Pengurusan Kurikulum

Sharing is Caring!

Pengenalan Kepada  Kurikulum dan 
Teori Asas Kurikulum
2.1.      Definisi Kurikulum
Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin
iaitu “currere” bermaksud “a race course”
atau “satu litar perlumbaan.” Berdasarkan asal perkataan ini maka definisi
kurikulum yang biasa digunakan merujuk kepada “a course of study” atau
“satu rancangan pengajian.”
Perkataan kurikulum telah diberi berbagai-bagai definisi
bergantung kepada tujuan dan fungsinya.
Menurut Taba (1962), kurikulum ialah “a
plan of learning”
atau “satu rancangan pembelajaran.”
Saylor et. al
(1981) pula mendefinisikan kurikulum sebagai “a plan for providing sets
of learning opportunities for person to be educated.”
Menurut Tanner & Tanner (1978), kurikulum
ialah “the planned and guided learning experiences and intended
learning outcomes, formulated through the systematic reconstruction of
knowledge and experience..’for the learners’ continuous and willful growth in
person-social competence.”
Bushoff et. al
pula mendefinisikan kurikulum seperti berikut; “a curriculum is an
educational plan defining:
·       
The
aims, goals and objectives of an educational action;
·       
The
ways, means and activities employed to achieve these goals
·       
The
methods and instruments required to evaluate the success of the action.”
Menurut Bowen, kurikulum ialah “a total
instructional program composed of syllabus or individual course programs.”
Good pula memberi definisi
kurikulum sebagai “a general over-all plan of the content or specific
materials of instruction that the school should offer to the students by way of
qualifying him for graduation or certification for entrance into a professional
or vocational field.”
Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan,
kurikulum mengandungi elemen-elemen berikut:
·       
Rancangan pendidikan
·       
Mengandungi matlamat dan
objektif.
·       
Menyenaraikan
kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran
·       
Menentukan kaedah dan
aktiviti.
·       
Menetapkan kaedah dan
instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif.
Dengan demikian, kurikulum boleh
didefinisikan sebagai berikut:
Satu rancangan pendidikan yang dibentuk untuk suatu
kumpulan pelajar bagi mencapai  matlamat
yang telah ditentukan.
Berdasarkan definisi ini:
·       
pembentukan
kurikulum memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik.
·       
oleh
sebab ianya merupakan perancangan maka kurikulum perlu didokumenkan dalam
bentuk bertulis.
·       
kurikulum
yang dirancang adalah khusus bagi sesuatu kumpulan pelajar tertentu.
·       
kurikulum
berkenaan adalah bagi tujuan mencapai matlamat dan objektif yang telah
ditentukan lebih awal.
Dalam
konteks kurikulum sekolah, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di
PPK dan rancangan ini didokumenkan secara bertulis melalui silibus bagi setiap
mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar
sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat
dan objektif seperti yang dinyatakan dalam Falsafah dan
Matlamat Pendidikan Negara.

Kurikulum
sekolah didokumenkan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).


Pengurusan Kurikulum Di Sekolah



Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak
sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting
memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan
berkualiti.  Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
adalah bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi
akademik sekolah.

OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan.

2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah.

3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

1. Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya
selari dengan dasar yang ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan
Negeri.

2. Mesyuarat

  • mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun.
  • menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun.
  • menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran.

3. Sukatan / Rancangan Pelajaran

  • menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod Persediaan Mengajar.
  • garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm menyediakan rancangan pengajaran.

 4. Jadual Waktu

  • menetapkan waktu sekolah.
  • menetapkan sistem jadual waktu.
  • menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan
    waktu mengajar untuk penyediaan jadual waktu induk dan persendirian.
  • menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya

5. Penilaian Dan Peperiksaan

a ) menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan:

  • jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, PEKA, PAFA dan lain-lain)
  • bilangan dan takwim
  • format (bentuk soalan, masa dan skema jawapan)
  • syarat lulus
  • kumpulan sasaran
  • jadual penentu ujian ( JPU )
  • pengawasan
  • headcount

6. Anggaran Perbelanjaan

  • menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lain-lain bagi setiap panitia /unit.
  • menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan dan kemudahan prasarana.

7. Pemantauan

a.) menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan

  • pengurusan P & P
  • pengurusan panitia
  • peperiksaan dan penilaian
  • jadual waktu
  • pengurusan kewangan
  • bilik-bilik khas

b) menetapkan jawatankuasa pemantauan

c) menetapkan jadual waktu pemantauan



Sharing is Caring!

One comment

Leave a comment