Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.

Sharing is Caring!

Skim Gaji Bersepadu

Untuk Makluman, 
Skim Gaji Bersepadu untuk Guru akan disiarkan pada 1.1.2014.
JPA telah memaklumkan perkara ini kepada KPPK. 
Diharap bersabar.
Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK

07/11/2013

______________________________________________________________________________________

Adakah berdasarkan Memorandum NUTP tahun 2008?


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengemukakan memorandum kepada kerajaan bagi mengusulkan skim gaji bersepadu khusus untuk kira-kira 350,000 guru siswazah dan bukan siswazah di seluruh negara, akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata struktur skim gaji itu disediakan dengan khidmat pakar swasta dan akan menyediakan laluan kerjaya lebih baik serta teratur sama taraf atau seimbang kepada guru, di samping memberi penekanan kepada sistem ganjaran untuk mereka yang ada nilai tambah.

Katanya, sistem ganjaran itu antara lain memberi pengiktirafan secara peningkatan skim gaji kepada guru siswazah yang meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Beliau berkata, skim gaji ketika ini tidak memperuntukkan penambahbaikan kepada guru siswazah yang melanjutkan pelajaran sehingga menyebabkan ada yang meletak jawatan atau menyertai profesion mengajar di institusi lebih tinggi.

Hashim berkata, skim bersepadu berkenaan turut membolehkan guru bukan siswazah menikmati kesinambungan tangga gaji sebagai guru siswazah dengan mengambil kira pengalaman mereka.

“NUTP mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran menyediakan kursus khas kepada guru bukan siswazah apabila tamat mengikutinya, terus diiktiraf sebagai guru siswazah.

“Langkah penyeragaman skim gaji bersepadu amat perlu kerana keadaan sekarang terlalu kompleks kerana banyak kumpulan guru siswazah dan bukan siswazah menjalankan tugas sama di bawah satu sekolah sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, usul itu ialah antara perkara yang dipersetujui pada Persidangan Perwakilan NUTP ke-18 di Pulau Pinang, baru-baru ini, dan bengkel khusus diadakan dalam waktu terdekat bagi mengumpul input berkaitan secara terperinci.



Sharing is Caring!

Comments: 38

Leave a comment