MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

Sharing is Caring!

MODEL

MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

Pada
asasnya, setiap kajian tindakan akan melibatkan dua unsur, iaitu
menyelidik dan bertindak. Kedua-dua unsur ini kemudiannya dikembangkan
dan diperincikan kepada model-model penyelidikan yang menjadi ikutan
penyelidik tindakan.

1. Model Lewin (1946)


Me
nurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting).
Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan
merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan
kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.


2. Model Kemmis & McTaggart (1988)

Kemmis
dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah
merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana
yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka
berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal
refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap
sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini
ditunjukkan dalam Rajah 2.




3. Model Somekh (1989)


Model
kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti
masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis
data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan
tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan
menilai serta  mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.




Aspek
sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah
diperjelas dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah
dan formal kepada langkah yang lebih terperinci. namun model ini
kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk
mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci.

4. Model CRASP Zuber-Skerritt (1991)

Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian tindakan iaitu:
  1. critical collaboration enquiry by
  2. reflective practitioners who are
  3. accountable in making the results of their enquiry public,
  4. self-evaluative in their practice, and engage in
  5. participative problem solving and continuing professional development
Menurut
model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu
kolaborasi atau kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang
reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka,
menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah
secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun
model ini tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara
pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu
ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan
yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu
penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik
melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara
bersama, bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang
lain yang mempunyai kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri
sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi peningkatan
profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan
tiada format khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik
bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini boleh menyebabkan
penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan penyelidikan.

5. Model McKernan (1991)

Menurut
model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua
lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam
peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus
penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat
keputusan.




Kekuatan
model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu
diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan
tersebut telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan.
hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat
menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula
perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan
penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak menyarankan amalan
kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt.
pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan
penyelidikan kepada umum.

6. Model Altrichter et.al (1993)

Menurut
Altrichter et al (1993) , setiap projek kajian tindakan mempunyai
ciri-ciri yang tersendiri. Jadi mereka keberatan untuk menyediakan model
yang menunjukkan langkah demi langkah kerana ini akan membataskan
laluan yang pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun, mereka
berpendapat bahawa kajian tindakan bermula dengan mencari titik
permulaan (A). Kemudian, pungutan data dilakukan dan data dianalisis dan
seterusnya ini memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu
strategi tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu strategi
tindakan yang baru tidak semestinya akan dapat menyelesaikan masalah.
Maka langkah baru bagi mendapatkan penjelasan akan dilakukan (C ke B)
yang akan membawa kepada pembentukan strategi tindakan yang selanjutnya.
Hasil kajian perlu dikongsi dengan orang ramai. Model ini ditunjukkan
pada Rajah 5.




7. Model McBride & Schostak (1994)

McBride &
Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang
bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data
awal bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian,
tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat
kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan
penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan
bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 6.




8. Model Johnson (2002) 

Johnson
(2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses
pelaksanaan kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah (i)
mengenal pasti masalah, (ii) membuat perancangan berhubung data yang
akan dipungut dan cara pemungutan (iii) memungut dan menganalisis data,
(iv) merumus serta (v) berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak
lain yang berkaitan. Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di
mana penyelidik membincangkan persoalan penyelidikan dalam konteks
teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan model ini.




Kekuatan
utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam
penyelidikan. Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel
kerana perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal
boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan.
Walau bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana
tidak mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur.


Sharing is Caring!

Leave a comment