[NOTA & VIDEO] KHB TERAS TINGKATAN 1 : [BAB 5 : JAHITAN]
KH-KT Teras
Bab 5 : Jahitan (Tingkatan 1)
Bahagian Mesin Jahit Dan Kegunaannya.
Arahan : Dengan menggunakan mesin jahit sebenar, perhatikan
setiap bahagian utama mesin jahit yang dilabelkan beserta kegunaannnya
berdasarkan maklumat di bawah:
BBM : 1. Mesin jahit kaki.
- Tuas pemegang benang – mengawal tegangan benang
- Tuas angkat – menaikkan dan menurunkan tiang penekan jahitan.
- Spring pemegang benang – mengawal tarikan pada benang dari ceper penegang benang.
- Ceper penegang benang – mengawal ketegangan mata jahitan.
- Pemegang jarum – memegang jarum
- Penekan jahitan – menetapkan kedudukan fabrik apabila menjahit, memandu jahitan lurus.
- Gigi penolak – menolak fabrik semasa menjahit.
- Pelaras jahitan – melaras mata jahitan.
- Pemusing gelendung – mengisi benang pada gelendung.
- Skru pemberhenti jahitan – mengawal gerakan jarum jahitan.
- Roda imbang – mengawal gerakan mesin.
- Tiang benang – memegang buku benang
- Mesin jahit kaki
- Benang
- Sekoci/Gelendung
- Jarum mesin
- Gunting fabrik
- Fabrik
2. Memasang Benang Bawah:
3. Langkah-langkah memasang jarum :
a. Longgarkan skru pemegang jarum.
b. Pastikan bahagian jarum yang rata menghadap
skru.
c. Masukkan jarum dan ketatkan skru pemegang
jarum.
d. Pusingkan roda imbang menghala ke arah kamu
untuk menurunkan jarum. Pastikan jarum masuk
di pertengahan gigi penolak.
e. Perhatikan video di bawah dan ikut langkah-
langkah yang ditunjukkan:
4. Langkah-langkah sebelum menjahit:
a. Pasangkan jarum di pemegang jarum.
b. Pasangkan gelendung ke dalam kesnya.
c. Pasangkan benang pada tiang benang.
d. Turunkan jarum dan tarik keluar benang
bawah serta tarik kedua-dua benang ke
belakang.
e. Laraskan mata jahitan. Tolakkan tuas
pelaras mata jahitan sehingga mendapat
nombor yang dikehendaki.
f. Perhatikan video di bawah dan ikut langkah-langkah
yang ditunjukkan:
6. Langkah-langkah selesai menjahit:
a. Selepas menjahit, naikkan jarum mesin setinggi yang
boleh.
b. Naikkan tuas angkat.
c. Tarik fabrik ke belakang atau ke hadapan mesin
(ikut kesesuaian mesin jahit) untuk mengelakkan
jarum daripada bengkok.
d. Gunting benang lebih kurang 4 atau 5 cm panjang untuk
digunakan bagi mematikan jahitan.
e. Perhatikan rakaman video di bawah dan ikut
langkah-langkah yang ditunjukkan.
Artikel Asal : http://anamahir.blogspot.com/2011/11/jahitan.html