PEGAWAI PENDIDIKAN

Sharing is Caring!

PEGAWAI PENDIDIKAN
Pegawai Pendidikan lebih
dikenali sebagai guru ataupun cikgu. Jawatan ini adalah di Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Jawatan Pegawai Pendidikan adalah lebih tepat
berbanding dengan guru ataupun cikgu kerana Pegawai Pendidikan tidak semestinya
mengajar di sekolah sahaja. Mereka juga boleh bekerja di Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun di pelbagai bahgian dan
jabatan di Kementerian Pendidikan sendiri.
Tugas dan tanggungjawab Pegawai
Pendidikan adalah berbeza mengikut jawatan yang disandang. Di antara jawatan
yang boleh disandang oleh Pegawai Pendidikan termasuklah Guru Besar, Guru
Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid, Guru Kelas, Warden Asrama, Guru Panitia Mata
Pelajaran, Guru Disiplin, Guru Perpustakaan dan Guru Biasa.
  
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas
1.    Buku Daftar Kedatangan
2.    Pengurusan Yuran
3.    Perkara-perkara Akademik
4.    Bantuan Keangan dan Biasiswa
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Biasa
1.    Mengajar
2.    Membuat Perancangan Mengajar
3.    Menjaga Disipin, Keselamatan dan Kebajikan Murid
4.    Mentadbir dan Menguruskan Bilik Darjah
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Besar
1.    Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum
2.    Pengurusan Kewangan, Kemudahann dan Sumber
3.    Pengurusan Tenaga Pengajar dan Kakitangan
4.    Pengurusan Kebajikan Pelajar
5.    Pengurusan Perhubungan Dalaman dan Luaran
Laluan Untuk Menjadi Guru
          Kerjaya sebagai seorang guru boleh dimulakan selepas tamat
SPM. Iaitu dengan memasuki Institut Pendidikan Guru. Walau bagaimanapun, buku
ini membicarakan mengenai kerjaya pilihan, sebagai Pegawai Pendidikan yang
memerlukan ijazah universiti sebagai kelayakan masuk. Bagi tujuan tersebut,
terdapat dua kaedah untuk menjadi seorang Pegawai Pendidikan:-
·      
Bagi lepasan SPM
boleh memohon opsyen pendidikan melalui matrikulasi untuk ke Universiti
Perguruan Sultan Idris.
·      
Bagi individu
yang telah mempunyai ijazah dan berminat, boleh memohon ke program Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Kelayakan
       
I.       
Ijazah Sarjana
Muda dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan yang
diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan
adalah pada gred DG3 / DG41: P1T2);
      II.       
Ijazah Sarjana
Muda Kepujian dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan yang
diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan
adalah pada gred DG3 / DG41: P1T4);
    III.       
Ijazah Sarjana
Muda Sains Pertanian dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan
yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan
adalah pada gred DG3 / DG41: P1T5);
    IV.       
Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan
yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan
adalah pada gred DG3 / DG41: P1T6);
      V.       
Ijazah Sarjana
Muda Seni Bina dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan
yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan
adalah pada gred DG3 / DG41: P1T8);
    VI.       
Ijazah Sarjana
Muda Perakaunan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf dengannya serta Diploma Pendidikan ayau lain-lain kelayakan perguruan
yang diiktiraf oleh kerajaan;
(Gaji permulaan
adalah pada gred DG3 / DG41: P1T10, bagi Ijazah Perakaunan serta Ahli Penuh
Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan  P1T11 dan Ahli Penuh Malaysian Institute Of Accountant : P1T12)

Jadual Gaji

P1T1 RM1695.85 – P1T27 RM4645.85
P2T1 RM1790.47 – P2T27 RM4924.12
P3T1 RM2976.07 – P3T27 RM5226.19

Sharing is Caring!

Leave a comment