Close

Mohd Fadzil

Year: 2009

SAYA MUNDUR KE BELAKANG

SAYA MUNDUR KE BELAKANG

Artikel ini tulisan Dr. Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran tersiar di blognya pada 22 Nov 2009

Hari ini akhbar STAR menyiarkan, pandangan mereka yang tidak bersetuju dengan saya mengenai isu penggunaan Bahasa Melayu disektor swasta dan GLC. Sebenarnya semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu’ saya mencadangkan supaya GLC dan sektor swasta menggunakan Bahasa Melayu dalam mesyuarat Lembaga Pengarah mereka. Bahkan saya juga menyebut, akan memulangkan surat surat sektor swasta yang dihantar ke pejabat saya yang menggunakan Bahasa Inggeris.
Pada saya, kenapa mereka mesti menggunakan bahasa Inggeris? Kalau bermesyuarat sesama rakyat Malaysia gunakanlah Bahasa Melayu. Barulah pembudayaan bahasa Melayu dapat ditingkatkan. Mustahil rakyat Malaysia tidak boleh berbahasa Melayu. Mereka tuduh, saya mundur ke belakang. Hujah mereka lagi, ini bertentangan dengan seranan Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi. Pelabur asing tidak akan datang ke negara kita dan Malaysia akan dipinggirkan. Ini yang saya kata budaya orang Malaysia amat pelik. Kenapa bila kita berjumpa sesama kita rakyat Malaysia mesti berbual dalam bahasa Inggeris. Apakah itu life style untuk menunjukkan kita maju. Atau menunjuk nunjuk kita adalah educated. Salahkah kita menunjuk nunjuk dan rasa bangga bila menggunakan bahasa kebangsaan kita sendiri. Kenapa bila kita bermesyuarat sesama kita mesti menggunakan bahasa Inggeris? Apa kena mengena dengan usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia.
Kalau nak tarik pelabur asing atau bermesyuarat dengan pelabur asing, gunalah bahasa Inggeris. Memang itu pun kegunaan bahasaInggeris. Kerana ia bahasa antarabangsa. Saya pun tidak membantahnya. Yang saya tegur, mesyuarat mesyuarat rasmi GLC dan sektor swasta, termasuk mesyuarat senate di universiti universiti tempatan. Gunalah Bahasa Melayu. Taatlah sikit kepada bahasa kebangsaan sendiri. Apa kena mengena dengan produktiviti kita. Bahkan apabila ia menjadi modal sosial dan modal budaya kita, semangat kekitaan itulah yang menjadikan kita lebih bedaya saing dan ada jati diri.
Perancis, Jepun, China dan Korea begitu taat kepada bahasanya. Keempat empat negara tersebut adalah negara maju. Kita sendiri kagum dengan mereka. Saya tidak membangkitkan pun isu patriotisme. Itu bukan hujah saya. Taat yang saya maksudkan ialah keyakinan kepada jati diri sendiri. Saya tidak kata mereka tidak patriotik, tetapi mereka mungkin kabur soal pentingnya bahasa sendiri sebagai modal sosial dan modal budaya. Sebab itu saya setuju dengan tokoh bahasa seperti Dato Hassan Ahmad bila berhujah kaitan bahasa dan kemajuan.
Sekarang ini ada 45 negara yang menggunakan bahasa Inggeris. Tolak Britain, Amerika, Australia, New Zealand dan Kanada tinggal 40 negara. Kebanyakan 40 negara yang menjadikan Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti Ghana, Zambia dan Zimbabwe adalah cukup miskin. Bahasa Perancis digunakan di 30 negara. Tolak Perancis, Queebec, Belgium dan Switzerland, tinggal 26 negara. Tetapi apakah negara negara seperti Ivory Coast, Mali, Togo, Haiti dan Chad adalah negara maju? Begitu juga bahasa Sepanyol. 30 negara menjadikannya bahasa rasmi, terutamanya di Amerika Selatan. Kebanyakannya adalah negara yang berpendapatan rendah. Cameroon menjadikan Inggeris dan Perancis sebagai bahasa rasmi, manakala Surinam menjadikan Inggeris dan Belanda sebagai bahasa rasmi. Tetapi kedua duanya tidak dianggap sebagai negara maju.
Jadi belum tentu menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi menjadikan negara itu negara maju, meningkatkan pendapatan negara, atau jaminan pelabur asing akan masuk. Menggunakan bahasa Melayu bila bermesyuarat dan berbual sesama kita sendiri bukan langkah mundur ke belakang. Bahkan ia langkah maju ke depan. Beribu doktor dan jurutera yang dilahirkan oleh UKM yang ketika itu menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

 

Waktu Yang Hilang

Waktu Yang Hilang

Penulis ( Baju merah), Azmil, Izzati, adik beradikku pada tahun 1995 di Melaka.

Setelah lama tidak menulis sendiri rasanya…. hari ni aku mengikuti ibuku yang kugelar mama ke Seberang Takir yang jauhnya jarak dalam 35km daripada rumahku atas jemputan kenduri perkahwinan sepupuku. Sudah hampir 3 bulan aku tidak keluar dan terperap di rumah. Sepanjang perjalanan aku menyusur kembali saat-saat remajaku berulang-alik buat beberapa ketika sebelum duduk di asrama dari rumah ke Sekolah Teknik Wakaf Tembusu, Seberang Takir. Bermain di benak kepalaku motor Hondacup 70 yang kutunggang dahulu dan sekali sekala bas awam yang kunaiki bila hari hujan. Banyak yang berubah seperti mana diriku yang berubah dalam banyak tahun kebelakangan ini. Ikut sekali adik lelakiku Azmil yang baru sahaja menamatkan pengajian di Maktab Peguruan Islam Bangi. Sepanjang perjalanan asyik mengomel mengenai keputusan keluarga tidak membenarkannya posting ke Sarawak. Terpaksalah menunggu lama untuk posting kembali di semenanjung. Jauh sudut hati aku memahami perasaan mama yang tidak ingin anak kesayangannya itu jauh daripadanya. Mama sudah tua dan setahun lagi akan pencen sebagai guru, manakan membiarkan anak kesayangan dibiarkan duduk di hutan belantara Sarawak. Kalau boleh setiap kali cuti dia ingin anak-anaknya balik ke rumah. Dalam perjalanan singgah di Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek mengambil adik perempuanku di asrama yang sedang mengambil SPM untuk di bawa bersama ke kenduri. Melompat adik perempuanku bila kami tiba tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Suprise!! Adikku Azmil keluar kereta sambil berjalan di sekeliling blok. Entah apa yang difikirkan nostalgia lama dia berada di sekolah itu. Pasti banyak kenangan yang disimpan.

 

Penulis bersama ketika latihan drama bagi pementasan Kemerdekaan tahun 2002. Arwah Faruq selaku Pengarah pementasan adalah orang yang memberiku peluang menimba pengalaman.


Fadzil bukan lagi budak hingusan yang selalu di denda di kelas, selalu di rotan di asrama. Yang pernah di buang asrama kerana masalah displin. Tidak lagi rakan-rakan. Hidup hanya pinjaman sekejap sahaja. Kematian Faruq benar-benar menginsafkanku. Aku berubah menjadi lebih baik selepas itu, aku berjaya mengeggam keputusan Diploma di Politeknik dengan kejayaan yang membanggakan. Tidak seperti kalian yang dapat terus ke universiti berkat kerajinan kalian semua dan atas kenakalanku di sekolah layaklah aku ditempatkan di Politeknik. Hari ini aku membuktikan tiada orang yang akan gagal selamanya. Aku kini di menara gading yang diberikan nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang sudi menerima orang sepertiku.

Penulis ( Berbaju biru sebelah -kanan) bersama kawan-kawan sekelas yang merupakan kawan seasrama bergambar riang di padang ketika mengambil SPM tahun 2002.


Hari ini aku menulis kerana terlintas di benakku ketika melintas di sekolah lama kita. Aku juga beria-ia ingin mengikuti ibuku bagi mengambil sedikit ketenangan setelah membuat keputusan yang sukar hari ini. Aku telah menegur sahabat2ku dengan nada yang keras atas kebaikan mereka. Begitu sukarkah orang lain untuk memahami diriku?Adakah niat baik kita akan disalah ertikan? Tanggungjawab dan amanah ini mula memakan diriku sedikit demi sedikit. Senyuman riangku mula hilang, usia mudaku yang kukorbankan mula memamah hatiku.

Alangkah baiknya kalau Arwah Faruq masih hidup dengan slogan hidupnya yang sentiasa membuat sahabat dekatnya gembira di sekililingnya. Berharap suatu hari nanti dapat ketawa riang seperti hari itu lagi. Auntie Normah ( Ibu Arwah Faruq ) yang baik hati juga pasti bersedih dengan kehilangan anak lelakinya. Aku ketika belajar di Politeknik Dungun kerap juga menziarahi rumah arwah di Dungun dan kuburnya di tepi laut Teluk Gadong, Dungun. Setiap kali aku datang Auntie Normah tidak henti-henti menitiskan air mata kerana ketika arwah masih hidup , aku selalu sahaja tidur, melepak, bermain dengan arwah di rumahnya.

 

Penulis ( kiri sekali ), rakan-rakan, Arwah Faruq ( Baju kuning- dua dari kanan) di hadapan Peta Sekolah Teknik Wakaf Tembusu (2002).

Salam rindu untuk teman-teman persekolahan,

 


Jangan Bunuh Intelektual

Jangan Bunuh Intelektual Artikel ini tulisan Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tersiar di Utusan Malaysia 27 Nov 2009 Datuk Saifuddin Abdullah (kiri) dan saya (kanan) bergambar kenangan semasa lawatan MPP UTHM ke KPT
Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) intelektual. Namun, sebagai manusia biasa, beliau tidak bebas daripada kelemahan. Begitu juga intelektual lain. Justeru, mereka boleh dikritik. Tetapi, cara beliau diserang baru-baru ini adalah tidak adil. Begitu juga dengan cara intelektual lain yang pernah diserang.

Islam meletakkan intelektual/ulama di tempat tertinggi, iaitu sebagai pewaris para Nabi (Hadis riwayat At-Tirmidzi). Kita memerlukan intelektual untuk mendefinisi, meneroka, membentuk, membangunkan, mempertahankan dan meneruskan tamadun dan peradaban.

Membina intelektual yang hebat, kelas pertama dan bertaraf dunia bukanlah mudah. Kita melakukan segala-galanya untuk melahirkan dan memperkukuhkannya. Antaranya, ialah menyediakan pensyarah universiti berkelulusan PhD atau setaraf.
Kita juga berusaha mewujudkan iklim yang kondusif untuk membangunkan intelektual dan meningkatkan peranannya. Antaranya ialah melonjakkan budaya ilmu, menggalakkan debat, merancakkan penyelidikan dan memperbanyakkan penulisan.

Menurut Syed Hussein Alatas (1977), dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun, definisi intelektual ialah

“orang yang memusatkan diri untuk memikirkan idea dan masalah, bukan kebendaan, dengan menggunakan kemampuan akliahnya”.

Menurutnya lagi,

“Pengetahuan tentang suatu pokok permasalahan tertentu atau memiliki sesuatu gelar tertentu belumlah membuat orang menjadi intelektual, walaupun hal ini sering kali berdampingan: banyak didapati pemegang gelar dan profesor yang tidak memusatkan diri untuk mengembangkan bidang mereka atau berusaha menemukan pemecahan atas masalah tertentu dalam bidangnya. Sebaliknya, orang yang tanpa kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila dia memanfaatkan kemampuan berfikirnya dan memiliki pengetahuan yang cukup mengenai pokok bahasan yang diminatinya.”

Intelektual diharapkan memikul amanah tamadun dan peradaban dengan sebaik-baiknya. Mereka perlu mengelakkan diri daripada menjadi fenomena di US, iaitu yang disebut oleh Frank Furedi (2004) dalam bukunya Where Have All the Intellectuals Gone?, di mana pemikir seperti Betrand Russel, Raymond Williams atau Hannah Arendt, iaitu tokoh yang mempunyai ilmu yang tulen, visi yang luas dan prihatin terhadap isu-isu masyarakat telah diganti oleh peramal yang dangkal, pengkaji yang apologis dan pakar pemutar isu.

Intelektual subur dalam masyarakat yang menghayati budaya ilmu, yang menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1991) dalam bukunya, Penjelasan Budaya Ilmu, ialah masyarakat yang meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat tertinggi, sentiasa menuntut, mengembang dan mengongsi ilmu serta setiap keputusan adalah berasaskan ilmu.

Malangnya, dalam sejarah, berlaku beberapa tragedi intelektual dibunuh. Di barat, ada intelektual dibunuh kerana bertentangan pendapat dengan pihak berkuasa agama. Di timur, ada Revolusi Kebudayaan yang mengorbankan satu generasi intelektual. Di sini, intelektual Kaum Muda dihentam Kaum Tua.

Antara ciri-ciri lazim intelektual dan penentangnya ialah:

• Intelektual berusia muda, walaupun ada yang berumur. Penentangnya lebih tua, atau kalaupun muda, tetapi tua pemikirannya.
• Intelektual rajin menulis buku dan rencana, membentang kertas kerja di seminar ilmiah, menjadi kolumnis, sering diundang media elektronik serta ada laman web, blog dan sebagainya. Penentangnya kurang rajin.
• Intelektual aktif mengeluarkan pendapat tanpa ragu atau ampu. Penentangnya kurang aktif.
• Intelektual kritis, progresif dan adakalanya berbeza dengan pemikiran arus perdana. Penentangnya jumud, sering bersama arus perdana, manakala arus perdana adakalanya tidak mempunyai apa-apa pemikiran pun.
• Intelektual artikulasi. Penentangnya tidak mampu berhujah.
• Intelektual menggunakan pendekatan bijaksana, dinamik dan sesuai dengan keperluan kontemporari. Penentangnya terikat dengan pendekatan lama yang ditolak kumpulan sasar.

Antara cara penentangan yang lazim terhadap intelektual ialah:

• Tuduh pendapat intelektual bukan idea baru tetapi idea lama yang dikitar semula. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami idea baru yang disampaikan intelektual. Kalaupun ada idea lama yang diungkap semula, bukankah sentiasa ada manusia baru yang perlu diulangkan ajaran yang sama? Contohnya, guru yang sama perlu mengajar subjek yang sama setiap tahun kerana menerima murid baru.
• Tuduh intelektual bincang perkara ranting dan bukan fundamental atau prioriti. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami ketika banyak perkara fundamental dan prioriti dibincangkan intelektual, lalu diambillah perkara ranting itu untuk ditonjolkan.
• Tuduh intelektual membawa faham yang salah. Sebenarnya, penentangnya tidak tahu pun apa yang dikatakan salah itu, tidak tahu bahawa apa yang dikatakan salah itu tidak salah pun, dan tidak sedar bahawa dirinya sendiri pun menggunakan apa yang dikatakan salah itu.
• Tuduh intelektual mengelirukan. Sebenarnya, penentangnya tidak selesa dengan tradisi ilmu yang menggalakkan debat dan lebih suka menggunakan kuasa untuk menutup mulut orang lain.
• Tuduh intelektual menonjolkan diri. Sebenarnya, penentangnya yang tidak berbuat apa-apa dan iri hati melihat orang lain lebih.
• Tuduh intelektual rapat dengan orang yang dianggap kurang baik. Sebenarnya penentangnya bersifat prejudis, menganggap dirinya sempurna.
• Tuduh intelektual mencerca ulama. Sebenarnya intelektual bukan “mencerca”, tetapi “mengkritik”, yang digalakkan tradisi ilmu. Kecualilah jika ulama maksum lalu tidak boleh dikritik. Masalahnya, ada yang mendakwa ulama itu bukan pun ulama.

Tetapi, apa yang lebih penting ialah mengapakah dibezakan antara “intelektual” dan “ulama“? Masihkah ingin diteruskan unsur sekularisme dalam menguruskan Islam dengan mewujudkan golongan penguasa dan pendominasi agama serta terus menerus memisahkan intelektual dengan ulama?

Lupakah kita pada usaha-usaha, contohnya, “pengislaman ilmu” oleh Ismail Faruqi dan “mengintelektualkan ulama dan mengulamakkan intelektual” oleh Mohd Natsir?

• Tuduh intelektual muda kurang pengalaman atau tidak menghormati orang tua. Sebenarnya penentangnya lupa bahawa dunia telah berubah. Pengalamannya mungkin tidak lagi relevan, hormat perlu diusahakan bukan dipaksakan dan kini wujud konsep baru seperti penghakupayaan dan partisipasi orang muda.
• Larang intelektual bercakap tajuk tertentu. Ini bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara.
• Utamakan seniority dalam peruntukan penyelidikan atau lantikan jawatan hingga intelektual ketinggalan. Ini bertentangan dengan nilai kecemerlangan.
• Cari, malahan cipta, kelemahan intelektual. Ini dendam peribadi.
• Apabila berlaku pertelingkahan antara intelektual dan penentangnya, maka penentangnya mencadangkan agar berdamai. Tetapi, perdamaian perlu dilaksanakan dengan adil.
• Apabila intelektual yang diserang mempertahankan haknya, penentangnya tidak mampu berhujah, lalu menyelamatkan diri dengan mencadangkan berdamai. Kalau perkara ini berulang, maka intelektual akan sentiasa menjadi mangsa penentangnya dalam fenomena pembulian intelektual.

Kesimpulannya, kita perlu memperkukuh, bukannya membunuh intelektual.


Datuk Saifuddin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

sumber: Utusan Online
sumber: Datuk Saifuddin Abdullah

MaRi BeLaJaR iLMu iKhLaS

MaRi BeLaJaR iLMu iKhLaS
“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya. “Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,” “Tak payah, bawa sahaja karung guni” “Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya. “Mari kita ke pasar!” Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu. “Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu.” Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan. “Cukup?” “Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa.

Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar. “Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?” “Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?” “Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan. “Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh. “wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.” Kata seseorang. “Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot,” Kata yang lain pula. Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?” “Tak buat apa-apa” “Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid. “Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas” “Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan. “kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal” “Dengan memikul batu-batu ini?” “Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.” “Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini? “Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.” “ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

Ekonomi – SIRI 1 : Pengenalan Kepada Ekonomi”

Ekonomi – SIRI 1 : Pengenalan Kepada Ekonomi”


Rencana ini adalah bagi pendahuluan bagi pemahaman untuk kupasan saya nanti yang sedang disiapkan iaiatu Ekonomi – Siri 2….. -Satu kupasan-. Rencana itu nanti adalah bersasarkan pandangan penulis untuk mengulas mengenai teori ekonomi, ekonomi Malaysia dan ulasan mengenai teori ekonomi Islam.

Beberapa Konsep Penting Ekonomi

Ekonomi itu sendiri mempunyai banyak takrifnya. Antara takrif yang telah dikemukakan ialah:

* Ekonomi sebagai sains kebajikan (Adam Smith). Iaitu, ekonomi sebagai satu ilmu untuk mengkaji tentang kebajikan manusia serta cara-cara bagaimana mnjaga dan meningkatkan kebajikan manusia ini.
* Ekonomi sebagai sains praktikal dalam pengeluaran dan pengagihan kekayaan
(J.S. Mill). Iaitu, ekonomi adalah cara yang bersistem atau cara yang baik untuk menghasilkan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk manusia dan cara yang baik untuk mengagihkan kekayaan yang datang dari usaha pengeluaran tadi.
* Ekonomi sebagai satu kajian mengenai tindak-tanduk manusia dalam kehidupan sehari-sehari – bagaimana dia mendapatkan pendapatan dan bagaimana dia menggunakan pendapatan itu (Alfred Marshall).

Mengikut teori ekonomi modern, manusia mempunyai kehendak yang tidak terbatas sedangkan sumber yang ada (termasuk kemampuan, teknologi) adalah terbatas. Oleh itu, jika kita hendak memuaskan manusia ini kita harus pilih, apakah barang-barang dan perkhidmatan yang penting yang boleh memenuhi sebanyak mungkin kehendak manusia ini; bagaimana mengeluarkan
barang-barang dan perkhidmatan tadi dengan cara yang paling baik (bermutu, murah, cepat, memenuhi kehendak manusia, sesuai, dll.); dan untuk siapa barang-barang dan perkhidmatan ini dikeluarkan. Sekiranya kita dapat menyelesaikan tiga persoalan di atas, iaitu

Pertama,

Apa yang patut dikeluarkan? Kedua, Bagaimana mengeluarkan? dan Ketiga, Untuk siapa dikeluarkan?

Berdasarkan kepada huraian di atas, ekonomi ditakrifkan sebagai ilmu yang menyelesaikan ketiga-ketiga persoalan manusia di atas. Cuba kita huraikan soalan ini satu persatu.

Apa yang patut dikeluarkan – makanan, pakaian, kenderaan, bangunan, dll. Makanan pula contohnya, beras, gandum, roti, mentega, daging, sayur, ikan, dll. Beras pula boleh jadi beras pulut, mahsuri, malinja, siam, basmati, wangi, panjang, pendek, hancur, dll.

Bagaimana mengeluarkan – dengan tangan, dengan jentera, dengan tangan dan jentera, atau sebelah pagi, sebelah petang, sebelah malam, di Kelantan, di Johor, di Jepun, di Ceruk Ketiak.

Untuk siapa dikeluarkan – untuk orang awam, untuk individu, untuk kerajaan, untuk barisan pertahanan, untuk orang kaya, miskin, raja, pembesar, dll.

2. Bidang-bidang ekonomi

Ilmu ekonomi ini dibahagikan kepada berbagai bidang pengkhususan. Bidang-bidang yang terkemuka ialah:

* Teori Ekonomi – merupakan beberapa hukum ekonomi yang digubal berdasarkan geraklaku manusia, firma, kerajaan, peniaga, dan sebagainya. Teori ekonomi ini mencakupi semua bidang ekonomi, tetapi biasanya ia dibahagikan kepada dua bahagian penting.

Pertama, ekonomimikro – yang berkaitan dengan satu-satu unit atau agen ekonomi, seperti individu, firma, kerajaan, pasar.

Kedua, ekonomimakro – yang berkaitan dengan kesemua agen ekonomi atau keseluruhan ekonomi dengan
melihat perhubungan antara agen-agen ekonomi tadi.

* Ekonomi Kebajikan – tentang kebajikan manusia, apa yang meningkatkan atau
mengurangkan kebajikan manusia, bagaimana melakukannya, kesan sesuatu projek
(pembalakan, lebuhraya, bangunan, padang golf) terhadap kebajikan masyarakat, dll.
* Ekonomi Pembangunan dan Perancangan – tentang kaedah-kaedah pembangunan dan perancangan. Apa yang patut dilakukan untuk meningkatkan kemakmuran manusia?
* Ekonomi Pertanian – segala ilmu ekonomi berkaitan dengan pertanian, tidak
termasuk bagaimana menyuburkan tanaman dll.
* Ekonomi Sumber alam – segala ilmu ekonomi yang berkaitan dengan sumber alam termasuk sumber hutan, sumber air, sumber galian, tanah, dll.
* Ekonomi Kewangan – tentang wang, bank, inflasi, faedah, pasaran wang, pasaran modal (saham & komoditi), sistem kewangan, dan sebagainya.
* Ekonomi Pembiayaan Awam – tentang hasil atau pendapatan dan perbelanjaan
kerajaan, berbagai jenis cukai (fiskal), belanjawan, dan sebagainya.
* Ekonomi Antarabangsa – mengenai perdagangan antarabangsa, pasaran
antarabangsa, kewangan antarabangsa, pertukaran wang asing, pinjaman luar,
pelaburan asing, dll.
Bidang-bidang lain seperti perniagaan (muamalat), statistik, ekonometrik, perakaunan, dll. telah
diasingkan dari ekonomi kerana bidang-bidang modern ini dianggap sebagai disiplin tersendiri.

3. Agen-Agen Ekonomi
Agen-agen ekonomi adalah unit-unit ekonomi yang memainkan peranan tertentu dalam ekonomi.
Misalnya, pengguna (terdiri daripada individu, firma, kerajaan), dan pengeluar (firma, kerajaan,
indvidu).

* Pengguna ialah agen yang menentukan apa yang mereka kehendaki, berapa banyak, bila, di mana. Pengguna menentukan permintaan bergantung pada harga, cita rasa, pendapatannya dan harga barang-barang lain. Pengguna ingin memaksimumkan kepuasan dari penggunaan barang-barang dan perkhidmatan tertakluk kepada pendapatan yang ada padanya.

* Pengeluar menghasilkan barang dan perkhidmatan sama ada untuk penggunaan
(iaiatu yang diminta untuk penggunaan akhir) atau sebagai input iaiatu bahan yang akan digunakan untuk pengluaran (penggunaan perantaraan).

4. Faktor-Faktor Pengeluaran
Faktor pengeluaran adalah perkara-perkara utam yang perlu untuk menghasilkan sesuatu barang
atau perkhidmatan. Dalam teori ekonomi moden, ada empat faktor pengeluaran. Modal, Buruh, Tanah dan Pengusaha.

* Modal termasuk wang tunai atau wang dalam bentuk cek, draft, jentera, kilang, alatalat
yang digunakan dalam pengeluaran seperti komputer, gergaji, dan sebagainya.
Modal ini terbahagi kepada dua jenis, modal cair (wang dalam segala bentuknya) dan
modal tetap (kilang, jentera dll.) Pulangan kepada modal ialah faedah.
* Buruh ialah segala jenis tenaga buruh selain dari pengusaha. Pulangan kepada
buruh ialah upah.
* Tanah termasuk tapak, ladang pertanian, dll. Pulangan kepada tanah ialah sewa.
* Pengusaha ialah orang yang menjelmakan ide bagi mengeluarkan sesuatu. Pulangan
kepada pengusaha ialah untung.

5. Sektor-Sektor Ekonomi
Ekonomi biasanya dibahagikan kepada beberapa sektor. Pada prinsipnya, ada tiga sektor penting,
iaitu Sektor Utama, Sektor Kedua dan Sektor Ketiga. Pembahagian ini dibuat mengikut
kesesuaian dan kemudahan menganalisis.
* Sektor Utama atau Pertama mengandungi sektor pertanian, perhutanan dan
perlombongan. Ketiga-tiga kegiatan ini menghasilkan apa yang dikatakan sebagai barang utama atau komoditi.

* Sektor Kedua biasanya mengandungi sektor-sektor pembuatan dan binaan. Kita perhatikan bahawa sektor-sektor ini melibatkan penghasilan barang atau bangunan yang bungkal.
* Sektor Ketiga mengandungi semua industri yang menghasilkan perkhidmatan.
Sektor-sektor yang terkandung di dalamnya ialah Sektor utiliti (air, letrik), Bank dan Insurans, Kerajaan, Pemborongan dan Peruncitan.
Ekonomi juga boleh dibahagikan kepada tiga mengikut siapa yang menjalankannya, iaitu, Kerajaan, Swasta dan Sukarela. Pembahagian ini adalah juga sesuai untuk menganalisis ekonomi Islam.

6. Sistem Ekonomi
Sistem ekonomi ialah cara sesuatu ekonomi disusun, dikawal dan dilaksanakan. Jenis sistem yang dilaksanakan bergantung kepada falsafah yang dipegang oleh masyarakat yang menggiatkan ekonominya. Falsafah ini akan menentukan hukum-hukum ekonomi, institusi yang ditubuhkan serta cara kegiatan ekonomi disusun dan dilaksanakan. Sistem yang rata diamalkan ialah sistem ekonomi campuran antara kapitalis dan sosialis.

Disediakan oleh
Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi

PENDIDIKAN – SIRI 1 : “Sekolah Satu Aliran Demi Masa Hadapan”

PENDIDIKAN – SIRI 1 : “Sekolah Satu Aliran Demi Masa Hadapan


Polemik sekolah satu aliran ini adalah sesuatu yang patut saya bincangkan dalam persekitaran hidup saya memandangkan saya adalah salah seorang bakal pendidik. Sebelum saya mengulas lanjut saya memetik kenyataan daripada web Dato` Seri Najib ;

“ Saya telah mendengar ramai daripada anda sekalian yang mahukan pertukaran kepada sistem satu aliran sebagai salah satu cara untuk meningkatkan lebih perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak memberikan pengertian kebanyakan orang. Saya juga ada mendengar ramai yang begitu bertegas akan hak untuk memilih berdasarkan sistem pendidikan sekarang. Saya telah mendengar kedua-dua pendapat yang berbeza ini dan menerimanya. Justeru itu, kita hendaklah secara bersama-sama bersetuju akan satu sistem yang memberikan kebaikan kepada semua rakyat, yang mendukung nilai-nilai yang kita junjung. Sudahkah kita bersedia untuk menjauhkan diri daripada hak untuk memilih dan berkompromi? Dalam menyampaikan sudut pandangan kita, sudahkah kita memikirkan tentang pandangan-pandangan lain yang berbeza itu? “

Saya melahirkan pendapat peribadi sudah tibanya DS Najib mengambil langkah penting untuk merealisasikan sekolah satu aliran untuk generasi akan datang.
Penting untuk masayarakat memahami betapa pentingnya untuk merapatkan hubungan sesama kaum di negara ini. Kalau ingin melentur buluh, biar dari rebungnya.



Kerana saya ingin berkongsi waktu kecil saya , di Melaka. Semasa sekolah rendah hampir-hampir tiada rakan berbangsa lain di kelas saya. Mujurlah di tempat tinggal saya, Taman Desa Baru, saya dapat bergaul dengan pelbagai kaum. Usaha murni Jawatankuasa Penduduk Taman Desa Baru harus di puji kerana aktif . Hari Keluarga, Hari Bumi, Gotong Royong, adalah sebahagian aktiviti di Taman Desa Baru ketika itu.

Saya mengenali Ramachandran, Wong, Abu dan beberapa rakan kaum berbangsa lain di padang permainan Taman Desa Baru. Ketika kecil tiada lansung prasangka sesama lain. Kami seronok dengan kehidupan kami, dari balik sekolah , seawal jam 3 petang kami semua sudah berkumpul di padang untuk pelbagai permainan budak-budak. Daripada layang-layang, gasing, Polis Sentri merupakan alat perpaduan kami.

Sehinggalah yang betul-betul merapatkan kami ialah bola sepak, saya menubuhkan junior team taman kami, malah kami berkongsi duit simpanan wang sekolah untuk membeli sebiji bola. Betullah kata orang sukan adalah alat yang dapat menyatukan kita semua. Saya dilantik kawan-kawan menjadi ketua kerana sifat dominan saya. Walaupun di ejek suka menunggu bola tetapi kerana skil-skil yang ada mereka terpaksa mengakui saya, malah saya menyalahgunakan kuasa meletakkan diri menjadi penyerang tengah. Pelbagai peristiwa lucu sepanjang persahabatan kami dalam bola. Suka saya sebut yang mana saya ingat mana tahu kalau-kalau ada sahabat yang melihat dapat mengimbas kembali kapten anda ini. (p/s : Sekarang dah boroi )

Faiz, Rayyan, Shafiq, Syamil, Ramachandaran, Abu, Saiful, Ali, Aizat, Syazwan, Ariffin, Abiddin, Along, Azmil, Zabidi, Najib, Azmi, dan beberapa sahabat yang saya terlupa (Maaf). Sudah 8 tahun sejak saya berpindah daripada Melaka ke Terengganu.

Mengimbas mengenai hubungan kaum, pernah saya berasa sedih kerana dalam satu perlawanan bola, pihak kami kalah dan Rama dan adikya Abu ( gelaran kami) dimarahi oleh beberapa rakan lain dan hampir-hampir mencetuskan petengkaran. Ketika itu kebetulan ayah Rama melalui padang tersebut, dan melihat anak di herdik dengan kata-kata berbau perkauman. Seminggu Rama dan Abu tidak datang ke padang bermain bola. Ayahnya betul-betul terkilan!! Sehingga saya datang ke rumah untuk memujuk mereka kembali kerana erti persahabatan yang ada dalam bola sepak menyebabkan saya tidak sanggup kehilangan mana-mana kawan.

Malah di sekolah menengah Munshi Abdullah, Batu Berendam, Melaka ketika itu prasangka antara kaum sudah wujud. Mengimbas kembali ianya banyak berkaitan dengan kefahaman antara satu sama lain. Kalau di kelas pintar hubungan antara kaum memang agak erat dan berlainan pula di kelas yang terbelakang, gaduh antara kaum selalu berpunca daripada sana dan merebak sehingga ke kelas-kelas lain. Mujurlah cikgu dispilin sememangnya garang dan dapat mengawal pergaduhan. Tetapi hampir-hampir setiap minggu pasti ada. Kalau tidak di sekolah, selepas waktu sekolah, pertembungan geng pasti berlaku. Melayu dengan gengnya, Cina dengan gengnya, India dengan gengnya.

Kerana saya agak rapat dengan beberapa kaum lain, maka saya dapat menyelami perasaan mereka dengan mudah, saya yang duduk di barisan belakang sekali, di sebelah Jaiganesh, Wong. Sering kali kami di gelar oleh guru kelas barisan UMNO-MIC-MCA. Kami hanya ketawa ketika itu. Kerana keakraban kami, masing-masing boleh mendapat manfaat. Saya pandai Sejarah dan Geografi. Jaiganesh pandai English, Wong pandai Matematik. Kami saling membantu. Tiada prejudis, kalau bergaduh pun kerana EPL. Saya dengan Chelsea di zaman Gianfranco Zola ketika itu. Wong dengan Manchester United di zaman David Beckham, dan Jaiganesh dengan Liverpool di zaman Micheal Owen.

Malah satu cerita yang membuatkan saya begitu hormatkan seorang guru wanita berbangsa cina adalah cerita pada satu pagi ketika saya turun di perhentian bas yang jaraknya 200 meter daripada sekolah. Pagi tersebut hujan lebat dan saya berkira-kira untuk menunggu sahaja di perhentian tersebut sehinggalah tiba-tiba guru tersebut iaitu bernama Mrs. Patricia yang dikenali suka bermekap tebal dan sudah berusia terpacul di hadapan saya . Guru yang sebelum kejadian itu, amat saya benci kerana suka memalukan saya di hadapan kelas kerana saya merupakan pelajar paling kurang pandai dalam bahasa Inggeris dalam kelas. Selalu di denda berdiri di atas kerusi, di depan kelas. Apa yang di marahinya kepada saya setiap kali kelas saya, saya tidak faham langsung, yang saya tahu bila lepas marah, Mrs. Patricia akan bertanya “ Understand?” saya menggangguk jer seperti arahan rakan-rakan lain yang kesian kepada saya. Malu di depan gadis-gadis , tapi buat selamba sambil control macho. Mrs. Patricia turun daripda kereta mewah yang dipandu suaminya di depan ku sambil membuka payung. Entah mengapa dia tidak menyuruh suaminya hantar sahaja masuk ke sekolah. Dalam banyak-banyak pelajar, dia menarikku untuk berjalan bersama-sama sambil berkongsi payung. Saya yang terkejut mengikut sahaja sehingga sampai ke koridor di dalam sekolah, dia mengajar satu ayat dalam bahasa Inggeris iaitu “ Thank You “ dan selepas mengucap bahasa asing itu die menjawab “ Welcome” dengan sebelah bahagian tubuhnya basah terkena siraman hujan. Hampir-hampir menyebabkan saya berperasaan bersalah kerana sikap protes saya di dalam kelas, tidak pernah membuat kerja rumah sekolah, waktu kelas sedaya upaya ponteng melepak di perpustakaan. Kalau ada ujian bulanan sedaya upaya jugak hari ujian subjek English untuk jatuh sakit di rumah dan rela mendapat 0% sebab tidak hadir daripada hadir tetapi dapat 15% dan diketawakan orang. Saya benar-benar terharu atas budi baik cikgu pada hari itu dan berazam untuk berubah. Saya walaupun tidak pandai sekurang-kurangnya berjaya meningkatkan penguasaan English, lulus SPM, dan mendapat MUET band 3 di Politeknik. Kalau berjumpa Mrs. Patricia hari ini ingin sekali megucapkan “ Thank You” sekali lagi dalam hidup kepadanya. Benarlah seorang guru itu sangat penting untuk anak bangsanya.


Pendidikan bukanlah mengenai kaum, tidak usah dipolitikkan. Polemik tetap akan muncul. Kalau semua kaum bersetuju pun , bagi golongan melayu terdapat kekhuatiran mengenai sekolah rendah agama.

Bagaimana untuk memberi kefahaman kepada kaum-kaum lain nanti yang terpaksa menutup sekolah rendah jenis aliran tetapi golongan aliran Islam mahu mengekalkan identiti sekolah rendah agama ini. Saya percaya apa pun mesti berpegang pada Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan Sek Ren Agama seperti yang dirisaukan sepatutnyaa dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekolah Agama mempunyai kedudukan istimewa di bawah Artikel 3, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan Malaysia bersesuaian sebagai Agama Persekutuan.

12(2) Every religious group has the right to establish and maintain institutions for the education of children in its own religion, and there shall be no discrimination on the ground only of religion in any law relating to such institutions or in the administration of any such law; but it shall be lawful for the Federation or a State to establish or maintain or assist in establishing or maintaining Islamic institutions or provide or assist in providing instruction in the religion of Islam and incur such expenditure as may be necessary for the purpose.

Bahagian “it shall be lawful for the Federation or a State ” merujuk kepada keperluan untuk menyediakan apa-apa keperluan termasuklah pendidikkan agama yang meliputi Sekolah-Sekolah Agama Negeri.

Dan perlu diingat bahawa Sek Agama masih berada dalam ‘skop’ Sek Keb dengan menerima pakai Perkara 152 Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini berbeza dengan Sek Ren Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang gunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar UTAMA.

Jelas sekali, tidak ada isu memperjuangkan satu aliran sekolah kebangsaan akan menjejaskan sekolah aliran agama. Dari segi Perlembagaan, sekolah agama adalah lebih tinggi taraf dan terlindung dari sekolah vernakular.

Dan jika diteliti Perlembagaan Persekutuan, kita akan lihat tidak ada peruntukan untuk mengekalkan sistem vernakular.

Sekiranya kerajaan (PM) masih ragu-ragu tentang apakah sebenarnya “suara rakyat” mengenai cadangan sekolah satu aliran (dari sekolah rendah, bukannya sekolah menengah seperti yang diperkatakan oleh ahli politik), adakan saja “Pungutan Suara” (referendum).

Seperti kata Prof Khoo:-

“Apabila berbincang mengenai isu-isu nasional, kenapa mesti pemimpin-pemimpin membiarkan diri mereka dikuasai oleh perasaan perkauman yang tebal? Tanggungjawab utama mereka adalah untuk menyatu padukan rakyat, bukannya mengasingkan mereka.”

““Sekiranya saya memilih untuk menjadi juara kaum etnik sesuatu kaum, adakah saya mampu untuk menyumbang ke arah pencapaian perpaduan nasional?”

Ohh… terlupa kalau pemimpin masa kini tidak mempunyai semangat bersatu padu pun. Janganlah korbankan kami generasi akan datang. Mana tahu 20 tahun akan datang daripada generasi sekolah satu aliran ini akan dapat membina negara bangsa yang kita idamkan. Dan tidak lupa juga untuk kiasan kepada dua tonggak kepimpinan utama orang melayu Islam yang tidak sanggup duduk semeja , pihak kami generasi muda akan mengubahnya suatu hari nanti!!!! Malangnya mungkin anda tidak dapat melihatnya……

Sekian….



Sejarah Dunia – SIRI 1 : Palestin – Perjuangan Yang Belum Selesai”

Sejarah Dunia – SIRI 1 : Palestin – Perjuangan Yang Belum Selesai”

Palestin : Artikel by-Harun Yahya

Kekacauan dan penindasan di tanah rakyat Palestin masih berlaku sehingga kini, yang mana dahulunya sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa dapat hidup dengan aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Penyembelihan dan pembunuhan yang di­lakukan dengan penuh kejam yang berterusan sehingga ke hari ini, bermula apabila kawasan tersebut jatuh ke dalam dominasi British dan ditambah pula dengan keinginan untuk me­wujudkan negara Yahudi yang merdeka.

Pokok utama yang menerangkan apa yang sedang berlaku di sana adalah kerana tanah Palestin dianggap suci oleh tiga agama langit. Walau bagaimanapun, mereka yang mempertahankan pandangan Zionis telah melakukan polisi yang bertujuan untuk meng¬hapuskan yang lain, berbanding untuk men¬jadikan kawasan suci itu berada dalam ke¬adaan aman dan bersatu-padu. Zionis ber¬pendapat bahawa orang-orang Yahudi me¬rupakan “bangsa terbaik”, yang telah dipilih oleh Tuhan dan semua manusia lain di dunia ini harus tunduk kepada mereka. Bagi Zionis¬me, kepercayaan kepada “tanah yang di¬janjikan” adalah sama penting dengan ke¬dudukan mereka sebagai “insan terpilih.”

Berdasarkan kepada kepercayaan tersebut, orang-orang Yahudi mesti tinggal di kawasan tanah suci yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka. Kawasan ini yang bermula dari Sungai Nil ke Euph¬rates, terdiri dari tanah-tanah milik rakyat Pa¬lestin, dan Jerusalem pula terletak di tengah-tengah¬nya. Zionisme percaya ba¬hawa adalah menjadi hak asasi semula jadi rakyat Yahudi untuk tinggal di atas tanah yang di¬janji¬kan, dan segala macam bentuk kekejaman dan pe¬nindasan boleh dilakukan untuk menghapuskan mana-mana pihak yang cuba menentang mereka. Kepercayaan dan pan¬da¬ngan terhadap perkauman menjadi sebab utama ke¬pada ketidakadilan yang sedang berlaku di Palestin, dan juga kepada pem¬bentukan polisi-polisi kejam dan penindasan yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Pales¬tin.

Bagi orang-orang Yahudi, penubuhan negara Yahudi merdeka di atas tanah milik rakyat Palestin merupakan satu misi suci. Matlamat penting yang lain adalah untuk terus mengekalkan kewujudan negara tersebut, yang mana telah dibuat ada Mei 1948. Berdasarkan kepada pemerintah kerajaan Israel, ia hanya boleh dijamin dengan me¬nam¬bahkan populasi mereka di dalam wilayah Palestin dan seterusnya meluaskan lagi kawasan pendudukan mereka. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, keseluruhan populasi Israel mesti diusir keluar dari tanah tersebut, ataupun dihapuskan sahaja. Sehingga kini sudah lebih separuh abad, negara Israel melakukan proses penghapusan jangka panjang rakyat Palestin, selaras dengan kepercayaan mereka.

Harus dijelaskan bahawa keinginan Yahudi untuk memiliki tanah air mereka sendiri adalah berjustifikasi sepenuhnya. Malah, wilayah Palestin merupakan bekas tanah air Yahudi suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, Zionisme merupakan ideologi terpesong yang menggunakan pelan-pelan agresif untuk mengambil-alih keseluruhan Palestin dan mengusir atau menghapuskan umat Islam Arab yang tinggal di dalamnya, dan melihat tiada apa yang salah dengan melakukan perkara-perkara tersebut. Inilah sebabnya mengapa pendekatan yang dilakukan bukan sahaja dikecam oleh umat Islam, tetapi juga oleh ramai orang-orang Israel, Yahudi dan Kristian.

Pengusiran Rakyat Palestin

Apabila Zionis bercadang untuk menubuhkan negara Yahudi merdeka di dalam wilayah Palestin, masalah pertama yang terpaksa mereka hadapi ialah kekecilan saiz populasi Yahudi yang tinggal di situ. Pada awal 1900-an, populasi Yahudi adalah kurang dari 10 peratus berbanding keseluruh populasi Palestin. Berdasarkan kepada perangkaan rasmi, dengan usaha Zionis, bilangan pendatang Yahudi, telah meningkat dari 100,000 orang pada 1920-an, kepada 232,000 orang pada 1930-an Pada tahun 1939, ada kira-kira 445,000 orang-orang Yahudi daripada populasi jumlah 1.5 juta. Bermula dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi dua dekad yang lalu, kini menjadi 30 peratus pada tahun 1939. Kawasan pendudukan Yahudi turut berkembang selaras dengan pertambahan populasinya. Pada tahun 1939, kawasan yang dimiliki oleh Yahudi telah berganda jika dibandingkan pada tahun 1920-an. Pada 1947, ada kira-kira 630,000 orang-orang Yahudi di Palestin dan 1.3 juta rakyat Palestin. Dalam proses pembahagian Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 29 November 1947 dan penubuhan kerajaan Israel pada 15 Mei 1948, rakyat Israel berjaya mendapat bahagian tanah Palestin yang cukup banyak.


Kesan dari tekanan dan pembunuhan di kampung-kampung Palestin, bilangan rakyat Palestin yang tinggal di dalam kira-kira 500 buah bandar, pekan dan perkampungan jatuh dari 950,000 orang kepada 138,000 orang. Kebanyakan dari mereka telah dibunuh, dan yang lain telah diusir keluar. Kumpulan pengganas Zionis yang kemudiannya menjadi pasukan askar Israel telah menyerang perkampungan umat Islam pada waktu malam. Umat Islam ditembak, dan ke mana sahaja kumpulan ini pergi mereka pasti melakukan pembakaran dan kemusnahan. Dengan cara ini, kira-kira 400 buah perkampungan Palestin dilenyapkan dari peta pada tahun 1948 dan 1949. Harta milik rakyat Palestin yang ditinggalkan telah diambil-alih dengan menggunakan Undang-undang Harta Tidak Bertuan. Sehingga 1947, pemilikan tanah di Palestin oleh rakyat Yahudi adalah dalam 6%. Apabila negara Israel telah ditubuhkan, mereka merampas 90% daripada jumlah tanah.9 Penduduk Arab Palestin hanya ditinggalkan dengan dua kawasan yang berasingan, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Seperti yang telah kita lihat, setiap kedatangan orang-orang Yahudi yang baru membawa maksud kekejaman, penindasan dan keganasan terhadap populasi umat Islam. Dalam usaha menempatkan pendatang yang baru, organisasi Zionis memaksa rakyat Palestin supaya meninggalkan tanah yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun. Joseph Weitz, yang manjadi ahli komiti perpindahan kerajaan Israel pada tahun 1948, menulis di dalam diarinya pada 20 Disember 1940:

“Ia mesti jelas bahawa tiada tempat bagi kedua-dua pihak di dalam negara ini. Tiada pembangunan yang akan membawa kita lebih rapat kepada matlamat, untuk menjadi rakyat merdeka di dalam sebuah negara yang kecil ini. Selepas orang-orang Arab dipindahkan, negara ini akan terbuka luas untuk kita; jika orang-orang Arab terus tinggal, negara ini akan menjadi lebih sempit dan terbatas. Satu-satunya cara ialah dengan memindahkan orang-orang Arab dari sini ke negara-negara jiran, kesemua mereka. Tiada sebuah perkampungan ataupun sebuah suku kaum mesti dibiarkan wujud.”

10 Heilburn, pengerusi komiti untuk pilihan raya semula untuk jawatan Jeneral Shlomo Lahat, Datuk Bandar Tel Aviv, telah mengekspresikan pandangan Zionis terhadap rakyat Palestin seperti berikut: “Kita mesti membunuh seluruh rakyat Palestin, melainkan mereka bersetuju untuk hidup di sini sebagai hamba.”

Kem-kem Pelarian

Sehingga kini sebahagian besar umat Islam yang dipaksa keluar dari tempat yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun masih berada di kem-kem pelarian. Bilangan rakyat Palestin yang hidup di kem-kem pelarian, termasuklah juga di negara-negara jiran seperti Lebanon dan Jordan, berjumlah 3.5 juta orang.

Keadaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di kem-kem tahanan dan di dalam wilayah yang diduduki Israel amat menyedihkan. Mereka menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki walaupun keperluan-keperluan asasi manusia. Mereka hanya dapat menikmati kemudahan elektrik dan air setakat apa yang dibenarkan oleh Israel, dan terpaksa berjalan berbatu-batu ke tempat kerja yang tidak lumayan untuk meneruskan kehidupan. Sehinggakan perjalanan yang hanya memakan masa selama 10-15 minit, untuk ke tempat kerja atau pun melawat saudara-mara di kem tahanan yang berdekatan, merupakan sesuatu yang sukar bagi rakyat Palestin. Mereka terpaksa melalui proses pemeriksaan identiti di tempat-tempat tertentu di jalan yang dilalui, dan turut didera secara lisan dan fizikal. Kadang-kala, tentera Israel menutup jalan-jalan atas sebab “keselamatan”, dan rakyat Palestin tidak dapat pergi ke tempat kerja, atau ke mana sahaja, walaupun ke hospital jika mereka sakit.

Di samping semua ini, mereka terus hidup dalam keadaan sentiasa dibayangi ketakutan untuk dibunuh, dicedera atau ditahan. Ini kerana mereka yang tinggal di kem-kem sering mengalami serangan bersenjata oleh kumpulan Yahudi fanatik yang tinggal di kawasan petempatan yang berhampiran, terutama sekali pada waktu malam.

Di dalam buku The Israe¬li Connection yang ditulis oleh Benjamin Beit Hallahmi, seorang profesor psikologi di Universiti Haifa Israel, telah menggambarkan keadaan umat Islam yang tinggal di Semenanjung Gaza dan pan¬da¬ngan orang-orang Israel terhadap mereka:

Pada 1986, populasi Gaza adalah seramai 525,000 dan kepadatannya pula ialah 2,150 per kilometer persegi (di Israel ia 186). Ke¬banya¬kan penduduk Gaza yang sudah cukup kuat, bermula kadang-kala pada usia lapan tahun, bekerja di Israel, pada gaji di bawah 40 peratus di bawah gaji orang-orang Israel. Mereka membayar cukai pendapatan – tanpa mendapat sebarang faedah, kerana mereka di anggap sebagai bukan pemastautin.

Dalam kesedaran orang-orang Israel, Gaza telah menjadi simbol ketidakupayaan dan kehinaan, tetapi tiada simpati untuk para penghuni Gaza, kerana mereka adalah musuh.

Agak penting setakat ini untuk mempertimbangkan secara ringkas impresi rakyat Palestin-Amerika yang telah melawat kem-kem pelarian untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang keadaan di situ. Yasmine Subhi Ali, seorang pelajar perubatan, telah mengatakan seperti berikut di dalam lawatannya ke kem Shatila pada tahun 1999:

…melepasi banyak tinggalan-tinggalan yang musnah akibat perang saudara dan pencerobohan Israel di sepanjang perjalanan kami. Saya menjangka yang kami akan berhenti di beberapa pintu masuk yang menandakan jalan masuk ke kem apabila kami sampai di situ, tetapi saya tidak melihat seperti itu. Saya tidak perlu untuk berbuat demikian: perbezaan di antara kem dan kawasan persekitaran (yang bukannya tempat paling indah di bandar) amat ketara sehingga tidak boleh silap. Terdapat timbunan-timbunan sampah, bahan buangan, dan batu-batan yang memenuhi kedua-dua belah bahu jalan… Kedai-kedai yang sesak sekarang menghiasi jalanan, tetapi di antara kedai-kedai itu ada tanda-tanda ingatan yang masih kekal: bangunan-bangunan yang terdapat lubang-lubang yang ditembusi peluru, dan kesan-kesan bedilan…dan kawasan perkuburan yang mana (kami diberitahu) penghuni kem tidak dibenarkan untuk membina sebarang memorial atau batu nisan sekalipun….

Sumber Asal : http://holywar-efairy.blogspot.com/

Edit By : Fadzil

POLITIK – SIRI 1 : Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Pertama ” – Satu Kupasan –

POLITIK – SIRI 1 : Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Pertama ” – Satu Kupasan –


Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”, begitulah penjelasan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) yang dianggapnya sebagai langkah awal untuk menghentikan perang yang merupakan bencana kemanusiaan yang mengerikan.

“Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”, begitulah penjelasan Tun Dr. Mahathir mengenai penubuhan Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) yang dianggapnya sebagai langkah awal untuk menghentikan perang yang merupakan bencana kemanusiaan yang mengerikan.

Permasalahan ini jelas menunjukkan dunia ini sudah di tahap kronik. Penubuhan tribunal ini berniat baik tetapi dalam kondusi sekarang adalah mustahil kerana kuasa-kuasa besar ini hanya akan memandang sepi sahaja tribunal ini kerana kuasa veto yang mereka miliki mengikut pandangan saya

Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain. Veto berasal dari bahasa Latin yang bermaksud “Saya larang”. Biasanya hak ini adalah terhad sebab eksekutif dan penggubal undang-undang mempunyai tanggungjwab serta tugas yang berlainan seperti termaktub di dalam konsep pembahagian kuasa. Kuasa veto di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lima ahli tetapnya iaitu China, Perancis, Great Britain, Amerika Syarikat, dan Rusia (sehingga 1991 – USSR) — masing-masing mempunyai kuasa veto.

Walaupun banyak pihak bangkit samaada pemimpin negara, pekerja kilang, pejuang-pejuang islam, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan , bloger-blogger…. yang jelas ianya hanya umpama kucing “mengeow” pada Lembu ( Besar tapi bodoh). Begitulah kuasa besar memanipulasi dunia ini. Selagi kita masih terbawa-bawa dengan sejarah kegemilangan empayar-empayar Islam dulu dari zaman abbasiyah ke zaman uthmaniyah…. tetapi tidak mahu maju ke hadapan, kita terus akan ketinggalan.

Negarawan-negarawan dari negara Islam harus berani menguatkan ukhwah sesama sendiri. Pertubuhan yang ada sekarang seperti OIC perlu diperkasakan. Kita tidak mahu keadilan berpaksikan kuasa veto lagi. Kita mahu sistem yang lebih adil.

Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC (Organization of the Islamic Conference) merupakan satu organisasi antarabangsa di kalangan negara-negara Islam.

Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan Utara Afrika. Terdapat juga ahlinya dari negara-negara Asia Tenggara, Eropah, dan Amerika Selatan.

Yang jelas pertemuan dan deklarasi memang ada dikeluarkan tetapi impaknya tidak kelihatan. Harus di akui masalah ini berpunca daripada kelemahan umat Islam sendiri di mana negara-negara Islam tiada satu yang benar-benar gah di pentas antarabnagsa. Penguasaan ilmu perlu dipelbagaikan. Adalah salah kalau kita terus hidup dalam ke`jumud`an dan tidak ingin bergerak ke arah masa hadapan.

Umat Islam harus menjadi umat yang berteknologi tinggi dan bercita-cita tinggi. Harus di ingat bagaimana kegemilangan Islam zaman Abbasiyah kerana lahirnya Tamadun Islam dalam pelbagai lapangan.

Keruntuhan empayar Uthmaniyyah yang telah mencapai kegemilangan merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah.


Salah satu faktor kejatuhan empayar ini yang saya ingin sentuh ialah kurangnya ijtihad dan kemunduran daya berfikir – Ketika bahasa Arab terabaikan, ijtihad tidak bisa lagi dikerjakan dengan cukup, sedangkan setiap hari umat Islam berhadapan dengan benda-benda baru yang perlu penjelasan daripada syarak. Hanya melalui ijtihad sajalah perkara-perkara yang baru ini dapat dijelaskan kedudukan hukumnya. Sedangkan ijtihad hanya bisa dikerjakan dalam bahasa Arab klasik, agar seorang mujtahid bisa benar-benar memahami sumber-sumber syar’i. Akibatnya, mundurnya proses ijtihad menyebabkan daya berfikir umat Islam juga mundur. Contohnya, ketika era kemunduran itu, sesetengah ulama mengharamkan penggunaan ‘speaker dan microphone’ yang dicipta di Barat kerana menganggap suara yang keluar daripadanya ialah suara syaitan. Kemunduran daya berfikir umat Islam telah membawa umat tertinggal jauh di belakang daripada Barat dalam aspek sains dan teknologi sehingga Dunia Islam dikejutkan dengan Revolusi Industri di Barat.

Sebab itu saya menyokong pelaksanaan pendidikan yang berasaskan sains dan teknologi kepada umat Islam. Tetapi bagaimana untuk mengharmonikannnya dengan agama Islam adalah satu perkara lain. Di Malaysia kita melihat konsep dalam dua telah dipraktikkan di mana aliran agama di sebatikan dengan sains. Sekolah-sekolah agama sehingga ke IPTA seperti USIM saya lihat ada menawarkan keharmonian bidang ini. Ini adalah langkah yang bijak dalam mengharmonikan kedua-duanya. Bagi yang arif dalam agama harus mencari satu konsep dakwah yang halus bagaimana untuk menukar persepsi sesetengah umat islam yang bergelar golongan profesional untuk mendekati Islam. Teknik menunjuk-nunjuk ke`wara`kan dan terlalu syadid sehingga menyebabkan golongan ini semakin jauh dengan sinar Islam haruslah diganti dengan sifat kasih sayang dalam persaudaraan Islam.

Banyaklah pihak yang merasakan mereka lebih hebat dalam agama yang mana memperjuangkan perkara-perkara kurang bermanfaat menjadi KEUTAMAAN dakwah mereka. Perjuangan kepada diri, keluarga, masyarakat dan umat jauh lebih penting daripada perjuangan menentukan mujaddid (Mujaddid maknanya orang yang membawa pembaharuan. Mujaddid itu bahasa Arab, dalam bahasa Inggeris dikatakan “Reformer”yang ertinya Pembaharu) ataupun membahaskan semula perkara-perkara yang sudah ada keputusan iaitu KHILAF . Jika ada keluangan masa untuk berehat setelah penat berjuang, ketika itu bolehlah diisi dengan membincangkan perkara-perkara kurang penting seperti menentukan mujaddid ataupun menilai keputusan khilaf ini. TAPI… pada zaman ini masih wujudkah RUANG UNTUK BERISTIREHAT daripada berjuang? Jika benar anda pejuang, anda akan mendapati bahwa RUANG tersebut hampir-hampir tidak ada.

Pendapat saya ini hanya luahan hati insan kerdil yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T dengan sedikit jawatan sebagai pemimpin kampus. Oleh kerana itu saya amat terbuka untuk menerima mana-mana pandangan. Perbezaan pendapat yang ada menjadikan kita lebih rasional dalam membuat pertimbangan lebih-lebih kuasa yang ada mampu menjadikan kita terleka dan penting pemimpin harus di tegur dengan berhemah. Lembut tetapi tegas.

Kebanyakkan umat Islam tidak memahami politik itu apa? Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.
Harapan umat islam selalu digalaskan kepada pimpinan mereka. Sering terdetik kenapa tidak pimpinan negara ini buat ini dan buat itu untuk menguatkan Islam. Untuk pemahaman, politik ini bukanlah sesenang itu untuk kita fikirkan. Ketika saya masih seorang berkiblatkan akademik, belum menjerumuskan diri dalam politik kampus. Sering kita berangan-angan untuk membawa perpaduan dikalangan mahasiswa kampus. Bila anda sendiri berada di dalam , anda menyedari politik bukanlah mudah dibentuk dengan pemikiran anda sahaja. Idealisme sahaja masih tidak mampu mewujudkan realisme sebenar. Manusia ini mempunyai pelbagai rencam pemikiran.

Pemimpin-pemimpin negara pastilah sibuk dengan pelbagai isu dalam negara. Manakah mungkin ingin menguatkan kesatuan Islam sedangkan keluarga sendiri pun porak peranda. Anda fikir Perdana Menteri berusaha bersunguh-sunguh untuk menempatkan diri dalam arena antarabangsa? Saya kira tidak kerana pemikiran saya ianya masih baru untuk DS Najib menjadi ketua kerajaan Malaysia . Ianya perlu menguatkan diri dulu di arena politik tempatan. Terlalu banyak masalah untuk DS Najib untuk selesaikan. Saya kira kalau ada yang mengatakan masalah ini berpunca daripada kerana ideologi Barisan Nasional adalah tidak adil. Kita melihat berkata-kata amat mudah untuk menghukum secara total kepada kerajaan. Politik ini sememangnya sukar di fahami selagi kita tidak menilai dengan mendalam dan mengalaminya sendiri. Pas sendiri yang bertunjangkan ideologi Islam sendiri menghadapi masalah aliran pemikiran. Bagi ahli-ahli PAS bawahan pastilah melihat pendamaian selepas kocakan tersebut mampu menarik nafas lega. Kalau anda benar-benar faham ianya penyakit yang sama dalam mana-mana parti politik termasuk UMNO, sudah ada unsur kepuakan dalam PAS. Dan mereka ini saling berebut jawatan. Hanya kerana konsep taat kepada pemimpin dalam Islam, masing-masing hanya mengacah kaki di kolam sahaja, mereka ini hanya menunggu masa untuk menunjukkan belang masing-masing bila tiba masanya.

Sabda Rasulullah saw.

Wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama ana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengan dan tiada taat .

Riwayat Imam Muslim

Tidak semua tindakan dan arahan pimpinan disyaratkan terlebih dahulu mendapat kelulusan mesyuarat . Dalam perkara – perkara tertentu yang berkait dengan maslahah perjuangan dan memerlukan tindakan segera , seorang pemimpin boleh mengambil tindakan awal mendahului keputusan mesyuarat selama mana ia tidak bercanggah dengan prinsip Gerakan Islam atau Amal Islami .

Kebenaran ini diberikan kepada pemimpin berasaskan ia adalah seorang pemimpin yang telah dilantik atau diberi baiah dan mandat untuk memimpin oleh ahli . Maka pastinya pemimpin yang dilantik atau dipilih malah telahpun disyurakan dikalangan ahli melalui proses yang telah dipersetujui oleh organisasi ( seperti muktamar ) adalah dikalangan individu pemimpin yang paling layak dan dipercayai .

Justeru itulah , prinsip amal Jamaei telah menegaskan bahawa pemimpin yang telah dilantik , biarpun ia hanya seorang hamba adalah wajib ditaati , dipercayai ( thiqah ) dan diberikan wala’ ( kesetiaan @ kejujuran ) kepadanya.

Sabda Rasulullah saw.

Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanya seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula kerinting .

Riwayat Imam Bukhari dari Anas Rha.

Ketaatan kepada pemimpin dalam gerakan Islam bukan bererti kongkongan yang hanya melahirkan ahli yang patuh membabi buta atau membuta tuli . Tetapi untuk mewujudkan sebuah gerakan yang lancar dan berkesan dalam tindakan . ( sebab itu pemimpin mesti dilantik atau dipilih dikalangan yang terbaik sebab pemimpin mesti dipatuhi dan ditaati .)

Sungguh malang bagi sebuah organisasi yang mempunyai pemimpin dan pemimpinnya dipilih oleh ahlinya sendiri tetapi kemudiannya pemimpin itu tidak dipatuhi , tidak dipercayai malah dicaci maki oleh pengikutnya sendiri .

Benarlah apa yang pernah disebut oleh Saiyidina Omar al Khattab :

Tiada Islam tanpa Jamaah , tiada Jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan .

Namun tindakan pemimpin kadangkala menjadi ujian kepada pengikutnya. Terutama apabila arahan tersebut merupakan arahan yang sukar untuk dilaksanakan sedang ia adalah suatu yang penting untuk gerakan Islam . Demikian juga arahan yang lahir dari pemimpin tanpa terlebih dahulu melalui proses mesyuarat dikalangan anggota kepimpinannya.

Saya kira bukanlah kerana niat jahat inginkan jawatan pada benak kedua-dua golongan dalam PAS ini tetapi untuk memungkinkan aspirasi mereka berjaya dalam memartabatkan Islam , kuasa amat penting. Kuasa hanya datang apabila seseorang menduduki jawatan terpenting. Pendekatan yang berlainan matlamat yang sama. Dalam keadaan kurang sama dalam UMNO , ketika UMNO lemah di bawah Pak Lah, lantanglah beberapa golongan supaya berlaku peralihan kuasa.

UMNO yang hebat dengan pegangan kemelayuan Islamnya sendiri pun akhirnya sekarang terpaksa bersikap lebih liberal kerana desakan-desakan pasti kompenan yang lain . UMNO tidak dapat hidup tanpa komponen-kompenemya. Ini lantaran undi orang Islam yang dominannya melayu terpecah dua secara keseluruhannya dan mungkin tiga dengan konsep PKR. Harus di ingat UMNO sekurang-kurangnya berjaya mengawal komponen-kompenen bukan Islamnya untuk menghormati perlembagaan yang memastikan Islam terus terpelihara.

Hanya UMNO perlu memperbaiki bagaimana untuk meyakinkan umat Islam mengenai perjuangan mereka samaada berteraskan kebangsaan semata-mata ataupun ada agenda Islam yang tersembunyi. Semua maklum semangat Barisan Nasional memerlukan mereka menjaga hati rakan-rakan mereka. Adakah mengikut teori konspirasi saya, UMNO tiada dapat terang-terangan untuk menyatakan konsep Islam dalam perjuangan Kebangsaannya untuk menjaga hati rakan-rakan komponennya? Saya pasti UMNO yang dominan dalam BN mampu menggalakkan aliran pemikiran Islam dalam parti bagi mengukuhkan kedudukannya. Paling-paling UMNO boleh menjadikan perlembangan sebagai benteng terakhir melindungi kepentingan Islam. Perlembagaan Malaysia Perkara 160(2) mentakrifkan orang Melayu ialah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa seharian, mengamalkan adat resam melayu dan beragama Islam. Hal ini hanya terpakai di Malaysia sahaja, tidak termasuk dinegara-negara lain yang juga dikenali sebagai sebahagian dari rumpun Melayu

Persoalannya benarkah faham nasionalisme dan patriotisme ini bertentangan dengan prinsip Islam? Apakah benar tanggapan segelintir yang berpandangan bahawa faham kebangsaan ini tidak ubah seperti konsep asabiah jahiliah yang sesat lagi menyesatkan? Atau apakah semangat nasionalisme dan patriotisme ini masih relevan dengan realiti dunia hari ini?

Dalam upaya menyuburkan semangat kebangsaan dan patriotisme, seorang agamawan nasionalis terkenal Dr. Burhanuddin al-Hilmy dalam makalahnya bertajuk Perjuangan Kita, secara jelas merungkaikan makna perjuangan nasionalisme Melayu yang harus sentiasa berpaksikan nilai-nilai keislaman sejati yang bersifat akomodatif, menjunjung prinsip keadilan, rasa kemanusiaan dan persaudaraan sejagat.

Menurut beliau, dengan menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran sahajalah yang mampu menjelmakan semangat kebangsaan luhur dan tidak mudah terjerat dalam kerangka asabiah jahiliah atau fanatik kesukuan melulu sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliah sebelum Islam.

Pemikiran beliau ini seiring dengan firasat ahli falsafah Islam tersohor Ibn Khaldun yang lahir pada zaman kegemilangan kerajaan Islam Andalusia. Melalui kitabnya yang masyhur Muqaddimah, Ibn Khaldun menyingkap faham kebangsaan berteraskan dua dimensi asabiah yang menurutnya boleh jadi positif atau negatif. Beliau mentakrifkan asabiah yang positif ialah semangat permuafakatan dan persefahaman yang terbentuk dalam struktur sosial masyarakat hingga membudaya sikap tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain.
Penjiwaan seutuhnya kepada nilai asabiah yang positif inilah yang mampu menggerakkan masyarakat Islam keseluruhannya untuk sama-sama terlibat secara aktif dan konstruktif dalam sebuah pasukan demi menjana tamadun bangsa yang unggul.

Sebaliknya sesebuah tamadun akan terdedah kepada kebinasaan sekiranya asabiah jahiliah yang berlandaskan sentimen perkauman sempit lebih mendominasi sesuatu bangsa. Menurut Ibn Khaldun bangsa yang terbelenggu dengan asabiah jahiliah ini sering kali terbudaya dengan nilai sombong, tidak rasional sehingga menolak nilai-nilai kebenaran dan keadilan semata-mata atas dorongan sentimen dan kepentingan kelompok.

Pandangan Ibn Khaldun ini berasaskan hadis berkenaan seorang sahabat yang bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Apakah yang dimaksudkan asabiah itu? Apakah kecintaan seseorang terhadap bangsanya dikatakan asabiah?”
Rasulullah menjawab, “Tidak! Yang dimaksudkan asabiah ialah apabila seseorang menolong bangsanya dalam melakukan kezaliman.” (riwayat Ibn Majah).

Sememangnya pandangan Ibn Khaldun mengenai kedua-dua dimensi asabiah ini amat penting untuk dihayati bagi meletakkan asas kefahaman nasionalisme di tempatnya. Malah dengan memahami konsep dan makna nasionalisme secara tuntas sahajalah dapat mengelakkan umat daripada terbelenggu dalam perbalahan istilah yang tidak menguntungkan.

Apakah kesalahan besar sehingga ada orang muda yang hilang kepercayaan kepada UMNO dalam PRU-12 ? Banyak faktor yang boleh disenaraikan yang menjadi penyumbang kepada prestasi merudum BN dalam PRU-12. Apa yang paling utama ialah kegagalan UMNO/BN untuk melaksanakan tradisi membela rakyat dengan kenaikan harga barang, kos kehidupan yang semakin tinggi serta angka jenayah yang membimbangkan. Selain dari itu, isu-isu rasuah, penyelewengan, kronisma serta skandal badan kehakiman menambah kebencian rakyat kepada kerajaan yang ada yang akhirnya membawa mereka untuk mengundi pembangkang sebagai alternatif kepada UMNO/BN.

Sudah menjadi bagi manusia kerdil seperti kita iaitu golongan bawahan seperti pesawah, penoreh getah, mahasiswa/i, penganggur tidak mempunyai kepentingan dalam kerajaan akan merasa meluat dengan perkara itu walaupun kesalahan tersebut sejauh mana kebenarannya tetapi bila asyik disuapkan akhirnya masyarakat mempercayainya. DS Najib yang nampak bersunguh-sunguh ingin membenteras gejala ini dengan meminda perlembagaan UMNO nampaknya seorang ahli politik yang bijak membaca hasrat rakyat. Rakyat akan menilai sejauh mana perlembagaan dalam mengekang budaya politik wang ini terus berlaku. Bagi mana-mana pemimpin yang cenderung untuk mengubah persepsi golongan muda bukanlah senang. Hendak menyelamatkan fahaman golongan muda ini bukannya mudah kerana fitrah manusia biasanya cenderung kepada apa yang pertama mereka dapati.

Kita juga melihat dengan penuh kebimbangan aliran parti PAS yang yang telah bersahabat dengan DAP, akan menyebabkan ruang untuk mereka melebarkan penguasaan mereka yang bersikap Ultra Kiasu. Sudah terang-terangan mereka menentang Islam. Hanya kerana beberapa pemimpin tertinggi mereka sanggup turun ke pentas-pentas PAS dan mengungkap ayat-ayat Al-Quran sudah memadai untuk mempercayai mereka , sedangkan sebahagian besar mereka menetang Islam, saya fikir ianya bahaya besar kepada umat Islam. Malah ada antara pimpinan DAP sanggup melabel Cina Islam dengan pelbagai gelaran yang buruk kerana bencinya pada Islam pada pandangan saya.

Sudah terang lagikan bersuluh , Sejauh manakah kecintaan DAP terhadap Islam dibanding dgn pengikut UMNO ? Walaubagaimanapun untuk membenarkan cara muncul pula istilah Tahaluf Siyasi yang diuar-uarkan penyokong PAS kini.

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Mari Kita lihat salah satu ucapan pimpinan DAP selain slogan popular Karpal Singh ” Langkah mayatku dulu utk tegakkan negara ISlam”

– di Konvensyen Perpaduan Umat dan Rakyat Malaysia (PADU) oleh Ronnie Liu Tian Khiew

Parti DAP boleh dan sudi berkerjasama dengan parti-parti politik yang mengamalkan prinsip Islam dan agama yang lain. Tetapi ahli-ahli dan penyokong DAP tidak dapat menerima konsep Islamic State dan mereka menganggap DAP sebagai pengkhianat jika pemimpin berpakat dengan parti politik yang berjuang untuk menubuhkan sebuah Islamic State di Malaysia.

Ini adalah kerana bukan sahaja mereka tidak memahami konsep Islamic State mereka rasa lebih selesa dan lega jika Malaysia terus menjadi sebuah negara majmuk yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya. Mereka boleh menerima satu pentadbiran kerajaan yang mengamalkan nilai agama sejagat. Mereka tidak dapat menerima satu pentadbiran kerajaan yang menempatkan taraf sesuatu agama lebih tinggi daripada agama yang lain. Kerana mereka percaya keadaan ini akan mencetus kesangsian di antara penganut-penganut agama yang lain dan hak-hak asasi mereka tidak dapat dilindungi dalam jangka masa panjang. “

Justera itu, jika isu Islamic State tidak dapat diselesaikan, parti DAP tidak dapat berikat dengan sebarang gabungan politik yang didominasikan dengan unsur-unsur politik Islamic State pada masa depan.

Adakah ini penyebab pengguguran menifesto Negara Islam PAS dan di tukar Negara Kebajikan? Kalau begitu apa bezanya PAS dengan UMNO? Sama sahaja. 2 x 5 = 25… tiada jawapan yang betul.

Memandangkan kita terpaksa mengambil pendirian dalam pilihan, bukannya bersikap atas pagar kerana bersikap atas pagar tanpa pendirian adalah lebih teruk sifatnya. Akhirnya diri sendiri dengan ilmu yang ada akan menganalisa pilihan hati. Ada yang atas dasar politik kepartian, ada atas faktor kaum, ada atas faktor individu, ada yang buat pengiraan dalam pelbagai segi dan analisa calon lagi….. hebat…

Kita melihat PAS hanya gagah di Kelantan. Pastilah penerapan Islam dapat diterapkan di sana. Tidak diragukan lagi. Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.

Adakah PAS dapat melakukannya di Selangor dan Perak? Di mana pecahan kaum tidak menyebelahi Islam ( Tidak menjumpai bancian di Internet setakat ini) . Kita melihat Parti-parti yang lebih dominan adalah DAP dan PKR. Di mana ingin menutup tempat-tempat perjudian , kilang-kilang arak dan maksiat di Selangor dan Perak? ( UMNO juga turut bertanggungjawab zaman sebelum Pakatan Rakyat) . Saya tidak ingin menyelebahi mana-mana pihak. Sebab itu kita lihat kembali kata-kata Kata As-Syahid Hassan Al Banna…

“Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu. ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya sedikit yang mampu bersabar ketika beramal.dan sedikit di antara yang sabar ini yang mampu memikul beban jihad yang sukar dan amal nekad”

Matlamat menghalalkan cara sememangnya sinonim dalam politik. PAS pastilah untuk menjaga hati rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat terpaksa menolak prinsip mereka ini dan mengeluarkannya kenyataan masa belumnya tiba untuk menerapkan prinsip-prinsip mereka di Selangor dan Perak. Sikap ini samaada UMNO ataupun PAS dalam perebutan kuasa sesama Islam pastilah menyebabkan pihak lain mengaut keuntungan. Malah kalau pimpinan PAS Selangor yang lantang bersuara mengenai isu-isu menyentuh prinsip Islam terpaksa mendiamkan diri dan diambil tindakan displin oleh PAS Pusat maka teori saya menjadi kenyataan. Kalau tujuan pimpinan PAS Selangor adalah jujur menegakkan prinsip Islam maka rugilah PAS secara keseluruhannya, tetapi kalau ianya seperti yang diuar-uarkan lantang itu kerana ingin bergabung dengan UMNO untuk jawatan Menteri Besar maka mungkin ada benarnya tindakan displin harus di ambil atas semangat komponen. PAS kini ibarat dalam Pakatan Rakyat tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. PAS harus berani menyatakan prinsipnya dan jika benar ada kejujuran UMNO dalam penyatuan ianya harus dipertimbangkan demi kemasyalatan umat islam. Mana lebih penting kemasyalatan umat Islam ataupun Tahaluf Siyasi?

Anda lihat bukan senang untuk memahami politik kan? Semua parti politik boleh melaung-laung ideologi masing-masing tetapi melaksanakan amat susah. Saya menulis bukanlah sekadar suka-suka untuk menghentam mana-mana pihak, hanya saya hanya menyatakan hasrat pandangan orang muda seperti saya yang sudah bosan melihat percakaran sesama sendiri merugikan Islam.

Sengaja saya bawa permasalahan politik tempatan untuk menunjukkan gerakan politik antarabangsa yang saudara-saudara idam-idamkan adalah mimpi di siang hari. Kalau kuasa rakyat dijadikan ukuran dimana populasi memainkan peranan maka umat Islam yang tidaklah sejauh mana pun harus bermuhasabah diri. Kita melaung-laung anti-Israel. Apakah strategi utama umat Islam dalam menangani dalam jangka masa panjang? Strategi amat penting dalam memastikan sesuatu kejayaan bebentuk penguasaan. Mari kita lihat statistik terlebih dahulu :-

Populasi Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi etnik terbesar di Malaysia dengan 54 % dari jumlah keseluruhan warganegara. Kira kira satu perempat daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7% lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.

Perangkaan terkini menunjukkan penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.


Petunjuk : Dunia Islam
Negara Islam
Agama negara
Tidak ada deklarasi
Negara Sekular

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan. Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Setelah melihat statistik mampukah kita terus bergaduh sesama sendiri? Dengan populasi kedua tertinggi dari segi agama kita harus berasa bimbang dengan kelansungan umat Islam. Golongan-golongan muda yang darah tengah memuncak dahagakan bentuk perjuangan yang dapat memberi impak yang tinggi bermula daripada dalam negara sehingga ke peringkat antarabangsa. Kita mengambil contoh gerakan-gerakan Islam yang dominan dalam seratus tahun ini. Walaupun saya sendiri tidak mengenali secara mendalam mengenai gerakan ini dan tidak pernah terlibat pun tetapi melalui pembacaan-pembacaan dapatlah dirumuskan impak yang ditinggalkan oleh Ikhwanul muslimin yang diasaskan Syeikh As Syahid Hassan Al Banna di Mesir ini sering diperkatakan. Banyak ulama handal yang sezaman dengan Hasan al-Banna tetapi mereka hanya mampu membawa perubahan dan menjaga keaslian bidang mereka sahaja. Berlainan dengan Hasan al Banna, beliau nampak cara-cara memperbaiki agama dan umat dalam semua lapangan. Seorang lagi genius pembaik umat yang muncul ketika itu ialah Maulana Muhammad Ilyas- pengasas gerakan Tabligh, cuma skop yang dibawa oleh Maulana kecil sedikit daripada bawaan Ikhwanul Muslimin.

Ikhwanul muslimin merupakan gerakan terulung moden pada abad ke 19 ketika dunia mencari pemimin agung selepas kejatuhan kerajaan Othmaniyyah Turki dan angkatan perang pimpinan Salehuddin Al-Ayubi. Kebesaran dan kehebatan Al-Ikhwan al-Muslimin diakui ramai.

Tokoh sejarah Arab, Dr. Nabih Amin Parsi pernah menulis tentang pergerakan ini. Antara lain katanya,

“Sesungguhnya fikrah idealisme mereka sentiasa menjadi perhatian yang mendalam dikalangan umat Islam dari Arab hingga ke Barat.”

Menurut Dr. Mustafa Assibaie’i, Muraqib Am Pertubuhan Ikhwan Muslimin, terdapat lima matlamat utama perjuangan Pertubuhan Al-Ikhwan ini. Saya sentuh matlamat terakhir iaitu :-

Dan matlamat yang terakhir ialah mewujudkan perpaduan masyarakat Arab dan umat Islam yang lain. Sebenarnya harakah Ikhwan telah menyuarakan betapa perlunya diwujudkan satu gagasan atau kesatuan umat Islam yang bersatu dari aspek politik, ekonomi dan sosial seperti Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Berdasarkan gagasan inilah semua bangsa yang beragama Islam dapat berpadu tenaga, saling bantu-membantu untuk menjadi satu umat yang dihormati dan digeruni. Malahan, gagasan seperti ini dapat memainkan rentak yang berkesan dalam usaha memelihara keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran dunia.

Sengaja saya highlightkan tulisan tersebut, ianya mengukuhkan pendapat saya bahawa perpaduan masyarakat berbentuk kebangsaan adalah perlu dan tidak boleh di buang terus kerana tenaga penggeraknya bermula daripada satu kelompok yang kemudiaannya dikembangkan kepada perpaduan umat Islam.

Suka saya timbulkan jua sebuah gerakan unik yang mempunyai cita-cita besar iaitu Gerakan Hizbur Tahir ini ia lebih kepada sebuah gerakan yang semata-mata mahu menegakkan sistem Khalifah.

HT ditubuhkan oleh Taqiyudin al-Nabhani dari Palestin pada tahun 1952 .Ia merupakan sebuah parti politik yang tidak terlibat dengan pilihanraya. Bagi HT, pilihanraya adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang kufur. Sesiapa yang terlibat dengan sistem demokrasi, maka mereka berdosa dan juga bersubahat dengan sistem kufur. Mereka juga mengecam mana-mana pihak yang ingin memperjuangkan Islam melalui saluran demokrasi seperti PAS, Ikhwan Muslimin, Jamaat Islami, PKS di Indonesia, Refah di Turki dan lain-lain lagi.

Adalah penting saya simpulkan kita masih terpinga-pinga gerakan mana satukah pilihan hati? siapakah pemimpin yang akan menyelamatkan umat Islam kala ini? Persoalan ini terlalu besar untuk saya jawab. Saya lontarkan kembali persoalan ini kepada anda yang dianugerahkan Allah S.W.T dengan akal dan panduan Al-Quran & Sunnah sebagai panduan.

Kita juga perlu berikhtiar untuk mengembalikan kegemilangan islam. Perlu pelan strategik bagaimana meningkatkan ekonomi, pendidikan, ketenteraan, perpaduan di kalangan umat Islam. Umat Islam tidak lagi di geruni lantaran kelemahannya, mari kita lihat apa yahudi katakan terhadap Islam ;

Akhbar Yahudi “Yadi’ut Uhrunut” menegaskan bahwa semua bangsa Yahudi agar jangan takut lagi terhadap Dunia Islam, kerana apa yang digelar Umat Islam itu hanya hidupan yang berpecah serta mundur dan tidak mampu utk menghadapi kemempuan aqal Yahudi yang tersusun.

Penganalisa Politik Berbangsa Yahudi Siver Blustker pula menambah kritikannya terhdapa umat Islam dengan katanya

“Sesungguhnya setiap negara umat Islam mempunyai masalah masing2, juga sibuk dengan kemunduran ekonomi dan keamanan yang cukup menyibukkan mereka utk lebih belasan tahun utk menyelesaikannya. Dan kepada bangsa Yahudi , mestilah yakin dan menyedari bahawa Yahudi hari ini berada dalam kekuatan yang dicemburui oleh seluruh umat. Sejak 30 tahun yg lalu kami berada dalam keadaan hina dan dianak tirikan di Timur Tengah dan seluruh Dunia Islam, tetapi hari ini kita telah mendahului semuanya…”

“ Tiada akan ada lagi selepas hari ini, kerana muslimin adalah LEMAH, mereka tidak mampu bersatu dan bersepakat atas apa jua perkara, dan mereka mampu bersepakat utk berpecah dan berselisih”

Sekiranya kita terus berbalah kita seolah sebuah tasik yang hampir gersang. Yang ada cuma anak ikan ; air yang semakin cetek serta tercemar.

Kata-kata akhir untuk golongan muda sebuah petikan daripada As-Syahid Hassan Al Banna

“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah”

Sekian…. sekiranya terdapat kesalahan fakta dialu-alukan untuk diperbetulkan.

Wallahualam

Password? LINK MEDIAFIRE….

Password? LINK MEDIAFIRE….

Terima kasih atas kerjasama anda. Sedikit usaha diperlukan sebagai tanda terima kasih. Tak perlu keluar duit. Hanya sedikit masa anda untuk dapatkan password. =)

Hanya sekali sahaja seumur hidup dapatkan password ini.

(1) Langkah Pertama anda perlu mempunyai Akaun Facebook. Kemudian Log In Akaun anda.

(2) Kemudian tekan butang Like di bawah ;
 


(3) Kemudian anda pergi ke Fan Page iaitu link di bawah ;


(4) Tekan bahagian Info di Fan Page tersebut dan dapatkan Password di bahagian Personal Interests. Sepertimana gambarajah di bawah ;


Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page.


Sekian, Terima kasih.
 

KEMBALI : SIRI 8 – ” Dalam Secawan Kopi Yang Hitam, Masih Ada Manis”

KEMBALI : SIRI 8 – ” Dalam Secawan Kopi Yang Hitam, Masih Ada Manis”


Cerita HERO seperti yang sy sebut dalam Kembali Siri 6…. bukan sekadar cerita…. sy tidak semberono dalam memilih cerita di televisyen…. sudah semestinya National Geographic, Discovery Channel & History Channel menjadi kegemaranku… tapi sebab rancangan channel tu di ulang kembali jadi sy ambil remote control dan beralih ke TV2…. sekejap je sy dah tertawan sebab aku x dpt mengagak jalan cerita…. kalau yg dpt agak jalan cerita biasa malas nak tengok…. kalau dah tahu hero menang akhir lebih baik x yah…

Yang penting sy nak ulas jalan cerita yg sy kire kreatif dalam otak pengarah ni…. mula2 sy cerita yg tersurat…. pastu baru yg tersirat…. anda fikir sendiri!!!

China di zaman dahulu terdapat beberapa kerajaan yang saling berbalah…..Maharaja daripada kerajaan Qin menyerang negeri2 jirannya… sehingga ke sebuah kerajaan benama Zhao…

Tentera Qin menceroboh negeri Zhao dan membunuh rakyatnya… alkisah sebuah keluarga telah di bunuh dan tinggal seorang budak lelaki yg terlepas drpd tragedi itu & akhirnya membesar utk membalas dendam….
Selepas 20 tahun budak laki tu datang menuntut bela dengan gaya pedang yg handal…. dengan meminta pertolongan bekas anak jeneral tentera Zhao yg tewas die merancang plot membunuh maharaja tersebut….
Budak laki tu adalah Jet Li…. utk mendekati maharaja , Jet Li perlu berada dlm 10 langkah jaraknya dengan maharaja bg menjayakan teknik pedangnya dalam membunuh seseorang, peluang tu muncul bila maharaja membuat tawaran kepada sesiapa yg dapat membunuh bekas anak tentera zhao ( x ingat nama , dlm ni aku panggil Minah) dan suaminya ( x ingat jugak nama , dlm ni aku panggil Abu). Ganjarannya dapat minum dengan maharaja di istana iaitu 10 langkah jarak daripada maharaja tu.

Jet Li berpakat dengan Minah & Abu utk berkomplot supaya buat2 mati di bunuh Jet Li…. sambil2 tu Abu menceritakan die pada 3 tahun lepas penah menyerang Istana dan hampir membunuh maharaja… tetapi di saat akhir die berhenti… maharaja sendiri x tahu nape Abu x pancung kepala die…. sejak tu Minah isteri dier dah x bercakap dengan Abu sebab x balas dendam utk ayah dier…
Rupanyer2 Abu tersedar semasa berlawan pedang dengan teknik terhandal dier dengan teknik pedang maharaja membuat dier terfikir pandangan maharaja tersebut yg dipandang kejam sebenarnya mempunyai maksud yg tersirat….

Abu pesan kat Jet Li jangan membalas dendam…. hidup sahaja di tempat terpencil… Jet Li akhirnya berjaya meyakinkan Abu utk buat2 mati bagi die peluang dulu utk jumpa maharaja…. Maharaja yg dapat tahu Jet Li berjaya bunuh Minah dan Abu ( tipu2) mejemput die minum di Istana.
Sambil2 minum2 maharaja berbual2 ngan Jet Li.. bertanya camner leh bunuh Minah & Abu.
Maharaja yg bijak berjaya mengesan Jet Li menipu…. dan mencabar Jet Li … tapi turut bertanya tentang Abu.
Paling penting maharaja nak tahu kenapa Abu x bunuh die dulu?

Jet Li : Abu telah menceritakan kepadaku bahawa perlawanan dan peperangan ini tiada akhirnya.Abu menyampaikan hatinya terdetik bahawa tindakan maharaja yg mana semua org kata kejam ade hikmahnya.

Maharaja : Apakah maksud Abu itu wahai Jet Li?

Jet Li : Abu berkata sejak kecil die melihat peperangan yg tidak henti2 antara berbelas kerajaan kecil di tanah besar China. Sudah banyak rakyat yg terkorban kerana cita2 pemimpin. Abu berjaya meneka niat baik tuanku di sebalik peperangan yg tuanku lancarkan…..

Maharaja : Benarkah Abu berkata begitu? (sambil menangis)

Jet Li : Mengapa tuanku menangis?

Maharaja : Nampaknya musuh yang paling aku geruni selama ini adalah orang yang paling memahami aku. Aku benar2 terharu. Sedangkan pegawai2 tinggiku sendiri tidak memahami aku kerana menyerang semua kerajaan yg ada satu persatu yg memalitkan namaku sebagai maharaja kejam.

Jet Li : Nampaknya benarlah ape yg dikatakan Abu mengenai tuanku, kebijaksaan tuanku…

Maharaja : Tujuan beta hanya satu untuk menyatukan semua kerajaan2 kecil ini di bawah empayarku. Supaya mereka tidak saling berlawan antara satu sama lain lagi. Menyebabkan banyak kerosakan di muka bumi. Bila meraka bersatu di bawah empayarku… maka tiada lagi peperangan akan berlaku… nampaknya Abu benar2 pahlawan sejati…. aku tidak kesal kalau dikau bunuh aku sekrang sambil mecampakkan pedangnya ke Jet Li.

Jet Li : Tersentak dengan tindakan maharaja dan mula memahami kenapa dulu Abu tidak membunuh maharaja.

Jet Li meninggalkan Istana dengan perasaan damai. Tidak membunuh maharaja. Maharaja memandang langit dengan penuh harapan. Cerita pun tamat. Tiada siapa yang memang dan kalah akhirnya…. menarik bukan…

Moral Of The Story :

Satu2 tindakan yang kita ambil sebagai pemimpin kadang2 tidak ramai yang memahami. Malah pemimpin pula sering di salah tafsir sehingga ade yg digelar kejam. Yang paling memeritkan sahabat2 baik menjauhi kita kerana tidak memahami kita sehingga mengorbankan diri demi orang lain dan menyalahkan aliran kita menyimpang dari kebiasaan . Dalam secawan kopi yang hitam, pasti ade manisnya. Pengorbanan untuk menegakkan kebenaran pastilah ada seribu halangan. Musuh pula jangan di lawan. Ajak berkawan. Kalau die bagi penampar, kita bagi la die hadiah epal ke… buat dier terharu…. kan bagus.. saling bersatu padu.

Mari kita lihat Sejarah Islam pulak…….

Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal ngan bengis pada zaman arab jahiliah dan pernah membunuh anak perempuannya bertukar menjadi tokoh yang membela bermatian-matian dalam perjuangan Islam akhirnya …. Fikir-fikirkan….

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah SAW.

Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah. Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah,kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup dia menjaga dirinya sahaja. Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu.

Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini hampir semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu. Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim dari dia.

Kisah Perjalanan Ladunni Nabi Musa AS bersama muridnya serta Nabi Khaidir AS merupakan kisah yang telah lama kita kenal dan sebut-sebutkan untuk menjadi contoh tauladan kepada manusia yang berilmu. Kisah ini mengandungi pengertian yang sangat dalam dalam ertikata mengenal Sang Pencipta yang Maha Besar. Di mana tempat ‘jumpanya’ ilmu itu? Itulah dia di tempat pertemuan antara dua laut. Di situlah bermulanya Ladunni yang di sebut-sebut para Ahli Sufi. Kisah perjalanan Ladunni Nabi Musa AS dan Nabi Khaidir AS dinukilkan di dalam terjemahan Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Kahfi (ayat 60 hingga 82). semoga mendapat manfaat bersama.

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: “Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun”. Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: “Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini”.

Muridnya menjawab: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.” Musa berkata: “Itulah (tempat) yang kita cari”.

Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. Musa berkata kepada Khidir: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?”

Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?” Musa berkata: “Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun”. Dia berkata: “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu”.

Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melobanginya. Musa berkata: “Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?” Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar. Dia (Khidir) berkata: “Bukankah aku telah berkata: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku”

Musa berkata: “Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku”. Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: “Mengapa kamu bunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar”. Khidir berkata: “Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?”

Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku”.

Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: “Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu”. Khidir berkata: “Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.

Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).

Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya”.

Itulah kisah perjalanan Musa AS bersama Khidir AS. Itulah dia Ilmu yang diajarkan Allah kepada Khaidir AS yang di sebalik Hitam dan Putih.

“Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Ali Imran:103)

Hadis Nabi saw bermaksud: “Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)…” (Muttafak ‘alaihi)

Anda faham apa yang sy ingin sampaikan dalam siri ini ? Kalau anda faham apakah pandangan anda dalam konteks poltik Malaysia hari ini? Sekadar berkongsi….

Salam perpaduan…