Close

Mohd Fadzil

Month: January 2012

(PPSMI) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.

Sejarah perlaksanaan

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.
Objektif

Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia[3]:

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.[4]

Pelaksanaan

PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut:

Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

Buku Panduan Guru (Teacher’s Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

MyCD (Pupil’s CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian.

CD-ROM Guru (Teacher’s CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.

Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat.

Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, satu formula “2-4-3” telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala bagi Tahap II, formula “6-2-3-2” telah dilaksanakan mulai tahun 2006 untuk tujuan tersebut.[5]

Hasil dan reaksi

Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah.

Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka. [6]

Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar berbahasa Tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan bahasa Inggeris cenderung membantah perlaksanaannya.

Prestasi akademik
 

Peperiksaan

Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87% (91.45%-96.32%), Matematik Tambahan 6.81% (68.61%-74.76%), Fizik 8.76% (94.87%-97.63%), Matematik 1.04% (77.61%-78.65%) dan Sains Tambahan 4.29% (86.25%-90.54%), sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam pelajaran peringkat menengah.[7]

Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kerta Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46%).[8] Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, “sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh,” di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.[9]

Kaji selidik akademik

Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)

Kajian “Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid” mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik.[10]

Kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmuah Nasional ini menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008. Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.[11]

Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.

Antara hasil kajian juga mendapati PPSMI:

menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Laporan eksekutif kajian ini diedarkan buat pertama kali kepada umum di Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur pada 18 Mac 2009.
[sunting] Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)

Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)[12] dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007.[13]

Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003.

Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain.

Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus).

Dalam kategori ‘High Benchmark 550’ Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot secara mendadak.

Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan sains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa kedua/asing.

Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.

Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin

Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan 75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat.[14]

Kajian UPSI

Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap murid-murid Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564 orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut[15]:

“     Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka ‘tidak faham/kurang faham’ pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka ‘sukar/agak sukar’ mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa Inggeris dan ‘menyelesaikan masalah’. Bagi kohort Januari 2008 skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08 daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. … Dapatan dari kajian-kajian ini menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar.     ”

Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditekankan adalah: kelemahan guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh dibaiki; kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkan semua sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris[16]; perbandingan hasil soalan berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab soalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengan sebaiknya saranan kajian ini agar memansuhkan dasar ini.[17]


Reaksi dari bidang pendidikan

Kesan negatif

Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula “2-4-3” dan “6-2-3-2” bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid; Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka.[5]
[sunting] Bahasa setempat lebih sesuai

Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:
“     Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.     ”

(On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.) [18], [19]

Selain itu, memorandum juga merujuk laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries[20] ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah.[21]

Dasar memihak kepada keluarga di bandar

Bill Templer, seorang pensyarah kanan yang melawat di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, berhujah dalam satu surat kepada akhbar, bahawa dasar ini berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin, baik di bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan pemahaman konsep sains dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa ibunda mereka.[22]

Reaksi awam

Bantahan golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan

Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI.[23] Mereka menyatakan penentangan mereka dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009.[24]

Enam alasan yang diberikan diringkaskan seperti berikut:

  1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda, Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda.
  2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.
  3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.
  4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai “pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca”.
  5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.
  6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.
 Ahli politik yang mendokong

Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMI ialah Mukhriz Mahathir, anak kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah menyatakan bahawa tujuan mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam bidang sains dan matematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris.[25]

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye turut mendokong PPSMI, beliau dilihat hanya mengesyorkan untuk kerajaan bagi menangani kelemahan daripada dasar PPSMI ini dengan lebih berkesan khususnya yang melibatkan kefasihan guru-guru dalam bahasa Inggeris. Namun beliau tetap berpendirian bahawa tidak perlu dimansuhkan dasar PPSMI itu.[26]
[sunting] Ahli politik yang menentang

Pada April 2008, pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata “Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini, dan “pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik.”[27] Anwar mengulangi ikrar beliau untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda sewaktu parti campuran Pakatan Rakyat pimpinan beliau menerima memorandum membantah PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di Kuala Terengganu pada 15 Januari 2009.[28]

YB Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda UMNO, turut menggesa agar dikembalikan bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya, “(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.” Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di sekolah.[29]

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang benar-benar memperjuangkan pengembalian bahasa Melayu sebagai bahasa untuk medium pengajaran bagi subjek sains dan matematik, ini kerana menurut beliau, PPSMI yang diperkenalkan oleh Kabinet Malaysia sejak tahun 2002, telah melanggar sekurang-kurangnya 5 peruntukan perundangan dan Perlembagaan Malaysia iaitu, Perkara 8 (1) dan 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996, Peraturan Mahkamah Tinggi 1987, Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960. Tambahan, kaedah pelaksanaan PPSMI oleh kerajaan Barisan Nasional dilihatnya sebagai suatu konsep prikmatik (percubaan yang dilakukan jika tidak berjaya akan diundurkan).[30]

Penentangan awam: Gerakan Mansuhkan PPSMI

Perarakan Keranda Mac 2009

Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai “Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu” ini dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.[31] Walaupun kelihatan erat dengan Pakatan Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa mereka menyokong parti campuran tersebut[32], apatah lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang menyokong perjuangan mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO.[33]

GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad,[34] dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong.[35] Kemuncak bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.[36]

Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.[37], di samping dilaporkan merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar “Keranda 152”, sempena dakwaan PPSMI tersebut pada bulan Februari.[38]Akan tetapi pada 15 Februari 2009, tunjuk perasaan “Keranda 152” itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata, laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu.[39]

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut kuat membangkang dasar PPSMI. Pada 18 Februari 2009, PKPIM mengikut jejak Gapena membuat laporan polis yang seumpamanya terhadap kerajaan di Balai Polis Gombak, Selangor.[40]

Perspektif

Perundangan: Percanggahan dengan perlembagaan

Menurut Prof Dr Aziz Bari, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sangat jelas dalam Perkara 152 di mana segala urusan rasmi baik di peringkat persekutuan dan negeri hendaklah dijalankan dalam bahasa itu. Walaupun terdapat pengecualian kepada penggunaan bahasa Melayu oleh Yang Dipertuan Agong, PPSMI tidak boleh dihujah sebagai sesuatu yang dibenarkan tambahan pula dasar ini tidak dilaksanakan melalui parlimen tetapi dibuat oleh pihak eksekutif secara tiba-tiba yang sepatutnya perlu melalui proses rundingan dan perbincangan awam.[41] Polisi ini sudah pun dicabar pada tahun 2002 yang oleh empat orang pelajar Melayu Perak pada tahun 2002 kerana melanggar Perkara 152.[42] Menurut Prof Dr Aziz lagi, mahkamah belum membuat keputusan mengenai PPSMI sedangkan dalam kes Universiti Merdeka pada tahun 1981,[43] isu Perkara 152 Perlembagan Persekutuan telah timbul dan diputuskan oleh mahkamah. Dalam kes Universiti Merdeka ini, mahkamah telah menolak petisyen penubuhan Universiti Merdeka yang akan menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar kerana bertentangan dengan Perkara 152.

Menurut bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato’ Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Malaysia.[44] Kenyataan ini disokong oleh ramai penulis muda Malaysia seperti Faisal Tehrani[45] dan lain-lain.

Nasib PPSMI

Rencana utama: Pemansuhan PPSMI

Sepanjang separuh kedua tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima sesi persidangan meja bulat di kalangan ahli-ahli akademik, persatuan ibu bapa dan guru, kesatuan perguruan dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk mengkaji semula dasar PPSMI dan dijangka mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun, berdasarkan keputusan UPSR dan faktor-faktor lain.[46] Di sidang terakhir pada bulan Disember, usul-usul yang dikemukakan para hadirin persidangan dikumpul menjadi tujuh pilihan berkenaan nasib dasar ini, iaitu:[47]

  •     Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;
  •     Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;
  •     Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;
  •     Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;
  •     Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;
  •     Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah; dan
  •     Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.
Pada 8 Januari 2009, Datuk Hishamuddin berkata keputusan muktamad mengenai nasib PPSMI hanya akan dicapai pada “tahun hadapan”, walaupun hampir selesai mengkaji segala maklum balas yang dikumpul.[48]

Setelah Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadiran negara selaku Perdana Menteri pada bulan April, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Menteri Pelajaran baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau masih belum puas hati dengan yang hasil kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan di sesi perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat mencapai kata putus mengenai nasib dasar PPSMI[49], sebaliknya masih membuka pintu kepada kajian dan memorandum baru oleh semua pihak mengenai isu ini.[50]

Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.[1]. Dalam pada itu Tun Mahathir Mohamad memberi reaksi tidak puas hati, lalu mengadakan undian isu tersebut di blognya bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).[51] Hasilnya dari 100,024 undi, 86% penjawab mengundi tidak kepada soalan sama ada matapelajaran sains dan matematik harus kembali ke bahasa kebangsaan sebagai pengantar.[52]

Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya hingga tamat sekolah menengah[53] sekaligus menundakan pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris) sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan tidak akan kembali ke dasar PPSMI.[54] Pada masa yang sama, kerajaan berdepan dengan gesaan agar sekolah berbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikembalikan dalam sistem pendidikan negara demi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Malaysia.[55]

Pada 7 Mei 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan yang difailkan pada 21 Januari 2006 oleh empat orang pelajar, termasuk Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar (anak lelaki Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin), agar mengisytiharkan PPSMI sebagai batal dan tidak sah, setelah hakim memutuskan bahawa “dua surat pekeliling ikhtisas berhubung pelaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) adalah tidak bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.”[56]

Sekitar masa kontoversi PPSMI memuncak, wujudnya sebuah pertubuhan penyokong PPSMI, bernama Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) yang memperjuangkan PPSMI supaya dijadikan pilihan untuk sekolah-sekolah yang ingin menyambung pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Atas tujuan tersebut, mereka menghantar memorandum kepada kerajaan pada 19 Januari 2011.[57] Tegas Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim, “pencapaian cemerlang” pelajar dalam peperiksaan awam yang diambil oleh pelajar yang menjalani PPSMI pada tahun 2010 membuktikan keberkesanan dasar tersebut, malah penguasaan Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar tidak terjejas pula oleh pelaksanaan dasar tersebut.[57] Tambahnya pula, PPSMI tidak pernah mendukung gagasan pembelajaran bahasa Inggeris menerusi Sains dan Matematik, sebaliknya bertujuan membantu pemerolehan ilmu dalam bahasa Inggeris selaku lingua franca ilmu sains dan matematik.[58] Bagaimanapun kajian tempatan itu tidak mengambil kira dapatan kajian antarabangsa dalam “Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)”.[59] Kajian tersebut dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

Pada April 2011, Kementerian Pendidikan mengumumkan hasrat untuk membenarkan semula pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah terpilih.[58]

Pada 4 November 2011, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah “kekal” dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut sesetengah pihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu akan dilaksanakan sepenuhya pada 2021.

Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.

Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.[60]

Dalam perkembangan lain, Dalam satu wawancara televisyen di TV3 dalam program Soal Jawab yang disiarkan kepada umum pada jam 11.00 malam 9 November 2011, Tan Sri Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang dijalankan di Malaysia, telah menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasar kerajaan dalam menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya beliau dilihat lebih berpendirian dalam menegakkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Walaubagaimanapun dalam wawancara tersebut, Tan Sri Muhyiddin tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan dan nasib pelajar lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi khususnya di Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT di Malaysia yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam pelbagai bidang.
[sunting] Persepsi pelajar

Berdasarkan rekod Kementerian Pelajaran Malaysia, berkenaan dengan peratusan pelajar yang memilih untuk meneruskan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik dalam bahasa Melayu, sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang akan memulakan persekolahan 3 Januari 2011 memilih menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan dwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik. Manakala hanya 11 peratus pelajar memilih belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Berdasarkan peratusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tepat.

Beliau turut mendakwa, bahawa anggaran tersebut telah lama diramalkan, kerana itu kerajaan menetapkan untuk meminda PPSMI kepada MBMMBI.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyifatkan dasar yang diputuskan itu sesuai dengan tahap keupayaan pelajar yang akan mengikuti proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) bagi Sains dan Matematik.

Jawatankuasa Khas MBMMBI merumuskan 164,324 pelajar bersetuju menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya untuk mempelajari Sains dan 161,123 dalam Matematik, berbanding 56,025 orang pelajar berhasrat menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar Sains dan Matematik pula seramai 56,248 pelajar.

Selebihnya seramai 258,622 orang pelajar berhasrat untuk mempelajari Sains dan 261,600 orang lagi ingin pelajari Matematik dalam dwibahasa.

Tambahan itu, Muhyiddin akan menubuhkan Majlis Bahasa Inggeris pada tahun 2012 bagi menentukan penanda aras dan tahap pencapaian BI pelajar dalam sistem persekolahan negara.

Katanya, majlis tersebut bakal berkelayakan sebagai tempat rujukan dan menentukan tanda aras bahasa itu akan menggunakan pakar dalam dan luar negara serta mengadakan kerjasama dengan Universiti Cambridge.

Muhyiddin juga menetapkan mulai tahun depan beberapa sekolah dipilih menyertai projek rintis apabila ibu bapa boleh mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka menerusi konsep maya.[61]

Tonggak Dua Belas

Tonggak Dua Belas

Penjawat-penjawat
awam yang beretika dan bermoral tinggi dapat membantu kerajaan bagi
mencapai Wawasan 2020. Lanjutan dari itu kerajaan telah mengetengahkan
kepentingan dua belas nilai dan norma-norma kerja yang dikenali sebagai
Tonggak Dua Belas.

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemulian Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta

——————-

1. Menghargai Masa

Amalan Positif
-Menepati Masa
-Menyengerakan Tugas
-Mempunyai Perancangan Waktu
-Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
-Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif
-Menetapkan Target Date
-Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan

Amalan Negatif
-Berbual-bual Kosong
-Tidak Menyenggarakan Tugas
-Tidak Merancangkan Pekerjaan
-Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan
-Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi
-Berniaga di Waktu Pejabat
-Ke Kantin Waktu Bertugas
-Tiada Sence Of Urgency
-Tidak Merancang Pekerjaan
-Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat
-Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Amalan Positif
– Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam
melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak
rintangan.
– Bercita-cita tinggi
– Sanggup berkorban

Amalan Negatif
-Mudah tersinggung
-Mudah putus asa
-Tidak bercita-cita tinggi
-Disuruh buat baru buat
-Kurang berdisiplin
-Tidak bersemangat
-Tiada inisiatif
-Suka bertangguh

3. Keseronokan Bekerja

Amalan Positif
-Menggap kerja sebagai ibadat
-Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
-Sedia memberi kerjasama

Amalan Negatif
-Menganggap kerja sebagai beban
-Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.

4. Kemulian Kesederhanaan

Amalan Positif
-Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
-Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
-Merendah diri
-Mesra dalam pergaulan
-Tidak memperagakan kemewahan
-Sedia menerima cadangan dan nasihat

Amalan Negatif
-Menonjol-nonjolkan diri
-Berlakuan mengada-ngada
-Berlebih-lebihan mengampu ketua
-Memperagakan kemewahan dan kedudukan
-Sombong dan meninggi diri
-Membesarkan perkara kecil

5. Ketinggian Peribadi

Amalan Positif
-Tertib dan baik budi bicara
-Berilmu dan berpengetahuan luas
-Berlumba-lumba membuat kebajikan
-Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
-Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
-Bertanggungjawab -Bersih dari sifat dengki

Amalan Negatif
-Sombong dan suka menunjuk-nunjuk
-Sukar untuk membuat kebajikan
-Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
-Tamak mengejar pangkat dan kedudukan
-Menghina dan merendahkan usaha orang lain
-Hasad dengki
-Berpura-pura dalam tindakan
-Pemarah dan tidak sabar

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

Amalan positif
-Pemaaf dan berhemah tinggi
-Ikhlas dan bertimbang rasa
-Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
-Pemurah dalam usaha kebajikan
-Ramah,berbudi mulia
-Dan berkerjasama
-Boleh menerime teguran

Amalan Negatif
-Kasar dan kurang sopan
-Berdendam
-Bermuka-muka
-Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan
-Suka hina dan caci orang
-Sombong & penting diri sendiri
-Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan

7. Pengaruh Teladan

Amalan Positif
-Bermoral dan berakhlak tinggi
-Tertib dan beradap sepanjang masa
-Rajin dan kuat kerja
-Amanah dan bertanggungjawab
-Berbudi mulia serta merendahkan diri
-Gemar da cintakan ilmu yang bermanafaat

Amalan Negatif
-Buruk perangai
-Jahil dan tidak suka membaca
-Dengki dan buruk sangka
-Mempersendakan agama
-Kedekut
-Suka mencari helah untuk
mengelak tanggungjawab
-Sensitif dan pemarah

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Amalan positif
-Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi
-Tekun dan sabar menjalankan tugas
-Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas
-Mementingkan kualiti
-Bersikap profesional dan cekap
-Cepat,cermat dan berdisiplin
-Inisiatif

Amalan Negatif
-Tidak boleh diharapkan
-Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
-Tidak bersungguh-sungguh
-Tidak peka kepada kualiti
-Tidak taat kepada arahan
-Selalu buat silap
-Tidak ikut peraturan
-Suka bertangguh

9.Kebijaksanaan Berhemat

Amalan Positif
-Berhati-hati apabila berbelanja
-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
-Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat
-Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan
-Tahu membezakan antara keperluan dengan
kemewahan

Amalan Negatif
-Boros dan suka membazir
-Tidak cermat dengan harta kerajaan
-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
-Bermewah dengan harta kerajaan
-Memperaga kehebatan dan kemewahan

10. Keutamaan Kesabaran

Amalan Positif
* Tenang menghadapi masalah rumit
* Mempunyai perhitungan jauh
* Tahan menerima cabaran
* Tidak putus asa
* Pemaaf dan berhemah tinggi
* Cermat dalam tutur kata

Amalan Negatif
* Cepat mengalah
* Berpandangan sempit
* Tidak tahan menghadapi kesusahan
* Tidak sanggup berkorban
* Takutkan cabaran
* Selalu mengubah pendirian dan keputusan

11. Peningkatan Bakat

Amalan Positif
-Memberi dorongan terhadap kreativiti
-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal
-Mengalakkan pencambahan fikiran
-Memberi galakan kepada pemikiran baru
-Berani mencuba idea-idea baru
-Mengenal dan memupuk bakat yang ada
-Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru

Amalan Negatif
* Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru
* Tidak menghargai bakat yang ada
* Memperkecilkan usaha orginal
* Berpuashati dengan tahap bakat yang ada

12. Nikmat Mencipta

Amalan Positif
* Berani mencuba
* Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan
masalah
* Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
* Sentiasa dalam cabaran intelektual
* Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan

Amalan Negatif
* Takut menemui kegagalan
* Memandang remeh usaha orang lain
* Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada
* Pemikiran tidak dinamik
* Tidak suka pembaharuan
* Tidak sabar dalam penciptaan baru

Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )

Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )



* Nota Peringatan ;

Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem Westminster United Kingdom, Perdana Menteri ialah ketua kerajaan, manakala Ketua Negara (Raja, Ratu, Presiden, atau Gabernor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Malaysia Perdana Menteri ialah KETUA KERAJAAN, manakala KETUA NEGARA ialah Yang Di-Pertuan Agong.


Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-

• Badan Perundangan.
Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

• Badan Pemerintah.
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;

• Badan Kehakiman
Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan [legislative], pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang dipraktikkan baik di peringkat pusat atau kerajaan negeri yang diamalkan selama ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telah mengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka.

KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

Badan Perundangan
Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja-Raja Melayu.

Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.

Dewan Negara
Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda “telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli”. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.

Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.

Dewan Rakyat

Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).

BADAN PEMERINTAH (EKSEKUTIF)

Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang.

Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri

Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:

a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan

b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:-

• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan;

• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Badan Kehakiman

Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Badan Kehakiman

Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim

Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja.

Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Sultan Abdul Halim, 83, menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Senarai Kabinet Terkini (Jemaah Menteri)

Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
YB Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy – Baharu

Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan

Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan

Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan

Menteri: Dato’ Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar

Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:

Menteri

Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;
Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.

Timbalan Menteri

Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;
Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;
Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Wee Jeck Seng yang ditamatkan pelantikan.
Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti;
Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio dalam Senarai Menteri Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu:
Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;
Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Ketua Hakim
Negara

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim
Negara berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi
yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.

PROGRAM LINUS & PROTIM

PROGRAM LINUS & PROTIM

APA MAKSUD PROGRAM LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.



DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI


TAHUN 1

– Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
– Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
– Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
– Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
– Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
– Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
– Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
– Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

LINUS

  • Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012
  • Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
  • KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
  • PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi

LATAR BELAKANG

  • * Satu daripada National Key Result Area (NKRA)
  • “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012”.
  • (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)
  • * Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).
  • * Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.
  • Rasional
  • * Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
  • * Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.
  • Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:
  • Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.
  • * KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
  • * Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

Matlamat LINUS

  • – Celik huruf
  • – Celik nombor

Strategi Pelaksanaan Di Sekolah

  • Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
  • Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
  • Saringan 1 (Mac)
  • Saringan 2 (Jun)
  • Saringan 3 (September)
  • Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
  • Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
  • Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.


PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.

Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali melakukan kesilapan semasa menulis.

Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :

  • SELIPAR murid tulis SIPE
  • LOCENG ditulis LONCENG
  • SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.

Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata pelajaran Matematik.

Kedua-dua program ini akan ‘melepaskan’ murid mereka setelah didapati cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat memberi maklumat berguna untuk semua.

PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujian ‘tapisan’. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)





Apa Itu SBPA ?

Bajet
2012 telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA
yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya,
SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam
Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan
berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan
radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan
kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat
awam berasaskan prestasi kerja.


Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;


2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.


3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;


4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;


5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;


6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;


7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);


8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);


9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;


10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;


11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;


12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;


13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;


14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;


15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;


16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;


17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;


18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan


19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)


Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Perubahan Panggilan Gred DG Guru
;

Perubahan Panggilan Gred DG Guru iaitu selepas Ini Tiada Lagi Gred DG 41, DG44, DG48, DG52,dan 54. Semua Gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6. Untuk lebih mudah lihat dibawah.

  • DG41 kepada 1-1
  • DG 44 kepada 1-2
  • DG 48 kepada 1-4
  • DG 52 kepada 1-5
  • DG54 kepada 1-6

Gaji Kakitangan Awam Akan Disemak Setiap 3 Tahun Sekali, Bermakna 2015 Ada Lagi Semakan, Demikian Juga Pada 2018. Pada 2013 Dan 2016 Kadar Elaun Akan Disemak Semula, Dan Pada 2014 Dan 2017.

Pelarasan Gaji Akan Dilakukan Bergantung Kepada Kedudukan Kewangan Kerajaan Supaya Menjelang 2020 Pendapatan Perkapitan Kakitangan Awam Pada 2020 Adalah USD 15,00

Semua Kenaikan Pangkat Tidak Lagi Bergantung Kepada Kekosongan Jawatan Tetapi Bergantung Kepada Tahap Prestasi Dan Syarat Kelayakan. Seseorang Guru Boleh Mencapai Ke Tahap Dg 54 ( 1-6 ) Setelah 25 Tahun Berkhidmat.

1) Guru DG41

– Ditukar kepada 1-1
– Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
– Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
– Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

2) Guru DG 44 kepada 1-2


– Ditukar kepada 1-2
– Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
– Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
– Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

3) Guru DG 48


– Ditukar kepada 1-4
– Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
– Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
– Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

4) Guru DG 52


– Ditukar kepada 1-5
– Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
– Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
– Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

5) Guru DG54


– Ditukar kepada 1-6
– Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
– Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

(1) Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;


(2) Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;


(3) Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

(4) Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.


5 SEBAB MENGAPA CUEPACS MINTA SBPA DITELITI ATAU MENOLAK SBPA


(1)Tiada Perbincangan yang dilakukan diantara pihak JPA dan Cuepacs dalam memtuskan skim baru ini.

(2)Masa yang diberikan untuk Penjawat Awam memahami dan memilih SBPA adalah terlalu singkat.
(3)Jabatan Perkhidmatan Awam dituntut agar memberi penerangan tentang kenaikan gred Penjawat Awam dan faedah yang akan diterima di bawah SBPA secara jelas.
(4)Memperjelaskan tentang kenaikan 7-13% gaji Penjawat Awam dalam SBPA
(5)Tiada sokongan yang jelas untuk ‘exit policy’

Penyelesaian Isu ;

(30 Dis). – BERNAMA

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi faedah kepada penjawat awam menikmati kenaikan gaji dan jumlah pencen lebih baik berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata SBPA merupakan semakan semula, dan bukan penambaikan kerana skim gaji serta wang persaraan penjawat awam tidak disemak bagi satu tempoh yang lama.

“Sebagai contoh, sekiranya penjawat awam menerima SBPA sebelum tarikh tutup pada 15 Jan 2012, beliau akan menerima kenaikan gaji yang dikira bermula 1 Jan berbanding sekiranya penjawat awam enggan menerima skim baru tersebut,” katanya selepas diwawancara dalam program Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama malam Khamis.

Mengenai pindaan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji, beliau berkata ia tidak menjadi masalah.

Kajian JPA menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)mendapati hanya 0.4 peratus penjawat awam gagal mencapai LPNT yang ditetapkan bagi 2010, katanya.

Oleh itu, Abu Bakar berkata tidak timbul isu JPA menurunkan standard LPNT ekoran penurunan kepada 65 peratus kerana akhirnya prestasi penjawat awam akan dinilai pihak berkepentingan iaitu pelanggan dan rakyat.

Jumaat lepas, JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal hari ini.

Soalan ;


1. Terima SBPA ni kena wajib opsyen pencen 60 tahun ke?

– Tak semestinya, kepada yang melapor diri pada 1 Jan 2012, opsyen 60 tahun diberi, namun boleh bersara awal 55/56/58 sekiranya punya alasan munasabah. Bayara pencen juga dibayar pada umur 55 tahun [walaupun bersara 60. Bayaran juga diselaraskan bagi penjawat lelaki dan perempuan]. Kepada yang di bawah skim SSB dan SSM dan nak tukar SBPA, opsyen diberi sama ada kekal pada umur saraan sebelum ini atau pilih 60 tahun SAHAJA tahun lain tak boleh.

2. Apa perbezaan jadual gaji SBPA dengan skim SSM, ada kenaikan ke?

– Gaji memang berbeza sama sekali. Seperti yang dibentangkan oleh PM pada pembentangan bajet 2012, ada kenaikan antara 7% – 13%. Jadual gaji masih berstatus “sulit” dan kebanyakan yang ditujukkan di laman² sosial adalah daripada slaid taklimat SBPA. Kebanyakan yang ditunjukkan adalah benar. Namun berbeza mengikut skim. – tak erlu risau, mana yang memilih SBPA, akan ada kenaikan pada gaji pada Januari nanti.

Jadual gaji juga adalah mendatar (sebaris) dan kebarangkalian untuk seseorang penjawat awam untuk sampai ke “dinding” adalah mustahil kerana selain tempoh T di dipanjangkan sedikit, ada kemungkinan pihak kerajaan akan membuat pelarasan gaji semula selepas setiap 3 tahun selepas ini.

Lain² persoalan utama:

  • – Penjawat yang telah mendapat borang penukaran kepada SBPA ini perlu menyatakan persetujuan [jika bersetuju] dalam tempoh bertenang 15 hari. Jika penjawat diluar negara dan tida mengetahui, boleh juga diberi borang SBPA [jika ingin mengisi] dan perlu memberi jawapan dalam tempoh 15 hari selepas menerima borang. Bagi yang telah mengetahui tetapi tidak mengisi surat persetujuan penukaran, akan dianggap kekal dengan skim SSM.
  • – Tempoh percubaan staf baru dipendekkan daripada 1-3 tahun kepada 6 bulan hingga 12 bulan.
  • – Gaji bagi pekerja berstatus kontrak juga akan diselaraskan semula berdasarkan skim SBPA ini.
  • – PTK digantikan dengan PROSPECT dan penjawat tidak memohon di bawah PROSPECT malah ditawarkan [ini untuk kenaikan pangkat.
  • – Penilaian tahunan seseorang akan dinilai bukan sahaja oleh pegawai atasan malah oleh pekerja bawahan dan juga rakan sekerja [yang lain].
  • – Penilaian yang kurang daripada 75% akan menyebabkan penjawat awam berkenaan diberikan kata dua melalui pelaksanaan EXIT POLICY [yang kini di bantah CUEPACS].
  • – Staf punya peluang diberikan kenaikan gaji [asalkan perform] dengan gaji akan melebihi gaji bosnya. – menarik!.
  • – Kursus induksi digantikan dengan Program Transformasi Minda dengan tempoh program dipendekkan daripada 3 minggu kepada 5 hari sahaja.
  • – Kepada yang telah lulus SKT dan menunggu untuk kenaikan gaji pada tahun hadapan, harap bersabar untuk menanti kata putus daripada JPA. Anda pasti risau tentang kenaikan gaji anda. Daripada apa yang aku dengar, kenaikan gaji [SSM] tak sama dengan SBPA. SBPA lagi menarik.
  • – Bagi pekerja lama, skim ini hanya tertakluk dan berpeluang kepada mereka yang masih berkhidmat pada 2 januari. Mana yang bersara pada 1 Januari 2012.
  • – Penjawat awam tidak perlu lagi pelepasan dengan izin jika hendak menukar agensi.
  • – Penjawat awam juga diberi kebenaran untuk meninggalkan perkhidmatan awam dan ke sektor swasta. Jika ingin ke sektor awam SEMULA adalah dibolehkan dan tempoh perkhidmatan sebelum itu juga akan dikira untuk tujuan persaraan [pencen]. – Ni pun CUEPACS tak setuju]
  • – Syarat kelayakan masuk ke perkhidmatan awam juga diperbaiki antaranya, BMI individu berkenaan mestilah dalam lingkungan “unggul”.

Kesimpulan ringkas:

  • – SBPA ni sangat bermakna untuk pekerja baru. Sebab terus dapat gaji yang tinggi bersama orang lama. Ada sesetengah kes, orang lama pun akan dapat tangga gaji yang sama dengan staf yang baru.
  • – Ada juga kes, orang lama pun ada kebaikannya [terutama yang dah langgar “dinding”. Mereka ini punya peluang merasa kenaikan gaji, jika memilih skim SBPA ini.
  • – CUEPACS bantah sbelum ni pun sebab skim SBPA ni belum diterangkan secara jelas dan terperinci. Aku setuju juga, sesuatu yang belum jelas, tak kan kita nak bersetuju. Mungkin JPA boleh tambah baik proses selepas ini.
Apabila anda bersetuju untuk menerima tawaran SBPA, anda sebenarnya telah bersetuju untuk :
  • menggunakan Jadual Gaji Sebaris menggantikan Jadual Gaji Matriks
    yang digunakan dalam SSM. Dalam erti kata lain, mata gaji anda yang
    baru adalah mengikut susunan tangga dalam sebaris.


  • menerima kadar kenaikan gaji tahunan yang lebih menarik dan tinggi berbanding SSM seperti jadual di bawah. Namun, kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan penilaian prestasi perkhidmatan anda (markah LNPT). Anda mungkin tidak akan diberi kenaikan gaji tahunan sekiranya markah LNPT anda di bawah 70.
  • ditawarkan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 60
    tahun (tapi sekiranya anda tidak berminat, anda boleh terus memilih umur
    persaraan 56 tahun atau 58 tahun mengikut SSM)


  • menerima ‘dasar pemisah’ di mana anda boleh memilih untuk bersara atau dibersarakan
    sekiranya prestasi anda adalah rendah (LNPT bawah 70) atau anda
    mempunyai masalah yang boleh menjejaskan kepentingan negara atau
    perkhidmatan. Namun, sekiranya prestasi anda rendah, anda tidak akan
    terus diberhentikan kerja. Sebaliknya, KPM akan menyiasat terlebih
    dahulu punca sebenar kenapa anda mendapat markah LPNT 69 dan ke bawah
    (a.k.a pegawai berprestasi rendah).
Banyak pihak mempersoalkan tentang perlaksanaan dasar pemisah atau exit policy
kerana dasar ini diyakini tidak akan berlaku secara adil. Kerana apa??
Kerana instrumen penilaian yang diguna pakai oleh SBPA boleh
dipersoalkan dan diragui ketelusannya. Instrumen penilaian yang
digunakan ada tiga: kaedah pelbagai penilai (multi-rater), KPI dan LNPT.

Instrumen penilaian KPI (mengikut pemahaman penulis) adalah diguna pakai
oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Sekiranya KPI yang disasarkan oleh
mereka tercapai, mereka akan menikmati 5% hingga 15% kenaikan gaji tahunan daripada gaji pokok.

Katakanlah instrumen yang digunakan
untuk Kumpulan Perlaksana (seperti guru) adalah LNPT (seperti yang
dilaksanakan tahun ini). Pegawai penilainya adalah pengetua sekolah
tersebut (manusia… yang mempunyai EMOSI yang boleh mempengaruhi
ketelusan penilaian). Pegawai A menunjukkan prestasi yang benar-benar
baik dalam perkhidmatannya namun beliau tidak sekepala dengan pengetua
sekolah tempat beliau bertugas. Adalah tidak mustahil sekiranya Pegawai A
akan mendapat markah LNPT di bawah 70 sekiranya pengetua tersebut
berniat untuk menabur pasir ke periuk nasi Pegawai A. Oleh hal yang
demikian, SBPA seharusnya dilengkapi dengan instrumen penilaian yang
lebih efisyen bagi memastikan ketelusan perlaksanaannya tidak
dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.


Istilah penting :

Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.


RUJUKAN :
(Mohon Izin dan terima kasih kepada rujukan-rujukan ini)

(1)http://harrazdani.blogspot.com/2011/10/kebaikan-dan-kelebihan-skim-saraan-baru.html
(2)http://pyejal.com/blog/?p=149
(3)http://wowberita.org/contoh-pengiraan-perubahan-gaji-dari-ssm-ke-sbpa
(4)http://bucyukcayangaryan.blogspot.com/2011/12/sbpa-perlaksanaan-dan-prinsip.html

(5)http://www.facebook.com/pages/Persediaan-Temuduga-Info-Pendidik/187168901361894

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU

1.1 :  KSSR
1.2 :  KSSM

1.3 :  Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.4 :  MBMMBI
1.5 :  1 Murid 1 Sukan
1.6 :  Transformasi Pendidikan Vokasional
1.7 :  NKEA
1.8 :  NKRA Pendidikan

1.1 : Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan.

Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?

Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?

KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283      .

S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.

S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

KSSR terap 1 Malaysia

KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

Isu Terkini KSSR ( UTUSAN 30 Disember 2011)


Dasar
MBMMBI, KSSR lonjak kualiti pendidikan negara.

PELAKSANAAN Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia clan Memperkukuh Bahasa,
Inggeris
(MBMMBI) yang diperkenalkan tahun ini nyata bertepatan dengan
hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa
Malaysia sebagai alat perpaduan,
bahasa
perhubungan clan bahasa ilmu. Pada masa
sama peningkatan penguasaan bahasa Inggeris turut diberi
kepentingan supaya pelajar dapat bersaing clan meneroka ilmu di peringkat anta­rabangsa.



Sukar untuk menafikan bahawa kedua-dua bahasa ini
sememangnya memainkan peranan penting ke
arah melahirkan modal insan berilmu,
berkemahiran tinggi clan
berketrampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.



Justeru, dalam usaha meletakkan MBMMBI pada tempat sewajarnya, maka beberapa kaedah clan strategi pelaksanaan diperkenal berasaskan langkah
yang mampu melonjakkan keberkesa­nannya.
Tumpuan utama ialah melalui transfor­
masi
kurikulum sekolah clan peningkatan kapasiti
guru.

Malah, kedua-dua aspek ini jugs dikenal pasti
berupaya menjadi elemen asas melahirkan sum­ber
manusia yang mengisi keperluan negara.



Untuk itu, kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan
sebagai usaha menyusun semula
clan menambah balk kurikulum sedia ada
bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengeta­huan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa
untuk menghadapi cabaran abad ke-21.



Menerusi transformasi kurikulum, modul Pe­ngajaran clan Pembelajaran (P&P) bagi
kurikulum
bahasa Malaysia clan bahasa Inggeris disedia berdasarkan kemahiran bahasa berkenaan, mem­babitkan proses mendengar, bertutur, membaca clan
menulis selain penekanan terhadap modul tatabahasa clan seni bahasa. Apa yang
diharap­kan melalui pendekatan modul sedemikian, se­tiap sesi pengajaran akan berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu kemahiran utama dengan mengintegrasikan
kemahiran lain secara bersepadu. KSSR
dibangun berteraskan enam tunjang uta­
ma
merangkumi komunikasi; sains clan teknologi;
perkembangan
fizikal dan estetika; kerohanian,sikap dan nilai; kemanusiaan; dan ketrampilan diri.
Setiap tunjang mengandungi disiplin ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas
kepada pembangunan insan yang seimbang dan berpe
mikiran
kreatif, kritis dan inovatif

Secara dasarnya, KSSR digubal dalam bentuk
pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam,
satu tempoh persekolahan yang ditetap
kan. Standard kandungan
adalah pernyataan lebih terperinci
mengenai perkara yang murid patut

ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Sementara standard pembelajaran pula merujuk
kepada satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelaiaran dan pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap stan
dard kandungan.


KSSR diketengahkan dalam bentuk modular yang mans kandungan pembelajaran disediakan berbentuk
unit kendiri lengkap (self-contained) yang
dinamakan modus. Seliap unit adalah tersen­
diri dan mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sudah dikenal pasti untuk dikua­sai murid. Bagi tahap satu, kandungan kurikulum disusun
dalam Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan
Modul Asas Elektif manakala tahap dua
dalam bentuk mata pelajaran teras
dan elektif.



Apa yang jelas KSSR juga
diperkenalkan untuk
menangani isu pendidikan seperti
kepadatan jadual waktu, bilangan mata
pelajaran yang
banyak serta keterlaluan penekanan terhadap kecemerlangan
akademik.
Justeru, terlalu pendekatan sebegini
ia mem­
beri penegasan kepada pelaksanaan
kaedah pen­
taksiran berasaskan sekolah bagi
menjadikan pro­
ses P&P lebih menyeronokkan
dan tidak terlalu berorientasikan
peperiksaan. Murid jugs digalak
meningkatkan pembabitan dalam
kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.

Sesungguhnya pelaksanaan KSSR diharap mampu
membantu memperbaharui kuriku­
lum sedia adsa serta memastikan is relevan
de­ngan keperluan pendidikan semasa, sekali gus berfungsi sebagai agen
perubahan bagi menca­pai objektif
melahirkan modal insan terbilang dan
berketrampilan tinggi.

Sejajar tumpuan terhadap peningkatan kapi­siti
guru bagi menjayakan Dasar MBMMBI, maka
Kementerian Pelajaran Malaysia
menjadikan Standard Guru Malaysia (SGM) yang mengan
dungi komponen
standard dan keperluan sebagai
rujukan piawaian kualiti guru di
seluruh negara.

Selain itu, usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan guru bahasa Malaysia
dan Ingge­ris yang berkualiti turut diberi perhatian. Maka, tanggungjawab
Institut Pendidikan Guru (IPG) telah dikembangkan untuk melatih guru pads
peringkat ijazah.



Bagi meningkatkan kapasiti guru bahasa Ing­geris pula,
program penutur jati diperkenalkan dengan
melantik 360 penutur jati dari luar negara
,sebagai mentor di 1,800 sekolah rendah manakala
15 lags sebagai training fellows di IPG yang dipilih sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris.

 
1.2 : Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Mulai
2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu,
sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid
Tahun Satu.

Adalah
dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap
kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan
menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan
dilaksanakan mulai tahun 2014.

Sehubungan dengan itu, satu soal selidik akan diadakan bagi mengumpul
pandangan dan cadangan masyarakat dari pelbagai lapisan terhadap
aspek-aspek yang berkaitan dengan reka bentuk dan kandungan kurikulum
Sejarah Sekolah Menengah. Maklumat ini penting kepada proses
penambahbaikan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam usaha transformasi
kurikulum.

a) Matlamat Kajian

Matlamat
tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah untuk
mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang terkandung
dalam kurikulum Sejarah Sekolah Menengah di samping cadangan-cadangan
penambahbaikan terhadap kurikulum mata pelajaran Sejarah.

b) Objektif

• Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum Sejarah Sekolah Menengah
• Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah

1.3 : PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Konsep PBS

1. Soalan: Apa itu PBS?

Jawapan: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan
akademik

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-
guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran
Psikometrik.

2. Soalan: Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Jawapan: Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah
yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz,
soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan
kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran
merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu
guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

3. Soalan: Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?

Jawapan: Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara
untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

4. Soalan: Bila PBS mula dilaksanakan?

Jawapan: PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan
UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada
2014.

5. Soalan: Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

Jawapan:

• PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek
JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran
sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik
melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif
dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan
assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih
kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan
assessment of learning.

• Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,
Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard
Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran
serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang
murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid
dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.

• PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini
akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana
guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-
masing kerana mereka:
– boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
– boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid
– lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
perkembangan murid
– mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

6. Soalan: Apakah standard prestasi?

Jawapan: Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan
tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang
yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda
aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir
bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan
berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.

7. Soalan: Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

Jawapan:

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
• Pementoran
• Penyelarasan
• Pemantauan
• Pengesanan

• Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing
guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan
yang ditetapkan.

• Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan
memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan
yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

• Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada
Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.

• Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan
instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

8. Soalan: Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan
pembelajaran anak-anak mereka?

Jawapan: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-
bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat
perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data
base).

9. Soalan: Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

Jawapan: Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh
membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang
perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi
untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.

10. Soalan: Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS?

Jawapan: PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari
segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana
pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.

11. Soalan: Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

Jawapan: Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid
masing-masing kerana mereka:

– boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
– boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid
– lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
perkembangan murid
– mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

12. Soalan: Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS?

Jawapan: Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas
pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang
Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Tambahan ;

1. Apa itu SPPK/SPK?

– SPPK ialah satu system pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran yang
dikendali secara bersama oleh Lembaga Peperiksaan dan pentaksiran yang dikendali oleh sekolah.

2. Apa itu PBS?

-PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS
dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh
guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Komponen
PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran
Psikometrik.

3. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang
selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz,
soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan
penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksanakan dengan
memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokmentasi.

4. Apakah perbezaan antara SPPK dengan pentaksiran sedia ada?

Pentaksiran sedia ada


SPPK


Pentaksiran sekolah(PS)

Pencapaian murid tidak direkodkan

Pentaksiran sekolah

Pencapaian murid direkodkan

Pentaksiran pusat(PpP)

PLBS untuk matapelajaran Bahasa PEKA untuk matapelajaran

Pentaksiran sekolah

Semua matapelajaran mempunyai komponen pentaksiran


Sains di jalankan dan pencapaian murid direkodkan


Pusat dan pencapaian murid direkodkan

Tiada Pentaksiran aktiviti jasmani sukan dan kokurikulum (PAJSK)

Tiada pentaksiran ini

Ada PAJSK

Pencapaian murid direkodkan

Pentaksiran Psikometrik (pPSI)

Ada dalam komponen pentaksiran sekarang

pPSI dijalankan pada dua tahap iaitu tahun 3 dan tahun 6

Ada dalam komponen SPPK

Peperiksaan Pusat (PP)

Ada dalam komponen pentaksiran sekarang.Wajaran adalah 100%

Ada dalam komponen SPPK.Tetapi untuk matapelajaran TERAS.Wajaran 60%

40% merangkumi PS,PAJSK dan PP



SPPK
bersifat holistic,system ini mentaksir aspek jasmani,emosi,rohani dan
intelek(JERI).PBS member penekanan kepada kesemua aspek JERI.Ia akan
mentaksir proses dan produk iaitu mengamal konsep assessment for
learning dan assessment of leaning.PBS terdiri daripada empat komponen
iaitu Pentaksiran pusat,pentaksiran sekolah,pentaksiran aktiviti
jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.Kesemua
komponen ini ditadbir disekolah.


5. Apakah komponen PBS?

-PBS
merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat,pentaksiran
sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan
pentaksiran psikometrik.


6. Apakah PBS akan menambah beban tugas guru?

-Pihak LP telah menyediakan dua system aplikasi untuk membantu guru-guru.

7. Kenapa PBS dilaksana? Kenapa sekarang?

-Seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

8. Bila PBS mula dilaksanakan?

-Mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014.

9. Apakah asas pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh?

-Ujian khas kemasukan ke asrama penuh akan diperkenalkan dan akan diuruskan oleh Bahagian-bahagian KPM yang berkenaan.

10. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?

-Pementoran
ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan
pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan
bersama Jurulatih Utama pentaksiran dengan tujuan memantapkan dan
menambahbaik pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara
yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen
yang digunakan dan kaedah pemberian skor.


Pemantauan
ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran
dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.


Pengesanan
ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari segi pencapaian
objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan
memperbaiki program Pentaksiran Pusat.


Penyelarasan
diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada
konstruk yang ditaksir berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah untuk
memastikan keselarasan kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan
tersebut. Sesi penyelarasan akan diatur mengikut prosedur yang
ditetapkan dan akan diwakili oleh semua guru yang terlibat dengan PBS.


11. Apakah peranan Pentaksiran Psikometrik?

Maklumat yang bersifat akademik dan peribadi diperlukan untuk membantu pembelajaran murid.

Pentaksiran
Psikometrik melengkapkan keperluan ini dengan mendapatkan data selain
daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian
ciri peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu
bapa, guru dan murid untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran
boleh dipertingkatkan. Selain digunakan untuk mengenal pasti dan
mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid dapat dipertingkat dan
dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki.


Pentaksiran
Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan
kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan
persekitaran murid. Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kurikulum
dan proses pengajaran dan pembelajaran.


12. Apakah standard kurikulum?

Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR:

– standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran
– standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat
– standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat melaui tingkah laku

13. Apakah standard prestasi?

– standard prestasi menunjukkan tahap penguasaan dan kualiti kerja murid
– standard prestasi memberi makna kepada band yang dicapai murid

14. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?

Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka:

-Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
-Boleh member maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid
-Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
-Mentaksir dan member maklum balas berpandukan standard prestasi

15. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakn PBS?

-Setiap
guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan
pembelajaran tetapi akan diberikan pendedahan semula tentang pentaksiran
berasaskan sekolah.


16. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka?

-Laporan
deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui system aplikasi pada
bila-bila masa sekiranya diperlukan.Sistem ini juga menyimpan maklumat
perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time
data base)


17. Apakah nilai UPSR dan PMR?

-UPSR
dan PMR dalam SPPK masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal
insane yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran
dijalankan secara berterusan dan menyeluruh.


18. Adakah guru menggunakan standard dalam kurikulum atau standard prestasi untuk mengajar?

-Guru hendaklah menggunakan standard dalam kurikulum untuk mengajar manakala menggunakan standard prestasi untuk mentaksir.

19. Bagaimana ibu bapa boleh memahami laporan yang disediakan?

-Guru
akan menerangkan perkembangan anak mereka berdasarkan evidens dan
deskriptor dalam portfolio anak masing-masing. Laporan adalah berbentuk
diskriptif.


20. Bagaimana PBS akan dilaksanakan jika kemudahan komputer dan internet tiada di sekolah?

-Sistem akan desediakan dalam bentuk standalone dan data dihantar dalam bentuk text file dalam CD.

21. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?

-Maklum
balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid
mengenalpasti kekuatan,kelemahan,kesilapan dan apa yang perlu dibaiki,
bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.


Maklum
balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi
untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.


22. Apakah nilai PBS kepada murid-murid aliran agama?

-Kerangka
standard prestasi merangkumi penguasaan pengetahuan,kemahiran dan
pengamalan adab tingkah laku. Jesteru, pentaksiran dilakukan untuk
melihat perkembangan semua aspek pembangunan insan yang selama ini tidak
ditaksir.


23. Apakah PMR akan digunakan sebagai indikator untuk pemilihan aliran di peringkat menengah atas?

-Lima
komponen pentaksiran dalam SPPK dapat memberi kepelbagaian maklumat
secara komprehensif bagi membantu murid membuat pemilihan aliran yang
lebig tepat.


24. Adakah PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dalam pelaksanaannya?

-PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dengan menyediakan kaedah dan instrument pentaksiran yang sesuai dengan mereka.

25.
Apakah peranan PAJSK dalam PBS? -PAJSK membekalkan maklumat sebagai
pelengkap kepada kemenjadian murid yang seimbang dan harmonis,
pencapaian, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani,
kesihatan, sukan dan kokurikulum diambil kira sebagai sebahagia daripada
wajaran 40% PBS untuk UPSR.

Isu Terkini ( UTUSAN 30 DISEMBER 2011)







1.4 : MBMMBI


SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)




1.         Apakah itu Dasar MBMMBI  
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.       

2.         Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.

Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah  jenis kebngsaan Tamil.        

3.         Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?        

Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan  bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p,  transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan  serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p
          
4.         Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?
     
Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris.  Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.
         

5.         Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?
    
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.         
6.         Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?          

KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut:

  •     Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG
  •     Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris
  •     Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT
  •     Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5

BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI:

Latihan untuk bahasa Malaysia:

      i.       Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
    ii.        KDP 4 Minggu
   iii.        Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Latihan untuk bahasa Inggeris:

      i.        Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris
    ii.        Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris
   iii.        Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris

7.         Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti?(BPG/ELTC/IPGM)
          

Institut Pendidikan Guru

a.    IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.
b.    “Teacher Study “ untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.
c.    Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.
d.    Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.

Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.

Praktikum – 3 kali praktikum :

a.    Semester 5  –  4 minggu
b.    Semester 6 – 8 minggu
c.    Semester 7 – 12 minggu

Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan.

Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.

Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.
        
8.         Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
          
ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia.  Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.

BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:

   i.     Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah  menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun
 ii.  Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara       

9.         Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahas Inggeris?
          

Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.

Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:

  • IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
  • IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
  • IPG Kampus Dato’ Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu
  • IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur

Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut.   Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan.  Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.

Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut:

a.  Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris;
b.    Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
c.    Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
e.    Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
f.      Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
g.    Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program
h.  Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah          

10.       Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?
         
English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:


a.    Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)
·         Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.

b.    Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)
·         Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.
·         CD Audio-Video (Teacher’s CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.
·         OPS-ENGLISH Student’s Handbook untuk pelajar.

Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.
          

11.       Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
          

Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.
          

12.       Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?
          

Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;

Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)

Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)

Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.

Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.
          

13.       Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa?           
Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.
          

14.       Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti?
          

Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.  Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.


1.5 : 1Murid 1Sukan (1M 1S)

Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan?

Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan?
Dasar
1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk
mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid
yang kurang atau tidak aktif;

Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan
Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini?

i. Meningkatkan kecergasan jasmani;
ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;
iii. Memupuk perpaduan di antara kaum;
iv. Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
v. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;
vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1M 1S Ini?

Sebelum pelaksanaan Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:


i. Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami
masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan;


ii. Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan
sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan
pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah;

iii. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

iv. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan
kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah
yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi
aktiviti teras sukan di sekolah.


v. Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber
mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;

vi. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan;
vii. Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; dan

viii. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan
peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan
lagi penyertaan aktif setiap murid.


Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini?


i. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di
Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6
di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3,
digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.


ii. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan,
kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan
murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan
Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta
peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1S



Dasar 1Murid 1Sukan

Dasar
1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan
sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat
sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan.


Aktiviti
sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk
Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah
terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan
Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh
pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan
adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia
yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan
hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:

1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.


Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
(JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:


1.
Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada
penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak
aktif.

2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

1.
Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami
masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk
Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1
hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid
Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan
kemampuan sekolah.

2.
Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan
sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan
pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;.

3.
Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata
pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.

4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.
5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.
6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
7.
Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan
peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan
lagi penyertaan aktif setiap murid.


Bagi
memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai
pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan
sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada
pendekatan berikut:


1.
Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara
aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah.
Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang
melibatkan pergerakan fizikal.

2.
Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada
aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah
yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi
aktiviti teras sukan di sekolah.

3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah.
Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.

Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:

1. Kehadiran;
2. Jawatan Serta Sumbangan;
3. Penglibatan; dan
4. Pencapaian.

Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.
1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional

Pengenalan ;

1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal?

Aliran
teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada
peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal
adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang
kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi
rumah tangga).

2. Apakah pula makna aliran vokasional?

Aliran
vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan
sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak
pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan
amali. Objektif aliran ini ialah membantu melahirkan pekerja separa
profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.

3. Maksud aliran kemahiran?

Manakala
aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendah
tetapi berminat kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran
ini apabila tamat kursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau
bekerja sendiri. Kandungan kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Transformasi Pendidikan Vokasional

APABILA
transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka
aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini
umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar
dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang
untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan
mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas matrikulasi
atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM.

Pengumuman
sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran
tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah
menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas
melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.

Apa
yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan
boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa
berada di tingkatan satu.

Sesungguhnya
peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di
kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia
dianggap selari dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah
negara.

Transformasi
pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi
penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan
mengurangkan komposisi akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas
Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan satu.

Mereka
juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
pada tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua
semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti
aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang
mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu
SKM tahap empat.

Kurikulumnya
merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM
dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri.


Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti
aviation, maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan,
pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini.

Dengan
kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan
supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi
pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di
negara-negara maju.

Ketika
ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah
pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil
jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand
41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia 62% dan Belanda 68%.
Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara puratanya
ialah sebanyak 44%.

Seperti
yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar
vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini
boleh dicapai sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama
bagi menyediakan kemudahan pendidikan tersebut.

Mengapakah
perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan ini
diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja
terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki
pasaran pekerjaan.

Dengan
mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan
amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri
dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran
teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak
industri pada masa kini.

Dilaporkan
juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan
adalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik
tanpa kemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan
dan pendapatan bulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800
sebulan.

Sekiranya
mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh meningkat
di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini
adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan
pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia
sebagai negara maju pada tahun 2020.

Memartabatkan
aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan
bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan
jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah
juta orang setiap tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta
menyediakan pekerjaan.

Transformasi
pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai
pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat
menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi
kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak
mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini.

Diharapkan
dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi
usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran
dan berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam
tahun 2020.

Program Asas Vokasional (PAV)

Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program
Asas Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga
3 akan dilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional
sebagai pendidikan arus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk
Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau
berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang
sedang diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses
transformasi pengajian teknik dan vokasional.

“Pelajar
lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan
pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan
transformasi dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej
Vokasional. Ini yang kita usahakan supaya vokasional akan menjadi
pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya
kepada pemberita di sini Ahad.

Katanya
PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih
sebagai sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para
pelajar yang lulus dalam PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) Tahap I dan II apabila tamat.

Beliau
berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan
adalah sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan
Swasta (PFI) iaitu penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau
kementerian menghantar pelajar ke kolej vokasional sedia ada.

Mohd
Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk
memilih pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV
di peringkat menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik.

“Kita
memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah
rendah untuk melihat minat mereka…bukan menggunakan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR), PAV ini mempunyai penilaian psikometrik
tersendiri,” katanya.

Beliau
berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian
Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan
pelajar yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej
Vokasional sama ada tahap Diploma atau SKM Tahap IV.

Katanya
pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional
dan ia adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional
walaupun mereka mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian
dalam aliran sekolah biasa.

“Masalah
pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus
vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik,
sedangkan di negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70
peratus Voktech dan hanya 30 peratus akademik,” katanya.

Mohd
Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua
tahun di kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di
negara-negara maju sekurang-kurang perlukan tiga tahun termasuk ‘job
training’ yang penting bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi.

 Terdahulu,
beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
merangkap Menteri Pelajaran menutup ‘Perak Expo for Young Scientis’
bertemakan ‘Innovation of Science and Technology for Environmental
Sustainability’ yang berlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran
bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Pelajaran Negeri
Perak, K-Perak Implementation and Coordination Corporation (KPerak),
Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains,
matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah
mengurus serta mengekalkankesejahteraan alam.

Isu Terkini ; ( UTUSAN 30 Disember 2011)










Transformasi Pendidikan Vokasional lahir tenaga Mahir

PENDIDIKAN teknikal dan vokasional sememangnya memerlukan satu anjakan
baru yang bukan sahaja membolehkan pelajar memilih jurusan kemahiran
seawal usia 13 tahun, malah dijangka mengubah lanskap pendidikan negara
untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional serta mengubah komposisi
modal insan daripada berorientasikan lepasan akademik kepada lepasan
aliran vokasional sejajar amalan di negara maju.
Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menstruktur semula
sistem pendidikan ini menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV)
yang akan dikuatkuasakan pada 2013 kena pada masanya bagi mengangkat
martabat pendidikan vokasional sebagai aliran pendidikan yang akan
menjadi pilihan pelajar.

Apabila transformasi ini dilaksanakan, maka aliran vokasional tidak lagi
dianggap sebagai pendi¬dikan kelas kedua. Apa yang pasti, rancangan
penstrukturan semula sistem pendi¬dikan vokasional ini, sudah tentu
ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak yang ingin melihat bidang ini
menjadi teras utama dalam sistem pendidikan negara.

Untuk itu, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional harus diubah.
Jika selama ini, ramai menganggap pelajar vokasional tergolong dalam
kalangan yang lemah atau dikategorikan dalam kelas kedua maka
transformasi besar-besaran ini diharap mengubah stigma masyarakat umum
bahawa tanggapan sedemikian tidak lagi berasas.

Jika halangan persepsi sebegini dapat di atasi, tidak mustahil
pendidikan vokasional menjadi rebutan pelajar sebagaimana yang berjaya
dilaksanakan di negara Eropah.

Kemajuan pesat dalam sektor industri negara yang rancak berjalan
sekarang sudah pasti akan mengalami gangguan sekiranya tenaga mahir
secukupnya tidak dapat disediakan. Malah, harapan seterusnya dapat
memberi ruang dan peluang lebih besar kepada pelajar untuk memiliki
keupayaan dan tahap kemahiran luar biasa bagi memenuhi permintaan
pasaran.

Secara langsung juga, langkah kerajaan mengarusperdanakan pendidikan
vokasional turut terkandung dalam Bab 5, Rancangan Malaysia ke-10.

Pendidikan dan latihan vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup
penting dalam menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan
yang berkemahiran tinggi seterusnya menyumbang kepada penjanaan kekayaan
baru bagi negara. Untuk itu, kualiti kuriku¬lumnya perlu dipertingkat
dan dise¬suaikan dengan keperluan industri.

Justeru dalam konteks ini, TPV yang diperkenalkan itu akan membabitkan
dua aspek penting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan
Kolej Vokasional (KV) sebagai laluan dalam usaha mencapai matlamat
berkenaan. Malah, la akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik
dalam tempoh 2011 hingga 2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu
fasa lonjakan dari 2011 hingga 2013, fasa Peningkatan (2014 hingga 2016)
clan fasa  pemerkasaan (2017 hingga 2020).

Sehubungan itu, bagi meman¬tap dan melestarikan penerimaan keseluruhan
sistem serta kurikulum di bawah TPV, maka mulai sesi persekolahan 2012
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  melaksanakan projek rintis PAV di
15 sekolah harian atau sekolah menengah kebangsaan (SMK), di samping
menaik taraf 15 sekolah menengah vokasional menjadi KV, masing-masing di
setiap negeri.

PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional yang ketika ini diajar
di sekolah harian clan akan ditawarkan kepada pelajar menengah rendah
seawal tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, khusus kepada lepasan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cenderung kepada pendidikan
bercorak amali. Dalam aspek ini, sistem PAV akan dilaksanakan selama
tiga tahun di SMK terpilih itu berdasarkan beberapa tahap sejajar proses
transformasi pengajian teknik clan vokasional,

Lepasan PAV dibenarkan menyambung pelajaran di KV atau ke institusi
kemahiran awam dan swasta. la akan dilaksanakan sepanjang tempoh empat
tahun sehingga peringkat diploma mengguna pakai sistem semester dengan
kurikulumnya berasaskan kepada kemahiran tertentu.

Kurikulum KV mempunyai dua komponen membabitkan 70 peratus kemahiran
clan 30 peratus akademik bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan.

Malah, kurikulum ini akan merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga
Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk persijilan yang diiktiraf
pihak industri dan pada akhir tahun keempat, pelajar sudah memperolehi
Diploma  Kolej Vokasional, iaitu selari dengan kepatuhan SKM Tahap 4.

Dalam merancakkan pendidikan vokasional, pembabitan sektor swas¬ta
(industri) turut dipelawa bersama -sama menjayakan transformasi ini.
Tanggungjawab yang boleh dimain¬kan oleh sektor ini ialah menyedia¬kan
tenaga pakar industri sebagai tenaga pengajar jemputan di kolej
vokasional.

Menerusi kaedah ini, pendedahan dan maklumat langsung berkaitan industri
semasa dapat disalurkan kepada pelajar. Malah, sektor swasta digalak
untuk membangunkan institusi vokasional berdasarkan kurikulum yang
dipersetujui bagi menam¬pung kemasukan pelajar berpotensi tajaan
Kementerian.

Hakikat betapa penting pelan ini perlu dilaksanakan juga merujuk kepada
keperluan negara yang memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja
mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi menampung kehendak industri
tempatan.

Tidak terkecuali, transformasi sedemikian perlu diketengahkan berikutan
penyertaan pelajar peringkat menengah dalam bidang vokasional masih
rendah.

Ketika ini, enrolmen pelajar Malaysia dalam bidang ini hanya mencapai
lima peratus. la jauh ketinggalan berbanding negara maju yang rata-rata
mencatat paras lebih 50 peratus.

Malah negara serantau seperti Indonesia dan Thailand mengatasi jumlah
peratusan berbanding Malaysia dengan jumlah pelajar yang mengambil
aliran ini menjangkau 40 hingga 60 peratus. Pendidikan teknikal dan
vokasional dianggap sebagai satu daripada kekuatan utama dalam sistem,
pendidikan di German, Hampir 60 hingga 70 peratus daripada pelajarnya
iaitu melebihi 1.6 juta orang memasuki sekolah vokasional. la merangkumi
kira-kira 340 jenis pekerjaan dan sangat popular di kalangan lepasan
sekolah di negara itu.

Pendekatan ini berjaya mengurangkan kadar pengangguran siswazah dalam
tempoh setahun selepas tamat pengajian kepada tiga peratus sahaja.
Sementara di Austria, 78 peratus pelajarnya memasuki bidang vokasional
dan hampir 60 peratus mereka yang bekerja mendapat pendedahan dalam
bidang itu. Berdasarkan pelbagai usaha bersungguh-sungguh yang
dilaksanakan kerajaan bagi memperkasa pendidikan teknik dan vokasional,
diharap mampu meningkatkan peratusan pelajar aliran berkenaan kepada 20
peratus menjelang 2015.

Apa yang jelas, pelan transformasi vokasional ini bukan sekadar memberi
satu alternatif dalam sistem pendidikan negara, tetapi antara pendekatan
bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengisi perancangan dan
keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Download penuh Konsep Kolej Vokasional

1.7 : Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Untuk
menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020,
Kerajaan pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi
Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700
(RM23,700) pada tahun 2009 kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020.
Peningkatan ini akan dicapai melalui pertumbuhan pendapatan negara kasar
(GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.

ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu:

Minyak, Gas dan Tenaga
Minyak Sawit
Perkhidmatan Kewangan
Pelancongan
Perkhidmatan Perniagaan
Elektronik dan Elektrikal
Borong dan Runcit
Pendidikan
Kesihatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pertanian

Greater
Kuala Lumpur Dibawah ETP, NKEA tersebut talah dikenalpasti sebagai
pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk memberi sumbangan
secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebanyak 131 Projek
Penggerak Ekonomi (EPP) dan 60 peluang perniagaan (BO) telah
dikenalpasti untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara kasar
(GNI).
Bidang Ekonomi Utama Nasional

MEMACU MALAYSIA KE ARAH MENJADI NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI

Program
Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP)
adalah satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke
arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ia akan
meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari
lebih kurang AS$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih daripada
AS$15,000 atau RM48,000 pada 2020, dengan itu memacu kemajuan negara ke
tahap yang sama dengan negara-negara berpendapatan tinggi yang lain.

Perkembangan PNK sebanyak 6 peratus setahun akan membolehkan kita mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020.

Pelaksanaan
ETP yang berjaya akan menyaksikan ekonomi Malaysia berubah dengan
ketara mirip negara-negara maju yang lain. Kami akan meneruskan anjakan
ke arah ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan menyaksikan sektor
perkhidmatan berkembang dari 58 peratus ke 65 peratus pada tempoh yang
sama.

Lebih 3.3 juta pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan
luar bandar negara akan diwujudkan menjelang 2020.. Ciri-ciri pekerjaan
baru ini akan menyebabkan anjakan ke arah julat pendapatan sederhana
dan tinggi.

Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia.

Akhirnya,
pertumbuhan akan dicapai dengan cara mampan dan tanpa kos kepada
generasi akan datang melalui inisiatif-inisiatif seperti pembinaan
kapasiti penjanaan tenaga alternatif dan pemuliharaan alam sekitar bagi
mempromosikan ekopelancongan.

ETP Berbeza dari Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi

Satu
pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini
adalah kali pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau
oleh mana-mana negara maju yang lain.

Program ini menyediakan
fokus mantap pada beberapa enjin pembangunan utama: 12 Bidang Ekonomi
Utama Negara (National Key Economic Areas atau NKEA). NKEA ini dijangka
akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi negara, dan ia
akan menerima keutamaan dalam pelaburan awam dan sokongan polisi.

Sektor
swasta akan menerajui ETP; manakala Kerajaan akan memainkan peranan
utama sebagai fasilitator. Sebahagian besar daripada pembiayaan akan
datang dari sektor swasta (92 peratus) dan pelaburan sektor awam akan
digunakan sebagai pemangkin untuk memulakan penyertaan sektor swasta.

Keberkesanan
sebarang program transformasi bergantung kepada butir-butir khususnya.
ETP berbeza dari program-program lain kerana ia menumpu pada tindakan –
bukan pada prinsip teori dan idea. Kami telah mengenal pasti 131 projek
permulaan (entry point projects atau EPP) yang menggariskan tindakan
yang perlu diambil untuk mengembangkan ekonomi.

EPP dan
peluang-peluang perniagaan lain yang dikenal pasti di bawah setiap NKEA
diasaskan pada jumlah sumbangan mereka kepada PNK; dan dipilih
berdasarkan pada analisis ekonomi dan kewangan yang teliti. Sebarang
perbelanjaan awam akan diperuntukkan pada dasar memaksimumkan PNK
daripada setiap ringgit perbelanjaan.

Akhirnya, ETP dirumuskan
supaya telus dan rapi, di mana sebuah Unit ETP baru di bawah PEMANDU
(Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana
Menteri) telah ditugaskan untuk mengawasi dan melaporkan kemajuan ETP
kepada pemimpin Kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat.

Diwujudkan bersama oleh Sektor-sektor Swasta dan Awan

Semenjak permulaannya, sektor swasta dan komuniti perniagaan telah terlibat dalam pembentukan ETP.

Pada
Mei 2010, Bengkel Seribu Orang telah dijalankan untuk membantu mengenal
pasti 12 NKEA. Sektor awam terus memainkan peranan yang besar apabila
makmal-makmal NKEA bermula pada Jun 2010.

Lima ratus minda
terbaik dari sektor swasta (350 orang dari 200 syarikat berlainan) dan
Kerajaan (150 orang dari 60 institusi awam berlainan, kementerian dan
agensi) telah berkumpul untuk membangunkan pelan bagi 12 NKEA tersebut.

Idea-idea
dan rancangan-rancangan yang dikenalpasti dan dibangunkan di makmal
telah disindiketkan dengan meluas sepanjang tempoh lapan minggu makmal
tersebut. Lebih 600 mesyuarat pensindiketan telah diadakan dengan
kementerian-kementerian, agensi-agensi, syarikat-syarikat multinasional,
syarikat-syarikat tempatan dan badan-badan bukan kerajaan.

Pemegang
berkepentingan utama seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri dan para
pemimpin perniagaan telah menyertai makmal pada peringkat awal dan
memberi maklum balas kepada peserta.

Berikutan dari
makmal-makmal tersebut, Hari Terbuka telah diadakan di Kuala Lumpur,
Sabah dan Sarawak di mana pelawat (komuniti perniagaan, syarikat
multinasional, rakyat dan media) telah melawat gerai-gerai NKEA dan
memberi input yang lanjut.

Hasil daripada proses ini adalah satu
hala tuju yang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan
tinggi dalam masa sepuluh tahun akan datang.

Dalam melancarkan
ETP, kami mengesahkan bahawa EPP yang tersenarai dalam hala tuju ini
hanyalah satu permulaan, dan melalui pelaksanaannya, kami akan
mempelajari dan menyesuaikan program tersebut bagi memastikan pencapaian
aspirasi kami.

Tinjauan umum NKEA

Dua belas NKEA tersebut adalah teras kepada ETP.

NKEA
ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk
menyumbang secara langsung dan material kepada pertumbuhan ekonomi
Malaysia. Dua belas NKEA yang terpilih ialah Minyak, Gas dan Tenaga;
Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan; Pelancongan, Perkhidmatan
Perniagaan, Elektronik dan Elektrikal; Pemborongan dan Peruncitan;
Pendidikan; Penjagaan Kesihatan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur;
Pertanian; dan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

Apakah Maknanya untuk menjadi NKEA?

Malaysia
akan menumpukan usaha-usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA akan
menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk pembiayaan,
pembekalan bakat dan tenaga kerja terbaik dan medapat perhatian khusus
Perdana Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula polisi seperti
penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi pasaran akan
disasarkan pada NKEA.

Program-program yang diusulkan akan
melibatkan pemilihan dan keseimbangan keseluruhan yang nyata kepada
ekonomi. Misalnya, mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA membawa
kepada pengurangan pelaburan dalam sektor-sektor lain.

Pelantikan
sektor-sektor sebagai sektor-sektor NKEA perlu mempunyai implikasi
sebenar pada sumber-sumber utama sekiranya mereka akan menerajui suatu
perubahan yang bermakna.

Falsafah yang sama bagi keutamaan juga
akan digunapakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh Kerajaan
kepada sektor-sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha-usaha
penyusunan semula polisi tertentu sektor-sektor tersebut dan dan
perubahan regulatori.

NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada
Perdana Menteri dan akan mempunyai mekanisme laluan pantas untuk
menyelesaikan pertelingkahan atau sebarang penyempitan.

Kerajaan
adalah komited untuk memberi sokongan berterusan bagi pertumbuhan
sektor bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan menumpukan usahanya
pada NKEA berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara yang bakal dijana
oleh sektor-sektor inidalam memacupembangunan ekonomi negara.

Dua Belas Bidang Ekonomi Utama Nasional adalah:
Minyak, Gas, dan Tenaga
Minyak Sawit

Perkhidmatan Kewangan

Pelancongan

Perkhidmatan Perniagaan

Elektronik dan Elektrikal

Pemborongan dan Peruncitan

Pendidikan

Penjagaan Kesihatan

Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi

Pertanian

Greater Kuala Lumpur / Klang Valley


Download Penuh NKEA PENDIDIKAN



1.8 : Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

NKRA – National Key Result Area


“The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system”

“ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians”
“ Our real work will begin as we make the transformation of government services happen”


Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan


Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.


Sub-NKRA 1: Prasekolah


7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:

  1. · Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  2. · Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  3. · Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
  4. · Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
  5. · Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
  6. · Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
  7. · Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi

· NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

· Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012

· *Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.


Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi


– Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik

· Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)


– Menghasilkan pelajar yang cemerlang

· Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang


– Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem

· Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.


Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah


Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:


NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional)


1. Prasekolah

2. Literasi dan Numerasi
3. Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Pengetua/Guru Besar


Download Penuh NKRA Pendidikan



____________________________________________________________________________


* Untuk membuka “link” mengikut BAB di bawah,  Sila tekan tulisan berwarna
MERAH. Kecuali BAB 10 buka ikut subtopik pada tulisan berwarna MERAH.

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020
1.4 : Islam Hadhari

BAB 2 : KEMENTERIAN
1.1 : Kementerian Pelajaran Malaysia
1.2 : Kementerian Pengajian Tinggi

BAB 3 : SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI
1.1 : Pendidikan Pra Sekolah
1.2 : Program PERMATA
1.3 : Pendidikan Rendah
1.4 : Pendidikan Menengah
1.5 : Pendidikan Khas
1.6 : Program Pendidikan Khas
1.7 : Sekolah Sukan
1.8 : Sekolah Seni
1.9 : Pembestarian Sekolah
2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
2.1 : Institusi Pengajian Tinggi
2.2 : Pendidikan Swasta
2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2.4 : Sekolah Kluster
2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional
* Tambahan penkhususan bidang di UTHM

BAB 5 : KURIKULUM
1.1 : Teori Pendidikan
1.2 : Kurikulum Prasekolah
1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
1.6 : Pengurusan Kurikulum
1.7 : Program JQAF
1.8 : Kia2M

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
1.1 : Asrama
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
1.8 : PIBG
1.9 : Skim Baucer Tuisyen

BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum
1.2 : Sekolah Harapan Negara
1.3 : Hari Guru
1.4 : Projek Nilam
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN
1.1 : Perintah-Perintah Am
1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 : Arahan Perbendaharaan
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 : Arahan Perkhidmatan
1.6 : Akta Acara Kewangan
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU
1.1 : KSSR
1.2 : KSSM
1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.4 : MBMMBI
1.5 : 1 Murid 1 Sukan
1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional
1.7 : NKEA
1.8 : NKRA Pendidikan



BAB 10 : BAB TAMBAHAN
A   : Dasar, Kurikulum & Sistem


1.1 : SBPA


1.2 : LINUS & PROTIM


1.3 : Tonggak 12


1.4 : PPSMI


1.5 : RMK – 10 ( Pendidikan)



B    : Isu Semasa Pendidikan


2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar


2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik


2.3 : Isu Penempatan GSTT


2.3 : Majlis Bahasa Inggeris


2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah


2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional



C    : Isu Semasa Negara


3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )


3.2 : Isu Adam Adli


3.3 : BR1M


3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik


3.5 : Bajet 2012



D    : Teori Pendidikan


4.1 : Taksonomi Bloom




E    : Lain-Lain

5.1 : SPP


5.2 : JPA


5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN

1.1 : Perintah-Perintah Am
1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 : Arahan Perbendaharaan
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 : Arahan Perkhidmatan
1.6 : Akta Acara Kewangan
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

1.1 : Perintah Am

Perintah
Am dan pekeliling kerajaan ini menjadi nadi utama yang mengawal selia
serta memastikan urus tadbir kerajaan daripada peringkat akar umbi
hingga ke tahap tertinggi, harus berjalan lancar serta mematuhi prosedur
ditetapkan. Pada dasarnya, Perintah Am adalah rangkuman syarat, garis
panduan, kod etika, disiplin dan undang-undang kecil berkaitan apa yang
boleh dilakukan selain prosedur bagi melakukannya dan larangan terhadap
penjawat awam. Pekeliling kerajaan pula terbahagi kepada tiga kategori
iaitu pekeliling perkhidmatan, surat dan surat edaran yang lazimnya
menjadi saluran untuk menerangkan bidang kuasa dan kaedah bagaimana
sesuatu elemen Perintah Am disesuaikan untuk kementerian, jabatan atau
sektor perkhidmatan awam tertentu.

Pekeliling bersifat lebih
anjal berbanding Perintah Am kerana ia harus diterjemahkan mengikut
keperluan semasa walaupun terikat kepada ruang lingkup yang ditetapkan
Perintah Am. Ini lazimnya dikeluarkan ketua pengarah di kementerian
berkenaan khusus bagi kakitangan tertentu. Tetapi ada juga pekeliling
yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara jika membabitkan keseluruhan
kakitangan awam secara umum. Antara lain, Perintah Am merangkumi
Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Perkhidmatan
Badan Berkanun Persekutuan, Perkhidmatan Badan Berkanun Negeri dan
Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. Ia meliputi perihal pelantikan,
elaun, cuti, tatatertib rumah kerajaan, perubatan dan waktu bekerja
selain skim pencen perkhidmatan awam, skim pencen badan berkanun dan
kuasa tempatan, acara kewangan, serta penyelarasan pencen.

Perintah
Am juga menggariskan tugas-tugas suruhanjaya perkhidmatan bagi
melantik, mengesahkan, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat,
menukar, kawalan tatatertib dan tugas-tugas lain. Ia juga menetapkan
kuasa melantik bagi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan,
perkhidmatan awam persekutuan dan bersama, anggota pasukan polis, serta
perkhidmatan pelajaran. Selain itu, Perintah Am menetapkan tahap
penggredan mengikut kelayakan akademik penjawat awam serta status
pegawai (sama ada tetap, sementara, kontrak, sambilan atau berasingan).
Ia juga menentukan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan tangga gaji.
Lazimnya setiap profesyen dalam sektor awam perlu ada perintah am yang
khusus mengenainya dan diperincikan menerusi pekeliling yang dikeluarkan
mengikut keperluan semasa oleh ketua jabatan berkenaan, tertakluk
kepada bidang kuasa yang diberi. Delegasi kuasa bagi mengguna pakai
Perintah Am sering diturunkan kepada pegawai peringkat jabatan. Ini
secara tidak langsung menyebabkan tiada keseragaman dari segi
pelaksanaan, yang lazimnya mengikut budi bicara pegawai atasan
berkenaan. Walaupun pegawai atasan terbabit juga terikat kepada Perintah
Am atau Pekeliling lain, pemantauan yang menyeluruh sukar dilakukan
terhadap mereka, terutama jika jabatan kerajaan itu terletak di
pedalaman. Sehubungan itu, wujud aduan di kalangan kakitangan awam
bahawa berlaku pilih kasih dalam pelaksanaan tindakan tatatertib
mengikut Perintah Am kerana hukum berlainan dikenakan bagi kesalahan
sama.


1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sukacita memaklumkan beberapa perkara
yang berkaitan pengurusan tatatertib dalam Perkhidmatan Awam seperti
berikut:

Latar belakang

Peraturan tatatertib yang
digunakan adalah terkandung dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan ini mengandungi peraturan dan
kelakuan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang pegawai
awam. Pelanggaran ke atas sebarang peraturan yang ditetapkan akan
membolehkan tindakan tatatertib diambil.

Tujuan utama peraturan
adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.
Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum
pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat
memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang
sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.

Kes Tatatertib Pegawai Awam Bagi Tempoh Tahun 2002-2006

A. Statistik

Pada
keseluruhannya untuk tempoh 5 tahun (2002 – 2006) bilangan pegawai yang
dikenakan tindakan tatatertib (tidak termasuk ATM, PDRM bagi tahun 2002
hingga 2004 dan Badan Berkanun Negeri) ialah seramai 10,438 orang.
Trend/aliran walau bagaimanapun menunjukkan penurunan yang ketara.
Butiran statistik pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib mengikut
klasifikasi perkhidmatan adalah ditunjukkan dalam Jadual 1:

Bilangan
pegawai dan anggota ATM dan PDRM yang telah dikenakan tindakan
tatatertib bagi tempoh yang sama masing-masingnya ialah berjumlah 7,390
dan 4,819.

Faktor Penurunan

Secara amnya kesedaran pegawai
akan tindakan punitif dengan sendirinya berkeupayaan mencegah sebarang
pelanggaran di kalangan pegawai awam. Analisis kepada rekod mendapati
antara faktor utama yang menyumbang kepada aliran penurunan adalah:

i. Program Latihan dan Taklimat

Bengkel,
kursus dan ceramah tatatertib anjuran JPA/Kementerian/Jabatan telah
adakan dari masa ke semasa bagi memantapkan pemahaman berkaitan
peraturan-peraturan tatatertib.

ii. Perkhidmatan Kaunseling;

Jawatan
kaunselor telah diwujudkan di semua kementerian/jabatan. Dalam hubungan
ini Kaunselor bertindak sebagai pemudah cara dalam menangani isu-isu
yang dihadapi oleh kakitangan yang bermasalah sebelum tindakan
tatatertib diambil ke atas pegawai.

Sehingga tarikh semasa
terdapat lebih kurang seramai 6,000 kaunselor/pegawai yang dilatih untuk
menjalankan tugas-tugas kaunseling. Daripada jumlah tersebut, 95 adalah
Pegawai Kaunselor di bawah perkhidmatan gunasama awam persekutuan.

iii. Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan

Peraturan-peraturan yang ada telah diperkemaskan dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya mudah difahami oleh penjawat awam.

Ketua
Jabatan turut diingatkan supaya memastikan pegawai dan anggota di bawah
kawalannya sentiasa mematuhi peraturan- peraturan yang berkuatkuasa;
beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib tindakan
tegas akan diambil.

Y. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara
dalam mesyuarat berkala dengan Ketua-Ketua Setiausaha / Ketua Jabatan
telah bersetuju supaya semua kes-kes tatatertib yang dirujuk oleh Badan
Pencegah Rasuah hendaklah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh
kes dirujuk.

Kumpulan Pegawai

Pegawai dalam Kumpulan
Sokongan merupakan kumpulan pegawai yang paling ramai dikenakan tindakan
tatatertib iaitu 9,649 (92%) daripada 10,438 pegawai. Fenomena ini
disebabkan populasi pegawai daripada Kumpulan Sokongan mendominasi
bilangan pegawai awam iaitu seramai 887,665 (77%) daripada keseluruhan
1.1 juta pegawai awam. Butiran pegawai yang dikenakan tindakan
tatatertib mengikut Kumpulan ialah seperti di Jadual 3:

Jenis Kesalahan
Kes-kes
yang berkaitan tidak hadir bertugas di kalangan pegawai awam adalah
kesalahan tertinggi dan paling ketara iaitu 7,668 kes (55%) berbanding
jumlah keseluruhan sebanyak 13,761 kes. Butiran dan jenis-jenis
kesalahan lain termasuk tatakelakuan adalah seperti di Jadual 4:

Implikasi kepada Hukuman Tatatertib

Jika
seseorang pegawai didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib,
mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman, implikasi
kepada pelaksanaan adalah seperti dihuraikan di Lampiran berkepil.

PENUTUP

Pendedahan
secara terperinci adalah selari dengan prinsip dan amalan ketelusan
Perkhidmatan Awam seperti mana yang diumumkan oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam semasa pertemuan khas JPA
dengan wakil media-massa pada 4 Jun 2007 di JPA.

PELAKSANAAN DAN IMPLIKASI HUKUMAN TATATERTIB HUKUMAN

PELAKSANAAN / IMPLIKASI

1. Amaran (Warning)

Tidak boleh dinyatakan amaran pertama atau amaran keras atau sebagainya.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 6 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

2.Denda (Fine)

Denda
yang dikenakan adalah berasaskan emolumen pegawai. Denda maksimum ialah
tidak melebihi 7 hari emolumen. Jika dikenakan lebih sekali dalam satu
bulan kalendar, agregat denda tidak boleh melebihi amaun yang sama
banyak 45% daripada emolumen bulanan pegawai.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 12 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

3.Lucut Hak Emolumen

(Forfeiture of Emoluments)

Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 18 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

4.Tangguh Pergerakan Gaji

(Deferment of Salary Movement)

Dikenakan
bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulang
tahun pergerakan gaji pegawai. Pegawai tidak berhak menerima pergerakan
gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke
tarikh yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 30 bulan atau satu urusan mana terkemudian.

5.Turun Gaji (Reduction of Salary)

Gaji
diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dan penurunan
gaji itu tidak melebihi tiga pergerakan gaji. Tempoh hukuman ialah
tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh lebih 36 bulan.
Hukuman dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Tatatertib
atau pada tarikh hukuman dijatuhkan. Pegawai tidak berhak menerima
pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan
berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 36 bulan atau satu urusan mana terkemudian.

6.Turun pangkat (Reduction in Rank)

Gred
pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan
yang sama. Gaji pegawai ditetapkan pada satu mata gaji dalam jadual gaji
bagi gred yang dikurangkan itu supaya lebih rendah dan berhampiran
dengan gaji akhir sebelum hukuman.
Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 48 bulan atau dua urusan mana terkemudian.

7.Buang Kerja (Dismissal)

Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga Tatatertib menjatuhkan hukuman.
Pegawai tidak berhak menerima apa-apa kemudahan dalam perkhidmatan awam.


1.3 : Arahan Perbendaharaan

Pendahuluan

Arahan Perbendaharaan ini diterbitkan bagi menggantikan Arahan Perbendaharaan yang dikeluarkan pada 29 Disember 1997.

2.
Pendahuluan ini bukan merupakan sebahagian daripada Arahan
Perbendaharaan. Pendahuluan ini menekankan ciri-ciri penting dalam
Arahan Perbendaharaan sebagai panduan kepada pegawai-pegawai awam amnya
dan pegawai-pegawai perakaunan khususnya.

3. Seksyen 4 Akta
Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] memperuntukkan bahawa tiap-tiap pegawai
perakaunan adalah tertakluk kepada Akta ini dan hendaklah menjalankan
apa-apa kewajipan menyenggara buku dan menyediakan akaun yang ditetapkan
oleh atau di bawah Akta ini atau oleh arahan-arahan yang dikeluarkan
oleh perbendaharaan mengenai perkara tatacara kewangan dan perakaunan
yang tidak bertentangan dengannya:

dengan syarat bahawa seorang
pegawai perakaunan negeri adalah di samping itu tertakluk kepada apa-apa
arahan pihak berkuasa Kewangan negeri yang tidak bertentangan dengan
yang tersebut di atas.

4. Berasaskan seksyen 4 Akta Tatacara
Kewangan 1957 [Akta 61], Arahan Perbendaharaan ini menerangkan tatacara
kewangan dan perakaunan yang perlu dipatuhi oleh semua Pegawai Pengawal
atau Pegawai Yang Diberi Kuasa (di mana berkaitan) yang bertanggungjawab
bagi perkara- perkara berikut:

(i) memungut, menerima atau mengakaun Wang Awam;

(ii) membelanja atau membayar apa-apa Wang Awam; dan

(iii)
menerima, menyimpan, mengeluar, melupus, menghapus kira dan mengakaun
Aset Awam (kecuali tanah dalam Persekutuan dan negeri).

5. Arahan
Perbendaharaan ini dibahagikan kepada tiga bab iaitu, Bab A – Tatacara
Kewangan, Bab B – Tatacara Perakaunan dan Bab C – Audit, Kehilangan dan
Tatacara Hapus Kira.

6. Bab A – TATACArA KeWAnGAn menjelaskan
tatacara mengenai pemberian kuasa oleh Badan Perundangan bagi
perbelanjaan mengurus dan pembangunan serta bagaimana perbelanjaan itu
(selepas peruntukan diluluskan oleh Badan Perundangan) dilakukan,
tertakluk selanjutnya kepada kawalan Perbendaharaan. Ia juga menjelaskan
tatacara mengenai pindah peruntukan dan anggaran tambahan. Tujuan bab
ini adalah untuk

menjelaskan dan bukan menggantikan apa-apa
peruntukan Perlembagaan dan undang-undang dan sekiranya didapati apa-apa
pertentangan antara Arahan ini dengan peruntukan Perlembagaan dan
undang-undang itu, maka peruntukan Perlembagaan dan undang-undang itu
akan diguna pakai.

7. Bab b – TATACArA perAKAUnAn dibahagikan kepada tiga (3) seksyen seperti berikut:

I – Mengawal Terimaan dan Bayaran dan Menyimpan Wang Awam;
II – Perakaunan; dan
III – Tatacara Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja.

(i)
Di bawah seksyen I diterangkan bahawa kawalan terimaan dan bayaran
serta penyimpanan Wang Awam adalah terletak di bawah tanggungjawab
Pegawai-pegawai Pengawal.

(ii) Di bawah seksyen II diterangkan
tanggungjawab Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Akauntan Negara, Pegawai
Kewangan Negeri dan Akauntan Negeri/Bendahari Negeri dalam
perkara-perkara mengenai tatacara perakaunan.

(iii) Seksyen III pula menerangkan tatacara perolehan bekalan, perkhidmatan
dan kerja.

8. Bab C – AUdIT, KehILAnGAn dAn Tatacara Hapuskira menegaskan tanggungjawab Pegawai Pengawal berkenaan:

(i) perbelanjaan, pemungutan, penyimpanan dan perakaunan yang sepatutnya mengenai Wang Awam;

(ii) penyimpanan, pelupusan dan perakaunan yang sepatutnya mengenai Aset Awam di bawah jagaan mereka; dan

(iii) Laporan Ketua Audit Negara mengenai Akaun Awam dan keterangan kepada Jawatankuasa Akaun Awam.

Bab
ini juga menjelaskan tatacara yang perlu dipatuhi sekiranya berlaku
apa-apa kehilangan atau sekiranya tatacara perakaunan yang telah
ditetapkan tidak dipatuhi. Di mana perlu, tindakan surcaj hendaklah
diambil terhadap pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ke atas sesuatu
kehilangan.

9. Semua pegawai awam perlu memahirkan diri dengan
Arahan Perbendaharaan. Kurang pengetahuan mengenai Arahan Perbendaharaan
tidak akan diterima sebagai suatu alasan sekiranya Arahan
Perbendaharaan tidak dipatuhi, atau pun jika berlakunya apa-apa
kehilangan Wang Awam atau Aset Awam akibat ketidakpatuhan kepada Arahan
Perbendaharaan.

1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor

DEFINISI STOR

• Tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan

pengeluaran stok.

OBJEKTIF PENGURUSAN STOR

• Pengurusan Stor hendaklah dilaksanakan secara

(a) Stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan; dan
(b)
Kualiti stok sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan,
penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan.

  1.     Menyimpan
  2.     Merekod
  3.     Susun Atur
  4.     Pengeluaran


PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2009
– TATACARA PENGURUSAN STOR

1.5 : Arahan Perkhidmatan

Panduan
asas pentadbiran sesebuah pejabat / jabatan yang meliputi pentadbiran
am, perkara perkhidmatan, alat kelengkapan pejabat, rekod awam dan
kemudahan perhubungan.

1.6 : Akta Acara Kewangan

Satu
Akta untuk menyediakan kawalan dan pengurusan kewangan awam di Malaysia
dan untuk prosedur kewangan dan pengakaunan, termasuk prosedur untuk
memungut, menyimpan dan membayar wang awam Persekutuan dan Negeri.

1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

Contoh ;

  • Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan  Perkhidmatan 2005) (Bhg. V,VII dan VIII)
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993



___________________________________________________________________________________


* Untuk membuka “link” mengikut BAB di bawah,  Sila tekan tulisan berwarna
MERAH. Kecuali BAB 10 buka ikut subtopik pada tulisan berwarna MERAH.

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020
1.4 : Islam Hadhari

BAB 2 : KEMENTERIAN
1.1 : Kementerian Pelajaran Malaysia
1.2 : Kementerian Pengajian Tinggi

BAB 3 : SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI
1.1 : Pendidikan Pra Sekolah
1.2 : Program PERMATA
1.3 : Pendidikan Rendah
1.4 : Pendidikan Menengah
1.5 : Pendidikan Khas
1.6 : Program Pendidikan Khas
1.7 : Sekolah Sukan
1.8 : Sekolah Seni
1.9 : Pembestarian Sekolah
2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
2.1 : Institusi Pengajian Tinggi
2.2 : Pendidikan Swasta
2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2.4 : Sekolah Kluster
2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional
* Tambahan penkhususan bidang di UTHM

BAB 5 : KURIKULUM
1.1 : Teori Pendidikan
1.2 : Kurikulum Prasekolah
1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
1.6 : Pengurusan Kurikulum
1.7 : Program JQAF
1.8 : Kia2M

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
1.1 : Asrama
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
1.8 : PIBG
1.9 : Skim Baucer Tuisyen

BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum
1.2 : Sekolah Harapan Negara
1.3 : Hari Guru
1.4 : Projek Nilam
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN
1.1 : Perintah-Perintah Am
1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 : Arahan Perbendaharaan
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 : Arahan Perkhidmatan
1.6 : Akta Acara Kewangan
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU
1.1 : KSSR
1.2 : KSSM
1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.4 : MBMMBI
1.5 : 1 Murid 1 Sukan
1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional
1.7 : NKEA
1.8 : NKRA Pendidikan





BAB 10 : BAB TAMBAHAN
A   : Dasar, Kurikulum & Sistem



1.1 : SBPA



1.2 : LINUS & PROTIM



1.3 : Tonggak 12



1.4 : PPSMI



1.5 : RMK – 10 ( Pendidikan)




B    : Isu Semasa Pendidikan



2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar



2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik



2.3 : Isu Penempatan GSTT



2.3 : Majlis Bahasa Inggeris



2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah



2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional




C    : Isu Semasa Negara



3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )



3.2 : Isu Adam Adli



3.3 : BR1M



3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik



3.5 : Bajet 2012




D    : Teori Pendidikan



4.1 : Taksonomi Bloom






E    : Lain-Lain


5.1 : SPP



5.2 : JPA



5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum
1.2 : Sekolah Harapan Negara
1.3 : Hari Guru
1.4 : Projek Nilam
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran


1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum

Pada asasnya gerak
kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum dan setiap orang
pelajar harus melibatkan diri. Gerak Kerja ini boleh dijalankan didalam
dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu.
Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman-pengalaman
tertentu di bilik darjah. Maka gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan
pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat,
bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial
yang positif.

Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adalah perlu, berasas kepada anggapan bahawa :

i) Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan
mental (akademik ) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu ( sosial,
jasmani dan rohani )
ii) Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
iii) Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri.
iv) Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat.
v) Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam
mendidik pelajar-pelajar, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.

Menyemaikan
kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan
sebagaimana yang dinyata dalam Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat
utama gerak kerja kokurikulum. Matlamat gerak kokurikulum hendak dicapai
adalah :
i)
Perseimbangan antara perkembangan ,mental (akademik ) dengan
perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
ii) Pengukuhan interaksi dan intergrasi dikalangan pelajar di sekolah.
iii) Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja kokurikulum yang diceburi.
iv) Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah
serta perluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang
tertentu.
v) Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
vi) Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukunegara.
vii) Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembiraan pelajar.
viii) Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.

Bagi meningkatan gerak kerja kokurikulum ( berikut adalah beberapa pelaksanaan )
i) Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya
kurikulum dan gerak kerja kokurikulum boleh saling melengkapi dalam
proses pendidikan di sekolah.
ii) Menambahkan lagi
bilangan-bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab dan sukan
serta mempelbagaikan gerak kerja, dengan tujuan memberi peluang kepada
semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan
beramai-ramai.
iii) Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua
gerak kerja kokurikulum, dimana yang sesuai, untuk tujuan pemupukan
perpaduan.
iv) Melibatkan pelajar dan pihak sekolah gerak kerja khidmat masyarakat.
v) Melibatkan Persatuan Ibubapa/guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum.
vi) Merancang dengan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki.
vii) Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum.
viii) Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua secara berterusan.
ix) Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.
x) Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak, dari semasa ke semasa.




Gerak kerja kokurikulum mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Diantaranya ialah :

Pengetahuan
yang diperolahi dari mata pelajaran akademik dapat di perkukuhkan dan
diamalkan melalui kerja kokurikulum. Ini juga dapat member peluang
kepada para pelajar memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan
menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan
realistik. Di samping itu cara begini juga dapat memberi pengalaman yang
mungkin tidak terdapatdi dalam bilik darjah. Segala gerak kerja
kokurikulum hendak di rancang terlabih dahulu supaya selaras dan saling
melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu
pelajar-pelajar meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

Gerak
kerja kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada pelajar. Ia dapat
juga membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat
menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya. Pengetahuan dan
kemahiran ini dapat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan
kelak. Gerak kerja ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu
dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran
yang ada di sekolah itu saja.

Para pelajar, guru-guru dan
kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada masyarakat dan begitulah
sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk dua hala antara masyarakat
serta menyemai semangat berkhidmat bekerja sama dan saling bantu
membantu.

Pengetahuan yang diperolahi dari mata pelajaran
akademik dapat di perkukuhkan dan diamalkan melalui kerja kokurikulum.
Ini juga dapat member peluang kepada para pelajar memahami konsep
latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut
dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu cara
begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapatdi dalam
bilik darjah. Segala gerak kerja kokurikulum hendak di rancang terlabih
dahulu supaya selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di
bilik darjah. Ini boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan lagi
prestasi mereka dalam pelajaran.

Semua kerja korikulum boleh
memberi peluang kepada melatih diri sendiri untuk kesihatan diri
disiplin, memupuk minat bakat serta membina semangat untuk menghayati
nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

Gerak Kerja Kokurikulum sekolah dapat dikelompokkan kepada tiga jenis iaitu :

Badan Beruniform
Pengakap
Persatuan Bulan Sabit Merah
Kadet Remaja Sekolah
Pandu Puteri
Kadet Tentera Udara
Puteri Islam

Persatuan/Kelab

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah dan Geografi
Seni dan Kraftangan
Sains
Matematik
Kemahiran Hidup dan Pengguna
Pelajar Islam
Rekacipta
Kelab Kebajikan dan Pendidikan Moral
Kelab Pencegah Jenayah

Sukan & Permainan

Bola Sepak
Bola Tampar
Bola Jaring
Bola Keranjang
Badminton
Hoki
Catur
Tenis
Renang, Terjun dan Polo Air
Olahraga

Pasukan Rumah : Laksamana/Temenggung/Bendaraha/Syahbandar
1.2 : Sekolah Harapan Negara

“Anugerah
Sekolah Harapan Negara” merupakan pengiktirafan dan penghargaan
Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap segolongan guru (secara
kolektif), di sebuah sekolah, iaitu, satu unit institusi asas
pendidikan, di atas dedikasi serta pengorbanan mereka sebagai pendidik
terhadap pembangunan pendidikan umumnya serta pembinaan warganegara
khususnya.


Penganugerahan
ini mengiktirafkan model sekolah contoh dalam konteks semasa yang dapat
dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah lain untuk menilai secara ikhtisas
tentang pencapaian, cabaran dan hambatan yang dialami oleh para pendidik
di sekolah berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan dalam
konteks masa ini.


OBJEKTIF PENGANUGERAHAN


Memberi pengiktirafan kepada peranan guru masa kini yang telah dan
sedang berusaha untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara sebagai
langkah ke arah pembinaan warganegara yang berguna.



Memupuk, mengembang serta menyuburkan perasaan perpaduan di kalangan
guru-guru bagi mencapai tahap profesion keguruan yang tinggi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam konteks semasa.

Memberi penilaian secara objektif terhadap sumbangan guru-guru dalam
melaksanakan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya
penganugerahan ini akan mencetuskan semangat bersaing yang sihat dan
berkesan.

1.3 : Hari Guru

PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU

logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Anugerah

Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
Anugerah Kepimpinan Pendidikan Menteri Pelajaran
Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas
Anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya
Anugerah Guru Inovatif

IKRAR HARI GURU 
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
TEMA HARI GURU MALAYSIA
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
LAGU GURU MALAYSIA


1.4 : Projek Nilam
Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM
yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM
ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk
Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada
tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi
sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah
dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat
persekolahan.

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau
adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini
meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah
dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.


Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian
Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang
ditugaskan untuk menyelaras program ini.


Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah
rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan
rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh
22 Mei 1998.

Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.

Apakah objektif Program NILAM?

• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini

Bilakah aktiviti Program NILAM boleh dilaksanakan?

Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas
tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat
Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual
kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk
menjalankan aktiviti membaca.
Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang
melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu
Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.
Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa
waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku
dan menulis ulasan buku.

Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas
tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat
Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual
kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk
menjalankan aktiviti membaca.


Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang
melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu
Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.


Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa
waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku
dan menulis ulasan buku.

1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia


Ditubuhkan pada 3 Mac 1958 di atas nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Persekutuan Tanah Melayu melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua
Penasihat Pelajaran,Ketua Pegawai Pelajaran Negeri dan wakil-wakil
negeri. Pada tahun 1968 ditukarkan kepada Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia. MSSM ini di bawah Majlis Sukan Negara untuk menganjurkan
Kejohanan Peringkat MSSM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kejohanan Peringkat MSSM hanya terbuka kepada pelajar-pelajar
sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18 tahun.

Pada
tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan
untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan
sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk
dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun
1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan
bersama.

VISI MSSM

Memberi peluang kepada pelajar menyertai kejohanan yang mempunyai unsur-unsur keseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan.

MISI MSSM
Melahirkan atlet elit yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan sukan di dalamdan di luar negara

OBJEKTIF MSSM

  • Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.
  • Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.
  • Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri
  • Bekerjasama dengan mana-mana badan sukanlain atau pertubuhan-pertubuhan sukan.
  • Memajukan dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.
  • Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah, kaedah dan dasar yang patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan,melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.

1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

Pertandingan
Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia hendaklah mengikut Peraturan – Peraturan Am
Pertandingan
Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran.


JENIS-JENIS
PERMAINAN

Bil

Jenis Permainan
Jantina
Jenis Pertandingan
1.   
 
Bola Sepak Senior
Lelaki

Berpasukan

2.   
 
Bola Sepak Veteran
Lelaki
Berpasukan
3.   
 
Bola Jaring Senior
Wanita
Berpasukan
4.   
 
Bola Jaring Veteran
Wanita
Berpasukan
5.   
 
Sepak Takraw Senior
Lelaki
Berpasukan/antara regu
6.   
 
Badminton
Lelaki/Perempuan
Ind/Berpasukan

Bil

Jenis Permainan
Jantina
Jenis Pertandingan
7.   
 
Jogathon
Lelaki/Perempuan
Ind/Berpasukan
8.   
 
Boling Tenpin
Lelaki+Wanita
Ind/Berpasukan
9.   
 
Pentanque
Lelaki/Perempuan
Ind/Berpasukan
10.  
 
Tenis
Lelaki
Ind/Berpasukan
11.  
 
Ping Pong
Lelaki/Perempuan
Ind/Berpasukan
12.  
 
Kebudayaan
Lelaki+Perempuan
Berpasukan
13.  
 
Golf
Lelaki
Ind/Berpasukan
14.  
 
Hoki
Lelaki
Berpasukan
15.  
SepakTakraw Veteran
Lelaki
Antara Regu


6.1 Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:

6.1.1. Seorang warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada bekerja secara tetap atau kontrak ( Kontrak bermaksud dari segi Perkhidmatan Awam )

6.1.2. GSTT dan KGSK yang berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan

6.1.3. Pegawai Khidmat singkat dibenarkan menyertai pertandingan ini dengan syarat telah berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.

6.1.4. Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa dibenarkan mengambil bahagian dengan syarat gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau Jabatan asalnya dan mendapat kebenaran daripada Dekan.

6.1.5. Kakitangan Politeknik, Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kolej Komuniti Kementerian Pelajaran Malaysia boleh bermain di daerah dimana pusat pengajian itu berada dan mewakili Daerah tersebut di pesta ini.

6.2. Pemain yang tidak layak

6.2.1. Pegawai dan Kakitangan Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah-Sekolah atau Maktab tajaan Jabatan Agama Islam Negeri, Sekolah-Sekolah Swasta dan persendirian.

6.2.2. Pekerja Kontrak Swasta

6.2.3. Guru Ganti

6.2.4. Guru dan Kakitangan Sekolah Sukan Bandar Penawar tidak dibenarkan bermain untuk Pesta MSKPP Johor kerana status kakitangan dan pegawainya telah diputuskan bertanding di bawah MESCA.

6.2 Dalam acara veteran umur peserta lelaki adalah 40 tahun ke atas dan peserta wanita adalah 35 tahun di kira pada tahun pertandingan.

6.3 Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding / didaftarkan di bawah satu bahagian/ peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu permainan sahaja.

6.4 Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan MSKPPM Daerah lain melainkan mendapat kebenaran dengan pelepasan bertulis dari Daerah asal dimana mereka berkhidmat. Tempuh 7 hari bekerja.

6.5 Pemain dalam kategori veteran ( jika ada permainan bercampur ) dibenarkan mengambil bahagian dalam kategori senior dan mesti bermain dalam kategori yang sama hingga akhir pesta. Tegasnya tidak boleh bertukar kategori dalam permainan itu.

6.6 Setiap peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan ( ASAL ) dan Slip gaji asal atau surat tawaran kerja secara kontrak yang disahkan oleh ketua majikan masing-masing.

6.7 Pegawai Pelajaran Daerah dan pengurusan pasukan berkenaan adalah bertanggungjawab penuh pada setiap nama pemain yang didaftarkan.

6.8 Sebarang bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab Pegawai Pelajaran Daerah dan jika berlaku perkara seumpama ini, kenyataan bertulis hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPP Johor.


___________________________________________________________________________________


* Untuk membuka “link” mengikut BAB di bawah,  Sila tekan tulisan berwarna
MERAH. Kecuali BAB 10 buka ikut subtopik pada tulisan berwarna MERAH.

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020
1.4 : Islam Hadhari

BAB 2 : KEMENTERIAN
1.1 : Kementerian Pelajaran Malaysia
1.2 : Kementerian Pengajian Tinggi

BAB 3 : SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI
1.1 : Pendidikan Pra Sekolah
1.2 : Program PERMATA
1.3 : Pendidikan Rendah
1.4 : Pendidikan Menengah
1.5 : Pendidikan Khas
1.6 : Program Pendidikan Khas
1.7 : Sekolah Sukan
1.8 : Sekolah Seni
1.9 : Pembestarian Sekolah
2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
2.1 : Institusi Pengajian Tinggi
2.2 : Pendidikan Swasta
2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2.4 : Sekolah Kluster
2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional
* Tambahan penkhususan bidang di UTHM

BAB 5 : KURIKULUM
1.1 : Teori Pendidikan
1.2 : Kurikulum Prasekolah
1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
1.6 : Pengurusan Kurikulum
1.7 : Program JQAF
1.8 : Kia2M

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
1.1 : Asrama
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
1.8 : PIBG
1.9 : Skim Baucer Tuisyen

BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum
1.2 : Sekolah Harapan Negara
1.3 : Hari Guru
1.4 : Projek Nilam
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN
1.1 : Perintah-Perintah Am
1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 : Arahan Perbendaharaan
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 : Arahan Perkhidmatan
1.6 : Akta Acara Kewangan
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU
1.1 : KSSR
1.2 : KSSM
1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.4 : MBMMBI
1.5 : 1 Murid 1 Sukan
1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional
1.7 : NKEA
1.8 : NKRA Pendidikan





BAB 10 : BAB TAMBAHAN
A   : Dasar, Kurikulum & Sistem



1.1 : SBPA



1.2 : LINUS & PROTIM



1.3 : Tonggak 12



1.4 : PPSMI



1.5 : RMK – 10 ( Pendidikan)




B    : Isu Semasa Pendidikan



2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar



2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik



2.3 : Isu Penempatan GSTT



2.3 : Majlis Bahasa Inggeris



2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah



2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional




C    : Isu Semasa Negara



3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )



3.2 : Isu Adam Adli



3.3 : BR1M



3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik



3.5 : Bajet 2012




D    : Teori Pendidikan



4.1 : Taksonomi Bloom






E    : Lain-Lain


5.1 : SPP



5.2 : JPA



5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID

1.1 : Asrama
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
1.8 : PIBG
1.9 : Skim Baucer Tuisyen


1.1 : Asrama

Pengawasan Asrama
4.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
4.2 Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.
4.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.
4.4 menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.
4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.
4.7 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.
4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.
4.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.


1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks

Pengenalan

Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975. SPBT merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet. Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada borang SPBT

Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira taraf kewangan keluarga. Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan diagihkan kepada semua murid di SMKS19.

Objektif

Murid- murid yang layak mendapat bekalan buku yang mencukupi.
Pengurusan dan pengagihan buku- buku teks dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik.
Murid – murid dapat menggunakan buku- buku tersebut secara berkesan di dalam kelas dan sebagai rujukan ketika di rumah.

Skim Pinjaman Buku Teks

a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.
b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan.
c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.


1.3 : Biasiswa dan Pinjaman


Pinjaman dan Biasiswa


Beberapa program biasiswa telah diwujudkan bagi para pelajar yang memerlukan bantuan dalam meneruskan pengajian mereka. Ini termasuklah program-program yang dimulakan oleh kerajaan, syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) serta entiti-entiti korporat.


Maklumat lanjut mengenai program biasiswa yang ditawarkan oleh badan-badan kerajaan:

Dana Pendidikan dari Kementerian Pendidikan

Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Skim Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah

Pinjaman dan Biasiswa MARA

Bantuan Pendahuluan Pendidikan Tinggi (HESK) Lembaga Tembakau Negara (LTN)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional



1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat

Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah melancarkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Program ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada murid di sekolah rendah hingga sekolah menengah. Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) adalah berasaskan rasional berikut:

  • Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu
  • Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa
  • Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah
  • Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya
  • Satu usaha yang meningkatkan kesefahaman dan kerjasama perlu diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan
  • Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu

1.5 : Program Pemakanan Sekolah



Program-program pemakanan seperti Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah
(RMTS) yang mula diperkenalkan ke seluruh sekolah rendah di Malaysia pada
tahun 1979 dan diikuti oleh Program Susu Sekolah yang mula dipekenalkan
pada tahun 1989, adalah antara program yang dijalankan bagi meminimumkan
masalah tersebut. (Abdul Rahman, 1993).

1.6 : Bimbingan dan Kaunseling

a. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.
c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan ori
entasi bagi murid-murid baru.

Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)

Pengertian Standard Guru Malaysia

” Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan). “

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

”… as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

Rasional

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

  • Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
  • Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
  • KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
  • Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Tujuan

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

  • mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
  • mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
  • Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

Penggubalan

  • Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:
  • Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,
  • Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan
  • Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.

Penggunaan

Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

Guru

  •     Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
  •     Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan

  •     Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
  •     Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
  •     Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).
  •     Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.

Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan

  •     Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.
  •     Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.
  •     Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.

Guru Besar dan Pengetua Sekolah

  •     Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
  •     Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.

Agensi Latihan Perguruan

  •     Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.
  •     Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.
  •     Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.


Komponen SGM

Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1:  Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2:  Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3:  Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

KEPERLUAN

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.

Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3).  Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu.

Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard.  Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2),  kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5). 

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,
Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Penutup

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Glosari

Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen
Standard Guru Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen
Standard Guru Malaysia.

Guru
Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.

Institusi Pendidikan

Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

Standard

Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

Keperluan

Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

Bilik Darjah
Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal.

Kompetensi
Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Institusi Latihan Perguruan
Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Agensi Latihan Perguruan

Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah
Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.

Murid
Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.

Program
Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.

Kursus

Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.

Kurikulum
Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

Praktikum

Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.

Penilaian

Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.

Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

Hasil Pembelajaran
Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Pihak Berkepentingan

Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

Budaya IPG

Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Infrastruktur

Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

Infostruktur

Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.

Pengurusan Kualiti

Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pendidik Guru
Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.

1.8 : PIBG (Persatuan IbuBapa dan Guru)

Tujuan-tujuan Persatuan

a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Fungsi Persatuan

Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:

a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

Keanggotaan Persatuan

Anggota Persatuan terdiri daripada:

a) semua guru di Sekolah;
b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; dan
c) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan

Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat Persatuan.

Jawatankuasa Persatuan

Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.

Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:

a) seorang Yang Di-Pertua;
b) seorang Naib Yang Di-Pertua;
c) seorang Setiausaha;
d) seorang Bendahari; dan
e) ………. orang Ahli Jawatankuasa

Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang.

Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.

Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 11 orang.

Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.

Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.

Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

Fungsi Jawatankuasa PIBG

Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

1.9 : Skim Baucer Tuisyen

PENGENALAN

Skim Baucar Tuisyen adalah merupakan satu usaha murni kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merapatkan jurang pencapaian antara murid keluarga miskin dengan murid keluarga berada. Matlamat Skim Baucar Tuisyen adalah untuk memberi tuisyen kepada murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.


OBJEKTIF

Membolehkan murid miskin yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan agar setanding dengan murid yang lain.


KUMPULAN SASARAN


Murid yang belajar di Tahun 4, 5 atau 6;


Semenanjung : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM 530.00 dan ke bawah,
Sarawak : Keluarga yang berpendapatan bulanan RM585.00 dan ke bawah,
Sabah/Labuan: Keluarga yang berpendapatan bulanan RM685.00 dan ke bawah.

PELAKSANAAN PROGRAM

  • Setiap murid yang terpilih diberikan satu buku baucar bagi setiap mata pelajaran yang bernilai RM10.00.
  • Berdasarkan senarai murid yang layak, sekolah akan menubuhkan pusat tuisyen dengan menyediakan jadual waktu tuisyen dan keperluan guru tuisyen.
  • Pegawai Pelajaran Daerah akan melantik dan mengagihkan guru tuisyen kepada sekolah daripada pool guru tuisyen SBT daerah.
  • Sekolah akan mengadakan kelas tuisyen SBT untuk murid mereka sendiri.
  • JPN/PPD akan memantau dan menyediakan pelaporan status pelaksanaan SBT kepada KPM.

PENUTUP

Adalah diharapkan melalui SBT ini, peluang dan pencapaian di antara murid daripada keluarga miskin dan murid daripada keluarga yang berada dapat di seimbangkan. Kejayaan program ini bergantung kepada komitmen dan kerjasama antara pihak sekolah, guru tuisyen dan ibu bapa.


___________________________________________________________________________________


* Untuk membuka “link” mengikut BAB di bawah,  Sila tekan tulisan berwarna
MERAH. Kecuali BAB 10 buka ikut subtopik pada tulisan berwarna MERAH.

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020
1.4 : Islam Hadhari

BAB 2 : KEMENTERIAN
1.1 : Kementerian Pelajaran Malaysia
1.2 : Kementerian Pengajian Tinggi

BAB 3 : SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI
1.1 : Pendidikan Pra Sekolah
1.2 : Program PERMATA
1.3 : Pendidikan Rendah
1.4 : Pendidikan Menengah
1.5 : Pendidikan Khas
1.6 : Program Pendidikan Khas
1.7 : Sekolah Sukan
1.8 : Sekolah Seni
1.9 : Pembestarian Sekolah
2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
2.1 : Institusi Pengajian Tinggi
2.2 : Pendidikan Swasta
2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2.4 : Sekolah Kluster
2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional
* Tambahan penkhususan bidang di UTHM

BAB 5 : KURIKULUM
1.1 : Teori Pendidikan
1.2 : Kurikulum Prasekolah
1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
1.6 : Pengurusan Kurikulum
1.7 : Program JQAF
1.8 : Kia2M

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
1.1 : Asrama
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
1.8 : PIBG
1.9 : Skim Baucer Tuisyen

BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum
1.2 : Sekolah Harapan Negara
1.3 : Hari Guru
1.4 : Projek Nilam
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN
1.1 : Perintah-Perintah Am
1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 : Arahan Perbendaharaan
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 : Arahan Perkhidmatan
1.6 : Akta Acara Kewangan
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU
1.1 : KSSR
1.2 : KSSM
1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.4 : MBMMBI
1.5 : 1 Murid 1 Sukan
1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional
1.7 : NKEA
1.8 : NKRA Pendidikan





BAB 10 : BAB TAMBAHAN
A   : Dasar, Kurikulum & Sistem



1.1 : SBPA



1.2 : LINUS & PROTIM



1.3 : Tonggak 12



1.4 : PPSMI



1.5 : RMK – 10 ( Pendidikan)




B    : Isu Semasa Pendidikan



2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar



2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik



2.3 : Isu Penempatan GSTT



2.3 : Majlis Bahasa Inggeris



2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah



2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional




C    : Isu Semasa Negara



3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )



3.2 : Isu Adam Adli



3.3 : BR1M



3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik



3.5 : Bajet 2012




D    : Teori Pendidikan



4.1 : Taksonomi Bloom






E    : Lain-Lain


5.1 : SPP



5.2 : JPA



5.3 : Sorotan Peristiwa 2011

BAB 5 : KURIKULUM

BAB 5 : KURIKULUM

1.1 : Teori Pendidikan
1.2 : Kurikulum Prasekolah
1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
1.6 : Pengurusan Kurikulum
1.7 : Program JQAF
1.8 : Kia2M 


1.1 : Teori Pendidikan dan Kurikulum

Kurikulum memiliki keterkaitan yang sangat erat dengan teori pendidikan. Suatu kurikulum disusun dengan mengacu pada satu atau beberapa teori kurikulum dan teori kurikulum dijabarkan berdasarkan teori pendidikan tertentu. Nana S. Sukmadinata (1997) mengemukakan 4 (empat ) teori pendidikan, yaitu : (1) pendidikan klasik; (2) pendidikan pribadi; (3) teknologi pendidikan dan (4) teori pendidikan interaksional.



1.Pendidikan klasik (classical education),
Teori pendidikan klasik berlandaskan pada filsafat klasik, seperti
Perenialisme, Eessensialisme, dan Eksistensialisme dan memandang bahwa
pendidikan berfungsi sebagai upaya memelihara, mengawetkan dan meneruskan
warisan budaya. Teori pendidikan ini lebih menekankan peranan isi pendidikan
dari pada proses. Isi pendidikan atau materi diambil dari khazanah ilmu
pengetahuan yang ditemukan dan dikembangkan para ahli tempo dulu yang telah
disusun secara logis dan sistematis. Dalam prakteknya, pendidik mempunyai
peranan besar dan lebih dominan, sedangkan peserta didik memiliki peran yang
pasif, sebagai penerima informasi dan tugas-tugas dari pendidik.

Pendidikan
klasik menjadi sumber bagi pengembangan model kurikulum subjek akademis, yaitu
suatu kurikulum yang bertujuan memberikan pengetahuan yang solid serta melatih
peserta didik menggunakan ide-ide dan proses ”penelitian”, melalui metode
ekspositori dan inkuiri.



2.Pendidikan pribadi (personalized education).
Teori pendidikan ini bertolak dari asumsi bahwa sejak dilahirkan anak telah
memiliki potensi-potensi tertentu. Pendidikan harus dapat mengembangkan
potensi-potensi yang dimiliki peserta didik dengan bertolak dari kebutuhan dan
minat peserta didik. Dalam hal ini, peserta didik menjadi pelaku utama
pendidikan, sedangkan pendidik hanya menempati posisi kedua, yang lebih berperan
sebagai pembimbing, pendorong, fasilitator dan pelayan peserta didik.

Teori
ini memiliki dua aliran yaitu pendidikan progresif dan pendidikan romantik.
Pendidikan progresif dengan tokoh pendahulunya- Francis Parker dan John Dewey –
memandang bahwa peserta didik merupakan satu kesatuan yang utuh. Materi
pengajaran berasal dari pengalaman peserta didik sendiri yang sesuai dengan
minat dan kebutuhannya. Ia merefleksi terhadap masalah-masalah yang muncul dalam
kehidupannya. Berkat refleksinya itu, ia dapat memahami dan menggunakannya bagi
kehidupan. Pendidik lebih merupakan ahli dalam metodologi dan membantu
perkembangan peserta didik sesuai dengan kemampuan dan kecepatannya
masing-masing. Pendidikan romantik berpangkal dari pemikiran-pemikiran J.J.
Rouseau tentang tabula rasa, yang memandang setiap individu dalam keadaan
fitrah,– memiliki nurani kejujuran, kebenaran dan ketulusan.

Teori pendidikan
pribadi menjadi sumber bagi pengembangan model kurikulum humanis. yaitu suatu
model kurikulum yang bertujuan memperluas kesadaran diri dan mengurangi
kerenggangan dan keterasingan dari lingkungan dan proses aktualisasi diri.
Kurikulum humanis merupakan reaksi atas pendidikan yang lebih menekankan pada
aspek intelektual (kurikulum subjek akademis),



3.Teknologi pendidikan,
Teknologi pendidikan yaitu suatu konsep pendidikan yang mempunyai persamaan
dengan pendidikan klasik tentang peranan pendidikan dalam menyampaikan
informasi. Namun diantara keduanya ada yang berbeda. Dalam tekonologi
pendidikan, lebih diutamakan adalah pembentukan dan penguasaan kompetensi atau
kemampuan-kemampuan praktis, bukan pengawetan dan pemeliharaan budaya lama.
Dalam konsep pendidikan teknologi, isi pendidikan dipilih oleh tim ahli
bidang-bidang khusus. Isi pendidikan berupa data-data obyektif dan
keterampilan-keterampilan yang yang mengarah kepada kemampuan vocational . Isi
disusun dalam bentuk desain program atau desain pengajaran dan disampaikan
dengan menggunakan bantuan media elektronika dan para peserta didik belajar
secara individual. Peserta didik berusaha untuk menguasai sejumlah besar bahan
dan pola-pola kegiatan secara efisien tanpa refleksi. Keterampilan-keterampilan
barunya segera digunakan dalam masyarakat. Guru berfungsi sebagai direktur
belajar (director of learning), lebih banyak tugas-tugas pengelolaan
dari pada penyampaian dan pendalaman bahan.

Teknologi pendidikan menjadi
sumber untuk pengembangan model kurikulum teknologis, yaitu model kurikulum yang
bertujuan memberikan penguasaan kompetensi bagi para peserta didik, melalui
metode pembelajaran individual, media buku atau pun elektronik, sehingga mereka
dapat menguasai keterampilan-keterampilan dasar tertentu.



4.Pendidikan interaksional,
Pendidikan interaksional yaitu suatu konsep pendidikan yang bertitik tolak
dari pemikiran manusia sebagai makhluk sosial yang senantiasa berinteraksi dan
bekerja sama dengan manusia lainnya. Pendidikan sebagai salah satu bentuk
kehidupan juga berintikan kerja sama dan interaksi. Dalam pendidikan
interaksional menekankan interaksi dua pihak dari guru kepada peserta didik dan
dari peserta didik kepada guru. Lebih dari itu, interaksi ini juga terjadi
antara peserta didik dengan materi pembelajaran dan dengan lingkungan, antara
pemikiran manusia dengan lingkungannya. Interaksi ini terjadi melalui berbagai
bentuk dialog. Dalam pendidikan interaksional, belajar lebih sekedar mempelajari
fakta-fakta. Peserta didik mengadakan pemahaman eksperimental dari fakta-fakta
tersebut, memberikan interpretasi yang bersifat menyeluruh serta memahaminya
dalam konteks kehidupan. Filsafat yang melandasi pendidikan interaksional yaitu
filsafat rekonstruksi sosial.



Pendidikan interaksional menjadi sumber untuk
pengembangan model kurikulum rekonstruksi sosial, yaitu model kurikulum yang
memiliki tujuan utama menghadapkan para peserta didik pada tantangan, ancaman,
hambatan-hambatan atau gangguan-gangguan yang dihadapi manusia. Peserta didik
didorong untuk mempunyai pengetahuan yang cukup tentang masalah-masalah sosial
yang mendesak (crucial) dan bekerja sama untuk
memecahkannya.


TEORI-TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 



TEORI BEHAVIOURISME 


Teori ini dikenali umum dengan aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan
pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mengikut Pavlov
(1962), setiap rangsangan menimbulkan gerakbalas dan berlaku pembelajaran apabila
terdapat perkaitan antara ransangan dan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku
kerana ada perkaitan antara dua rangsangan dinamakan pelaziman. Teori Skinner
pula menekankan peneguhan positif dan peneguhan negatif bertujuan untuk menambahkan
kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkahlaku dana bukan untuk menghentikannya.
Peneguhan positif ialah untuk menentukan tingkah laku positif dengan maklumbalas
yang positif. Contohnya, pujian terhadap murid-murid yang memberikan jawapan
yang betul. Peneguhan negatif pula diberi untuk memberi kesan yang tidak menyeronokkan
atau tidak menyenangkan seseorang individu Kesimpulannya, teori behaviourisme
memberi fokus terhadap tingkahlaku yang ingin dilihat, diukur dan dinilai. Tingkahlaku
ini boleh dibentuk melalui persekitaran dan peneguhan yang diberi.



TEORI KOGNITIF 


Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar
mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula
segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Menurut Bloom
(1950), aras pengetahuan terbahagi kepada 6 iaitu:

1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian


Teori Pembelajaran Gagne


Teori pembelajaran Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Mengikut
Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya
secara sedar dan tidak sedar. Rangsangan ini akan diterima dan diproses oleh
deria-deria orgnisma. Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya,
mentafsirkannya dan memindahkannya kepada tindakbalas tertentu. Rangsangan diproses
oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan
jangka Gagne juga mengatakan bahawa pembelajaran dan penyampaian isi pengajaran
mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih kompleks. Beliau
mengemukakan 8 fasa yang melibatkan proses pembelajaran :

i) motivasi
ii) kefahaman
iii) pemerolehan
iv) penahanan
v) mengingat kembali
vi) generalisasi
vii) pelakuan
ix) maklum balas


TEORI KONSTRUKTIVISME


Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum
konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan . Menurut
Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan
peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme
yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas. Menurut Jones (1997)
pula, konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan
pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru. Kesimpulannya, konstruktivism
ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan
pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana
suatu maklumat baru. Hasilannya, individu tersebut akan membentuk pemahamannya
sendiri dan suatu konsep tertentu berhubung pengetahuan dan maklumat berkenaan.



Prinsip-prinsip Konstruktivisme


1. Pengetahuan dibina pelajar.
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain
afektif dan domain psikomotor.

4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.


Guru perlu mengenalpasti cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan
sedia ada pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dan
memudahkan mereka untuk faham . Menurut Sells dan Glasgow (1998), konstruktivism
menekankan penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah.
Oleh itu, teori ini sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran reflektif kerana
pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman
baru. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah melalui perbincangan, perdebatan,
eksplorasi, pembinaan dan kolaboratif.



Teori Sosial


Mazhab
sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori
mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga
dikenali sebagai

Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang
tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat
dilaksanakan dengan lebih

berkesan dengan menggunakan pendekatan
‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar
terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan

oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.


TEORI MULTIPLE INTELLIGENCE 


Menurut Alick (1999), teori multiple intelligence diperkenalkan oleh Howard
Gardner. Teori ini mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh
setiap individu yang boleh membantu pembelajaran mereka iaitu:


Jenis
Sifat
Linguistik
Pelajar menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan
auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina
gambaran mental . Suka bercakap .Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan
Logikal
Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi
dan menghubungkait .Gemar pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan logik
dan menyelesaikan puzzle
Bodily / Kinesthetic
Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran
berkomunikasi melalui body language dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam
aktiviti ‘hands-on’ . Sukar memberi tumpuan dan fokus.
Visual / spatial
Perlukan visual untuk membina kefahaman . Belajar paling berkesan
melalui gambar dan imej . Menukar apa yang dibaca dan didengar kepada gambaran
mental. Cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.
Muzik
Sensitif terhadap irama dan bunyi .Boleh belajar dengan muzik
latarbelakang
Interpersonal
Suka berinteraksi dengan individu lain . Belajar paling baik
melalui aktiviti berkumpulan.
Intrapersonal
Sensitif . Belajar paling baik secara individu
Naturalist
Mampu berinteraksi dengan persekitaran




Teori Humanisme


Mazhab
humanis pula berpendapat pembelajaran manusiabergantung kepada emosi
dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa
setiap

individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza
denganindividu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah

dirancang dan disusun
mengikut kehendak danperkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga
menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan

untuk
mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri
pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat
diperkembangkan ke tahap optimum.



Model Robert Glazer
Robert
Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses
pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran,
pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau
juga menekankan

maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran
harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia

ada pelajar.
Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran
dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus
dijalankan ke atas segala

proses pengajaran dengan tujuan untuk
mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya,
demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan.
Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina

berlandaskan
konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan
langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan
maklum balas.


Model Taba



Model
Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam
suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir
pelajar. Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah diutamakan

dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa
seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran
atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat
seperti berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri
persamaan dan perbezaan, menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi
kategori dan memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau
kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu, dan
mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan merujuk
kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan
topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk
menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.

Model Latihan Terus


Model
Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untuk
membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang
boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Model ini juga dikenali
sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model Pengajaran Aktif’. Model ini dibentuk
khas untuk merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan
berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada kemahiran
asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan
pengajaran langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian
pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar
melakukannya semula.


Model Inkuiri



Model
Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan
jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang
dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti
soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian,
manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan
membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat
dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri
terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar
menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan
pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka,
pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan
oleh

pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada
peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.
Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi

mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.


Aplikasi Teori dalam Rekabentuk Perisian PPBK
Pada peringkat awal perisian ini , khususnnya set induksi akan memperkenalkan
objektif -objektif pembelajaran akan diperlihatkan bagi membolehkan pengguna
mengetahui dan membuat pemilihan sama ada sesuai untuk dirinya atau sebaliknya
. Dalam teori behaviorisme, set induksi diperlukan untuk membolehkan pengguna
khususnya pelajar menunjukkan tindakbalas dan kesediaan mereka untuk mempelajari
cara-cara membina laman web dengan MS Frontpage 2000.Oleh itu, kami aka menggunakan
bimbingan, latihan,ganjaran dan pengukuhan bagi menarik minat pengguna untuk
terus menggunakannya sehingga ke penghujung perisian.Soalan-soalan berbentuk
kuiz akan disediakan bagi menguji kefahaman. Setiap jawapan yang betul akan
diberikan ganjaran seperti mana yang dinyatakan dalam teori behaviorisme.Ini
akan membentuk peneguhan positif seterusnya akan masuk dalam ingatan bagi tempoh
yang lama.



Untuk mempraktikkan teori kognitif, perisian ini akan menggunakan bahasa yang
mudah difahami dan ringkas bagi menyusun fakta mengikut turutan mudah kepada
yang lebih sukar.Di samping itu kami akan cuba mengaitkan dengan memberikan
contoh yang berkaitan dengan persekitaran mereka dalam kehidupan seharian.Dengan
ini akan membantu pelajar mudah mengingati pengetahuan yang dipelajari.



Teori kontruktivisme juga akan dipraktikkan oleh pelajar semasa menggunakan
perisian PPBK kerana mereka terpaksa melakukan “hand-on” .Pelajar
bebas memilih mana-mana tajuk dan boleh berpindah-randah dari satu tajuk ke
tajuk yang lain dengan menggunakan butang navigasi yang disediakan.

Dengan menggunakan bantuan multimedia, sudah tentu teori multiple intelligences
akan diaplikasikan bagi membantu menyokong persembahan yang lebih baik dari
segi gaya dan teknik penyampaian sesuatu pengetahuan atau kemahiran lebih-lebih
disokong oleh bunyi,video,animasi dan latar yang sesuai.Pembelajaran hyperteks
yang berpusatkan pelajar digunakan dan terpulang kepada pelajar untuk menentukan
tajuk yang hendak dimulakan dahulu.




Perbezaan Instruksi:
Behaviorisme, Kognitivisme & Konstruktivisme


Aspek


Behaviorisme

Kognitivisme

Konstruktivisme

Fokus PengajaranBerfokuskan pembentukan tingkah laku pelajarBerfokus kepada transmisi proses pemikiran
pelajar
Berfokuskan pembinaan mental realiti pelajar.
Instruksi & ManipulasiPengajar memanipulasikan perubahan tingkah
laku dengan pengukuhan terpilih
Pengajar memanipulasikan proses pemikiran
pelajar dengan membekalkan model mental yang perlu diikuti oleh pelajar.
Pengajar fasilitasikan pemodelan konseptual
pelajar. Pengajar mesti memahami struktur kognitif sedia ada pada pelajar
dan membekalkan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar
membina pengetahuannya.
Menggunakan konteks dan strategi yang benar serta coaching. Mencipta
pelbagai persekitaran untuk pelajar agar ia dapat melatih berfikir dengan
berbagai-bagai kaedah. Hasilnya ialah pelajar yang lebih bersedia untuk
menangani situasi berbeza-beza.
Realiti Yang dipromosikanRealiti pelajar adalah konvergen – semua
realitinya dipusatkan kepada satu realiti yang sama.
Pengajaran berpusatkan realiti tersebut
Realiti pelajar adalah konvergen.Realiti pelajar adalah divergen. Pelajar
digalakkan untuk memajukan realiti yang berbeza-beza.



1.2 : Kurikulum Prasekolah


MODUL KONSEPTUAL KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH


Kurikulum prasekolah berasaskan empat prinsip iaitu :



i. Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu – memberi fokus kepada penyuburandari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu yang seimbang dan harmonis memiliki:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Ilmu pengetahuan
  • Kemahiran asas
  • Akhlak mulia
  • Emosi yang stabil
  • kesihatan dan kecerdasan
    ii. Pembelajaran yang menggembirakan – memberi penekanan kepada minat dan semangat untuk belajar. Semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cinta akan ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka.

iii. Pengalaman pembelajaran yang bermakna memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian . Usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
iv. Pendidikan sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperolehan dan pemindahan pengetahuan , nilai murni dan kemahiran . Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri sesorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.
Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu . Komponen tersebut adalah seperti beriku:

  • Bahasa dan Komunikasi
  • Perkembangan Kognitif
  • Kerohanian dan Moral
  • Perkembangan Sosioemosi
  • Perkembangan Fizikal dan
  • Kreativiti dan Estatika


Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran . Penguasaan kemahiran bahasa boleh diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan kemahiran bahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan.

Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP)
ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.
Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran ( outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperoleh dan dicapai oleh murid.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperoleh ciri-ciri berikut:

  • Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
  • Kemahiran berfikir
  • Berakhlak mulia dan beretika
  • Berkeyakinan dan berdisiplin
  • Sihat dan cergas dan
  • imaginatif, kreatif dan ekspresif.



1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR )


Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).Pada tahun1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yangberilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan , kesejahteraan serta pembangunan negara. Walaubagaimanapun, faktor utama Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )


1. Matlamat Pendidikan Persekolahan
Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

2. Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

3. Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:

i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;
ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;
iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;
iv. menguasai kemahiran belajar;
v. menguasai kemahiran berfikir;
vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;
viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;
ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;
x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;
xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;
xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;
xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;
xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
xvi. membina semangat patriotisme;
xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan
xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

4. Prinsip KBSR
KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-

i. Pendekatan Bersepadu;
ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;
iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan
iv. Pendidikan seumur hidup.
v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat
vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid
vii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas
viii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel
ix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)
x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)
xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah



Ciri-Ciri KBSR

 



5. Penekanan


Fokus Tahap I

i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)
ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira
iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;
iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II

i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;
ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;
iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain
iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;
v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;
vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

6. Struktur KBSR
Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-

i. Komunikasi;
ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan
iii. Perkembangan Diri Individu.
Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-

i. Kemahiran Asas;
ii. Manusia dengan Persekitaran;
iii. Kesenian dan Kesihatan;
iv. Kerohanian, nilai dan sikap
v. Kemahiran Hidup; dan
vi. Kokurikulum

7.    Bidang Pelajaran



 

Bidang

 

Komponen

Matapelajaran

Fasa 1

Fasa 2

 

 

Komunikasi

 

 

Kemahiran Asas

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Matematik

Matematik

 

Manusia dan Persekitaran

 

Sikap , Nilai

dan Spiritual

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

 


Sains

Kajian Tempatan

Perkembangan

 Diri Individu

 

Kemahiran Hidup

Seni dan Riadah

Kokurikulum


Kemahiran Hidup

Pendidikan Muzik

Pendidikan Muzik

Pendidikan Seni

Pendidikan Seni

Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan

   
Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-

i. Bidang Komunikasi
ii. Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya
iii. Bidang Perkembangan Diri Individu

9. Teras KBSR

i. Penggabungjalinan;
ii. Penyerapan;
iii. Penilaian;
iv. Pengkayaan; dan
v. Pemulihan.

10. Penekanan Dalam KBSR

Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-

i. Kemahiran asas;
ii. Kemahiran berfikir;
iii. Nilai Merentas Kurikulum;
iv. Bahasa merentas kurikulum;
v. Patriotisme merentas kurikulum;
vi. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;
vii. Penilaian berterusan;
viii. Pemulihan dan pengayaan;
ix. Prinsip mudah ubah; dan
x. Sains dan teknologi merentas kurikulum

11. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya;

i. mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran;

Kemudahan fizikal kelas

· ruang pembelajaran yang selesa;
· sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;
· ruang pameran hasil kerja;
· bahan rujukan untuk penggunaan murid;
· bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.

Aspek emosi sosial

· penggunaan bahasa yang mesra;
· keupayaan guru memahami muridnya;
· penggunaan teknik yang pelbagai.

ii. mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

· Melibatkan murid secara aktif;
· Menjalankan penilaian yang berterusan;
· Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;
· Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan;
· Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan;
· Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional;
· Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya juang;
· Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir;
· Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.

iii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;

· Simulasi
· Lakonan
· Permainan
· Tunjuk ajar
· Lawatan
· Bercerita
· Projek
· Sumbangsaran
· Main peranan
· Pidato

12. Penilaian

i. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)
· Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
ii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

13. Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR

Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994.

Antara perubahan besar dalam KBSR ialah

i) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran
ii) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian
iii) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik
iv) mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran
v) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat
vi) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan
vii) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 serta
viii) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains



14. Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)


15. Rumusan


Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1
hingga Tahun 3) menekankan penguasaan  3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga
Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan dan
kandungan sains yang kukuh

Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi.
Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk
menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum.


1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM )

• KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

Oleh itu kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan,
kemahiran, kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan,
kemasyarakatan serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan
seumur hidup.

Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud bahawa penguasaan
ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni
dilakukan secara integrasi dan menyeluruh.
(Pukal Latihan KBSM, 1990)

Kesinambungan Dan Kesepaduan Dalam KBSM

Kesinambungan

• Kandungannya diolah kesinambungan daripada 3 bidang utama KBSR:
– Komunikasi (Bahasa, Matematik)
– Manusia dan Alam Sekeliling (Pend Agama Islam, Peng Moral, Sains dan Kemasyarakatan)
– Perkembangan Diri (PJK, PS, Aktiviti Kokurikulum)

Usaha perkembangan potensi pelajar dalam bidang emosi dan
rohani diperluaskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata
pelajaran.

Objektif KBSM


Membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran
berinteraksi dalam semua situasi hidup, serta memperkembangkan pemikiran
dan penaakulan.

Memberi peluang pelajar memahami alam sosial dan fizikal
supaya mereka dapat menikmati keadaan kehidupan daan nilai-nilai yang
berkaitan serta membolehkan mereka menjadi anggota-anggota masyarakat
yang berkesan dan bertanggung jawab.
• Menekankan pembelajaran ke arah memahami diri, mengembangkan bakat, serta mempertingkatkan peribadi dan watak.
• KBSM Menengah Rendah : fokus kepada pencapaian pendidikan umum dan perkembangan sifat-sifat kewarganegaraan.
KBSM Menengah Atas : fokus kepada penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang lebih meluas dan mendalam.
• Menitikberatkan aktiviti kokurikulum.
• Pendekatan dan strategi pembelajaran seimbang dengan KBSR dan berpusatkan murid.

1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)

Matlamat Kurikulum Program Ijazah

· Meluaskan keintelektualan dalam bidang yang berkaitan
· Meluaskan kesedaran dan kefahaman terhadap bidang disiplin dan antara disiplin
· Menjadikan pelajar lebih berdikari dan bekerjasama
· Bersedia untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran dan diterima umum bidang keprofesionalan mereka


 
i. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)


Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki
sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang
berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di sekolah rendah mengikut
bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi pengambilan
Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi
program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang
program yang ditawarkan


Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI(R))

telah diperkenalkan mulai Januari 2003 untuk melatih guru siswazah dalam bidang perguruan sekolah rendah. Kurikulum ini digubal berasaskan keperluan mengoptimumkan perkembangan kognitif kanak-kanak,  keperluan meningkatkan ilmu pedagogi dan pengalaman berasaskan sekolah rendah serta keperluan memupuk nilai positif dan amalan profesional di kalangan guru. Keperluan-keperluan tersebut diterjemahkan dalam kandungan kurikulum latihan perguruan yang mendefinisikan bagaimana seseorang guru perlu mereka bentuk pengajaran yang berkesan, mewujudkan suasana bilik darjah yang selesa dan kondusif untuk menimba ilmu serta memupuk ciri-ciri guru profesional yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Kurikulum ini juga menuntut agar guru-guru yang mengikuti program latihan ini berketrampilan dalam penggunaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).



1.6 : Pengurusan Kurikulum
Pengenalan Kepada  Kurikulum dan 
Teori Asas Kurikulum


Definisi Kurikulum
Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin iaitu “currere” bermaksud “a race course” atau “satu litar perlumbaan.” Berdasarkan asal perkataan ini maka definisi kurikulum yang biasa digunakan merujuk kepada “a course of study” atau “satu rancangan pengajian.”

Perkataan kurikulum telah diberi berbagai-bagai definisi bergantung kepada tujuan dan fungsinya.


Menurut Taba (1962), kurikulum ialah “a plan of learning” atau “satu rancangan pembelajaran.”

Saylor et. al (1981) pula mendefinisikan kurikulum sebagai “a plan for providing sets of learning opportunities for person to be educated.”

Menurut Tanner & Tanner (1978), kurikulum ialah “the planned and guided learning experiences and intended learning outcomes, formulated through the systematic reconstruction of knowledge and experience..’for the learners’ continuous and willful growth in person-social competence.”
Bushoff et. al pula mendefinisikan kurikulum seperti berikut; “a curriculum is an educational plan defining:
·        The aims, goals and objectives of an educational action;
·        The ways, means and activities employed to achieve these goals
·        The methods and instruments required to evaluate the success of the action.”

Menurut Bowen, kurikulum ialah “a total instructional program composed of syllabus or individual course programs.”


Good pula memberi definisi kurikulum sebagai “a general over-all plan of the content or specific materials of instruction that the school should offer to the students by way of qualifying him for graduation or certification for entrance into a professional or vocational field.”

Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, kurikulum mengandungi elemen-elemen berikut:
·        Rancangan pendidikan
·        Mengandungi matlamat dan objektif.
·        Menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran
·        Menentukan kaedah dan aktiviti.
·        Menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif.

Dengan demikian, kurikulum boleh didefinisikan sebagai berikut:
Satu rancangan pendidikan yang dibentuk untuk suatu kumpulan pelajar bagi mencapai  matlamat yang telah ditentukan.

Berdasarkan definisi ini:
·        pembentukan kurikulum memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik.
·        oleh sebab ianya merupakan perancangan maka kurikulum perlu didokumenkan dalam bentuk bertulis.
·        kurikulum yang dirancang adalah khusus bagi sesuatu kumpulan pelajar tertentu.
·        kurikulum berkenaan adalah bagi tujuan mencapai matlamat dan objektif yang telah ditentukan lebih awal.

Dalam konteks kurikulum sekolah, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar di PPK dan rancangan ini didokumenkan secara bertulis melalui silibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan dalam Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
Kurikulum sekolah didokumenkan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Pengurusan Kurikulum Di Sekolah



Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak
sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting
memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan
berkualiti.  Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
adalah bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi
akademik sekolah.


OBJEKTIF


1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan.


2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah.


3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti.

DASAR KURIKULUM SEKOLAH


1. Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya
selari dengan dasar yang ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan
Negeri.


2. Mesyuarat


  • mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun.
  • menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun.
  • menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran.

3. Sukatan / Rancangan Pelajaran

  • menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod Persediaan Mengajar.
  • garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm menyediakan rancangan pengajaran.

 4. Jadual Waktu

  • menetapkan waktu sekolah.
  • menetapkan sistem jadual waktu.
  • menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan
    waktu mengajar untuk penyediaan jadual waktu induk dan persendirian.
  • menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya

5. Penilaian Dan Peperiksaan
a ) menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan:


  • jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, PEKA, PAFA dan lain-lain)
  • bilangan dan takwim
  • format (bentuk soalan, masa dan skema jawapan)
  • syarat lulus
  • kumpulan sasaran
  • jadual penentu ujian ( JPU )
  • pengawasan
  • headcount

6. Anggaran Perbelanjaan

  • menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lain-lain bagi setiap panitia /unit.
  • menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan dan kemudahan prasarana.

7. Pemantauan
a.) menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan


  • pengurusan P & P
  • pengurusan panitia
  • peperiksaan dan penilaian
  • jadual waktu
  • pengurusan kewangan
  • bilik-bilik khas

b) menetapkan jawatankuasa pemantauan
c) menetapkan jadual waktu pemantauan



1.7 : Program JQAF

KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:

  1. Menguasai bacaan dan tulisan jawi
  2. Khatam al-Quran
  3. Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
  4. Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

1. Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

2. Kepentingan Khatam al-Qur’an

al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

3. Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

4. Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut:

1. model Kelas Pemulihan Jawi;
2. model Tasmik;
3. model 6 bulan Khatam al-Quran;
4. model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi;
5. model Bestari Solat.

Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah model-model berikut:

1. Kelab Seni Tulisan Jawi;
2. Kem Bina Juara;
3. Majlis Khatam al-Quran;
4. Kem Literasi al-Quran; dan
5. Pertandingan Bahasa Arab.

MODEL-MODEL j-QAF

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

2. Model Khatam Al-Quran

Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

3. Model Bahasa Arab

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.


1.8 : Kia2M

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan yang satu iaitu untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.


___________________________________________________________________________________

* Untuk membuka “link” mengikut BAB di bawah,  Sila tekan tulisan berwarna
MERAH. Kecuali BAB 10 buka ikut subtopik pada tulisan berwarna MERAH.

BAB 1 : TERAS PENDIDIKAN NEGARA
1.1 : Rukun Negara
1.2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 : Wawasan 2020
1.4 : Islam Hadhari

BAB 2 : KEMENTERIAN
1.1 : Kementerian Pelajaran Malaysia
1.2 : Kementerian Pengajian Tinggi

BAB 3 : SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
1.2 : Perkembangan Pelajaran Masa Kini

BAB 4 : SISTEM PELAJARAN MASA KINI
1.1 : Pendidikan Pra Sekolah
1.2 : Program PERMATA
1.3 : Pendidikan Rendah
1.4 : Pendidikan Menengah
1.5 : Pendidikan Khas
1.6 : Program Pendidikan Khas
1.7 : Sekolah Sukan
1.8 : Sekolah Seni
1.9 : Pembestarian Sekolah
2.0 : Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
2.1 : Institusi Pengajian Tinggi
2.2 : Pendidikan Swasta
2.3 : Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2.4 : Sekolah Kluster
2.5 : Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional
* Tambahan penkhususan bidang di UTHM

BAB 5 : KURIKULUM
1.1 : Teori Pendidikan
1.2 : Kurikulum Prasekolah
1.3 : Kurikulum Baru Sekolah Rendah
1.4 : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
1.5 : Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
1.6 : Pengurusan Kurikulum
1.7 : Program JQAF
1.8 : Kia2M

BAB 6 : PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
1.1 : Asrama
1.2 : Skim Pinjaman Buku Teks
1.3 : Biasiswa dan Pinjaman
1.4 : Program Bersepadu Sekolah Sihat
1.5 : Program Pemakanan Sekolah
1.6 : Bimbingan dan Kaunseling
1.7 : Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
1.8 : PIBG
1.9 : Skim Baucer Tuisyen

BAB 7 : PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.1 : Gerak Kerja Kokurikulum
1.2 : Sekolah Harapan Negara
1.3 : Hari Guru
1.4 : Projek Nilam
1.5 : Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
1.6 : Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

BAB 8 : URUSAN PERKHIDMATAN
1.1 : Perintah-Perintah Am
1.2 : Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
1.3 : Arahan Perbendaharaan
1.4 : Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
1.5 : Arahan Perkhidmatan
1.6 : Akta Acara Kewangan
1.7 : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU
1.1 : KSSR
1.2 : KSSM
1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.4 : MBMMBI
1.5 : 1 Murid 1 Sukan
1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional
1.7 : NKEA
1.8 : NKRA Pendidikan





BAB 10 : BAB TAMBAHAN
A   : Dasar, Kurikulum & Sistem



1.1 : SBPA



1.2 : LINUS & PROTIM



1.3 : Tonggak 12



1.4 : PPSMI



1.5 : RMK – 10 ( Pendidikan)




B    : Isu Semasa Pendidikan



2.1 : Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar



2.2 : Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan Politeknik



2.3 : Isu Penempatan GSTT



2.3 : Majlis Bahasa Inggeris



2.4 : Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah



2.5 : Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional




C    : Isu Semasa Negara



3.1 : Sistem Pemerintahan Malaysia ( YDP Agong, Kabinet, Komponen )



3.2 : Isu Adam Adli



3.3 : BR1M



3.4 : Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik



3.5 : Bajet 2012




D    : Teori Pendidikan



4.1 : Taksonomi Bloom






E    : Lain-Lain


5.1 : SPP



5.2 : JPA



5.3 : Sorotan Peristiwa 2011