[NOTA & VIDEO] BAB 11 : SUBTOPIK : UKUR ARAS
Ukur Aras
Ukur Aras ditakrifkan sebagai suatu cara mengambil bacaan dengan mencerap dan mengukur untuk menentukan sempadan, saiz, kedudukan, kuantiti, keadaan, nilai, dan sebagainya bagi lot-lot tanah bangunan, ladang, lombong dan butiran spatial.
Walau apa jua ukur sekalipun, pengukuran jarak dan sudut adalah suatu elemen penting dalam kerja ukur termasuklah ukur kejuruteraan. Pengukuran jarak diambil mengikut jarak di antara titik-titik di atas permukaan bumi manakala pengukuran sudut diambil mengikut sudut di antara garisan atau arah rujukan dan garisan ukur sama ada dalam satah mendatar mahupun menegak. Unit digunakan dalam pengukuran jarak meter manakala unit pengukuran sudut adalah darjah, minit dan saat (seperti 230° 30minit 40saat)
Secara praktiknya pengukuran jarak dan sudut dilaksanakan di lapangan. walaubagaimanapun ia boleh dibuat di atas peta sedia ada (termasuklah di atas peta yang dicetak atau peta digital). Dan ini bergantung kepada keperluan. Biasanya, pengukuran melalui peta adalah kerja pendahuluan untuk melihat secara kasar manakala pengukuran di lapangan adalah untuk menghasilkan peta atau pelan baru dan juga mengemaskini maklumat sedia ada.
TUJUAN dan KEGUNAAN UKUR ARAS
Tujuan ukur aras adalah untuk mendapatkan ketinggian titk-titik atau stesen di atas permukaan bumi. Antara kegunaannya adalah :-
i) Mendapatkan beza tinggi antara dua titik.
ii) Mendirikan Batu Aras (Bench Mark) dan Batu Aras Sementara (TemporaryBench Mark) untuk sesuatu projek pembinaan.
iii) Mendapatkan keratan rentas dan memanjang yang menunjukkan profil tanah bagi projek laluan, pengairan dan sebagainya.
iv) Pemetaan garis-garis peta kontur bagi sesuatu kawasan pembinaan
v) Untuk kerja-kerja ukur kawalan pugak semasa memancang tanda (setting out)
vi) Menanda kecerunan tanah untuk tujuan tertentu seperti kerja penambakan dan pemotongan tebing serta pengaliran air.
PERALATAN DALAM UKUR ARAS
Alat ukur aras jurutera sesuai untuk kerja-kerja kejuruteraan dan pengukuran kerana ketepatan pengukurannya memenuhi keperluan jurutera dan ia mudah digunakan. Bahagian utama alat ini ialah teleskop yang mempunyai set kanta objek dan set kanta mata yang akan membesarkan objek yang dilihat
Kakitiga Alat Aras
PB |
PA |
PH |
Naik |
Turun |
AL Mula |
Pemb. |
AL Akhir |
Catatan |
PB |
PA |
PH |
TGK |
AL Mula |
Pemb. |
AL Akhir |
Catatan |