Close

Mohd Fadzil

Year: 2011

KONSEP KOLEJ VOKASIONAL – KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KONSEP KOLEJ VOKASIONAL – KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
(function() { var scribd = document.createElement(“script”); scribd.type = “text/javascript”; scribd.async = true; scribd.src = “http://www.scribd.com/javascripts/embed_code/inject.js”; var s = document.getElementsByTagName(“script”)[0]; s.parentNode.insertBefore(scribd, s); })();

Konsep Kolej Vokasional KPM(function() { var scribd = document.createElement(“script”); scribd.type = “text/javascript”; scribd.async = true; scribd.src = “http://www.scribd.com/javascripts/embed_code/inject.js”; var s = document.getElementsByTagName(“script”)[0]; s.parentNode.insertBefore(scribd, s); })();

INI CERITA KUMPULAN BAJU KUNING DAN MERAH 

INI CERITA KUMPULAN BAJU KUNING DAN MERAH 


Saya ada dua orang kawan. KUNING dan MERAH. pada satu hari, KUNING marah kepada CIKGU atas sbb2 tertentu, kemudian menunjukkan protesnya dengan berjalan disekeliling sekolah tanpa baju. MERAH anak murid kesayangan CIKGU berang dgn tingkah laku KUNING, lalu membuka bajunya dan SAMA2 berjalan tanpa baju mengelilingi sekolah. jadi, persoalannya apakah beza MERAH dgn KUNING ini??


Beberapa murid sekolah berbincang masalah ini di kantin sekolah ;

Khairy Mat Sudin : bezanya MERAH buat macam tu sebab nak mempertahankan maruah cikgu dia sementara KUNING buat macam tu sebab nak malukan cikgu dia di mata sekolah lain dan guru2 lain..
Hishamuudein Mat Ludin : yup.. betull tapi kena ingat.. walaupun KUNING buat apa yang dia buat jalan tanpa baju,cikgu diorang tak pernah suruh MERAH buat benda yang sama.. tapi MERAH rasa dia patut sebab demi maruah cikgu dia dan sekolah yang cikgu dia mengajar..

Penjaga kantin : jadi, kalau akak la murid skola, akak melihat kejadian yg MERAH n KUNING wat, akak akan assume, kedua2 memalukan SEKOLAH. Apakata SEKOLAH2 lain bile dpt tau pasal menda ni. malu tau.

Ketua Pengawas : betol. yg 2 aku setuju. jadi mari la kita same2 bantu MERAH dan KUNING. kita bagi nasihat pada mereka supaya meraka sedar setiap kesalahan mereka. dan bukan cuba untuk membakar2 lg kedua2 pihak. mereka semua adalah MURID SEKOLAH. jika CIKGU mengambil sedikit masa untuk MENGENALI mereka dgn lebih RAPAT, lebih ADIL, sudah pasti semua ini xkan berlaku.

Ketua Pengawas : di dalam hal ini, kedua2 MERAH dan KUNING mempunyai ego yg tersendiri. apasalahnya jika CIKGU memulakan langkahnya dahulu dengan MENGENALI anak2 muridnya dengan ADIL dan SAMARATA. ya, sy setuju, KUNING mgkin adalah antara anak murid yg agak degil. namun itu bukan alasannya pada CIKGU untuk mengetepikan KUNING. CIKGU sebagai GURU mempunyai tanggungjawab besar dalam mendidik anak2 murid. sekeras2 KUNING, se ego2 KUNING, jika kita mengenalinya, kita layaninya sama ADIL dgn murid2 yang lain, sy yakin, yang DEGIL boleh berubah menjadi BAIK. ADIL, ADIL n ADIL

Khairy Mat Sudin : Cikgu yang tidak ingin mengenali atau si kuning yang begitu ego untuk tidak mahu dikenali.. rasanya tak wujud soal samarata atau tidak.. jika cikgu memberi tugasan atau homework,stiap murid harus menyiapkannya.. setiap murid kena menghantar tugasa tersebut.. tapi kuning,yup,ego dan emosi menutup minda.. dia tak mahu menyiapkan tugasan dan apabila dimarah,dia berkata cikgu tidak adil.. kena ada perubahan pada guru.. kena ramai2 lawan guru.. cikgu yang hanya memberi tugasan supaya murid2 senang di masa hadapan dimarah,dicerca.. sigh..

Hishamuudein Mat Ludin : bagaimana cara nak meluahkan perasaan??? sigh.. cikgu da banyak kali beri peluang.. beri cadangan untuk sama selesaikan masalah dengan si kuning.. tapi si kuning tak nak,sebab cara2 dan peluan2 yang cikgu beri itu tak dapat menarik perhatian murid lain,perhatian sekolah lain.. jadi,dengan tidak dihiraukan peluang yang diberi,kuning tetap hendak berjalan mengelilingi sekolah tanpa baju.. sigh~~

Kemudian datang seorang pelajar lain mencelah ;

Razak Mat Din
: Ade lagi, kawan baik MERAH, HIJAU yang pandai bersilat dan BIRU yg memang tulen punya pribumi sekolah tu turut terasa dengan tingkahlaku KUNING dan MERAH turut sama membuka baju dan mengelilingi sekolah. Ade lagi 2 kelompok satu PUTIH satu HITAM, x nak turut serta protes tu tapi diorang ambil kesempatan jual kerepek dan air sirap kat tepi sekolah takut2 kumpulan tadi kehausan dan bolehlah beli air dan makanan kat mereka. Sape yang untung skrg?


Ketua Pengawas : kamu murid SEKOLAH ini kan. tibanya HARI GURU MALAYSIA nanti, kamu lihatlah sendiri bertapa berat sebelahnya CIKGU menyayangi MERAH melebihi murid2 yg lain, n pada masa itu, kamu tanye pada diri sendiri, adakah ini namanya KEADILAN? saya sayang CIKGU, saya SAYANG MERAH, saya sayang semua murid di SEKOLAH. saya tegur kerana saya SAYANGKAN SEKOLAH ini. CIKGU, menanglah dengan bermaruah seperti dahulu kala. saya rindukan guru besar kita yg dahulu, TN. HJ. MAHATHIR MOHD ABU.

Khairy Mat Sudin : salahkah jika CIKGU meyayangi MERAH,Merah telah banyak berkorban untuk sekolah,untuk CIKGU,tidak pernah memalukan sekolah.. adakah kerana si KUNING tidak dapat menewaskan CIKGU dikatakan kemenangan CIKGU itu tidak bermaruah?? adakah bila si KUNING telah berjaya memalukan CIKGU itu,berjaya mengubah sistem dalam sekolah itu,diakatakan CIKGU telah menang bermaruah?? jangan dibanding2 pengetua kita.. setiap pengetua mempunyai cara pimponan yang berlainan tapi mempunyai matlamat pimpinan yang sama…

Akhirnya, kesemua murid tersebut di rotan oleh guru displin kerana berbual sampai tak masuk kelas. ^^

– Ini cerita asal daripada Cikgu Mohd Fadzil bin Abdul Hanid dan rakan-raknnya di FB.

Sekolahku, Rumahku – Satu Memori Indah

Sekolahku, Rumahku – Satu Memori Indah

2002 – SMTWT/SMVKT , 5 PKE

2011, SMVKT – Bersama Cikgu Nasir, bekas guru saya pada tahun 2002

Bagai sirih pulang ke ganggang adalah ayat paling sesuai apabila saya kembali ke sekolah sebagai guru di mana ini merupakan sekolah sy bergelar seorang pelajar dahulu.
Cikgu Nasir merupakan guru kelas saya dahulu kini merupakan rakan setugas sebagai guru bengkel elektrik.

Banyak kenangan indah di sekolah ini semasa saya bergelar pelajar. Antara salah satunya kerana saya masuk di sekolah ini semasa Tingkatan 5. Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik Jasin, Melaka dan berpindah ke Terengganu mengikut keluarga. Antara yang kelakar kerana saya cakap bandar atau “luar”, maka bebudak kelas ni semua cuba cakap KL dengan sy. Kan bunyinya sangat pelik dan lucu.

Ini contoh bila orang Ganu cakap KL ;

1.Semalan tidur tak pasang ubat nyamak.Habis merah-merah badan kena kentit nyamak
2.Eeee…banyaknya nyamak.Beberong
3.Banyaknya… pasu kat sini.Bercotet aret.
4.Nak fotostat kertas ni dua helai.Nak selalu
5.Saje je nak gerak sampah ni.Daun-daun berkuban anyaa.
6.Aku pelankun dengan centon ni karang,bengkok combon
7.Kenapa tak royak aku awal-awal?sentok karun pa..
8.Cuba buat lari baldi tu sekejap
9.Dahi aku bincut terlanggar pintu
10.Masam reban mempelan ini
11.Kak,keropok singget,buat samah-samah
12.Sorry,i tak sengeleng lalu kat sini.
13.Awak,tolon beli Meggi, belan-belan awak pergi kedai.
14.Engkau nak ke takmboh?
15.Awak,gula-gula ni sedap.Nak cuba sutir?
16.Abang,air kelapa satu.”Air nya xde la dik,tak dan nak kerabat”.
17.Eh,kacang ni,menempus pulak.
18.Acit,tulun rebus tela 3butir..

^^

Hari Terbuka & Karnival Ko-Kurikulum Sekolah (30 Jun 2011)

Seminggu sebelum ini saya telah diberikan tugas membuat satu projek untuk bengkel Elektrik sempena Hari Terbuka & Karnival Ko-Kurikulum Sekolah (30 Jun 2011).

Ketua Bengkel, Cikgu Zainal memintaku membuat satu projek untuk menarik minat pengunjung bengkel sempena Hari Terbuka & Karnival Ko-Kurikulum Sekolah (30 Jun 2011). Cemas jugak saya dibuatnya, tanpa pengalaman agak ragu-ragu juga samaada proposal projek ini di terima atau tidak. Setelah pembentangan dan perbincangan dengan bantuan guru-guru bengkel lain iaiatu Cikgu Wan Zuhal, Cikgu Nasir. Akhirnya projek ini di terima dan dilaksanakan. Hasilnya ;

Projek Keseluruhan Yang Telah Siap

Ini Laporan Ringkas Projek Ini, Boleh Copy Paste Kalau Nak ;

Gambarajah Skematik ( Tidak mengikut piawai skematik komponen kerana hanya lakaran kasar yang dibuat dalam Microsoft Word )

Nama Projek : Permainan Menguji Kecekapan

Bahan : (1) Pengatur Litar Miniatur (PLM)
(2) Kabel 1.0 mm
(3) Punat Tekan
(4) Contactor Penyentuh
(5) Timer
(6) Tiub Copper
(7) Buzzer
(8) Power Supply DC
(9) Kuar
(10) Connector
(11) Papan
(12) Sesentuh tambahan

Kendalian :

(1) Apabila bekalan kuasa AC 240V dibekalkan, Litar akan mula berfungsi apabila Punat Tekan Hidup ” Hijau” di tekan,. Gelung dalam contacter akan mendapat aruhan tenaga menyebabkan sesentuh tambahan Normally Open (NO) akan tertutup.
(2) Suis NO tersebut akan memicu bekalan kuasa pada Timer ( Pemasa). Pemasa yang telah di set contohnya selama 15 saat, maka akan menyebabkan Buzzer Pemasa yang mendapatkan bekalan kuasa DC akan berbunyi selepas 15 saat.
(3) Bagi kendalian Buzzer sesentuh, akan berfungsi apabila kuar Tiub Cooper bersentuh dengan Tiub Copper maka Buzzer tersebut akan berbunyi.

Kendalian Permainan ;

(1) Pemain akan menggunakan kuar melalui halangan berbentuk Tiub Copper. Sekiranya kuar tersebut menyentuh Tiub Copper maka buzzer akan berbunyi dan pemain tersebut akan gagal.
(2) Selain itu, pemain akan mempunyai masa berdasarkan set pemasa yang telah ditetapkan contohnya 15 saat maka , sekiranya pemain gagal melalui halangan tersebut, buzzer pemasa akan berbunyi selepas 15 saat dan pemain tersebut di kira gagal.
(3) Menang beerti pemain yang menggunakan kuar melalui halangan tiub copper pergi kehujung dan kembali ke asal tempat kuar bermula. Pemain tersebut akan di kira sebagai pemenang.

Pengunjung Pelajar Tadika Menyukai Projek “Permainan Menguji Kecekapan”

Bergambar kenangan dengan murid tadika yang melihat projek ini.

Bergambar kenangan dengan pembantu pelajar SMVKT yang menjaga projek ini.

Sajak

” Dia Seorang Guru”

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989

 

Takdir? Jangan Bersedih kerana Ketetapan Allah S.W.T itu ada Hikmahnya.

Takdir? Jangan Bersedih kerana Ketetapan Allah S.W.T itu ada Hikmahnya.
Gambar kenangan penulis bersama anak-anak masyarakat Islam Kemboja. Terfikir kenapa takdir umat Islam kemboja sebegini. Persoalan yang masih tiada jawapan. Bagaimana Palestin? Afghanistan? Iraq?


Apakah Al-Qadar baik itu dari Allah?

Kita wajib beriman mengenai al-Qadhaa’ dan Al-Qadar, maka sudah tentu, tidak ada sesuatu perkara pun yang tidak terlepas dari pengetahuan Allah swt, baik secara umum atau secara terperinci. Persoalannya ialah, Apakah al-Qadar itu meliputi perkara yang buruk? Syiekh Ibn Utsaimin mengatakan bahawa “qadar Allah tidak ada sesuatu yang buruk, akan tetapi keburukan itu terdapat pada yang ditakdirkan.”. Allah swt melakukan sesuatu dengan mempunyai tujuan kebaikkan didalamnya, cuma sebagai hamba Allah swt tidak semua hikmah sesuatu takdir dapat kita ketahui rahsianya. Begitu juga jika dilihat dari qadar Allah yang umum, diturunkan dengan sebab-sebab kebaikan yang umum; contoh di turunkan Nabi Muhammad saw untuk kesejahteraan sekalian alam, firmannya :-

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. – [al-Anbiya’ 21:107]

Berkata Ibn Qayyim berkenaan dengan al-qadar :-

إنه سبحانه حكيم ، لا يفعل شيئاً عبثاً ولا لغير معنى ومصلحة وحكمة ، وهي الغاية المقصودة بالفعل ، بل أفعاله سبحانه صادرة عن حكمة بالغة لأجلها فَعَل ، كما هي ناشئة عن أسباب بها فعل ، وقد دل كلامه وكلام رسوله صلى الله عليه وسلم على هذا
“Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana, tidak melakukan sesuatu sia-sia atau melakukan perkara yang tidak ada faedah, perbuatannya mempunyai matlamat, bahkan perbuatannya adalah hasil dari Maha Bijaksana, sebagaimana hasil dari sebab perbuatan, ini dinyatakan dari perkataannya dan perkataam Rasulullah saw”

Apakah usaha dan pilihan manusia masih didalam lingkungan al-Qadar?

Beriman dengan al-Qadhaa’ dan Al-Qadar tidak berlawanan dengan keupayaan manusia boleh memilih dan berusaha. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan :-

فإن كل إنسان يعلم أن له مشيئة وقدرة بهما يفعل وبهما يترك ، ويفرق بين ما يقع بإرادته كالمشي ، وما يقع بغير إرادته كالارتعاش ، لكن مشيئة العبد وقدرته واقعتان بمشيئة الله تعالى وقدرته ، لقول الله تعالى : ( لِمَنْ شَاءَ مِنْكُمْ أَنْ يَسْتَقِيمَ – وَمَا تَشَاءُونَ إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ ) التكوير /28-29.
ولأن الكون كله ملك لله تعالى فلا يكون في ملكه شيء بدون علمه ومشيئته .

“Setiap insan tahu bahawa mereka mempunyai keinginan dan keupayaan melakukan apa yang dia mahu atau tidak, dia boleh membezakan antara perkara-perkara yang berlaku apabila ia mahukannya, seperti berjalan, dan perkara yang berlaku kepadanya tanpa ia kehendaki, seperti mengigil. Akan tetapi kehendak dan keupayaan manusia tertakluk kepada al-Qadar Allah swt, firman Allah :-

“Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”- [al-Takweer 81:28-29]

Keseluruhan alam ini adalah milik Allah, dan tidak ada sesuatu pun boleh berlaku didalam pemilikannya tanpa pengetahuan dan kehendaknya” – tamat petikan

Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam membicarakan masalah ini mengatakan :-

إن الأخذ بالأسباب لا ينافي في القدر بل هو من القدر أيضا
“mencari sebab (atau memilih) tidak menafikan al-Qadar, bahkan ia termasuk al-qadar juga”

Contohnya: orang yang sakit berusaha mencari ubat, ini juga dinamakan qadar. Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan : Ketika Rasulullah saw ditanya mengenai ubat dan sebab-sebab atau usaha yang mungkin dapat melindungi seseorang dari sesuatu yang tidak diingini dapat menolak takdir Allah swt, baginda menjawab dengan jelas “Ini termasuk qadar (takdir Allah juga” (هي من قدر الله)- Hadith riwayat Ibn Majah dan Tirmudzi.

Ketika berlakunya wabak di Syam, Umar ra bermesyuarat dengan para sahabat dan beliau telah mengambil keputusan untuk tidak masuk ke Syam dan pulang kepada kaum muslimin. Mendengar keputusan tersebut, seorang sahabat bertanya :

أتفر من قدر الله يا أمير المؤمنين؟ قال: نعم، نفر من قدر الله إلى قدر الله، أرأيت إن نزلت بقعتين من الأرض، إحداهما مخصبة والأخرى مجدبة، أليس إن رعيت المخصبة رعيتها بقدر الله، وإن رعيت المجدبة رعيتها بقدر الله؟
“Apakah engkau hendak lari dari Qadar Allah Ya Amirul Mukminin?” Berkata Umar “Ya, Lari dari Qadar Allah kearah Qadar Allah [juga], Apakah pandangan anda jika engkau turun pada dua petak tanah, yang satu subur dan yang satu gersang (kering kontang), bukankah jika engkau membajakan yang subur bererti engkau membajakan dengan qadar Allah? dan jika engkau membajakan yang tandus bererti engkau membajakkan dengan qadar Allah?”

Kesimpulannya, al-Qadar Allah semuanya baik, sesuai dengan sifat kesempurnaan, Allah swt tidak akan melakukan sesuatu itu dengan sia-sia sahaja. Persoalan Qadhaa’ dan Qadar ini merupakan salah satu Rahsia Allah swt yang tidak mungkin dapat diketahui oleh umatnya secara terperinci. Kita memahami konsep Al-Qadar melalui Al-Quran dan juga hadith Nabi saw yang sahih oleh kerana sedikit sangat yang kita tahu mengenai al-qadarnya. Memadailah 4 perkara yang dipaparkan diatas merangkumi skop-skop yang perlu kita Imani didalam Qadhaa’ dan Qadar. WA.

Ulasan saya :

Percaya kepada qada’ dan qadar adalah Rukun Iman yang keenam, yang mana umat Islam wajib mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Allah pula bersifat Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, segala yang berlaku adalah dengan ketetapan-Nya. Bagaimanapun, manusia dituntut berusaha dalam kehidupan dan juga dituntut banyakkan berdoa kepada Allah kerana ada ketetapan yang boleh berubah.

Allah juga mahukan kita berusaha sebelum qada’ dan qadar seseorang itu diubah kerana sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Al-Rad: ayat 11)

Dalam persoalan perbezaan takdir dan usaha, analogi yang paling mudah seperti Allah S.W.T telah meletakkan sesuatu mengikut had kemampuan kejadian tersebut, contohnya manusia telah di jadikan tidak boleh menyelam selama berjam-jam mengikut hukum kejadian fizikal badan manusia. Inilah takdir tetapi atas usaha, ikhtiar manusia telah mencipta tangki oksigen yang membolehkan mereka menyelam berjam-jam lamanya.

Samalah dengan pelbagai takdir yang menimpa kita, saya telah di takdirkan mengikut pengajian sekolah formal sejak kecil lagi. Manalah sama dengan mereka yang bersekolah pondok atau Maahad sejak kecil. Takdir saya ketika itu bukanlah pilihan saya, ibu bapa saya telah menentukan corak pendidikan saya. Kini tidaklah saya menyalahkan mereka tetapi saya percaya ketetapan Allah S.W.T ini ada hikmahnya. Tetapi bukanlah penghalang kepada saya untuk mempelajari dan mendalami agama samaada membaca, mendengar, melihat, berguru, bertalaqi dan lain-lain kaedah yang sesuai dengan keadaan dan tempat. Sesekali kita tidak memandang rendah antara satu sama lain. Ilmu Allah S.W.T sangat luas, semakin kita banyak belajar, kita akan memahami bahawa semakin banyak perkara yang kita tidak ketahui. Bukankah begitu? Pencarian dan destinasi akhir itu bergantunglah kepada usaha kita dan kemudian bertawakal semoga menuju damai abadi.

Sekian.

Cubalah Untuk Mengerti “BERSIH ATAU KOTOR”

Cubalah Untuk Mengerti “BERSIH ATAU KOTOR”

Hidup di dunia bermacam-macam dan berbagai-bagai pertarungan terjadi, tidak putus-putus. Pertarungan politik, pertarungan ekonomi, pertarungan mazhab, pertarungan perkauman, pertarungan fikiran dan pendapat, pertarungan pengaruh, pertarungan kepimpinan, pertarungan antarabangsa. Macamlah ombak laut yang tidak pernah berhenti daripada gelombang dan gelora.

Mengenai isu yang hangat sekarang mengenai isu perhimpunan BERSIH 2.0. kerana ruang lingkup saya masih lagi seorang mahasiswa di mana beberapa sahabat-sahabat telah memperbincangkannya samaada pro atau kontra, saya akan mengulas secara peribadi.

Sedangkan anak-anak muda ini adalah jiwanya penuh semangat dan idealis. Tindakannya kurang pengalaman, maka mudahlah membuat keputusan yang terburu-buru. Mereka ini sering ingin jadi penggerak perubahan yang agresif.

Dalam isu ini walaupun pihak BERSIH mengatakan mereka neutral. Siapa pun tidak bodoh untuk mengagak tindakan sebelah pihak ini. Adalah menjadi kerisauan saya secara peribadi melihat kepala penganjur adalah Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2 adalah bekas Presiden Bar Council.


Ambiga pernah dikatakan mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy layak menjadi ketua gerakan ini?

Sebenarnya adalah pelik akhirnya pertembungan ini akan menjadi medan pertemuan peseteruan majoriti orang-orang melayu Islam akhirnya. UMNO-PERKASA vs PAS. Dalam luar konteks BERSIH, persaingan ini , sebenarya setiap pihak mempunyai taktik yang agak menkagumkan untuk mencari pengaruh dalam masyarakat melayu Islam. UMNO dengan cadangan penubuhan sayap ulama dalam parti tersebut dalam memicu agenda Islam yang kabur dari segi permukaan selama ini manakala PAS akhirnya mengalah dalam Isu Negara Islam dan menyasarkan dasar lebih terbuka dengan slogan Negara Kebajikan dalam memicu agenda menarik sokongan masyarakat yang lebih liberal. Akhirnya dua parti terbesar orang melayu Islam ini sebenarnya berkongsi aspirasi dan agenda yang lebih kurang untuk di nilai rakyat.

Tuntutan dalam BERSIH banyak berkisar dalam isu pilihanraya. Bagi saya ianya adalah retorik atau strategi propaganda dalam politik. Adalah menjadi tanggungjawab SPR bagi mengkaji semula sekiranya apa yang digariskan dalam tuntutan tersebut adalah rasional untuk dilaksanakan.

Dalam hal ini saya tidak merasakan perlu untuk demontrasi kerana isunya tidaklah mengugat terlalu ruang keadilan pilihanraya di Malaysia. Natijahnya kalau pilihanraya berat sebelah tidak mungkin semasa PRU 2008 , 5 negeri jatuh di tangan pembangkang.

Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah:

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas dan adil
5. Tempoh berkempen minimum 21 hari
6. Perkukuh institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Kita kena ingat bahawa “Masa juga adalah satu Perawatan” maksudnya tidak semestinya dengan bertindak melulu dan secara keras boleh berjaya untuk mendapatkan sesuatu matlamat tercapai. Matlamat hanya akan tercapai sekiranya tapaknya kuat & teguh dulu. Tidak boleh kerana Mesir berjaya jatuhkan Mubarak sebab revolusi, kita juga nak buat perkara sama tanpa lihat dulu apa yang ada dibelakangnya.

Sebenarnya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman. Inilah cara yang perlu dititikberatkan dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong, ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah!

Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa.

Kita sering cuba menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk menundukkan orang ramai kepada Islam dengan menggunakan tekanan dan paksaan melalui akta-akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain lagi. Ertinya, Islam yang mereka tegakkan bukanlah atas dasar kesedaran, keinsafan, kefahaman dan bukan dari dorongan iman.

Bila ini terjadi, dua perkara mungkin berlaku. Pertama, oleh kerana undang-undang Islam masih asing dan janggal pada pandangan masyarakat, dengan diam-diam hati mereka menolaknya. Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati yang lama kelamaan, semakin meluas di kalangan masyarakat yang belum mempunyai kesedaran dan kefahaman Islam itu. Ini berbahaya. Lebih-lebih lagilah jika yang menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak keselamatan (anggota polis atau tentera). Dengan mudah kerajaan Islam akan digulingkan melalui pemberontakan bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi rakyat jelata.

Jika pun tidak sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata pasti mendorong mereka menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan datang. Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah dicantas orang, begitulah kerajaan Islam yang dibina bukan atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum sempat menegakkan Islam di seluruh bidang kehidupan.

Kemungkinan yang kedua, rakyat akan berpura-pura patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin, tetapi di belakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik ataupun fasik. Walaupun mereka sebenamya memusuhi Islam tetapi tidak berani angkat muka kerana takut dan tidak ada kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah. Mereka laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana takutkan Allah. Manusia boleh berpura-pura di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah. Inilah yang berlaku di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan kepada dunia bahawa negara mereka ialah negara Islam.

Demikianlah kadang-kala perkara-perkara yang membawa kepada natijah yang amat buruk itu bermula dengan niat yang kelihatannya baik. Ini disebabkan tidak meneliti hasil atau natijah sesuatu tindakan. Orang politik sukakan hasil segera untuk keuntungan politiknya. Kadang-kala mereka tidak sempat mendongak ke langit untuk memikirkan kesan tindakan mereka di masa hadapan.

Sedangkan Nabi s.a.w mengingatkan kita: “Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun”. (Riwayat Muslim)

Perlaksanaan niat yang baik, hendaklah dengan cara yang baik juga. Begitulah dalam isu-isu politik yang berbagai pada hari ini. Keghairahan mengubah lanskap politik itu hendaklah dengan niat yang baik dan caranya juga baik. Ramai orang mendakwa niatnya baik. Namun kita tidak tahu apa yang terselit dalam jantung hatinya. Cuma yang dapat lihat adalah tindakannya.

Semoga kita mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T bagi menjauhkan perpecahan sesama kita. Para pemimpin-pemimpin samaada kerajaan dan pembangkang harus merenung kembali politik yang mereka mainkan. Kerana majoriti masyarakat terpengaruh dengan permainan di atas, mereka ini ibarat catur yang hanya menunggu tangan-tangan ghaib mengaturkannya tanpa bantahan. Sedang kita berkelahi, musuh Islam yang nyata mengaut keuntungan tanpa kita sedari. Semoga ade pemimpin pembaharu yang akan menunjukkan kita ke jalan yang cerah dan terang.

Rasulullah SAW bersabda

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.”
(Riwayat Abu Daud)

Nak jadi Guru ke Pensyarah bila baca surat ni!!!!!!!!

Nak jadi Guru ke Pensyarah bila baca surat ni!!!!!!!!

SAYA mulakan surat ini dengan rasa rendah diri yang amat sangat. Saya merupakan seorang profesor Jusa B yang kini masih berkhidmat dengan salah sebuah universiti perdana tanah air. Dalam usia yang kian menuju ambang persaraan dan dengan sedikit pengalaman yang Tuhan berikan ketika menetap sepuluh tahun di luar negara, izinkan saya meluahkan perasaan yang sudah tidak dapat ditahan-tahankan lagi. Dalam tempoh hampir 30 tahun bergelar pensyarah, saya turut pernah menjawat jawatan sebagai Dekan juga pengarah dalam beberapa jabatan lain di universiti. Oleh itu, dengan pengalaman itu saya rasa saya berhak untuk menyuarakan isi hati setelah suara saya dan rakan-rakan profesor tidak pernah didengari oleh pihak pendaftar universiti mahupun Kementerian Pengajian Tinggi. Bulan April adalah bulan yang paling ditakuti oleh para pensyarah universiti IPTA kerana penilaian prestasi (KPI) mereka akan dinilai. Sejak kebelakangan ini, apabila KPT terlalu mementingkan “rangking dunia,” maka ramai (sebahagian besar pensyarah) ini akan mendapat markah di bawah prestasi 80 markah kerana gagal menerbitkan jurnal bertaraf antarabangsa (ISI).

Masalah ini kian parah apabila jurnal ISI ini turut menjadi syarat wajib untuk permohonan kenaikan pangkat. Persoalannya di sini ialah, siapakah yang menentukan pengiktirafan ISI ini? Seperti yang dimaklumi bahawa pengiktirafan ISI ini adalah di bawah bidang kuasa penerbitan yang bernaung di Barat. Hal ini bermakna juga bahawa KPI pensyarah-pensyarah ini berada di bawah ketentuan kuasa Barat. Bukankah aneh, seorang kakitangan kerajaan Malaysia, prestasinya dinilai atau ditentukan oleh negara Barat? Dan, hal ini tidak berlaku kepada kakitangan awam Malaysia yang lain. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang kakitangan awam Malaysia, KPInya ditentukan oleh kuasa Barat? Lebih malang lagi nasib ini menimpa kepada pensyarah yang berada dalam bidang sains sosial yang kajian dan penyelidikan mereka benar-benar terbatas kepada mempertahankan maruah dan nasib bangsa, agama, bahasa, sejarah, sastera dan kebudayaan Melayu yang kita sedia maklum tidak pernah dihargai atau mendapat pengiktirafan kuasa penjajah. Jika hal ini berterusan, maka tidak hairanlah pada hari ini jawatan pensyarah bukan menjadi pilihan golongan muda. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pihak KPT ialah member pengiktirafan kepada jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh university mahupun institusi tempatan yang lain. Perkara yang paling penting ialah budaya penulisan jurnal dapat berkembang hebat dan budaya penulisan penyelidikan dapat terus subur dalam negara. Menerbitkan jurnal bukanlah semudah yang disangkakan. Sekirannya hal ini masih dipandang sebelah mata, maka adalah malu seorang pensyarah yang kelulusan sarjana atau doktor falsafah (PhD) dan bekerja di universiti tempatan, markah KPInya berada pada bawah paras “malas” atau “sakit” sedangkan mereka mempunyai dedikasi yang tinggi dalam pengajaran dan melakukan tugas-tugas rasmi universiti seperti membentang kertas kerja, menghadiri seminar, menjadi perunding kepada beberapa organisasi kerajaan dan sebagainya. Perkara kedua ialah tentang gaji pensyarah. Aneh dan pelik kerana sepanjang 30 tahun saya bertugas sebagai pensyarah, gaji pensyarah tidak pernah melalui penstrukturan semula berbanding gaji guru yang saya lihat begitu drastik perubahannya. Bayangkan seorang guru pakar (guru cemerlang) yang hanya berkelulusan ijazah pertama layak menerima gaji bergred DG52 (setaraf dengan gred gaji pensyarah berkelulusan PhD) atau DG48 sedangkan seorang pensyarah yang berkelulusan sarjana dan bergred DS45, mengajar pula calon-calon sarjana tetapi menerima gaji yang lebih rendah daripada itu. Lebih malang lagi ialah, sebahagian besar pensyarah bergred DS45 ini merupakan bekas-bekas guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun. Jika dibandingakan dengan rakanrakan guru mereka yang berada di sekolah atau di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Kolej Matrikulasi, maka golongan pensyarah ini seperti sengaja dizalimi. Lebih memalukan lagi jika dibandingkan dengan guru-guru sekolah yang mengajar Tingkatan 6 (prauniversiti), dengan pengalaman kurang 10 tahun tetapi turut menerima gaji gred DG48/DG44. Inilah satu kezaliman dalam kes pembayaran upah dan guna tenaga kerja kepada pensyarah. Oleh itu, saya mencadangkan supaya gred gaji pensyarah tanpa PhD perlu dinaiktarafkan kepada DS52 (atau setara dengan tingkat gaji DG48) dan pensyarah berkelulusan PhD dinaiktaraf ke Gred DS54 dan begitulah seterusnya. Situasi ini akan dapat menunjukkan status dan kedudukan pensyarah di mata dunia setanding usaha memartabatkan golongan profesional. Secara peribadi, saya melihat skim perkhidmatan pensyarah IPTA pada zaman ini adalah amat menyedihkan berbanding guru sekolah. Golongan ini terpaksa berhadapan dengan satu persaingan dunia yang jumud dan amat menekan. Pensyarah hari ini lebih teruk daripada seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan cabaran atau kemungkinan pertembungan budaya ilmu. Tentunya pertembungan ini menuntut iltizam dan komitmen yang tinggi sebagai satu usaha persaingan yang sihat. Malangnya, semua usaha yang dilakukan oleh pensyarah bagi melonjakkan impian Malaysia untuk menjadi pusat pengajian ilmu terbaik Asia tidak pernah dihargai. Inilah kelemahan Menteri Pengajian Tinggi, iaitu YAB Dato’ Khalid Nordin yang tidak pernah memikirkan nasib dan kebajikan pensyarah IPTA berbanding YAB Tan Sri Mahyudin Yassin yang begitu bersungguhsungguh membela nasib guru. Sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang pensyarah pelawat di Amerika, hal-hal sebegini tidak berlaku. Penilaian prestasi (KPI) seseorang pensyarah dinilai kepada sebanyak mana mereka menyumbangkan ilmu dan kepakaran mereka kepada masyarakat. Sumbangan mereka menulis untuk penerbitan berkala, akhbar, majalah mahupun buku cerita kanak-kanak amat dihargai kerana para pensyarah itu dikatakan milik masyarakat. Penerbitan jurnal berwazit dan bertaraf ISI hanya satu hambatan penerbitan untuk tujuan mendapatkan bonus tahunan. Hal ini bermakna, pensyarah yang berada di Barat itu amat rapat hidupnya dengan masyarakat dan mereka amat dihormati jiran tetangga atau masyarakat setempat. Situasi ini tidak berlaku di negara kita. Oleh sebab ingin mengejar penerbitan ISI, mereka seperti menjadi makhluk asing di taman perumahan atau menjadi kera sumbang yang mementingkan diri sendiri. Demi kerana mengejar “rangking” dunia universiti, adakah ini yang diinginkan oleh KPT? Kita perlu sedar bahawa untuk menandingi atau menyaingi Univesiti Havard, Oxford, Yale, Cambrige atau mana-mana universiti terbaik dunia bukan satu usaha mudah. Kita sepatutnya berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu jangan tergila-gila merebut status universiti terbaik dunia tetapi berfikir bagaimana untuk menjadi fakulti yang ada di dalam sesebuah universiti itu boleh menjadi fakulti terbaik dunia dengan menggunakan sepenuh tenaga dan kepakaran yang ada. Universiti of Tokyo misalnya mempunyai Fakulti Kejuruteraan Automobil ketiga terbaik di dunia tetapi universiti ini berada dalam kelompok ke-100 dalam “rangking” dunia. Hal ini sepatutnya boleh berlaku kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya bagi menjadi Pusat Tamadun Melayu Dunia seperti Universiti of Leiden, Belanda atau juga Akademi Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengambil alih fungsi Universiti Al-Azhar, Mesir. KPT tidak berfikiran sedemikian sebaliknya yang difikirkan ialah “kegilaan” mengejar “rangking” dunia tanpa pernah mengukur pakaian pada badan sendiri. Kepada KPT, khususnya YAB Dato’ Khalid Nordin, fikirkanlah kebajikan dan nasib para pensyarah yang akan membawa impian dan nama university tempatan ke mata dunia sebelum mereka berhijrah ke university swasta (IPTS) yang menjanjikan pulangan yang lebih baik. Tugas pensyarah sebenarnya lebih berat berbanding guru sekolah. Mereka perlu membuat penyelidikan, menyelia tesis sarjana mahupun PhD, mengajar dan mereka juga menjadi milik masyarakat. Adilkah mereka dibayar dengan gaji yang setara upahnya dengan guru jika beban tugas yang terpaksa dipikul itu lebih berat? Beberapa bulan lalu, dalam ruangan “Surat Pembaca” Berita Harian, jawapan oleh Unit Komunikasi Koprat terhadap keluhan seorang Profesor Pencen amat melucukan. Jawapan itu menunjukkan bahawa pegawai di KPT hanya memikirkan perut sendiri. Cuba kita bayangkan, wajarkah seorang pensyarah Gred DS45 (tanpa PhD) boleh menjawat jawatan professor atau pengarah di universiti? Apakah ertinya pengalaman 15 tahun bergelar guru, 5 tahun bergelar pensyarah dengan kepakaran yang dimiliki jika tidak dihargai oleh universiti? Jawapan-jawapan mereka yang merujuk juga kepada university mempunyai kuasa autonomi hanya satu jawapan bodoh dan menolak prinsip kemanusiaan. Ingin saya bertanya juga kepada KPT, sejauh mana kuasa autonomi KPM yang diberikan kepada IPTA? Akhirnya, sebagai seorang profesor Gred Jusa B, saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap gaji dan jawatan kerana saya sudah menikmati kesemuanya itu. Apa yang saya harapkan ialah belalah nasib golongan pensyarah ini kerana di tangan merekalah akan lahirnya generasi hebat negara dan generasi bermodal insan yang bakal menyambung gagasan kepimpinan negara. Seperti yang selalu saya suarakan di dalam mesyuarat dengan anggota senat-senat universiti bahawa sudah sampai masanya pihak KPT berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu memastikan bangsa mereka berada di baris hadapan tanpa membunuh jati diri bangsa. Budaya mengarifi falsafah Melayu “kera di hutan disusukan; anak mati dalam pelukan” perlu difahami sebaik-baiknya. Wajarkah rakyat Malaysia membayar gaji yang lumayan kepada pensyarah warga Negara asing yang berkelulusan sarjana dan tidak menyumbangkan apaapa dalam dunia penerbitan? Fikirkan kebajikan dan nasib pensyarah-pensyarah warga tempatan ini, khususnya pensyarah-pensyarah muda yang bakal memikul tanggungjawab dan amanah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Jika Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan banyak penambahbaikan dalam mengangkat martabat guru, sepatutnya hal yang sama juga berlaku kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sebagai penutup surat ini, sekali lagi saya merayu agar KPT dapat memikirkan kewajaran pandangan dan cadangan saya ini supaya kita sama-sama dapat mengangkat martabat dan memikirkan kebajikan golongan pensyarah yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak sejak 10 tahun kebelakangan ini. PROFESOR JUSA B,Kuala Lumpur ~dipetik dari surat pembaca sebuah akhbar

Ucapan Sempena 26 Tahun -Mohd Fadzil bin Abdul Hanid-

Ucapan Sempena 26 Tahun -Mohd Fadzil bin Abdul Hanid-

26 Tahun!! Apa signifikan angka ini? Ye saya telah bertambah tua. Masa akan terus menghambat kita sedar ataupun tidak. Kalau ikut pekiraan umum, Nabi Muhammad wafat semasa umur 63 Tahun. Kalau ianya saya jadikan sebagai kayu pengukur, maka 63 tahun – 26 tahun = 37 tahun!!!!
Masa adalah sangat penting. Dalam 37 tahun apakah yang berlaku kepada saya? Saya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancangan, perancangan Allah S.W.T lebih hebat.

Ibu bapa saya – Sweet Couple –

Masanya akan tiba dalam setiap kehidupan lelaki dan wanita untuk menghadapi cabaran yang utama. Waktu apabila setiap perjalanan hidup kita akan di uji. Waktu bila kehidupan nampaknya tidak menyebelahi kita. Waktu bila kepercayaan, nilai-nilai, kesabaran, belas kasihan, dan keupayaan kita untuk meneruskan kehidupan, kesemuanya di desak sehingga sampai ke hadnya dan lebih lagi.

Sesetengah orang menggunakan ujian sedemikian sebagai peluang untuk menjadi orang yang lebih baik. Yang lainnya membiarkan pengalaman kehidupan sebegini memusnahkan mereka. Pernahkah anda tertanya-tanya apa yang membuatkan perbezaan dalam cara manusia bergerak balas kepada cabaran hidup?

Bagaimanakah pula terdapat ramai orang dalam dunia ini yang hidup dalam kegembiraan walaupun mengalami hampir segala kesusahan, manakala yang lainnya kelihatan mempunyai segala-galanya hidup dalam keadaan berputus asa, marah, dan sedih?
Biar saya berkongsi cerita mengenai sedikit tentang pengalaman hidup saya. Cerita pertama, Saya mempunyai keluarga yang sederhana, segala-galanya lancar dan mudah. Tetapi ketika saya berumur 17 tahun, jiwa remaja yang suka memberontak, tidak suka di kongkong, dan lebih mengutamakan rakan daripada keluarga. Bila bermuhasabah sekarang , saya merasakan ianya kerana bila kesenangan menghambat anda, maka anda terlupa mengenai kesusahan. Tidak berfikir jauh, maka keputusan SPM saya sangatlah teruk, bukannya tidak pandai tetapi malas. Kelebihan yang saya ada, Ibubapa, keluarga tidak saya gunakan sebaik-baiknya.

Cerita kedua, 2 hari lepas (8 April 2011), saya kembali mengimbas kenangan lama saya, apabila terserempak dengan sepupu saya yg berumur 18 tahun, Nasuha yang bekerja di gerai makan di Kelulut, Marang. Kekaguman kerana dalam serba kekurangan, Ayahnya telah meninggal dunia, hidup dalam serba kekurangan, menjadi tonggak keluarga dan menjadi teladan adik-adiknya tetapi dalam SPM baru-baru ini mendapat keputusan 10 A. Nampaknya segala kekurangan yang dia ada telah menjadikan dia lebih cekal dan hebat daripada saya pada umur yang setara saya dahulu.
Yang mana satukah antara kedua-duanya cerita yang anda suka dan pilih? Seperti yang saya nyatakan bahawa perancangan Allah S.W.T adalah Maha Hebat dan tidak terjangkau dek akal oleh manusia. Siapa sangka apa yang akan terjadi pada masa depan?
Semenjak dari kemalangan motosikal saya yang dasyat itu, saya dapat merasakan kejayaan dan kegembiraan yang lebih daripada yang di rasai oleh kebanyakan orang seumur hidup. Saya telah melihat dunia daripada satu sisi yang tertutup sebelum ini. Mungkin benar ada pepatah yang mengatakan sakit adalah penghapus dosa-dosa.

Syukur. Ya anda harus bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Saya bawa anda satu cerita yang saya terjemah daripada sebuah cerita bahasa inggeris “Story of a blind girl”
Kisah tentang seorang gadis buta

Ada seorang gadis buta yang membenci dirinya sendiri hanya kerana dia buta.

Dia membenci semua orang, kecuali kekasih yang mencintainya. Kekasihnya selalu ada di sisinya.

Dia berkata bahawa jika d ia hanya dapat melihat dunia, dia akan menikahi kekasihnya.

Suatu hari, seseorang menyumbangkan sepasang mata padanya dan kemudian dia dapat melihat segalanya, termasuk kekasihnya.

Kekasihnya bertanya, sekarang dikau boleh melihat dunia, mahukah berkahwin denganku?”

Gadis itu terkejut saat melihat bahawa kekasihnya itu juga buta, dan menolak untuk menikahi kekasihnya. Kekasihnya itu berjalan pergi menangis, dan kemudian menulis surat dengan mengatakan dirinya. Semoga dapat menjaga mata saya dengan baik.”
Nah, cerita ini sahaja membuatkan kita terfikir dua kali, yang manakah lebih baik, buta mata itu lebih baik, kerana hati yang akan memimpin kita daripada kita diberikan penglihatan yang baik, tetapi mata hati pula yang buta.
Ketika saya menjadi pemimpin mahasiswa ( YDP MPP UTHM Sesi 08/09), saya sering tertanya-tanya kenapa mahasiswa tidak boleh bersatu hati walaupun secara zahirnya perbezaan pendapat mesti ada. Maka saya telah membawa pendekatan untuk tidak berbicara mengenai politik kampus secara berlebihan ketika itu, saya lebih banyak membawa banyak perbincangan, diskusi dan pertemuan peribadi dengan pemimpin-pemimpin Kelab-kelab, Jawatankuasa Kolej Kediaman, bagi yang pernah bersama saya pada sesi itu, maklum mengenai pendekatan yang saya ambil walaupun berlainan ideologi. Hormat pada pandangan intelektual menjadi dasar saya, walaupun tidak sealiran dengan saya dalam politik kampus.

Kenangan di Mesir bersama MPP UTHM Sesi 07/08 ( Wanna & Chuan)

Kenangan semasa menjadi YDP MPP Sesi 08/09
Kenangan melepak bersama mantan-mantan MPP Sesi 08/09
Menyorot kembali kepada pendekatan saya ini, terima kasih terhadap penulisan Hafiz Firdaus Abdullah. Intipati pembacaan ini adalah kerana kotak pemikiran saya tidak berhenti berfikir, berjalan, mandi, tidur, saya tidak tahu adakah saya seorang sahaja ataupun manusia lain juga begitu. Dalam banyak-banyak pemikiran saya, salah satu yang berlegar kepada saya adalah mengenai perbezaan pendapat. Yang pertama saya musykil adalah mengenai Agama Islam, bagi seorang yang suka mencari kebenaran dalam kehidupan. Maka banyaklah yang dipersoalkan kenapa timbul terlalu banyak perbezaan dalam pelbagai sudut. Maka saya mencari buku-buku, artikel-artikel di Internet untuk mencari jawapan. Dalam banyak-banyak saya merasakan penulisan Hafiz Firdaus Abdullah ini di susun dengan baik sekali. Tetapi saya sentiasa berhati-hati kerana belajar melalui pembacaan ini tidak sama dengan berguru atau Talaqi. Di khuatiri akan sesat. Dalam penulisan ini di susun mengikut bab.
1. Sejarah Kemunculan Mazhab | 2. Berkenalan Dengan Para Imam Mazhab | 3. Pegangan Dan Prinsip Para Imam Mazhab | 4. Sebab-Sebab Wujudnya Perbezaan Pendapat Antara Para Imam Mazhab | 5. Teladan Para Imam Mazhab Dalam Menghadapi Perbezaan Pedapat | 6. Beberapa Contoh Sikap Taksub Mazhab | 7. Perintah Allah Mentaati Al-Qur’an dan Rasul-Nya | 8. Kepentingan Mazhab Kepada Umat Islam | 9. Wasiat Para Imam Mazhab Kepada Umat Islam | 10. Adakah Seruan “Kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah” Bererti Meninggalkan Ajaran Para Imam Mazhab ? | 11. Memilih-milih Antara Mazhab. | 12. Berusaha Menjauhkan Taqlid
Saya berkongsi pautan untuk sahabat-sahabat menghayati kronologi pemikiran dan pendekatan yang saya ambil sebelum ini. Secara umumnya perbezaan pendapat di kalangan imam-imam ini tidaklah sehingga mereka mencela sesama mereka. Bahkan menghormati pandangan sesama mereka. Maka kalau semua orang mampu mengawal diri dan pengikut-pengikutnya maka saya tidak melihat perbezaan pendapat akan menjadi sebab kita bergaduh sesama sendiri.
Kerana saya telah bersara daripada menjadi mahasiswa dan sedang mengorak langkah ke dunia luar, maka saya juga sedang berfikir-fikir untuk masuk ke dunia politik luar. Saya ingin belajar dan mengalami pengalaman sebenar tetapi walaupun saya mempunyai kecenderungan terhadap parti politik tertentu, tetapi saya masih tidak mendaftar lagi di mana-mana parti politik kerana saya perlu sedikit masa untuk menganalisa dan bermuhasabah mengenai kepentingan masa depan saya.

Pertama kerana kebiasaannya pemikiran saya juga boleh membawa kemudaratan kepada parti politik itu kerana saya seorang yang agresif, sukakan perubahan. Bagi sebuah parti politik yang suka pegangan tradisional dan lambat berubah mengikut zaman maka saya fikir, saya akan membawa kesusahan, kerana perubahan yang saya inginkan. Ini berdasarkan pengalaman saya di kampus, pemikiran saya sedikit sebanyak membuat kesusahan kepada pemimpin ideologi yang gusar kepada perubahan dasar, pendekatan dan pemikiran. Saya perlukan sedikit masa sebelum keputusan muktamad saya ambil. Mungkin juga saya akan menjauhi politik dan hidup sebagai rakyat biasa.

Menjadi biasa? Ya satu persoalan yang berlegar-legar di benak saya. Kerana saya sering ingin menjadi luar biasa. Maka saya terkadang menjadi serius. Untuk memastikan saya tidak terlalu jauh ke dalam, maka saya juga mempunyai kesukaan seperti orang lain, waktu relax, seperti orang muda sukakan wayang/drama/movie, melancong dan membaca.

Saya mengikuti beberapa slot yang saya minati, pastinya kawan-kawan terdekat tahu saya adalah “Korean Fan”. Berpuluh drama telah saya ikuti. Bukannya saya tidak mnyokong industri tempatan. Tetapi bagi saya garapan tema kekeluargaan, percintaan, persahabatan pada drama korea adalah lebih menghiburkan. Mungkin teknik garapan, audio/muzik, sinemetrogafi adalah lebih dekat dengan jiwa saya. Tolak ke tepi elemen-elemen budaya yang tidak bagus, ambil yang positif. Saya kira 80% jalan cerita adalah bagus untuk mengisi minda anda dengan nilai-nilai murni dalam cerita. Sedar tidak sedar, ianya akan memainkan peranan kepada anda dalam menterjemahkan gaya hidup dan perlakuan anda.

Membaca? Inilah bahagian yang paling sukar untuk saya terangkan kepada kenalan saya. Apabila saya membaca, maka saya berada dalam dunia lain. Saya tenggelam dalam keasyikan penceritaan. Ketika ini kalau anda memanggil, bercakap atau bertanya, maka anda sedang berhadapan dengan batu atau tiang lampu. Jangan berkecil hati kerana jujur saya tidak mendengar. Anda perlu ketuk kepala saya terlebih dahulu. Saya tahu ade beberapa orang pernah terasa hati, pernah jiran saya mengomel mengatakan saya sombong kerana tidak mengendahkan panggilannya walaupun saya 50 meter daripadanya kerana saya sedang membaca buku. Saya benar-benar tidak sedar. Saya juga harus berterima kasih kepada UTHM kerana menjadi lubuk buku saya. Had maksima 12 buku sekali pinjam benar-benar membantu saya menjimatkan wang saku saya yang diperuntukkan untuk pembelian buku. Malah boleh disambung-sambung perkhidmatan melalui online. Ketika ini di dalam koleksi saya yang masih di pinjam yang benar-benar membantu saya dalam mengisi hari-hari lapang saya dan benar-benar memberi motivasi kepada saya ialah ;
(1) Dari puncak Baghdad , Sejarah Dunia Versi Islam.” Tamim Ansary” (2) Champion “ Darmadi Darmawangsa” (3) Kuasa Infiniti “ Anthony Robbins” (4) 7 Tabiat Orang Berkesan “ Stephen R. Covey” (5) Tabiat Ke-8 “ Stephen R. Covey”
Hobi saya ketiga adalah melancong, iniadalah hobi berkos tinggi, saya bertuah kerana semasa menjadi pemimpin mahasiswa berpeluang melancong sambil belajar, walaupun wujud perspektif daripada mahasiswa sebelum ini yang mengatakan satu pembaziran, sebenarnya tidak, kerana tanpa pengalaman seperti ini anda tidak akan menjumpai misteri dunia luar daripada Malaysia. Tetapi pada tahun lepas, bukan sahaja pemimpin mahasiswa yang berpeluang ke luar negara tetapi melalui Program Mobiliti Pelajar, mahaiswa yang berkelayakan, ramai yang telah pergi, pastinya satu pendekatan yang bijak dan boleh meredakan sentimen yang tidak sepatutnya. Saya berpeluang ke Thailand, Pulau Phuket untuk satu konvensyen, perkara unik adalah makanannya, itulah Tom Yam yang paling sedap dan lazat saya pernah nikmati. Deretan kedai cenderamata pada waktu malam, menjadikan saya rabun mata, tetapi yang tidak sedapnya adalah selang seli juga terdapat pub, disko, dan rumah-rumah tumpangan yang tidak perlu saya sebutkan.

Saya juga pernah ke Mesir bersama MPP 07/08. Kerana saya seorang peminat arkeologi dan sejarah. Saya betul-betul gembira kerana cadangan dan lobi saya pada ahli-ahli MPP 07/08 ke Mesir berjaya. Pada mulanya mereka bercadang ke Jepun atau Australia. Dengan hujah-hujah yang mantap saya mendapat undian yang majoriti ke Mesir. Selain sejarah Mesir yang panjang tetapi juga saya ingin melihat salah satu tempat sejarah Islam bertapak. Kota Salahaddin Al Ayubi di Mesir pasti mengingatkan kita si Penakluk Kota Baitul Maqdis ini. Bagaimana sekarang? Kota ini di bawah Israel. Adakah seorang lagi sepertinya? Mungkin tidak sekarang kerana umat Islam sedang sibuk menjatuhkan satu sama lain. Di wilayah seperti Malaysia, UMNO dan PAS sedang sibuk bergomol. Di Palestin, Fatah dan Hamas pula. Di kampus Pro- Aspirasi dengan Pro-Mahaiswa. Tidak habis-habis. Maka tidak perlulah fikir jauh. Cukuplah bergomol di kampung sahaja. Tidak usah berlaung-laung nak selamatkan Palestin kalau sibuk dengan pertelingkahan adik beradik di kampung. Yang bergaduh pun bukan hal besar, hanya bergaduh rebutkan telur “itik” sahaja mengalahkan perang dengan Israel gamaknya.
Yang terkahir adalah misi khidmat masyarakat di Kemboja untuk membantu umat Islam Champa di sana. Rata-rata keluarga di sini bergantung kepada sektor perikanan bagi sumber ekonomi utama di mana terletaknya perkampungan ini adalah sepanjang sungai Mekong. Penduduk di kampung ini juga menternak ikan Toman di dalam sangkar di Sungai Mekong. Ternyata rata-rata penduduk di kampong ini adalah majoriti masyarakat Melayu Champa hidup dalam kemiskinan berbanding dengan kaum Khmer di Kemboja. Sedikit mengejutkan ialah rupa-rupanya di sini bahan keperluan adalah mahal, di mana keluarga angkat semata-mata kerana saya, membeli gula sebanyak segenggam sahaja bagi tea yang dihidangkan kepada saya. Malaysia benar-benar bumi bertuah. Tetapi berapa ramaikah yang ingin bersyukur?
Penulisan saya, kembali kepada perkiraan asas saya pada perenggan pertama, andai kata 63 tahun adalah kayu pengukur umur saya, maka saya ada 37 tahun daripada sekarang untuk melakukan sesuatu yang hebat. Nabi Muhammad terima wahyu umur 40, meninggal umur 63, hanya 23 tahun berdakwah tetapi lihatlah peninggalannya.
Kesimpulannya 26 tahun tidaklah terlewat untuk melakukan permulaan kepada satu penghijrahan? Saya berazam untuk berubah untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Maka ucapan-ucapan selamat hari lahir moga-moga doa kalian semua kepada saya termakbul.

Terima kasih tak terhingga kepada ibu-bapa saya yang melahirkan saya, adik-beradik yang menyokong saya selama ini, ucapan selamat hari lahir daripada sepupu, sahabat-sahabat sekolah rendah, menengah, politeknik dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, keluarga angkat di Gopeng, Perak, “Family” MPP UTHM Sesi 07/08, 08/09. 09/10, 10/11, Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM. Antara yang paling sweet daripada cikgu sekolah rendah saya Cikgu Illamangai. Dan tak lupa kepada peminat-peminat saya ( ada ker?) haha.
Kawan-kawan sekolah rendah. Cikgu Ilamnggai yg tengah tu ucap besday dalam FB. Terharu beb….
Kenangan bersama kawan kelas Politeknik.

Kenangan kawan kelas FPTek UTHM. Lawa-lawa semua nampak….heee
Kenangan bersama Anak Perak UTHM.
Satu-satunya perkara yang membuat saya berasa tua adalah ketika saya berjalan-jalan di pantai tepi rumah saya, semalam, seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun saya kira, memanggil saya pakcik, “Pakcik…. Pakcik…. Cantiknya Istana pasir tu…. “
Dengan segera saya menjawab “ Adik manis, salah bahasa tu…. Panggil abang okey!!! “

“ Tapi mak saya cakap, kena hormat panggil org yg lebih tua yg ada janggut panggil pakcik”

( dalam hati… “geramnya…. Janggut je pun…. Tapi muda laa…. “ ) sambil tersengih……

Semoga mendapat iktibar ye rakan-rakan….Sekian, terima kasih.

Yang mencintai kamu semua ,





Mohd Fadzil bin Abdul Hanid. – Sempena Ulang Tahun ke-26 –

Program Mobiliti Pelajar ke Kemboja

Program Mobiliti Pelajar ke Kemboja

Phnom Penh (Ibu Kota Kemboja)

Phnom Penh merupakan ibu kota kepada negara Kemboja. Negara ini juga mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan seperti di Malaysia. Terdapat tiga buah sungai utama iaitu “Tonle River”, “Mekong River”, “Bassac River” dan Tasik Tonle Sap yang memainkan peranan penting kepada pembangunan eknomi di negara ini. Bahasa yang biasa digunakan ialah “Khmer”, English dan “French”. Sebenarnya negara ini juga mempunyai empat musim iaitu pada Disember-Februari, cuacanya sejuk dan kering, Mac – Mei ialah panas dan kering, Jun – Ogos ialah panas dan lembap dan September – November ialah sejuk dan lembap. Hari yang paling panas mencatat sehingga 35’C dan cuaca sejuk di sekitar 20’C.


Program Mobiliti Pelajar ke Kemboja telah berlangsung pada 26 hingga 29 Disember 2010 dalam misi memperkasa aspek pengantarabangsaan UTHM, Program ke Kemboja kali ini juga bagi menonjolkan keperihatinan warga UTHM terhadap nasib golongan minoriti Muslim di Kemboja iaitu golongan Melayu Champa. Misi utama program ini adalah bagi menjalankan program kemasyarakatan di Kampung Chroy Metrey yang berada di wilayah Kandal.
Sejarah Negeri-negeri Melayu Champa tertegak antara abad ke-3 hingga abad ke-15 Masihi dengan kekuatan dan pengaruh yang meluas. Sepertimana keseluruhan Nusantara Melayu, fahaman Hindu-Buddha mencorak pemerintahan beraja dengan unsur-unsur ketuhanan yang menjadi sumber pujaan rakyat.

Pada zaman pemerintahan rejim komunis Pol-Pot di Kemboja pada tahun 1975-79. Bangsa Melayu-Champa yang keseluruhannya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Cham serta mempunyai adat resam dan sejarah yang tersendiri menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai. Sejak tahun 1974 lagi ‘alim ulama’ Islam sudah mula dibunuh. Apabila Pnom Penh, ibukota Kemboja jatuh pada tahun 1975, keseluruhan ahli Majlis Mufti Kemboja telah ditangkap, dipenjara dan kemudiannya terus dibunuh. Imam Abdullah bin Idris Mufti Kemboja turut syahid.

Faham komunis dan ras yang dijiwai oleh Pol Pot dengan impian kemegahan bangsa Khmer seperti zaman Angkor buat tidak dapat menerima kewujudan Bangsa Cham di bumi Kemboja. Polisi pembunuhan langsung dimulakan terutamanya di tebing timur Sungai Mekong mulai tahun 1978. Namun rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama mereka yang sabar. Vietnam dengan bala tentera yang besar telah melanggar Kemboja dan menjatuhkan pemerintahan rejim Pol Pot pada 7 Januari 1979.

Pada keseluruhannya 90,000 atau 36% umat Islam mati di antara tahun 1975-79 di Kemboja. Nisbah ini lebih tinggi daripada anggaran 21% keseluruhan rakyat Kemboja yang turut terkorban iaitu 1.67 juta daripada jumlah penduduk 7.89 juta pada tahun 1975

Program mobiliti pelajar ke Kemboja ini juga turut serta delegasi UTHM yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama yang diketuai sendiri Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin yang memberi tumpuan terhadap penerokaan kerjasama strategik UTHM dengan beberapa pihak di Kemboja. Dalam menjalin hubungan dan kerjasama strategik ini, delegasi UTHM yang turut disertai Ahli Lembaga Pengarah UTHM, Mejar Jeneral (B) Dato’ Md Ismail Ahmad Khan dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Abdul Aziz Dato’ Abdul Samad telah mengadakan lawatan ke Royal University of Phnom Penh, Institut Teknologi Kemboja, Public Bank Kemboja, dan Kedutaan Malaysia di Kemboja.

Manakala kumpulan kedua diketuai oleh Dekan Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Dr. Asri Selamat bersama-sama mahasiswa UTHM seramai 10 orang mengadakan program kemasyarakatan di Kampung Chroy Metrey yang berada di wilayah Kandal.


Di kampung ini juga, sekumpulan 10 orang pelajar UTHM telah berkampung selama tiga hari dan tinggal bersama-sama keluarga angkat di situ. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah diadakan, antaranya mereka telah membantu penduduk kampung memasang lantai jubin di masjid, member motivasi kepada anak-anak penduduk kampung serta melaksanakan kenduri sekampung yang melibatkan penyembelihan seekor lembu dan enam ekor kambing. Kesemua perbelanjaan untuk aktiviti kemasyarakatan ini adalah hasil sumbangan warga UTHM.

Bermula satu perjalanan dengan peserta berkumpul di UTHM sebelum bertolak ke KLIA dengan bas. Rombongan pelajar ini terdiri daripada 10 orang mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terdiri daripada , Mazni Sariff, Mohd Hafiz Ariffin, Ahmad Syouqi Rukaini Said Ramli, Muhamad Aiman Idris, Pua Tiong Eng, Mohd Fadzil Abdul Hanid, Nik Muhd Afnan Nik Muhd Afandi, Mohd Latifi Mahmood, Fauzul Asrar Osman dan Ansharullah Hassan.
Kami berlepas daripada Terminal Antarabangsa KLIA dengan penerbangan Air Asia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja beberapa jam kemudian. Lapangan terbang ini boleh dianggap setanding dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Agak kecil dari segi saiz, tetapi mewah tentang hiasan.

Kami telah di jemput oleh saudara Romzi, mahasiswa UTHM yang berasal daripada Kemboja bersama-sama dengan ahli keluarganya. Perjalanan kami bermula dengan menyusuri jalan-jalan kampung dan singah di Masjid Antarabangsa Dubai. Di sana kami solat jamak dan bertemu dengan kumpulan pertama yang diketuai Dato Naib Canselor. Selepas solat, taklimat program telah diberikan oleh Dr Asri telah tentang perjalanan aktiviti program Khidmat Masyarakat di Kemboja. Program khidmat masyarakat ini akan diadakan di Kampung Chroy Metrey.

Selepas sesi taklimat itu, Naib Canselor UTHM, memberikan kata semangat kepada peserta-peserta dan pengiring dari UTHM. Sebelum bersurai Ustaz Shahril, pegawai Pusat Islam UTHM telah membacakan doa supaya segala program berjalanan dengan lancar dan selamat. Kemudiannya, sesi penyerahan cenderamata kenang-kenangan daripada UTHM kepada Imam masjid.

Sebelum bertolak pergi ke destinasi seterusnya, delegasi UTHM bergambar kenangan dengan Imam Masjid tersebut. Perjalanan kemudian diteruskan dari bandar Siem Reap ke Kampung Chroy Metrey, kami dapat melihat kampung-kampung masyarakat kamboja dan kehidupan mereka banyak bergantung kepada pertanian padi dan perikanan.

Sebelum kami bersama-sama keluarga angkat, terlebih dahulu kami singgah di rumah saudara Romzi dan keluarganya, Semua peserta berkumpul di rumah Romzi, barang yang di bawa dari UTHM dikumpulkan di satu tempat dan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk diberikan kepada orang kampong bagi misi keesokan harinya, Barangan seperti Al-Quran, telekung, Surah Yassin dan lain-lain barangan di agih-agihkan mengikut kapasiti keluarga angkat. Sebelum beredar, kami di hidangkan makan malam iaitu masakan istimewa di Kemboja iaitu ikan Toman.

Setibanya kami di kampung itu, kami dibahagi-bahagikan kepada beberapa keluarga angkat. Kami tiba lewat malam dan selepas bertegur sapa, kami terus masuk tidur dan tidak lama kemudian terlelap keletihan.

Rata-rata keluarga di sini bergantung kepada sektor perikanan bagi sumber ekonomi utama di mana terletaknya perkampungan ini adalah sepanjang sungai Mekong. Penduduk di kampung ini juga menternak ikan Toman di dalam sangkar di Sungai Mekong. Ternyata rata-rata penduduk di kampong ini adalah majoriti masyarakat Melayu Champa hidup dalam kemiskinan berbanding dengan kaum Khmer di Kemboja.

Sarapan pagi kami dimulakan dengan sekeping roti panjang bersama-sama telur. Sedikit mengejutkan ialah rupa-rupanya di sini bahan keperluan adalah mahal, di mana keluarga angkat semata-mata kerana kami, membeli gula sebanyak segenggam sahaja bagi tea yang dihidangkan kepada kami.

Selepas sarapan, kami semua berkumpul di belakang Masjid Ar-Rahmani Kampung Chroy Metrey. Mahasiswa UTHM dan beberapa penduduk kampung Chroi Metrei bekerjasama dalam membantu dalam proses penyembelihan seekor lembu yang dilakukan oleh Ustaz Shahril, pegawai Pusat Islam UTHM.

Setelah lembu dibaringkan dan bersedia. Lembu tersebut disembelih dengan bantuan Ustaz Shahril dan penduduk kampung. Selepas selesai menyembelih lembu , 7 ekor kambing turut dikorbankan bersama-sama.

Orang kampung dan peserta UTHM bergotong royong melapah daging lembu dan kambing. Suasana masa ini cukup meriah dengan anak-anak muda dan orang tua membantu kami melapah daging tersebut dengan mengambil masa yang singkat untuk menyelesaikan seekor lembu dan 7 ekor kambing. Selepas itu, kami mengangkat daging tersebut ke tempat masakan di sebelah Masjid Ar-Rahmani.

Di tempat masakan kami bersama orang kampung bergotong royong untuk memasak makanan tengah hari. Orang kampung telah memilih untuk memasak nasi beriayani Kemboja, kambing bakar dan masakan daging Lok Lak.

Aktiviti seterusnya adalah pemasangan jubin baru di laluan jalan kaki di antara tempat wudhu` dan masjid. Penduduk kampung dan peserta UTHM bekerjasama menyiapkan pemasangan jubin sehingga waktu makan tengahhari.

Majlis penutup dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) , Profesor Dr. Abdul Aziz bin Dato’ Abdul Samad dengan meletakkan jubin yang terakhir.

Selain itu, kami juga bersama-sama penduduk kampung memasak daging tersebut bersama-sama. Kegembiraan dan keriuhan memasak bersama-sama seperti kenduri kahwin di Malaysia.

Selepas solat Zuhur, kami beserta penduduk-penduduk kampung menyambut ketibaan lembaga pengarah dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) serta staf UTHM bagi program kenduri sekampung. Penduduk kampung berkumpul di Masjid Ar-Rahmani mengambil kesempatan untuk bersalaman-salaman dengan staf dan peserta UTHM.

Seterusnya jamuan makan bersama-sama penduduk kampung penduduk kampung sempena kenduri sekampung.

Aktiviti pada petang diteruskan dengan pelajar lelaki yang beragama islam yang belajar di Islamic Centre di Kampung Chroy Metrey mendengar ceramah yang diketuai oleh Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Dr Asri bin Selamat. Beliau menekan tentang betapa pentingnya ilmu untuk kehidupan. Intipati utama ialah ilmu sahaja dapat mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Beliau juga memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak kampung supaya gigih belajar sampai peringkat yang lebih tinggi. Dr Asri juga menerangkan juga universiti yang terdapat di Malaysia dan membawa beberapa pelajar UTHM ke hadapan untuk dijadikan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar ini. Pada sesi soal jawab, Dr Asri menjawab segala persoalan daripada pelajar antaranya bagaimana hendak memasuki UTHM. Sebelum bersurai, doa telah dibacakan oleh Ustaz Shahril.Sesi seterusnya adalah sesi bergambar dengan pelajar lelaki di Islamic Centre Kampung Chroy Metrey.

Selepas itu, sesi ceramah bersama pelajar perempuan yang beragama islam yang belajar di sekolah agama perempuan di Kampung Chroy Metrey. Sesi diakhiri dengan bergambar dengan pelajar perempuan. Seterusnya pelajar dan staf UTHM melawat ke tempat pembelajaran mereka. Beberapa staf dan pelajar UTHM memberikan kata semangat kepada pelajar.

Pelajar UTHM juga tidak melepaskan peluang untuk membantu pelajar kampung ini dengan mengajar bahasa Inggeris yang mudah kepada pelajar. Kaedah ini memberikan peluang kepada kami dapat mendekatkan diri dengan pelajar di kampung ini.


Majlis penutup, sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) kepada Imam Masjid dan ketua kampung. Di samping itu cenderahati juga diberikan kepada keluarga angkat peserta UTHM sambil di bantu oleh pelajar UTHM.

Selepas waktu asar, program diteruskan dengan aktiviti riadah bersama penduduk kampung, kami semua telah di bawa menyelusuri sungai Mekong dan kemudian ke sebuah pulau pasir di tengah-tengah sungai. Suatu pengalaman yang mendebarkan kerana menaiki sampan kayu tanpa jaket keselamatan. Bunyi desiran enjin bot dan deruan air dibelah bot beserta angin sejuk memberikan suatu pengalaman yang cukup menggembirakan dan kepuasan tidak terhingga kepada kami semua.


Setibanya di pulau pasir tersebut, penduduk kampung membuat barbeku tetapi menggunakan ikan Toman yang di panggang beserta jagung bakar. Sementara ada di antara kami mengambil kesempatan bermandi manda di Sungai Mekong, walaupun pada mulanya agak gusar kerana kami diuar-uarkan dengan buaya Sungai Mekong, tetapi gurauan tersebut kami abaikan sebaik sahaja melihat penduduk kampung terjun ke dalam sungai.

Setiap permulaan adanya pengakhiran, setelah menghabiskan waktu senggang bersama keluarga angkat, akhirnya tiba waktu berpisah. Rata-rata antara kami berasa sedih meninggalkan keluarga angkat masing-masing kerana walaupun perkenalan ini hanya singkat tetapi keramahan masyarakat kampung kepada kami telah menyedarkan kami betapa di dalam hati kami semua pesaudaraan sesama Islam membuatkan kami merasakan khidmat kami terlampau sedikit berbanding dengan apa yang diperlukan oleh masyarakat Islam di Kemboja. Ini telah membuatkan kami semua besyukur dengan nikmat kemakmuran dan keharmonian yang telah kami perolehi di Malaysia. Kesimpulannya, program mobiliti ke Kemboja berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektif. Rumusannya lawatan ini berjaya menunjukkan komitmen yang baik antara mahasiswa UTHM dalam membantu bersama-sama membangunkan masyarakat Islam Champa di Kemboja. Program dan aktiviti kemasyarakatan di Kemboja telah berjaya memupuk semangat tolong-menolong, kerjasama, displin di antara kami sebagai mahasiswa UTHM sekaligus membawa nama universiti ke persada antarabangsa.Penulis : Mohd Fadzil bin Abdul Hanid

Gambar : Mohd Fadzil, Latifi, Ehsan, Nik Afnan