BAB 3 : Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia
Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara.
Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:
Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);
Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).
Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan
kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah
Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya
sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun
menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem
persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji
sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan
berikut:
- Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;
- Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;
- Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan; dan
- Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem
pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan
untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta
kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama
bagi semua sekolah.
mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem
pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal
berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan
dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak
dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan
jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961
yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada
semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan
yang sama untuk semua pelajar.
pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk
semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan
universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke
sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan
pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah
menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar
yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara
berperingkat mulai tahun 1992.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang
menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan
ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini,
pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan
dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk
semua kaum.
Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada
peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982,
manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras
dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan
yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar
terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai
semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal
diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga
kerja mahir.
pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan
pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada
tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan
dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar
bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada
tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara.
Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi
membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam
pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan
diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang
berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi
Negara 1996 dan lain-lain.
- Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
- Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;
- Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
- Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan
- Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan
perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai
perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem
pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama,
antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan
(Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan
Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)
diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun
2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam
menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat
sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi
program-program pendidikan diperluas.
sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini
KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah,
sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.
1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-4-sistem-pelajaran-masa-kini.html
dan
Lihat 7 Dasar Baru KPM
___________________________________________________________________________________
* Untuk membuka “link” mengikut BAB di bawah, Sila tekan tulisan berwarna MERAH. Kecuali BAB 10 buka ikut subtopik pada tulisan berwarna MERAH.
BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020
1.4 : Islam Hadhari
BAB 2 : KEMENTERIAN
1.1 : Kementerian Pelajaran Malaysia
1.2 : Kementerian Pengajian Tinggi
BAB 3 : SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini
BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI
1.1 : Pendidikan Pra Sekolah
1.2 : Program PERMATA
1.3 : Pendidikan Rendah
1.4 : Pendidikan Menengah
1.5 : Pendidikan Khas
1.6 : Program Pendidikan Khas
1.7 : Sekolah Sukan
1.8 : Sekolah Seni
1.9 : Pembestarian Sekolah
2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
2.1 : Institusi Pengajian Tinggi
2.2 : Pendidikan Swasta
2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2.4 : Sekolah Kluster
2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional
* Tambahan penkhususan bidang di UTHM
BAB 5 : KURIKULUM
1.1 : Teori Pendidikan
1.2 : Kurikulum Prasekolah
1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
1.6 : Pengurusan Kurikulum
1.7 : Program JQAF
1.8 : Kia2M
BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
1.1 : Asrama
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
1.8 : PIBG
1.9 : Skim Baucer Tuisyen
BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum
1.2 : Sekolah Harapan Negara
1.3 : Hari Guru
1.4 : Projek Nilam
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN
1.1 : Perintah-Perintah Am
1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 : Arahan Perbendaharaan
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 : Arahan Perkhidmatan
1.6 : Akta Acara Kewangan
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU
1.1 : KSSR
1.2 : KSSM
1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.4 : MBMMBI
1.5 : 1 Murid 1 Sukan
1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional
1.7 : NKEA
1.8 : NKRA Pendidikan
BAB 10 : BAB TAMBAHAN
A : Dasar, Kurikulum & Sistem
1.1 : SBPA
1.2 : LINUS & PROTIM
1.3 : Tonggak 12
1.4 : PPSMI
1.5 : RMK – 10 ( Pendidikan)
B : Isu Semasa Pendidikan
2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar
2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik
2.3 : Isu Penempatan GSTT
2.3 : Majlis Bahasa Inggeris
2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah
2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional
C : Isu Semasa Negara
3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )
3.2 : Isu Adam Adli
3.3 : BR1M
3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik
3.5 : Bajet 2012
D : Teori Pendidikan
4.1 : Taksonomi Bloom
E : Lain-Lain
5.1 : SPP
5.2 : JPA
5.3 : Sorotan Peristiwa 2011