86 WiFi [ by …………….. on Mon 20th Jul 09, 1:08pm]
WiFi TDI lembab mcm siput!! Ape ni..? Yuran asrama naik RM 30!!! WiFi payah nak dapat. Lab komputer tutup memanjang! Harap pihak MPP dapat mengambil tindakan.
Salam sejahtera dan salam perpaduan,
Isu Wifi TDI akan di bawa ke Jawatankuasa Kolej Kediaman TDI untuk kajian awal dan tindakan seterusnya pihak MPP akan mengusulkan laporan kepada pihak yang bertanggungjawab.
Berkenaan dengan isu kenaikan yuran pada semester ini adalah bukan kerana kenaikan kadar yuran asrama tetapi semester ini mempunyai lebihan beberapa hari. menurut En Khairuddin Bin Hj Alias, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Hal Ehwal, UTHm, yuran asrama yang telah dikenakan bagi pelajar untuk semester 1 sesi 2009/2010 adlah sebanyak RM490.00, dan semester ini mempunyai 140hari secara total.
Pihak universiti mengenakan yuran asrama pelajar mengikut bilangan hari dalam sesuatu semester; RM3.50/hari.
maka;
RM3.50 X 140 = RM490.00
dan bagi pelajar baru mendaftar semester ini pula yuran sebanya RM 518.00 telah dikenakan ini adalah kerana pertambahan sebanyak 8 hari ketika MHS.
RM3.50 X 148 = RM518.00
Sekian, Terima Kasih,
AGILARAJAN A/L SELVARAJAH
Pengerusi
Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2008/2009
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Comments: 3
berikut aduan yang saya hantar melalui SACAD, minggu lepas. tidak tahu bagaimana perkembangan sekarang.masih menunggu
Salam. Saya ingin membuat aduan berkaitan perkhidmatan wireless di semua kolej kediaman di UTHM dan di Kolej Kediaman Tun Dr. ISmail terutamanya. saya tidak pasti bagaimana keadaan di kolej kediaman lain, tetapi berdasarkan soal jawab dan aduan yang dikemukakan kepada mpp, kolej kediaman lain pun mempunyai masalah yang sama.
Apa pandangan dan cadangan yang saya ingin kemukakan di sini diharapkan diambil tindakan sewajarnya oleh staf yang bertanggungjawab. Berkaitan masalah yang dihadapi kebelakangan ini, perkhidmatan di UTHM berada pada tahap SANGAT MEMALUKAN. Semakin teruk.
Pelik jika saya pikirkan perkara ini.Dahulu selepas naik taraf, ok juga. Sekarang sekejap ada, sekejap tidak ada. Sungguh menyakitkan hati bagi sesiapa yang melayari internet. Saya tidak pasti apa masalah di UTHM sebenarnya. Pihak PTM mungkin ataupun pihak-pihak lain. Atau mungkinkah bagini keadaannya jika berurusan dengan 'orang kerajaan'. Terlalu banyak masalah. Dan saya juga terasa PTM wajar untuk diswastakan untuk menaikkan kualiti yang sedia. TERLALU TERUK kualiti sekarang ini. Saya tidak tahu masalah sebenar yang berlaku di PTM. kerana saya bukanlah staf untuk ambil tahu semua ini. Patutnya staf PTM atau sesiapa sahaja yang berkaitan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Takkan saya sebagai pelajar pula yang perlu ambil kisah pasal semua ini.? Kalau ada staf yang tidak memuaskan dari segi prestasi, tukar sahaja, ataupun buang terus. Bagi saya sekarang, dengan status 'Universiti', perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Hendak dikatakan dalam proses penambahbaikan.?
Sudah 5 tahun saya berada disini. 5 TAHUN. Keadaan tidak banyak berbeza.Sekarang semakin teruk.Sungguh kelakar untuk diakui. Mungkin saya terpaksa tunggu 10 tahun lagi ataupun lebih untuk bertambah baik perkhidmatan di UTHM ini.
Oleh itu, cadangan saya sebagai pelajar yang kurang arif berbanding staff yang berkerja lama dalam kerajaan adalah seperti berikut.
1)Buang/tukar staf yang tidak menjalankan tugas dengan baik. 2)Tambah server yang ada di UTHM, 3)Kemudian baru tambah router,(jangan sibuk tambah router sahaja)
4)Jika masih tidak berhasil, buat permohonan untuk swastakan PTM. 5)Kalau tak cukup kewangan, mintak dari pentadbiran tertinggi universiti.Takkan saya pula yang perlu mintak kewangan untuk pihak PTM.?
6)Buat surwey, ramai mana pelajar yang puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh PTM, adakah PTM takut dengan keputusan surwey.?
Setakat ini dahulu pandangan dan cadangan dari saya. maaf diminta jika bahasa yang digunakan agak kasar. tetapi sekarang bukan masa untuk berlembut lagi. siapa yang diberi tugas harus bertanggungjawab melaksanakannya. terlalu teruk dengan perkhidmatan yang disediakan. harap diambil perhatian oleh pihak berkaitan..
p/s: saya menunggu masa jika ada pejumpaan dengan dengan Naib Cancelor atau pihak atasan, perkara yang sama saya akan bangkitkan sehinggalah perkhidmatan yang disediakan setaraf dengan status 'UNIVERSITI'. Sekian.
Salam sejahtera,
Terima kasih atas komen yang anda berikan.Saya tidak berniat ingin berkata panjang tetapi memohon saudara menyatakan masalah wi-fi di TDI dinyatakan dengan lengkap seperti masa, tarikh dan waktu berlaku agar senang tindakan diambil.Jika masih kurang berpuas hati, sila berjumpa dengan saya.
Mustaffa Kamal Md Saim
PTM
07-4537290
Assalamualaikum.
Pihak PTM telah banyak melakukan survey ke atas setiap kolej kediaman. Termasuk WiFi Roadshow yang kami sediakan untuk pelajar membuat laporan dan pihak kami akan buat siasatan terus tanpa berlengah lagi.
Malangnya, kami tidak mendapat feedback yang teruk daripada pengguna, rata-rata pengguna yang datang hanya mengambil password dan konfigurasi komputer.
Pihak kami juga telah membuat beberapa sesi site visit berdasarkan laporan saudara. Kebanyakan laporan yang diberikan pengadu hanya subjektif, pihak PTM memerlukan data yang benar. Pihak PTM sendiri tidak boleh menjangkakan dimanakah saudara berada secara automatik, kami perlukan fakta dan bukan auta. Sekurang-kurangnya beritahu tempat saudara dan no hubungan agar kami boleh melakukan ujian bersama-sama saudara dan mencari penyelesaian.
Saya memuji kebanyakan mahasiswa warga asing yang banyk membantu PTM dengan membuat laporan dan kami tidak segan silu untuk hadir ke kediaman mereka dan memeriksa di site.
Kebanyakan pelajar Malaysia hanya melaporkan melalui suatu sumber yang subjektif yang tidak kami boleh jangkakan, jadi bagaimanapun kami tidak dapat mengumpulkan data terbaik.
Seperti contohnya di laporan ini, saya hanya tahu KK TDI dan semua KK. Tetapi apabila pihak PTM turun padang, semuanya dalam keadaan baik! jadi laporan ini dianggap salah! dan sesuatu yang tidak benar, dan kami tidak ingin ianya berlaku. Jadi lebih elok kita bekerjasama selaku warga UTHM. bak kata pepatah "Apa yang penting? KERJASAMA"
UTHM WiFi Technical Engineer.
email : wireless@uthm.edu.my