PANDUAN : TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA

Sharing is Caring!

PANDUAN
: TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003

KADAR
DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI
PERKHIDMATAN
AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI
(TIDAK
TERMASUK ANGGOTA TENTERA DAN ANGGOTA POLIS)
TAMBANG
PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA
13.
Seseorang pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan
yang diarah melaporkan diri di mana-mana tempat di Malaysia adalah layak menuntut
tambang perjalanan bagi diri dan keluarganya dari rumah kediamannya ke tempat
yang ia diarahkan bertugas mengikut kelayakan tambang perjalanan yang layak diperolehinya
setelah memegang jawatan yang ditawarkan itu. Keluarga bermaksud jika bagi
pegawai lelaki adalah isteri dan anak-anaknya; dan jika bagi pegawai perempuan,
ialah suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung
sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur 21 tahun termasuk juga
anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf oleh undang-undang. Walau bagaimanapun,
anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had.
SURAT
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2010
PINDAAN
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003 DAN
SURAT
PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 18 TAHUN 1982
TAMBANG
PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA
10.
Perenggan 13, PP3/03 dipinda seperti berikut:
Seseorang
pegawai yang baru pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan layak
membuat tuntutan perjalanan mengikut kelayakan pegawai setelah memegang jawatan
yang ditawarkan terhad kepada perkara berikut:
i.
pegawai layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam/ Elaun Perjalanan Kenderaan/
tiket kapal terbang dari tempat kediaman ke mana-mana tempat yang diarahkan
untuk melapor diri/
berkursus/
menghadiri taklimat dan sebagainya sehingga ke Pejabat yang diarahkan bertugas
secara tetap; dan
ii.
Tambang Pengangkutan Awam/ Tuntutan Perjalanan Kenderaan/ tiket kapal terbang
yang boleh dituntut bagi keluarga hanyalah dari tempat kediaman ke tempat
penempatan
tetap
pegawai. Bagi tujuan tuntutan ini, keluarga bermaksud bagi pegawai lelaki ialah
isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan ialah suami dan
anak-anaknya. Anak-anak
yang
berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum
mencapai umur 21 tahun termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang
diiktiraf
oleh
undang-undang. Walau bagaimanapun, anak yang daif yang disebabkan oleh
kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan terpakai.



PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003

KADAR
DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI
PERKHIDMATAN
AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI
(TIDAK
TERMASUK ANGGOTA TENTERA DAN ANGGOTA POLIS)

4.7 Elaun Perjalanan Kenderaan
4.7.1
seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas
rasmi
sama ada di dalam atau di luar Ibu Pejabatnya adalah layak menuntut
Elaun
Perjalanan Kenderaan mengikut kadar seperti berikut:
Jarak perjalanan bertugas rasmi bagi tiap-tiap satu bulan
Kelas
A
B
C
D
E
(sen/km)
500 kilometer pertama
60
50
40
25
20
501-1,000 km
55
45
35
25
20
1,001-1,700 km
45
40
30
20
15
1,701 km dan seterusnya
40
35
25
15
10




4.7.2
seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan
atau
Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan;
4.7.3
seseorang pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau kereta
api bagi menjalankan tugas rasmi di tempat yang boleh dihubungi terus oleh
kapal terbang atau kereta api dan oleh itu tidak layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan melainkan di dalam keadaan seperti berikut:
(a)
jika jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang dari 240 km;
(b)
apabila seseorang pegawai dikehendaki juga menjalankan tugas rasminya di beberapa
tempat di sepanjang perjalanan;
(c)
apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi seseorang pegawai berkenderaan
sendiri; dan
(d)
apabila seseorang pegawai mustahak dan terpaksa membawa pegawai lain sebagai
penumpang yang juga menjalankan tugas rasmi;
4.7.4
bagi peruntukan (b), (c) dan (d) di atas kelulusan Ketua Jabatan hendaklah dilampirkan
dengan baucar tuntutan pegawai tersebut;


PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 TAHUN 2006
PINDAAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2003
DAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 4 TAHUN 2003 MENGENAI ELAUN
PERJALANAN KENDERAAN
Pekeliling ini bertujuan untuk meminda kadar Elaun Perjalanan
Kenderaan di perenggan 4.7.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan
perenggan 4.8.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2003 seperti berikut:




Pekeliling ini bertujuan untuk meminda kadar Elaun Perjalanan
Kenderaan di perenggan 4.7.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan
perenggan 4.8.1 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2003 seperti berikut:
Jarak perjalanan bertugas rasmi bagi tiap-tiap satu bulan
Kelas
A
B
C
D
E

(sen/km)

500 kilometer pertama
70
60
50
45
40
501-1,000 km
65
55
45
40
35
1,001-1,700 km
55
50
40
35
30
1,701 km dan seterusnya
50
45
35
30
25

Elaun Perjalanan Kenderaan

Kelas
dan sukatan selinder kenderaan bagi maksud menuntut hitungan perjalanan di
perenggan B14 Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002
dipinda seperti berikut:



Kelas
Gaji
Sukatan
Selinder                                                              
Kenderaan (s.s)
A
Tidak kurang dari RM2,323.41
1400
s.s ke atas
B
Tidak kurang dari RM2,064.60 sebulan    
1000
s.s ke atas
C
Tidak kurang dari RM1,611.28 sebulan     
Di
bawah 1000 s.s
D
Kurang dari RM1,611.28 sebulan            
Tidak
kurang 175 s.s
E Kurang dari RM1,611.28 sebulan
Di bawah 175 s.s


Prosedur Tuntutan

Senarai
Semak Bagi Penyediaan Tuntutan

Berkaitan Dengan Tuntutan Perjalanan / Pertukaran / Perpindahan
Penyataan Tuntutan Perjalanan

– Satu salinan buku akaun simpanan-bagi staff baru
– Hendaklah menggunakan satu akaun dgn bayaran gaji
– Mesti diisi dgn lengkap
– Tandatangan Ketua Unit
– Surat Arahan Rasmi / Pertukaran / Penempatan
– Resit , Bil -bil , Tol (hendaklah digamkan pd kertas A4 mengikut tarikh
– Kenderaan sendiri – Kepunyaan org lain – surat kebenaran diperlukan.


Contoh :






PENGALAMAN SEBENAR ; 25 MEI 2012

(1) RUJUK SURAT TAKLIMAT PENEMPATAN

” Tuan dibenarkan membuat tuntutan perjalanan ( tambang teksi ) mengikut pekeliling yang    sedia ada”.

(2) Pembantu Tadbir ( Kerani)  arahkan isi maklumat pada Softcopy (bertaip) Tuntutan Elaun.

Download di sini ( Sila klik )

Untuk Kadar Tambang Teksi sila rujuk sini ;

Download di sini ( Sila Klik )

(3) Pembantu Tadbir ( Kerani)  arahkan isi maklumat pada hardcopy  Maklumat Penerima Bayaran Perseorangan/Individu.

(4) Sertakan salinan ;

– IC
– Surat Taklimat

– Surat Penempatan
– Surat Tawaran ( Pelantikan ) *jika ada

(5) Hantar/Selesai

Sekian, Terima kasih.




Sharing is Caring!

Comments: 6

Leave a comment