Mohd Fadzil

Month: November 2012

TUTORIAL E-BAHAN ( POWERPOINT TO E-BOOK ) UNTUK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

TUTORIAL E-BAHAN ( POWERPOINT TO E-BOOK ) UNTUK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

  Contoh E-Book

(1) Terdapat 2 software yang digunakan.

PrimoPDF
NceSoft

(2) Install kedua-dua software terlebih dahulu.

Link download kedua-dua software ialah ;

http://www.mediafire.com/?moqrv8r3qd25qbi

* Extract terlebih dahulu menggunakan WINRAR.

Bagi software NceSoft, selepas install, uncheck kotak  “Launch Ncesoft……” terlebih dahulu, kemudian crack terlebih dahulu.

(3) Buka Fail Powerpoint,

– Print, cari printer PrimoPDF, dan tekan print.
– Kemudian satu paparan daripada PrimoPDF akan keluar, tekan CREATE PDF.
– Save dalam mana-mana direktori, cadangan buat New Folder untuk  PDF.

(4) Buka NceSoft,

– Tekan Add Photo/FLV/PDF daripada fail yang telah di save tadi terlebih dahulu.
– Tunggu Loading 100%
– Tekan ikon 2-Style, pilih style template bagi E-book dan Effect khas.
– Tekan Ikon 3-Publish, pilih format output E-Book, saranan pilih HTML.
– Boleh tukar nama Fail untuk tajuk E-Book ini.
– Tekan Ok.

E-Book telah terhasil.

Selamat berjaya.
______________________________________________________________________________


Cara Masukkan E-Book ke dalam Blog/Website.

http://www.dipinit.com/how-to-s/embed-swf-flash-animations-files-blogger/

Guru ijazah separuh masa, PJJ, boleh naik Gred DG41 tanpa temuduga

Guru ijazah separuh masa, PJJ, boleh naik Gred DG41 tanpa temuduga


7 November 2012
Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

SEREMBAN – Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh
ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah program Pengajian
Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu menghadiri
temuduga, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hari ini.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata guru berkenaan boleh memohon terus
kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan
daripada proses temuduga.
  
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan calon guru yang
berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas
menamatkan pengajian juga akan dilantik terus tanpa proses temuduga
sebagai guru pelatih mulai tahun depan.
  
Bulan lepas beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih
ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat
dalam bidang perguruan.
  
Beliau berkata seramai 2,960 orang kelompok pertama graduan Institut
Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam
bidang pendidikan sebelum 1 Julai, ditempatkan sementara oleh
Kementerian Pelajaran mulai 16 Okt.
  
Mereka akan ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
bermula hari ini hingga 6 Dis, katanya ketika berucap merasmikan
Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2012 anjuran SPP di sini.

Beliau berkata bagi calon berijazah selepas Jun seramai 7,755, perlu
mengemukakan permohonan kepada SPP bermula 1 Nov secara online, melalui
portal SPP (untuk calon IPGM) atau JobsMalaysia (calon IPTA).
  
Bulan lepas Muhyiddin mengumumkan bahawa seramai 10,715 orang graduan
IPGM dan IPTA yang telah dan bakal menamatkan pengajian dalam bidang
pendidikan sekiranya berjaya dalam temuduga, akan dilantik ke jawatan
Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah(PPS) Gred DG41.
  
Beliau berkata kerajaan sedang berusaha melaksanakan pakej kerjaya guru
baharu dalam beberapa fasa bagi meningkatkan kualiti keguruan yang
merangkumi usaha meningkatkan standard kemasukan, meningkatkan peluang
pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan individu.
  
“Ini membolehkan guru maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan
kompetensi, serta mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme
berasaskan teladan rakan setugas,” katanya.
  
Bagi mengukuh laluan kerjaya guru, Timbalan Perdana Menteri menyarankan
SPP supaya mengambil langkah pragmatik untuk mengekalkan bakat terbaik
dan antara langkah itu ialah guru mengajar mengikut opsyen bagi
meningkatkan motivasi dan prestasi serta peluang kenaikan pangkat.

Sebaliknya bagi memastikan profesion keguruan adalah terdiri dari
kalangan yang terbaik, dasar pemisah hendaklah dilaksanakan secara
berkesan sejajar dengan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan,
katanya.
  
Muhyiddin berharap hasil persidangan ini dapat dipertimbang sebagai
input ke dalam laporan pembangunan pendidikan 2012-2025 yang sedang
dikemaskini.
  
“Saya juga ingin mencadangkan bahawa hasil persidangan ini dapat
diperinci untuk dijadikan pelan tindakan yang bersepadu melalui
pelaksanaan satu makmal khusus dianggotai anggota dari Kementerian
Pelajaran, SPP, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), PEMANDU, MoF dan
lain-lain yang difikirkan sesuai.
  
“Saya berharap agar persidangan ini akan menjadi medan terbaik untuk
mengenal pasti idea-idea yang kreatif dan inovatif selaras dengan dasar
transformasi negara bagi meningkatkan kualiti sistem pelajaran negara.
  
“Pengubahsuaian atau penambahbaikan dalam perkhidmatan pelajaran yang
berterusan, terutama dalam aspek peningkatan kemahiran dan latihan
adalah penting kerana ia kunci utama kepada kecekapan perkhidmatan
pelajaran,” katanya.
  
Sebanyak 10 kertas kerja dibentangkan pada persidangan tiga hari itu. – Bernama

TS Muhyiddin: Kerajaan akan bincang tuntutan NUTP

TS Muhyiddin: Kerajaan akan bincang tuntutan NUTP



 

Kementerian
Pelajaran akan berbincang dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) berhubung sembilan tuntutan termasuk berkaitan isu
sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kata Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri
Pelajaran berkata pihaknya akan menetapkan tarikh perjumpaan dalam masa
seminggu ke dua minggu akan datang untuk pegawai-pegawai kanan
kementerian berjumpa dengan wakil NUTP.

“Kita ada Ketua
Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran, kita boleh letak beberapa wakil
dari kementerian. Saya hanya akan terima laporan selepas perbincangan
itu selesai.

“Ini biasa kita buat. Sebelum ini pun bila ada
cadangan ia akan dikemukakan oleh kesatuan, peringkat kementerian memang
akan bincang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan
Khas Guru Malaysia anjuran NUTP di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin
berkata tuntutan yang sesuai dilaksanakan akan dikemukakan kepada
Jabatan Perkhidmatan Awam dan sekiranya melibatkan implikasi kewangan,
ia akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.

Presiden
NUTP Hashim Adnan pada perhimpunan itu mengemukakan sembilan tuntutan
melibatkan penambahbaikan profesion perguruan termasuk aspek pengurusan,
pentadbiran, gaji dan peluang kenaikan pangkat.

Mengenai
cadangan penambahbaikan PBS, Muhyiddin berkata beliau sememangnya
menjangkakan perkara itu berdasarkan maklum balas yang diterima
kementerian apabila sistem itu dilaksanakan.

Katanya kementerian
akan meneliti perkara itu termasuk aspek teknikal yang menyebabkan
sistem itu dianggap sebagai ‘beban’ kepada guru.

Melalui PBS,
murid sekolah akan ditaksir guru secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan tidak bergantung kepada keputusan
peperiksaan awam semata-mata.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata
kementerian sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan tidak pernah
mengetepikan sebarang pandangan atau tuntutan yang dibuat mana-mana
pihak.

Ditanya sama ada perkara yang dibangkitkan NUTP akan
ditambah ke dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025,
Muhyiddin berkata: “Kalau tidak terlewat dan boleh dibuat jika perlu.”

Terdahulu,
dalam amanatnya pada perhimpunan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata
beliau yakin masalah-masalah berkaitan PBS akan dapat diatasi bagi
membolehkan sistem itu dilaksanakan sebaik mungkin.

“Bermakna
kita dapat beralih kepada satu sistem di mana pencapaian pelajar dapat
dinilai atas keupayaan mereka di peringkat sekolah dengan dipandu
Lembaga Peperiksaan agar bentuk soalan yang digunakan adalah selaras.

“Saya
kira ini dapat mengubah corak sistem pendidikan kita agar menumpukan
kepada pencapaian daripada hanya keputusan peperiksaan awam,” katanya.

Bernama

Gaji Kakitangan Awam Naik Tahun Depan (5%)

Gaji Kakitangan Awam Naik
Tahun Depan (5%)

KETUA Setiausaha Negara (KSN), Datuk Sri Dr Ali Hamsa (kiri) menyampaikan trofi bagi kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh (kanan) yang mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, pada majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, semalam - Foto BERNAMAKETUA Setiausaha Negara (KSN), Datuk Sri Dr Ali Hamsa (kiri) menyampaikan trofi bagi kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh (kanan) yang mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, pada majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, semalam – Foto BERNAMA

1.4 juta kakitangan awam dijangka terima kenaikan sehingga 5 peratus


Ayer Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.


Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua,” Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara



Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.


Nilai semula


“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.
Pada majlis itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah merangkul Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT).


Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.


Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.


CUEPACS sambut baik


Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.


“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik.


“Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.


Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu.


“Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.


Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini.


“Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,” katanya.