Mohd Fadzil

Month: February 2012

POLITIK : PEPERANGAN BOSNIA 1991-1997

POLITIK : PEPERANGAN BOSNIA 1991-1997

Pembahagian wilayah Bosnia sebelum dan selepas peperangan – perhatikan wilayah Bosnia yang sudah berkurangan

Olimpik Musim Sejuk di Sarajevo 1984

sumber:expedia.com

izetbegovic

kubur besar mangsa pembunuhan beramai-ramai
PEPERANGAN BOSNIA 1991-1997

Ulasan Susastera

Beberapa
faktor menyumbang kepada wujudnya konflik etnik; antaranya sejarah
pertentangan puak-puak, corak dominasi etnik, ketidaksamarataan,
persepsi persaingan puak sebagai zero-sum game,
kemenangan pilihanraya atau perubahan lain yang memberi kuasa kepada
nasionalis, kelemahan susunan politik untuk menyederhanakan atau
menyekat perlakuan, kewujudan persaingan, tuntutan ekslusif untuk
menguasai sesuatu wilayah, corak penyelesaian yang bersandar kepada
sesuatu pihak tunggal, serta kewujudan penajaan luar atau sokongan
kepada ekstremis politik (Burg & Shoup 1999: 3 ).

Di
negara demokratik, tahap keganasan oleh puak pemisah agak rendah.
Perlindungan isntitusi ke atas harta awam dan karekteristik hak-hak
kemanusiaan dalam demokrasi membenarkan etnik, bahasa, atau
kumpulan-kumpulan beridentiti menterjemah tuntutan mereka kepada kuasa
undi. Walau bagaimanapun, konflik ke arah berkerajaan sendiri dan
pemisahan boleh menaikkan semangat perjuangan. Di Quebec, kegagalan
beberapa memorandum kemerdekaan dengan beza yang sedikit mengizinkan
ketua puak parti pemisah mengumumkan penentangan etnik minoriti. Di
Switzerland, undian pemisahan di Bern Canton pada tahun 1975 telah
diiringi dengan pemberontakan dan ugutan yang membahagikan satu bandar
utama. Para penganalisis kedua-dua kes di atas walau bagaimanapun, tidak
cuba menjelaskan kes-kes ini kepada faktor “kebencian berabad” (ancient hatred)
atau keterlibatan faktor budaya. Sebaliknya mereka melihat kepada
persoalan kuasa dan kepentingan; serta mempersoalkan peranan institusi
dan proses penyelesaiannya. Konflik serta keganasan di Bosnia-Herzegovina juga dapat difahami berdasarkan ciri-ciri di atas.
Pluralis melihat isu-isu di Bosnia sebagai isu dalam perspektif perhubungan (Relational).
Isu-isu ini didominasi oleh dua formula: pendekatan perkongsian kuasa
dan pendekatan integrasi. Pendekatan perkongsian kuasa boleh dilihat
dari beberapa idea: Pertama, konflik etnik wujud dalam hubungan antara
kumpulan yang tidak setara berasaskan nilai-nilai budaya yang
mengakibatkan satu yang berkuasa meminggirkan satu yang lain secara
sosial dan organisasi; kedua, bersabit kumpulan-kumpulan budaya ini
tidak boleh bertolak ansur, atau satu komuniti mempunyai darjah autonomi
yang melebihi kumpulan lain; ketiga, para pembuat keputusan mesti
terdiri daripada wakil setiap kumpulan yang menyumbang kepada keputusan
melibatkan kumpulan mereka; keempat, setiap kumpulan mesti mempunyai
kuasa veto apabila kepentingan mereka dibincangkan (Ibid: 7).
Dalam
isu integrasi, pluralis berhujah pemahaman radikal yang berbeza memberi
kesan kepada perhubungan kumpulan. Sepatutnya dengan komunikasi terbuka
dan adanya kesamarataan, hubungan antara etnik adalah kerjasama dan
pemahamanan yang mutlak; bukannya konflik. Hubungan di atas dilihat
sebagai penyumbang kepada perkongsian budaya atau yang dipanggil “budaya
sivik” (Civic Culture) di Barat (Opcit). Pluralis
mencadangkan sepatutnya kumpulan etnik bersaing pada identiti dan
kesamarataan, bukannya pada faktor keunggulan.

Krisis
di Bosnia-Herzegovina ini akan dinilai berdasarkan Kaedah Pemetaan
Krisis Wher dan krisis ini akan dinilai dalam kerangka masa dari Julai
1991 sehingga 1997.

Pendahuluan

Yugoslavia
adalah produk daripada Perang Dunia Pertama, tetapi berpecah pada
penghujung era Perang Dingin. Perlembagaannya pada tahun 1974 adalah
gabungan elemen persekutuan (federalism) dan persekutuan negeri-negeri (confederalism)
membuktikan ia sebuah negara yang longgar. Kematian Joseph Tito pada
tahun 1980 dan kelompangan kuasa menggantikan beliau menjadikan Yugoslavia
berdepan dengan dekad keruntuhan. Tekanan pengukuhan ekonomi dan krisis
institusi politik disusuli dengan pergerakan nasionalis dan tuntutan
pemisahan wilayah tambah melemahkan Yugoslavia.

Semasa tahun 1980-an, ekonomi Yugoslavia
yang baik sebelum ini menjadi lemah disebabkan oleh salah urus.
Pergerakan nasionalis semakin kuat di seluruh negara. Pada tahun 1986,
kumpulan inteletual di Akademi Sastera dan Sains di Belgrade menerbitkan memorandum menyeru kebangkitan nasionalis Serbia. Respon daripada itu, dimarakkan dengan semangat anti komunis, pergerakan nasionalisme kemerdekaan juga mula kuat di Slovenia dan Croatia.

Pada dekad ini, dengan keadaan negara Yugoslavia
yang lemah tanpa kerajaan yang autoritatif, tahap pencegahan konflik
tidak dapat dijalankan walaupun beberapa petanda amaran awal telah mula
kelihatan seperti semua faktor yang disebutkan di atas.

Semasa era Tito, beliau cuba mensosialisasikan rakyat Yugoslavia
dengan satu budaya hidup yang sama. Muslim dan Kristian diingatkan
bahawa pemujaan dan pengamalan agama masing-masing akan memasamkan muka
dan menyekat sosialisasi antara etnik. Pembasmian cara hidup Muslim
tradisional dan cara berpakaian sehingga tiada ciri yang membezakan
Muslim dengan yang lain, yang tinggal hanya nama keluarga yang
mencirikan agama mereka. Pendek kata, hanya segelintir yang menyerlahkan
identiti Islam walau di Bosnia-Herzegovina.
Yang mengamalkannya akan berisiko tidak digemari dalam masyarakat atau
dipenjarakan (O’Ballance 1995: 3). Bentuk pencegahan konflik yang
dilaksanakan oleh Tito adalah Tekanan (Suppression) serta Penafian Konflik (Conflict Avoidance).

Memahami dan Menganalisa Punca-Punca Krisis

a) Mengapa Krisis Berlaku
Pada Januari 1990, Parti Komunis, institusi utama kepada penyatuan rakyat Yugoslavia telah runtuh apabila delegasi Slovenia keluar daripada Kongres Yugoslavia.
Pilihanraya pelbagai parti yang berlangsung beberapa bulan kemudian
menjadikan nasionalis berkuasa di semua wilayah, seperti Warren
Zimmermann, seoarang duta terakhir di Yugoslavia menyatakannya sebagai
“memadamkam api demokrasi yang dinyalakan oleh
pilihanraya”(Ekwall-Uebelhart 1996: 3).
Krisis perlembagaan adalah faktor terakhir kepada kemusnahan Yugoslavia
ini. Berdasarkan kepada sistem penggiliran presiden yang dibuat selepas
kematian Tito, Stipe Mesic iaitu seorang Croat sepatutnya menjadi
Presiden pada 15 Mei 1991. Serbia dengan sokongan Montenegro, menghalang perlantikan ini. Slovenia
kemudiannya mengetuai masalah persekutuan yang tidak selesai ini dengan
mengisytiharkan kemerdekaannya pada 25 Jun 1991 diikuti dengan konflik
yang singkat tanpa masalah etnik dengan Serbia. Perjuangan Croatia
untuk merdeka lebih kompleks. Apabila Fanjo Tudjman, nasionalis dari
Kesatuan Demokratik Croatia (HDZ) memenangi pilihanraya pada Mei 1990,
ini merenggangkan mereka dengan majoriti Serb Croat dengan cerita lama
tentang negara Ustasha fasis yang dibentuk pada Perang Dunia Kedua.
Diikuti pengumuman draf perlembagaan yang tidak menyebut tentang
perlindungan minoriti Serb atau hak-hak budaya mereka, Serb di kawasan
Knin melancarkan kebangkitan pada Ogos 1990 menuntut kuasa autonomi ke
atas kawasan-kawasan yang didominasi Serb di Bosnia. Deklarasi
kemerdekaan pada 25 Jun 1991 mencetuskan pertentangan yang lebih besar.
Pergaduhan yang melibatkan kumpulan-kumpulan etnik kemudiannya
membayangi perjuangan Republic Croatia mendapat kemerdekaan dari
persekutuan.
Bagi Bosnia-Herzegovina pula, ia memperolehi kemerdekaan sebelum meletusnya konflik yang lebih besar. Bosnia memperolehi kemerdekaan pada 7 April 1992. Berita ini diterima oleh puak-puak etnik lain di Sarajevo, ibu kota Bosnia
dengan kegembiraan, kekecewaan dan kedengkian. Perdana Menteri Croat di
Bosnia meletak jawatan, begitu juga dengan dua orang menteri Serb dalam
kabinet Bosnia. Walau bagaimanapun, kabinet asal Bosnia pimpinan Presiden Izetbegovic masih mempunyai menteri Muslim Bosnia, serta menteri berketurunan Serb dan Croat.
Pada tarikh yang sama, negara Serbia yang terletak di timur Bosnia-Herzegovina melancarkan kempen Serbia Raya (Greater Serbia)
iatu usaha menyatukan orang Serb di Bosnia dan Croatia dengan Serb di
Serbia. Tidak semua orang Serb bersetuju dengan gagasan ini kerana
mereka masih taatkan negara asal. Kawasan-kawasan yang termasuk dalam
gagasan ini ialah wilayah di timur dan utara Bosnia
yang termasuk dalam propaganda membentuk Koridor Utara untuk orang
Serb. Di Croatia pula yang terletak di barat Bosnia, Presiden Fanjo
Tudjman juga mengemukakan idea Croatia Raya (Greater Croatia) dan menentang minoriti pemberontak Serb Croatia yang boleh menghalang cita-citanya. Ditambah pula dengan kemunculan Parti Hak-hak Croatia
(HOS) yang berkarektor fasis yang secara terbuka berkempen menentang
Serbia Raya. HOS aktif menentang Serb di Croatia dan kemudian melebarkan
aktiviti ke Bosnia-Herzegovina. Pergeseran dari dalam negara Serbia dan Crotia inilah yang merebak ke dalam negara Bosnia sehingga menjunamkan Bosnia ke dalam konflik. Bosnia sebagai negara yang terletak di tengah-tengah antara Croatia dan Serbia tidak ubah seperti pelanduk yang tersepit di antara peperangan dua ekor gajah apabila masing-masing Croatia dan Serbia melebarkan wilayah mereka hingga ke dalam wilayah Bosnia-Herzegovina.
Dari segi sejarah, apabila Bosnia-Herzegovina ditakluk Austria pada 1878, Austria berusaha menampan perluasan wilayah oleh Serbia. Yugoslavia memperoleh wilayah pada 1918, di mana Slovenia dan Croatia memutuskan untuk bergabung dengan Serbia dan Montenegro. Pada tahun 1941, Negara Merdeka Croatia menjajah Bosnia-Herzegovina dan mengumumkan orang Muslim sebagai “orang Croat asal”. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, Bosnia dilindungi oleh Tito yang tidak mahu Bosnia dijadikan agenda perebutan oleh republik Croatia dan Serbia.
Sempadan Bosnia-Herzegovina menjadi objek konflik antara kedua-dua
republik sejak beratus tahun. 1921, Pertubuhan Muslim Yugoslavia (JMO)
memegang janji Belgrade bahawa Bosnia-Herzegovina akan dikekalkan sempadan pemerintahan walaupun negara baru Yugoslavia dibentuk. Pada tahun 1929, diktator Raja Alexander cuba memperbaiki konflik Croatia dan Serbia dengan memansuhkan wilayah kebangsaan dengan melibatkan wilayah Vrbas dan Drina
dalam republik Bosnia-Herzegovina. 1939, Belgrade telah memperbetulkan
sempadan wilayah dengan kawasan Posavina di barat Bosnia dan hampir
keseluruhan kawasan tengah diberikan kepada Croatia; sementara Cazinska,
Krajina, Banja Luka, Sarajevo, dan timur Bosnia diberikan kepada Serbia
yang beribu pejabat di Belgrade. Pembahagian itu telah dibuat tanpa
mempedulikan kepentingan Muslim.
Semasa
era Tito, beliau menimbangkan untuk membahagikan Bosnia-Herzegovina
tetapi terbukti amat memecahbelahkan dan beliau memberhentikan
hasratnya. Pada 1943, dalam mesyuarat menentukan wilayah, Serbia mahukan autonomi di bawah kerajaan pusat Yugoslavia, tetapi Muslim Bosnia mahukan status republik. Tito memutuskan Bosnia-Herzegovina dinaik taraf sebagai republik, sama seperti lima republik Yugoslavia yang lain.
Konflik pada peringkat awalnya yang bercirikan perebutan kepentingan politik menguasai pemerintahan negara-negara bekas Yugoslavia
serta nasionalism tuntutan kemerdekaan telah merebak menjadi konflik
nilai apabila melibatkan faktor sejarah lama, pergeseran agama, identiti
serta budaya. Kedua jenis konflik ini berkembang sehingga menjadi
konflik perhubungan apabila melibatkan puak majoriti dan minoriti sama
ada di Croatia, Serbia
dan Bosnia-Herzegovina. Pada peringkat ini, petanda-petanda awal
konflik menjadi sangat jelas dan sudah terlalu lewat untuk menyelesaikan
kesemuanya sekali secara serentak, namun kelihatannya tiada pihak yang cuba mengelakkan konflik sama ada di peringkat pemimpin, ataupun parti-parti politik.

b) Apakah Situasi Krisis?
Burg dan Shoup (1999: 6), menggariskan tiga isu besar yang menunjukkan situasi krisis di Bosnia-Herzegovina.
Isu-isu tersebut adalah: Pertama, kepimpinan nasionalis yang
menggerakkan komuniti dan negara mereka ke kancah perang; Kedua,
pembebasan Bosnia dari Yogoslavia sehingga menimbulkan isu “persoalan kebangsaan” (national question); serta Ketiga, ketepatan tindak balas antarabangsa kepada kejatuhan pelbagai negara bangsa Yugoslavia dan konflik menuntut wilayah pemisahan oleh kumpulan-kumpulan etnik.
Tahap asas yang diuji yang dimaksudkan oleh Burg & Shoup ialah mendefinisikan hak-hak sebenar di Bosnia, sama ada mereka dilihat sebagai individu, atau komuniti etnik, atau etnik secara bersama. Dalam konteks bekas negara Yugoslavia, terma Muslim tidak reflek kepada agama seseorang individu tetapi merujuk kepada pengenalan kebudayaan (Ibid).
Pengunduran
Bosnia dari Yugoslavia memunculkan isu “persoalan kebangsaan” iaitu
terma yang selalu digunakan di Eropah Timur bagi menggunapakai semua
aspek hubungan antara etnik tetapi elemen paling penting ialah
mentakrifkan hak menuntut kekuasaan (claim titular) atau status “negara berperlembagaan” (state constituting)
yang selalu disimpan untuk kumpulan etnik majoriti, dan mentakrifkan
hak “lain-lain” iaitu kumpulan etnik minoriti. Untuk mencapai status
negara berperlembagaan itu, rundingan peringkat atasan diadakan tentang
hak-hak, budaya, dan politik kumpulan termasuk pengawalan ke atas negara
itu sendiri. Perjuangan ke atas hak-hak dan “persoalan kebangsaan” menjadi berkaitan di Bosnia-Herzegovina, seperti juga di lain-lain negara Eropah Timur. Bosnia
membentuk negara dengan tiga ciri utama: negara pelbagai etnik dengan
tidak ada kuasa istimewa mana-mana kaum menuntut kuasa berlebihan;
dicirikan dengan tiga etnik utama: Muslim Bosnia, Croat dan Serb; serta
kekal sebagai negara berperlembagaan.
Disebabkan
Bosnia dikelilingi oleh negara yang lebih berkuasa iaitu Croatia dan
Serbia yang berebutkan tiga isu penting tadi, maka perebutan ke atas
kepentingan dan “persoalan kebangsaan” di Bosnia tidak boleh
diselesaikan tanpa penyertaan Croatia dan Serbia. Dengan perpecahan Yugoslavia dan pembentukan nasionalis di Croatia dan Serbia, pejuang di Bosnia-Herzegovina
melibatkan penyertaan antarabangsa dan menimbulkan isu baru: Bagaimana
masyarakat antarabangsa patut bertindakbalas kepada negara pelbagai
bangsa yang rakyatnya berkonflik. Isu ketiga ini dilihat berbeza-beza
oleh pihak yang terlibat dengan konflik. Setiap satu aktor konflik
membawakan isu asas kepada masyarakat antarabangsa yang cuba
merundingkan konflik kemudiannya. Persaingan di Bosnia adalah hak
individu lawan hak kumpulan, dan tuntutan melangkaui Muslim, Croat dan
Serb tetapi isunya ialah sama ada perlu wujud sebuah negara
berperlembagaan. Persaingan ini lebih kepada mendefinisikan perlembagaan
itu sendiri, atau akhirnya kepada peperangan sama ada negara itu patut
wujud atau tidak. Inilah situasi yang dihadapi oleh Bosnia-Herzegovina
(Ibid).
Sejarah
di Eropah Timur mencatatkan ketidakintegrasian wilayah berbilang negara
atau empayar telah disusuli dengan pembentukan negara bangsa. Proses
bermula pada awal ke-19, dan berakhir dengan perpecahan Czechoslovakia dan Yugoslavia diikuti dengan kejatuhan komunisme pada 1989-90. Konflik
Bosnia pada 1992- 1993 memunculkan semula persoalan abad ke-19 dan
era-Versailles tentang pembentukan negara dan definisi persempadanan di
Balkan. Dapat dilihat keselarian antara usaha kuasa Eropah untuk
menyelesaikan persoalan Bosnia dengan kongres di Berlin pada 1878; serta
perundingan masa depan Bosnia yang dilakukan di Dayton. Dalam kedua-dua
kes, masyarakat antarabangsa cuba mengekalkan cerita permulaan
kewujudan status quo semasa membentuk realiti politik
baru. Dalam kedua-dua kes, Bosnia berkeadaan turun-naik; pada 1878,
masyarakat antarabangsa mengekalkan cerita bahawa Bosnia masih lagi
dalam Empayar Ottoman dengan membenarkan Austria mengambilnya; pada
1995, masyarakat antarabangsa mengekalkan cerita negara Bosnia dengan
membenarkan Serbia dan Croatia mengambil sebahagiannya (Ibid).

c) Adakah ia krisis yang simetri atau tidak simetri?
Krisis di bekas Yugoslavia ini asalnya adalah simetri kerana ia adalah melibatkan aktor negara iaitu Croatia dan Bosnia-Herzegovina yang masing-masing berebut mengisytiharkan kemerdekaan dari Yugoslavia, dengan aktor Serbia
yang menentang kemerdekaan negara-negara ini. Di samping itu,
ketiga-tiga aktor ini juga mempunyai gagasan keunggulan negara bangsa
masing-masing seperti Croatia Raya (diideakan oleh Tudjman, presiden
Croatia), Serbia Raya (gagasan di bentuk oleh Slobodan Milosevic,
presiden Serbia), serta Bosnia-Herzegovina di bawah pimpinan Alija
Izetbegovic menganjurkan “Komuniti Islam Bersatu dari Morocco ke
Indonesia” (O’Ballance, Opcit).
Pergeseran
pada peringkat ini adalah pergeseran ke atas kepentingan politik yang
berbeza-beza dengan sifat konflik di peringkat internal iaitu di dalam
wilayah Yugoslavia,
serta aktor-aktor yang terlibat berada pada tahap sistem yang sama
iaitu tahap cita-cita individu yang seterusnya diterjemahkan ke tahap
negara (pendekatan realis). Realism ortodoks seperti Thomas Hobbes juga
mendefisikan kelakuan aktor sebagai “manusia jahat” yang suka bergaduh (every one against every one) dan oleh sebab itu, ketakutan dan bahaya kematian akan berterusan (a continual fear and danger of violent death)
(Viotti & Kauppi 1999: 60). Freud pula mengatakan manusia
menggunakan naluri untuk mengurangkan tekanan, maka kejahatan adalah
sebahagian daripada sifat manusia yang berkecenderungan mengurangkan
sifat jahat dengan berperang. Realism ini bertegas peperangan tidak
dapat dielakkan kerana ia adalah konflik alam.
Paul
Wher mengatakan konflik adalah sebahagian daripada naluri biologi yang
mana “manusia adalah haiwan sosial” yang mempunyai naluri untuk
bergaduh. Sifat ini menjadi asas dan mengakari sesetengah kehidupan
sosial dan ia mengganggu proses dalam sistem sosial. Konflik, walau
bagaimanapun boleh juga dipandang sebagai fungsi yang menukar sistem
sosial itu sendiri.
Berbalik kepada krisis di Bosnia-Herzegovina,
masyarakat antabangsa berhadapan dengan struktur antarabangsa yang
anarki yang tidak boleh diselesaikan oleh mana-mana kerajaan dunia.
Pertembungan berlaku dan konflik tidak dapat dielakkan . Krisis ini
menghadapi dilemma apabila dua masyarakat antarabangsa iaitu Kesatuan
Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak sependapat
dalam usaha menanganinya. Kesatuan Eropah mengambil masa yang lama untuk
memutuskan mencampuri urusan konflik di Bosnia-Herzegovina kerana menganggap ia urusan dalaman Yugoslavia
dan patut diselesaikan oleh aktor dalaman sendiri. Kesatuan Eropah
Barat (WEU) yang bercita-cita hendak menjadi pasukan tentera EU hilang
sabar dan mula mendesak PBB menghantar pasukan pengaman ke Bosnia tetapi
Cyprus Vance, wakil khas PBB menolak desakan tersebut kerana EU masih
mempunyai tentera Organisasi Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Perlakuan
masyarakat antarabangsa yang memperlambat-lambatkan campurtangan di Bosnia
ini adalah disebabkan oleh PBB, NATO dan EU sendiri yang tidak sepakat
dengan cara bertindak . Sebahagian daripada masalah masyarakat
antarabangsa ialah mahu menilai sejauhmana konflik ini bersifat perang
saudara antara Croat Bosnia, Serbs dan Muslim, dan menilai sejauh mana penaklukan oleh Serbia
(Nye, Jr 2005: 163). US pula, sebagai kuasa terkuat dalam NATO hanya
memberitahu sekutunya bahawa mereka tidak akan terlibat dengan kempen
operasi pertama di Bosnia (Ramet, et al. 2001: 164). Pada
masa yang sama, US mempunyai misi penaklukan di Teluk iaitu Perang
Amerika-Iraq. Di peringkat dalaman pula, Presiden Josh Bush sibuk melobi
untuk disenaraikan semula dalam pilihanraya presiden. Pada peringkat
ini, konflik berada tahap tidak simetri lagi kerana aktor-aktor
antarabangsa mula berkira-kira mempersepsikannya sama ada mahu melibatkan diri atau tidak. 

d) Mengapa krisis menjadi ‘tractable’ atau ‘intractable’?
Krisis di Bosnia adalah krisis yang ‘intractable
kerana sukar diselesaikan. Ia melibatkan banyak aktor sama ada di
peringkat individu, parti dan negara bangsa seperti Fanco Tudjman (HOS-
Croatia), Alija Izetbegovic (SDA-Bosnia Herzegovina) dan Slobodan
Milosevic (YPA-Serbia). Konflik ini juga melibatkan pelbagai isu yang
melibatkan faktor agama, sejarah, budaya dan politik. Kepelbagaian
ciri-ciri ini di sebalik setiap kumpulan etnik dan negara bangsa, serta
faktor kedegilan mereka yang tidak mahu bertolak ansur tentang
perbezaan-perbezaan ini menyebabkan krisis terlekat dalam keadaan ‘intractable
seperti yang dinyatakan oleh Edgar O’Ballance sebagai pihak-pihak
terlibat seperti tidak mahu memadam api perang saudara yang mula
menyelimuti Bosnia-Herzegovina tidak kira berapa harga darah yang
ditumpahkan (O’ Balance,Opcit: 38). Parti-parti nasionalisme yang
menjadi penggerak isu-isu juga tidak mahu bersepakat menimbangtara jika
terdapat isu-isu yang boleh diselesaikan secara kerjasama atau
seumpamanya. Masing-masing mengutamakan keunggulan negara bangsa seperti
yang dinyatakan oleh pluralis.
Di
peringkat luaran pula, pendirian EU adalah tidak mahu campur tangan
dalam konflik yang disifatkan sebagai isu dalaman bekas negara
Yugoslavia yang boleh diselesaikan oleh aktor dalaman, serta terdapat
beberapa negara anggota EU sendiri yang kurang pengetahuan dan kefahaman
tentang negeri-negeri di Balkan, misalnya sewaktu Menteri Luar
Luxembourg menduduki kerusi presiden EU, beliau menasihati Slovenia yang
mahu keluar dari Yugoslavia sebagai “terlalu kecil untuk berada di
peringkat antarabangsa”(Ibid: 2). Bagi PBB pula, pada awalnya Boutros
Ghali pada 10 April 1991 telah menolak permohonan Izetbegovic supaya
dikirimkan tentera pengaman ke Bosnia-Herzegovina kerana faktor sumber
kewangan dan sumbangan antarabangsa (pasukan tentera) yang terhad yang
boleh mengehadkan penglibatan mereka. Kegagalan masyarakat antarabangsa
ini bertindak mencampuri konflik di Bosnia-Herzegovina dengan kadar segera telah menjadi satu kesilapan yang menghumban Bosnia-Herzegovina ke kancah perang yang berlarutan dan “intractable”. PBB sebenarnya telah tersalah anggap bahawa konflik di Bosnia
akan selesai dengan mudah sepertimana di Iraq. Keadaan ini disifatkan
oleh Conway W. Henderson (1998: 397) sebagai situasi “no-body-incharge”,
tiada kerajaan atau autoriti yang mencadangkan gencatan senjata
misalnya. Pada peringkat ini, tiada potensi ke arah sebarang
persetujuan, dialog atau kerjasama antara aktor-aktor, keadaan ini boleh
disifatkan sebagai “no zone possible agreement”.

Aktor-aktor yang Terlibat

a) Apakah perlakuan aktor yang terlibat?
b) Apakah persepsi mereka?

Aktor
yang terlibat ialah aktor individu, aktor negara, dan aktor
antarabangsa. Aktor individu ialah Slobodan Milosevic, Alija Izetbegovic
dan Fanco Judjman. Aktor negara ialah Serbia, Croatia dan
Bosnia-Herzegovina. Aktor antarabangsa ialah PBB, EU, NATO dan US.
Slobodan
Milosevic melancarkan gagasan Serbia Raya iaitu menyatukan semua orang
Serb di Bosnia dan Croat dengan Serb di Serbia serta meluaskan
penaklukan di kawasan timur dan utara Bosnia dalam gagasan Koridor Utara
untuk menempatkan orang Serb apabila cita-cita beliau berjaya. Alija
Izetbegovic adalah seorang nasionalis yang mahu menyatukan Muslim
Bosnia, Croat Bosnia dan Serb Bosnia di bawah sebuah negara yang
berbilang etnik tetapi pada masa yang sama beliau dikenali sebagai
pejuang komuniti Islam serta sering ke negara-negara Islam mencari
pengaruh dan rangkaian (Opcit: 3). Tudjman merupakan nasionalis Croatia,
anti-Serbia dan mahu menubuhkan Croatia Raya untuk seluruh Croatia di
tiga negara tersebut. Walaupun bersetuju dengan Izetbegovic dalam hal
kemerdekaan negara dari Yugoslavia tetapi Tudjman kurang bersetuju
dengan cita-cita Islam Izetbegovic khususnya kepada Croat Bosnia.
Ketiga- tiga aktor individu inilah yang memimpin negara masing-masing ke
kancah konflik.
Di
peringkat antarabangsa, masyarakat antarabangsa yang paling hampir dari
segi geografi- EU- awalnya tidak ambil peduli dengan konflik di
Bosnia-Herzegovina kerana menganggap ia konflik dalaman Yugoslavia dan
patut diselesaikan oleh aktor-aktor dalaman itu sendiri sama ada
individu, parti atau negara. PBB pula mengharapkan EU campurtangan
terlebih dahulu kerana kekangan sumber kewangan dan ketenteraan, dan US
pula mempunyai misi di Teluk serta agenda pilihanraya presiden.

Kedinamikan Krisis

a) Mengapa krisis ini sukar diselesaikan?
b) Darjah atau tahap (degree) Krisis – plot krisis
c) Mengapa krisis ini sukar diurus berdasarkan kepada beberapa kes studi

Plot Krisis Mengikut Kronologi


Permulaan Krisis 1992 – 1993
Pergeseran
di antara kerajaan Bosnia dan Serb Bosnia bermula apabila Izetbegovic
memohon kemasukan polis dan pasukan simpanan di Sarajevo, dan kerajaan
meminta Serb Bosnia meninggalkan bandar pada 4 April 1992. Beberapa
pegawai Serb meninggalkan bandar tetapi berjanji kepada Serb yang
tinggal bahawa mereka akan kembali dalam beberapa hari. Pada 6 April,
Serb mula menembak Sarajevo.
Pada 7 dan 8 April, diikuti dengan pengisytiharan antarabangsa ke atas
Bosnia-Herzegovina, tentera Serb merentasi Sungai Drina (sempadan Bosnia
dengan Serbia) dari Serbia, mengepung bandar-bandar Muslim di Zvornik,
Visegrad dan Foca di timur Bosnia. Pada pertengahan April, keseluruhan Bosnia terhimpit dalam peperangan.
Keganasan merebak, kepanikan dan ketakutan meningkat, membahagi-bahagikan etnik mengikut populasi. Bosnia beberapa minggu cuba mengempangi perebakan keganasan etnik. Pertahanan bandar dibentuk oleh kerajaan Bosnia iaitu Muslim, Serb Bosnia yang setia dan Croat Bosnia.
Pentadbiran Croat di Vares berjaya menghalang konflik etnik, dan
genjatan senjata diusahakan di Velika Kladusa. Di Sarajevo, perhimpunan
pro-demokrasi dibentuk. Usaha-usaha ini walau bagaimanapun gagal kerana
semua pihak telah bersedia untuk berperang. SDS, parti kerajaan Bosnia telahpun bersedia kerana mendapat tahu bahawa populasi Serb telah menambah pengkalan dan depot tentera. JNA, tentera Serbia telahpun mengepung Sarajevo
yang akan memberi kelebihan ketika peperangan kelak. Sewaktu enam
minggu pertama, pasukan khas dan separa militari Serb disokong oleh JNA
telah memasuki timur Bosnia melalui Serbia, dan JNA memasuki barat
Bosnia dari Croatia.
Pada 26 April, kedua-dua pihak telah dipanggil bermesyuarat di Macedonia. Jeneral Serb dan Jeneral Croat dipanggil untuk penyelesaian politik (political settlement) dan akan dilibatkan dalam perbincangan EU; Izetbegovic dituntut mengeluarkan saki-baki tentera dan pegawai JNA keluar dari Bosnia atau beliau merubah struktur tenteranya di Bosnia. Kedua-dua pihak menolak cadangan EU ini.
Pertempuran bersambung apabila Serb Bosnia menyerang dua bandar Muslim. Keesokannya, Presiden Bosnia,
Izetbegovic diculik oleh pegawai JNA di Sarajevo. JNA mahu menggunakan
Izetbegovic sebagai tebusan kepada pengunduran JNA dari Sarajevo
dengan perlindungan UNPROFOR (Tentera Perlindungan PBB). Pihak Muslim
tidak menerima cara ini dan menyerang konvoi JNA dan dua pertiga
terkorban dalam perjalanan. Gencatan senjata ditandatangani pada 18 Mei
disusuli dengan pengunduran saki baki JNA dari Bosnia.
Keadaan kemudiannya menjadi bertambah tidak terkawal dan keganasan menular di Bosnia. Pasukan Palang Merah ditembak dan konvoi PBB dirampas. Tembak-menembak yang berterusan di Bosnia mengundang minat pihak Barat tentang isu krisis kemanusiaan dengan kematian ramai orang awam di Sarajevo pada 27 Mei. Lantaran itu, Majlis Keselamatan PBB pada 30 Mei (Resolusi 757) mengambil tindakan mengenakan sekatan (sanctions) kepada Yugoslavia (Serbia dan Montenegro). Keganasan berterusan dan masyarakat antarabangsa berusaha membuka lapangan terbang Sarajevo
untuk penerbangan masuk bantuan kemanusiaan. Pada 20 Mei, gencatan
senjata yang memberi izin kepada PBB mengambil alih lapangan terbang
telah dicabuli oleh kedua-dua pihak, yang berperang mahu mengawal
sempadan di antara lapangan terbang dan bandar.
Pada 26 Jun, Boutros Ghali memberi Serb 48 jam untuk menghentikan serangan ke atas Sarajevo.
Beliau mahu Serb membenarkan PBB mengambil alih lapangan terbang dan
meletakkan senjata berat mereka di bawah pemantauan PBB seperti yang
telah dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata yang dirunding oleh
Lewis MacKenzie, komander UNPRPOFOR di Sarajevo. Pada masa yang sama
Persiden Bush bermesyuarat dengan penasihatnya tentang kemungkinan
menggunakan kuasa tentera di Bosnia. Presiden Perancis pada 28 dan 29 Jun melakukan lawatan ke Sarajevo. Drama berakhir apabila Serb memulangkan lapangan terbang kepada UNPROFOR.
Di luar Sarajevo, Serb telah berbulan-bulan mengepung bandar-bandar majoriti Muslim di sepanjang sungai Drina dan Sava dan menghalau keluar orang Muslim. Serb menghala ke utara dan tengah Bosnia. Muslim kemudiannya mengambil balik kawasan ini. Pada
Jun 1992 Serb melancarkan serangan balik dan memenangi kawasan tengah
Bosnia. Serb juga gagal mengekalkan koridor utara di antara Banja Luca
di barat dan Semberija serta Serbia di timur. Di timur Bosnia, pasukan
gerila Bosnia melancar serangan sewaktu musim sejuk 1992 -1993 menentang
Serb di Tuzla-Zvornik dan menembak motar ke sempadan Serb Bosnia di
timur Srebrenica.
Pada Januari 1993, pertempuran meletus antara Croat dan muslim di tengah Bosnia. Muslim mendapati mereka diserang dari dua pihak. Sebab konflik Muslim dan Croat ialah pembahagian Bosnia
yang dicadangkan di bawah perancangan Pelan Vance-Owen. Di timur Bosnia
serangan Serb pada musim bunga 1993 mengurangkan kawalan Muslim ke atas
kawasan pedalaman, mencabuli Pelan Vance-Owen. Ini
memimbulkan konfrantasi dengan NATO kerana bimbangkan Serb menyerang
bandar. Penghujung tahun 1993, Muslim terdesak mempertahankan bandar di
bawah kawalan Croat di tengah Bosnia. Crotia dan Croat Bosnia terlibat
dalam pembersihan etnik di kem-kem Muslim. Bertindakbalas, Majlis
Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan pada Februari 1994 mengancam
Crotia dengan sekatan (sanction). Pada peringkat ini
Croat dan Serb sebenarnya bersetuju melancarkan serangan bersama
menentang Muslim. Tembakan di Pasar Markala pada Februari membawa kepada
pakatan Muslim-Croat-Crotia di bawah tajaan Amerika. Pemerhati tentera
antarabangsa menyifatkan pertentangan di Bosnia berterusan disebabkan
oleh kedua-dua Serb dan Muslim tiada disiplin, lemah dari segi
pengarahan dan dan pengawalan (command and control) dan
Serb pula ialah mereka tidak mahu mengambil risiko. Tentera Serb telah
dibekalkan dengan minyak oleh Croat selama 18 bulan pada 1993 hingga
1994. Tetapi pembekalan ini terhenti pada Disember 1994 yang dapat di
fahami sebagai tanda-tanda awal Croat dalam persediaan menentang Serb
pula.

Krisis-krisis Besar, 1993 – 1994

a) Srebrenica, April 1993
Krisis
pertama yang direspons oleh Barat adalah serangan Serb ke atas
Srebrenica pada awal April 1993 kerana Srebrenica merupakan pusat
aktiviti gerila Muslim menyerang bandar-bandar dan perkampungan Serb di
timur Bosnia pada musim sejuk 1992 – 1993. Serangan Serb dilihat
memprovokasi melemah-lemahkan Pelan Vance-Owen. Akibatnya pelarian
terperangkap di Srebrenica dan menimbulkan isu penganiayaan kemanusiaan.
Komander PBB sendiri telah merentasi garisan Serb dan menaikkan bendera
PBB di Srebrenica dalam usaha menyelamatkan pelarian. Pada April, Serb
melancarkan serangan ke Sarajevo
serta Srebrenica dan menghancurkan Srebrenica. Serangan ini dikuti
dengan penangguhan perbincangan gencatan senjata oleh Jeneral Serb di
Sarajevo, beberapa jam sebelum NATO mula menguatkuasa zon bebas terbang (no fly zone)
di Bosnia yang dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB pada Oktober 1992
(Resolusi 781). Dua perbuatan Serb ini dilihat sebagai hasad dengki
dengan niat politik. Laporan pembunuhan beramai-ramai orang awam di
timur Bosnia telah menyebabkan pentadbiran Clinton mencadangkan sekatan yang lebih ketat ke atas Serbia dan Montenegro.
Owen, pada Februari pernah menyatakan kemungkinan menggunakan serangan
udara untuk menyeimbangkan serangan, sekarang mahu mengebom Serb dalam
usaha mencegah mereka mengepung bandar Muslim. Di Washington, tekanan
lebih tinggi kerana kerana Presiden Czechoslovakia mendesak White House menghentikan Serbia. US
mengancam melancarkan serangan udara. US juga didesak untuk “melakukan
sesuatu” untuk meredakan krisis. Kemudiannya komander PPB di Bosnia diberitahu bahawa Karadzic bersetuju membenarkan UNPROFOR memasuk Srebrenica. Muslim Srebrenica diundurkan dalam 72 jam.
b) Terjerut di Sarajevo, Julai – Ogos 1993
Krisis
ini bermula apabila Serb menawan Trnovo pada Julai 1993 dan peperangan
di Bukit Bjelasnica dan Bukit Igman pada penghujung Julai. Konvoi
bantuan kemanusiaan dihalang dari tiba ke bandar di mana Muslim dan
Croat berperang di tengah Bosnia. Pertengahan Julai, pentadbiran Clinton mula berbincang langkah-langkah menghalang Serb daripada terus menakluk Sarajevo. Majlis Keselamatan menerima resolusi pada 23 Julai mengutuk sekatan di Sarajevo dan menuntut bantuan diteruskan. Pertempuran
di bandar terus teruk, pegawai PBB merekodkan 3777 tembakan dilepaskan
dalam tempoh 16 jam. Pada masa yang sama CIA memberitahu pentadbiran
Clinton bahawa Serb sudah hampir-hampir memenangi seluruh Bosnia.
Pembuat polisi US mahu digunakan serangan udara ke atas Serb. Duta NATO
memberi amaran bahawa mereka akan mengambil
tindakan efektif dan bersedia menggunakan serangan udara membebaskan
jerutan di Sarajevo dan meneruskan bantuan kemanusiaan tetapi tidak
disebutkan tarikh operasi itu.
Ia
kemudiannya menjadi faktor Karadzic, pada 30 Julai memberitahu mediator
antarabangsa bahawa beliau akan mengundurkan Serb dari Bukit Igman.
Tetapi krisis masih berterusan. Perundingan berlansung di Pale pada 5
Ogos di antara Serb dan komader PBB diberitahu bahawa Serb akan
diundurkan jika PBB mahu memasuki kawasan yang mereka kosongkan dan
Karadzic berjanji akan memberi laluan konvoi bantuan. Perundingan
keesokannya gagal apabila Jeneral Bosnia memberitahu tentera kerajaan
Bosnia diiringi PBB di izinkan memasuki Igman dan Bjelasnica. Pada
akhirnya perjanjian tercapai apabila Serb bersetuju berundur daripada
Bukit Bjelasnica yang akan dimasuki oleh tentera UNPROFOR Perancis.
Penyerahan jalan Bukit Igman oleh Serb ini adalah situasi yang kritikal
dalam peperangan di Sarajevo.
c) Pengeboman di Pasar Markala, Februari 1994
Dengan
penolakan perjanjian pelan pembahagian oleh Owen-Stoltenberg pada musim
panas dan musim luruh 1993, Serb mula menambahkan serangan di Sarejevo.
Serangan di Pasar Markala pada 5 Febuari 1994 mengakibatkan kematian
yang ramai dan Serb dipertanggjungjawabkan.
Perancis, telah ditekan oleh Amerika supaya menggunakan ketenteraan keatas Serb. Pada
7 Februari pula EU mengajak masyarakat antarabangsa membebaskan
Sarajevo dengan segera. Pada 8 Februari, US mahukan senjata berat Serb
dikeluarkan dari kawasan orang awam. 9 Februari NATO melaksanakan
tututan terakhir penguduran senjata berat Serb dari 20 kilometer zon
ekslusif penuh (total exclusive zone) dari bandar dan
mengancam menggunakan serangan udara jika Serb tidak mematuhinya.
Komander UN merundingkan Serb supaya mengudurkan senjata dan diletakkan
di bawah kawalan PBB atau penggunaan askar UNPROFOR Rusia untuk memantau
perjanjian. Pembunuhan beramai-ramai Markala ini menghasilkan
penglibatan langsung oleh NATO dan US, serta Rusia di dalam krisis
Bosnia- perkembangan yang melibatkan mereka sehingga setahun setengah
kemudiannya.
d) Gorazde, Mac – April 1994
Serb Bosnia menyerang Gorazde mengepung timur Bosnia
pada Mac 1994 menghancurkan harapan untuk aman hasil daripada kejayaan
kata dua NATO pada Februari. Serangan Serb berakhir pada 26 April
apabila Serb berundur dari bandar kerana mendapat kata dua dari NATO
sekali lagi. Serangan Serb ini adalah untuk menggagalkan perundingan
damai dan kemasukan Barat di Bosnia. Serb sudah menentukan beberapa
okjektif: untuk meneutral tentera Bosnia
dengan mengepung lebuhraya utara – selatan yang menghala ke Dataran
Drina di Timur. Serb kemudian meletupkan Gorazde pada 10 April. Komander
PBB dan NATO marah dengan serangan tersebut dan bimbang Serb akan
menawan bandar, telah melancarkan serangan udara NATO ke atas kedudukan
Serb pada hari yang sama. Serangan ini disokong oleh Boutros – Ghali
yang pada 9 April mengarahkan tentera PBB di Bosnia untuk menggunakan”
apa sahaja cara” untuk menghalau Serb keluar dari Gorazde. Serangan
udara kedua dilakukan pada 11 April. Serb meneruskan serangan serta
menggugut “sekali lagi serangan, kami akan menembak jatuh pesawat – kami
tidak jamin keselamatan UNPROFOR dan akan serang UNPROFOR serta
ibupejabat anda”. Pada 15 April Serb Bosnia tiba mempertahankan Gorazde.
NATO kali ketiganya melancarkan serangan udara disusuli oleh pengeboman
bandar oleh Serb. Serb telah menmbak jatuh pesawat NATO dan jet British
Harrier. Ketiga-tiga serangan udara NATO adalah terhad kepada target
spesifik, dengan tujuan menakut-nakutkan Serb daripada serangan untuk
meneutralkan keupayaan militri Serb Bosnia. Bertindakbalas kepada
serangan NATO, Serb mula menawan 200 pegawai PBB dan orang awam.
Kaedah
segera untuk penyelesaian pedamaian diperlukan apabila Serb Bosnia
meneruskan serangan. Pada 16 April US memutuskan untuk memakai
pendekatan sederhana, mengharapkan perundingan-perundingan seterusnya
akan terhasil dan usaha Rusia untuk menarik Serb keluar dari Gorazde
akan berjaya tetapi usaha Rusia gagal. Pemerhati PBB mula keluar dari
Gorazde selepas keadaan tidak berubah. Kedudukan US lebih terdesak, penasihat Clinton mencadangkan penggunaan serangan udara yang lebih besar. Polisi US
seakan mengalami perubahan besar. Selepas April berlaku perkembangan
apabila Serb Bosnia bersetuju meletakkan senjata dan membenarkan
kontinjen UNPROFOR memasuki bandar. Mereka juga mula membebaskan tawanan
dan mengembalikan senjata daripada depot PBB sekitar Sarajevo.
Serb berjanji mereka tidak akan memasuki Gorazde dan jaminan ini
diulang oleh Karadzic. Tetapi Serb menyerang hospital. Serb diberikan
tarikh akhir untuk keluar dari Gorazde, tetapi Serb terus menyerang
kilang. Komander Bosnia di Gorazde mengadu kepada pemerhati PBB bahawa
Serb cuba “membeli masa” dalam usaha menggagalkan pengundurannya. US
mencadangkan zon ekslusif penuh termasuk Gorazde. NATO memberi kata dua
untuk Serb berundur tiga kilometer dari bandar, termasuk mengundurkan
senjata berat sehingga 27 April. NATO kemudiannya memperluaskan kawasan
zon eksklusif penuh sehingga ke Zepa, Tuzla,
Bihac dan Srebrenica yang diisytiharkan kawasan selamat oleh Resolusi
Majlis Keselamatan 824 pada 6 Mei 1993. Sebelum itu, Milosevic telah
mengarahkan Karadzic dan Jeneral Serb ke Belgrade, bertemu dengan
Yashushi Akashi, wakil khas Setiausaha Agung PBB dan ketua misi
UNPROFOR. Pada 22 April, Akashi
melaporkan adanya perjanjian mengundurkan senjata berat dari bandar
tetapi tidak tentang pengunduran tentera Serba tiga kilometer dari
bandar. Tetapi perjanjian ini dicabuli serta peperangan berterusan.
Krisis
diputuskan untuk dihentikan. NATO merancang serangan besar-besaran ke
atas Bosnia yang akan “memusnahkan kepungan tentera Serb dan memaksa
pemimpin ke meja perundingan (bargaining table)”.
Sekurang-kurangnya 24 target dikenalpasti. Sementara US lebih suka
menghala target ke Serb Bosnia, EU menghadkan serangan ke atas 20
kilometer zon ekslusif sekitar bandar. Pegawai NATO mencadangkan: “Pelan
ini adalah untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah, tidak akan dan
tidak mahu dialami oleh Serb lagi” (Burg & Shoup, Opcit 149). Kaedah
segera ini perlu kerana adanya tekanan dari Serb Bosnia untuk
meningkatkan serangan tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa serta
serangan udara.
Tetapi
Akashi menolak serangan udara yang dirancangkan ke atas Gorazde kerana
mahu melindungi pegawai PBB yang masih ditawan Serb. Selepas itu,
pengeboman dari Gorazde berkurangan pada 23 April. Pada 26 April,
pertempuran di bandar terhenti. Tentera kerajaan Bosnia menarik diri
dari pertempuran.
Menjadi
perdebatan kemudiannya ialah tentang kemusnahan dan krisis kemanusiaan
di Gorazde yang dikatakan tidaklah seburuk yang dilaporkan. Jeneral US
marah dengan keadaan itu dan menuduh Muslim Bosnia sengaja
mengada-ngadakan cerita untuk membawa Barat ke dalam peperangan termasuk
US. Peristiwa Gorazde menandakan permulaan
keprihatinan kuasa Barat kepada isu krisis kemanusiaan. Serangan udara
misalnya dilihat sebagai maksud menekan Serb ke meja perundingan,
sekaligus mencapai penyelesaian kepada peperangan. Dengan perubahan ini,
kehadiran PBB menjadi tanda tanya kerana PBB menambahkan tentera
sehingga 7200 orang di bawah kebenaran Majlis Keselamatan pada Mac 1994.
Tekanan
berterusan di antara UNPROFOR dan aktor-aktor peperangan semasa musim
panas 1994. Pada Jun, Akashi berusaha mendapatkan perjanjian (agreement)
gencatan senjata terakhir di Bosnia. Tetapi perjanjian dicabuli lagi
dengan pertempuran di Cazinska Krajina. Serb menguasai Bukit Igman
sekaligus mengepung Sarajevo (diceritakan terlebih awal dalam tajuk
Terjerut di Sarajevo). Keganasan di zon ekslusif sekitar Sarajevo
disebabkan oleh kedua-dua pihak; Serb Bosnia dan Muslim Bosnia. Kerajaan
Bosnia menggunakan senjata berat di luar zon ekslusif sementara Serb
menggunakannya di dalam zon. Jeneral US memberi amaran kepada Bosnia
bahawa mereka akan menggunakan serangan udara. Serb memotong bekalan
elektrik di Sarajevo dan Bosnia menyerang barisan Serb sekitar bandar.
Pertempuran berakhir apabila Jeneral US mengancam akan menggunakan
serangan udara ke atas kedua-dua pihak. Kerajaan Bosnia marah dengan
Jeneral US yang hanya memfokuskan pencerobohan Bosnia ke atas zon
ekslusif tetapi tidak kepada Serb yang mengancam orang awam dan bantuan
kemanusiaan. Mereka menggagalkan gencatan senjata, meneruskan peperangan
dan mendakwa mempertahankan diri dari penceroboh. Jadi, mereka
mempunyai hak untuk mempertahan wilayah dari Serb yang menceroboh dan
melakukan pembersihan etnik.
Komander
tentera Bosnia mempertahankan bahawa mereka kehilangan lebih banyak
wilayah semasa perjanjian gencatan senjata pada musim bunga 1994;
mendakwa Serb menolak cadangan pemantauan sepanjang gencatan senjata;
mengatakan selepas 30 hari gencatan senjata Serb menolak untuk
memperbaharuinya sebaliknya menyeru penyatuan populasi Serb. Jeneral US
bengang dengan penolakan Muslim Bosnia menandatangani gencatan senjata
jangka panjang. Beliau menuduh Muslim Bosnia sengaja mahukan NATO dan US
menyertai perjuangan pihak Muslim dan mereka akan berbuat apa sahaja
mencapai cita-cita tersebut dengan mengatakan tentera Bosnia
“mengada-ngadakan gambaran peperangan kepada dunia, dan menjadikan kami
bertindak balas dengan serangan udara”. Beliau memberi amaran serangan
udara juga boleh dihalakan kepada Bosnia.
Penghujung Oktober, PBB dan NATO hilang kawalan ke atas situasi Bosnia, Sarajevo dan situasi kucar-kacir sepenuhnya.
d) di Bihac, November – Disember 1994
Pertempuran
paling hebat pada tahun 1994 berlaku di Bihac, suatu tempat di wilayah
Cazinska Krajina di barat laut Bosnia-Herzegovina. Serb telah berusaha
menawan Bihac pada tahun 1992 tetapi gagal. Tiada pertempuran di sini
para tahun 1993, tetapi meletus semula apabila Jeneral Bosnia
menerima Pelan Pembahagian Owen-Stoltenberg, mengisytiharkan autonomi
di Cazinska, dan pada Oktober 1993 menandatangani pakatan kerjasama dan
persahabatan dengan Serb Bosnia. Satu gencatan senjata pada Januari 1994
menyaksikan tentera Bosnia, tentera Muslim dan pasukan Polis Kelima
Bosnia bersatu di bawah arahan Jeneral Bosnia.
Pertempuran meletus pada Februari 1994 apabila Serb menyerang pasukan Polis Kelima Bosnia
kerana ingin menyekat pegangan mereka di Velika Kladusa. Serb telah
diarahkan berundur dari zon ekslusif di Sarajevo, oleh itu disyaki Serb
telah memindahkan pasukan artileri mereka ke Bihac. Pertempuran
memerangkap pasukan UNPROFOR Perancic di tengah-tengah. Pada 10 Mac,
Serb mengebom pos pemerhati Perancis dan membunuh tentera pengaman.
Serangan udara NATO ke atas Serb telah diarahkan apabila beberapa buah
kereta kebal telah tiba berhampiran pos tentera Perancis tetapi tidak
dapat dilaksanakan kerana faktor cuaca. Peretempuran berterusan sehingga
musim bunga dan musim panas 1994.
Sama
ada sebanyak mana Serb telah mengganas di Bihac di zon ekslusif sukar
ditentukan kerana zon selamat tersebut telah diisytiharkan oleh Majlis
Keselamatan PBB tanpa berunding dengan pihak yang berperang. Oleh itu,
sempadan zon ini tidak dipatuhi secara terperinci. Pada 14 November,
apabila Serb hampir menawan keseluruhan Bihac, PBB telah mengemukakan
peta baru tetapi pihak-pihak yang berperang tidak tahu bila ia dilukis
dan diedarkan.
Krisis di Bihac pada November- Disember 1994 merupakan kemuncak Perang Bosnia ini. Wilayah
Cazinska Krajina, di mana terletaknya Bihac, adalah medan peperangan
kepada pembentukan enam pasukan: tentera Serb Bosnia, tentera Serbia
yang merentasi sempadan Croatia di Krajina, tentera Muslim Bosnia,
pasukan Polis Kelima Bosnia, dan tentera Croatia.
Krisis
di Bihac mengundang perdebatan antarabangsa tentang kedudukan zon
selamat. Kemuncaknya, kerajaan Bosnia mempertahankan Bihac pada awal
November telah menjadikan Russia mempersoalkan tentang provokasi dan
keganasan Bosnia di zon tersebut. Russia berhujah bahawa apabila PBB
mengistiharkan zon selamat, tidak memerlukan kerajaan Bosnia meletak
senjata. Resolusi 913 telah menyeru semua pihak menghentikan sebarang perbuatan provokatif. PBB juga akan menggunakan serangan udara untuk menghentikan sebarang keganasan.
Pada 3 November 1994, empat peluru berpandu darat ke udara (SAMs) telah dilancarkan di Bihac daripada kedudukan Serb. Walau
bagaimanapun tiada kematian apabila salah satunya mendarat berhampiran
sekolah. Dispekulasikan jika ia menghentam sekolah, akan ada tindakbalas
ketenteraan yang tegas daripada NATO. Serangan ini mungkin reaksi
penawanan Kupres oleh Croat dan Muslim, atau perlakuan provokatif untuk
menghangatkan konflik. Walau bagaimanapun ia adalah perbuatan paling
gila dan paling membinasakan oleh Serb sepanjang peperangan. Pembuat
polisi US memutuskan pada 12 November mendesak dibentuk zon eksklusif di
Bihac. Tetapi cadangan ditolak oleh EU yang tidak berfikir Serb akan
menawan Bihac. Serangan udara Serb yang pertama yang dilancarkan ke atas
zon selamat telah meningkatkan lagi ketegangan. Pada 18 November kapal
terbang berlepas dari pangkalan udara Udbina di kawasan dikuasai Serb
Krajina (Crotia) mengebom Bihac. Keesokan harinya sekali lagi pengeboman
dilancarkan. Pada 19 November Majlis Keselamatan membenarkan NATO untuk
menyerang Serb di Crotia. Pada 21 November kapal terbang NATO, operasi
terbesar pada masa itu, mengebom pangkalan udara Udbina. Serangan NATO
ini adalah bertujuan untuk merosakkan landasan kapal terbang sahaja
tanpa merosakan kapal terbang Serb. Pada 23 November kapal terbang NATO
menyerang tiga kawasan SAM Serb di Bihac, Jeneral US tidak bersetuju
tindakan ini walaupun pada masa yang sama dua lagi serangan peluru
berpandu dilakukan di Bihac. Serb bertindakbalas
di atas serangan ini. Jeneral Serb dalam suratnya bertarikh 22 November
berkata serangan ke atas Udbina adalah “ganas dan tidak
berperikemanusiaan” Penasihat kepada Karadzic dalam perhubungan melalui
telefon dengan Jeneral US, mengancam sekiranya sekali lagi serangan akan
bermakna “perang”. Serb mula menahan anggota UN, atau menghadkan
pergerakan mereka. Di Eropah dan US terdapat desakan pihak Barat perlu
untuk menyelesaikan masalah ini. Serb dikatakan “mengejek” komuniti
antarabangsa, kredibiliti kedua-dua Majlis Keselamatan dan NATO
diperkatakan.
Pada 23 dan 24 November, media
Barat melaporkan pentadbiran US berkira-kira mangambil pilihan
menggunakan kuasa serangan udara untuk menghentikan kejatuhan Bihac. US
menimbangkan serangan besar-besaran NATO ke atas kedudukan Serb di Bihac
akan menghalang penawanannya, dan British serta Perancis hampir
bersetuju dengan US. Pad 23 November, serangan NATO telah mensasarkan
kepada radar SAM Serb. US bersunguh-sungguh menyerang pelancar peluru
berpandu Serb dan Perancis bersetuju. Serb kemudiannya memasuki tengah
Bihac dan ini meningkatkan reaksi terhadap perbuatan Serb berkenaan
keadaan zon selamat dan meningkatkan tekanan ketua Serb kepada
perbicangan perdamaian (peace talks). Serb kelihatannya
tiada berkeinginan untuk meletak senjata, seperti yang dinyatakan oleh
jeneral mereka sebagai “tiada maknanya” ( Burg & Shoup, Opcit: 157).
Pada 23 November, Akashi bertemu Milosevic dan
Presiden Republik bekas Yugoslavia di Belgrade berharap untk
mendapatkan perjanjian gencatan senjata. Perbincangan ini ditentang oleh
Serb Bosnia. Karadzic tidak hadir dalam mesyuarat ini dan Serb di Pale
menolak cadangan Akashi. PBB mendapati sukar menjadi pengantara mereka (to mediate among the combatants).
Mesyuarat
NATO pada 24 November diadakan apabila keadaan semakin memuncak untuk
menentukan Barat bertindakbalas ke atas tindakan Serb. US mencadangkan
membesarkan lagi zon selamat di Bihac, menamatkan kepungan Serb di
Bihac, serta mengusahakan tentera kerajaan Bosnia meninggalkan zon
selamat. Perancis membantah, mereka mendesak supaya US mengawasi kawasan
tersebut kemudiannya. Perkara ini menjadi pertikaian antara Eropah dan
US kerana kegagalan US untuk menghantar tentera kepada operasi PBB di
Bosnia. Sekiranya US tidak bersedia menghantar tentera ke kawasan
berisiko tinggi, Perancis mencadangkan serangan udara ke atas Serb dalam
usaha membawa mereka ke meja tawar-menawar (bargaining table).
Perancis
bimbang Serb akan bertindak balas dengan menawan tebusan. Dengan
diketuai oleh Perancis dan Canada, cadangan US ditolak. Kerana serangan
bukan jalan keluar kepada isu ini, NATO mencadangkan Bosnia dan Serb
mencari penyelesaian politik (political solution) kepada
konflik mereka. Keputusan NATO adalah seperti mempraktiskan saranan
Phil Williams bahawa “mencari alternatif adalah lebih sistematik
daripada berputus asa” ( 1976:61).
Sementara penyelesaian masih lagi dalam tempoh beberapa hari, beberapa peristiwa telah mengurangkan ketegangan. Pertama,
artileri Serb meronda sekitar bandar tetapi tidak mengganggu orang
awam. Kedua, pada hari perbicangan NATO, Serb membenarkan bantuan PBB
memasuli Bihac. Ketiga, pihak lain dalam konflik juga mengurangkan
ketegangan dengan meletak senjata.
Keempat, kerajaan Bosnia menghadapi dua pilihan antara pasukan Polis Kelima dimusnahkan atau berundur.
Serb
mengabaikan kenyataan Majlis Keselamatan mengarahkan mereka meletak
senjata yang telah dipatuhi oleh kerajaan Bosnia. Keputusan akhir di
Bihac menyaksikan sedikit sahaja perubahan ke atas pengawalan kawasan
oleh setiap pihak yang berperang.
e) Tiga Peristiwa Kematian Beramai-ramai
Tiga
peristiwa yang paling diberi perhatian dalam peristiwa perang, dan
membawa kepada penglibatan Barat secara lansung kepada peperangan ini:
Kematian Kebuluran pada Mei 1992, Pembunuhan Beramai-ramai di Pasar
Markala pada Februari 1994, Serangan kedua di Pasar Markala pada 28 Ogos
1995.
Peristiwa pertama berlaku semasa pemimpin Barat sedang bermesyuarat di Lisbon untuk tindakan seterusnya di Bosnia. Kedua-dua sekatan (sanctions) ke atas Yugoslavia ( Serbia dan Montenegro)
dan kemasukan tentera untuk menghentikan peperangan adalah dalam
pertimbangan apabila serangan berlaku. Kematian orang awam yang tidak
bersalah memainkan peranan yang penting untuk Barat menyegerakan sekatan
melalui Majlis Keselamatan pada 30 Mei 1992 dan menjadi penglibatan
lansung di Bosnia. Peristiwa kedua membawa kepada tahap Serb dan Croat bersetuju untuk bekerjasama menyerang Muslim, dan US ditekan oleh Perancis untuk menghentikan peperangan ini. Peristiwa ketiga di tempat yang sama setahun kemudiannya menyebabkan US mencari jalan untuk melancarkan serangan udara NATO bagi menamatkan peperangan. Pembuat polisi luar negeri US
terutamanya, telah memutuskan untuk membentuk strategi supaya terlibat
dengan efektif walaupun mungkin menjadi permainan kalah-mati kepada
politik negara-negara yang berperang ( Ibid: 63)
g) Pembersihan etnik dan Pembasmian kaum (Ethnic Cleansing and Genocide).
Perang membinasakan. Sejumlah 200,000 orang dan lebih telah terkorban, cedera, dan hilang dalam peperangan di Bosnia sehingga akhir 1994. Padan Oktober 1995 dilaporkan 146,340 terbunuh dan 174,914 cedera di wilayah tentera Bosnia.
CIA pada November 1995 menganggarkan 156,500 orang awam mati, dan
10,000 masih hilang, serta 81,000 tentera yang mati dari semua pihak
yang berperang. 20,000 dan lebih wanita menjadi mangsa rogol tentera
Serb di Bosnia tetapi suruhanjaya pakar PBB mengenalpasti 1600 kes
sebenar. Suruhanjaya Hak Asasi PBB mempunyai data sehingga 12,000 kes.
Kes rogol oleh Serb adalah dipuncakan dari perbuatan “rogol pembasmian
kaun”. PBB menganggarkan 520,000 orang atau 12
peratus daripada populasi hilang tempat tinggal. CIA pada November 1995
menganggarkan 900,000 hingga 1.2 juta pelarian berhijrah dari Bosnia ke
negara lain dan 1.3 hingga 1.5 juta orang di dalam negara hilang tempat
tinggal.
Tiada
data tepat mengenai pembersihan etnik tetapi dianggarkan jumlah yang
hilang tempat tinggal adalah dari satu pertiga hingga dua pertiga
daripada populasi keseluruhan. Jumlah Muslim yang dihalau oleh Serb
adalah antara 700,000 hingga 1 juta. Pada Disember 1994 Institut Kesihatan Bosnia
melaporkan sejumlah 1.025 juta daripada populasi keseluruhan 2.14 juta
tidak mempunyai tempat tinggal. Sehingga 1.245 juta orang berada di luar
negeri pada penghujung peperangan.
Kempen besar-besaran pembersihan etnik dijalankan oleh Serb Bosnia pada April, Mei dan Jun 1992 di timur Bosnia. Wanita
dan kanak-kanak Muslim biasanya diarah melintasi medan peperangan.
Mereka juga dikurung dan terkorban di sana. Ramai wanita menjadi mangsa
rogol di tempat kurungan. Lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki terus
dibunuh sewaktu ditemui atau dikem tahanan. Mempraktiskan nostalgia
Perang Dunia Kedua; pemimpin politik Muslim, guru, golongan professional
dan intelegensia Muslim disaring dan dibunuh. Gelombang pertama
pembersihan etnik mencapai kemuncak dengan Tragedi Korzarac di mana
mereka dikepung dan dibom. Kawasan lain yang terlibat ialah di utara
Bosnia. Serb juga bertanggungjawab ke atas pembinasaan mercu tanda
budaya Muslim seperti masjid, perpustakaan dan seumpamanya.
Termasuk
pembersihan etnik, perogolan beramai-ramai dan kekejaman lain yang
dahsyat – membuktikan bahawa Serb juga menjalankan pembasmian kaum (genocide)
ke atas Muslim Bosnia. Lima keadaan dikategorikan sebagai perbuatan
pembasmian kaum dalam peperangan. Pertama, serangan yang berterusan
untuk kematian beramai-ramai. Kedua, jenayah yang dirancang oleh aktor
sesuatu pertubuhan atau komander kepada sesuatu pertubuhan. Ketiga,
mangsa adalah terpilih kerana ahli kepada sesuatu kumpulan. Keempat,
mangsa tidak dapat mempertahankan diri.
Kelima, kemusnahan ahli kumpulan adalah dirancang( Ibid: 182).
Kaedah menyelesaikan Krisis
Tindak balas antarabangsa kepada peperangan di Bosnia-Herzegovina didominasi oleh kuasa-kuasa besar. Britain, Perancis, Jerman, US dan Russia, telah memainkan peranan penting membentuk tindak balas kolektif kepada krisis ini. Antara
tindak balas tersebut yang boleh dikategorikan sebagai kaedah
meredakan, mengurangkan dan menamatkan krisis adalah seperti berikut:
i. Resolusi 749 Majlis Keselamatan PBB pada 7 April 1992 menyeru kepada gencatan senjata (cease fire) dan perundingan penyelesaian (negotiated settlement).
ii. Resolusi
752 Majlis Keselamatan PBB pada 15 Mei 1992 menyeru kepada gencatan
senjata, pengunduran tentera Yugoslavia dan Croatia, penyuraian dan
perletakan senjata tentera simpanan, perundingan (negotiation) penyelesaian perlembagaan di bawah naungan Persidangan EU di Belgrade, serta penamatan pembersihan etnik).
iii. Sekatan (Sanctions) ke atas Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) berikutan pengeboman ke atas pelarian yang kebuluran di Sarajevo pada 27 Mei 1992.
iv. Resolution 757 Majlis Keselamatan PBB pada 30 Mei 1992 mengenakan sekatan ekonomi (economic embargo) ke atas Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) dan menegaskan bahawa wilayah tidak boleh diubah dengan kuasa ketenteraan.
v. Resolusi
758 Majlis Keselamatan PBB pada 8 Jun 1992 mengarahkan semua pihak
menghormati perjanjian mereka mengekalkan gencatan senjata dan
mengembalikan pengawalan lapangan terbang Sarajevo kepada PBB.
vi. Lord Carrington pada 17 Julai 1992 memanggil wakil ketiga-tiga pihak bermesyuarat di London tetapi ditolak oleh mereka, dan mahu menggunakan orang tengah (mediator) dari EU. Oleh itu, Perundingan menggunakan EU sebagai orang tengah (EU-mediated negotiations) tetapi gagal juga.
vii. Resolusi
770 Majlis Keselamatan dibuat pada Ogos 1992 sebagai penguatkuasaan
terhad menggunakan “apa sahaja cara” untuk meneruskan bantuan
kemanusiaan, bukan kepada penyelesaian keseluruhan krisis.
viii. Pada 6 September 1992, Cyrus
Vance (wakil khas Setiausaha Agung PBB) dan Lord David Owen (wakil EU)
memberi “kata dua” kepada Serb meminta mereka mengeluarkan senjata berat
dari Srajevo, Bihac, Jacje dan Gorazde, serta meletakkan Gorazde
dibawah pengawasan PBB pada 12 September.
ix. Pada awal Oktober 1992, Vance dan Owen yang mewakili Persidangan Antarabangsa Bekas Negara Yugoslavi (ICFY) menjadi perunding (negotiation)
telah mengemukakan Pelan Vance-Owen kepada ketiga-tiga pihak yang
terlibat dan mula merundingkan tawar-menawar (berkenaan wilayah baru
yang dicadangkan di Bosnia). Sehingga Mac 1993, perundingan ini gagal kerana semua pihak sentiasa berbalah tentang wilayah-wilayah yang dicadangkan.
x. Resolusi 781 Majlis Keselamatan PBB dibuat
xi. Resolusi
820 Majlis Keselamatan pada 17 April 1993 dibuat dan dijadualkan akan
dilaksanakan pada 26 April. Milosevic bersetuju menerima pelan ini
dengan syarat isu status timur Bosnia dan kawasan majoriti Muslim
diselesaikan dalam perundingan seterusnya dengan Lord Owen.
Milosevic kemudiannya mengubah pendirian.
xii. Resolusi 836 Majlis Keselamatan dipersetujui pada 4 Jun 1993 sebagai jaminan keselamatan unit UNPROFOR di zon selamat.
xiii. Pelan Tindakan EU terhasil pada 8 November 1993 bagi
menyelesaikan masalah Krajina di Croatia. Pertemuan kali kedua pada
Disember juga gagal kerana tidak sepakat dalam pembahagian wilayah.
xiv. Atas
desakan Jerman, pada 9 Januari 1994, Izetbegovic dan Tudjman bertemu di
Bonn membincangkan gencatan senjata dan pembebasan tawanan.
xv. Di bawah tekanan diplomatik US, Croat setuju menerima plan tajaan US berkenaan pembentukan gabungan persekutuan Muslim-Croat di mana wilayah Bosnia akan dipegang oleh Muslim dan tentera Croat sebanyak satu pertiga. Peristiwa ini berlaku pada bulan Februari 1994.
xvi. 1 Mac 1994, perjanjian (agreement) prinsip-prinsip Persekutuan Bosnia (Muslim-Croat) serta permulaan perjanjian persekutuan antara Persekutuan Bosnia dengan Croatia dibentuk di Washington. Peristiwa ini dipanggil “Perjanjian Washington”.

Kemerdekaan Bosnia-Herzegovina

Perlembagaan
persekutuan yang dibentuk di Washington pada 18 Mac 1994 mengesahkan
kedaulatan dan integriti Bosnia-Herzegovina. Perlembagaan ini akan
diterimapakai di wilayah yang tahun 1991, adalah di bawah majority
penduduk Muslim dan Croat. Penyelesaian perlembagaan di kawasan yang
dikuasai Serb akan ditakrifkan sebagai konteks penyelesaian damai (peace settlement) Bosnia.
Status Serb yang berada di dalam wilayah perlembagaan kekal tidak
selesai. Hanya Bosniac (label baru kepada Muslim Bosnia) dan Croat
dikenalpasti sebagai penduduk negara berperlembagaan Bosnia-Herzegovina.
Bermakna selepas perjanjian damai ini berhasil, Bosnia-Herzegovina akan
mempraktiskan amalan berperlembagaan seperti hubungan luar negeri.
Transformasi Konflik
Pada Disember 1995, NATO mengambil alih misi pengaman Bosnia dari PBB lanjutan daripada perundingan di Pengkalan Udara Wright di Dayton, Ohio hasil usaha US. Dengan tempat rundingan yang jauh dari medan konflik, Perundingan Dayton berusaha membawa pemimpin tiga kumpulan etnik di Bosnia, dan dengan ditekan (pressured) oleh US untuk menerima wilayah Bosnia dan gencatan senjata. US
menggunapakai “Diplomasi Holbrooke”, iaitu keupayaan menakut-nakutkan
dengan perundingan intensif (Drnovsek 2001: 18). Dengan seramai 60,000
anggota, Pasukan Pelaksana (Implementation Force – I-For), NATO memastikan perlaksanaan gencatan senjata yang baru dan membahagikan wilayah Bosnia
di antara kumpulan etnik. Pasukan ini dikurangkan, mengikut
perancangan, pada musim bunga 1997, dengan Pasukan Pengekalan (S-For)
seramai 30,000 termasuk 8,000 tentera US.
Sementara I-For bertugas pada pembahagian kawasan etnik, S-For
bertanggungjawab membina semula Bosnia-Herzegovina sebagai negara
bersatu, iaitu tugas yang lebih sukar ( Henderson, Opcit: 399).
Nicholas Bonsor ( 2004: 134) menggariskan beberapa pengajaran daripada Krisis Bosnia seperti yang berikut:
i. Diplomasi antarabangsa gagal pada awalnya untuk mengadakan pendekatan yang berkesan.
ii. Perlaksanaan
Barat tidak praktikal kerana latar sejarah yang telah berakar umbi,
jadi tidak masuk akal bagi masyarakat antarabangsa mengenakan status quo.
iii. Peningkatan
kekuatan ketenteraan adalah perlahan dan jumlah yang tidak tepat untuk
mengekalkan keamanan, yang sepatutnya tahap konflik dapat dielak.
iv. Mempersalahkan sesuatu puhak adalah tidak membantu proses keamanan,
v. Arahan kepada tentera adalah lambat semasa bertindakbalas menghentikan keganasan.
vi. Terlalu
banyak pihak yang terlibat sama ada kerajaan dan bukan kerajaan,
bersama dengan PBB, dengan badan-badan sukarela, menjadikan aktiviti
mereka tidak terarah dan tidak teratur.
vii. Penggunaan
serangan udara adalah tidak sesuai kerana biarlah tentera di darat yang
menekan pihak-pihak berperang ke meja penyelesaian.
viii. Pengurangan jumlah tentera pengaman dan pelaksana pembangunan yang ketara setiap tahun membantu usaha penguatkuasaan.

Kesimpulan

Krisis
di Bosnia-Herzegovina merupakan krisis yang rumit kerana melibatkan
krisis kepentingan politik serta kepentingan nilai seperti budaya,
nilai, agama dan sejarah. Sikap aktor-aktor dalaman yang terlibat adalah
degil dan tidak mahu bertolak ansur. Aktor luar pula awalnya lambat,
tetapi mendapati mereka juga sulit menyelesaikan krisis ini terutamanya
dengan sikap aktor dalaman. Pelbagai kaedah digunakan sama ada untuk
mengawal atau menyelesaikan krisis sama ada perjanjian, resolusi atau
perundingan, namun kebanyakannya menemui jalan buntu. Perang yang
memuncak selama dua tahun telah mengorban dan mencederakan sehingga
sejuta orang dan mereka juga kehilangan tempat tinggal, menjadi mangsa
kempen pembersihan etnik dan pembasmian kaum. Sehingga akhirnya apabila
aktor-aktor dalaman bersetuju meletak senjata barulah jalan penyelesaian
timbul semula sehingga membawa kepada kemerdekaan Bosnia-Herzegovina.
Walau bagaimanapun, badan-badan antarabangsa masih diperlukan untuk
usaha-usaha penguatkuasaan perjanjian, pengekalan keamanan dan
pembangunan.

 
“ You may not be interested in war, but war is interested in you. “ – Trotsky



The Death of Yugoslavia (1/6): Enter Nationalism – BBC documentary (1995)

Sila cari segmen sambungan 2/6 , 3/6, 4/6, 5/6, 6/6 dalam Youtube.

The Death of Yugoslavia is a BBC documentary series first broadcast in
1995, and is also the name of a book written by Allan Little and Laura
Silber that accompanies the series. It covers the collapse of the former
Yugoslavia. It is notable in its combination of never-before-seen
archive footage interspersed with interviews of most of the main players
in the conflict, including Slobodan Milošević, Radovan Karadžić, Franjo
Tuđman and Alija Izetbegović. This format, pioneered by the programme’s
production company, Brian Lapping Associates, was very influential and
the company produced many others in similar style.

The six parts were entitled:
1. “Enter Nationalism”
2. “The Road to War”
3. “Wars of Independence”
4. “The Gates of Hell”
5. “A Safe Area”
6. “Pax Americana”

The
series was awarded with a BAFTA award in 1996 for Best Factual Series.
Because of the series large amount of interviews with prominent leaders
and commanders of the conflict, it has been frequently used by ICTY in
war crimes prosecutions.

All the papers relating to the documentary
series, including full transcripts of the many valuable interviews
conducted with participants, are lodged at the Liddell Hart Centre for
Military Archives at King’s College, University of London.

HAFALAN SHALAT DELISA (2011)

HAFALAN SHALAT DELISA (2011) [ Indonesia] (Mediafire Link)


Sinopsis
Berikut merupakan sedikit sinopsis mengenai filem ini:
Delisa (Chantiq Schagerl) gadis kecil kebanyakan yang periang, tinggal di Lhok Nga desa kecil di pantai Aceh, mempunyai hidup yang indah. Sebagai anak bungsu dari keluarga Abi Usman (Reza Rahadian), Ayahnya bertugas di sebuah kapal tanker perusahaan minyak Internasional. Delisa sangat dekat dengan ibunya yang dia panggil Ummi (Nirina Zubir), serta ketiga kakaknya yaitu Fatimah (Ghina Salsabila), dan si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi)

26 Desember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian praktek shalat ketika tiba-tiba terjadi gempa. Gempa yang cukup membuat ibu dan kakak-kakak Delisa ketakutan. Tiba-tiba tsunami menghantam, menggulung desa kecil mereka, menggulung sekolah mereka, dan menggulung tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu lainnya di Aceh serta berbagai pelosok pantai di Asia Tenggara
Delisa berhasil diselamatkan Prajurit Smith, setelah berhari-hari pingsan di cadas bukit. Sayangnya luka parah membuat kaki kanan Delisa harus diamputasi. Penderitaan Delisa menarik iba banyak orang. Prajurit Smith sempat ingin mengadopsi Delisa bila dia sebatang kara, tapi Abi Usman berhasil menemukan Delisa. Delisa bahagia berkumpul lagi dengan ayahnya, walaupun sedih mendengar kabar ketiga kakaknya telah pergi ke surga, dan Ummi belum ketahuan ada di mana
Delisa bangkit, di tengah rasa sedih akibat kehilangan, di tengah rasa putus asa yang mendera Abi Usman dan juga orang-orang Aceh lainnya, Delisa telah menjadi malaikat kecil yang membagikan tawa di setiap kehadirannya. Walaupun terasa berat, Delisa telah mengajarkan bagaimana kesedihan bisa menjadi kekuatan untuk tetap bertahan. Walau air mata rasanya tak ingin berhenti mengalir, tapi Delisa mencoba memahami apa itu ikhlas, mengerjakan sesuatu tanpa mengharap balasan
‘Delisa cinta Ummi karena Allah’

Para pelakon:
Nirina Zubir Reza Rahadian
Chantiq Schagerl
Al Fathir Muchtar
Mike Lewis
Loide Christina Teixeira

Lihat dalam Youtube :


Download Link (Mediafire)

Language : Indonesia
Subtitle : Malay
Sila Klik link di bawah ini untuk download ( Perhatikan langkah-langkah seterusnya )

Bahagian 2 (Part 2)


Langkah Yang perlu anda tahu.

(a) Download adalah percuma menggunakan Server Mediafire yang terbahagi kepada beberapa bahagian yang perlu dicantumkan (Join) kembali setelah download kesemua part bagi filem/drama/ dokumentari ini. Software yang di cadangkan ialah WINRAR.

Password?

PASSWORD MEDIAFIRE ;


Sebagai tanda terima kasih anda boleh tekan LIKE di bawah ini ;



PASSWORD
di bawah ini ;
______________________________________
fadzilmahasiswa.blogspot.com
_____________________________________
Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page.

Sekian, Terima kasih.