Close

Mohd Fadzil

Year: 2009

JANGAN DENGAR KHABAR ANGIN


Untuk makluman kepada mahasiswa/i, pihak MPP menegaskan bahawa mahasiswa/i tidak mendengar khabar angin mengenai cuti ataupun kes-kes HINI yang melibatkan kematian. Pihak-pihak yang menyebarkan fitnah ini amatlah di kesali. Pihak YDP secara peribadi menerima sms-sms bertanyakan tentang cuti dan kes kematian yang semuanya adalah palsu.

Berkenaan isu HINI, wakil pihak MPP telah berbincang dengan Ketua Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Zulkifli bin Taat bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan isu ini. Beberapa isu yang diperbincangkan adalah seperti berikut menurut Dr. Zulkifli bin Taat :-

(1) Tidak perlu panik kerana keadaan di universiti masih terkawal.

(2) HINI berada di mana-mana, apa yang penting adalah langkah-langkah kawalan yang perlu diambil oleh kedua-dua belah pihak iaitu PKU dan mahasiswa/i sendiri.

(3) Pihak PKU mengmbil inisiatif menyebarkan risalah-risalah berkenaan HINI ke seluruh universiti.

(4) Topeng muka telah diedarkan ke kolej-kolej kediaman bagi memastikan sepatutnya setiap mahasiswa/i mempunyai topeng muka.

(5) Ujian saringan di pintu masuk PKU, mereka yang disyaki mempunyai simptom-simptom akan diberikan topeng muka terlebih dahulu dan diperiksa suhu badan.

(6) Setelah pemeriksaan doktor , sekiranya di syaki mahasiswa/i akan diberikan cuti selama 7 hari dan dikuarantin di Kolej Kediaman Taman Universiti.

(7) Bagi langkah pencegahan semasa Majlis KOnvokesyen, PKU telah mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan Negeri Johor untuk menempatkan mesin pengimbas di Majlis Konvokesyen berlangsung . Ibu bapa dan graduan akan di imbas terlebih dahulu.


(8) Apa yang penting adalah pendidikan berterusan berkenaan wabak HINI ini supaya langkah-langkah yang lebih selamat dapat dilakukan bagi memastikan kampus ini bebas daripada wabak ini secepat mungkin. Insyaallah…..


Sekian, terima kasih.

JADUAL PENGANGKUTAN BAS BALIK KAMPUNG

HARI RAYA AIDIL FITRI

* Perhatian kepada mahasiswa/i yang ingin membeli tiket pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri, pihak universiti menyediakan bas universiti dengan harga yang berpatutan. Mahasiswa/i boleh membeli tiket di Pejabat HEP mulai sekarang. Sebarang masalah berbangkit boleh menghubungi pihak MPP.

Tarikh Destinasi Masa Bertolak Jumlah Bas Harga Tiket (RM)
UTHM – Kuantan – 9.00 malam 4 20.00
Kemaman – Dungun – Kuala Terengganu 33.00
17 September 2009 (Khamis) UTHM – Besut – Kota Bharu 8.00 malam 3 44.00
UTHM – Ipoh – 10.00 malam 1 40.00
Butterworth 50.00
UTHM – Sungai Petani – Alor Setar – Kangar 9.30 malam 1 50.00

JADUAL PENGANGKUTAN BAS DARI KAMPUNG

KE UTHM

Tarikh Destinasi Masa Bertolak Jumlah Bas Harga Tiket (RM)
Kuala Terengganu – Dungun – Kemaman 9.00 malam 4 33.00
Kuantan – UTHM 20.00
26 September 2009 (Sabtu) Kota Bharu – Besut – UTHM 8.00 malam 3 44.00
Butterworth – 10.00 malam 1 50.00
Ipoh –UTHM 40.00
Kangar – Alor Setar – Sungai Petani – UTHM 9.30 malam 1 50.00



*Senarai nama pemandu bertugas akan dipaparkan di kaunter Pejabat HEP sebelum tarikh perjalanan. Pelajar diminta untuk mencatatkan nama dan no. tel. pemandu yang berkenaan. Sebarang masalah yang timbul disebabkan kegagalan pelajar mengambil perhatian perkara ini adalah di luar tanggungjawab Pejabat HEP.

*Tiket yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.

ARKIB MPPUTHM 08/09

86 WiFi [ by …………….. on Mon 20th Jul 09, 1:08pm]

WiFi TDI lembab mcm siput!! Ape ni..? Yuran asrama naik RM 30!!! WiFi payah nak dapat. Lab komputer tutup memanjang! Harap pihak MPP dapat mengambil tindakan.

Salam sejahtera dan salam perpaduan,

Isu Wifi TDI akan di bawa ke Jawatankuasa Kolej Kediaman TDI untuk kajian awal dan tindakan seterusnya pihak MPP akan mengusulkan laporan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Berkenaan dengan isu kenaikan yuran pada semester ini adalah bukan kerana kenaikan kadar yuran asrama tetapi semester ini mempunyai lebihan beberapa hari. menurut En Khairuddin Bin Hj Alias, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Hal Ehwal, UTHm, yuran asrama yang telah dikenakan bagi pelajar untuk semester 1 sesi 2009/2010 adlah sebanyak RM490.00, dan semester ini mempunyai 140hari secara total.

Pihak universiti mengenakan yuran asrama pelajar mengikut bilangan hari dalam sesuatu semester; RM3.50/hari.

maka;

RM3.50 X 140 = RM490.00

dan bagi pelajar baru mendaftar semester ini pula yuran sebanya RM 518.00 telah dikenakan ini adalah kerana pertambahan sebanyak 8 hari ketika MHS.

RM3.50 X 148 = RM518.00

Sekian, Terima Kasih,

AGILARAJAN A/L SELVARAJAH
Pengerusi
Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2008/2009
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

MAKLUMBALAS PIHAK SIKUN JAYA SDN. BHD. BERKENAAN ADUAN RASMI MPP

MAKLUMBALAS PIHAK SIKUN JAYA SDN. BHD. BERKENAAN ADUAN RASMI MPP BERKENAAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DI KOLEJ KEDIAMAN MELEWAR

Surat Aduan Rasmi MPP


Surat Maklumbalas Pihak Sikun Jaya

* Berdasarkan maklumbalas, pihak MPP mengucapkan terima kasih kepada pihak pengadu. Selepas ini di minta aduan disertakan No.Plat Van bagi memastikan pemandu yang tidak beretika sahaja benar-benar di ambil tindakan sewajarnya. Harap maklum.

ANDA TANYA, KAMI JAWAB

ANDA TANYA, KAMI JAWAB

27 Jul 09, 19:34

hasrul: just sharing- utk student yg LI skrg, surat hanya akan di pos bermula 27/07 krn pengesahan graduan pada 24/07 yg lalu iaitu selepas mesyuarat senat UTHM. (from PPA).tq

27 Jul 09, 08:00

EX UTHM 0509: mintak tlg sangat2 pada padil…kitorang semua ni tertanya2 ape cite kitrg nak konvo ni…budak2 mechi de lagi yg x abis l.i..xtau la camne tu..haih.tlg ye padil

26 Jul 09, 22:37

riyaz: alamat rumah (mengikut alamat yang diberikan pada PPA semasa di kampus dahulu). Semoga dgn bantuan yg akan diberikan oleh MPP akan membantu proses KONVO berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih.

26 Jul 09, 22:35

riyaz: selain itu, berharap PPA juga boleh menerima pengesahan melalui internet atau sebagainya supaya proses tersebut tidak membebankan pelajar2 pendalaman atau yang sedang mengikuti program LI jauh dpd

26 Jul 09, 22:34

Fadzil: Pihak MPP kan melihat perkara tersebut…. harap maklum…

26 Jul 09, 22:33

riyaz: Saya berharap MPP boleh membantu memperjuangkan kepada PPA supaya tarikh akhir tersebut akan dipanjangkan terutama kepada pelajar2 ang tinggal di kawasan pendalaman / kepualauan borneo.

26 Jul 09, 22:29

riyaz: kelewatan penerimaan akan menyebabkan sukar kpd kami untuk mensahkan kedatangan sebelum 5pm, pada 31/7/2009 seperi dicatatkan dalam buku konvo 2009.

26 Jul 09, 22:27

riyaz: kpd MPP. Berharap dpt membantu kami bakal2 graduan untuk menerima surat rasmi konvo. Kami belum terima surat tersebut sehingga ke hari ini.

26 Jul 09, 22:25

riyaz: kpd

26 Jul 09, 14:28

EXUTHM0509: bila surat konvo nak dapat.yang duduk jauh2 tu macamana nk byr duit konvo kalu surat lmbt smpai


Jawapan :

Pihak MPP telah ke Pejabat Pengurusan Akademik (PPA) pada hari ini berkaitan masalah di atas, pihak PPA memaklumkan sememangnya masih ada surat yang belum di pos kerana Mesyuarat Senat baru sahaja habis bersidang. Bagi bakal graduan yang menerima surat lambat, maklumbalas selepas tarikh akhir akan dipertimbangkan sehingga 7hb Ogos 2009. Walaubagaimanapun bakal graduan dinasihatkan dapat memberi maklumbalas secepat mungkin selepas mendapat surat dan jangan menunggu saat akhir bagi memastikan kelancaran persediaan di pihak urusetia. Semoga bakal graduan berpuas hati dengan jawapan ini.

Tahniah diucapkan kepada semua yang akan bergraduasi nanti 😀

Pihak YDP secara peribadi mengambil kesempatan kepada sahabat seperjuangan batch MPP Sesi 07/08, saudara Shahzada Khan bin Nawab Khan ( Naib Yang Di-Pertua II MPP Sesi 07/08) atas pencapaian menggondol 3 Anugerah dalam Majlis Konvokesyan ke-8 ini. Ini menunjukkan bahawa ahli MPP juga dapat mencapai kecemerlangan pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang seiring. Semoga mahasiswa dapat mengambil teladan ini untuk meningkat Kemahiran Insaniah di kampus.



ANDA TANYA, KAMI JAWAB

ANDA TANYA, KAMI JAWAB

89 kolej melewar [ by LALA on Sun 26th Jul 09, 2:33am]
Salam…
saya adalah salah seorang pelajar juga mewakili pelajar lain yang menetap di kolej melewar.Ada 2 perkara yang ingin saya suarakan disini:
1) kemudahan pengangkutan
disini saya ingin menyatakan ketidakpuasan hati terhadap driver van yang tidak menepati masa pengangkutan mengikut jadual yang telah ditentukan.Ini amat menganggu masa kami ke kuliah.Mereka juga seringkali meminta kami menandatangani laporan perjalanan mereka walhal mereka tidak menjalankan tugas menghantar/mengambil pelajar pada waktu tersebut.Saya harap pihak mpp dapat membantu untuk memantau permasalahan ini terutama kepada driver yang muda-muda.

2)kemudahan cafe
Diharap pihak mpp dapat mencadangkan kepada pihak uthm supaya menubuhkan sebuah kafeteria di dalam kolej kediaman kami.Ini kerana kami sukar untuk mendapatkan makanan dan ini juga akan mempengaruhi keselamatan kami yang terpaksa mendapatkan makanan di luar kolej terutamanya pada waktu malam dan bagi pelajar yang tidak mempunyai kenderaan.Keadaan ini akan menjadi lebih rumit pada bulan puasa yang akan datang dimana kami sukar untuk mendapatkan makanan pada waktu sahur dan berbuka.

saya berharap agar tindakan segera dapat diambil berkenaan permasalahan ini. Segala jasa dan kerjasama pihak mpp amat saya hargai.
Sekian teriama kasih…..

87 Pengangkutan Van di Melewar. [ by Penghuni Kolej Kediaman Melewar. on Fri 24th Jul 09, 12:59pm]
Assalamalualikum dan salam sejahtera..

Saya sebagai wakil penghuni kolej kediaman Melewar ingin membuat aduan mengenai masalah pengangkutan (Van) di kolej kami. Berikut merupakan beberapa pekara yang tidak puas hati ingin kami adukan:-

1) Van tidak mengikut jadual perjalanan.
2) Sesetengah pemandu van meminta pelajar menanda tangani bahagian kolum waktu perjalanan yang tidak sepatutnya.Contoh seperti waktu naik 10.15am, pemandu suruh isi sampai pukul 10.15,10.30 dan 10.45am.(kira penipuan jadual dan tandatangan)

– Ada juga pemandu yang vannya kosong, tetapi meminta tandatangan pelajar di bahagian van yang satu lagi.

(p/s: nak tahu, kalau van tu kosong kena jalan ikut masa juga ke?, dah penuh van pun kena tunggu waktu perjalanan ke baru van nak jalan?.)

Kami berharap pihak MPP dapat menyiasat dan membuat pemantauan bagi kes ini.
Kerana setiap tandatangan adalah berharga (boleh dijadikan bahan bukti).

Keperihatinan dan tindakan yang diambil amat kami hargai…Sekian terima kasih

JAWAPAN ADUAN NO. 89 & 87

1) Bagi aduan isu pengangkutan, pihak MPP telah membuat aduan secara bertulis pada hari ini(27hb Julai 2009) kepada pihak pengusaha pengangkutan… Kita sama-sama tunggu maklumbalas daripada pihak pengusaha.


2) Untuk isu kafeteria di Kolej Kediaman Melewar, pihak Unit Perumahan HEP masih menunggu tawaran daripada mana-mana pengusaha setelah pengusaha yang pertama dipertimbangkan telah menolak tawaran kerana menghadapi masalah. Pihak MPP akan mengusulkan kepada JKK Melewar untuk mengambil tindakan susulan bagi proses seterusnya. Harap maklum.

3) Pihak MPP juga ingin memaklumkan perkhidmatan pengangkutan hanya akan bergerak mengikut jadual samaada van kosong atau penuh. Ianya untuk kebaikan mahasiswa kerana sebelum ini pemantauan sukar dilakukan kerana sekiranya sistem tersebut digunakan, apabila berlaku masalah jadual, pemandu dapat memberi alasan van mereka bergerak awal kerana van sudah penuh. Maka mahasiswa yang datang tepat pada waktu akan membuat aduan van tiada pada waktu seperti dalam jadual. Harap pihak mahasiswa dapat bersabar dalam beberapa minit bagi memastikan pengusaha perkhidmatan mengikut jadual dengan tepat tanpa ada alasan berbangkit kemudian.

Sekian, Terima kasih.

“PENGGERAK AGENDA MAHASISWA”

😀

Jadual Pengangkutan Bas Kolej Kediaman Bandar Universiti

Jadual Pengangkutan Bas Kolej Kediaman Bandar Universiti

Untuk makluman Kolej Kediaman Bandar Universiti merupakan kolej baru yang di buka sesi ini. Pihak MPP telah memberi cadangan jadual kepada pihak penyedia pengangkutan iaitu PPH. Bas Universiti akan digunakan dalam perkhidmatan ini. Sebarang penambaikkan daripada mahasiswa/i dialu-alukan.

Kampus Induk

Laluan Destinasi Pergi

Bandar Universiti – Dataran Anggerik

Laluan Destinasi Balik

Dataran Anggerik – Bandar Universiti

Kampus Bandar

Laluan Destinasi Pergi

Bandar Universiti – Kampus Bandar

Laluan Destinasi Balik

Kampus Bandar – Bandar Universiti

JADUAL PERJALANAN BAS KOLEJ KEDIAMAN TAMAN UNIVERSITI KE KAMPUS INDUK
ilBil BasWaktu pergiBil BasWaktu balik
117.30 am
217.40 am
317.50 am
418.15 am18.15 am
518.30 am18.30 am
618.45 am18.45 am
719.15 am19.15 am
819.30 am19.30 am
919.45 am19.45 am
10110.15 am110.15 am
11110.30 am110.30 am
12110.45 am110.45 am
14111.30 am
15112.30 pm
1611.30 pm (J off)11.30 pm (J off)
1711.40 pm (J off)11.40 pm (J off)
1811.50 pm (J off)11.50 pm (J off)
1912.15 pm (J off)12.15 pm (J off)
2012.30 pm12.30 pm
2112.45 pm12.45 pm
2213.15 pm13.15 pm
2313.30 pm13.30 pm
2413.45 pm13.45 pm
2514.15 pm14.15 pm
2614.30 pm14.30 pm
2714.45 pm14.45 pm
2815.15 pm15.15 pm
2915.30 pm15.30 pm
3015.45 pm15.45 pm
3116.15 pm
3216.30 pm
3316.45 pm
3417.30 pm17.30 pm
3517.40 pm17.40 pm
3617.50 pm17.50 pm
3718.15 pm18.15 pm
3818.30 pm18.30 pm
3918.45 pm18.45 pm
40110.15 pm
41110.40 pm
42111.00 pm

Bil. 16, 17, 18, 19 tiada pengangkutan pada hari Jumaat . Harap maklum.

JADUAL PERJALANAN BAS KOLEJ KEDIAMAN TAMAN UNIVERSITI KE KAMPUS BANDAR
BilBil BasWaktu pergiBil BasWaktu balik
117.30 am
218.30 am
319.30 am
4110.30 am110.30 am
5111.30 am111.30 am
6112.30 Pm112.30 Pm
711.30 pm (J off)11.30 pm (J off)
812.30 pm12.30 pm
913.30 pm13.30 pm
1014.30 pm14.30 pm
1115.30 pm15.30 pm
16.30 pm

* Memandangkan perkhidmatan pengangkutan Bandar Universiti menggunakan Bas Universiti maka penggunaan bas universiti untuk program-program aktiviti adalah terhad. Untuk makluman mahasiswa/i . Surat berkenaan adalah di rujuk.

Jadual Pengangkutan Bas Kolej Kediaman Taman Kelisa dan Pelajar Tanpa Asrama.

bakal kk tmn kelisa: perkhdmtan bus ke kktkelisa ada disediakan????

Jadual Pengangkutan Bas Kolej Kediaman Taman Kelisa dan Pelajar Tanpa Asrama.

Untuk makluman Kolej Kediaman Taman Kelisa merupakan kolej baru yang di buka sesi ini. Perkhidmatan ke kampus induk sememangya telah tersedia dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan Pelajar Tanpa Asrama iaitu Bas Colourplus. Saya akan memaparkan Jadual tersebut. Tetapi pihak penghuni KK Kelisa harus memahami + – beberapa minit mungkin lari daripada jadual tersebut memandangkan destinasi perjalanan bas untuk sampai di KK Kelisa…

Laluan Destinasi Pergi Taman Robena – KK Kelisa – Laluan sepanjang jalan ke kampus Induk – Dataran Anggerik

Laluan Destinasi Balik
Dataran Anggerik – Laluan sepanjang jalan ke kampus Induk– KK KelisaTaman Robena

Sekian…..