Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
Satu program bantuan kewangan
untuk rakyat Malaysia yang tinggal dalam isi rumah yang berpendapatan
kurang daripada RM3,000 sebulan.
Syarat Permohonan
Seorang pemohonan yang ingin mendapatkan bantuan ini mestilah:
- Warganegara Malaysia
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah.
- Berkahwin
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
- Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan.
Untuk tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti berikut:
- Borang Pendaftaran BR1M
- Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera
- Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)
Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
Bantuan Kewangan RM500 ini diberikan
kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga yang layak. Ketua Isi Rumah
dan Ketua Keluarga dijelaskan dalam gambar di bawah.
kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga yang layak. Ketua Isi Rumah
dan Ketua Keluarga dijelaskan dalam gambar di bawah.