KUALA NERANG: Bebanan kerja yang ditanggung lebih 500,000 guru di seluruh negara akan dikaji semula bagi memastikan ia tidak menjejaskan tugasan hakiki mereka sebagai pendidik. Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media selepas menghadiri majlis meraikan beliau sebagai Menteri Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa lalu.
“Ada rakan-rakan saya dalam kalangan guru bercakap mengenai perkara ini, jadi saya rasa perkara ini perlu dikaji supaya kita lebih jelas permasalahan sebenar yang dihadapi mereka dalam isu ini. “Kita akan cuba semak apakah bebanan yang dimaksudkan dan peratusannya…kajian ini tidak membabitkan tugasan hakiki guru, cuma kerja-kerja lain di luar tugas hakiki mereka,” katanya di sini, hari ini.
Sumber : Berita Harian