Isu Permohonan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Yang Masih Belum Dibuka. (SIRI 2)

Sharing is Caring!

Isu Permohonan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Yang Masih Belum Dibuka. (SIRI 2)
Sila ke artikel Siri Pertama untuk pemahaman terlebih dahulu : klik link dibawah ;
Lanjutan mengenai isu yang dibangkitkan
sebelum ini, penulis telah analisa dan beberapa kemusykilan mungkin
terjawab dalam artikel berdasarkan analisa yang di buat  Semoga sedikit
sebanyak dapat membantu anda dalam kemelut ini.

(1) Respon surat bernombor rujukan
KP(PP)0017/122/34/4 Jilid 2(9) bertarikh 3 Ogos 2011/ 3 Ramadhan 1432H
menyatakan bahawa isu permohonan penempatan Guru Sandaran Terlatih yang
masih belum dibuka sehingga kini mempunyai perkaitan dengan pembekuan
jawatan yang diselaraskan dengan keputusan JPA
melalui surat rujukan
JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld. 3(17) bertarikh 20 Mei 2011.


Petikan Artikel Siri 1 ;

” Apabila
ditanya mengenai tarikh pembukaan permohonan Guru Sandaran Terlatih,
beliau menjawab ianya bergantung kepada kajian yang dijalankan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam. Menurut beliau, sekiranya tidak ada masalah,
permohonan tersebut akan dibuka pada pertengahan atau hujung bulan september dan calon-calon akan layak akan ditemuduga pada bulan 11. Ini mungkin merupakan ambilan terakhir sebelum ditukarkan kepada Sistem Pasaran Terbuka”.  “

– Petikan tersebut berdasarkan analisis penulis dengan automatik tidak dapat di guna pakai berdasarkan maklumat terbaru di bawah ;

(2) Kemudian timbul ura-ura bahawa pembekuan jawatan dilanjutkan sehingga 
31 Disember 2011.
Berdasarkan komen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) melalui laman web Facebook SPA :

http://www.facebook.com/pages/Suruhanjaya-Perkhidmatan-Awam-Malaysia-SPA/119180408130615



Kemudian, soalan pengukuhan kepada SPA;



Jawapan yang saya sendiri tidak pasti samaada membabitkan graduan pendidikan atau tidak mengenai lanjutan pembekuan.



Lampiran beberapa isu berkaitan ;


Posting Guru GSST 2011: Respon Pegawai KPM kepada Graduan Pendidikan






“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”



Tuan/Puan, 

Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan 
Puan/Cik Elizabeth Elain, bertarikh 09hb September, 2011 berkaitan
dengan Permohonan e-GST dan Pembekuan Pengambilan Penjawat Awam.
 

Untuk
makluman, bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari
Institusi Pengajian Tinggi Awam hendaklah memohon sebagai Guru Sandaran
Terlatih melalui aplikasi atas talian (e-GST) di laman sesawang
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my/.



Permohonan
temuduga Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi e-GST telah dibuka di
laman sesawang KPM pada 20hb Disember 2010 dan telah ditutup pada 15hb
Januari 2011 yang lalu. Namun begitu, tiada tarikh yang telah ditetapkan
bilakah permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih (e-GST) bagi sesi
seterusnya akan dibuka.


Panggilan temuduga akan
dibuka 4 kali setahun iaitu Februari, April, Julai, dan Oktober.
Walaubagaimanapun, permohonan e-GST dan juga panggilan temuduga akan
dibuka sekiranya terdapat keperluan pekhidmatan dan kekosongan opsyen
pengajaran.

Bagi calon lepasan IPTA, calon perlu
melalui Temuduga dan Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum
dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST). Temuduga tersebut adalah
bertujuan memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi semua syarat yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Bakal guru yang
mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terlalu rendah
berkemungkinan tidak akan dilantik. Manakala, bagi calon di bawah tajaan
KPM dan memperolehi PNGK 2.75 ke atas, mereka dikehendaki menduduki
Ujian INSAK sahaja kerana ujian temuduga akan dikecualikan. Jika Ujian
INSAK tersebut gagal maka keseluruhan sesi Temuduga Pengambilan GST
adalah tidak berjaya. Ujian Insak dan Temuduga merupakan satu komponen
yang sama di mana, jika salah satu daripadanya gagal maka keseluruhan
Temuduga Pengambilan GST adalah tidak berjaya dan disarankan untuk
mengemukakan permohonan baru.

Oleh yang demikian,
adalah disarankan kepada calon untuk membuat semakan di laman sesawang
Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa bagi mendapatkan
sebarang pemberitahuan dan maklumat terkini berkaitan dengan permohonan
temuduga Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi e-GST dan panggilan
temuduga tersebut.

Berikut adalah syarat-syarat asas bagi permohonan e-GST :-
    1.   Kewarganegaraan – Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
   
2.   Umur – Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa
pada tarikh tutup iklan dan kurang daripada 50 tahun pada tarikh
permohonan.
    3.   Kelayakan :-
              i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
              ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh
kerajaan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
              iii. Mendapat kepujian Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk
lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

   
4. Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan
layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.
Panggilan
temuduga Guru Sandaran Terlatih (GST) akan dikeluarkan dalam tempoh
enam (6) bulan dari tarikh permohonan e-GST dilakukan. Sekiranya tiada
maklumbalas diterima dalam tempoh tersebut, permohonan tersebut dianggap
gagal dan disarankan untuk membuat permohonan baru.

Untuk
pengetahuan puan, urusan pemberian penempatan adalah berdasarkan kepada
keperluan perkhidmatan, opsyen pengajaran dan kekosongan tempat
disesebuah kawasan. Keputusan penempatan Guru Sandaran Terlatih akan
dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh temuduga
dijalankan. Sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tersebut,
permohonan tersebut dianggap tidak berjaya dan disarankan juga untuk
membuat permohonan baru. Calon yang berjaya ditawarkan penempatan kelak
akan dimaklumkan berkenaan dengan tarikh melapor diri di penempatan
masing-masing.

Walaubagaimanapun, tiada tarikh
yang ditetapkan bagi panggilan temuduga dan juga pemberian penempatan
bagi Guru Sandaran Terlatih (GST). Oleh itu calon-calon disarankan untuk
membuat semakan dari semasa ke semasa dilaman sesawang Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui capaian http://www.moe.gov.my/bagi mendapatkan sebarang pemberitahuan dan makluman terkini berkaitan dengan perkara tersebut.

Untuk
makluman, berdasarkan Surat Siaran bertarikh 20hb Mei 2011 yang
bertajuk Pembekuan Pengambilan / Pengisian Jawatan dan Pemansuhan
Jawatan Kosong Di Semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan
Berkanun Negeri yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
memaklumkan bahawa, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan
dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri pada 6hb Mei 2011, telah bersetuju supaya semua jawatan kosong
dimansuhkan berkuatkuasa pada 1hb Jun 2011.

Untuk
makluman juga, urusan pembekuan pengambilan baru ini berkuatkuasa mulai
tarikh surat siaran ini dikeluarkan sehingga 31hb Ogos 2011.

Namun begitu, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan
yang sedang dalam proses lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik adalah
dikecualikan. Keputusan ini adalah selaras dengan Kerajaan untuk
merasionalisasi dan mewujudkan Perkhidmatan Awam yang kejat (Lean Civil Service).

Oleh yang demikian, calon-calon / pemohon disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa di laman sesawang JPA (http://www.jpa.gov.my), KPM (http://www.moe.gov.my), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di http://www.spp.gov.my dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dihttp://www.spa.gov.my, selepas pada tarikh 31hb Ogos 2011 bagi sebarang pengumuman berkenaan dengan kekosongan jawatan sektor kerajaan.

Dilampirkan bersama Surat Siaran bertarikh 20hb Mei 2011 yang bertajuk
Pembekuan Pengambilan / Pengisian Jawatan dan Pemansuhan Jawatan Kosong
Di Semua Kementerian Dan Lain-Lain Badan Kerajaan untuk rujukan puan.

Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu  Puan/Cik Elizabeth.
Sebarang
maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM)  di talian
03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan puan seperti di atas.

Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.

Sekian.

“SEDIA BANTU”

Yang benar,
NOR MUSLIHA BINTI ATAN
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia


p/s : Mungkin perbincangkan dan tambah maklumat kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan. Sekiranya benar pembekuan sampai 31 Disember 2011. Maka permohonan penempatan juga akan lewat dan jangkaan penulis pada awal Jun/Julai baru mendapat penempatan. Adakah benar?

Sekian, terima kasih.


Sharing is Caring!

Comments: 3

Leave a comment