Close

Mohd Fadzil

Month: January 2012

MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
BERTEMPAT DI
GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE

PADA 06 JANUARI 2012


Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri,
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian

Yang Berbahagia Dato Sri Abd Ghafar bin Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Ketua-Ketua Jabatan,

Dif-Dif Kehormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin,

Tuan-Tuan, Puan-Puan,

Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, kita dapat
berhimpun dalam satu majlis bersejarah yang menandakan permulaan
transformasi pendidikan vokasional, selaras dengan agenda yang telah
digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu mengarusperdanakan
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional. Saya juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan perhargaan kepada pihak penganjur dan
tuan rumah iaitu German Malaysia Institut (GMI) kerana dapat menjayakan
majlis yang amat bermakna ini.

2. Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang
berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan berhasrat
untuk merealisasikan ‘High Income Economy’ atau Ekonomi Berpendapatan
Tinggi. Dalam Model Baru Ekonomi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, Dato` Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dinyatakan
bahawa kejayaan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk
berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu bagi menjana kekayaan
negara merupakan faktor yang kritikal, bagi menentukan pencapaian
kemajuan dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi
nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang teknikal dan
vokasional.

Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

3. Dalam memenuhi aspirasi ini, pendidikan vokasional adalah laluan yang
penting ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi,
berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat
serantau dan juga global serta relevan dengan keperluan semasa. Dalam
hal ini, penekanan terhadap penambahbaikan kualiti Pendidikan Teknikal
dan Latihan Vokasional adalah sangat penting seterusnya menyumbang
kepada mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Peningkatan
kemahiran secara berterusan perlu dilaksana bagi meningkatkan
kebolehpasaran graduan. Sehubungan itu, sistem latihan kemahiran dan
jalinan usahasama dengan pihak industri perlu diperkukuhkan supaya lebih
responsif dan menepati keperluan serta perkembangan ekonomi negara.
Untuk itu, peranan yang dinamik dari pihak yang terlibat menjadi faktor
penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing.
Tugas yang paling mencabar ialah menghasilkan tenaga kerja yang dapat
memenuhi kehendak industri tempatan iaitu sekurang-kurangnya 3.3 juta
pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Para hadirin sekalian,

4. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah proaktif sejak tahun
2009 lagi dengan melihat pelaksanaan pendidikan teknikal dan vokasional
di negara maju dan negara serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran
teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara
Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan ( OECD ) adalah 44%,
berbanding hanya 10% di Malaysia. Jika kita melihat kepada negara-negara
maju, pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu kekuatan
utama dalam sistem pendidikan di semua negara ini. Sebagai contoh, di
Jerman, Finland dan Austria, hampir 50 peratus hingga 80 peratus
pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas
melalui program sepenuh masa (4 -5 tahun) dan program apprenticeship.
Malahan di negara tersebut, pelajar-pelajar diberi pilihan untuk
mengikuti pendidikan vokasional pada peringkat umur 14 tahun lagi. Di
negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar
yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas mejangkau 40 hingga
60 peratus. Dalam pada itu, pendidikan vokasional di sekolah luar
negara juga melibatkan On The Job Training bagi menghasilkan tenaga
kerja kepada industri. Apabila tamat pengajian, pelajar mereka
dianugerahkan sekurang-kurangnya sijil dan ada negara yang menawarkan
sehingga peringkat diploma.

5. Melihat kepada perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara
serantau, pendidikan vokasional di Malaysia perlu dibuat perubahan besar
dan segera. Jika ini tidak dilakukan, kita bimbang negara kita tidak
kompetitif di peringkat global dan terus ketinggalan. Kejayaan perlu
diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik, tetapi
definisi baru kejayaan ialah melalui bidang teknikal dan vokasional.

Dato’-dato’, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan

6. Pendidikan vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah
konsep Pendidikan Untuk Semua ( Education For All ) seperti yang
digariskan oleh UNESCO. Program Pendidikan Asas Vokasional ( PAV ) yang
dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada murid yang
cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan
(work-based) dari peringkat menengan rendah lagi sehingga ke tahap kolej
vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta
( ILKS ). Sebanyak 15 buah sekolah menengah vokasional di setiap negeri
telah dinaik taraf menjadi KV rintis pada tahun 2012 seperti yang
disebutkan tadi. Dengan terlaksananya transformasi ini, maka aliran
vokasional tidak boleh lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua
kerana pelajar-pelajar yang keluar nanti adalah pekerja mahir yang
mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.

Hadirin sekalian,

7. Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa
kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir
urus dan sumber manusia sehingga terbina sistem pendidikan vokasional
yang baharu. Proses dilaksana menerusi lima strategi, lima inisiatif dan
sebelas tindakan. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Buku Pelan
Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional yang akan dilancarkan
sebentar lagi.

8. Lima strategi utama ini merangkumi:
– Transformasi kurikulum pendidikan vokasional
– Transformasi institusi pendidikan vokasional
– Kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri
– Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional.
– Transformasi organisasi pendidikan vokasional.

9. Dalam usaha memastikan latihan kemahiran memenuhi keperluan industri,
Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU)
antara institusi latihan KPM (PAV dan KV) dengan industri kerana dengan
adanya perkongsian teknologi dan kepakaran ini secara tidak langsung
dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar
untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Maka pada hari ini akan
termeterai perjanjian persefahaman (MOU) di antara KPM dengan 11 rakan
strategik iaitu industri, agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS.
Syabas diucapkan kepada agensi awam, swasta serta IPTA dan IPTS yang
terlibat.

10. Ini merupakan langkah permulaan. Saya percaya selepas ini lebih
banyak agensi awam, swasta dan industri akan tampil ke hadapan untuk
sama-sama terlibat dalam proses transformasi pendidikan vokasional yang
sedang berlaku. Kerjasama pihak industri dalam menyediakan latihan
kemahiran amat penting agar latihan melalui “work based learning” dapat
diperolehi oleh pelajar. Kepakaran dan kemudahan yang ada pada kedua
belah pihak dapat dikongsi bersama serta boleh mengelakkan berlakunya
ketidaksesuaian bidang pekerjaan antara industri dengan institusi
latihan kemahiran.

11. Di samping itu, amalan standard kualiti persekiran tempat kerja
melalui konsep 5S yang berasal dari Jepun iaitu sisih, sapu, susun,
seragam dan selalu amal juga telah mula diperkenalkan di sekolah
menengah teknik dan vokasional oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2009. Pelaksanaan
konsep 5S perlu menjadi budaya dalam pengurusan tempat kerja terutama di
bengkel-bengkel dan juga pejabat bagi mewujudkan suasana kerja yang
kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur. Inisiatif ini juga
merupakan langkah ke arah transformasi persekitaran kolej vokasional
supaya amalan budaya bekerja yang berkualiti diterapkan kepada pelajar
KV. Kita mengharapkan graduan KV akan mengamalkan budaya ini apabila
mereka bekerja atau menjalankan perniagaan nanti. Saya difahamkan 8 buah
sekolah akan menerima Sijil 5S dari Malaysia Trodiction Council (MPC)
pada hari ini. Sayabas diucapkan.

12. Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia, kementerian dan agensi-agensi lain dalam
usaha menjayakan transformasi pendidikan vokasional ini. Kepada seluruh
warga Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM, SMT/V dan Kolej
Vokasional, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya, Tingkatkanlah usaha dan
bekerjalah dalam satu pasukan untuk meningkatkan kecemerlangan
pendidikan vokasional demi masa depan negara. Jadikanlah usaha ini
sebagai agenda penting pembangunan modal insan negara yang kita cintai.

13. Dengan lafaz Bismillah-ir Rahman-ir Rahim, saya dengan sukacitanya
merasmikan Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional,
Kementerian Pelajaran Malaysia..

Wabillahi al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekian, terima kasih.

ISU PENEMPATAN GSTT

ISU PENEMPATAN GSTT

7,079 GSTT ke jawatan tetap

PUTRAJAYA: Seramai 7,079 daripada 13,184 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di seluruh negara akan diserapkan dalam jawatan tetap selepas mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih, mulai Januari ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata langkah itu membuktikan komitmen Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menyelesaikan isu membabitkan 13,184 guru GSST di seluruh negara.

Beliau berkata, sebenarnya seramai 1,799 daripada 13,184 guru GSTT terbabit sedang mengikuti latihan perguruan menerusi mod kursus dalam cuti (KDC) di IPGM di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu.

“Bagaimanapun, pada hari ini (semalam), kita memutuskan untuk memberi peluang kepada 7,079 guru GSTT mengikuti latihan perguruan di IPTA dan IPGM di seluruh negara mulai Januari depan.

“Ia dilakukan selepas proses saringan permohonan daripada GSTT menerusi kaedah penyerapan di bawah Skim Perkhidmatan Pelajaran selesai,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu GSTT di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 4,433 GSTT akan mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah KPLI (DPLI) di IPTA (mulai Februari 2012).
“Selebihnya akan mengikuti kursus menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPGM di seluruh negara mulai 9 Januari depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kementerian menolak 2,788 permohonan lain kerana GSTT terbabit gagal mengemukakan maklumat lengkap atau dokumen asal ketika menghadiri temu duga sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, kementerian bersedia memberi peluang membenarkan guru terbabit membuat rayuan dengan mengemukakan permohonan lengkap bersama salinan sijil asal yang sudah disahkan untuk pertimbangan semula kementerian sebelum tarikh tutup pada 26 Disember ini.

“Kementerian juga menolak permohonan 2,012 calon lain kerana tidak memenuhi syarat minimum iaitu berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut.

“Selebihnya, 916 permohonan lagi ditolak kerana berumur lebih 35 tahun iaitu melebihi had ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK

PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Wang Bantuan RM100 kepada Pelajar

Wang Bantuan RM100 kepada Pelajar tahun 2012 dari Kementerian Pelajaran Malaysia

Wang bantuan RM100 ini diberikan lanjutan daripada janji kerajaan pada Bajet Negara yang dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Matlamat pemberian wang bantuan


Matlamat pemberian wang bantuan rm100 ini ialah meringankan beban ibubapa yang terpaksa menanggung beban mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi membeli perlatan-peralatan sekolah dan pakaian untuk anak-anak yang bakal memulakan persekolahan pada bulan Disember 2011

Siapa yang layak terima?


Wang bantuan rm100 ni layak diterima oleh ibu bapa pelajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Setiap pelajar akan menerima rm100 setiap seorang. Pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan rm100 ini ialah mereka yang bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan,Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan dan Sekolah Agama Negeri.

Bila wang bantuan rm100 mula dibayar


Ianya mula dibayar mulai 15 November 2011 dan akan berakhir pada tarikh yang akan diumumkan oleh kerajaan kelak.

Bagaimana wang ini dibayar


Wang bantuan ini dibayar dengan cara tunai kepada ibu bapa. Pihak sekolah akan mengeluarkan borang akuan penerimaan/penolakan dan setelah diisi ibu bapa perlu mengembalikannya kepada pihak sekolah.

Tanggungjawab pihak sekolah mengagihkan wang bantuan

  • Pelajar-pelajar yang layak menerima wang bantuan perlulah dikenalpasti dan disenaraikan .
  • Pembayaran hendaklah dilakukan secara tunai kepada ibubapa setelah wang dikeluarkan daripada Bank Simpanan Nasional.
  • Wang bantuan tidak boleh diberikan dalam apa-apa bentuk seperti cek, wang pos, baucar atau lain-lain kecuali tunai sahaja.
  • Wang bantuan hendaklah diberikan kepada pelajar-pelajar yang layak menerima dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh wang tersebut diterima oleh pihak pentadbiran sekolah-sekolah.
  • Pihak sekolah hendaklah memastikan ibu bapa yang telah menerima wang bantuan rm100 menurunkan tandatangan di dalam borang Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dan proses ini hendaklah disaksikan oleh oleh 2 orang guru sekolah

Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Satu program bantuan kewangan
untuk rakyat Malaysia yang tinggal dalam isi rumah yang berpendapatan
kurang daripada RM3,000 sebulan.

Syarat Permohonan


Seorang pemohonan yang ingin mendapatkan bantuan ini mestilah:


  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah.
  • Berkahwin
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
  • Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan.


Untuk tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti berikut:


  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera
  • Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)


Syarat Permohonan Bantuan RM500


Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah


Bantuan Kewangan RM500 ini diberikan
kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga yang layak. Ketua Isi Rumah
dan Ketua Keluarga dijelaskan dalam gambar di bawah. 


Syarat Permohonan Bantuan RM500


Ilustrasi Isi Rumah


Ilustrasi Isi Rumah

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata yang lain, jabatan ini adalah seolah-olah Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta. Mulai daripada 1 Oktober 1998, JPA melaksanakan MS ISO 9000 dan diiktirafkan dengan sistem kualiti tersebut pada 21 Ogos 1999.


Objektif


Menjadi agensi yang berprestasi tinggi dalam membekalkan sumber tenaga manusia yang berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:

  • Cepat dalam semua tindakan;
  • Layanan mesra kepada pelanggan;
  • Menepati masa yang dijanjikan;
  • Telus dalam semua peringkat pengurusan;
  • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
  • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi (availability) dan boleh dipercayai (reliability); dan
  • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.


Misi

  • Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan dalam urusan personel sektor awam.
  • Menggubal dasar personel sektor awam termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, gantirugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif dan penghargaan.
  • Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam yang berkualiti.
  • Menentukan saiz dan struktur yang optimum.
  • Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mengujudkan suasana yang harmonis.


Fungsi


Fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk:

  • Menjadi penasihat utama kepada Kerajaan Malaysia dalam urusan sumber manusia sektor awam (di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam);
  • Merancang keperluan tenaga manusia sektor awam;
  • Menggubal dasar sumber manusia sektor awam, termasuk pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, latihan, gaji, elaun, kemudahan, faedah persaraan, ganti rugi kemalangan, suasana kerja, motivasi, insentif, dan penghargaan (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)); dan
  • Menguruskan hubungan majikan dan pekerja ke arah mewujudkan suasana yang harmonis (di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)).


Sejarah


Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bermula sebagai Pejabat Perjawatan Tanah Melayu di Singapura pada 22 Ogos 1934. Dengan pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, pejabat itu berpindah ke Kuala Lumpur. Pejabat Perjawatan Persekutuan kemudian ditubuhkan pada 1 Julai 1954 melalui percantuman Pejabat Perjawatan Tanah Melayu, Cawangan Perkhidmatan Pejabat Ketua Setiausaha, serta Bahagian Perjawatan Perbendaharaan Persekutuan.

Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan menukarkan nama kepada Pejabat Perjawatan Malaysia dan kemudian 15 Ogos 1968 menukarkan nama semula lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Nama jabatan ini telah dikekalkan sejak masa itu.

Ketua Jabatan

01 Jul 2010 – (Kini) Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui penguatkuasaan Akta A193 dan P.U.(B)556/1973. SPP merupakan agensi/jabatan di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Menteri yang bertanggungjawab ke atas SPP ialah Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

SEJARAH Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebih dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran.

Pada 1 September 1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9, Bangunan U.M.B.C. di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, bangunan tersebut adalah merupakan ruang pejabat yang disewa bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada 1 Disember 1973 pula, dengan persetujuan Jabatan Pos dan Kementerian Kerja Raya, SPP telah berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat Kerajaan dan Kementerian Kerja Raya telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk SPP.

Pada pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang terletak di Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur.

Seterusnya pada tahun 1988, SPP telah berpindah ke bangunan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai tahun 1999 hingga kini.

Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak, maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Julai 1976 berdasarkan kepada Education Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976). Urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada peraturan-peraturan Persekutuan sepenuhnya selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah berkuatkuasa Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh tersebut, peraturan-peraturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah Am Negeri, Pekeliling-Pekeliling dan Peraturan-Peraturan yang digunapakai pada masa itu.

Urus setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi tujuan yang sama iaitu melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Bagi urusan kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib ianya dikendalikan secara terus oleh ibu pejabat SPP di Putrajaya. Pada peringkat awal penubuhan SPP, keanggotaan Anggota Suruhanjaya terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat (4) orang Anggota. Mulai tahun 1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini, keanggotaan semasa SPP ialah seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang Anggota. Sepanjang penubuhannya, seramai 8 orang Pengerusi dan 9 orang Timbalan Pengerusi telah dilantik. Dalam tempoh yang sama, seramai 11 orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku Ketua Jabatan.



VISI SPP

Menjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik

MISI SPP

Memberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan Perkhidmatan Bagi Anggota Perkhidmatan Pelajaran

OBJEKTIF SPP

Melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segi pelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota Perkhidmatan Pelajaran dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor pendidikan

PENGERUSI

TAN SRI DR ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG

TIMBALAN PENGERUSI

DATO’ HAJI DANGIRAN BIN HAJI MUSTAPA

Bajet 2012: Ringkasan Pembentangan

Bajet 2012: Ringkasan Pembentangan



Semasa Bajet 2011 (Belanjawan 2011) yang
lepas kerajaan memperkenalkan konsep Bajet Rakyat kerana pada masa itu
Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd.
Najib Tun Haji Abdul Razak mengalu-alukan sumbangan buah fikiran atau pandangan daripada rakyat. Dalam Bajet 2012 ini pula kerajaan sekali lagi meneruskan kesinambungan konsep sebelumnya. Menterjemahkannya sebagai ‘Belanjawan
Transformasi untuk Semua Rakyat Malaysia’, sasaran Bajet 2012 ini adalah
berusaha mencapai keseimbangan yang bakal memberikan kebaikan kepada
pelbagai pihak. Beberapa aspek yang diberi keutaamaan termasuklah janji
kerajaan untuk memastikan terdapat keadilan sosial di samping
mengukuhkan ekonomi bagi kesejahteraan jangka panjang untuk semua
selaras dengan prinsip 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.


BAJET 2012


Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion


Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk
lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping,
(3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5)
bekalan air Samalaju.



Kereta hibrid

Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.



RM1 bilion untuk sekolah

Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500
juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala RM100 juta
diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina),
sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama
bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).



FELDA Global Ventures Holdings

Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan
sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda
syarikat konglomerat global.RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf
infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.



Yuran sekolah

Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua
sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan
ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal
sekolah tahun depan.



Pencen

Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan
sebanyak 2 peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60
tahun.



Kakitangan awam


  • Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat
    awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7
    peratus.
  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.


Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan
polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan
pusat latihan.



Keluarga tentera

RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.



Subsidi


  • Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
  • Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
  • Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35


Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.



Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke
bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon
pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.



Subsidi rumah

Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah
Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah
usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000
dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.



Teksi persendirian


  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
  • Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas
    teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
  • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih
    tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke
    bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.


Perlindungan kepada gelandangan


  • Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah
    sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
  • Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.


Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi
pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini
akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.



Pinjaman TEKUN

Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.



Bonus Penjawat Awam

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit
untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara
kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember
2011.



Meringankan Kos Sara Hidup


  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit
    dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion
    ringgit.
  • Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah
    berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana.
    Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
  • Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar
    sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di
    seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar
    warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta
    tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.


Rancangan Tebatan Banjir


  • Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
  • Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
  • Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
  • Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.


Jika dibandingkan dengan Bajet 2011,
bajet 2012 ini pada saya lebih mengambil kira kepentingan pelbagai
pihak, sama ada kakitangan awam, swasta mahupun rakyat secara umumnya.
Diharap Dewan Rakyat akan meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012
(Bajet 2013) pada persidangan akan datang.

TAKSONOMI BLOOM

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.

2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya.

3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan.

Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

1. Pengetahuan (Knowledge)
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis)
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

RMK10 – Pendidikan

RMK10 – Pendidikan

Bab 5
MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA

Modal insan
merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi
teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada
negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang
berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap
perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.
Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia
merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara. Kelayakan pendidikan
yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran
yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti
yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara
berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi
mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Carta
5-1
menunjukkan
tahap modal insan Malaysia pada masa kini berbanding dengan beberapa negara
berpendapatan tinggi berasaskan ciri tersebut. Masih
terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia
dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa
menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara
lain. Mengikut Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)1,
2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda aras
minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan
7% dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara
relatifnya adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya
mempunyai pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau setaraf dengannya dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan
pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekurangan modal insan mahir akan menjadi lebih
meruncing dalam persaingan global yang sengit memandangkan modal insan
berkualiti 1 TIMSS menyediakan perbandingan dalam pencapaian Matematik dan
Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi pelajar yang
mengikuti lapan tahun persekolahan. Pada tahun 2007, sebanyak 59 buah negara
menyertai kajian ini. akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling
baik. Negara Asia seperti Republik Korea dan Singapura telah berjaya menjadi
negara maju dalam tempoh satu generasi. Kejayaan ini adalah hasil daripada
penentuan yang jitu dan teliti terhadap sektor keutamaan yang perlu diberi
fokus di samping memberi tumpuan kepada usaha membangun, meningkatkan kemahiran
dan menghasilkan modal insan yang diperlukan bagi memacu pertumbuhan sektor
ekonomi tersebut. Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan
usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta
masyarakat. Sehubungan ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor
swasta perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal
insan dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan
memenuhi keperluan setiap rakyat Malaysia di sepanjang peringkat kehidupan.

Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik Korea melalui pembangunan modal insan. Pada
masa kini, Republik Korea merupakan sebuah negara maju dalam semua
aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar dan merupakan
ekonomi yang ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi
kebanyakan negara maju yang lain. Republik Korea juga maju dalam bidang
teknologi dan kadar penembusan jalur lebar yang tertinggi di dunia,
iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di
kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang mempunyai pencapaian
tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa seperti
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Pencapaian ini amat menarik. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea
membangun daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada
negara kuasa besar ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea yang
mempunyai ramai tenaga kerja berkos murah telah menjadikan pendidikan
dan pembangunan modal insan sebagai satu cara meningkatkan produktiviti
bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju. Republik
Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu
diwujudkan sistem pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar
disokong dan boleh berjaya tanpa mengenepikan pelajar yang berprestasi
rendah.Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea memberi tumpuan
kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat, dari sekolah rendah
sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil
termasuk bukan sahaja menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah
sebagai pendidikan wajib, tetapi mempercepat pengukuhan pendidikan
teknikal dan latihan menerusi kerjasama erat dengan chaebol dan
syarikat-syarikat besar di Republik Korea seperti menubuhkan universiti
korporat sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat. Pelaburan yang
besar telah dibuat dalam pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah
enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dianggarkan
seramai 3.6 juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Korea
merekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan
yang diperlukan oleh industri yang diberi keutamaan.

Rangka kerja
pembangunan modal insan yang bersepadu bagi Malaysia

Pendidikan Awal Kanak- Kanak Prasekolah
Pendidikan Asas Pendidikan Tertiari

  • Universiti/ Kolej
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • InstitusiPendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TEVT)


Alam Pekerjaan Pesara/ Kerjaya Kedua Tema
 
▪ Mengarusperdanakandan
memperluas TEVT
 ▪ Meningkatkan
kompetensi siswazah
 ▪ Mempercepat penyusunan
semula pasaran pekerjaan
 ▪ Menarik dan mengekal
bakat terbaik
▪ Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada
▪ Memastikan setiapkanak–kanak boleh berjaya
▪ Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi
pelajar
▪ Membuat pelaburankeataspemimpin unggul
disetiapsekolah
▪ Meningkatkan daya tarik profesion keguruan dan menghasilkanguru
terbaik

Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Kerajaan akan mengguna pakai rangka
kerja pembangunan modal insan yang bersepadu.

 Rangka kerja ini akan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat, bermula
daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari
sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut:
 • Merombak sistem pendidikan untuk
meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan;
 • Meningkatkan kemahiran rakyat untuk
meluaskan kebolehpasaran; dan
• Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara
berpendapatan tinggi.

Penc paia ini mat mena ik. N mun apa y ng leb h mena jubk n ial h kep ntasan
Republi Korea m mbang n daripa a se uah nega a yan mu nah akiba pepera gan
epada negara k as besar ekon mi. Seteng h abad la u, Republi Korea yang memp
nyai amai ten ga ke ja b rkos murah telah enjadikan pen idika dan pemba gunan
modal insa sebagai at 198 Malaysia telah mencapai kemajuan
besar dalam sistem pendidikan dengan kadar literasi dalam kalangan orang dewasa
sekitar 92% dan enrolmen pendidikan rendah yang universal serta merupakan
antara negara yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmen sekolah menengah yang
terpantas. Pendidikan bukan hanya merupakan hak asasi manusia, malah amat
penting kepada perkembangan ekonomi. Prestasi pendidikan yang rendah memberi
kesan negatif kepada masa depan negara memandangkan tahap pendidikan yang
tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sekiranya tahap
pendidikan negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian antarabangsa, serta
jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam
pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan. Prestasi pelajar akan
terus ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Bagi memastikan
pencapaian dan peningkatan pelajar diukur secara objektif dan konsisten dengan
negara lain, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Programme for
International Student Assessment
(PISA) di samping meneruskan penyertaan
dalam TIMSS. TIMSS dan PISA adalah dua alat pengukuran perbandingan pencapaian
pelajar yang diiktiraf tinggi di peringkat global. Dalam penilaian terkini, 59
negara telah menyertai TIMMS pada tahun 2007, dan 65 negara menyertai PISA pada
tahun 2009. Dalam tempoh Rancangan, Kementerian Pelajaran (KPM) akan
menjalankan penilaian dan kajian semula sistem pendidikan secara komprehensif
dengan memberikan tumpuan khusus kepada peningkatan keberkesanan pelaksanaan
program pendidikan. Usaha untuk merombak sistem pendidikan akan berpandu kepada
Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi asas
kepada semua usaha transformasi pendidikan. Matlamat Falsafah ini adalah untuk
membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi melahirkan
individu yang seimbang dari segi keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Bagi memperkukuh hasrat Falsafah ini, penekanan yang lebih akan diberi kepada
penglibatan dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum sebagai usaha ke arah memupuk
pembangunan sahsiah pelajar. Sistem pendidikan negara akan terus menekankan
penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan
2020. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiatkan
bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan
kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan
tinggi.

MEROMBAK SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR
DENGAN SIGNIFIKAN

Pend dika adal h satu
aripada Bidang Keberhasi an Uta a N gara ( KRA). NKR pend dik n merupak n
landasa dan titi permu aan da am saha me ambah aik pre tasi pelajar dalam
sistem pendidi an p ringkat seko ah secara menye uruh serta m mboleh an mere a
me dapat kses ke ada pendidikan yan berkualiti.Sistem pe didika adalah penti g
un uk mempe kuk h daya s ing us seko ah keban gsaa akan teru diperkuk hkan bagi
me jadikann a sekol h p lihan kepad semua rakya Malays a mel lui peni gkatan
piaw ian dan merapatkan urang p estasi ntara sekol h kebang aan Untuk me
percepa pe ambahb ikan p esta i pel jar secara be rkesan, be terusa dan
menyeluruh, Ker jaan tidak a an ha ya mem eri tu mp an ke pada pemb ng un n fiz
kal t tapi a an l bih men mpuka kepad aspek yan memberi mpak be ar kep da
prestasi pelaj r seperti k aliti uru dan epimp nan di sekolah.

 S lara dengan pen galama pelaksana n sist m
pendi ikan erbaik duni dan keper uan un uk enghasilkan ening kat n p restas i
ela jar ya g signifik an, empat s rategi akan iguna akai dal m tempo Rancangan
ni:

Memastikan
Setiap Kanakkanak Boleh Berjaya

Dalam setiap sistem pendidikan yang unggul, kejayaan
setiap pelajar sentiasa menjadi keutamaan. Matlamat ini boleh dicapai melalui
dua pendekatan. Pertama, meletakkan sasaran pencapaian yang sama tinggi kepada
semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau tempat. Pendekatan kedua pula,
menerima hakikat bahawa sebahagian pelajar memerlukan sokongan yang lebih untuk
mencapai piawaian prestasi yang ditetapkan, terutama bagi mereka daripada
kalangan isi rumah 40% terendah. Sehubungan ini, Kerajaan akan terus memainkan
peranan yang besar dan memberi komitmen yang sepenuhnya untuk menyerlahkan
potensi diri setiap kanak-kanak di Malaysia.


Penyediaan
Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak

Pendidikan awal memainkan peranan
penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dan dapat membantu mengurangkan
masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan. Peringkat awal
pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada
perkembangan minda individu

 • Memastikan setiap kanak-kanak boleh ggi kepa a semua pe ajar ta pa m
ngira atar b lakan dan me yedia an bant an da sokonga ya g sistemati teruta a k
pada mer ka y ng ketingg lan dala pem bel ja ran;


M njadikan sekolah
bertanggu ng terhadap p estasi elajar.
Memberik n autono i kepada beberapa aspek peng rusan s
kolah ebagai g njara ke atas p ingkata sig ifika n pe ncapai an pelaja ;


Membuat pe buran bagi
memba ng emimpin n unggul i se iap sekol h.
Membuat pe aburan ya g besa bagi me ningkat an presta i
ke impin n se olah sebagai pemangki utama per bahan m nerusi riteria p milih n
yang ke at, lati an dan p ngurusan rest si yan mantap be rdasa kan pr sta si
pelajar; dan


Me ngkatkan daya ta
kan pr of keguruan dan meng asilkan guru terb ik.
Menja ika profesion k guru n lebih
menarik su aya lebih ramai in ividu berkebo ehan t nggi ermin t menyer ainya,
menin katkan kualiti atihan prakti um, dan mema tapkan penguru an prestas se ta
pembangu n profesio al berta af du ia yang ber erusan.

dan
bersifat kumulatif. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk
meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh
kepada lebih ramai kanak kanak supaya mereka boleh berjaya. Pada tahun 2011,
program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah
(PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik ‘permata’ masa hadapan
negara, akan diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan untuk
menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan
PERMATA adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah
RM1,500. Selepas kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun
2007, sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta
dalam tempoh Rancangan.

Peningkatan Enrolmen
dan Kualiti Prasekolah
Kanak-kanak
yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan
memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan2. Pada masa ini,
kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima
tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan
keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah
dijadikan fokus utama di bawah NKRA Pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam Carta
5-3
, program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada
tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan
prasekolah akan terus dipertingkatkan. Dalam tempoh 2010–2012, sebanyak RM2
bilion diperuntukkan untuk program ini.

Merendahkan Umur bagi
Permulaan Persekolahan

Dengan
pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai
kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah
berbanding amalan sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan
persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini adalah selaras
dengan amalan di negara maju. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat
dan akan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar bandar dan perladangan
terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini
mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal.
2 High Scope Perry Pre-School Study, the United States of America (2005)202 di peringkat awal sangat penting kerana tanpa kemahiran
ini mereka akan menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya.
Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah bertujuan untuk
memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas
tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah. Bagi melaksanakan program ini,
peruntukan sebanyak RM400 juta disediakan dalam tempoh tiga tahun, iaitu
2010–2012.

Memastikan Penguasaan
Literasi dan Numerasi

Peningkatan
kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar keciciran
pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pembelajaran.
Dengan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuh pada
peringkat awal persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran pelajar daripada
sistem persekolahan dapat dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi

Program LINUS memberi tumpuan kepada intervensi awal dengan menempatkan
fasilitator dan guru pemulihan terlatih di sekolah. Sehingga kini, seramai
15,500 fasilitator dan guru pemulihan telahpun dilatih.

Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Kerajaan akan
melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasan
Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam tempoh Rancangan. Program ini bertujuan
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan
bahasa Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna
pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu
di peringkat sekolah rendah. Program MBMMBI akan juga memperkukuh

Program LINUS di seluruh
negara bertujuan meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi murid sekolah
rendah

1 Program ini memfokus kepada intervensiawal (Tahun1-3) untuk kemahiran
literasi dan numerasi. Program sebelumnya hanyamenumpukan kepada
kemahiranliterasi(KIA2M) ataukepada kanak-kanak diTahun4-6 (PROTIM) Meningkatkan
nisbahguru pemulihan daripada seorangguru bagisebuahsekolah kepada
seorangguru bagi15 murid
2 Pengurusan dan penyeliaan diturunkuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah &
dipantau oleh Inpektorat Sekolah. Sebelumini, dipantau secara berpusat
3 Guru terbaik akanditempatkandi Tahun 1 dan 2 iaitu, Program LINUS (bukannya
pada tahun peperiksaaniaitu, Tahun 6)
4 Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui
fasilitatorkhusus(FasiLINUS)
5 15,500 guru pemulihan dan fasilitator program LINUS dilatih pada tahun
2010 Perbezaan program LINUS berbanding program sebelum ini Sasaran Pencapaian Program
Literasi dan Numerasi selepas 3 tahun disekolah rendah pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang
utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa, dan
seni bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa Inggeris ditambah
daripada 4 jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dan
daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) di peringkat
sekolah rendah. Sebanyak empat daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG)
akan menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru.
Kerajaan akan menilai dan memantau keberkesanan program secara berterusan dan
melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar.

Akauntabiliti Sekolah
Terhadap Prestasi Pelajar
Sistem sekolah berprestasi tinggi menetapkan harapan
besar kepada sekolah dalam aspek peningkatan prestasi pelajar, pemantauan
jurang prestasi dan penyediaan sokongan yang sewajarnya apabila sasaran tidak
tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi tumpuan
yang jelas terhadap prestasi pelajar, dan sekolah akan dipertanggungjawabkan ke
atas pencapaiannya.

Meningkatkan Prestasi
Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti Sekolah Secara Menyeluruh

Program Pembangunan Prestasi Sekolah
yang dilancarkan pada April 2010 merupakan usaha yang menyeluruh dengan harapan
dan cabaran yang tinggi, serta meningkatkan motivasi dan sokongan kepada semua
sekolah awam untuk mengukuhkan prestasi pelajar, khususnya sekolah berprestasi
rendah yang amat memerlukan bantuan. Program ini mengandungi elemen elemen
berikut:
Penyenaraian
Kedudukan Prestasi Sekolah:
Setiap tahun semua sekolah akan dinilai dan disusun
mengikut kedudukan pencapaian prestasi. Penjelasan terperinci berkenaan
penarafan prestasi akan dimaklumkan kepada sekolah untuk meningkatkan pemahaman
dan ketelusan terhadap kaedah penilaian yang dibuat. Langkah ini bertujuan
mendorong sekolah untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan membolehkan KPM
menyalurkan sumber kepada sekolah yang amat memerlukan sokongan; dan
Pelan dan Instrumen
Penambahbaikan Sekolah:
Pelan
dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana di semua sekolah awam
sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah membuat penambahbaikan. Instrumen
ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar dan pengetua tentang
prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang perlu ditangani
mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya. Sekolah akan
merangka pelan penambah baikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu
KPM menyediakan sokongan yang sesuai untuk menjayakan pelan tersebut.
Infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, sanitasi dan
alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan
komited bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur asas ini kepada semua
sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Prestasi Sekolah,
Kerajaan akan terus memberi fokus kepada penyediaan kemudahan dan infrastruktur
di sekolah yang amat memerlukan sokongan, khususnya sekolah di luar bandar di
Sabah dan Sarawak.

Peningkatan Prestasi
Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik yang boleh
mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah
ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai
kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT
akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di
dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui
rangkaian bimbingan dan latihan. Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang
2012 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sebanyak 20 SBT telah dikenal pasti
seperti ditunjukkan dalam Carta 5-5. Sekolah ini diberi status SBT
berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri
daripada pelbagai kategori termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah
harian dan sekolah berasrama penuh.

Membuat Pelaburan ke
atas Pemimpin Unggul di Setiap Sekolah

Sistem sekolah
berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai penjana
perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, dan
seterusnya memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional
yang berkesan. Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesan
positif yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan
peranan yang penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Guru besar dan pengetua juga memastikan suasana
pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran,
serta mewujudkan persekitaran yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah.

Memperkenal Bai’ah
atau Tawaran Baru bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah
Pendekatan baru dalam pengurusan
pencapaian (Tawaran Baru) untuk guru besar dan pengetua yang dimulakan pada
2010 akan memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan bagi mereka yang
berprestasi cemerlang. Tawaran Baru ini adalah terpakai kepada semua guru besar
dan pengetua di semua sekolah awam di Malaysia. Pencapaian semua sekolah akan
dinilai dan ditaraf mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada markah
komposit.

Ringkasan pendekatan penarafan
sekolah GredPurataSekolah (GPS) Kewajaran

1 Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) adalah instrumen piawaian untuk menilai sekolah berasaskan 4
aspek utama (visi dan misi; pengurusan organisasi; program pengurusan
pendidikan; dan prestasi murid) . Mereka akan diberi ganjaran sekiranya mencapai markah
komposit yang telah ditetapkan atau menambah baik pencapaian sekolah. Program
ini memberi peluang kepada guru besar dan pengetua untuk menerima ganjaran
tanpa mengambil kira prestasi awal sekolah mereka, asalkan sekolah berkenaan
menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam senarai penarafan prestasi. Di
samping itu, dianggarkan 10% guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan
diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi
mereka. Peruntukan sebanyak RM160 juta akan disediakan untuk program ini dalam
tempoh 2010-2012.

Peningkatan Sokongan
dan Bimbingan kepada Guru Besar dan Pengetua

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam
memastikan peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan menyedari pemimpin adalah
kritikal dalam membuat perubahan, oleh itu akan terus mengukuhkan latihan
kepimpinan serta memberikan dorongan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi.
Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah institut latihan kepimpinan asas untuk
warga pendidik termasuk pengetua, pentadbir dan pegawai pendidikan. IAB
menyasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya 14,000 orang pemimpin sekolah dan
pegawai pendidikan setiap tahun dalam tempoh Rancangan berbanding dengan 8,000
orang pada tahun 2009. Kaedah penyampaian latihan di IAB akan berubah daripada
berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap pembelajaran berdasarkan pengalaman.
Kursus pendidikan dan pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas
talian menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi repositori
pengetahuan digital. Selain daripada latihan, IAB akan menyediakan perkhidmatan
konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin sekolah untuk meningkatkan prestasi.
Selaras dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah, pakar pembimbing pengetua
akan menyediakan bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan kepada sekolah
berprestasi rendah.

 Meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru
Terbaik

Kualiti
guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar seperti ditunjukkan dalam Carta
5-7
. Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global
menunjukkan bahawa pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sistem sekolah
berprestasi tinggi berupaya menarik dan menerima hanya calon terbaik sebagai
guru, meningkatkan prestasi mereka secara berterusan serta memupuk budaya
berprestasi tinggi di sekolah. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan mengambil
pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan kualiti guru baru serta menambah
baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada.

Mempertingkatkan
Kualiti Guru Baru Secara Signifikan
Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk
menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai
pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru.
Daripada permohonan kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun
2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM

Menjadikan Profesion
Keguruan Pilihan Utama

Menarik siswazah
cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh Rancangan,
Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran
tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Kerajaan akan menjadikan
profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara
berikut:
 • Ganjaran kewangan: Profesion ini sebenarnya merupakan antara profesion awam
yang menyediakan gaji permulaan yang tinggi;
 • Pembangunan kerjaya: Melalui Tawaran Baru untuk guru, prospek kerjaya guru
akan menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan profesionalisme yang
lebih luas selain daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada
guru yang cemerlang;
Berprestij: Sebagai kerjaya elit, profesion
keguruan akan menggunakan kriteria pemilihan dan proses penilaian yang ketat.
Hanya calon cemerlang akan diterima dalam profesion ini; dan
 • Pembangunan nusa bangsa: Profesion keguruan bertanggungjawab
membentuk generasi pemimpin masa depan dan penting dalam membawa Malaysia
menjadi negara berpendapatan tinggi.
Pengukuhan Latihan
Perguruan Melalui Latihan Praktikum
Pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam
latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran
sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland
dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi
kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil
langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru
pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan
kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi
untuk menyelia guru pelatih. Dalam tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada
guru pelatih akan ditingkatkan melalui langkah berikut:

 • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan
dilanjutkan daripada satu tahun kepada 212 satu
tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih;
• Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah
yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru
pembimbing;
• Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan
kebolehan membimbing mereka; dan
• Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah
dan guru pembimbing.

Penghapusan Jaminan
Penempatan Guru Pelatih

Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira
prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh Rancangan.
Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan
berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini
bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.

Peralihan kepada
‘Sistem Terbuka’ dalam Latihan Guru

Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada
universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan
meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada ‘sistem terbuka’ bagi
menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih ramai guru pelatih
yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Pendekatan
ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan menambah baik
kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan.

Tawaran Baru untuk
Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan
akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru
bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan
profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan meningkatkan guru
berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0%
menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan
daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Tawaran Baru ini
mengandungi tiga elemen: • Peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan
kecekapan dan prestasi; • Meningkatkan pembangunan profesional berterusan (CPD)
secara sistematik kepada semua guru; dan • Kaedah pengurusan prestasi baru yang
lebih mantap.

Kemajuan Kerjaya
Lebih Cepat Berasaskan Kompetensi

Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab
utama siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan. Sepanjang 30 tahun
perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan
pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan,
pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada
gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk
guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan
lebih menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini
juga membolehkan lebih ramai guru berpeluang mencapai gred yang lebih tinggi
dalam masa yang singkat dan dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal.
Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan
kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat
secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh
perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru
dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015.

Pembangunan
Profesional yang Berterusan yang Bersesuaian bagi Menyokong Pembangunan
Keupayaan dan Kemajuan Kerjaya

Latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru
berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi penambahbaikan kepada kebolehan
pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Pada masa ini, tiada pendekatan
yang sistematik berkaitan CPD dalam sistem pendidikan. Pendekatan CPD yang
menyeluruh akan dilaksana pada tahun 2011 dan mengandungi elemen berikut:
• Modul CPD yang bersesuaian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred
jawatan bagi melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat;
 • Modul ini memberi lebih fokus kepada
peluang pembelajaran di sekolah; dan
• Pelbagai modul CPD seperti kursus
latihan formal, pengajian pasca siswazah, pengajian jarak jauh dan aktiviti
bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk pembangunan
kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

Pelaksanaan Instrumen
dan Proses Baru untuk Penilaian dan Penaksiran Guru

Kaedah penilaian semasa ke atas guru
adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain. Kaedah ini tidak
mengambil kira prestasi pelajar, keupayaan sebenar pengajaran atau kecekapan
utama yang diperlukan dalam profesion keguruan. Skor penilaian untuk guru akan
menjadi lebih bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasi sebenar guru,
kurang subjektif dan berasaskan bukti. Satu pendekatan baru yang selari dengan
amalan di sekolah berprestasi tinggi akan dilaksana pada tahun 2011 untuk memastikan
penilaian dibuat secara tekal, objektif dan dapat memupuk budaya cemerlang di
sekolah. Pendekatan ini akan mengandungi instrumen baru bagi menilai guru yang
menggunakan kombinasi berwajaran beberapa aspek utama seperti penekanan kepada
pengajaran dan pembelajaran, nilai profesional, aktiviti di luar kelas dan
sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

Transformasi
Keberkesanan Penyampaian

Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat
diperlukan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif
akan diguna pakai untuk memastikan penyampaian dilaksanakan dengan efektif.

Pengukuhan
Penyampaian Perkhidmatan untuk Menyokong Kemajuan Sekolah

Penambahbaikan mekanisme penyampaian
kepada sekolah memerlukan perubahan dalam proses kritikal yang memberi kesan
secara langsung terhadap sekolah seperti penempatan guru, pengurusan prestasi
sekolah dan juga peranan Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Pelajaran Daerah. Untuk memastikan perkhidmatan disampaikan secara optimum, KPM
akan melaksana ‘Service Line’ iaitu perkhidmatan khusus untuk membantu
sekolah yang amat memerlukan, antaranya bimbingan, bina upaya dan kemudahan
peralatan yang sewajarnya. Di peringkat prasekolah, Kerajaan akan terus
mengharmoni dan menambahbaik kualiti semua prasekolah awam yang disediakan oleh
pelbagai agensi Kerajaan. Pendekatan ini memerlukan peningkatan produktiviti
sumber manusia dan kewangan, serta pengukuhan kemampuan penyampaian.

Pelaksanaan Kurikulum
Baru untuk Memupuk Kreativiti dan Inovasi

Dalam tempoh Rancangan, kurikulum baru untuk sekolah
rendah dan menengah akan diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan
diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti
dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular
ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran
mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab 216 terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti
eksplorasi yang dapat menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum ini juga akan
menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran.
Penerapan nilai dan etika di peringkat awal amat penting dalam pembinaan
sahsiah individu. Kurikulum yang bakal diperkenalkan akan menerapkan prinsip
1Malaysia bagi pendekatan pedagogi dalam penyampaian pendidikan. Sebagai usaha
untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan,
kurikulum baru ini akan menjadikan Sukan sebagai satu subjek mata pelajaran
bermula tahun 2011. Dasar ‘1Murid, 1Sukan’ mewajibkan setiap pelajar mengikuti
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti
aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah
menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Peruntukan untuk geran sukan bagi
setiap pelajar akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi sekolah rendah
dan daripada RM4 kepada RM6 bagi sekolah menengah.

Pendidikan Asas dan
Prasekolah Swasta

Pendidikan
yang ditawarkan oleh sektor swasta semakin diterima oleh Kerajaan dan orang
ramai. Sehubungan ini, pihak swasta akan digalak untuk menyediakan pendidikan
di semua peringkat bermula daripada prasekolah sehingga pendidikan tertiari.
Kerajaan akan melaksana pelbagai kaedah perkongsian awam swasta seperti dalam
pengurusan sekolah dan pembiayaan yuran pelajar.

Perkongsian
Awam-Swasta dalam Pembangunan Prasekolah

Kerajaan akan memanfaatkan penyediaan pendidikan
prasekolah oleh sektor swasta untuk menampung kemudahan yang disediakan oleh
agensi Kerajaan. Insentif akan disediakan kepada pengusaha swasta bagi
mempercepatkan penyediaan prasekolah untuk mencapai objektif meningkatkan
enrolmen pelajar di peringkat ini. Insentif ini akan membolehkan pihak swasta
mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah di kawasan yang kurang membangun di
luar bandar. Sektor swasta dijangka akan membina 488 buah prasekolah pada tahun
2010, sebanyak 1,000 buah pada tahun 2011 dan 1,145 buah pada tahun 2012. Skim
pembiayaan bersama bagi meningkatkan permintaan terhadap pendidikan prasekolah
akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan. Usaha ini juga boleh membantu isi
rumah berpendapatan rendah mengurangkan bebanan pembiayaan pendidikan prasekolah.
Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk pendidikan
kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.

 Perkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan Asas

Perkongsian awam-swasta dalam
pendidikan asas memberi autonomi signifikan kepada pengendali sekolah, sebagai
tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi pelajar sebagaimana
dipersetujui dalam kontrak rasmi. Sebagai contoh, charter school di
Amerika ecialist chool dan pecial st  United Kingdo d n inde endent cho l di indepe
dent s ho
juga te ah di una pa ai d seko ah per endir an Cina di Malaysia.
Ke ajaa a an memper enalkan angk kerja Sekolah Amanah kepad sekola awam ang te
pilih. ekol h Am nah adala sekola awam ang di adbir b rsam ole pihak s asta da
pem mpin ekolah awa

MENINGKATKAN KEMAHIRAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MELUASKAN
KEBOLEHPASARAN

 Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah membuat
pelaburan yang besar dalam pendidikan lepasan menengah dan tertiari. Pada masa
kini, Malaysia telah menubuhkan 20 universiti awam dan 26 universiti swasta
serta 405 institusi latihan kemahiran awam dan 584 institusi latihan kemahiran
swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara telah
mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Daripada jumlah ini, lebih
daripada 81,000 siswazah adalah lepasan institusi pendidikan tinggi swasta.
Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120,000 pelatih
pada tahun 2009. Seramai 30,000 pelatih adalah daripada institusi latihan
kemahiran swasta. Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada jumlah tenaga kerja
di Malaysia mempunyai pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi
negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28%
dan mencecah 35% di Singapura dan Finland. Pada tahun 2009, sebanyak 27%
daripada siswazah institusi pengajian tinggi tempatan masih menganggur dalam
tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Bagi yang berjaya mendapat
pekerjaan pula, 29% daripada mereka pada tahun 2006 dan 33% pada tahun 2009 hanya
memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Majikan dan persatuan
industri sering mengaitkan kekurangan soft skills seperti etika kerja
yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan membuat
keputusan serta kepimpinan sebagai faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran
siswazah Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang besar antara tahap
kompetensi siswazah Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu
ditangani bagi memastikan negara mempunyai siswazah yang berkemahiran, serba
boleh dan kebolehpasaran yang tinggi. Pada masa yang sama, dianggarkan seramai
100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja
menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya memiliki kelayakan SPM. Kumpulan
pelajar ini mungkin lebih cenderung kepada kemahiran teknikal, oleh itu
mempunyai peluang yang besar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang
teknikal. Malaysia perlu memesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi
mencapai status negara berpendapatan tinggi. Justeru, peningkatan kemahiran
secara radikal perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran dengan memberi
tumpuan kepada strategi berikut:

• Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan
latihan vokasional yang berkualiti; dan
• Meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki pasaran
pekerjaan.

Mengarusperdanakan
dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional yang
Berkualiti

Malaysia berhasrat
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan
tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional
(TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan
untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan
menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan
pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan
dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran
yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi
pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau
dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara
berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara
akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang
setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan
vokasional di peringkat menengah atas bagi negara OECD adalah 44%, berbanding
hanya 10% di Malaysia. Penambahbaikan peluang, akses dan kualiti TEVT untuk
laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan akademik
pendidikan tertiari.

Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu
teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen
akademik, manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on.
Kemahiran TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta
sektor industri yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada
gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama
antara Kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang
diperoleh.222 Dalam tempoh Rancangan, empat
strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas
akses kepada TEVT yang berkualiti:
• Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar;
• Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif;
• Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan
keperluan industri; dan
• Memperkemas penyampaian TEVT.

Menambah Baik
Persepsi Terhadap TEVT dan Menarik Minat Lebih Ramai Pelajar

Terdapat banyak
peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang tidak
melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan meningkatkan bilangan
pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini, penekanan akan
diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar, penyedia
latihan dan industri. Dalam tempoh Rancangan, kempen media di peringkat
nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan
menambah baik persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang
berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat
memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis
pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian
seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan
maklumat tersebut kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi
tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar,
bermula daripada tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki
pendidikan tertiari. Langkah ini adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar
meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan
bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan
dibentuk di setiap daerah. Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk
menjalinkan hubungan yang erat dengan institusi TEVT dan majikan, serta
meningkatkan penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui pertukaran
maklumat. Kumpulan ini juga akan bertanggungjawab untuk menyediakan panduan

 Membangunkan Tenaga Pengajar TEVT yang Lebih Efektif

Laluan kemajuan
kerjaya tenaga pengajar TEVT akan diperkemas untuk menjadikannya sebagai
kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga pengajar yang berprestasi tinggi.
Tenaga pengajar yang memenuhi syarat kompetensi yang jelas di setiap gred boleh
dinaikkan pangkat tanpa bergantung kepada kekosongan jawatan. Personel industri
yang berpengalaman tinggi dan mempunyai kemahiran praktikal di tempat kerja
akan digalak menjadi tenaga pengajar di institusi TEVT. Untuk memudahkan
pengambilan ini, laluan kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang
fleksibel akan diwujudkan, dan syarat yang menyukarkan kemasukan di peringkat
pertengahan akan dihapuskan. Langkah ini akan meningkatkan kapasiti latihan dan
membantu untuk memastikan tenaga pengajar mempunyai pengalaman di tempat kerja.

Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui
peluasan program tenaga pengajar sambilan. Langkah ini akan menarik mereka yang
berminat untuk menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di
industri. Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi
dan perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan
seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelatih. Kerjasama antara institusi TEVT
dengan industri dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi membolehkan
tenaga pengajar vokasional menjalani program penempatan di industri bagi
mendapat pendedahan dan pengetahuan teknologi terkini. Pada masa yang sama,
tenaga pengajar vokasional dari industri ditempatkan di institusi TEVT bagi
memperkukuh kemahiran pedagogi mereka. Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan
meningkatkan pengambilan tenaga pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan
Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan dengan menggunakan metodologi dan
pendekatan latihan yang baru. Sebuah pusat latihan tenaga pengajar yang baru
akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan sebanyak 800 setiap tahun.
Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program
latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain.

Mempertingkat dan
Mengharmonikan Kualiti Kurikulum TEVT Selaras dengan Keperluan Industri

Pembangunan kurikulum
TEVT dilaksana oleh setiap agensi penyedia latihan dengan keupayaan, kapasiti
dan agenda tersendiri. Amalan ini menjejaskan kualiti penyampaian TEVT. Langkah
akan diambil bagi menyeragam dan mengharmonikan kurikulum, mengurangkan kos
pembangunan kurikulum, dan memastikan kurikulum selaras dengan keperluan
terkini industri. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dilantik sebagai agensi
untuk membangun dan menyeragamkan kurikulum TEVT mulai tahun 2011. Jabatan
Pembangunan Kemahiran akan memastikan kurikulum yang dibangunkan memenuhi
piawaian minimum dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.
Kurikulum TEVT akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan dengan
literasi dan numerasi serta penguasaan pelbagai bahasa. Kemahiran asas ini
penting sebagai sokongan kepada kemahiran praktikal serta pembinaan kemahiran
dan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suasana kerja.
Di samping itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan membangun bank kurikulum
untuk menyimpan semua kurikulum yang dibangunkan. 226 Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil tersendiri dan
sijil TEVT ini belum diiktiraf sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkan calon
memasuki institusi pengajian tinggi. Penerimaan sijil TEVT dalam kalangan
pelajar, ibu bapa dan majikan dapat diperluas dengan menghapuskan keraguan terhadap
kualiti latihan yang diberikan oleh pelbagai agensi. Pada masa ini, SKM,
Diploma Teknologi dan Sarjana Muda Teknologi tidak diiktiraf sepenuhnya oleh
institusi pengajian tinggi dan Lembaga Jurutera Malaysia. Untuk penyeragaman
dan pengiktirafan persijilan TEVT, SKM akan diguna pakai sebagai persijilan
kebangsaan bagi TEVT. Langkah berikut akan diambil bagi memperkukuh
pengiktirafan sijil TEVT: • Mengiktiraf dan menyeragam pelbagai tahap SKM
dengan kesemua sijil yang dikeluarkan oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012;
• Mewajibkan pekerja dalam pekerjaan terpilih memiliki SKM atau sijil yang
setaraf. Syarat ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2012; dan
• Memperluas penerimaan SKM sebagai syarat kelayakan masuk ke dalam skim
perkhidmatan awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat tinggi
dan ke institusi pengajian tinggi menjelang tahun 2011. Lembaga Teknologis
Malaysia akan ditubuh untuk mempercepat pengiktirafan sijil berkaitan kemahiran
dan teknologi. Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi pengajian tinggi
termasuk institusi TEVT menawarkan kursus berkaitan teknologi selaras dengan
keperluan ekonomi berpendapatan tinggi. Selaras dengan hasrat untuk
membangunkan pendidikan teknikal dan keperluan industri, Malaysia-Japan
International Institute of Technology
akan ditubuh sebagai institusi
berautonomi di bawah Universiti Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh
kerjasama dan rangkaian dengan Jepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.
Institut ini berupaya memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan
keberkesanan kos dalam menyediakan latihan tentang pembangunan teknologi
terkini di tempat kerja, etika kerja dan amalan pengurusan Jepun. Pada masa
ini, terdapat keperluan untuk mengurangkan pertindihan kursus yang ditawarkan
oleh pelbagai institusi latihan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti TEVT
dan mengelak pembaziran sumber. Dalam tempoh Rancangan, perkara ini akan diberi
perhatian memandangkan kadar enrolmen di institusi TEVT dijangka akan
meningkat. Institusi TEVT akan mengkaji semula, merasionalisasi dan memperkemas
penyelarasan kursus menjelang akhir tahun 2011.

Memperkemas
Penyampaian TEVT

Kaedah pembiayaan
semasa akan dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
institusi TEVT awam. Bagi menggalakkan persaingan dalam kalangan institusi TEVT
awam, penyediaan peruntukan akan berdasarkan kepada prestasi institusi.
Kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat SKM
Tahap 3 dan ke atas di institusi TEVT awam yang berprestasi tinggi. Bagi
mencapai matlamat ini, sistem penarafan untuk menilai prestasi institusi awam
dan swasta akan diperkenalkan. Pencapaian dalam sistem penarafan institusi TEVT
akan menjadi asas kepada Kerajaan untuk membiayai pelatih di institusi TEVT
swasta. Pendekatan ini akan dipertingkat dan diperluas dalam tempoh Rancangan
bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti latihan di institusi TEVT awam dan
swasta. Pelajar tercicir adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi
untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengan
kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan pekerja
mahir. Pada tahun 2007, seramai 20,000 pelajar tercicir daripada sistem
pendidikan asas dan jumlah ini meningkat kepada 30,000 orang pada tahun 2008.
Liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) akan diperluaskan bagi menyediakan
latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan golongan ini. Peruntukan tambahan
juga akan disediakan bagi membiayai kos latihan dan elaun perantisan. Dalam
tempoh Rancangan, sebanyak RM150 juta akan diperuntukkan dan seramai 20,000
pelajar tercicir akan mendapat manfaat. SLDN menekankan penglibatan langsung
industri dalam latihan dan menetapkan 70% daripada latihan perlu dijalankan di
tempat kerja. Dalam tempoh Rancangan, latihan di tempat kerja akan digalak dan
dijadikan sebagai 228 sebahagian daripada pendidikan
formal TEVT, kerana latihan ini menyediakan:
Persekitaran
pembelajaran yang kondusif.
Tempat kerja mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
baik melalui pengalaman sebenar. Kemahiran praktikal dan soft skills yang
diperoleh akan meningkatkan kebolehpasaran;
 • Aliran maklumat untuk meningkatkan kecekapan pengambilan
pekerja.
Majikan
mengetahui perkembangan prestasi pelatih dan perantis, justeru memudahkan
mereka membuat keputusan menggaji pekerja; dan
 • Sumbangan produktif. Pelatih menjalankan tugasan yang memberi manfaat kepada
majikan, ini menjadikan TEVT berfaedah kepada pelatih dan majikan. Melalui
SLDN, pekerja industri yang berpengalaman akan diberi peranan sebagai
pembimbing kepada perantis. Bagi mencapai tujuan ini, pembimbing mesti cukup
terlatih untuk memberi latihan yang berkesan di tempat kerja. Tenaga pengajar
di institusi TEVT pula perlu mempunyai kemahiran tinggi untuk melatih
pembimbing. Sebanyak RM7.5 juta akan diperuntukkan kepada SLDN untuk melatih
pembimbing dan tenaga pengajar.

Meningkatkan
Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki Pasaran Pekerjaan

 Ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi memerlukan
sebilangan besar pekerja yang berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli
profesional, agen paten dan usahawan berasaskan teknologi. Institusi pengajian
tinggi mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan modal insan
berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, menghasil dan
mempelopori pengetahuan baru serta mengaplikasi dan membangunkan teknologi.
Usaha untuk menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan sumber
domestik yang baru memerlukan bilangan siswazah yang mencukupi dan kompeten.
Walau bagaimanapun, tahap kebolehpasaran, kekurangan dan ketidakpadanan
kemahiran siswazah masih menjadi isu utama dalam pembangunan modal insan.
Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang kompeten dalam kemahiran
teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft skills termasuk
etika kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat
keputusan dan kepimpinan. Oleh itu, usaha bersepadu akan diambil untuk
mempertingkat ompetensi siswazah dan keberkesanan pembiayaan kos pengajian
tinggi, iaitu dengan:
• Memperkukuh kerjasama industri dan penyelidikan;

Memberi lebih autonomi kepada universiti dan memperkukuh budaya berprestasi
tinggi;
• Memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan
akademik dan soft skills; dan
• Melantik dan mengekalkan staf akademik
yang terbaik.

Memperkukuh Kerjasama
Industri dan Penyelidikan

 Latihan industri adalah penting untuk membantu siswazah
mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah dan
aktiviti ekonomi baru. Penglibatan sektor swasta dalam penyediaan pendidikan
melalui perkongsian awam-swasta akan dipertingkat bagi menggalakkan penyertaan
industri dalam penyediaan kursus dan latihan industri. Di samping itu, kursus
berorientasikan pasaran akan ditambah bagi memudahkan transisi pelajar ke dalam
pasaran pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara
keseluruhannya. Rangka kerja dasar yang standard bagi program latihan industri
yang berstruktur akan dilaksana oleh institusi pengajian tinggi dengan
kerjasama industri untuk meningkatkan keberkesanan program. Program ini
dirancang untuk diperluas kepada kursus selain daripada kursus yang mewajibkan
latihan klinikal seperti perubatan, pergigian dan kejururawatan. Di samping
itu, program latihan industri untuk staf akademik akan dipergiat bagi
memastikan tidak kurang 15% daripada staf akademik mengikuti sekurang-kurangnya
enam bulan latihan industri bagi setiap lima tahun tempoh perkhidmatan. Bagi
memperluas pengalaman industri kepada staf akademik, program Knowledge
Transfer Partnership
(KTP) akan diperkenal pada tahun 2011 untuk
meningkatkan kerjasama antara industri dengan universiti berkaitan. KTP
bertujuan memudahkan pemindahan kepakaran dan hasil kajian melalui projek
inovatif yang dikendalikan bersama oleh staf akademik dan rakan kongsi
perniagaan daripada industri. Di samping itu, KTP juga menyediakan latihan
berasaskan industri kepada siswazah bagi meningkatkan pengetahuan dan
pengalaman, kemahiran keusahawanan serta kebolehpasaran semasa menjalankan
projek berkenaan.230 Universiti akan digalak untuk
mewujudkan kerjasama strategik dengan institusi penyelidikan antarabangsa dan
universiti luar negara untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan
(R&D), terutama dalam bidang teknologi baru. Antara langkah yang akan
diambil adalah:
• Melaksanakan lebih banyak program sangkutan bagi membolehkan staf akademik
berkongsi pengetahuan, meneroka idea baru bagi meningkatkan kualiti
penyelidikan dan menggalakkan pertukaran staf akademik;
• Mengukuhkan pengurusan harta intelek yang dibangunkan di universiti bagi
menambahbaik tadbir urus aktiviti penyelidikan; dan
• Mengukuhkan pusat kecemerlangan di universiti melalui kerjasama industri
dalam aktiviti R&D bagi menyokong dan mempercepat pengkomersialan inovasi
dan teknologi baru.

Memberi Lebih
Autonomi kepada Universiti dan Memperkukuh Budaya Berprestasi Tinggi

Di negara lain,
universiti awam bekerjasama dengan penggubal dasar bagi membangunkan kaedah
untuk membantu institusi pendidikan tertiari mencapai kecemerlangan. Pemberian
autonomi, ketelusan dan akauntabiliti terhadap prestasi cemerlang merupakan
elemen kritikal bagi membolehkan universiti di Malaysia setanding dengan
institusi terbaik dunia. Universiti awam perlu bertanggungjawab terhadap
prestasi yang dicapai memandangkan sebahagian besar keperluan kewangan dibiaya
oleh peruntukan awam. Di samping itu, ketelusan yang lebih tinggi dalam
pencapaian prestasi akan memudahkan Kerajaan membuat penambahbaikan dan memberi
sokongan dalam bidang yang diperlukan.

Menginstitusikan
Autonomi dalam Universiti

 Universiti terbaik dunia berupaya meningkatkan inovasi
dan prestasi serta menggalak kecemerlangan melalui autonomi yang signifikan
dalam bidang berikut:
 • Peruntukan. Keupayaan untuk mengagih peruntukan mengikut keperluan,
menentukan keutamaan bidang pembiayaan, dan menetapkan yuran pengajian dalam
had yang ditetapkan;
 • Fakulti. Bebas untuk menarik dan mengekalkan staf akademik terbaik
melalui insentif yang menarik dan ganjaran yang kompetitif;
Tadbir urus. Tanggungjawab yang lebih besar dan
hak membuat keputusan penting tentang universiti termasuk hala tuju strategik,
keutamaan dan pengagihan sumber serta mendapat hak yang lebih besar dalam
membuat keputusan; dan
Pengambilan pelajar. Meningkatkan kawalan terhadap
kualiti dan profil pelajar yang akan diambil. Di bawah Accelerated Programme
for Excellence
(APEX), universiti APEX akan diberi autonomi dalam bidang
tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota sokongan, staf akademik dan
pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar. Program ini diperkenalkan
pada tahun 2008, dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai
universiti pertama diberi status APEX. Pada masa ini, USM mempunyai autonomi
dalam pengambilan pelajar. Autonomi dalam bidang lain hanya akan
dipertimbangkan setelah USM memenuhi beberapa prasyarat yang ditetapkan.
Pemberian autonomi akan diperluas kepada universiti penyelidikan dan universiti
awam lain yang mencapai tahap kesediaan yang ditetapkan.

Mengukuh Budaya
Berprestasi Tinggi di Universiti

Sistem Penarafan
Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) telah diperkenalkan kepada
universiti awam dan akan diperluas kepada semua institusi tertiari swasta yang
menawarkan pengajian di peringkat ijazah. SETARA bertujuan membuat penilaian
yang jelas dan seragam bagi meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan ke
atas prestasi, dan seterusnya meningkatkan kualiti keseluruhan sistem
pendidikan tinggi. Penarafan mengenai pencapaian prestasi institusi dari aspek
kebolehpasaran siswazah akan dihebahkan kepada umum. Penarafan ini akan
diperluas untuk meliputi aspek seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran serta
khidmat sokongan kepada pelajar. Dalam tempoh Rancangan, sistem penarafan ini
akan merangkumi setiap jabatan di institusi berkenaan. Naib canselor
bertanggungjawab ke atas prestasi universiti dan pembaharuan kontrak mereka
bergantung kepada prestasi yang dicapai. Prestasi yang rendah boleh menyebabkan
kontrak tidak disambung. Petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas bagi naib
canselor telah disediakan, termasuk KPI bagi kebolehpasaran siswazah. Dengan
ini, naib canselor akan memastikan semua staf bertanggungjawab terhadap
prestasi 232 mereka dan seterusnya meningkatkan
budaya akauntabiliti di institusi. Dalam tempoh Rancangan, pembiayaan
berasaskan prestasi institusi tertiari awam akan dilaksana bertujuan
menyediakan mekanisme pembiayaan yang telus untuk memangkin peningkatan
prestasi. Pendekatan baru ini akan mengandungi komponen berikut:

 • Pembiayaan Kerajaan berasaskan prestasi yang dikaitkan
dengan SETARA.
Pembiayaan kepada
universiti akan dikaitkan secara langsung dengan prestasi jabatan dan institusi
secara keseluruhan. Kaedah ini menyediakan mekanisme yang telus dalam penyediaan
pembiayaan dan peningkatan akauntabiliti dalam perbelanjaan peruntukan awam.
Mekanisme pembiayaan ini mempunyai dua komponen, iaitu komponen tetap dan
komponen berubah. Komponen tetap merangkumi item operasi asas seperti gaji staf
akademik dan kos utiliti, dan pembiayaannya tidak bergantung kepada pencapaian
prestasi. Komponen berubah pula bergantung secara langsung kepada prestasi yang
diukur melalui SETARA. Universiti yang menerima penarafan yang rendah akan
menerima peruntukan yang lebih kecil. Komponen berubah ini termasuk pembangunan
intelektual dalam R&D dan aktiviti ko-kurikulum pelajar;
 • Peralihan kaedah pembiayaan daripada berasaskan-penawaran
kepada berasaskan-permintaan.
Kerajaan akan mengharmonikan kapasiti pendidikan tertiari
dan mewujudkan keserataan persaingan bagi institusi pengajian tinggi awam dan
swasta dalam mengukuhkan budaya berprestasi tinggi serta meningkatkan kualiti
dan daya saing pendidikan tertiari di Malaysia. Pendekatan sedia ada, iaitu
pembiayaan awam langsung dan pemberian geran kepada institusi awam akan beralih
kepada pembiayaan berasaskan-permintaan melalui pinjaman dan biasiswa selaras
dengan pendekatan yang lebih berasaskan-pasaran; dan
Pengurangan kadar
pembiayaan Kerajaan kepada universiti.
Universiti awam perlu menambah dana melalui sumber
kewangan alternatif termasuk sumbangan daripada perbadanan, sektor swasta atau
alumni. Pendekatan ini akan memperkukuh kerjasama antara universiti dan
industri, dan seterusnya meningkatkan kesesuaian serta kualiti pengajaran dan
penyelidikan.

Memperkukuh Kurikulum
Kursus Pengajian bagi Menyeimbangkan Kandungan Akademik dan Soft Skills

Kualiti dan
kesesuaian kursus dan kurikulum adalah faktor penting yang mempengaruhi
kebolehpasaran siswazah. Dalam tempoh Rancangan, institusi pengajian tinggi
akan menyemak semula kurikulum dan kursus serta menyelaras pencapaian program
dan pembelajaran selaras dengan keperluan industri dan majikan. Sebanyak 2,730
program sedia ada akan disemak semula bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka
Kelayakan Malaysia (MQF). Semakan semula ini adalah berdasarkan kepada prinsip
berikut: • Kandungan kursus yang ditawarkan akan ditanda aras dengan kriteria
dan piawaian yang dipersetujui di peringkat nasional dan selaras dengan amalan
terbaik antarabangsa; dan • Penerapan domain yang ditetapkan dalam MQF yang
merangkumi soft skills seperti etika kerja positif, kemahiran
berkomunikasi dan membuat keputusan, kerja berpasukan dan kepimpinan. Selaras
dengan pertambahan permintaan bagi pekerja mahir dan profesional, semua
politeknik di Malaysia akan disusun semula untuk menawarkan kursus di peringkat
diploma dan ijazah serta mengurangkan secara berperingkat kursus di peringkat
sijil menjelang akhir tempoh Rancangan. Politeknik akan meningkatkan
pengkhususan dalam bidang tertentu untuk menjadi pusat kecemerlangan. Tiga
politeknik sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik premier bagi
melaksanakan penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan
untuk memupuk inovasi dan membangunkan teknologi tempatan dalam bidang baru.
Kurikulum institusi pendidikan tertiari perlu memberi lebih penekanan terhadap
pembangunan soft skills pelajar selaras dengan maklum balas yang
diterima daripada majikan. Atribut Umum Pelajar yang kini dikenali sebagai
Skala Soft Skills Malaysia (My3S) merupakan ujian penilaian kendiri
untuk menilai kompetensi siswazah dalam soft skills. Ujian ini akan
dilaksana mulai Julai 2010. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan terus
memainkan peranan penting dalam pelaksanaan MQF sebagai asas jaminan kualiti
pengajian tinggi dan pusat rujukan kriteria dan piawaian kelayakan nasional.
MQA akan memperluas kerjasama dengan agensi jaminan kualiti luar negara melalui
pemeteraian Memorandum of Arrangement sebagai usaha menetapkan tanda
aras yang 234 piawai dan membantu meningkatkan
keupayaan anggotanya.

Melantik dan Mengekalkan Staf Akademik yang Terbaik

Usaha akan dipergiat
untuk menambah bilangan staf akademik berkelayakan PhD. Peratusan staf akademik
berkelulusan PhD di semua universiti awam pada tahun 2009 adalah 35.9%.
Menjelang akhir tempoh Rancangan, staf akademik berkelayakan PhD di universiti
penyelidikan disasarkan sebanyak 75%, manakala universiti awam lain 60%. Bagi
mencapai sasaran ini, program MyBrain15 menetapkan matlamat untuk
meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada 18,000 pada tahun 2015 dan 60,000 pada
tahun 2023. Program ini akan menyediakan lebih ramai calon untuk dilantik
sebagai staf akademik. Sejumlah RM2.26 bilion akan diperuntukkan bagi
menyediakan biasiswa kepada 16,800 staf akademik melanjutkan pengajian di
peringkat PhD. Proses pelantikan staf akademik juga akan diperhalusi dan
dijadikan lebih telus untuk menarik calon terbaik. Ganjaran akan dijadikan
lebih kompetitif supaya setanding dengan faedah yang ditawarkan oleh sektor
swasta serta menyediakan manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar yang
fleksibel. Sokongan kemajuan kerjaya staf akademik akan diberi keutamaan. Modul
latihan asas akan diwajibkan kepada semua staf akademik baru. Bagi memastikan
mereka mendapat panduan dan sokongan yang mencukupi pada awal kerjaya, staf
akademik baru akan diletakkan di bawah seliaan staf akademik kanan yang
bertanggungjawab membimbing dan memberi nasihat kemajuan kerjaya secara
berkala. Di samping itu, dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai staf akademik,
tugas mengajar akan dikurangkan untuk membolehkan mereka membangunkan portfolio
penyelidikan yang mantap dan memperoleh geran daripada sumber luar. Sebagai
usaha penambahbaikan kualiti staf akademik, mereka yang telah bersara dan
pensyarah luar negara akan digalakkan untuk berkhidmat di universiti awam
secara kontrak. Pensyarah sambilan dan pensyarah pelawat terutama daripada
industri juga akan digalakkan untuk mengajar di universiti awam. Bagi tujuan
ini, pakej ganjaran yang lebih menarik dan kompetitif telah disediakan. Di
samping itu, skim perkhidmatan pensyarah akan disemak semula untuk membolehkan
mereka dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang
sama tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran seperti dekan atau ketua jabatan.

MENYUSUN SEMULA PASARAN PEKERJAAN UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA
NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

 Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan
tinggi akan dicapai, antara lain, melalui pewujudan pasaran pekerjaan yang
efisien untuk membangunkan, menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran.
Kekurangan kemahiran yang diperlukan akan menghalang transformasi negara kepada
ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Usaha
penyusunan semula dan pengukuhan pasaran pekerjaan perlu untuk memastikan
kecekapan pemadanan antara permintaan dengan penawaran, meningkatkan keupayaan
mengekalkan modal insan terbaik serta memperkukuh daya tarikan Malaysia kepada
pakar asing dan diaspora Malaysia. Kepelbagaian tenaga kerja Malaysia terus
kekal sebagai aset negara. Rakyat Malaysia mempunyai silang budaya yang kukuh
dan mudah menyesuaikan diri. Sikap keterbukaan dan keupayaan menguasai pelbagai
bahasa membolehkan modal insan negara mewujudkan rangkaian yang kukuh di
peringkat serantau dan global. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan komited untuk memperbaharui
pasaran pekerjaan dengan penekanan khusus ke atas peningkatan mobiliti pekerja
dan peningkatan kemahiran tenaga kerja semasa, terutama dalam kalangan isi
rumah 40% terendah. Pembaharuan pasaran pekerjaan adalah penting bagi menyedia
landasan kepada negara untuk terus berkembang ke arah ekonomi berpendapatan
tinggi. Tumpuan pembaharuan akan diberi kepada tiga bidang utama:
• Menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel;
 • Mempertingkat kemahiran dan keupayaan
tenaga kerja sedia ada; dan
• Memperkukuh keupayaan Malaysia menarik dan mengekalkan modal insan terbaik.

Menjadikan Pasaran
Pekerjaan Lebih Fleksibel

Sistem pasaran
pekerjaan yang cekap merupakan faktor penting dalam mengurangkan kos
menjalankan perniagaan, mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih
peluang pekerjaan. Berdasarkan laporan Doing Business 2008 oleh Bank
Dunia, Malaysia menduduki tangga ke-43 dalam aspek pemudahan penggajian
pekerja. Di samping itu, kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing
tidak mahir bergaji rendah telah mengurangkan kadar upah dan melambatkan
syarikat beralih kepada aktiviti bernilai tambah yang tinggi, serta menyumbang
kepada pengaliran keluar berterusan modal insan tempatan.

Mengkaji Semula
Rangka Kerja Perundangan dan Institusi bagi Menyediakan Kaedah Penggajian dan
Pemecatan yang Fleksibel

Dalam tempoh
Rancangan, usaha akan diambil untuk mengkaji semula undang undang perburuhan
supaya selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan cabaran globalisasi.
Kajian semula ini akan memastikan hubungan industri kekal relevan dengan
persekitaran semasa perniagaan, mengimbangi kestabilan sosial serta memudahkan
mobiliti tenaga kerja. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan
kecekapan penyelesaian pertikaian pekerja di Malaysia. Dalam kes lebihan
pekerja, kos pemecatan pekerja di Malaysia secara relatifnya lebih tinggi
berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Secara purata, majikan di negara ini
perlu membayar pampasan sehingga 75 minggu gaji kepada pekerja yang telah
berkhidmat selama 20 tahun semasa penamatan kontrak, berbanding hanya 56 minggu
di Thailand dan empat minggu di Singapura. Di samping itu, masa yang panjang
diambil untuk menyelesaikan pertikaian kerja. Sehubungan ini, undang-undang
perburuhan akan dikaji semula dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan
keseimbangan antara fleksibiliti pasaran pekerjaan dengan kestabilan pekerjaan
serta mempercepat penyelesaian pertikaian pekerja. Bilangan pekerja yang
diberhentikan meningkat akibat daripada perubahan struktur ekonomi negara dan
pendedahan kepada kejutan luaran. Jumlah pemberhentian pekerja yang meningkat
mewujudkan keperluan bagi penyediaan jaringan keselamatan sosial untuk membantu
mereka. Jaringan keselamatan sosial juga memberi fleksibiliti kepada syarikat
untuk mengurus tenaga kerja ketika dalam kesukaran. Tabung Bantuan Kehilangan
Pekerjaan akan diperkenalkan bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja
yang diberhentikan dan tidak mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak
majikan semasa pemberhentian. Pekerja yang diberhentikan dan layak menerima
bantuan akan diberi RM600 sebulan bagi tempoh maksimum enam bulan, dengan
syarat mereka masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh tersebut. Sebanyak
RM80 juta akan diperuntukkan kepada Tabung ini dalam tempoh 2010-2012.

Memperkukuh
Perkhidmatan Pekerjaan bagi Meningkatkan Mobiliti Pekerja

Komponen penting bagi pasaran pekerjaan yang fleksibel
adalah keupayaan membuat pemadanan pekerjaan secara efektif untuk menyelesaikan
ketidakpadanan penawaran dan permintaan tenaga kerja. Terdapat peluang yang
besar untuk mewujudkan kerjasama industri dan perkongsian awam-swasta ke arah
mengukuhkan perkhidmatan pekerjaan kepada tenaga kerja Malaysia bagi
menghapuskan herotan dalam pasaran pekerjaan. Kerajaan akan mengukuh dan
memodenkan perkhidmatan pekerjaan awam melalui penaiktarafan pusat pekerjaan
awam sedia ada. Langkah ini akan meningkatkan penyampaian khidmat nasihat
kerjaya, menyedia perkhidmatan pemadanan dan penempatan yang dipacu oleh
industri, dan melaksanakan program pendidikan atau jangkauan komuniti yang
berterusan mengenai arah aliran pekerjaan dan kerjaya. Pencari kerja dan
masyarakat akan dimaklumkan tentang peluang pekerjaan yang wujud dan potensi
laluan kerjaya. Majikan akan mendapat faedah daripada akses kepada platfom
tambahan bagi memenuhi keperluan pekerja mereka. Bagi mencapai matlamat ini,
pusat pekerjaan awam yang berkesan dan cekap yang dikendali secara bersama oleh
sektor awam dan swasta perlu diwujudkan.

Memperbaharui Dasar
Pekerja Asing Tidak Mahir

Pekerja asing tidak
mahir telah meningkat lebih dua kali ganda semenjak tahun 2000 kepada 1.9 juta
orang, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-9. Kebanjiran pekerja asing
tidak mahir berkos rendah telah melambatkan pelaburan dalam mekanisasi dan
inovasi, terutama dalam sektor pertanian dan pembuatan, dan seterusnya
mengurangkan pertumbuhan produktiviti dan menjejaskan aspirasi negara untuk
beralih kepada ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi. Sektor yang sangat
bergantung kepada pekerja asing tidak mahir mempunyai produktiviti yang rendah,
seperti ditunjukkan dalam Carta 5-10. Kebergantungan kepada pekerja
asing tidak mahir akan dikurangkan secara berperingkat. Walau bagaimanapun,
sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja, seperti pembinaan dan
perladangan akan dibenarkan menggaji pekerja asing berdasarkan keperluan.
Langkah akan diambil untuk memastikan majikan menambah baik persekitaran kerja
dan kebajikan pekerja termasuk penyediaan perumahan dan kemudahan asas. Sistem
levi multi-tier akan dilaksana ke atas erkerja asin tidak ma ir. Mela ui
si tem i i, sya ikat ak n terd rong untuk me ingk tkan kema iran ekerja merek
atau men gaji pe erja a ing ang berk mahiran tingg .
Sistem levi baru ini bertujuan mengawal kemasukan pekerja asing tidak mahir
kerana levi akan dibayar oleh majikan dan bukannya pekerja. Penetapan kadar
levi adalah berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu bayaran levi berkadar
langsung dengan nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja, kadar akan
meningkat setiap tahun, dan berbeza mengikut tahap kemahiran pekerja asing.

Meningkatkan
Penyertaan Tenaga Kerja

Arah aliran isi rumah
dengan dua sumber pendapatan meningkatkan keperluan terhadap kaedah bekerja
yang lebih fleksibel. Sehubungan ini, Kerajaan akan memperkenal Peraturan Kerja
Separa Masa di bawah Akta Kerja 1955 dalam tempoh Rancangan. Inisiatif ini
bertujuan menggalakkan penyertaan lebih besar dalam kalangan penduduk yang
berada di luar tenaga kerja seperti suri rumah, pesara dan orang kurang upaya.
Kaedah bekerja dari rumah, teleworking, dan separa masa atau masa anjal
akan digalakkan. Di samping itu, penyertaan tenaga kerja tempatan dapat
ditingkatkan dengan memanfaatkan sepenuhnya golongan wanita di luar tenaga
kerja. Oleh itu, langkah akan diambil untuk meningkatkan kadar penyertaan
wanita dalam tenaga kerja daripada 46% pada tahun 2010 kepada 55% pada tahun
2015. Jangka hayat rakyat Malaysia kini setara dengan negara maju. Pelaksanaan
dasar dan amalan bekerja secara fleksibel dan separa masa akan menggalakkan
rakyat Malaysia yang bersara untuk terus menyumbang kepada ekonomi, terutama
dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan kepakaran mereka.

Meningkatkan
Kemahiran dan Keupayaan Tenaga Kerja Sedia Ada

Pada masa ini, hanya
28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan
berkemahiran tinggi. Peratusan ini menunjukkan sebahagian besar tenaga kerja
mempunyai tahap pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan kemahiran dan
latihan semula tenaga kerja sedia ada amat diperlukan ke arah meningkatkan
ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Kerajaan menyasarkan 33% tenaga
kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015, dan
50% menjelang tahun 2020. Pencapaian matlamat ini memerlukan penglibatan yang
lebih besar daripada sektor swasta.

Menggalakkan
Perkongsian Kos Latihan

Liputan Perbadanan
Tabung Pembangunan Kemahiran akan diperluaskan untuk menggalakkan peningkatan
kemahiran dan latihan semula tenaga kerja. Tabung ini akan memperluas bantuan
kewangan daripada lepasan sekolah kepada pekerja. Menyedari bahawa tidak semua
pekerja mampu untuk membiayai latihan, pinjaman pada kadar faedah yang rendah
akan disediakan oleh Tabung ini untuk membiayai kos latihan peningkatan
kemahiran. Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk menyediakan pinjaman
kepada pekerja, dan jumlah yang sama juga disediakan kepada lepasan sekolah.
Enterpris kecil dan sederhana (EKS) memainkan peranan penting dalam memacu
pertumbuhan ekonomi. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME
Corp.) akan membantu dalam pembangunan EKS yang berkeupayaan dan berdaya tahan
serta mampu bersaing di pasaran global. Di samping menyediakan kemudahan
infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses kepada pasaran dan
program sokongan yang lain, SME Corp. akan terus melaksanakan Program
Peningkatan Kemahiran. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan
keupayaan pekerja EKS di peringkat teknikal, penyeliaan dan pengurusan terutama
dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik, teknologi maklumat serta
reka bentuk industri. Di bawah program ini, SME Corp. akan membiayai 80%
daripada kos latihan yang ditanggung oleh majikan untuk melatih pekerja mereka
di pusat latihan bertauliah. Perkongsian kos latihan akan dipergiatkan melalui
peluasan liputan Tabung Pembangunan umber Manusia Berhad daripada 44 kepada 70
subsektor. Tabung ini adalah kumpulan wang yang disumbangkan melalui levi oleh
majikan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Dalam
tempoh Rancangan, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan bagi meneruskan
pembiayaan geran sepadan untuk latihan dan peningkatan kemahiran pekerja EKS.
Di samping itu, RM50 juta akan diperuntukkan untuk membiayai program perantisan
yang melibatkan lebih 8,000 perantis. Peruntukan ini akan digunakan bagi
membiayai elaun perantis dan yuran latihan vokasional. Kerajaan menggalakkan
semua peringkat tenaga kerja untuk terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan
ke peringkat lebih tinggi. Dalam tempoh Rancangan, program akan diperkenal bagi
menggalakkan penyertaan industri supaya bersama menaja pekerja mereka untuk
melanjutkan pengajian ke program PhD perindustrian. Program ini akan melibatkan
latihan dan penyelidikan projek berkaitan dengan pekerjaan serta berfokus
kepada keperluan industri. Program ini akan dilaksana secara bersama oleh
syarikat dengan universiti. Pendekatan ini akan menggalakkan inovasi dan
perkongsian pengetahuan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan
pembangunan enterpris, menjana pengetahuan baru di universiti, dan menggalakkan
penyelidikan yang berkaitan dengan industri dalam negara. Bagi tujuan ini,
sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan. Di samping itu, Kerajaan akan meneruskan
pelaksanaan program di bawah pakej rangsangan ekonomi 2009 dengan menyediakan
peruntukan bagi membiayai sebahagian daripada kos pengajian di peringkat PhD di
universiti tempatan. Sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan dalam tempoh
Rancangan yang akan memanfaatkan 5,000 pelajar PhD.

Menggerakkan Industri
bagi Meningkatkan Kemahiran Tenaga Kerja

 Penyediaan latihan secara langsung oleh syarikat dalam
industri tertentu akan memastikan kandungan latihan menepati keperluan
industri. Bagi tujuan ini, latihan vokasional akan diselaras dan diterajui oleh
sektor swasta. Kerajaan akan mempergiat dan menggalakkan sektor swasta untuk
membangunkan program latihan dalaman yang diiktiraf dan memperluas program tersebut
dengan menyediakan latihan kepada pelatih yang bukan hanya terdiri daripada
pekerja mereka bagi memenuhi keperluan industri. Kerajaan juga akan
melaksanakan pendekatan pembiayaan tempat latihan bagi program latihan dalam
bidang kemahiran khusus untuk sektor yang diberi keutamaan. Kursus ini akan
dipersijilkan 242 sama ada di bawah Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia atau badan persijilan antarabangsa. Program Peningkatan
Kemahiran Perindustrian (INSEP) merupakan program latihan untuk meningkatkan
kebolehpasaran siswazah dalam bidang seperti kejuruteraan, ICT dan pengurusan.
Program bridging ini dilaksanakan oleh 11 pusat pembangunan kemahiran
negeri dengan kerjasama majikan. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan
siswazah yang baru tamat pengajian dengan kemahiran khusus dan kompetensi yang
sesuai dengan keperluan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Kerjasama dalam pembangunan kerjaya dan bimbingan antara universiti dan
industri akan digalakkan. Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) yang
diuruskan oleh Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan Berprestasi Tinggi
Putrajaya akan terus dilaksana dan diperluaskan bagi meningkatkan
kebolehpasaran siswazah yang menganggur. Inisiatif ini bertujuan memudahkan
pemadanan antara siswazah dengan majikan, melengkapkan siswazah dengan
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang menepati keperluan industri dan jawatan
yang disasarkan, dan meningkatkan asimilasi serta integrasi siswazah dengan
tempat kerja. Selain daripada syarikat berkaitan Kerajaan, program ini juga
disertai oleh EKS, agensi Kerajaan dan syarikat swasta. Sejak inisiatif ini
dimulakan pada bulan Mac 2009, GEMS telah berjaya melatih 5,000 siswazah.
Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPL) bertujuan mengiktiraf
pengalaman terdahulu dan kepakaran pekerja, serta menggalak dan memberi
ganjaran terhadap pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan tenaga kerja akan
diperluas. Program ini akan meningkatkan dengan ketara prospek kemajuan kerjaya
 tenaga kerja dengan menganugerahkan SKM kepada pekerja
yang memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di tempat kerja tetapi
tidak mempunyai latihan formal. Program ini dijangka memberi manfaat kepada
lebih 60,000 pekerja setahun. Bantuan kewangan kepada pekerja untuk menjalani
latihan bagi melayakkan mereka menerima SKM akan mula dilaksana pada tahun
2011. Di samping itu, bank kredit kemahiran akan ditubuhkan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran untuk menyediakan pangkalan data bagi merekod latihan dan
mempermudah persijilan tenaga kerja mahir.

Menaik Taraf dan
Memperluas Akses kepada Kolej Komuniti

Sistem kolej komuniti
di Malaysia menyediakan pendidikan lepasan menengah dalam pelbagai kursus
teknikal dan vokasional mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia. Kolej komuniti di
seluruh negara yang berjumlah 59 buah memainkan peranan penting untuk
menyediakan latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada masyarakat
dalam pelbagai disiplin. Kolej ini juga menggalak pembelajaran sepanjang hayat
kepada semua lapisan masyarakat dan kumpulan umur. Dalam tempoh Rancangan,
Kerajaan akan memperkenal pendekatan yang lebih inovatif bagi kolej komuniti
melalui pelaksanaan program modular yang membolehkan pelajar mengikuti pelbagai
modul jangka pendek berasaskan keupayaan mereka. Modul boleh digabung untuk
melayakkan pelajar dianugerahkan SKM. Hampir 70% daripada kandungan modul ini
akan dilaksana secara latihan praktikal di industri atau di tempat kerja. Secara
khususnya, program ini akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada
pelajar yang cenderung kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak
dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas. Pendekatan modular yang lebih
fleksibel ini akan menawarkan 135 kursus yang berlainan menjelang tahun 2015
berbanding dengan 52 pada tahun 2010. Sasaran jumlah enrolmen kolej komuniti
akan meningkat daripada 31,000 pelajar pada tahun 2010 kepada 120,000 pelajar
menjelang tahun 2014.

Menarik dan
Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran

Globalisasi telah
meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara perindustrian yang
didorong oleh upah, suasana pekerjaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Modal
insan berkepakaran tinggi berupaya menyesuaikan diri di pelbagai suasana
pekerjaan di seluruh pelusuk dunia. Terdapat banyak persaingan untuk menarik
dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi ini. Usaha bersepadu akan
diambil untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi modal insan
berkepakaran tinggi bagi warga tempatan dan asing. Malaysia juga akan secara
aktif berusaha mendapatkan modal insan berkepakaran yang kritikal untuk negara.

Mempermudah Prosedur
dan Menyedia Insentif Lebih Baik untuk Menarik Modal Insan Asing Berkepakaran

Kerajaan akan menambah
baik prosedur semasa penggajian modal insan berkepakaran dari luar negara
dengan mengurangkan kesulitan, peringkat pemprosesan dan bilangan agensi
penguatkuasaan. Penambahbaikan ini bertujuan memudahkan prosedur pengeluaran
permit kerja supaya lebih liberal selaras dengan amalan negara berpendapatan
tinggi. Sehubungan ini, amalan semasa akan dikaji semula dan diselaraskan.
Insentif dan suasana pekerjaan akan ditambah baik sebagai langkah meningkatkan
lagi daya tarikan kepada modal insan asing berkepakaran. Langkah ini termasuk
membenarkan modal insan asing berkepakaran bertukar kerja dengan persetujuan
majikan yang didaftarkan, membawa pembantu rumah asing serta memberi kebenaran
kepada pasangan untuk bekerja walaupun masih memegang pas tanggungan. Bagi
meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti modal insan asing berkepakaran, had masa
visa pekerjaan akan dimansuhkan kepada mereka yang berpendapatan melebihi
RM8,000 sebulan. Visa terbuka akan dikeluarkan kepada profesional asing yang
berkemahiran tinggi tanpa dikaitkan atau disyaratkan bekerja dengan syarikat
atau majikan tertentu. Mereka juga dibenarkan membeli unit kediaman yang
berharga RM250,000 dan ke atas. Malaysia amat memerlukan peningkatan kemasukan
modal insan asing berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional untuk
menampung kekurangan modal insan tempatan. Sehingga kini, Pertubuhan Negara
negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai Peraturan Pengiktirafan Bersama
bagi pengamal kejuruteraan, kejururawatan, seni bina, perubatan dan pergigian.
Manakala, Rangka Kerja ASEAN Mengenai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi
pengamal ukur bahan dan perakaunan telah ditandatangani. Usaha akan dilaksana
dengan mengambil kira objektif bagi mempermudah mobiliti golongan profesional
ASEAN. Menjelang tahun 2015, di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi
Perkhidmatan (AFAS), Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain akan
meliberalisasi kemasukan golongan profesional. Pembangunan industri
perkhidmatan di Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya Malaysia berupaya
menarik lebih ramai modal insan berkepakaran dalam sektor perkhidmatan
profesional dari negara ASEAN yang lain.

Menjadikan Bandar
Lebih Menarik kepada Modal Insan Berkepakaran

 Kualiti hidup sesebuah bandar merupakan faktor utama bagi
modal insan berkepakaran di peringkat global memilih destinasi untuk tinggal
dan bekerja. Kuala Lumpur merupakan bandar ke-11 di Asia yang selesa untuk
didiami, dan berpotensi untuk menjadi antara lima bandar terbaik. Secara
umumnya, Kuala Lumpur berada dalam kedudukan istimewa sebagai bandar raya yang
sangat selesa dan kosmopolitan yang merupakan mikrokosma kepada Asia. Bagi
menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, Kuala Lumpur akan
digambarkan sebagai sebuah bandar raya bagi mereka yang mengutamakan kualiti
dan kepelbagaian gaya hidup, bercirikan alam semula jadi, kaya dengan budaya,
dan metropolis moden dengan infrastruktur canggih. Di samping itu, usaha bersepadu
akan dilaksana untuk menjadikan bandar raya lain seperti Georgetown, Johor
Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu lebih menarik dan selesa untuk didiami.
Inisiatif yang akan dilaksana di bandar raya tersebut termasuk peluasan ruang
terbuka seperti taman, dataran awam dan laluan pejalan kaki, memulihkan waterfronts
dan memperindah lokasi kesenian dan kebudayaan serta meningkatkan tahap
keselamatan, kecekapan pengangkutan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Mewujudkan
Kesinambungan Pembangunan Modal Insan Berkepakaran untuk Masa Hadapan

 Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi menarik
modal insan berkemahiran dari luar negara, mereka yang masih berada dalam
sistem pendidikan belum dimanfaatkan sepenuhnya. Pelajar asing yang belajar di
universiti tempatan, terutama dalam bidang kritikal merupakan potensi sumber
modal insan berkemahiran. Bagi mengekalkan pelajar ini, prosedur sedia ada yang
246 mewajibkan mereka kembali ke negara
asal sebaik sahaja tamat pengajian akan dikaji semula bagi memudahkan mereka
bekerja di Malaysia, terutama dalam pekerjaan kritikal yang terpilih. Biasiswa
akan diberi kepada pelajar terbaik dari seluruh dunia untuk melanjutkan
pengajian di peringkat pasca siswazah dan pasca kedoktoran di Malaysia dalam
bidang kritikal yang spesifik selaras dengan keperluan negara. Sebaik
menamatkan pengajian, mereka akan diberi peluang untuk bekerja di Malaysia.
Mereka yang memilih untuk tinggal dan bekerja di Malaysia akan meningkatkan
bilangan modal insan berkepakaran. Dalam tempoh Rancangan, 5% daripada pelajar
terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia akan disediakan biasiswa untuk
melanjutkan pengajian di universiti tempatan setiap tahun. Kerajaan juga akan
mengenal pasti pelajar terbaik Malaysia yang sedang belajar di universiti
terbaik di luar negara dan akan menyediakan biasiswa bagi membiayai yuran
pengajian tahun akhir dengan syarat mereka kembali ke tanah air. Di samping
itu, langkah akan diambil untuk memastikan rakyat Malaysia yang belajar di luar
negara dengan biasiswa kembali ke Malaysia sebaik sahaja menamatkan pengajian
mereka.

Penglibatan Diaspora
Rakyat Malaysia

 Kepelbagaian dan saiz komuniti rakyat Malaysia di luar
negara adalah aset unik yang boleh dimanfaatkan untuk melonjakkan Malaysia ke
arah ekonomi berpendapatan tinggi. Dianggarkan lebih daripada 700,000 rakyat
Malaysia bekerja dan tinggal di luar negara, kebanyakan daripada mereka adalah
profesional berkemahiran tinggi. Kerajaan akan mengambil usaha yang tekal untuk
mengenal pasti rakyat Malaysia yang berbakat di luar negara, untuk terlibat
dengan mereka dan mendorong mereka menyumbang kepada negara melalui tindakan
berikut:
Mengekalkan hubungan.
Diaspora Malaysia
akan dilibatkan secara aktif dalam membina dan memperkukuh hubungan mereka
dengan Malaysia. Kerajaan secara aktif akan mengenal pasti, mempertemu dan
membentuk jaringan. Pangkalan data diaspora yang lengkap mengandungi maklumat
seperti pakar dalam sektor ekonomi utama dan latar belakang kemahiran akan
diwujudkan dan diselenggara supaya mereka dilibatkan dalam bidang bersesuaian;
Mengesah dan
mengiktiraf sumbangan.
Anugerah
dan acara yang bersesuaian akan diwujudkan untuk mengiktiraf dan meraikan
pencapaian penting ahli komuniti diaspora Malaysia. Di samping itu, persatuan
diaspora Malaysia akan diwujudkan bagi menyediakan peluang rangkaian melalui
saluran atas talian dan pertemuan bersemuka di bandar raya yang menjadi tumpuan
rakyat Malaysia di luar negara untuk menyediakan aktiviti dan peluang yang
lebih besar untuk mereka menyumbang kepada negara;

 •Mendapatkan idea dan nasihat.
Dialog berkala akan
diwujudkan antara wakil Kerajaan dengan diaspora Malaysia di bandar raya utama
yang membolehkan ahli diaspora bertukar idea dan memberi input untuk
penggubalan dasar terutamanya yang berkaitan teknologi dan perindustrian. Di
samping itu, diaspora Malaysia terkemuka akan diiktiraf sebagai autoriti dalam
bidang tertentu seperti sektor ekonomi yang utama. Mereka ini akan dirujuk dan
ditawarkan untuk menganggotai lembaga penasihat; dan
Sumber pelaburan
modal.
Kerajaan akan
menggalak diaspora Malaysia untuk melabur di Malaysia. Mengambil kira kepakaran
mereka, diaspora akan ditawar untuk melabur dalam projek khusus dengan
kerjasama entiti perniagaan tempatan atau agensi sektor awam melalui usaha
sama.

Menubuhkan Talent
Corporation
bagi Membekalkan Negara dengan Modal Insan Berkepakaran yang
Diperlukan

Usaha menarik
pelaburan telah dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia dengan jayanya,
tetapi tiada agensi yang bertanggungjawab dalam menarik modal insan
berkepakaran yang bertaraf dunia bagi merapatkan jurang kemahiran serta
membekalkan modal insan yang sangat diperlukan dari dalam dan luar negara. Oleh
itu, Talent Corporation (TC) akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah
Jabatan Perdana Menteri dengan mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan
modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi
berpendapatan tinggi. TC akan mempunyai tiga peranan utama:
Sebagai pemangkin. TC akan meneraju dan memacu
inisiatif dalam usaha untuk menarik dan membangunkan modal insan berkepakaran
bertaraf dunia melalui pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaan dengan
kerjasama sektor awam dan swasta. Inisiatif ini merangkumi usaha untuk
melibatkan diaspora Malaysia, 248 mengenal
pasti dan mengumpul modal insan berkepakaran yang berpotensi, dan mencungkil
bakat dan mempergiat pembangunan pemimpin pelapis;
Sebagai pemudah cara.
TC akan membantu
industri dan sektor swasta dalam mewujud, memotivasi dan mengekalkan modal
insan berkemahiran. Pihak berkepentingan dari pelbagai agensi dan syarikat akan
diketemukan untuk mewujudkan keselarasan dan koordinasi kukuh kepada pengurusan
modal insan berkepakaran kebangsaaan. Di samping itu, peranan ini akan
dilengkapkan melalui penyediaan insentif dan sokongan untuk menghubung dan
mengagih modal insan berkepakaran; dan
 • Sebagai penyampai. TC akan bertanggungjawab memastikan inisiatif utama
negara tentang pembangunan modal insan di semua peringkat dilaksanakan bagi
membangunkan dan mengekalkan modal insan berkepakaran di Malaysia dan
merapatkan jurang yang besar serta menangani halangan dalam pembangunan modal
insan berkepakaran. TC juga akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program
dan mengenal pasti program dan menilai kesan inisiatif utama pembangunan modal
insan berkepakaran. Rangka Tindakan Modal Insan Berkemahiran Kebangsaan yang
bersepadu akan dibangunkan oleh TC dengan kerjasama sektor awam dan swasta pada
tahun 2011. Rangka tindakan ini akan mengenal pasti dan membuat unjuran
keperluan modal insan berkepakaran dalam sektor ekonomi utama dari semasa ke
semasa, dan membangunkan inisiatif yang khusus bagi mempercepat bekalan modal
insan berkepakaran yang kritikal. Rangka tindakan tersebut akan:
• Menyediakan analisis menyeluruh bagi menangani isu modal insan berkepakaran
bermula daripada peringkat prasekolah hingga persaraan, dan akan dipacu oleh
permintaan dengan kerjasama industri bagi memastikan kesesuaiannya dengan
keperluan pasaran dan ekonomi berasaskan pengetahuan; dan
• Mengandungi maklumat terperinci mengenai keseluruhan peringkat pembangunan
modal insan bagi memenuhi keperluan sektor yang diberi keutamaan dan Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEAs), jurang permintaan dan penawaran modal insan
semasa an pada masa akan datang serta portfolio inisiatif bersepadu untuk
memastikan program dilaksana dan ditadbir urus dengan berkesan. Selaras dengan
peningkatan persaingan modal insan berkepakaran di peringkat global, langkah
yang proaktif diperlukan bukan sahaja untuk menarik, malahan untuk mengenal
pasti modal insan asing yang berkemahiran. Pendekatan yang akan diambil adalah
sama seperti pendekatan untuk menarik pelaburan langsung asing. TC akan
bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan perwakilan Malaysia untuk merancang
dan melaksana strategi secara giat untuk menarik modal insan asing dan diaspora
Malaysia, terutama mereka yang berkepakaran dalam sektor ekonomi yang diberi
keutamaan atau bakal siswazah dari universiti terkemuka dunia. Di samping usaha
mengadakan roadshow dan festival kerjaya, Kerajaan akan melatih,
mengenal pasti dan menarik modal insan asing berkepakaran tinggi bagi memenuhi
kekurangan kemahiran dan pengetahuan tertentu di Malaysia. Program menarik dan
mengekalkan modal insan sedia ada seperti Program Menggalak Warga Negara
Malaysia yang Berkepakaran yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia dan
Program Brain Gain akan digabungkan di bawah TC dan diperkukuh untuk
memastikan penyelarasan yang lebih baik, lebih fokus dan memberi impak yang
lebih besar. Insentif di bawah program ini akan dikaji semula dan diperluas
untuk menjadikannya lebih menarik bagi kumpulan modal insan berkepakaran tinggi
yang disasarkan di luar negara.

KESIMPULAN

Pembangunan modal
insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam mentransformasikan
ekonomi Malaysia
daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi.
Untuk mencapai daya saing yang tinggi di peringkat global dan ekonomi
berasaskan inovasi, pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk membangun,
menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi negara diperlukan.
Malaysia perlu merapatkan jurang untuk mencapai modal insan berkepakaran
bertaraf dunia. Kerajaan akan melaksanakan perubahan menyeluruh di setiap tahap
pembangunan modal insan sepanjang kitaran hayat, iaitu daripada menambah baik
pendidikan awal kanak kanak sehingga peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia
ada. Pembangunan dan pengukuhan kualiti guru akan diberi tumpuan untuk
meningkatkan pencapaian pelajar. Sekolah dan pengetua akan dipertanggungjawab
terhadap pencapaian pelajar serta diberi lebih bantuan dan autonomi sewajarnya.
Dalam tempoh Rancangan, lebih penekanan akan diberi kepada latihan kemahiran
bagi memastikan negara dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan
industri, meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai ekonomi yang lebih
tinggi. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional akan diarusperdanakan, dan
pendidikan tertiari akan dinaik taraf dengan ketara melalui pemberian autonomi
yang lebih besar dan pengurusan berprestasi tinggi dengan matlamat ke arah
meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan mobiliti kerja. Dalam tempoh
Rancangan, sumber akan ditumpukan kepada usaha untuk membangun serta
mengekalkan modal insan terbaik bertaraf dunia. TC akan ditubuhkan dengan
mandat utama untuk mengenal pasti dan membekal modal insan berkepakaran tinggi
yang amat diperlukan oleh sektor ekonomi utama bagi memastikan aspirasi negara
tercapai. Pada masa yang sama, usaha yang lebih gigih diambil untuk memastikan
akses yang saksama kepada peluang meningkatkan kemahiran dan menyokong golongan
yang amat memerlukan. Sehubungan ini, inisiatif latihan kemahiran akan
ditumpukan kepada isi rumah 40% terendah serta program penambahbaikan sekolah
dan inisiatif LINUS dilaksana bagi merapatkan jurang pencapaian bagi pelajar
yang ketinggalan dalam pembelajaran dan meningkatkan pencapaian sekolah
berprestasi rendah. Langkah ini akan memastikan setiap pelajar di Malaysia
boleh berjaya. Modal insan berkemahiran tinggi merupakan asas terpenting bagi
mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf
dunia untuk Malaysia amat memerlukan usaha yang tekal, terselaras dan berfokus
supaya kepelbagaian dapat dimanfaatkan ke peringkat antarabangsa serta untuk
memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia.