Close

Mohd Fadzil

Month: June 2009

UTHM kuarantin, saring pelajar antarabangsa seminggu

UTHM kuarantin, saring pelajar antarabangsa seminggu

BATU PAHAT 27 Jun – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengambil langkah berjaga-jaga terhadap virus influenza A (H1N1) dengan meletakkan pelajar antarabangsa di kolej kediaman mereka selama seminggu sebelum dibenarkan masuk ke kampus.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, dalam masa seminggu itu mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari pada pukul 9 pagi dan 9 malam oleh Pusat Kesihatan UTHM dan tidak dibenarkan keluar.

”Jika ada antara mereka yang menunjukkan tanda-tanda terkena jangkitan, mereka akan terus dihantar ke Hospital Batu Pahat (HBP) untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek bernilai RM5,000 kepada Utusan Melayu (M) Berhad sebagai tajaan 2,250 naskhah akhbar Kosmo! dan 2,000 naskhah akhbar Mingguan Malaysia sempena pendaftaran pelajar baru UTHM sesi 2009/2010 esok.

Menurutnya, pelajar dari negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak yang baru pulang dari luar negara akan diletakkan di kediaman mereka selama seminggu.

Bagi pelajar yang dari kawasan berdekatan pula, katanya, seperti di daerah ini diminta menangguhkan dahulu pendaftaran selama seminggu dan diminta berehat di rumah sahaja.

Mohd. Noh berkata, tindakan itu merupakan langkah proaktif yang diambil agar H1N1 tidak menular ke dalam kampus.

Bagaimanapun, katanya, setiap pelajar yang menangguhkan pendaftaran diminta menghubungi pihak universiti untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, pendaftaran pelajar baru UTHM akan bermula esok dan setiap pelajar yang mendaftar akan menjalani ujian saringan bagi memastikan mereka benar-benar sihat sebelum memasuki kampus.

Tambah beliau, buat masa ini terdapat 2,500 pelajar yang tinggal di dalam kawasan kampus dan 5,000 lagi pelajar tinggal di luar kampus.

39 penuntut UTHM dikuarantin

BATU PAHAT 28 Jun – Seramai 39 penuntut baru dari enam buah negara dikuarantin seminggu sebelum dibenar mendaftarkan diri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini bermula hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam UTHM, Shafry Salim berkata, mereka dikuarantin di sebuah bangunan khas di luar kampus bagi mengelakkan penularan virus influenza A (H1N1) dan hanya dibenarkan mendaftar selepas tamat tempoh yang ditetapkan.

Menurutnya, mereka terdiri daripada 30 pelajar dari Yemen, lima dari Somalia dan masing-masing seorang dari Chad, Mesir, Palestin dan Libya.

“Mereka ditempatkan di bangunan tersebut sebaik sahaja tiba untuk mendaftar pagi ini,” katanya ketika ditemui sempena pendaftaran penuntut baru universiti itu di sini hari ini.

Menurut Shafry, empat penuntut tempatan diarah pulang ke kampung masing-masing dan kembali untuk mendaftar minggu depan kerana didapati demam.

Beliau berkata, tindakan itu bagi memastikan kesemua penuntut baru bebas daripada virus tersebut.

Mengenai jumlah penuntut baru UTHM sesi ini, beliau berkata, seramai 2,600 tempat ditawarkan dan hingga pukul 4 petang ini 2,000 orang telah mendaftar.

Sementara itu, Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri menghargai tindakan UTHM melakukan pengimbasan ke atas semua penuntut baru dalam usaha membendung penularan H1N1.

“Ini dapat membendung wabak tersebut daripada merebak di kalangan masyarakat Parit Raja,” katanya.

Beliau menggesa penuntut yang baru kembali dari luar negara agar lebih bertanggungjawab dengan membuat pengakuan secara jujur kepada pihak UTHM sebelum mendaftar.

“Ini untuk kebaikan semua pihak terutamanya warga UTHM dan penduduk sekitarnya,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Selamat Datang ke UTHM !!

Selamat Datang ke UTHM !!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan kepada bakal-bakal penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Terlebih dahulu saya selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar mewakili semua barisan Majlis Tertinggi dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UTHM ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada saudara/i kerana berjaya menjadi sebahagian daripada warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia . Kami juga mengalu-alukan kedatangan saudara/i ke menara ilmu yang dibanggakan oleh seluruh warga kampus ini. Untuk pengetahuan saudara/i, Majlis Perwakilan Pelajar UTHM dan pelajar-pelajar lain amat menanti-nantikan kehadiran saudara/i ke universiti ini. Sehubungan dengan itu, kami telah bersedia untuk menyambut dan membantu saudara/i apabila sampai ke universiti yang tercinta ini. Saudara/i yang saya hormati sekali, pengalaman berada dan belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia merupakan satu pengalaman yang amat menarik. Saya yakin dan percaya bahawa kesemua pengiktirafan ini tidak akan universiti kecapi tanpa prestasi yang terbaik yang telah univerisiti lakukan. Kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar mewakili semua mahasiswa/i mengharapkan saudara/i membawa satu semangat yang dapat kita gunakan bersama-sama dalam menjunjung aspirasi universiti . “PENGGERAK AGENDA MAHASISWA” Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2008/2009 013 – 7107705

Langkah-Langkah Pencegahan Selsema Babi (H1N1) sempena kemasukan pelajar baru (Minggu Haluan Siswa).

Langkah-Langkah Pencegahan Selsema Babi (H1N1) sempena kemasukan pelajar baru (Minggu Haluan Siswa).

Pusat Kesihatan Universiti telah memberi taklimat mengenai HIN1 pada malam 26hb 06 2009 bagi persediaan pembantu-pembantu MHS menerima kemasukan pelajar baru.

Intipati taklimat :

Bagi mencegah kemungkinan penyebaran virus H1N1, Setiap pelajar yang akan mendaftar akan dikenakan saringan di Dataran Terbuka sebelum ke F2. Pelajar yang lulus pemeriksaan sarigan kesihatan akan menerima resit berwarna biru untuk proses pendaftran seterusnya.

Kalau pelajar baru tersebut di kesan mengalami simptom-simptom demam, suhu melebihi 38 darjah celcius, atau pernah ke luar negara dalam tempoh 7 hari sebelumnya akan dinasihatkan untuk pulang terlebih dahulu.

Pelajar antarabangsa akan dikuarantin di taman Universiti dan diwajibkan mengambil suhu 2 kali sehari………

Langkah pencegahan lain2 pembantu2 MHS di berikan Penutup mulut khas sepanjang Minggu Haluan Siswa.

 

Tq 😀

Kolej Kediaman Bandar Universiti & Kolej Kediaman Taman Kelisa

Kolej Kediaman Bandar Universiti & Kolej Kediaman Taman Kelisa

LAPORAN STATUS KOLEJ KEDIAMAN BARU

Pihak MPP telah melakukan pemantauan dan membuat beberapa siri perbincangan dan telah melakukan 4 kali lawatan tapak sepanjang pembangunan di kolej-kolej baru bagi menjamin hak dan kebajikan pelajar UTHM. Berdasarkan pemerhatian pihak MPP telah melihat hasil usaha Pihak Unit Perumahan, Pejabat HEP yang menunjukkan inisiatif dalam menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit. Pihak MPP memuji usaha keras yang telah ditunjukkan. Perbincangan yang melibatkan pihak MPP adalah usaha murni bagi melibatkan wakil pelajar dalam memastikan kebajikan pelajar terjaga.

Lawatan Menteri Pengajian Tinggi bersama-sama Pihak Pengurusan Universiti & Majlis Perwakilan Pelajar UTHM ke Kolej Kediaman Bandar Universiti

Dari kiri :

Y. Bhg. Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Bin Mohd. Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) ,

Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi

Mohd Khairil Iqmal B Ghazali, Pengerusi Jabatan Perhubungan & Antarabangsa MPP

Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid, Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar

Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh bin Dalimin, Naib Canselor

KOLEJ KEDIAMAN TAMAN BANDAR UNIVERSITI

Maklumbalas tentang Fasiliti umum di bilik Kolej Kediaman ini menurut rumah contoh yang telah disiapkan adalah seperti berikut: 1. Spesifikasi Sebuah bilik dihuni oleh 6 orang siswa/I berkonsepkan dom yang telah dibahagikan kepada 3 blok, dimana 1 blok dihuni oleh 2 orang siswa/i.

KOLEJ KEDIAMAN TAMAN KELISA Spesifikasi

Sebuah bilik dihuni oleh 2 orang siswa berkonsepkan aras. Sebuah aras terdapat 6 buah bilik. Menurut pihak Pejabat HEP, setiap aras akan dibekalkan dengan sebuah mesin basuh dan televisyen. Bilik dirumah ini agak lebih luas dan selesa daripada bilik di Taman Bandar Universiti.

* Pihak MPP akan terus memantau perkembangan terkini dan berharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama terlebih dahulu bagi yang menetap di Kolej baru ini di mana segala kekurangan boleh dimaklumkan kepada kami untuk kami bawa ke peringkat yang bertanggungjawab…. harap maklum

UTHM tempat ke-47 terbaik di Asia bagi petunjuk (indicator) Student/Faculty Ratio

UTHM tempat ke-47 terbaik di Asia bagi petunjuk (indicator) Student/Faculty Ratio

Asian University rankings by indicator

Student/Faculty Ratio

2009 rankSchool NameCountry
Source: QS Quacquarelli Symonds (www.qs.com)

Copyright © 2004-2009 QS Quacquarelli Symonds Ltd.

Click here for copyright and limitations on use.

1College of Medicine, POCHON CHA UniversitySouth Korea100
2SHOWA UniversityJapan100
3GUNMA UniversityJapan100
4National YANG MING UniversityTaiwan100
5SHINSHU University Japan100
6EULJI University South Korea100
7University of TOKYOJapan100
8TOHOKU UniversityJapan100
9TSINGHUA UniversityChina100
10SHANGHAI Institute of Foreign TradeChina100
11KUMAMOTO UniversityJapan99
12OSAKA UniversityJapan99
13SEOUL National UniversityKorea, South99
14GWANGJU Institute of Science and Tech…Korea, South99
15DONGHUA UniversityChina99
16YUNNAN UniversityChina99
17EAST CHINA University of Science and Tec…China98
18BURAPHA UniversityThailand98
19KITASATO UniversityJapan98
20NORTHWESTERN Polytechnical UniversityChina97
21University of HONG KONGHong Kong97
22BEIJING Normal University China97
23PEKING UniversityChina96
24YAMAGUCHI Prefectural UniversityJapan96
25NAGOYA UniversityJapan96
26KAIST – Korea Advanced Institute of Scie…Korea, South96
27MAHIDOL UniversityThailand96
28HUAZHONG University of Science and Techn…China95
29HIROSAKI UniversityJapan95
30KEIO UniversityJapan95
31SUNGKYUNKWAN UniversityKorea, South95
32The CHINESE University of Hong KongHong Kong94
33KYOTO UniversityJapan94
34SOOCHOW UniversityChina94
35BEIJING FOREIGN STUDIES UniversityChina94
36University of 17 AGUSTUS 1945Indonesia94
37KYOTO University of EducationJapan93
38University of TSUKUBAJapan93
39KYUNG HEE UniversityKorea, South93
40SHANGHAI JIAO TONG UniversityChina92
41NAGASAKI UniversityJapan91
42GIFU UniversityJapan90
43GUNMA Prefectural Women’s UniversityJapan90
44KYUSHU UniversityJapan90
45KOBE UniversityJapan90
46HOKKAIDO UniversityJapan90
47Universiti Tun Hussein Onn University of…Malaysia90
48NANJING UniversityChina90
49Pohang University of Science and Technol…Korea, South90
50NANJING Agricultural UniversityChina90
51OKAYAMA UniversityJapan89
52CHANG GUNG UniversityTaiwan89
53The CATHOLIC University of Korea Korea, South88
54TOKYO Institute of TechnologyJapan87
55HALLYM University Korea, South87
56ZHEJIANG UniversityChina87
57YONSEI UniversityKorea, South85
58YOKOHAMA CITY UniversityJapan85
59HIROSHIMA UniversityJapan85
60INJE University Korea, South84
61University of Science and Technology of …China82
62SUN YAT-SEN UniversityChina79
63Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Malaysia79
64SEBELAS Maret UniversityIndonesia79
65KOCHI UniversityJapan78
66HONG KONG University of Science and Tech…Hong Kong78
67University of INDONESIAIndonesia77
68NORTHWEST University (China)China77
69CHULALONGKORN UniversityThailand77
70HANYANG UniversityKorea, South76
71IWATE Prefectural UniversityJapan76
72EWHA WOMANS UniversityKorea, South76
73Hong Kong BAPTIST UniversityHong Kong75
74Lingnan University (Hong Kong)Hong Kong74
75ULSAN University Korea, South74
76NARA Women’s UniversityJapan74
77HANKUK University of Foreign Studies Korea, South74
78HUNAN University China74
79FUDAN UniversityChina74
80China University of Mining and Technolog…China73
81Universiti Malaya (UM)Malaysia73
82AKITA Prefectural UniversityJapan72
83Communication University of ChinaChina70
84XI’AN JIAOTONG UniversityChina70
85BEIJING University of TechnologyChina69
86BEIJING Institute of TechnologyChina69
87AJOU University Korea, South68
88Universiti Malaysia SARAWAKMalaysia68
89Central University of Finance and Econom…China68
90AIRLANGGA UniversityIndonesia68
91Indian Institute of Technology Madras (I…India67
92DANKOOK University Korea, South67
93RENMIN University of ChinaChina65
94SAGA UniversityJapan65
95BEIHANG University (former BAUU)China64
96PUSAN National UniversityKorea, South64
97Indian Institute of Technology Roorkee (…India64
98TONGJI UniversityChina64
99KOREA UniversityKorea, South64
100TOKYO University of Agriculture and Tech…Japan64

SKUAD ADUAN MPP

SKUAD ADUAN MPP

Berkenaan aduan pelajar melalui saluran borang aduan yang diedarkan ( * Saluran Aduan Online SACAM berlainan), pihak MPP melalui Jabatan Kebajikan & Pengaduan Awam telah menubuhkan Skuad Aduan iaitu kerjasama 8 buah Jabatan lain dalam organisasi MPP bagi menjawab keseluruhan aduan tersebut. Bagi pihak saya selaku YDP mengucapkan tahniah di atas kerja keras ini. Hasilnya seperti berikut :-

1) ADUAN PENGANGKUTAN

Untuk makluman, jadual bas dan van telah di gubal mengikut keperluan pelajar dan berkuatkuasa pada 16 mac yang lepas. Pada 15 mac bersamaan hari ahad pukul 9.00 mlm telah diadakan dialog mahasiswa (isu Pengangkutan) dan penjelasan berkaitan dengan jadual baru. Dialog mahasiswa ini berlangsung serentak di Kolej Kediaman Perwira dan Melewar. Sistem kali ini setiap pergerakan bas dan van akan dicatit pergerakan keluar dan masuk oleh Pengawal keselematan dari kolej Kediaman ke induk dan kampus Bandar dan sebaliknya. Pemandu dikehendaki melengkapkan pergerakkan sebanyak 30 trip sehari dengan kekuatan 5 buah bas dan 15 buah van. Sekiranya bas dan van tidak melakukan pergerakkan ataupun melakukan pergerakan kurang daripada 30 trip akan di denda. Melalui system ini pihak kami dapat mengenalpasti aduan pelajar tersebut berasa atau tidak melalui rekod pergerakan bas yang dibuat. Setiap aduan yang dibuat akan disemak di dengan pengawal keselamatan bagi membuktikan bahawa aduan tersebut benar. Kemuncaknya pada 17 April di mana Pegawai Keselamatan telah membentangkan laporan pergerakan bas dan van tersebut di hadapan TNC HEPA. Banyak perkara yang akan di perbaiki bagi melicinkan lagi system pergerakan bas dan van. Walau bagaimanapun sejak pelancaran jadual baru tersebut aduan terhadap bas dan van telah berkurangan. Alhamdullilah. Untuk makluman jadual pengangkutan boleh diperolehi di kolej kediaman dan bilik MPP.

Makluman terkini, pada 16 Jun 2009 akan diadakan mesyuarat pindaan jadual yang lebih praktikal dan ada perubahan dari segi penambahan bilangan bas mahupun kekerapan perjalanan basa dan van. Mesyuarat ini melibatkan Pegawai HEP, Bendahari, Unit Perundangan, Pengurus Syarikat sikun Jaya dan MPP.

Doakan kejayaan MPP.

Pengangkutan hari sabtu
Untuk masalah pengangkutan hari sabtu dan hari ahad memang tiada perkhidmatan pengangkutan bas atau van disediakan. tetapi, pihak majlis perwakilan pelajar sedang menjalankan kajian menyeluruh mengenai kepentingan perkhidmatan pengangkutan pada hari sabtu dan ahad ini. Keputusan kepada kajian ini adalah berdasarkan daripada keperluan dan kehendak daripada para pelajar. sama-samalah kita berusaha untuk memenuhi kehendak dan kebajikan semua pihak.

Bilangan bas dan van

Bilangan bas dan adalah sebanyak 4 buah manakala van sebanyak 20 buah. Setiap bas hendaklah melakukan pergerakan sebnayak 13 trip manakala van pula hendaklah melengkapkan perjalanan sebanyak 30 trip setiap hari. Pemandu hendaklah melengkapkan pergerakan tersebut seperti termaktub di dalam kontrak. Denda akan dikenakan kepada Syarikat apabila tidak melakaukan pergerakan mengikut bilangan trip.

Pemandu kurang sopan/tidak bertanggungjawab

Berkenaan dengan isu pemandu van baru yang tidak bertanggungjawab, tindakan yang sepatutnya dibuat oleh pelajar hendaklah mengambil maklumat seperti nama pemandu, nombor van dan masa kejadian dan terus menghantar maklumat tersebut kepada pihak wakil pelajar, 0135449007 (Saudara Amir) dan 0136417304 (Saudari Effarina). Butiran maklumat seperti ini adalah amat diperlukan untuk memudahkan siasatan dijalankan. Terima Kasih

2) WIRELESS

Aduan wireless

Sistem wireless di semua kolej kediaman sedang menjalani proses penaiktarafan. Proses ini kini sedang berada pada fasa keempat, di mana ia melibatkan penambahan lebih banyak “Router” atau pemancar isyarat. Perancangan penaiktarafan fasa keempat ini melibatkan pembahagian perkongsian 4 buah rumah menggunakan satu “Router”. Proses ini akan mengambil sedikit masa, oleh itu diharap pihak pelajar dapat bersabar. Tambahan pula, seluruh CC di kolej Kediaman UTHM beroperasi 24 jam bagi memudahkan pelajar untuk mengunakan kemudahan pada waktu malam.

3) AIR

Aduan air

Pada 6 Februari 2009 telah berlaku masalah air di KK Perwira. Bukan semua blok terlibat dengan masalah ini. Blok yang terlibat dengan masalah ini ialah blok H,J,K,L,M dan N. Pelbagai pihak seperti Tanah Kemas, Pengurusan Pejabat KK Perwira,HEP dan SAJ tampil untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah ini berpunca daripada tekanan air rendah dan meyebabkan air tidak bapat naik ke tangki atas seterusnya tidak dapat membekalkan air ke setiap rumah. Kira-kira enam hari berikutnya barulah masalah ini dapat di atasi dengan jayanya. Hikmah daripada masalah ini, masalah ketiadaan air yang kerap berlaku pada waktu pagi dan petang dapat diselesaikan. Terima Kasih kepada semua pihak dalam menyelesaikan masalah ini.
Isu air kuning

Masalah air kuning merupakan masalah umum yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Masalah air ini juga melibatkan pihak SAJ yang membekalkan air ke setiap isi rumah. Oleh hal yang sedemikian, saudara hendaklah menggunakan air RO untuk kegunaan makanan dan minuman.

Masalah air di TDI

Untuk masalah air di TDI, memang amat dikesali tetapi pihak pengurusan Kolej Kediaman TDI telah menyediakan 2 tangki air di blok lelaki dan 2 tangki di blok perempuan. Penambahan tangki bertujuan untuk menampung keperluan air semasa ketiadaan air.

4) INFORMATION CENTRE

Berkenaan dengan Information Centre, isu ini telah diusulkan dan satu perbincangan bersama Dato’ NC telah dibuat. Hasil perbincangan, Dato’ NC telah memaklumkan bahawa lokasi tersebut telah diserahkan kepada Pusat Tekno Usahawan di mana pusat tersebut bertanggungjawab sepenuhnya untuk memeriahkan lagi tempat tersebut. Daripada pihak mpp, kami akan membuat perbincangan bersama Pusat Tekno Usahawan dan Kelab Keusahawanan berhubung dengan perkara ini. Sebarang cadangan untuk menambah baik tempat tersebut amat dialu-alukan dan boleh diajukan kepada pihak berkenaan. Terima Kasih.

5) KIPAS DI TDI DAN TV DI ARKED

Berkenaan dengan kipas di cafetaria TDI, yang menyebabkan kipas tidak berfungsi dengan sempurna apabila kipas tidak dibersihkan. Berkenaan dengan kolej kediaman adalah menjadi tanggungjawab pengurusan kolej kediaman. Oleh yang demikian pihak MPP mengusulkan isu ini untuk perhatian dan tindakan pejabat kolej kediaman. Sebagai pelajar juga, kami menyeru kepada kawan-kawan semua agar bersama-sama menjaga kebersihan kolej kediaman terutamanya di cafe untuk kesejahteraan kita bersama.

Mengenai TV di arked pula, TV di arked bukan hanya untuk hiasan semata-mata. Tetapi untuk membolehkan TV tersebut berfungsi adalah atas inisiatif individu itu sendiri (switch it on by yourself). Terima Kasih.

6) GELANGGANG BOLA KERANJANG DI KKTF

Gelanggang bola keranjang di KKTF akan kami usulkan ke peringkat pengurusan universiti.

7) MASALAH AIR-COND DI BILIK KULIAH

Masalah air-cond dan kemudahan-kemudahan di bilik kuliah ini adalah di bawah tanggungjawab pihak Pusat Pembangunan Harta Bina. Untuk mendapatkan keterangan lanjut dan tindakan seterusnya, sila hubungi 07-4537207. Sebarang aduan hendaklah terus kepada pihak Pusat Pembangunan Harta Bina (PPH) untuk memudahkan pihak pengurusan mengambil tindakan. Daripada pihak MPP kami cuba menggesa pihak PPH untuk kerap menjalankan pemeriksaan ke atas kemudahan-kemudahan yang disediakan.

8) ISU HARGA MAKANAN

Isu makanan mahal dan kebersihan cafe

Aduan berkaitan harga makanan telah di usulkan kepada pihak Pengurusan UTHM, apa yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan ialah membuat pemantauan secara perbandingan harga makanan di dalam universiti dengan pihak luar. kaji selidik masih dalam proses pemantauan. oleh yang demikian, ia memerlukan masa dan melalui beberapa proses yang melibatkan unit perundangan untuk membuat pindaan kontrak. Manakala tentang kebersihan cafe, pihak pengurusan dalam perancangan untuk melaksanakan sistem penggredan di mana setiap kafe akan dilabel sbg gred A, B, C ataupun D.Sebagai pengguna cafe juga adalah menjadi tanggungjawab kita bersama. Maka pihak MPP memerlukan sokongan dan kerjasama dari anda semua.

9) PARKING

Parking di perwira

Untuk makluman parking kereta memang tidak mencukupi di semua kawasan termasuk di kampus induk. di kampus induk proses untuk menambah parking agak sukar dimana kampus induk sekarang dalam proses pembangunan dan semua tapak yang baru telah di khaskan untuk bangunan baru. Manakala di kolej kediaman perwira melibatkan Tuan tanah tempat tersebut iaitu Tanah Kemas Sdn. Bhd. Segala pembinaan hendaklah melalui tuan tanah. Perkara ini telah diusulkan tetapi tuan tanah telah menolak. Perkara ini mungkin akan selesai apabila kita membeli tapak kediaman sendiri agar lebih mudah pengurusan.
Doakanlah MPP UTHM.

Parking di UTHM

Masalah parking di uthm memang xdpat dielakkan atas sebab akiviti penaiktarafan jalan dan pembinaan di sekitar UTHM. kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan untu mengurangkan masalah ini. Antaranya, berkongsi kenderaan ataupun menaiki perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak UTHM. Kesulitan amatlah dikesali.

10) KEMUDAHAN SUKAN DALAM RMK-9

Dalam RMK-9 terdapat beberapa kemudahan sukan yang sedang dibina. Pembinaan ini terbahagi kepada 2 fasa. Fasa pertama ialah penambahbaikan stadium. Dalam fasa ini, tempat duduk penonton akan dibesarkan lagi untuk menampung jumlah penonton yang lebih ramai. Level padang bola sepak juga telah ditinggikan. Trek lumba lari juga akan dibaik pulih untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar untuk beriadah.

Dalam fasa kedua pembangunan yang dirancang adalah pembinaan KOMPLEKS SUKAN. Didalam kompleks ini akan ditempatkan pejabat pentadbiran bagi Pusat Kokurikulum Sukan & Kebudayaan (PKSK), bilik seminar, kolam renang dan sebuah café. Kolam renang yang akan dibina juga adalah mengikut standart yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Kedua-dua fasa pembinaan sedang dijalankan dan dijangka siap pada peghujung tahun hadapan bagi fasa pertama.

11) KEMUDAHAN ASTRO

Untuk menjawab isu pelajar tidak dibenarkan keluar selepas pukul 12, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP0809) telah membawa usul pemasangan Astro di setiap Kolej Kediaman dan pihak pengurusan Universiti telah bersetuju. Pada asalnya, MPP telah mengusulkan pakej penuh saluran Astro, dan pihak HEP telah bersetuju. Namun, atas sebab-sebab tertentu, pihak Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) hanya bersetuju 3 saluran sahaja disediakan iaitu PRIMA, DISCOVERY dan EPL. Pemasangan Astro di setiap Kolej Kediaman telah bermula pada bulan April dan dijangka siap pada akhir bulan Mei. Oleh itu, dengan adanya kemudahan seperti ini,diharap ia dapat manfaat yang sebaiknya untuk kita semua.

12) ASRAMA

Perpindahan bilik asrama

Setiap tahun, sebilangan pelajar baru akan mendaftar untuk belajar di university ini. Untuk makluman, kapasiti pelajar yang boleh menetap di kolej kediaman di university ini ialah 4 ribu pelajar. Namun, jumlah pelajar UTHM terkini ialah lebih daripada 7 ribu pelajar. Oleh yang demikian, jumlah penginapan tidak mampu menampumg keseluruhan pelajar UTHM. Perpindahan bilik untuk setiap 2 semester adalah bertujuan untuk menyusun kedudukan penginapan pelajar baru. Pihak pengurusan kolej kediaman juga telah menyediakan stor penyimpanan sementara untuk para pelajar menyimpan barang mereka.

13) ISU PKU

Untuk maklumat anda, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan dibuka semula pada pukul 2.30 petang hingga 7.15 malam. Pada hari Jumaat, PKU dibuka pada pukul 9.15 pagi hingga 12.00 tengahari dan dibuka semula pada 2.45 petang hingga 7.15 malam. Pada hari sabtu, ahad dan cuti umum hanya kes-kes kecemasan sahaja diterima. Kes-kes kecemasan ialah seperti kemalangan atau kecederaan, demam panas (melebihi 38.5°C), susah bernafas (asthma), pendarahan, tidak sedar diri, sakit perut yang teruk, serangan sawan, sakit jantung dan keadaan pesakit yang mengganggu ketenteraman atau membahayakan dirinya atau orang lain. Maklumat mengenai staf PKU yang bertugas selepas waktu operasi atau waktu kecemasan boleh dilihat pada papan kenyataan di setiap kolej kediaman.

14) KEBERSIHAN TANDAS

Tandas di KKTDI & KKTF

Terdapat seramai 3 orang pekerja pembersihan bertugas di setiap blok KKTDI dan KKTF. 3 orang pekerja pembersihan ini perlu membersihkan seluruh blok termasuk 32 buah tandas yang terletak di setiap blok. Penjadualan pembersihan tandas sebenarnya tidak wujud. Oleh yang demikian, pekerja-pekerja ini sedang mencuba sedaya upaya untuk membersihkan tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali. Malah, pekerja-pekerja ini tidak bertugas pada hujung minggu. Oleh itu, kerjasama semua pihak adalah diharapkan untuk mempertimbangkan perkara ini.”Kebersihan Tanggungjawab Bersama”.

Tandas Kolej

Sebarang masalah berkenaan kemudahan di kolej kediaman hendaklah berhubung terus kepada pejabat kolej kediaman untuk memudahkan tindakan susulan diambil. Sebagai pengguna, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara berhemah. Kebersihan Tandas Tanggungjawab Kita Bersama.

15) ISU PENSYARAH

Tidak cukup tenaga pengajar

Menurut kata Dato’ NC di Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA kali ke 3, UTHM adalah university yang mempunyai staf yang paling ramai. Seramai 2000 staf yang telah dilantik dengan pecahan seramai 1000 tenaga pengajar dan selebihnya adalah staf sokongan. Di UTHM, kapasiti pelajar adalah seramai 7000 lebih. Berbanding university lain, berbelas ribu pelajar tetapi bilangan staf hanyalah seramai 1000 lebih. Oleh yang demikian, masalah ketidakcukupan pensyarah tidak mungkin berlaku. Justeru, dengan keistimewaaan ini kita harus buktikan bahawa pelajar UTHM adalah pelajar terbaik dan mampu bersaing di dalam apa jua bidang. Dengan Hikmah kita Meneroka. UTHM BOLEH!

16) ISU PTM

Kemudahan Ptm Di Kk

Untuk memudahkan tindakan diambil, segala masalah yang berlaku berkaitan kemudahan PTM di kolej kediaman hendaklah berhubung terus kepada juruteknik yang bertugas. Kami daripada pihak MPP hanya bertindak dengan menggesa pihak yang berkenaan untuk kerap melakukan penyelenggaraan bagi memastikan segala kemudahan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan mampu berfungsi untuk kegunaan pelajar

Masalah PTM menghadkan acses internet

Berkenaan dengan PTM block pada web-web yang tertentu, ia adalah kerana pihak universiti ingin mengelakkan pelajar membuka laman-laman web yang tidak sepatutnya, laman web yang tidak senonoh dan sebagainya. Selain daripada itu, pihak PTM juga ingin mengelakkan server menjadi lembab, dan menyusahkan pelajar-pelajar lain yang memerlukan penggunaan internet untuk perkara yang lebih penting.

17) LALUAN BERBUMBUNG

Merujuk kepada pelan pembangunan UTHM, laluan berbumbung akan dibina daripada Kolej Kediaman TDI ke G3 dan daripada G3 ke Arked. Namun, pembinaan ini masih belum bermula dan memerlukan sedikit masa untuk siap pembinaannya. Di harap kita semua dapat bersabar. Sesungguhnya, setiap kejayaan itu bertambah indah jika sebelumnya kesabaran menghiasi usahanya. =)

19) KEMPEN SENYUM SELALU

Pihak kami berterima kasih atas cadangan saudara berkaitan kempen “Senyum Selalu”. Untuk makluman saudara, perkara tersebut ada dalam perancangan kami, dan insyaAllah perkara tersebut akan dilaksanakan pada semester hadapan. Harap saudara bersama rakan-rakan yang lain dapat memberi kerjasama untuk sama-sama.

20) KEMUDAHAN SUKAN DALAM RMK-9

Dalam RMK-9 terdapat beberapa kemudahan sukan yang sedang dibina. Pembinaan ini terbahagi kepada 2 fasa. Fasa pertama ialah penambahbaikan stadium. Dalam fasa ini, tempat duduk penonton akan dibesarkan lagi untuk menampung jumlah penonton yang lebih ramai. Level padang bola sepak juga telah ditinggikan. Trek lumba lari juga akan dibaik pulih untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar untuk beriadah.
Dalam fasa kedua pembangunan yang dirancang adalah pembinaan KOMPLEKS SUKAN. Didalam kompleks ini akan ditempatkan pejabat pentadbiran bagi Pusat Kokurikulum Sukan & Kebudayaan (PKSK), bilik seminar, kolam renang dan sebuah café. Kolam renang yang akan dibina juga adalah mengikut standart yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Kedua-dua fasa pembinaan sedang dijalankan dan dijangka siap pada peghujung tahun hadapan bagi fasa pertama.