i-THINK : Kemahiran Berfikir Secara Kreatif, Kritis dan Inovatif

Sharing is Caring!

iTHINK
bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan
pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program
ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah
(6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan
Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta
Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta
pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi
kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8
jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle
Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia
berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

iThink circle map peta bulatan





2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble
Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau
menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau
huraian.

iThink bubble map peta Buih



3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

iThink Double bubble map peta Buih Berganda



4. Tree Map (Peta Pokok) 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

iThink Tree map peta Pokok



5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace
Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri
adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua
adalah bahagian utama.

iThink brace map peta dakap



6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

i-THINK Flow Map Peta Alir



7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow
Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan
akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting.
Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala
bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

i-THINK Multi flow Map Peta Pelbagai Alir



8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge
Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

i-THINK Bridge Map Peta Titi



Sekian, Terima Kasih


Sharing is Caring!

Leave a comment