SENARAI SEMAK TEMUDUGA SPP

Sharing is Caring!

SENARAI SEMAK TEMUDUGA SPP



A : DOKUMEN WAJIB


Download daripada Laman Web SPP ( Tarikh MuatTurun 20 Januari 2012 )

BIL
DOKUMEN
ASAL
SALINAN
1
Kad Pengenalan


2

Sijil
Lahir/ Sijil pendaftaran Kelahiran
(Bagi calon yang lahir di luar
Negara, sila kemukakan  borang W /
Surat Pengesahan Kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara)



3

Kepujian
Bahasa Malaysia
yang diperolehi (mana yang berkenaan)
SPM/MCE/SPVM/SPMV;
SAP/GCE (Kepujian Bahasa Melayu);
atau
STPM/STP/HSC



4
Ijazah
Calon hendaklah membawa ijazah
yang mempunyai tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti
atau
salah satu daripadanya.


5

Transkrip Asal dan Surat Pengesahan
Bergraduat.
(bagi calon yang belum
konvokesyen dalam tempoh satu tahun dari tarikh tamat pengajian)



6
*CALON
SEDANG BERKHIDMAT



Surat
kebenaran cuti belajar











* Gambar terkini berukuran pasport


Salinan perlu DISAHKAN oleh Saksi terlebih dahulu.


SENARAI SAKSI HENDAKLAH terdiri daripada PEGAWAI- PEGAWAI KERAJAAN (pegawai-pegawai dari Badan SWASTA tidak dibenarkan) yang boleh mengesahkan butir-butir keterangan diri pelajar dan penjamin-penjamin berkenaan.
Mereka terdiri daripada :-

  • Penghulu Mukim       –    yang dilantik oleh KERAJAAN   sahaja
  • Wakil Rakyat            –    Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Parlimen /Senator.
  • Pegawai-pegawai     –    Pegawai-pegawai   kerajaan yang menjawat
  • Jawatan dari Kumpulan Pengurusan dan   Profesional
    (Kumpulan ‘A’ seperti contoh berikut ) 
  1. Pegawai Tadbir I Penolong Pengarah

  2. Jurutera
  3. Akauntan
  4. Hakim I Peguam
  5. Doktor Hospital Kerajaan
  6. Pengetua Sekolah Menengah
  7. Pensyarah Universiti Tempatan
  8. Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas
  9. Lain-lain jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh KERAJAAN.
    * Salinan Fotostat

    Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? Semua salinan fotostat hendaklah
    difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan
    itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan
    fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti DI ATAS. Salinan fotostat
    yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

    Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut
    susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Kemudian “staple” di bahagian atas
    sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak,
    guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang.
    Jangan guna “paper clip” sebab dokumen mudah tertanggal dan
    bertaburan di lantai.

    B : DOKUMEN Kemungkinan di minta ( Bergantung pada Penemuduga )

    (1) Surat Tawaran Kemasukan IPTA
    (2) Buku Rekod Praktikum
    (3) Surat Pengiktirafan Kursus JPA

    http://pengiktirafan.jpa.gov.my/.

    C : DOKUMEN BACKUP

    1. Dokumen ASAL


    Sijil
    Kewarganegaraan (jika berkaitan)



    Transkrip
    sarjana muda asal.
    Diploma
    asal (jika ada)
    Transkrip
    diploma asal (jika ada)
    Sijil STPM
    asal (jika ada)
    Sijil SPM asal

    Sijil
    Berhenti Sekolah
    Sijil/Surat
    Keterangan Koko (mulai Universiti hingga ke Sekolah )

    Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

    (Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak
    payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)

    Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama
    akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun
    boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa
    menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah
    terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat
    – sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon  yang ada aktiviti
    semasa di U. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil
    sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih
    tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah
    antara watak guru yang dicari.

    Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam “CLEAR
    FOLDER” dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah
    tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat
    temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun. Kebanyakan penemuduga agak
    sensitif tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas,
    sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen ini perlu
    diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. Mesti ingat selalu
    bahawa “First Impression Counts”.

    Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke
    dalam beg anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini.

    Tapi seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam tong
    sampah .. Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah calon nak tunjuk
    yang itu.. yang ini. Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun
    depan. Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder
    dokumen asalnya. Folder itu merupakan “portfolio” calon. Kalau nak
    jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana
    nak simpan beratus … beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri
    yang penting.

    Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa
    ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil
    tertinggal di KL, baru sampai semalam … sijil dihanyutkan banjir tahun 1991
    dulu… sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . . dsb.

    Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang
    baru. Sijil Lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. Jangan bawa sijil
    lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang
    pastikan ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti surat asal. Kad
    pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan
    semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru.
    Haa… barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan
    guru.

    D : BORANG MAKLUMAT DIRI CALON

    Download daripada Laman Web SPP ( Tarikh MuatTurun 20 Januari 2012 )

    Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang
    yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon.

    Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah jadi
    kepada ramai calon-calon yang datang temuduga. Maklumat yang sebanyak ini pun
    tak sanggup dilengkapkan dengan sempurna. Di bawah ini saya senaraikan penemuan
    saya ;

    1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan”liquid paper”

    2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh… baru
    nak cakap terlupa konon dan sebagainya… . Kalau penemuduga pun buat ohhh..
    terlupa nak bagi markah macam mana ?

    3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport
    tetapi saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka
    sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada
    calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan
    tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. Ketiga.. kalau
    calon lelaki, gambar tu biarlah mencerminkan seorang calon yang berwajah guru.
    Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat
    kedai gambar tu.. ada banyak blazer untuk bergaya. Namun,,, ramai yang tampal
    gambar mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan
    rocklah. Kalau gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. jangan minta jadi
    cikgu.

    4. Tandatangan

    Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar
    belum ditandatangan.

    5. Kesimpulan

    Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri
    temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? Saya berharap,
    calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua
    calon lain dari segi “kualiti diri calon” berasaskan kepada
    persediaan dokumen dan borang-borang.

    E : TARIKH & TEMPAT TEMUDUGA

    1. Sentiasa Kemaskini Status 


    Contoh tahun 2012 ;

    Temu Duga Pelantikan ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG1-1 di kalangan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan dilaksanakan mengikut opsyen secara berperingkat mulai 30 Januari 2012 sehingga 16 Mac 2012. Senarai nama akan dipaparkan di Portal SPP secara berperingkat. Senarai semak dokumen temu duga juga boleh disemak di ;



    F : SENARAI SEMAK KELENGKAPAN DIRI SEMASA TEMUDUGA

    (1) PAKAIAN YG BERSESUIAN
    (2) TAG NAMA ( HITAM PUTIH)
    (3) SET INDUKSI & SEDIKIT PERSEDIAAN MIKROTEACHING KURSUS
    (4) PESEDIAAN MAKLUMAT UNTUK TEMUDUGA.
    RUJUK : NOTA TEMUDUGA GURU SPP BAB 1 HINGGA 10

    G : PERATURAN & SARANAN  OLEH SPP SEMASA TEMUDUGA

    PANDUAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMU DUGA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN, KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA

    1.     Kompleks Jabatan Perdana Menteri telah diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
    2.     Calon temu duga tidak digalakkan membawa bersama ahli keluarga untuk urusan temu duga. Hanya calon temu duga sahaja dibenarkan masuk ke Kompleks  Jabatan  Perdana  Menteri  bagi  urusan  temu  duga.  Walau bagaimanapun, sekiranya tiada pilihan, keluarga akan dibenarkan masuk untuk menunggu hanya di kawasan kafeteria di Blok B1 dan B2 selepas jam 8.30 pagi.
    3.     Calon temu duga hanya dibenarkan untuk memasuki ke Kompleks Jabatan Perdana Menteri,  30 minit sebelum waktu temu duga dijalankan. Calon yang tiba lebih awal tidak akan dibenarkan masuk sebelum tiba waktu yang telah ditetapkan. Waktu temu duga boleh disemak pada surat panggilan temu duga.
    4.     Calon temu duga perlu mendapatkan Pas Keselamatan Pelawat di Balai Kawalan Keselamatan, Kompleks Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan kemasukan  ke  kompleks.  Calon  perlu  sentiasa  mempamerkan  Pas Keselamatan Pelawat semasa berada di dalam kawasan kompleks.
    5.     Calon  perlu membawa bersama  dokumen pengenalan  diri  selain kad pengenalan  bagi  tujuan  penukaran  Pas  Keselamatan  Pelawat.  Kad pengenalan calon diperlukan bagi urusan semasa temu duga. Dokumen pengenalan  lain   yang  boleh  diterima  untuk   tujuan  penukaran  Pas Keselamatan  Pelawat  adalah  seperti  lesen  memandu  yang  mempunyai gambar, kad pengenalan jabatan, kad nikah dan pasport.
    6.     Calon  dikehendaki  memakai  pakaian  yang  bersesuaian  mengikut  etika berpakaian  bagi  menghadiri  temu  duga.  Calon  yang  memakai  pakaian yang kurang sopan tidak akan dibenarkan untuk memasuki Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
    7.    Calon temu duga perlu berada di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri atau di lokasi lain yang dinyatakan  sebagai  lokasi  temu  duga  bagi  urusan  tersebut.  Selain  itu, calon hanya dibenarkan untuk ke kafeteria yang terletak di Blok B1 atau B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
    8.     Calon  perlu  sentiasa  mematuhi  peraturan  keselamatan  yang  sedang berkuatkuasa di dalam kawasan kompleks, calon dipohon untuk membaca peraturan  yang  dipamerkan  di  pintu  masuk  Kompleks  Jabatan  Perdana Menteri.  Mana-mana  pegawai/anggota  keselamatan  berhak  membuat pemeriksaan  keselamatan  ke  atas  calon-calon  dan  sekiranya  calon didapati   melanggar   mana-mana   peraturan   keselamatan   yang   telah
    ditetapkan, calon boleh diarah untuk meninggalkan kawasan kompleks.
    9.     Calon  temuduga  perlu   mengembalikan  Pas  Keselamatan  Pelawat, mengambil  dan  menyemak  kembali  dokumen  pengenalan  diri  yang diserahkanya  sewaktu  penukaran  Pas  Keselamatan  Pelawat  sebelum meninggalkan Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
    10.     Kegagalan  menyerah  atau  menghilangkan  Pas  Keselamatan  Pelawat,
    Seksyen Keselamatan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri  boleh  mengenakan  denda  kepada  calon  sebanyak  RM60.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Sahaja).


    Download dari SPP : http://www.spp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=219:panduan-temu-duga&catid=25

    H : MUHASABAH DIRI

    (1) Sertai Group Perbincangan Temuduga
    Cth Group : Interview Discussion | ISMP

    (2) Belajar daripada kesilapan calon-calon terdahulu
    RUJUK : Kelemahan Calon Temuduga  SPP  (Pekeliling)

    Semoga berjaya semua ^^


    Sharing is Caring!

    Comments: 3

    Leave a comment