PANDUAN AM UNTUK GURU

Sharing is Caring!

PANDUAN AM UNTUK GURU

1.0       ARAHAN
AM KEPADA GURU
1.1     Guru hendaklah
membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Etika
Kementerian Pelajaran, Tonggak 12 dan PRIME
1.2    Guru hendaklan
bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
1.3       Bekerja sebagai
satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.
1.4       Semua guru
dikehendaki hadir lebih awal, sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu
permulaan sekolah.  Guru dikehendaki melakukan ”thumb print
sebaik sahaja tiba ke sekolah setiap hari persekolahan.  Guru juga
dikehendaki melakukan ”thumb print ” sewaktu balik atau semasa meninggalkan kawasan
sekolah bagi sesuatu urusan.  Ia akan disemak oleh Pihak Pengurusan 
sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan.
1.5       Guru-guru yang
tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebagainya hendaklah memberitahu
pihak sekolah lebih awal dengan apa cara sekalipun atau sebelum bermulanya
waktu pertama untuk tujuan menempatkan Guru Ganti, bukan mendiamkan diri dan
menyerahkan `Cuti Sakit’ pada hari berikutnya.
1.6       Guru yang datang
lewat ke sekolah atau tidak datang langsung bolehlah dianggap sebagai telah
mengabaikan tugas dan tanggungjawab serta telah melanggar Etika Perkhidmatan
Perguruan dan tindakan tatatertib  boleh diambil ke atasnya.
1.7       Guru-guru
dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan profesion perguruan. 
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 – Garis Panduan Guru Ketika
Bertugas Di Sekolah).
1.8       Semua guru
dikehendaki memberi kerjasama menjayakan aktiviti-aktiviti  rasmi yang
dianjurkan oleh sekolah.
1.9       Guru-guru mesti berada
di sekolah  sepanjang hari persekolahan. Guru-guru yang hendak keluar dari
kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran Pengetua. Catatkan butiran dalam Buku
Keluar-Masuk dan dapatkan Slip Kebenaran Khas Pengetua sebelum meninggalkan
kawasan sekolah. Guru-guru perlu menyerahkan Slip Kebenaran tersebut kepada
pihak pengawal keselamatan dan catatkan didalam buku keluar masuk pengawal
keselamatan. 
1.10     Merokok  adalah
dilarang di kawasan sekolah. Sila rujuk dan patuhi  Surat Pekeliling
Ikhtisas  Bil 5/1997
1.11     Guru-guru tidak dibenarkan
membuat sebarang hubungan dengan pihak luar secara lisan atau tulisan tanpa mendapat
kelulusan Pengetua terlebih dahulu. Urusan dengan pihak luar mestilah melalui
Pengetua.
1.12     Guru-guru dilarang melayan
atau membuat sebarang urusan dengan penjual / pembekal / kontraktor. Guru-guru
juga tidak dibenarkan meminta tajaan dari pihak penjual / pembekal / kontraktor
tanpa kebenaran Pengetua.
1.13     Semua guru adalah Guru
Disiplin dan perlu mengambil tindakan segera terhadap pelajar-pelajar yang
didapati melanggar peraturan di dalam dan di luar sekolah.
1.14     Pada akhir semester / cuti
penggal, semua tugas dan tanggungjawab hendaklah disempurnakan. 
Semua  kunci  bilik khas / kunci sekolah hendaklah dipulangkan 
ke pejabat.  Sebelum bercuti atau berpindah sekolah, semua urusan yang
berkaitan hendaklah diselesaikan terlebih dahulu.
1.15     Guru-guru yang
bertanggungjawab dalam pengurusan stok dan inventori hendaklah sentiasa
mengemaskini stok di bawah jagaannya. Verifikasi stok  hendaklah
dijalankan sepertimana yang dijadualkan.
1.16     Semua guru dikehendaki
mematuhi Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 bila melengkapkan
Buku Persediaan Mengajar.
1.17     Guru-guru tidak dibenarkan
mengadakan apa-apa upacara atau majlis tanpa mendapat kebenaran daripada
Pengetua terlebih dahulu.
1.18     Semua aktiviti sekolah yang
melibatkan pelajar keluar dari kawasan sekolah, hendaklah terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada ibubapa/penjaga.
1.19     Guru mestilah mempunyai
sikap proaktif, daya kreativiti dan berinovasi secara menyeluruh dalam semua
aspek.
1.20     Semua guru  kelas
dikehendaki  mengambil kehadiran/kedatangan pelajarnya pada setiap hari
persekolahan  sebelum waktu kedua. Buku jadual kedatangan hendaklah
sentiasa berada di pejabat  pentadbiran sekolah. Guru kelas hendaklah
menghubungi ibu/bapa pelajar yang tidak hadir secepat mungkin.
1.21     Guru kelas dikehendaki
sentiasa mengemaskini segala butiran yang terdapat dalam buku jadual kedatangan
pelajar. Penyelaras Tingkatan  akan  membuat  semakan dari masa
ke semasa.
1.22     Perhimpunan pagi harian dan
perhimpunan mingguan adalah upacara rasmi sekolah. Semua guru adalah diwajibkan
hadir di tempat  yang disediakan. Telefon bimbit hendaklah “dimatikan”
1.23     Guru bertugas 
mingguan  hendaklah  mencatatkan  segala aktiviti atau peristiwa
yang berlaku sepanjang minggu di dalam  Buku Laporan  Bertugas.
Buku   tersebut hendaklah  ditulis dan disimpan di pejabat
sekolah setiap hari bagi tujuan pemantauan oleh pihak pengurusan sekolah.
1.24     Semua guru diharapkan dapat
mematuhi segala arahan / peraturan bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan
selesa. Adalah diharapkan semua guru dapat melahirkan budaya kerja cemerlang
bagi meningkatkan prestasi diri, sekolah, masyarakat dan negara.
1.25     Guru-guru perlu 
memastikan kebersihan kelas terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran.
1.26     Guru-guru tidak dibenarkan
berurusan dengan individu-individu, kumpulan atau syarikat-syarikat tertentu
tanpa kebenaran daripada Pengetua
           
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.27     Guru-guru yang mengajar
dikehendaki hadir tepat pada waktunya dan kalau boleh lebih awal apabila
pertukaran waktu berlaku.  Keadaan ini membolehkan kelas berkenaan terus
terkawal.  Guru-guru tidak dibenarkan mengarah pelajar-pelajar keluar
untuk sesuatu tujuan yang bukan berkaitan dengan pelajaran pada waktu
pengajaran dan pembelajaran
1.28     Kelas mesti berada dalam
suasana yang tenteram, baik dan terkawal sebelum pengajaran dan pembelajaran
bermula dan terus berkeadaan demikian sehingga tamat.  Bertindak dengan
segera ke atas pelajar-pelajar yang tidak memberi perhatian penuh, membuat
bising, mengganggu pelajar lain dan merosakkan harta benda sekolah.  Sikap
membiarkan sahaja atau tidak ambil tahu adalah dianggap sebagai mengabaikan
tanggungjawab dan menjadi satu kesalahan tatatertib.
1.29     Guru-guru hendaklah bersikap
adil kepada semua pelajar pada setiap masa dan ketika.  Sikap pilih kasih,
membenci atau mendiskriminasi pelajar-pelajar adalah tidak diterima di sekolah
ini dan bertentangan pula dengan Falsafah Pendidikan Negara.
1.30     Jangan sekali-kali
meninggalkan kelas, makmal atau bengkel tanpa diawasi. sekiranya tidak dapat
dielakkan, minta kerjasama guru di kelas sebelah atau guru-guru lain. 
Guru-guru bengkel hendaklah sentiasa berhati-hati mengawasi pelajar-pelajar
yang sedang bekerja. Pastikan semua pelajar memakai pakaian bengkel dan
sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa berada di bengkel dan
makmal.
1.31     Apabila loceng waktu akhir
dibunyikan, guru-guru yang berada dalam kelas, makmal dan bengkel hendaklah
mengarahkan pelajar-pelajar membersihkan kelas dan beratur sebelum membenarkan
mereka bergerak balik.  Jangan tamatkan kelas lebih awal daripada
sepatutnya atau membenarkan pelajar keluar sebelum loceng akhir dibunyikan.
1.32     Memenuhi segala kehendak
Dasar Pendidikan Negara dan menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengalaman
yang diperolehi semasa mengikuti latihan penguruan adalah menjadi tugas dan
tanggungjawab setiap guru.  Ini bermakna setiap pengajaran hendaklah
dirancang supaya dapat memenuhi aspirasi pelajar-pelajar dan bukan dibuat
sambil lewa tanpa persediaan.
1.33     Semua latihan dan  gerak
kerja bertulis yang diberi mestilah diperiksa dan diulas. Buku Latihan, Buku
Nota dan Buku Amali hendaklah dihantar ke pejabat secara bergilir-gilir
mengikut jadual untuk semakan Pengetua.
PERATURAN KHUSUS DAN HURAIAN
1.0       PAKAIAN GURU-GURU DI SEKOLAH – SPI Bil. 6/1985
Pakaian
yang bersesuaian melambangkan budi bahasa yang baik. Untuk meneruskan tradisi
pakaian yang sopan dan memenuhi etika pakaian, sekurang-kurangnya perkara yang
berikut hendaklah diambil perhatian oleh semua guru di sekolah :
i)         
Mini skirt, pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian tertentu, seluar
pendek, seluar   jeans yang ketat dan pakaian yang bahagian hadapan
terbuka jauh ke bawah tidaklah diterima.
ii)        
Perhiasan muka atau make-up yang melampau adalah tidak sesuai.
iii)        
Baju-baju Hawai dan baju T yang beragam warna tidak sesuai.
iv)         Guru
perlu memakai tanda nama setiap hari.
v)         Guru
lelaki dikehendaki memakai tali leher / ‘blazer’
 pada waktu perhimpunan setiap minggu dan untuk upacara rasmi
sekolah (digalakkan  untuk setiap hari).
vi)        
Pakaian bengkel tidak dibenarkan kecuali semasa amali.
vii)        Semua guru
dikehendaki memakai baju batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis.
2.0       ACARA / MAJLIS RASMI SEKOLAH / MESYUARAT / KURSUS
DALAMAN
2.1       Semua guru
dikehendaki  hadir dalam semua acara / majlis rasmi sekolah dan juga
kursus dalaman.
2.2       Guru yang tidak
hadir perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada 
Pengetua.  Satu salinan akan di simpan dalam fail peribadi guru berkenaan.
3.0       PERINTAH  AM Bab D, 1993 Seksyen 19
3.1       Seorang pegawai
tidak boleh, samada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa  cara
lain .
a)           
membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh
memudaratkan  berhubungan dengan apa-apa dasar, program atau keputusan
Kerajaan di atas apa-apa isu;
b)           
memberi apa-apa maklumat fakta berhubung dengan
jabatannya ; atau
c)           
memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa
insiden atau laporan berhubung dengan jabatannya, dan dia juga boleh mengedar /
menyebar apa-apa pernyataan, maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat
olehnya atau mana-mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih
dahulu, sama ada secara am atau khusus daripada Menteri yang bertanggungjawab
bagi Kementerian atau jabatan di mana dia sedang berkhidmat.
3.2       Selain daripada
kebenaran Ketua Jabatan, seorang pegawai tidak boleh, sama
ada     secara  lisan atau bertulis atau dengan
apa-apa cara lain, membuat apa-apa pernyataan awam  yang memudharatkan
mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau  yang boleh memalukan
Kerajaan, atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan
mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau mengedar/menyebar apa-apa
pernyataan  sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana
orang lain.
3.3       Peraturan 4.2
tidaklah terpakai bagi apa-apa pernyataan awam yang dibuat atau yang
diedarkan/sebarkan  jika kandungan pernyataan itu telah diluluskan oleh
Menteri.
3.4       Bagi maksud
peraturan ini, “Pernyataan Awam” termasuklah apa-apa pernyataan atau 
ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi
syarahan awam atau ucapan awam atau mana-mana penyiaran melalui bunyi
atau  penglihatan atau kedua-duanya.
3.5       Melainkan
kebenaran ketua Jabatan, seseorang pegawai tidak boleh membincang  
dengan terbuka kepada awam apa-apa langkah rasmi yang diambil oleh pegawainya
dengan lisan atau bertulis.
4.0       BUKU KEDATANGAN  PELAJAR ( Attendance
Registers
)
           
4.1       Buku ini adalah satu dokumen rasmi
yang penting dan haruslah bebas daripada sebarang kesalahan. Sebarang kesilapan
catatan dalam  buku ini   hendaklah dipotong dan ditandatangani
oleh guru berkenaan. Guru dilarang  menggunakan pemadam (liquid paper)  bagi
membetulkan sebarang kesilapan..
 
4.2       Guru kelas
bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesahihan maklumat di Buku Kedatangan.
Butir-butir pelajar dan keterangan yang lain hendaklah dilengkapkan seperti:
a)         nama   pelajar
yang lengkap
    
      
b)         no. pendaftaran pelajar
            c)        
nama penjaga. pekerjaan, alamat dan no. telefon penjaga yang
lengkap
                     
  d)         analisis dan statistik
pada setiap bulan
      
                
e)         dan lain-lain yang
diperlukan
4.3       Kedatangan
pelajar hendaklah diambil pada pagi setiap hari. Pelajar tidak dibenarkan
mengambilnya bagi pihak guru.
4.4       Buku ini
hendaklah diserahkan kepada pejabat setiap hari sebelum pukul 10.00 pagi. Guru
dilarang membawa buku balik ke rumah atau menyimpan di dalam bilik guru / bilik
khas tanpa kebenaran Pengetua.
4.5       Bagi mengawal
kedatangan pelajar. Guru kelas hendaklah mencatatkan kenyataan berikut di
tempat yang sesuai di papan putih kelas.
a)         Tarikh
b)        
Bilangan pelajar dalam kelas
c)         Bilangan
pelajar yang hadir
4.6       Segala 
maklumat dalam buku ini hendaklah lengkap dan ditutup pada setiap bulan oleh
guru tingkatan dan guru juga perlu mengisi  maklumat untuk bulan tersebut,
bukannya pelajar.
4.7       Menanda
kedatangan dan mengisi butir-butir pelajar dalam buku ini adalah tanggungjawab
guru tingkatan dan bukannya ketua kelas atau pun pelajar. Ketua kelas atau
pelajar dilarang menanda kehadiran pelajar dalam buku kehadiran pelajar.
5.0         
WAKTU BERTUGAS DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH
                  
 
              
5.1    Semua hari berikut dikira sebagai
hari bertugas kepada guru-guru :
i)         
Semua hari persekolahan termasuk persekolahan ganti kecuali dengan cuti yang
sah.
ii)         Hari acara
dan aktiviti rasmi sekolah.
iii)         Bila
diarahkan hadir oleh Pengetua termasuk dalam cuti penggal persekolahan dengan
syarat jumlah  hari yang diminta hadir itu tidak melebihi sepertiga
daripada jumlah hari cuti persekolahan.
iv)         Bila
diminta hadir ke majlis-majlis tertentu oleh PPD / JPN / BPTV
5.2      
Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
5.3       Guru dikehendaki berada di sekolah
5 minit awal sebelum sesi persekolahan bermula.
5.4      
Guru hendaklah  “thumb print” semasa sampai dan sewaktu pulang.
5.5       Guru yang tidak hadir ke sekolah
hendaklah memberitahu Pengetua secepat mungkin dan sebaik-baiknya sebelum waktu
pertama bermula supaya urusan untuk menggantikan tugas guru itu dapat 
disediakan supaya kegiatan sekolah tidak terganggu.  Surat doktor
hendaklah diserahkan ke pejabat dengan segera.
5.6       Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di
luar waktu persekolahan  kecuali kes-kes kecemasan.
 
5.7       Guru-guru tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusan
perniagaan
sewaktu  persekolahan.
5.8       Guru-guru tidak dibenarkan
berurusan dengan individu-individu, kumpulan atau   syarikat-syarikat
tertentu tanpa kebenaran daripada Pengetua.
6.0       TIDAK HADIR
BERTUGAS/BERKURSUS/MENJALANKAN TUGAS RASMI DI LUAR
6.1       Guru yang tidak
dapat hadir untuk bekerja dikehendaki memberitahu Pengetua dalam kaedah
berikut:-
i)         
ketidakhadiran pada tarikh atau tarikh-tarikh diketahui terlebih dahulu, samada
sebab-sebab persendirian atau pihak yang diluluskan, hendaklah dimaklumkan
dengan segera sebelum hari yang terlibat itu.
ii)        
ketidakhadiran cara tergempar, sekalipun mendapat Cuti Sakit hendaklah
diberitahu seberapa segera pada hari itu juga dengan apa-apa cara yang sesuai.
6.2       Guru yang tidak
hadir bekerja bukan disebabkan Cuti Sakit atau diarahkan menghadiri sesuatu
mesyuarat, kursus dan sebagainya oleh pihak yang diluluskan, diminta memohon
cuti dengan Borang Cuti yang disediakan.
6.3       Permohonan cuti
hendaklah disempurnakan sebelum cuti diambil.  Pengecualian boleh
dibenarkan atas sebab-sebab tergempar sahaja di mana Borang Cuti boleh
diuruskan kemudian pada hari pertama bertugas semula.
6.4       Guru yang tidak
hadir bekerja kerana sakit dan mendapat Sijil Sakit hendaklah dihabiskan
cutinya di hospital atau di rumah, melainkan jika ditetapkan oleh Pegawai
Perubatan sebaliknya (Perintah Am Bab C).
6.5       Guru-guru yang
akan menghadiri mesyuarat, kursus, taklimat, mengawas peperiksaan dan tugas
rasmi di luar sekolah pada waktu persekolahan dikehendaki mengisi borang
tugasan luar sekolah dan menyerahkannya kepada GPK 1.
6.6       Guru yang
mengetahui ketidakhadiran ke sekolah lebih awal dikehendaki meninggalkan kerja
bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan.
 
6.7       Guru yang diberi
cuti sakit kerana mendapat rawatan doktor  perlu berehat.  Oleh itu,
guru tidak patut berada di tempat-tempat lain kecuali di rumah.
6.8       Guru-guru yang
memohon Cuti Rehat Khas  perlu mengemukakan borang permohonan
sekurang-kurangnya lima hari sebelum bercuti untuk mendapatkan kelulusan.
Cuti Rehat Khas bukanlah mutlak tetapi
keistimewaan.
7.0       KELUAR WAKTU
BERTUGAS
7.1       Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pendidikan, JPN / PPD dan meminta
kebenaran terlebih dahulu daripada Pengetua.
7.2      
Seseorang guru yang hendak meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu
persekolahan samada untuk sesuatu tempoh tertentu atau tidak akan kembali lagi
ke sekolah pada hari berkenaan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran
Pengetua sebelum berbuat demikian.  Kebenaran untuk maksud atau tujuan
seperti itu hanya akan diberi atas sebab-sebab yang amat mustahak dan tidak dapat
dielakkan sahaja.
7.3      
Seseorang guru yang hendak keluar dari kawasan sekolah semasa waktu
persekolahan samada atas urusan persendirian mahupun rasmi, setelah menerima
kebenaran dan diluluskan oleh Pengetua dikehendaki menyempurnakan butir-butir
di dalam BUKU KELUAR DALAM WAKTU
BEKERJA
dan menyerahkan slip tersebut kepada pengawal
keselamatan bertugas sebelum meninggalkan sekolah.
7.4      
Sebelum meninggalkan sekolah, guru dikehendaki meninggalkan kerja bertulis
untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan.
7.5      
Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan.
8.0       UJIAN BULANAN DAN
PEPERIKSAAN
8.1       Sila lihat jadual
ujian / peperiksaan sebagai panduan.  Ujian setara perlu diberi pada
tarikh yang ditetapkan dalam Takwim Sekolah.
8.2       Tujuan ujian
diadakan adalah untuk mengetahui pencapaian pelajar dalam mata pelajarannya dan
keputusan ujian ini haruslah menjadi panduan kepada guru untuk mengatur
pelajaran selanjutnya kepada kelas / pelajar masing-masing.  Analisa apa
yang telah diajar untuk menilai keberkesanan pengajaran guru.
8.3       Guru hendaklah
membantu   dan mengatasi kelemahan pelajar dalam mata pelajarannya
dan sebarang usaha hendaklah diikhtiarkan bagi mengatasi kelemahan itu. Kelas
tambahan khas perlu diadakan.
8.4       Guru mata
pelajaran  dikehendaki menyediakan soalan ujian yang bermutu berdasarkan
JPU dan memeriksa kertas  jawapan pelajar bagi kelas yang diajar. 
Panitia-panitia mata pelajaran akan menentukan penyediaan soalan.  Ketua
Bidang / Ketua Panitia akan menyemak dan mengesahkan soalan yang disediakan
sebelum soalan-soalan diperbanyakkan.
8.5       Guru mata
pelajaran hendaklah  berhati-hati apabila menyediakan soalan-soalan ujian
supaya soalan itu benar-benar menguji kebolehan pelajar.
8.6       Setiap
kertas  soalan ujian / peperiksaan hendaklah disemak dan ditandatangan
oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia.
8.7       Keputusan ujian
hendaklah dicatat dalam ruang tertentu di dalam buku rekod mengajar.
8.8       Setiap keputusan
ujian hendaklah diserahkan satu salinan kepda Pengetua, Penolong Kanan Akademik
dan Unit Peperiksaan.
8.9       Guru mata
pelajaran hendaklah membuat post-mortem setiap ujian/peperiksaan  untuk
mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh pelajar dan guru.
8.10     Guru perlulah mahir dengan
peraturan Peperiksaan SPM terutama perkara-perkara bersabit dengan syarat
pemberian sijil supaya pengetahuan ini dapat disampaikan kepada pelajar. 
Jika ada keraguan, guru hendaklah  bertanya kepada Guru Penyelia
Peperiksaan / Setiausaha Peperiksaan.
8.11     Pelajar yang tidak 
hadir untuk ujian / peperiksaan tanpa sebab yang dibenarkan oleh pentadbir
sekolah, ditanda TH dan diberi markah 0.
9.0       SUKATAN PELAJARAN
DAN RANCANGAN PELAJARAN
9.1      
Setiap guru di sekolah mestilah mempunyai sukatan
pelajaran yang sah yang dikeluarkan oleh Pendaftar (atau sebarang pegawai yang
diwakili oleh Pengarah Pendidikan Negeri) bagi mata pelajaran yang mana yang
beliau bertanggungjawab.
9.2       Sukatan pelajaran yang sah
hendaklah diikuti dengan serapi-rapinya oleh semua guru.
9.3       Guru hendaklah mahir dengan syarat
terkini mengenai peraturan peperiksaan, sukatan pelajaran  dan sebagainya
bagi mencapai matlamat pengajaran yang maksimum.  Guru-guru yang  mempunyai
sebarang keraguan hendaklah mendapat nasihat daripada  Guru Kanan Mata
Pelajaran  masing-masing.
 
9.4       Rancangan kerja
hendaklah dibahagikan dalam 2 penggal dan disediakan secara mingguan untuk
sepanjang tempoh sesi persekolahan.
9.5       Sukatan pelajaran
perlu disertakan dalam Buku Rekod Mengajar.
9.6       Rancangan kerja
bagi setiap mata pelajaran yang diajar hendaklah ditunjukkan di ruang tertentu
dalam Buku Rekod Mengajar.
9.7       Guru Kanan Mata
Pelajaran dengan kerjasama guru-guru lain yang mengajar mata  pelajaran
berkenaan akan menyusun rancangan pelajaran ini bagi semua 
tingkatan/kursus.
10.0     BUKU REKOD DAN CATATAN
PERSEDIAAN MENGAJAR
10.1     Setiap guru di sekolah diwajibkan mempunyai
Buku Rancangan Kerja Harian (Buku Rekod Mengajar) yang selaras dengan kehendak
Kementerian Pelajaran dan buku ini dijaga dengan baik serta diserahkan kepada
Pengetua setiap minggu untuk pemeriksaan dan ditandatangani oleh Pengetua atau
wakilnya pada hari Jumaat.
10.2     Setiap guru bertanggungjawab terhadap
keselamatan buku rekod mengajar.  Semua butiran hendaklah disempurnakan
dengan teliti, kemas dan lengkap.
 
10.3     Buku Rekod Mengajar adalah
hak milik sekolah dan hendaklah diserahkan ke pejabat pada akhir tahun
persekolahan atau apabila guru berkenaan berhenti bertugas di sekolah ini.
10.4     Guru hendaklah membaca
Pekeliling KP. 256 di muka hadapan Buku Rekod Mengajar yang diberi keterangan
dan panduan mengenai tujuan buku tersebut.
10.5     Guru diingatkan supaya
membuat persediaan mengajar dengan lancar supaya pelajaran dapat disampaikan
kepada  pelajar dengan berkesan.
10.6     Buku Rekod Mengajar
hendaklah diserahkan ke bilik Pengetua  pada setiap hari Jumaat sebelum
pukul 12.20 tengah hari. Rancangan kerja hari Isnin minggu berikutnya hendaklah
ditulis pada hari Jumaat minggu sebelumnya.
10.7     Perkara-perkara dalam
rancangan kerja mingguan yang tidak dapat disempurnakan dalam 
minggu  tersebut hendaklah dicatat dalam ruang harian.
10.8     Buku Rekod Mengajar
hendaklah selalu  dijaga dengan baik dan bersih.  Semua kertas
kenyataan lain hendaklah dikepilkan dengan kemas atau disimpan berasingan.
10.9     Rancangan dan huraian kerja
hendaklah ditulis selengkapnya supaya jelas pelajaran yang hendak disampaikan
kepada pelajar.  Elakkan daripada menulis rancangan kerja yang terlalu
ringkas dan sukar difahami.
 
10.10   Guru yang bercuti, buku rekodnya
hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan untuk urusan guru pengganti.
 
10.11   Setiap akhir tahun persekolahan Buku
Rekod Mengajar hendaklah diserahkan  ke pejabat  sekolah.
11.0    GERAK KERJA LUAR / KOKURIKULUM
11.1     Kokurikulum sekolah adalah
sebahagian daripada kurikulum sekolah.  Ianya wajib bagi semua guru dan
pelajar.  Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam Buku Kehadiran
Kokurikulum apabila menghadiri GKK.
 
11.2     Sila rujuk tugas-tugas guru dalam Buku Panduan
dan Tugas Guru 2007 dalam Gerak Kerja Kokurikulum.
11.3     Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/
rancangan bagi persatuan / kelab permainan masing-masing dan rancangan ini
hendaklah melibatkan semua  pelajar.
11.4     Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini  memberi
bimbingan dan latihan kepada pelajar-pelajar dalam bidang kepimpinan,
tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara serta
galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas,
lawatan, membuat projek tertentu dan sebagainya. Perkara ini memerlukan
kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru berkaitan ( berhasrat untuk mewujudkan ‘ School With Character’ ).
11.5     Semua aktiviti  yang dijalankan pada
setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan dihantar kepada Guru Penolong Kanan
Kokurikulum untuk semakan.
11.6     Guru yang terlibat hendaklah
hadir semasa GKK.  Perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada
pelajar semasa GKK apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang berat.
12.0   TATATERTIB
12.1     Menjaga dan mengekalkan tatatertib yang tinggi
di kalangan pelajar semasa di dalam atau di luar kelas adalah
tanggungjawab semua guru. 
12.2     Guru janganlah  takut
memberi teguran, nasihat atau mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas
pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
12.3     Guru hendaklah melaporkan
kepada Penolong Kanan HEM, pelajar-pelajar yang kerap kali tidak mengikut
arahan, tidak membuat kerja yang diberikan  dan cuai dalam pelajarannya.
13.0     LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
13.1     Guru Kanan Mata Pelajaran
bagi mata pelajaran Sains dan PJK serta Ketua Bengkel  dengan kerjasama
guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran berkenaan hendaklah
mempamerkan  di bilik / tempat yang sesuai tentang langkah-langkah
keselamatan yang mesti dipatuhi oleh semua pelajar.
13.2     Guru hendaklah mengawasi
pelajar semasa :
13.2.1  Mengambil peralatan sukan dan permainan
13.2.2  Melatih sukan dan permainan di padang
13.2.3  Menjalankan kerja-kerja amali / pratikal
13.2.4  Kerja-kerja lain yang mana pengawasan rapi diperlukan
13.2.5  Peraturan dan langkah-langkah keselamatan hendaklan dipamerkan
di pintu masuk bengkel, makmal dan seumpamanya.
13.2.6  Faktor keselamatan mesti diutamakan oleh
setiap guru sepanjang  berada di sekolah.
14.0     KEHADIRAN KE KELAS
14.1    
Guru dikehendaki mematuhi
Jadual Waktu Pengajaran yang ditetapkan dan hadir ke kelas serta mengajar tanpa
berlengah-lengah.  Kelewatan hadir ke kelas lebih dari 5 minit boleh
dibenarkan untuk maksud perjalanan sekiranya sebelum ini seseorang guru
terlibat dengan pengajaran di kelas lain.
14.2     Guru tidak dibenarkan
meninggalkan kelas lebih awal sebelum loceng berbunyi.
14.3     Guru tidak dibenarkan
meninggalkan kelas untuk sesuatu tempoh tertentu dalam masa pengajarannya
walaupun pelajar-pelajarnya telah diarahkan membuat kerja bagi mata
pelajarannya.
14.4     Guru dikehendaki menggunakan
waktu sepenuhnya sewaktu di dalam bilik darjah untuk menyampaikan pengajaran
dan mengendalikan gerak kerja pengajaran dan pembelajaran.  Setiap guru
hendaklah melibatkan diri bersama-sama pelajar sehingga ke akhir waktu
pelajarannya.
15.0    
JADUAL WAKTU DAN PENGAJARAN DI KELAS
15.1     Guru tingkatan hendaklah
menyediakan satu salinan Jadual Waktu untuk dipamerkan dalam kelas.
15.2     Semua guru dikehendaki
menyerahkan satu salinan Jadual Waktu kepada Penolong Kanan Akademik untuk fail
sekolah dan rujukan.
15.3     Guru tidak dibenarkan
mengubah Jadual Waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
           
15.4     Memulakan pengajaran mengikut masa seperti di
dalam Jadual Waktu.
           
15.5     Pengajaran hendaklah berdasarkan persediaan yang
ditulis.
15.6     Bahan-bahan atau alatan
bantuan mengajar (ABM) hendaklah sentiasa digunakan semasa pengajaran.
           
15.7     Semasa berada di kelas fokus adalah kepada
aktiviti P & P.
15.8     Pengajaran di dalam kelas
hendaklah berfokus dan mengaplikasikan kemahiran KBKK dengan berkesan.
15.9     Pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan sempurna adalah mengikut peruntukan masa yang ditetapkan.
16.0    
BUKU REKOD MENGAJAR
16.1     Ia adalah DOKUMEN RASMI
dan hendaklah sentiasa lengkap, kemaskini dan dijaga dengan baik.
16.2     Catatan di dalamnya
hendaklah dibuat lebih awal dari waktu pengajaran.
16.3     Berdasarkan Akta Pendidikan
1996, guru-guru yang tidak menulis Buku Rekod Mengajar boleh didenda hingga
RM5000.00.
16.4     Setiap guru hendaklah
menyempurnakan Buku Persediaan Mengajar dan buku tersebut hendaklah ada bersama
guru semasa mengajar.
16.5     Buku Persediaan Mengajar
hendaklah diserahkan kepada Pengetua pada setiap hari Jumaat atau hari sebelum
sekiranya hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari kelepasan am pada waktu akhir
persekolahan sebelum balik. Rancangan Pelajaran harian serta butir-butir
pengajaran untuk hari pertama minggu berikutnya hendaklah disempurnakan sebelum
penyerahan itu.
16.6     Buku Persediaan Mengajar
yang telah lengkap dengan Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah dihantar buat
pertama kalinya pada MINGGU PERTAMA BULAN JANUARI atau mengikut arahan dari
pihak pentadbir.
16.7     Jika seseorang guru
bercuti/kursus, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
Akademik.
16.8     Buku Rekod Mengajar
hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.
16.9     Semua maklumat hendaklah
lengkap berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil 3/99.
16.10   Maklumat markah pelajar hendaklah diisi
dengan lengkap.
17.0    
TUGAS GURU DALAM KELAS
17.1     Elakkan
diri daripada duduk ketika mengajar. 
Waktu 
pelajar menjalankan urusan kerja bertulis guru seharusnya berjalan di
sekeliling kelas atau mengawasi dan memberi bantuan secara individu kepada
pelajar-pelajar yang lemah yang memerlukan bantuan rapi.  Guru Sains atau
Guru Bengkel  yang mengajar di makmal atau bengkel janganlah meninggalkan
makmal atau bengkel ketika pelajaran atau kelas sedang dijalankan.
17.2     Guru Masa Ganti ( Relief Period ) hendaklah memulakan pengajaran
sebaik-baik sahaja berada di dalam kelas
Apabila seseorang guru dijadualkan mengambil alih guru
yang tidak hadir ke sekolah atau sesuatu sebab lain, guru itu hendaklah
melaporkan diri di kelas yang dijadualkan  dan menyampaikan pengajaran dan
bukan waktu bebas.
17.3      Memeriksa Buku Latihan, Buku Nota, Kertas
Jawapan Peperiksaan / Ujian
jangandilakukan
di dalam kelas
kecuali bertujuan untuk memberi pertolongan kepada
pelajar-pelajar.  Pemeriksaan buku-buku itu hendaklah dilakukan di dalam
bilik guru / ketika waktu tiada kelas.  Kertas jawapan peperiksaan SPM
tidak dibenarkan diperiksa dalam waktu masa sekolah.
17.4     Kerja Bertulis – Guru hendaklah selalu memberi
kerja-kerja bertulis kepada pelajar-pelajar, sekurang-kurangnya sekali
seminggu. Kerja bertulis yang secukupnya patut diberi dalam mata pelajaran
seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Teknologi, Sejarah, Agama Islam dan
Sains. Soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang lebih panjang patut diberi
bagi mata pelajaran ini.
17.5     Pemeriksaan – 
Merupakan tanggungjawab guru untuk memeriksa semua kerja bertulis dan
tugasan  yang diberi kepada pelajar-pelajar. Guru juga hendaklah
menandatangani semua ringkasan atau nota yang diberi kepada pelajar-pelajar.
17.6     Mengulangkaji – Aktiviti
ulangkaji pelajaran sebelum bermulanya sesuatu peperiksaan hendaklah dirancang
dengan rapi dan dicatat dalam Buku Rekod Mengajar. Guru tidak digalakkan untuk
membenarkan pelajar mengadakan ‘self study’ dalam kelas. Mengulangkaji adalah
satu aspek penting untuk menyediakan diri pelajar bagi menghadapi peperiksaan.
Dengan itu ia perlu untuk menyediakan diri pelajar bagi menghadapi peperiksaan
dan perlu dirancang serta disampaikan dengan bersistematik. Komik dan majalah
hiburan yang lain serta sebarang permainan seperti catur dan sebagainya
dilarang.
17.7     Membaca Buku Teks – Membaca
buku-buku teks bukanlah satu proses pengajaran yang baik. Guru jangan
membiasakan pelajar membaca daripada buku teks ketika mengajar kecuali mata
pelajaran bacaan. Pemberian nota hendaklah dikekalkan pada peringkat minima
sahaja.   Gunakanlah kaedah lain seperti peta minda @ nota ringkas
yang lebih berkesan.
17.8     Langkah Keselamatan –
Kemasukan orang luar ke kawasan sekolah patutlah diawasi dengan rapi oleh semua
guru. Pelawat-pelawat dilarang masuk ke kelas kecuali pelawat yang hadir
bersama Pengetua atau Penolong Kanan. Minta pelawat pergi ke pejabat dan
berurusan di pejabat sekolah.
17.9     Kelas Bersurai – Guru yang
mengajar pada waktu akhir bertanggungjawab untuk menyuraikan pelajar-pelajar
dengan teratur dan tertib tepat pada waktunya. Jangan lepaskan pelajar sebelum
loceng berbunyi.
17.10   Denda – Guru-guru dilarang mengenakan sebarang denda
berat ( Corporal Punishment
) ke atas pelajar-pelajar. Seseorang pelajar yang memerlukan tindakan
tatatertib hendaklah dibawa ke pengetahuan Pengetua / Guru Disiplin.
18.0     GURU BERTUGAS HARIAN /
MINGGUAN
(Sila rujuk jadual tugas guru
harian /mingguan)
18.1     Setiap hari sekolah ada
sekumpulan guru yang bertugas. Senarai guru bertugas terdapat  dalam buku
panduan dan tugas guru. Ketua kumpulan dikehendaki mencatat nama guru bertugas
di papan putih di hadapan pejabat Penolong Kanan HEM.
18.2     Ketua guru bertugas
hendaklah mengadakan perbincangan bagi menentukan tugas ahli  kumpulannya.
18.3     Memastikan pelajar 
berada pada tapak perhimpunan tepat pada masanya.
18.4     Membantu guru disiplin untuk
memastikan wujudnya disiplin yang baik di kalangan pelajar.
18.4.1  Memastikan peraturan sekolah dipatuhi
18.4.2  Pelajar-pelajar mematuhi peraturan di kantin
18.4.3  Pelajar-pelajar tiba di sekolah pada waktunya
18.4.4  Tiada pelajar yang merayau tanpa tujuan
18.5     Mengurus masalah pelajar
yang sakit dan merekodkannya ke dalam buku Laporan Bertugas.
18.6     Melakukan “Spot Check” sekurang-kurangnya
dua kelas setiap  minggu.
18.7     Berada di tempat perhimpunan
pelajar bagi mengawasi dan memantau pelajar agar  tidak membuat
bisang  semasa perhimpuan berjalan.
19.0     PERHIMPUNAN RASMI DAN HARIAN
19.1     Perhimpunan Rasmi Mingguan
19.1.1  Perhimpunan Rasmi Mingguan akan diadakan pada setiap hari
Isnin bermula   jam 7.20   pagi.
19.1.2  Semua guru diwajibkan hadir dan berada di atas pentas kecuali beberapa orang guru disiplin dan guru
bertugas mingguan untuk mengawal pelajar. Kehadiran guru akan diambil.
19.1.3  Semua guru lelaki hendaklah
memakai tali leher dan baju kemeja berlenggan panjang
(
pemakaian kot/blazer adalah digalakkan )
19.1.4  Sila padamkan 
telefon bimbit.
19.1.5  Sila beri tumpuan sepenuhnya semasa perhimpunan dan jangan
berbual-bual.
20.0     MELAKUKAN KERJA LUAR
20.1     Penjawat Awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am
Bab D seperti berikut:
20.1.1  Memohon kebenaran bertulis daripada 
Ketua Jabatan
20.1.2  Dibenarkan dengan syarat :
20.1.2.1          
Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
20.1.2.2          
Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam
20.1.2.3          
Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan
jabatan
20.2     Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah,
guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan
1996 (Akta 550) subseksyen 79 (1) dan  subseksyen 132 (g) di mana boleh
didenda tidak melebehi RM 50,000 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu) atau 
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
21.0     KEAHLIAN KELAB GURU DAN STAF
21.1     Semua
guru dan staf secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Staf.
21.2     Semua guru dan staf dikehendaki bersama-sama
menyokong dan memberi kerjasama yang padu kepada semua aktiviti kelab.
22.0     KES PONTENG SEKOLAH
22.1     Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran
hendaklah menentukan semua pelajar (kecuali yang sakit dan yang mendapat
kebenaran khas) berada dalam kelas pada waktu belajar. Pelajar-pelajar yang
ponteng sekolah hendaklah dilaporkan kepada Penolong Kanan HEM / Guru Disiplin.
 
22.2     Semua guru hendaklah memberikan kerjasama
kepada guru tingkatan dalam menangani perkara di atas.
22.3     Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah
tanpa surat doktor / surat daripada penjaga  hendaklah dimaklumkan kepada
penjaga.
22.4     Jika pelajar-pelajar tidak hadir ke sekolah
satu atau dua hari, guru tingkatan hendaklah mengambil tahu sebab tidak hadir
ke sekolah. Jika sebab yang diberi oleh pelajar itu menimbulkan keraguan,
laporkan perkara ini guru disiplin untuk direkodkan.
22.5     Apabila pelajar-pelajar mengikuti mata
pelajaran Amali, Sains, Lukisan, PJ dan     Perpustakaan,
guru berkenaan hendaklah memastikan pelajar-pelajar berjalan dengan tertib
semasa  menuju ke tempat itu.
22.6     Setiap guru mata pelajaran yang masuk ke kelas
hendaklah menentukan yang tiada seorang pelajar pun yang meninggalkan kelas.
Pelajar yang meninggalkan kelas / masuk lewat hendaklah dilaporkan kepada Guru
Disiplin.
22.7     Guru mata pelajaran yang masuk ke kelas boleh
menghantar pelajar yang sakit ke hospital / balik ke rumah jika perlu. Bagi
pelajar perempuan, seorang teman harus ikut bersama. Pengetua / PK HEM harus
diberitahu tentang pelajar yang dihantar balik.
23.0     ARAHAN DAN
PEKELILING
23.1    
Setiap arahan dan pekeliling yang  dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah
dibaca dengan   teliti dan dipatuhi serta  ditandatangani 
selepas membacanya.
23.2    
Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya
di   dalam fail khas.
24.0    
KUNCI
24.1    
Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang mengambil kunci hendaklah
merekodkannya ke dalam Buku Rekod Pergerakan Kunci di pejabat.
 
24.2    
Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik khas mesti mendapat kebenaran
daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
25.0    
TELEFON
25.1    
Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk  urusan  rasmi  sahaja. 
Guru atau staf sekolah  tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk
urusan peribadi.
 
25.2    
Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bililik darjah
dan semasa Mesyuarat.
26.0    
BUKU STOK / INVENTORI
26.1    
Ketua Panitia, Ketua Bengkel dan Ketua Unit bertanggungjawab menguruskan buku
stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah
tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini, (setiap pembelian dan keluar masuk
barang hendaklah direkodkan dengan serta merta).
26.2    
Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Pembantu Tadbir dan Juruteknik akan menyemak
buku stok/inventori ini dari masa ke semasa dan dihantar ke pejabat  pada
hujung  tahun untuk disahkan  oleh Pengetua.
27.0    
URUSAN DENGAN BPTV / JPN / PPD
27.1    
Guru dan staf sokongan tidak digalakkan  pergi ke Kementerian, Jabatan
Pendidikan Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi kecuali
jika diarahkan berbuat demikian.
28.0     TUGAS GURU
           
28.1    
Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga
pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan
bertanggunjawab.
 
28.2    
Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di BPTV, JPN, PPD atau sekolah
lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa  pengetahuan Pengetua.
28.3    
Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit  curai
hendaklah dikemukakan kepada Pengetua  dengan menggunakan borang khas yang
boleh diperolehi di pejabat sekolah.
28.4    
Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seupamanya, apabila
balik ke sekolah, hendaklah menjalankan ”In House Training ” kepada guru dan
memaklumkan kepada Pengetua / GPK tarikh dan masa pelaksanaannya.
28.5    
Guru yang melaksanakan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
bertulis untuk pelajar dan memaklumkannya kepada Guru Kanan Mata Pelajaran
masing-masing.
29.0    
JADUAL WAKTU MENGAJAR
29.1     Guru hendaklah mematuhi
jadual waktu yang disediakan.
 
29.2    
Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu  yang telah ditetapkan
tanpa    kebenaran.
29.3    
Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan
di dalam kelas masing-masing.
30.0     KEBERSIHAN
           
30.1     Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan
sekolah.  Jadual giliran  bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh
guru tingkatan untuk  kelas masing-masing.  Alat-alat membersihkan
kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.
30.2    
Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan mana-mana guru  yang
mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains dan
lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik
masing-masing.
30.3    
Semua guru, staf sokongan dan pelajar bersama-sama bertanggungjawab terhadap
kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah.
31.0     BILIK GURU
31.1    
Guru hendaklah berada di bilik guru / bilik  guru bengkel semasa tidak
mengajar di kelas.   Masa tersebut hendaklah dianggap ’non-teaching
period’
  dan bukannya ’ free period ’.  Masa tersebut
sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan sekolah sahaja.  Sebarang
aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik
guru.
31.2    
Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan
suasana yang harmoni dan tidak mengganggu  ketenteraman guru lain.
31.3    
Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
31.4    
Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru
termasuk keselamatan harta benda yang terdapat di dalam bilik guru.
31.5    
Guru yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer,
lampu dan ‘air-cond’ telah  ditutup.
32.0     CUTI
Mengikut Surat Pekeliling  Kementerian  KP
(PP)  0046.SJ/a (30)
bertarikh  24 Disember 1993,
guru berkelayakan mendapatkan cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti
rehat.   Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua 
tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.
32.1     CUTI  REHAT KHAS (CRK)
                             
32.1.1  Cuti Sambilan
tidak lebih daripada  tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4
tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas
sebanyak tujuh  (7) hari dalam satu tahun kalender; dan
 
32.1.2  Cuti Rehat Khas
yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi
pegawai yang layak.
32.1.3  Cuti ini layak
kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.
32.1.4  Kelulusan
diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan
pengajaran dan pembelajaran.
32.1.5  Bilangan hari CRK
yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam
tahun berkenaan (Rujuk Perintah Am 1 (Bab C )
32.2    
CUTI
SAKIT
32.2.1  Sijil sakit yang
dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut hendaklah
disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
32.2.2  Cuti sakit yang
dikeluarkan oleh doktor swasta  tidak  boleh melebihi 14 hari dalam
setahun.
32.2.3  Cuti sakit yang
melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan
ke JPN dan Kementerian Pelajaran
32.3     CUTI KELUAR NEGARA
                   
32.3.1  Semua guru yang
bercuti keluar negara mestilah mendapat kelulusan.  Sila isikan borang
permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh
bercuti
32.4     CUTI KHAS ISTERI BERSALIN
32.4.1  Diberikan selama
tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam
lelaki.  Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. 
Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan
32.5     CUTI TANPA REKOD
32.5.1  Cuti tanpa rekod
yang dibenarkan adalah cuti ganti kerana bekerja lebih masa, cuti latihan
pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan,
latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan , mesyuarat persatuan
ikhtisas, mengambil bahagian dalam sukan atau tugas khas perubatan.
32.6     CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT
32.6.1  Diberikan kepada
pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga hari sebagai cuti
tanpa rekod.  Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri,
anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan
kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Sharing is Caring!

Comments: 16

Leave a comment