Close

Mohd Fadzil

Category: Uncategorized

PANDUAN ANALISIS MANUAL KPI BAGI PENYELARAS FROG VLE

* Penyelaras Frog VLE kebiasaannya menerima Pelaporan KPI VLE daripada PPD atau PKG masing-masing kerana akses tersebut adalah terhad kepada pihak KPM/JPN/PPD/BTP/BTPN/PKG. Tetapi sementara menunggu pelaporan yang keluar, pihak penyelaras VLE boleh membuat anggaran kasar dengan memanipulasi “Analytic Dashboard”.

* Ini bagi memudahkan Penyelaras Frog VLE merangka strategi yang berkesan setiap minggu bagi meningkatkan KPI seterusnya membantu Pengurusan VLE masing-masing.

SURAT ARAHAN KPM 
_________________________________________________________________________________

PANDUAN YOUTUBE  (MANUAL LIHAT KPI VLE SEMASA)
 

_________________________________________________________________________________

CONTOH EXCEL MANUAL PENGIRAAN KPI FROG VLE

_________________________________________________________________________________

DOWNLOAD TEMPLATE ANALISA KPI FROG VLE

https://drive.google.com/file/d/0B1afyTm_nHioRkJMbXNlUG1VekU/view?usp=sharing

* Coding Convert second ke Jam/Minit/Masa

=TEXT(D2/(24*60*60),”hh:mm:ss”)

_____________________________________________________________________________

Sekian, Terima Kasih. 

KOMPILASI DOKUMEN FAIL PPPB

Imej hanya contoh

BAB 0 : COVER FAIL & SEPARATOR

BAB 1 :PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB



– CURRICULUM VITAE 


– FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA & PPPM 


– SKOP KERJA – FAIL MEJA GURU MP, FAIL MEJA GURU KELAS DLL IKUT JAWATAN 


– SASARAN KERJA TAHUNAN – TEMPLATE






BAB 2 : PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


– MATLAMAT PENGAJARAN/ KEPIMPINAN MASA HADAPAN 


– CADANGAN AKTIVITI 


– PENYERTAAN DALAM AKTIVITI PPB 






BAB 3 : SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/PROFESION


– SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 


– SUMBANGAN KEPADA JPN,PPD,KPM 


– PENULISAN/PENERBITAN 


– 


BAB 4 : BAHAN BUKTI DALAM PDP/KEPIMPINAN
– SUKATAN MP, RANCANGAN MENGAJAR DAN PENILAIAN, PERANCANGAN STRATEGIK 


– CONTOH HASIL KERJA.




BAB 5 : PENILAIAN PDP/KEPIMPINAN


– BAHAN BUKTI KEBERKESANAN PENGAJARAN/KEPIMPINAN 


– RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN/KEPIMPINAN 


– MAKLUMBALAS DAN PENILAIAN DARIPADA MURID/KETUA JABATAN




BAB 6 ANUGERAH/PENCAPAIAN


– ANUGERAH PERKHIDMATAN 


– ANUGERAH DALAM PDP/KEPIMPINAN DLL 


– JEMPUTAN UNTUK KONSULTASI,BENGKEL,PENULISAN DLL



DOWNLINK LINK DI BAWAH



Fail yang di download dalam format WINRAR. Kene extract dulu. Kene ade software Winrar. Jika tiada ;


Download dulu disini dan install.


http://www.mediafire.com/?mw4x0fq4hx0ldhq 


Kemudian guna software winrar utk extract file yang download tadi.




Cara guna WINRAR tengok sini ; http://salam-ukhwah.blogspot.com/2011/08/cara-guna-winrar.html




Sekian Terima Kasih

* Fail-Fail di dalam ini adalah komplikasi yang dikumpul. Sekiranya pemilik-pemilik asal mana-mana fail menyedari perkara ini boleh berhubung dengan saya untuk saya kredit nama anda di artikel ini. Maaf kerana tidak tahu sumber asal fail-fail yang ada kerana proses pengumpulan terlupa membuat rujukan asal link. 
____________________________________________________________________________

Sebagai tanda terima kasih anda boleh tekan LIKE di bawah ini ;




Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page. _____________________________________________________________________________

Tutorial Meletakkan Jadual Waktu Pada Dashboard Frog VLE



Tutorial Meletakkan Jadual Waktu Pada Dashboard Frog VLE 


Coding URL sebagai Hosting Jadual Waktu On-line

Open a new tab in google and then type the 


https://googledrive.com/host/(folderID




folder ID example: 0B1_NvbPxt_AEfkFkRVR4SDRyYkxWRmhzbE5OV3RNTnUyMGRMaV9DaVo2UHdzQVpud29ZRXc 


Link Penuh ; https://googledrive.com/host/0B1_NvbPxt_AEfm9iWHhwU2V4ZUdNSURCdTBlVmZMaUt4eUxxMjlmUmgzT1lxY2w2d3ZGcXc 


Contoh Dashboard sekolah ; 


https://jea1058.1bestarinet.net/website

* * Setting SHARE pada FOLDER JADUAL WAKTU dalam Google Drive mestilah Link Sharing = On – Public on the web




Pengajaran & Pembelajaran Menggunakan Aplikasi Google Untuk Pendidikan Berintegrasi Frog VLE ( Virtual Learning Environment).

Tajuk Inovasi : Pengajaran & Pembelajaran Menggunakan Aplikasi Google Untuk Pendidikan Berintegrasi Frog VLE ( Virtual Learning Environment).





Sinopsis Inovasi :
Penggunaan ICT sebagai kurikulum dan pengupayaan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan adalah penting dalam elemen Pembelajaran Abad Ke-21. Aplikasi Google Untuk Pendidikan merupakan satu teknologi yang berperanan dalam proses pembelajaran berasaskan ICT melalui integrasi dengan Virtual Learning Enviroment (Frog VLE). Beberapa aplikasi yang dapat diintegrasikan dalam Frog VLE seperti Google Drive, Google Form, Google Docs, Google Spreedsheet, Google Slide, Google Drawing, Google Hangout dan Google Earth. Penggunaan Aplikasi Google untuk Pendidikan dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar. Suasana pembelajaran yang kreatif dan inovatif akan menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kaedah ini dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan dan menyeronokkan kerana terdapat elemen kolaborasi antara guru dan semua murid .


Objektif Inovasi :


1. Meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran menggunakan teknologi di mana bukan berfokuskan kaedah konvensional semata-mata.
2. Mempermudahkan lagi kaedah pengajaran guru dengan latihan, kuiz, ujian melalui Aplikasi Google Form dan Add-Onn Flubaroo dapat memberikan markah serta merta kepada pelajar.
3. Mewujudkan suasana yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru dan murid dapat berkobalarasi seperti menggunakan Aplikasi Google Dosc.
4. Mengembangkan daya kreativiti murid dengan menghasilkan beberapa objek melalui Aplikasi Google Drawing
5. Menambah dan mempertingkatkan minat serta motivasi dalam Mata pelajaran Sejarah & Geografi menggunakan Aplikasi Google Earth.
6. Pembelajaran bersifat kendiri iaitu pelajar dapat menggunakannya di rumah atau dimana-mana sahaja.
7. Membantu statistik penggunaan VLE di sekolah.


Kumpulan Sasaran :


Guru dan Pelajar (Umum Semua Mata Pelajaran)


Latar Belakang (penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi)


Penggunaan ICT adalah cara terbaik untuk menarik perhatian dan minat pelajar.
Penghasilan inovasi menggunakan Aplikasi Google Untuk Pendidikan digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran kerana Aplikasi ini adalah percuma, mesra pengguna, dan berorentasikan pendidikan. Kronologi Aplikasi Google Untuk Pendidikan dimulakan dengan Kuiz Online Kemahiran Hidup Bersepadu menggunakan Aplikasi Google Form, Kobalarasi perbincangan Kemahiran Hidup menggunakan Google Dosc, Eksplorasi kawasan bersejarah dalam subjek Sejarah menggunakan Google Earth, dan lain-lain Aplikasi yang dapat dipraktis dalam Pengajaran & Pembelajaran. Hasil secara umum adalah melalui peningkatan Statistik Frog VLE SMK. Dato` Usman Awang “Top 1” Bulan Mac 2015 bagi Negeri Johor. Hasil secara khusus adalah kepada pelajar-pelajar yang teruja dan peningkatan minat pelajar dalam subjek Kemahiran Hidup yang menggunakan teknologi Aplikasi Google Untuk Pendidikan.


Isu/masalah yang ditangani oleh inovasi


Antara masalah yang dapat dikenal pasti didapati guru-guru masih kurang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran mereka agar pengajaran lebih menarik dan berkesan di mana penggunaan kaedah konvensional masih diamalkan di kalangan guru secara meluas. Namun demikian, terdapat juga kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah kepada guru-guru tetapi penggunaannya masih tidak dioptimumkan. Aplikasi Google Pendidikan adalah percuma, mesra pengguna dan dapat diintegrasikan dengan Frog VLE. Perincian isu/masalah yang ditangani oleh inovasi ialah ;


1. (Isu pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 ) Aplikasi Google Untuk Pendidikan dimana meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.
2. (Pemeriksaan jawapan dan Gred dijana automatik) Latihan, kuiz, ujian melalui Aplikasi Google Form dan Add-Onn Flubaroo dapat memberikan markah serta merta kepada pelajar samaada dikelas atau rumah.
3. (Masalah Kobalarasi yang sukar melalui kaedah Konvensional) Aplikasi Google Dosc mewujudkan suasana yang menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru dan murid dapat berkobalarasi serentak dengan mudah dan pantas.
4. (Masalah Pemahaman Konsep) Aplikasi Google Earth mewujudkan pemahaman konsep yang realistik dengan teknologi 3-D dalam Matapelajaran Sejarah & Geografi.
5. (Masalah Pembelajaran bersifat kendiri) Aplikasi Google Untuk Pendidikan berpusatkan pelajar iaitu pelajar dapat akses ilmu pengetahuan di rumah atau dimana-mana sahaja.
6. (Masalah Statistik VLE) Membantu statistik penggunaan VLE di sekolah dengan penggunaan meluas Aplikasi Google Untuk Pendidikan yang diintegrasi dengan Frog VLE.


Huraian Inovasi


a) Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi
– Komputer/Laptop
– Jaringan Internet
– Pelantar Frog VLE
– Aplikasi Google Untuk Pendidikan (Google Drive, Google Form, Google Docs, Google Spreedsheet, Google Slide, Google Drawing, Google Hangout dan Google Earth.)
b) Cara Inovasi digunakan
– Persediaan sebelum mengajar, guru menyediakan Aplikasi Google Untuk Pendidikan (Google Drive, Google Form, Google Docs, Google Spreedsheet, Google Slide, Google Drawing, Google Hangout dan Google Earth.)
– Pembelajaran dan Pengajaran dimulakan dengan pelantar Frog VLE.
– Pelajar melayari Site dan segala Aplikasi Untuk Pendidikan (Google Drive, Google Form, Google Docs, Google Spreedsheet, Google Slide, Google Drawing, Google Hangout dan Google Earth.) telah siap untuk pelajar menggunakannya.
– Pelajar dapat meneruskan pembelajaran kendiri di rumah selepas selesai pembelajaran formal di sekolah.
c) Kos bagi menghasilkan inovasi
– Aplikasi Google Untuk Pendidikan adalah PERCUMA
d) Keberkesanan inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran (sertakan bukti)
– Bukti secara Rakaman Desktop disertakan. 4 Buah video iaitu ;
– 01-Aplikasi Google Untuk Pendidikan Google Docs (Kobalarasi)
– 02-Aplikasi Google Untuk Pendidikan Google Form (Kuiz Online)
– 03-Aplikasi Google Untuk Pendidikan (Google Earth)
– 04-Aplikasi Google Untuk Pendidikan (Google Drawing)
– Link pautan blog disediakan bagi Aplikasi Google Untuk Pendidikan yang telah dilaksanakan. (Pautan dalam Frog VLE tidak dapat diberikan kerana Akses untuk Komunti sekolah sahaja). http://gg.gg/kuizonline
– Bukti rakaman Respon pelajar
– 05-Pandangan Pelajar
e) Potensi untuk disebar luas kepada pihak lain.
– Berpotensi disebar ke sekolah-sekolah lain kerana projek 1 BestariNet melalui pelantar Frog VLE dapat integrasi dengan Aplikasi Google Untuk Pendidikan.
– Penyebaran melalui Penyelaras Frog VLE atau guru-guru lain dapat dilakukan melalui kursus atau 


Latihan Dalam Perkhidmatan.


– Kursus tidak formal melalui Kumpulan Google Untuk Pendidikan (Google For Educator) GEG yang telah bertempat di Johor Bahru dapat membantu penyebaran ini. (Saya merupakan Leader GEG Wilayah Iskandar ).


f) Keterangan lain yang berkaitan.


– Ranking Frog VLE SMK. Dato` Usman Awang


– Kebangsaan (Bulan MAC) – Ranking Top 13 (Jangka masa 7 Mac -6 April 2015)
– Negeri Johor (Bulan MAC) – Ranking Top 1 (Jangka masa 6 Mac -5 April 2015)
– Daerah Johor Bahru (Bulan MAC) – Ranking Top 1 (Jangka masa 6 Mac -5 April 2015)