Close

Mohd Fadzil

Author: Mohd Fadzil

Perjuangan YDP MPPUTHM Sesi 08/09

1) Berjaya meminda jadual pengangkutan yang lebih realistik dan pemantauan pengangkutan melalui 4 Stesen oleh Pengawal keselamatan UTHM.

2) Cadangan daripada MPP mengenai pembinaan tempat letak motosikal berbumbung di kolej-kolej kediaman telah berjaya di mana pembinaan Fasa 1 melibatkan pemasangan di 4 lokasi iaitu di KKTF & KKTDI sudah bermula pada 30 Mac 2009.

3) Perjuangan MPP lepas mengenai pemasangan Astro di kolej-kolej kediaman telah diluluskan pada bulan Februari tetapi hanya 3 channel diluluskan oleh pihak universiti. Pihak MPP sesi ini telah membuat rayuan untuk mendapatkan tambahan 4 channel lagi dan keputusan akhir 6 channel telah diluluskan. Pemasangan Astro akan bermula pada 7 April 2009 tetapi lokasi pemasangan yang pertama tidak dimaklumkan lagi.

4) Perjuangan MPP mengenai cadangan menyediakan akhbar di hentian menunggu van dan bas di kolej-kolej kediaman dalam peringkat akhir kelulusan….

5) Perjuangan MPP untuk kebajikan bilik-bilik kelab juga dalam penelitian pihak TNC HEPA…..

6) Pihak MPP dalam proses cadangan draf untuk mewujudkan harga lantai dan siling bagi makanan di semua kafetaria di dalam kampus dan kolej-kolej kediaman dengan mengambil modul daripada UTM. Selaku YDP, saya telah menghantar 7 org ahli MPP ke UTM pada 14 Mac untuk mempelajari mekanisme penyelarasan harga makanan yang telah berjaya di UTM.

Antara Wanita dan Lelaki

Wanita dan lelaki adalah makhluk Allah SWT yang diciptakan untuk saling lengkap-melengkapi. Di dalam Al Qur’an, Allah SWT berfirman berkaitan dengan keberadaan manusia, yang terdiri dari laki-laki dan perempuan, sebagai berikut :“ Hai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kalian dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, lalu menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kalian saling mengenal. (Surah al-Hujurat 49:3).) ” Diantara tanda-tanda kekuasaannya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri supaya kalian cenderung dan merasa tenteram dengannya” (Surah ar-Rum 30:2)

Adalah suatu yang lumrah apabila wujud ‘chemistry’ antara wanita dan lelaki. Ia adalah manifestasi naluri manusia untuk melanjutkan keturunan, yang menuntut suatu pemuasan ketika bergejolak. Akan tetapi, naluri tersebut tidak akan bergejolak, kecuali kerana adanya fakta yang dapat diindera atau adanya fikiran-fikiran yang sengaja ditimbulkan. Kita dapati masalah sosial yang bermaharajalela di dalam masyarakat saat ini disebabkan tidak adanya batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Masyarakat Islam sendiri telah termakan idea Barat yang mana mereka tindakan menciptakan fakta-fakta yang terindera dan fikiran-fikiran dan fantasi-fantasi seksual merupakan tindakan yang lazim mereka lakukan. Tujuannya adalah demi membangkitkan naluri seksual mereka sehingga naluri tersebut menuntut pemuasan. Apabila masyarakat lebih selesa menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti hiburan dan kurang peduli masalah-masalah sosial disekeliling mereka, bagaimanakah aspirasi melahirkan masyarakat cemerlang & gemilang hendak dicapai?

Penyelesaian Menurut Perspektif Islam

i. Ketaqwaan Individu

Islam yang lengkap ini memiliki pengaturan dan hukum-hakam tentang apa jua permasalahan yang menimpa manusia. Seorang muslim sejati yang menjadikan redha Allah sebagai penentu perbuatannya meyakini bahawa akidah yang mantap akan membantu seseorang menangani isu berkenaan dengan pemenuhan naluri melanjutkan keturunan (gharizatul nau’) iaitu melalui pernikahan. Sekiranya masih belum berkemampuan, naluri ini dikekang dengan mengalihkannya pada aktiviti yang mendekatkan diri pada Allah (taqarrub ilalLah) seperti berpuasa sebagaimana hadis riwayat Bukhari yang bermaksud, “Wahai pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang mampu berumahtangga, maka menikahlah. Sebab, menikah itu dapat menundukkan pandangan dan membentengi kemaluan. Namun, sesiapa sahaja yang tidak mampu, maka hendaknya berpuasa, sebab puasa itu dapat menjadi benteng (bagi seseorang)” Ini selaras dengan firman Allah – “Orang-orang yang tidak mampu untuk menikah, hendaklah menjaga kesucian (diri)nya hingga Allah memberikan kepada mereka kemampuan dengan kurnia-Nya (Surah an-Nur 24;33). Dia juga disarankan agar. Sekiranya terdapat realiti seperti wanita seksi lalu di hadapan mata, dia akan dengan segera menundukkan pandangannya sebagaimana perintah Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 30, “Katakanlah kepada lelaki-lelaki beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”. Sementara bagi para wanita pula, mereka mematuhi perintah menundukkan pandangan, memakai khimar (tudung kepala) dan berjilbab ketika di tempat umum dan di hadapan lelaki bukan mahram sebagaimana firman Allah : “Hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dada mereka. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa tampak pada dirinya (surah An-Nur 24: 31) “Hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka keatas seluruh tubuh mereka (Surah al-Ahzab :59).

ii. Kawalan Masyarakat

Walaubagaimanapun, seperti mana hukum-hakam lain, pelaksanaan syariat sepenuhnya tidak sekadar bergantung kepada ketaqwaan individu tetapi juga kawalan masyarakat yang mana apabila berlaku sesuatu aktiviti maksiat, setiap ahli masyarakat terpanggil untuk melakukan tindakan pencegahan, iaitu nahy munkar seperti mana hadis – Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, dengan hatinya (di dalam hati). Itulah selemah-lemah iman.

aNDA SUDAH BERSEDIA UNTUK bERcOuPLe JiKa..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…
Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…
Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Masih kandas ilmu fardu ain, mengaji al-Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah besedia untuk bercouple jika..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang…aduhai!
Posted by Dato’ Prof.Ir Dr. SITI HADJAR MD.ARSHAD

Koleksi mutiara kata & kata hikmat untuk bacaan & pedoman bersama.

1.‘Kesedaran sekalipun hanya sesaat saja sering lebih berharga daripada pengalaman sepanjang hidup’ – Oliver Wendell Holmes
2.‘Orang yang membaca sebuah buku yang dalam ertinya, lebih besar manafaatnya daripada membaca 50 buah buku cerita yang tidak beerti’ – Unknown
3.‘Orang yang berlaku sopan santun kepada orang tua-tua, nyata berperasaan baik dan berhati pengasih. Yang kecil dikasihi sama besar hormat dihormati’ – Unknown
4.‘Orang yang berjaya ialah orang yang berilmu manakala orang yang disegani ialah orang yang berbudi’ – Unknown
5.‘Kematangan bukanlah suatu keadaan yang dicapai secara tiba-tiba. Ia merupakan suatu perkembangan yang berterusan dan dicapai lebih banyak oleh wawasan daripada usia’ – Michal Drury
6.‘Orang yang bijaksana adalah orang yang mengatahui sejauh mana dia dapat pergi’ – Jean Cocteau
7.‘Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan ilmu pengatahuan’ – Johann Wolfgang Von Goethe
8.‘Berfikiran tradisional adalah musuh nombor satu bagi orang yang mempunyai suatu program kejayaan peribadi. Berfikiran tradisional membekukan fikiran anda, menghalang kemajuan dan mencegah anda memperkembangkan tenaga kreatif’ – John Schwartz Davey
9.‘Kesulitan adalah batu asahan kehidupan setiap puncak kerjaya dicapai dengan jalan mengatasi kesulitan kesulitan’ – John Schwartz Davey
10.‘Kalau kamu berbuat baik hendaklah kamu tutup dan kalau orang membuat kebaikan kepada kamu hendaklah kamu berterima kasih’ – Unknown
11.‘Kemenangan diperolehi kerana kekuatan, kekuatan diperolehi kerana persatuan, persatuan diperolehi kerana kesepakatan’ – Unknown
12.‘Kelebihan burung adalah sayapnya. Kelebihan gajah adalah kekuatannya tetapi kelebihan manusia adalah akalnya’ – Unknown
13.‘Orang bijaksana berfikir dua kali sebelum berbicara sekali’ – Hajji Bektasy Wali
14.‘Jangan bersedih hati kerana tidak menduduki jawatan tinggi, lebih baik memikirkan cara memegang peranan yang sesuai dengan keperibadianmu’ – Harold Khon
15.‘Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya tetapi berfikir tanpa belajar amat merbahaya’ – Harold Khon
16.‘Daripada pengajaran itu menambahkan ilmu, Daripada zikir itu menambahkan kasih dan daripada tafakur itu menambahkan takut’ – Hatim
17.‘Katakanlah yang benar walaupun pahit untuk dikatakan’ – Hobben

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
________________________________________
Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.


Salam….. minta kepada pemilik blog ( http://promahasiswauthm.blogspot.com ) untuk tidak membuat tanggapan yang salah kepada MPP Sesi 08/09. Selaku Yang Di-Pertua, saya bertanggungjawab di atas saf kepimpinan MPP Sesi kali ini. Berkenaan masalah publisiti MPP adalah kerana masalah teknikal yang berlaku. Sdra juga sedia maklum berkenaan perkara ini. MPP hilang sokongan? Fakta mana sdra rujuk? Adakah sdra tahu setiap kata-kata sdra memberi implikasi yang mendalam terhadap semangat ahli-ahli MPP di bawah kepimpinan saya. Malah membawa kepada perpecahan sesama kita. Adakah sdra suka kita menjadi seperti puak Hamas dan Fatah di Palestin? Saya meminta sdra merenung kembali diri sdra sendiri apakah sumbangan sdra terhadap mahasiswa selain mencari salah MPP?
Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud: “…fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan…” (Surah al-Baqarah, ayat 217). Politik boleh jadi ubat kepada manusia dan juga boleh menjadi racun kepada manusia bergantunglah kepada siapa yang menggerakkannya. Sedangkan langkah mengiktiraf JKK sebagai rakan MPP adalah jalan ukhwah sesama kita sebagai mahasiswa di universiti. Matlamat MPP dan JKK sama-sama menjaga kebajikan mahasiswa di kampus. Tanggapan sdra mengenai rakan MPP adalah konspirasi golongan yang sdra gelar sebagai aspirasi adalah salah 100%. Dengan nama Allah S.W.T saya bersumpah saya adalah insan yang bertanggungjawab membawa idea ini untuk dilaksanakan atas tujuan perpaduan mahasiswa di kampus. Sedangkan sdra juga merupakan sahabat yang sama2 berjuang bersama saya pada tahun lepas sepatutnya sedia maklum mengenai gagasan saya. Amat mendukacitakan sdra mempolitikkan benda seperti ini. Ingat sdra, ketaksuban terhadap sesuatu pemikiran akan membunuh semangat rasional manusia untuk berfikir. Semoga Allah S.W.T memberikan hidayah kepada kita untuk mencari jalan kebenaran… InsyaAllah… Kalau kata2 saya menyinggung perasaan sdra, saya meminta maaf,teguran saya adalah atas dasar menyedarkan sdra mengenai semangat islam untuk menegur sekiranya sdra seagamanya melakukan kesilapan…..Walllahhua`lam…


Salam….. minta kepada pemilik blog ( http://promahasiswauthm.blogspot.com ) untuk tidak membuat tanggapan yang salah kepada MPP Sesi 08/09. Selaku Yang Di-Pertua, saya bertanggungjawab di atas saf kepimpinan MPP Sesi kali ini. Berkenaan masalah publisiti MPP adalah kerana masalah teknikal yang berlaku. Sdra juga sedia maklum berkenaan perkara ini. MPP hilang sokongan? Fakta mana sdra rujuk? Adakah sdra tahu setiap kata-kata sdra memberi implikasi yang mendalam terhadap semangat ahli-ahli MPP di bawah kepimpinan saya. Malah membawa kepada perpecahan sesama kita. Adakah sdra suka kita menjadi seperti puak Hamas dan Fatah di Palestin? Saya meminta sdra merenung kembali diri sdra sendiri apakah sumbangan sdra terhadap mahasiswa selain mencari salah MPP?
Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud: “…fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan…” (Surah al-Baqarah, ayat 217). Politik boleh jadi ubat kepada manusia dan juga boleh menjadi racun kepada manusia bergantunglah kepada siapa yang menggerakkannya. Sedangkan langkah mengiktiraf JKK sebagai rakan MPP adalah jalan ukhwah sesama kita sebagai mahasiswa di universiti. Matlamat MPP dan JKK sama-sama menjaga kebajikan mahasiswa di kampus. Tanggapan sdra mengenai rakan MPP adalah konspirasi golongan yang sdra gelar sebagai aspirasi adalah salah 100%. Dengan nama Allah S.W.T saya bersumpah saya adalah insan yang bertanggungjawab membawa idea ini untuk dilaksanakan atas tujuan perpaduan mahasiswa di kampus. Sedangkan sdra juga merupakan sahabat yang sama2 berjuang bersama saya pada tahun lepas sepatutnya sedia maklum mengenai gagasan saya. Amat mendukacitakan sdra mempolitikkan benda seperti ini. Ingat sdra, ketaksuban terhadap sesuatu pemikiran akan membunuh semangat rasional manusia untuk berfikir. Semoga Allah S.W.T memberikan hidayah kepada kita untuk mencari jalan kebenaran… InsyaAllah… Kalau kata2 saya menyinggung perasaan sdra, saya meminta maaf,teguran saya adalah atas dasar menyedarkan sdra mengenai semangat islam untuk menegur sekiranya sdra seagamanya melakukan kesilapan…..Walllahhua`lam…