
Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Baginda
juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dilakukan di
dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah
Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Dalam
Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum
bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam
Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan
menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan,
biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit
atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.


Dewan Negara
Dewan
Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang
undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab
membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut
Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa
menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat
sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.
Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu
rang undang-undang itu.

Dewan
Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada
pendapat baginda “telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai
taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan,
pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil
kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan
Orang Asli”. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu
dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli
mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah
Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri
mengemukakan dua orang Senator.

Seorang
Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi
mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri.
Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun
ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan
Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan
Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan
bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan
sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran
Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah
keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang
dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan
supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau
mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.


Dewan Rakyat

Dewan
Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan
pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka.
Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat
keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya
dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat
dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar
Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli
tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan
Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas
dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima
tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum
tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli
Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan
raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi
untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi
untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan
(1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).

BADAN PEMERINTAH (EKSEKUTIF)

Badan
pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab
melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan
undang-undang.

Mengikut
Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan
Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada
peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual
Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana
Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh
dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara.
Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak
berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan
Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka
Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas
Yang di-Pertuan Agong.


Jemaah Menteri

Jemaah
Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang
oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43,
Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik
barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal ehwal
menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti
berikut:

a) Yang
di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada
ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan
sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri
untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan

b) Atas
nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik
Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.


Majlis Raja-Raja

Majlis
Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas
majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan
Persekutuan adalah untuk:-


Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan
Persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan;


Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat
atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut
Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang
dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.


Badan Kehakiman

Badan
Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa
kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa
Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa
tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130
Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Badan Kehakiman

Fungsi
Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah
Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri
daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi
Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang
dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan
Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah
dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi
membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun.
Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh
Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim

Ketua
Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta
Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah
Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan
Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh
Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas
titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia
juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna
negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah
telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap
negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing,
seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi
seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di
tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa
negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai
sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan
institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah
negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk
memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di
negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah
Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan
Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara
dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda
akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat
Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua
Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat
Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.


Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen
Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan
aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang
merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri
daripada tiga komponen utama:


1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat.
Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi
oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi
berparlimen negara untuk selama-lamanya.



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja.

Pemilihan
itu berkuatkuasa 13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun. Sementara
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang
di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat
Perdana Menteri.

Ini
kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20
September 1975.

Sultan
Abdul Halim, 83, menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat
tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.


Senarai Kabinet Terkini (Jemaah Menteri)

Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
YB Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy – Baharu

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan

Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan

Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan

Menteri: Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar

Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:

Menteri

Datuk
Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan
Datuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;

Datuk
Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula
dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan
tempat Cho Ha.


Timbalan Menteri

Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;
Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;
Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Wee Jeck Seng yang ditamatkan pelantikan.
Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti;
Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Selain
daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran
portfolio dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga
timbalan menteri iaitu:

Datuk
Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;

Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;
Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.


Ketua Hakim
Negara

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim
Negara berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi
yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.

3.2 : Isu Adam Adli

Adam Adli Menurunkan Bendera Perdana Menteri.
Isu Adam Adli, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak yang menurunkan bendera Dato Seri Najib Tun Razak
di PWTC. Ia berlaku ekoran ketidakpuasan hati sekumpulan golongan
pelajar terhadap akta universiti AUKU. Dengan matlamat untuk
memperjuangkan kebebasan akademik, Adam Adli menyatakan dia tidak akan
membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri terhadap perbuatannya
itu. Tindakannya ini mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan
tindakan itu tidak beradap dan lari daripada norma seorang pelajar yang
sepatutnya sibuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran di
universiti.Tambahan lagi dia merupakan bakal pendidik. Namun terdapat
segelintir juga yang menyokong usahanya itu dan menganggap perbuatannya
itu
sebagai berani dan terkedepan dalam menyuarakan rasa hati pelajar.

Adam digantung tiga semester

Aktivis pelajar Adam Adli
Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan
mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Penggantungan
pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa
Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar
22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib
universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan
menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam
mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera
gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan
menggantikannya dengan kain rentang propelajar.

Beliau
kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan
undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.



3.3 : BR1M

Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Satu program bantuan kewangan
untuk rakyat Malaysia yang tinggal dalam isi rumah yang berpendapatan
kurang daripada RM3,000 sebulan.

Syarat Permohonan


Seorang pemohonan yang ingin mendapatkan bantuan ini mestilah:


  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah.
  • Berkahwin
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan.


Untuk tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti berikut:


  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera
  • Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)


Syarat Permohonan Bantuan RM500


Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah


Bantuan Kewangan RM500 ini diberikan
kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga yang layak. Ketua Isi Rumah
dan Ketua Keluarga dijelaskan dalam gambar di bawah. 


Syarat Permohonan Bantuan RM500


Ilustrasi Isi Rumah


Ilustrasi Isi Rumah



3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik


Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Program
Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’
Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh
beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan
kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan
bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat;
dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju,
bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk
semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 –
untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.


Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:

• Mengurangkan Jenayah
• Membanteras Rasuah
• Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar
• Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah
• Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar
• Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

Mengurangkan kadar jenayah
Mengurangkan
jenayah jalanan 20 peratus pada hujung 2010. Pasukan Rela dikemaskini
dan diberi latihan secukupnya. CCTV ditambah untuk cegah jenayah.
Percepatkan perundangan kes-kes tertangguh.


Memerangi rasuah

Mengemaskini
polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Tender terbuka atau
tender terhad dalam semua perolehan kerajaan kecuali kes-kes tertentu.


Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Menjadikan
pendidikan prasekloah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012. Menjanjikan ganjaran
kepada semua pengetua dan guru besar sekolah berasaskan pencapaian
sekolah masing-masing. Mengenal pasti 100 buah sekolah terdiri daripada
jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah
berpiagam dan sekolah berasrama penuh untuk diangkat menjadi Sekolah
Berprestasi Tinggi menjelang 2012.

Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah
Membayar
semua bantuan kebajikan untuk rakyat pada tiap 1 hari bulan bagi bulan
yang berkenaan bermula Januari 2010. Menambah jumlah usahawan di
kalangan wanita kepada 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program
Amanah Ikhtiar Malaysia.

Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
Membina
jalan luar bandar berjumlah 1,500km sebelum penamat 2012. Memastikan
kesemua rakyat di semenanjung tinggal tidak melebihi 5km dari kemudahan
jalan berturap. Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah
dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Meningkatkan liputan bekalan
elektrik di Sabah dan Sarawak kepada 95% pada akhir tahun 2012. Memberi
bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung
pada akhir tahun 2012.

Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana
Meningkatkan
bilangan pengguna pengangkutan awam daripada 16% kepada 25% pada
penghujung tahun 2012. Menambah 35 set “4-car-train” yang beroperasi
untuk laluan LRT Kelana Jaya menjelang penghujung 2012.


Program Transformasi Ekonomi (ETP)

Pengenalan

Program Transformasi Ekonomi merangkumi
Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan
Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi
(EPP).



Perdana Menteri juga telah melancarkan dokumen Pelan Hala Tuju ETP di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Oktober 2010. Kandungan Pelan
Hala Tuju ETP ini turut merangkumi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
iaitu :



1. Minyak, gas & tenaga
2. Minyak sawit
3. Perkhidmatan kewangan
4. Pelancongan
5. Perkhidmatan perniagaan
6. Elektronik dan elektrikal
7. Pemborongan & peruncitan
8. Pendidikan
9. Penjagaan kesihatan
10. Kandungan & infrastruktur komunikasi
11. Pertanian
12. Greater Kuala Lumpur


Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga bersandarkan Model Baru Ekonomi (NEM).

Program Transformasi Politik

KUALA LUMPUR – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
dan beberapa akta lain yang dianggap lapuk bukan sahaja mencatat
sejarah baru tetapi turut merubah landskap politik negara sepanjang
2011.

Keputusan
itu mengejutkan banyak pihak, khususnya barisan pembangkang yang
terkesima dan mati akal dengan langkah berani Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak yang hanya mengambil masa dua tahun untuk menunaikan
janjinya bagi melaksanakan Program Transformasi Politik (PTP) negara.

Tanggal 15 September menjadi titik permulaan transformasi politik negara yang dilakukan Najib apabila beliau mengumumkan pemansuhan
ISA, Akta Buang Negeri 1959, dan kajian semula yang membabitkan Akta
Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen
27 Akta Polis 1967
, semasa menyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia.

ISA
akan digantikan dengan dua undang-undang baru yang sesuai dan dijangka
dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Mac tahun depan.

Kata
Najib, dua akta baru yang akan menggantikan ISA bakal mewujudkan
perseimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga
keamanan awam.

Langkah
itu juga, kata Perdana Menteri membolehkan Malaysia mengamalkan sistem
demokrasi yang progresif dengan lebih baik dan dihormati negara lain.
Pada Oktober, pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 diluluskan Dewan Rakyat
tanpa sebarang pindaan selepas akta itu yang telah 34 tahun tidak diguna
pakai, diyakini sudah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.

Ini
diikuti dengan pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933, yang mana serentak
itu Najib turut mengumumkan pembebasan kesemua 125 individu yang
ditahan mengikut akta itu dengan serta-merta manakala lebih 200 waran
yang belum diserahkan dibatalkan.

Menurut
Najib, pemansuhan akta itu dan beberapa akta lain merupakan sebahagian
daripada permulaan PTP negara dan pelengkap kepada Program Transformasi
Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan
kerajaan. Kesungguhan kerajaan melaksanakan proses transformasi politik
itu menurut Perdana Menteri tidak dipengaruhi atau didesak mana-mana
pihak, sama ada dari dalam mahupun luar.

“Tiada siapapun yang mempengaruhi kita, tiada siapapun yang mendesak kita.

Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah dan penambahbaikan,” katanya.

Beliau
berkata teras utama PTP mengambil kira aspirasi nasional ke arah sebuah
Malaysia moden, demokratik, progresif lagi maju dan memiliki demokrasi
yang berfungsi.

Ia
juga bertujuan menyeimbangkan keperluan keselamatan nasional dan
kebebasan individu dengan mengambil kira kemajmukan negara, yang
kompleks sifatnya, dan ancaman keganasan global pasca tragedi 11 Sept
2001, katanya. Transformasi politik Najib juga jelas kelihatan melalui
pendekatan matang pentadbiran beliau berdepan gesaan badan bukan
kerajaan dan desakan daripada pembangkang, berhubung kebebasan
mengadakan perhimpunan termasuk perhimpunan haram 9 Julai — Bersih 2.0.

Seiring
dengan semangat ‘merasai denyut nadi rakyat’, Najib dilihat berjaya
meneruskan momentum transformasi politiknya apabila berupaya
menggantikan pertentangan dengan dialog, sekatan dengan keterbukaan, dan
mengatasi authoritarian dengan demokrasi.

Buktinya langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.

Rang
undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada hujung bulan lepas
adalah satu daripada usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap
kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara
untuk berhimpun.


Turut
diluluskan bulan lepas ialah usul untuk memansuhkan tiga Proklamasi
Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.

Usul
yang dibentangkan Najib itu bertujuan membatalkan tiga proklamasi yang
diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan selepas keadaan darurat
dan kini dimansuhkan kerana ancaman keselamatan seumpamanya tidak lagi
wujud.

Selaras
dengan kesungguhan Perdana Menteri untuk melaksanakan PTP fasa kedua
dengan pemansuhan tiga Proklamasi Darurat itu, seramai 36 orang tahanan
di bawah Ordinan Darurat dibebaskan.

Tidak terhenti di situ, ruang demokrasi turut dibuka Najib kepada golongan mahasiswa apabila kerajaan memutuskan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.

Mengumumkan
perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat,
Najib berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan percaya kepada
kematangan dan kebijaksanan para mahasiswa.

“Dengan
itu bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara
yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau ‘age of majority’,
kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1974 bagi membenarkan mereka menjadi
ahli parti politik,” katanya.

Penuntut universiti bagaimanapun ditegah sama sekali membawa politik kepartian ke dalam kampus.

Langkah
itu, dilihat banyak pihak mampu mengembalikan keyakinan sebahagian
pengundi muda yang sebelum ini lebih cenderung kepada agenda
pembangkang.

Biarpun
langkah-langkah transformasi Najib mungkin diterjemah sesetengah pihak
sebagai strategi kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan
raya umum ke-13 tidak lama lagi, namun tidak dapat dinafikan
pembaharuan yang dibawakan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein ini akan
kekal menjadi legasinya sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam. –
BERNAMA

3.5 : Bajet 2012

Semasa Bajet 2011 (Belanjawan 2011) yang lepas kerajaan memperkenalkan konsep Bajet Rakyat kerana pada masa itu Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak mengalu-alukan sumbangan buah fikiran atau pandangan daripada rakyat. Dalam Bajet 2012 ini pula kerajaan sekali lagi meneruskan kesinambungan konsep sebelumnya. Menterjemahkannya sebagai ‘Belanjawan Transformasi untuk Semua Rakyat Malaysia’, sasaran Bajet 2012 ini adalah berusaha mencapai keseimbangan yang bakal memberikan kebaikan kepada pelbagai pihak. Beberapa aspek yang diberi keutaamaan termasuklah janji kerajaan untuk memastikan terdapat keadilan sosial di samping mengukuhkan ekonomi bagi kesejahteraan jangka panjang untuk semua selaras dengan prinsip 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

BAJET 2012

Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion

Peruntukan rancakkan pembangunan

Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid

Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah

Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen

Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis

RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera

RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi

  • Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
  • Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
  • Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah

Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian

  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  • Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
  • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

  • Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
  • Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN

Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Bonus Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup

  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
  • Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
  • Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir

  • Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
  • Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
  • Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
  • Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Jika dibandingkan dengan Bajet 2011, bajet 2012 ini pada saya lebih mengambil kira kepentingan pelbagai pihak, sama ada kakitangan awam, swasta mahupun rakyat secara umumnya. Diharap Dewan Rakyat akan meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Bajet 2013) pada persidangan akan datang.

D    : Teori Pendidikan

4.1 : Taksonomi Bloom


Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956.
Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin
dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor.

1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.


2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah
diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam
persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara
berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya.


3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan
teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri,
ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.


Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk
mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang
disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi ini
diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan
pendidikan.


Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam
aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah
dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan
ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada
mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

1. Pengetahuan (Knowledge)

Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum,
tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.

Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain,
menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi
contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan
masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf
daripada data, dan lain-lain.

Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis)

Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur
organisasi.

Contoh: Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

E    : Lain-Lain


5.1 : SPP

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)

Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui
penguatkuasaan Akta A193 dan P.U.(B)556/1973. SPP merupakan
agensi/jabatan di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Menteri
yang bertanggungjawab ke atas SPP ialah Yang Berhormat Senator Tan Sri
Dr. Koh Tsu Koon.

SEJARAH
Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh
Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi
mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat
perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebih dikenali
dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan
supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran.

Pada 1
September 1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9,
Bangunan U.M.B.C. di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu,
bangunan tersebut adalah merupakan ruang pejabat yang disewa bersama
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada 1 Disember 1973 pula, dengan
persetujuan Jabatan Pos dan Kementerian Kerja Raya, SPP telah berpindah
ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa
tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat Kerajaan dan Kementerian Kerja
Raya telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk SPP.

Pada
pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut
yang terletak di Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan
Cenderawasih), Kuala Lumpur.

Seterusnya
pada tahun 1988, SPP telah berpindah ke bangunan Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai tahun 1999 hingga
kini.

Bagi
melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri
Sarawak, maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara
rasminya pada 16 Julai 1976 berdasarkan kepada Education Act 1961
(Extension to Sarawak Order 1976). Urusan perkhidmatan pendidikan di
negeri Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada peraturan-peraturan
Persekutuan sepenuhnya selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah berkuatkuasa
Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh tersebut,
peraturan-peraturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah
Am Negeri, Pekeliling-Pekeliling dan Peraturan-Peraturan yang
digunapakai pada masa itu.

Urus
setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi
tujuan yang sama iaitu melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di
negeri Sabah. Bagi urusan kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib ianya
dikendalikan secara terus oleh ibu pejabat SPP di Putrajaya. Pada
peringkat awal penubuhan SPP, keanggotaan Anggota Suruhanjaya terdiri
daripada seorang Pengerusi dan empat (4) orang Anggota. Mulai tahun
1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini, keanggotaan semasa
SPP ialah seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang
Anggota. Sepanjang penubuhannya, seramai 8 orang Pengerusi dan 9 orang
Timbalan Pengerusi telah dilantik. Dalam tempoh yang sama, seramai 11
orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku Ketua Jabatan.



VISI SPP

Menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik

MISI SPP

Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan Bagi Anggota Perkhidmatan Pelajaran

OBJEKTIF SPP

Melaksanakan
kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi
pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat
Anggota Perkhidmatan Pelajaran dengan cekap dan berkualiti bagi
memenuhi keperluan sektor pendidikan


PENGERUSI

TAN SRI DR ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG

TIMBALAN PENGERUSI

DATO’ HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA

5.2 : JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)


Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan
Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk
perkhidmatan awam. Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah
Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1
Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000 dan diiktirafkan dengan
sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.


Objektif



Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga
manusia yang berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui
penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia dengan menepati
ciri-ciri kualiti seperti berikut:

  • Cepat dalam semua tindakan;
  • Layanan mesra kepada pelanggan;
  • Menepati masa yang dijanjikan;
  • Telus dalam semua peringkat pengurusan;
  • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
  • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh dipercayai (reliability); dan
  • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.


Misi

  • Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel sektor awam.
  • Menggubal
    dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan
    pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi
    kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.
  • Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti.
  • Menentukan saiz dan struktur yang optimum.
  • Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mengujudkan suasana yang harmonis.


Fungsi


Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk:


  • Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber
    manusia sektor awam (di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan
    Awam);
  • Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam;
  • Menggubal
    dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan, penempatan,
    kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan,
    ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif, dan
    penghargaan (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan
    Awam (Pembangunan)); dan
  • Menguruskan
    hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang harmonis
    (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
    (Operasi)).


Sejarah


Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah
Melayu di Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union
pada tahun 1946, pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat
Perjawatan Persekutuan kemudian ditubuhkan pada 1 Julai 1954 melalui
percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu, Cawangan Perkhidmatan
Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan Perbendaharaan
Persekutuan.


Pada
tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada
Pejabat Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968 menukarkan nama
semula lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan ini telah
dikekalkan sejak masa itu.


Ketua Jabatan

01 Jul 2010 – (Kini) Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah

5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

Sorotan Peristiwa 2011
1-Gempa Bumi Di Jepun.
Paparan peristiwa penting tahun 2011 dimulakan dengan kejadian gempa
bumi yang melanda Jepun. Gempa dengan kekuatan 8.9 pada Skala Richter
merupakan yang paling buruk berlaku di Jepun dalam tempoh 140 tahun.
Akibat kekuatan gempa ini telah berlaku kejadian Tsunami yang bukan
sahaja memusnahkan harta benda dan kerosakan awam tetapi juga telah
melumpuhkan sistem pentadbiran Jepun secara keseluruhannya. Kejadian ini
juga mengakibatkan loji nuklear di Sendai, Timur Laut Jepun mengalami
kebocoran radioaktif dan ia menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan
dan dunia terutama di bahagian Asia akan kejadian pencemaran radiasi.
Terdapat juga khabar angin yang menyatakan jangkitan radiasi telah
berlaku terhadap produk-produk makanan terutama makanan laut daripada
Jepun dan ia menimbulkan panik terhadap perusahaan makanan di Jepun oleh
kalangan penduduk tempatan dan penduduk dunia.

2-Demonstrasi Di London.
Demonstrasi yang berlaku di London merupakan satu lagi peristiwa
bersejarah yang berlaku pada tahun 2011. Ia bermula di kota London dan
kemudian merebak sekitar Birmingham, Bristol dan Liverpool. Demonstarsi
ini terjadi ekoran tindakan polis menembak mati seorang pemuda berumur
29 tahun dalam keadaan berbalas tembakan.
Demonstrasi ini juga telah menyebabkan salah seorang pelajar Malaysia di
sana, Asyraf Haziq Rosli, 20 tahun cedera akibat ditumbuk dan dipukul
oleh orang yang tidak dikenali. Lebih malang lagi untuk pelajar
berkenaan, dalam keadaan cedera dia telah dirompak tanpa mampu melakukan
apa-apa. Kejadian ini telah dirakam dan tersebar di laman video popular
Youtube, lalu mendapat perhatian banyak pihak daripada seluruh dunia.
Perdana Menteri Britain, David Cameron telah menyampaikan permohonan
maaf terhadap apa yang berlaku kepada pelajar berkenaan.

3-Kebangkitan Di Timur Tengah.
Tahun 2011 juga menyaksikan kebangkitan di Timur Tengah akibat rakyat
yang tidak berpuashati dengan pemerintahan di negara-negara terlibat.
Dikenali juga sebagai Arab Spring, ia bermula di Tunisia diikuti Mesir
dan Syria. Yang paling popular dan dikenali, Hosni Mubarak yang telah
memerintah Mesir secara diktator selama 30 tahun akhirnya meletakkan
jawatan atas desakan yang dibuat oleh rakyat. Demonstrasi ini juga telah
mengakibatkan industri pelancongan dan ekonomi Mesir lumpuh.

4-Kematian Muammar Gaddafi.
Seorang lagi pemimpin diktator yang dikenali ramai, Muammar Gaddafi
telah digulingkan dalam penentangan berdarah yang berlaku di Libya.
Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi telah dilahirkan pada 1942 dan
merupakan presiden yang memerintah Libya semenjak 1969. Berasal daripada
keluarga petani, Muammar Gadaffi menerima pendidikan rendah agama dan
sekolah persediaan Sebha di Fezzan. Daripada sinilah Gadaffi mengasaskan
kumpulan revolusi untuk merampas kepimpinan negara Libya. Menjadikan
peritiwa Presiden Gamal Abdel Nasser di Mesir menjatuhkan kerajaan
monarki sebagai inspirasi, Gadaffi telah memulakan aktiviti politiknya
secara aktif. Mendapat gelaran sebagai “Pemimpin Besar Dan Pengasas
Revolusi” pada peringkat awal pemerintahannya, Gadaffi telah memansuhkan
sistem kerajaan beraja di Libya.
Terdapat pelbagai versi cerita mengenai kerajaan yang diperintah oleh
Gadaffi ini. Pemerintahan Gadaffi sering melaungkan yang Libya adalah
diperintah oleh rakyat dan monopolinya terhadap kuasa politik tidak
melampau dan tidak zalim seperti diktator lain. Dikalangan negara barat
dan Amerika beliau dikenali dengan kelantangan suaranya dalam
memperjuangkan isu hak dan keadilan serta mengkritik pimpinan barat
kerana isu diskriminasi terhadap Islam. Ini menjadikan Barat terkadang
tidak selesa dengan pemimpin negara pengeluar minyak di Utara Afrika
ini.
Gadaffi akhirnya mati di tempat kelahirannya sendiri di bandar Sirte.
Beliau dibunuh dengan kejam dan dimalukan oleh mereka yang membencinya.
Mayatnya diarak dan dipamerkan kepada seluruh rakyat Libya sebelum
dikebumikan di tempat yang dirahsiakan.

5-Perkahwinan Diraja British.

Satu lagi peristiwa bersejarah pada tahun 2011 adalah apabila Putera
William melangsungkan perkahwinan diraja bersama pasangannya Kate
middleton. Perkahwinan pasangan diraja ini mendapat liputan meluas media
diseluruh dunia. Putera William merupakan anak kepada mendiang Puteri
Diana bersama Putera Charles. Setelah perkahwinan itu, mereka
dikurniakan gelaran Duke of Cambridge dan Duchess of Cambridge
masing-masing untuk putera Williams dan Kate middleton. Selain itu
putera William juga dikurniakan gelaran Earl of Strathearn dan Baron
Carrickfergus. Antara yang dijemput hadir ke majlis tersebut ialah Yang
Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

6-Malaysia Airlines Dan Air Asia Bekerjasama.
Isu dan topik syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System
Berhad (MAS) terus menjadi antara topik yang hangat diperkatakan pada
2011. Lebih mengejutkan apabila syarikat penerbangan kebangsaan
mengumumkan akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah,
Air Asia. Perkara ini berlaku apabila Khazanah Nasional, pemilik saham
terbesar dalam Malaysia Airlines membenarkan sebanyak 20.5 peratus
sahamnya dimiliki oleh Tan Sri Tony Fernandes dan juga Dato Kamarudin
Meranun melalui syarikat Tune Air Berhad. Kemudian telah dibentangkan
Rangka Kerja Kolaborasi Komprehensif (CCF) bagi menyelaras tindakan yang
akan membolehkan kedua-dua gergasi penerbangan ini bekerjasama dari
segi logistik dan strategik.
Perkara ini telah menimbulkan kontroversi dan menjadi isu hangat apabila
dikatakan terdapat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika semua
proses ini berlaku. Banyak lagi yang saya ingin tulis mengenai topik
ini, namun saya bukan dalam kapasiti yang dibenarkan kerana saya
merupakan salah seorang kakitangan syarikat berkenaan. Mungkin satu masa
saya akan menceritakan daripada perspektif saya sendiri mengenai aspek
pengurusan dan kepimpinan di Malaysia Airlines itu sendiri.

7-Tuduhan Rasuah Terhadap Dato’ Seri Dr Khir toyo.
Isu rasuah melibatkan mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir
Toyo menjadi antara topik yang menjadi perhatian ramai kerana ia
dianggap sebagai kes berprofile tinggi membabitkan kenamaan negara.
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas beliau
didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya
dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5
juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan
hukuman itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah
tersebut. Kes ini turut mengundang kontroversi kerana Dato’ Seri Dr Khir
Toyo merupakan Menteri Besar dan mempunyai kepentingan ketika membeli
hartanah terbabit.

8-Pasukan Bola Sepak Malaysia cemerlang di Sukan Sea.
Detik manis dicipta pada 2011 kerana kejayaan skuad bola sepak memenangi
pingat emas di Sukan Sea Jakarta, Indonesia sekaligus mempertahankan
emas pada Sukan Sea yang lalu. Menariknya pertandingan adalah melibatkan
pasukan Indonesia yang merupakan tuan rumah pada acara berkenaan.
Dengan sokongan padu lebih 100 ribu penyokong Indonesia di Stadium
Gelora Bong Karno, seolah rahmat dan rezeki untuk Malaysia apabila anak
buah Ong Kim Swee disuntik semangat dan begitu yakin diri bagi
mempertahankan kejuaraan dimana ia merupakan detik yang sangat berharga
dalam sejarah bola sepak tanah air.

9-Kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il.

Tahun 2011 diakhiri dengan kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il.
Serangan jantung dikenalpasti punca yang menyebabkan kematiannya pada
usia 69 tahun. Amat dikenali dengan program senjata nuklearnya sewaktu
pemerintahan, Jong-Il mencuri tumpuan dunia apabila cuba bangkit untuk
menjadi kuasa dunia baru melalui program persenjataannya.
Ketika menjadi Presiden Korea Utara pada awal dan lewat 1990-an, beliau
menyaksikan ratusan ribu rakyatnya maut akibat kebuluran, dan masalah
kekurangan makanan berterusan sehingga ke hari ini dan adalah
dianggarkan satu pertiga daripada kanak-kanak Korea Utara terbantut
tumbesarannya akibat kekurangan zat makanan. Kebanyakan peruntukan
kewangan disalurkan untuk pembangunan program ketenteraan dan menguatkan
barisan pertahanan kerajaan. Beliau telah menemui sumber untuk
meneruskan program senjata nuklear yang berkesudahan dengan ujian
letupan nuklear pada Oktober 2006 dan Mei 2009. Anak lelaki bongsu
Jong-Il, Kim Jong-Un akan mengisi kekosongan jawatan presiden seterusnya
menjadi pemimpin dan pemerintah tinggi tentera di Korea Utara.

____________________________________________________________________________

* Untuk membuka “link” mengikut BAB di bawah,  Sila tekan tulisan berwarna
MERAH. Kecuali BAB 10 buka ikut subtopik pada tulisan berwarna MERAH.


BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020
1.4 : Islam Hadhari

BAB 2 : KEMENTERIAN
1.1 : Kementerian Pelajaran Malaysia
1.2 : Kementerian Pengajian Tinggi

BAB 3 : SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA

1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini


BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI

1.1 : Pendidikan Pra Sekolah
1.2 : Program PERMATA
1.3 : Pendidikan Rendah
1.4 : Pendidikan Menengah
1.5 : Pendidikan Khas
1.6 : Program Pendidikan Khas
1.7 : Sekolah Sukan
1.8 : Sekolah Seni
1.9 : Pembestarian Sekolah
2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
2.1 : Institusi Pengajian Tinggi
2.2 : Pendidikan Swasta
2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2.4 : Sekolah Kluster
2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional
* Tambahan penkhususan bidang di UTHM

BAB 5 : KURIKULUM

1.1 : Teori Pendidikan
1.2 : Kurikulum Prasekolah
1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
1.6 : Pengurusan Kurikulum
1.7 : Program JQAF
1.8 : Kia2M

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
1.1 : Asrama

1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks

1.3 : Biasiswa dan Pinjaman

1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat

1.5 : Program Pemakanan Sekolah

1.6 : Bimbingan dan Kaunseling

1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)

1.8 : PIBG

1.9 : Skim Baucer Tuisyen


BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum
1.2 : Sekolah Harapan Negara
1.3 : Hari Guru
1.4 : Projek Nilam
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN
1.1 : Perintah-Perintah Am

1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 : Arahan Perbendaharaan
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 : Arahan Perkhidmatan
1.6 : Akta Acara Kewangan
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU
1.1 : KSSR
1.2 : KSSM
1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.4 : MBMMBI
1.5 : 1 Murid 1 Sukan
1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional
1.7 : NKEA
1.8 : NKRA Pendidikan

BAB 10 : BAB TAMBAHAN
A   : Dasar, Kurikulum & Sistem

1.1 : SBPA
1.2 : LINUS & PROTIM
1.3 : Tonggak 12
1.4 : PPSMI
1.5 : RMK – 10 ( Pendidikan)

B    : Isu Semasa Pendidikan

2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar
2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik
2.3 : Isu Penempatan GSTT
2.3 : Majlis Bahasa Inggeris
2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah
2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional

C    : Isu Semasa Negara

3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )
3.2 : Isu Adam Adli
3.3 : BR1M
3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik
3.5 : Bajet 2012

D    : Teori Pendidikan

4.1 : Taksonomi Bloom

E    : Lain-Lain
5.1 : SPP
5.2 : JPA
5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik

Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik

Program Transformasi Kerajaan (GTP)


Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:


• Mengurangkan Jenayah
• Membanteras Rasuah
• Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar
• Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah
• Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar
• Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar

Mengurangkan kadar jenayah
Mengurangkan jenayah jalanan 20 peratus pada hujung 2010. Pasukan Rela dikemaskini dan diberi latihan secukupnya. CCTV ditambah untuk cegah jenayah. Percepatkan perundangan kes-kes tertangguh.

Memerangi rasuah

Mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Tender terbuka atau tender terhad dalam semua perolehan kerajaan kecuali kes-kes tertentu.

Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Menjadikan pendidikan prasekloah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012. Menjanjikan ganjaran kepada semua pengetua dan guru besar sekolah berasaskan pencapaian sekolah masing-masing. Mengenal pasti 100 buah sekolah terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2012.

Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah
Membayar semua bantuan kebajikan untuk rakyat pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan bermula Januari 2010. Menambah jumlah usahawan di kalangan wanita kepada 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
Membina jalan luar bandar berjumlah 1,500km sebelum penamat 2012. Memastikan kesemua rakyat di semenanjung tinggal tidak melebihi 5km dari kemudahan jalan berturap. Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak kepada 95% pada akhir tahun 2012. Memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana
Meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam daripada 16% kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Menambah 35 set “4-car-train” yang beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya menjelang penghujung 2012.


Program Transformasi Ekonomi (ETP)


Pengenalan

Program Transformasi Ekonomi merangkumi
Model Baru Ekonomi (MBE), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan
Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi
(EPP).



Perdana Menteri juga telah melancarkan dokumen Pelan Hala Tuju ETP di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 Oktober 2010. Kandungan Pelan
Hala Tuju ETP ini turut merangkumi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
iaitu :



1. Minyak, gas & tenaga
2. Minyak sawit
3. Perkhidmatan kewangan
4. Pelancongan
5. Perkhidmatan perniagaan
6. Elektronik dan elektrikal
7. Pemborongan & peruncitan
8. Pendidikan
9. Penjagaan kesihatan
10. Kandungan & infrastruktur komunikasi
11. Pertanian
12. Greater Kuala Lumpur


Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga bersandarkan Model Baru Ekonomi (NEM).






Program Transformasi Politik

KUALA LUMPUR – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan beberapa akta lain yang dianggap lapuk bukan sahaja mencatat sejarah baru tetapi turut merubah landskap politik negara sepanjang 2011.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak, khususnya barisan pembangkang yang terkesima dan mati akal dengan langkah berani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hanya mengambil masa dua tahun untuk menunaikan janjinya bagi melaksanakan Program Transformasi Politik (PTP) negara.

Tanggal 15 September menjadi titik permulaan transformasi politik negara yang dilakukan Najib apabila beliau mengumumkan pemansuhan ISA, Akta Buang Negeri 1959, dan kajian semula yang membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967, semasa menyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia.

ISA akan digantikan dengan dua undang-undang baru yang sesuai dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Mac tahun depan.

Kata Najib, dua akta baru yang akan menggantikan ISA bakal mewujudkan perseimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.

Langkah itu juga, kata Perdana Menteri membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang progresif dengan lebih baik dan dihormati negara lain. Pada Oktober, pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 diluluskan Dewan Rakyat tanpa sebarang pindaan selepas akta itu yang telah 34 tahun tidak diguna pakai, diyakini sudah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.

Ini diikuti dengan pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933, yang mana serentak itu Najib turut mengumumkan pembebasan kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu dengan serta-merta manakala lebih 200 waran yang belum diserahkan dibatalkan.

Menurut Najib, pemansuhan akta itu dan beberapa akta lain merupakan sebahagian daripada permulaan PTP negara dan pelengkap kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan. Kesungguhan kerajaan melaksanakan proses transformasi politik itu menurut Perdana Menteri tidak dipengaruhi atau didesak mana-mana pihak, sama ada dari dalam mahupun luar.

“Tiada siapapun yang mempengaruhi kita, tiada siapapun yang mendesak kita.

Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah dan penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata teras utama PTP mengambil kira aspirasi nasional ke arah sebuah Malaysia moden, demokratik, progresif lagi maju dan memiliki demokrasi yang berfungsi.

Ia juga bertujuan menyeimbangkan keperluan keselamatan nasional dan kebebasan individu dengan mengambil kira kemajmukan negara, yang kompleks sifatnya, dan ancaman keganasan global pasca tragedi 11 Sept 2001, katanya. Transformasi politik Najib juga jelas kelihatan melalui pendekatan matang pentadbiran beliau berdepan gesaan badan bukan kerajaan dan desakan daripada pembangkang, berhubung kebebasan mengadakan perhimpunan termasuk perhimpunan haram 9 Julai — Bersih 2.0.

Seiring dengan semangat ‘merasai denyut nadi rakyat’, Najib dilihat berjaya meneruskan momentum transformasi politiknya apabila berupaya menggantikan pertentangan dengan dialog, sekatan dengan keterbukaan, dan mengatasi authoritarian dengan demokrasi.

Buktinya langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.

Rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada hujung bulan lepas adalah satu daripada usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.

Turut diluluskan bulan lepas ialah usul untuk memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1966, 1969 dan 1977.


Usul yang dibentangkan Najib itu bertujuan membatalkan tiga proklamasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan selepas keadaan darurat dan kini dimansuhkan kerana ancaman keselamatan seumpamanya tidak lagi wujud.

Selaras dengan kesungguhan Perdana Menteri untuk melaksanakan PTP fasa kedua dengan pemansuhan tiga Proklamasi Darurat itu, seramai 36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat dibebaskan.

Tidak terhenti di situ, ruang demokrasi turut dibuka Najib kepada golongan mahasiswa apabila kerajaan memutuskan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.

Mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat, Najib berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanan para mahasiswa.

“Dengan itu bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau ‘age of majority’, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1974 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik,” katanya.

Penuntut universiti bagaimanapun ditegah sama sekali membawa politik kepartian ke dalam kampus.

Langkah itu, dilihat banyak pihak mampu mengembalikan keyakinan sebahagian pengundi muda yang sebelum ini lebih cenderung kepada agenda pembangkang.

Biarpun langkah-langkah transformasi Najib mungkin diterjemah sesetengah pihak sebagai strategi kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi, namun tidak dapat dinafikan pembaharuan yang dibawakan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein ini akan kekal menjadi legasinya sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam. – BERNAMA


Sorotan Peristiwa 2011

Sorotan Peristiwa 2011
1-Gempa Bumi Di Jepun.
Paparan peristiwa penting tahun 2011 dimulakan dengan kejadian gempa bumi yang melanda Jepun. Gempa dengan kekuatan 8.9 pada Skala Richter merupakan yang paling buruk berlaku di Jepun dalam tempoh 140 tahun. Akibat kekuatan gempa ini telah berlaku kejadian Tsunami yang bukan sahaja memusnahkan harta benda dan kerosakan awam tetapi juga telah melumpuhkan sistem pentadbiran Jepun secara keseluruhannya. Kejadian ini juga mengakibatkan loji nuklear di Sendai, Timur Laut Jepun mengalami kebocoran radioaktif dan ia menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan dan dunia terutama di bahagian Asia akan kejadian pencemaran radiasi. Terdapat juga khabar angin yang menyatakan jangkitan radiasi telah berlaku terhadap produk-produk makanan terutama makanan laut daripada Jepun dan ia menimbulkan panik terhadap perusahaan makanan di Jepun oleh kalangan penduduk tempatan dan penduduk dunia.
2-Demonstrasi Di London.
Demonstrasi yang berlaku di London merupakan satu lagi peristiwa bersejarah yang berlaku pada tahun 2011. Ia bermula di kota London dan kemudian merebak sekitar Birmingham, Bristol dan Liverpool. Demonstarsi ini terjadi ekoran tindakan polis menembak mati seorang pemuda berumur 29 tahun dalam keadaan berbalas tembakan.
Demonstrasi ini juga telah menyebabkan salah seorang pelajar Malaysia di sana, Asyraf Haziq Rosli, 20 tahun cedera akibat ditumbuk dan dipukul oleh orang yang tidak dikenali. Lebih malang lagi untuk pelajar berkenaan, dalam keadaan cedera dia telah dirompak tanpa mampu melakukan apa-apa. Kejadian ini telah dirakam dan tersebar di laman video popular Youtube, lalu mendapat perhatian banyak pihak daripada seluruh dunia. Perdana Menteri Britain, David Cameron telah menyampaikan permohonan maaf terhadap apa yang berlaku kepada pelajar berkenaan.
3-Kebangkitan Di Timur Tengah.
Tahun 2011 juga menyaksikan kebangkitan di Timur Tengah akibat rakyat yang tidak berpuashati dengan pemerintahan di negara-negara terlibat. Dikenali juga sebagai Arab Spring, ia bermula di Tunisia diikuti Mesir dan Syria. Yang paling popular dan dikenali, Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir secara diktator selama 30 tahun akhirnya meletakkan jawatan atas desakan yang dibuat oleh rakyat. Demonstrasi ini juga telah mengakibatkan industri pelancongan dan ekonomi Mesir lumpuh.

4-Kematian Muammar Gaddafi.
Seorang lagi pemimpin diktator yang dikenali ramai, Muammar Gaddafi telah digulingkan dalam penentangan berdarah yang berlaku di Libya. Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi telah dilahirkan pada 1942 dan merupakan presiden yang memerintah Libya semenjak 1969. Berasal daripada keluarga petani, Muammar Gadaffi menerima pendidikan rendah agama dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan. Daripada sinilah Gadaffi mengasaskan kumpulan revolusi untuk merampas kepimpinan negara Libya. Menjadikan peritiwa Presiden Gamal Abdel Nasser di Mesir menjatuhkan kerajaan monarki sebagai inspirasi, Gadaffi telah memulakan aktiviti politiknya secara aktif. Mendapat gelaran sebagai “Pemimpin Besar Dan Pengasas Revolusi” pada peringkat awal pemerintahannya, Gadaffi telah memansuhkan sistem kerajaan beraja di Libya.
Terdapat pelbagai versi cerita mengenai kerajaan yang diperintah oleh Gadaffi ini. Pemerintahan Gadaffi sering melaungkan yang Libya adalah diperintah oleh rakyat dan monopolinya terhadap kuasa politik tidak melampau dan tidak zalim seperti diktator lain. Dikalangan negara barat dan Amerika beliau dikenali dengan kelantangan suaranya dalam memperjuangkan isu hak dan keadilan serta mengkritik pimpinan barat kerana isu diskriminasi terhadap Islam. Ini menjadikan Barat terkadang tidak selesa dengan pemimpin negara pengeluar minyak di Utara Afrika ini.
Gadaffi akhirnya mati di tempat kelahirannya sendiri di bandar Sirte. Beliau dibunuh dengan kejam dan dimalukan oleh mereka yang membencinya. Mayatnya diarak dan dipamerkan kepada seluruh rakyat Libya sebelum dikebumikan di tempat yang dirahsiakan.
5-Perkahwinan Diraja British.
Satu lagi peristiwa bersejarah pada tahun 2011 adalah apabila Putera William melangsungkan perkahwinan diraja bersama pasangannya Kate middleton. Perkahwinan pasangan diraja ini mendapat liputan meluas media diseluruh dunia. Putera William merupakan anak kepada mendiang Puteri Diana bersama Putera Charles. Setelah perkahwinan itu, mereka dikurniakan gelaran Duke of Cambridge dan Duchess of Cambridge masing-masing untuk putera Williams dan Kate middleton. Selain itu putera William juga dikurniakan gelaran Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus. Antara yang dijemput hadir ke majlis tersebut ialah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

6-Malaysia Airlines Dan Air Asia Bekerjasama.
Isu dan topik syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System Berhad (MAS) terus menjadi antara topik yang hangat diperkatakan pada 2011. Lebih mengejutkan apabila syarikat penerbangan kebangsaan mengumumkan akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia. Perkara ini berlaku apabila Khazanah Nasional, pemilik saham terbesar dalam Malaysia Airlines membenarkan sebanyak 20.5 peratus sahamnya dimiliki oleh Tan Sri Tony Fernandes dan juga Dato Kamarudin Meranun melalui syarikat Tune Air Berhad. Kemudian telah dibentangkan Rangka Kerja Kolaborasi Komprehensif (CCF) bagi menyelaras tindakan yang akan membolehkan kedua-dua gergasi penerbangan ini bekerjasama dari segi logistik dan strategik.
Perkara ini telah menimbulkan kontroversi dan menjadi isu hangat apabila dikatakan terdapat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ketika semua proses ini berlaku. Banyak lagi yang saya ingin tulis mengenai topik ini, namun saya bukan dalam kapasiti yang dibenarkan kerana saya merupakan salah seorang kakitangan syarikat berkenaan. Mungkin satu masa saya akan menceritakan daripada perspektif saya sendiri mengenai aspek pengurusan dan kepimpinan di Malaysia Airlines itu sendiri.
8-Tuduhan Rasuah Terhadap Dato’ Seri Dr Khir toyo.
Isu rasuah melibatkan mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo menjadi antara topik yang menjadi perhatian ramai kerana ia dianggap sebagai kes berprofile tinggi membabitkan kenamaan negara. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki yang memutuskan hukuman itu turut mengarahkan perlucutan hak terhadap hartanah tersebut. Kes ini turut mengundang kontroversi kerana Dato’ Seri Dr Khir Toyo merupakan Menteri Besar dan mempunyai kepentingan ketika membeli hartanah terbabit.
9-Pasukan Bola Sepak Malaysia cemerlang di Sukan Sea.
Detik manis dicipta pada 2011 kerana kejayaan skuad bola sepak memenangi pingat emas di Sukan Sea Jakarta, Indonesia sekaligus mempertahankan emas pada Sukan Sea yang lalu. Menariknya pertandingan adalah melibatkan pasukan Indonesia yang merupakan tuan rumah pada acara berkenaan. Dengan sokongan padu lebih 100 ribu penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bong Karno, seolah rahmat dan rezeki untuk Malaysia apabila anak buah Ong Kim Swee disuntik semangat dan begitu yakin diri bagi mempertahankan kejuaraan dimana ia merupakan detik yang sangat berharga dalam sejarah bola sepak tanah air.
10-Kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il.
Tahun 2011 diakhiri dengan kematian Presiden Korea Utara, Kim Jong Il. Serangan jantung dikenalpasti punca yang menyebabkan kematiannya pada usia 69 tahun. Amat dikenali dengan program senjata nuklearnya sewaktu pemerintahan, Jong-Il mencuri tumpuan dunia apabila cuba bangkit untuk menjadi kuasa dunia baru melalui program persenjataannya.
Ketika menjadi Presiden Korea Utara pada awal dan lewat 1990-an, beliau menyaksikan ratusan ribu rakyatnya maut akibat kebuluran, dan masalah kekurangan makanan berterusan sehingga ke hari ini dan adalah dianggarkan satu pertiga daripada kanak-kanak Korea Utara terbantut tumbesarannya akibat kekurangan zat makanan. Kebanyakan peruntukan kewangan disalurkan untuk pembangunan program ketenteraan dan menguatkan barisan pertahanan kerajaan. Beliau telah menemui sumber untuk meneruskan program senjata nuklear yang berkesudahan dengan ujian letupan nuklear pada Oktober 2006 dan Mei 2009. Anak lelaki bongsu Jong-Il, Kim Jong-Un akan mengisi kekosongan jawatan presiden seterusnya menjadi pemimpin dan pemerintah tinggi tentera di Korea Utara.