Close

Mohd Fadzil

Tag: ARKIB MPPUTHM 08/09

POSTER MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) UNIVERSITI TUN HUSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) DARIPADA TAHUN 2005 HINGGA 2011

POSTER MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP)

UNIVERSITI TUN HUSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

DARIPADA TAHUN 2005 HINGGA 2011

PENULIS MERUPAKAN SALAH SEORANG MANTAN AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTHM BERKONGSI ARKIB POSTER-POSTER MPP UTHM SEJAK 2005 HINGGA 2011.

PENULIS MERUPAKAN MANTAN ;

NAIB YANG DI-PERTUA MPP UTHM SESI 07/08

YANG DI PERTUA MPP UTHM SESI 08/09

MUNGKAN PADA LAIN KALI PENULIS AKAN BERKONGSI PENGALAMAN BERKENAAN SEJARAH MPP YANG DI PAPARKAN KALAU ADA KELAPANGAN.


* Sila tekan pada gambar jika ingin besarkan dan kemudian zoom. Harap maklum.

MPP 05/06

MPP 06/07

MPP 07/08

MPP 08/09





MPP 09/10





MPP 10/11

Download Link Semua Poster (Mediafire)

POSTER.RAR <<<< Klik sini untuk download

Password?

fadzilmahasiswa.blogspot

Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page.

Sekian, Terima kasih.

Program Mobiliti Pelajar ke Kemboja

Program Mobiliti Pelajar ke Kemboja

Phnom Penh (Ibu Kota Kemboja)

Phnom Penh merupakan ibu kota kepada negara Kemboja. Negara ini juga mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan seperti di Malaysia. Terdapat tiga buah sungai utama iaitu “Tonle River”, “Mekong River”, “Bassac River” dan Tasik Tonle Sap yang memainkan peranan penting kepada pembangunan eknomi di negara ini. Bahasa yang biasa digunakan ialah “Khmer”, English dan “French”. Sebenarnya negara ini juga mempunyai empat musim iaitu pada Disember-Februari, cuacanya sejuk dan kering, Mac – Mei ialah panas dan kering, Jun – Ogos ialah panas dan lembap dan September – November ialah sejuk dan lembap. Hari yang paling panas mencatat sehingga 35’C dan cuaca sejuk di sekitar 20’C.


Program Mobiliti Pelajar ke Kemboja telah berlangsung pada 26 hingga 29 Disember 2010 dalam misi memperkasa aspek pengantarabangsaan UTHM, Program ke Kemboja kali ini juga bagi menonjolkan keperihatinan warga UTHM terhadap nasib golongan minoriti Muslim di Kemboja iaitu golongan Melayu Champa. Misi utama program ini adalah bagi menjalankan program kemasyarakatan di Kampung Chroy Metrey yang berada di wilayah Kandal.
Sejarah Negeri-negeri Melayu Champa tertegak antara abad ke-3 hingga abad ke-15 Masihi dengan kekuatan dan pengaruh yang meluas. Sepertimana keseluruhan Nusantara Melayu, fahaman Hindu-Buddha mencorak pemerintahan beraja dengan unsur-unsur ketuhanan yang menjadi sumber pujaan rakyat.

Pada zaman pemerintahan rejim komunis Pol-Pot di Kemboja pada tahun 1975-79. Bangsa Melayu-Champa yang keseluruhannya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Cham serta mempunyai adat resam dan sejarah yang tersendiri menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai. Sejak tahun 1974 lagi ‘alim ulama’ Islam sudah mula dibunuh. Apabila Pnom Penh, ibukota Kemboja jatuh pada tahun 1975, keseluruhan ahli Majlis Mufti Kemboja telah ditangkap, dipenjara dan kemudiannya terus dibunuh. Imam Abdullah bin Idris Mufti Kemboja turut syahid.

Faham komunis dan ras yang dijiwai oleh Pol Pot dengan impian kemegahan bangsa Khmer seperti zaman Angkor buat tidak dapat menerima kewujudan Bangsa Cham di bumi Kemboja. Polisi pembunuhan langsung dimulakan terutamanya di tebing timur Sungai Mekong mulai tahun 1978. Namun rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama mereka yang sabar. Vietnam dengan bala tentera yang besar telah melanggar Kemboja dan menjatuhkan pemerintahan rejim Pol Pot pada 7 Januari 1979.

Pada keseluruhannya 90,000 atau 36% umat Islam mati di antara tahun 1975-79 di Kemboja. Nisbah ini lebih tinggi daripada anggaran 21% keseluruhan rakyat Kemboja yang turut terkorban iaitu 1.67 juta daripada jumlah penduduk 7.89 juta pada tahun 1975

Program mobiliti pelajar ke Kemboja ini juga turut serta delegasi UTHM yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama yang diketuai sendiri Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin yang memberi tumpuan terhadap penerokaan kerjasama strategik UTHM dengan beberapa pihak di Kemboja. Dalam menjalin hubungan dan kerjasama strategik ini, delegasi UTHM yang turut disertai Ahli Lembaga Pengarah UTHM, Mejar Jeneral (B) Dato’ Md Ismail Ahmad Khan dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Abdul Aziz Dato’ Abdul Samad telah mengadakan lawatan ke Royal University of Phnom Penh, Institut Teknologi Kemboja, Public Bank Kemboja, dan Kedutaan Malaysia di Kemboja.

Manakala kumpulan kedua diketuai oleh Dekan Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Dr. Asri Selamat bersama-sama mahasiswa UTHM seramai 10 orang mengadakan program kemasyarakatan di Kampung Chroy Metrey yang berada di wilayah Kandal.


Di kampung ini juga, sekumpulan 10 orang pelajar UTHM telah berkampung selama tiga hari dan tinggal bersama-sama keluarga angkat di situ. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah diadakan, antaranya mereka telah membantu penduduk kampung memasang lantai jubin di masjid, member motivasi kepada anak-anak penduduk kampung serta melaksanakan kenduri sekampung yang melibatkan penyembelihan seekor lembu dan enam ekor kambing. Kesemua perbelanjaan untuk aktiviti kemasyarakatan ini adalah hasil sumbangan warga UTHM.

Bermula satu perjalanan dengan peserta berkumpul di UTHM sebelum bertolak ke KLIA dengan bas. Rombongan pelajar ini terdiri daripada 10 orang mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terdiri daripada , Mazni Sariff, Mohd Hafiz Ariffin, Ahmad Syouqi Rukaini Said Ramli, Muhamad Aiman Idris, Pua Tiong Eng, Mohd Fadzil Abdul Hanid, Nik Muhd Afnan Nik Muhd Afandi, Mohd Latifi Mahmood, Fauzul Asrar Osman dan Ansharullah Hassan.
Kami berlepas daripada Terminal Antarabangsa KLIA dengan penerbangan Air Asia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja beberapa jam kemudian. Lapangan terbang ini boleh dianggap setanding dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Agak kecil dari segi saiz, tetapi mewah tentang hiasan.

Kami telah di jemput oleh saudara Romzi, mahasiswa UTHM yang berasal daripada Kemboja bersama-sama dengan ahli keluarganya. Perjalanan kami bermula dengan menyusuri jalan-jalan kampung dan singah di Masjid Antarabangsa Dubai. Di sana kami solat jamak dan bertemu dengan kumpulan pertama yang diketuai Dato Naib Canselor. Selepas solat, taklimat program telah diberikan oleh Dr Asri telah tentang perjalanan aktiviti program Khidmat Masyarakat di Kemboja. Program khidmat masyarakat ini akan diadakan di Kampung Chroy Metrey.

Selepas sesi taklimat itu, Naib Canselor UTHM, memberikan kata semangat kepada peserta-peserta dan pengiring dari UTHM. Sebelum bersurai Ustaz Shahril, pegawai Pusat Islam UTHM telah membacakan doa supaya segala program berjalanan dengan lancar dan selamat. Kemudiannya, sesi penyerahan cenderamata kenang-kenangan daripada UTHM kepada Imam masjid.

Sebelum bertolak pergi ke destinasi seterusnya, delegasi UTHM bergambar kenangan dengan Imam Masjid tersebut. Perjalanan kemudian diteruskan dari bandar Siem Reap ke Kampung Chroy Metrey, kami dapat melihat kampung-kampung masyarakat kamboja dan kehidupan mereka banyak bergantung kepada pertanian padi dan perikanan.

Sebelum kami bersama-sama keluarga angkat, terlebih dahulu kami singgah di rumah saudara Romzi dan keluarganya, Semua peserta berkumpul di rumah Romzi, barang yang di bawa dari UTHM dikumpulkan di satu tempat dan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk diberikan kepada orang kampong bagi misi keesokan harinya, Barangan seperti Al-Quran, telekung, Surah Yassin dan lain-lain barangan di agih-agihkan mengikut kapasiti keluarga angkat. Sebelum beredar, kami di hidangkan makan malam iaitu masakan istimewa di Kemboja iaitu ikan Toman.

Setibanya kami di kampung itu, kami dibahagi-bahagikan kepada beberapa keluarga angkat. Kami tiba lewat malam dan selepas bertegur sapa, kami terus masuk tidur dan tidak lama kemudian terlelap keletihan.

Rata-rata keluarga di sini bergantung kepada sektor perikanan bagi sumber ekonomi utama di mana terletaknya perkampungan ini adalah sepanjang sungai Mekong. Penduduk di kampung ini juga menternak ikan Toman di dalam sangkar di Sungai Mekong. Ternyata rata-rata penduduk di kampong ini adalah majoriti masyarakat Melayu Champa hidup dalam kemiskinan berbanding dengan kaum Khmer di Kemboja.

Sarapan pagi kami dimulakan dengan sekeping roti panjang bersama-sama telur. Sedikit mengejutkan ialah rupa-rupanya di sini bahan keperluan adalah mahal, di mana keluarga angkat semata-mata kerana kami, membeli gula sebanyak segenggam sahaja bagi tea yang dihidangkan kepada kami.

Selepas sarapan, kami semua berkumpul di belakang Masjid Ar-Rahmani Kampung Chroy Metrey. Mahasiswa UTHM dan beberapa penduduk kampung Chroi Metrei bekerjasama dalam membantu dalam proses penyembelihan seekor lembu yang dilakukan oleh Ustaz Shahril, pegawai Pusat Islam UTHM.

Setelah lembu dibaringkan dan bersedia. Lembu tersebut disembelih dengan bantuan Ustaz Shahril dan penduduk kampung. Selepas selesai menyembelih lembu , 7 ekor kambing turut dikorbankan bersama-sama.

Orang kampung dan peserta UTHM bergotong royong melapah daging lembu dan kambing. Suasana masa ini cukup meriah dengan anak-anak muda dan orang tua membantu kami melapah daging tersebut dengan mengambil masa yang singkat untuk menyelesaikan seekor lembu dan 7 ekor kambing. Selepas itu, kami mengangkat daging tersebut ke tempat masakan di sebelah Masjid Ar-Rahmani.

Di tempat masakan kami bersama orang kampung bergotong royong untuk memasak makanan tengah hari. Orang kampung telah memilih untuk memasak nasi beriayani Kemboja, kambing bakar dan masakan daging Lok Lak.

Aktiviti seterusnya adalah pemasangan jubin baru di laluan jalan kaki di antara tempat wudhu` dan masjid. Penduduk kampung dan peserta UTHM bekerjasama menyiapkan pemasangan jubin sehingga waktu makan tengahhari.

Majlis penutup dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) , Profesor Dr. Abdul Aziz bin Dato’ Abdul Samad dengan meletakkan jubin yang terakhir.

Selain itu, kami juga bersama-sama penduduk kampung memasak daging tersebut bersama-sama. Kegembiraan dan keriuhan memasak bersama-sama seperti kenduri kahwin di Malaysia.

Selepas solat Zuhur, kami beserta penduduk-penduduk kampung menyambut ketibaan lembaga pengarah dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) serta staf UTHM bagi program kenduri sekampung. Penduduk kampung berkumpul di Masjid Ar-Rahmani mengambil kesempatan untuk bersalaman-salaman dengan staf dan peserta UTHM.

Seterusnya jamuan makan bersama-sama penduduk kampung penduduk kampung sempena kenduri sekampung.

Aktiviti pada petang diteruskan dengan pelajar lelaki yang beragama islam yang belajar di Islamic Centre di Kampung Chroy Metrey mendengar ceramah yang diketuai oleh Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Dr Asri bin Selamat. Beliau menekan tentang betapa pentingnya ilmu untuk kehidupan. Intipati utama ialah ilmu sahaja dapat mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Beliau juga memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak kampung supaya gigih belajar sampai peringkat yang lebih tinggi. Dr Asri juga menerangkan juga universiti yang terdapat di Malaysia dan membawa beberapa pelajar UTHM ke hadapan untuk dijadikan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar ini. Pada sesi soal jawab, Dr Asri menjawab segala persoalan daripada pelajar antaranya bagaimana hendak memasuki UTHM. Sebelum bersurai, doa telah dibacakan oleh Ustaz Shahril.Sesi seterusnya adalah sesi bergambar dengan pelajar lelaki di Islamic Centre Kampung Chroy Metrey.

Selepas itu, sesi ceramah bersama pelajar perempuan yang beragama islam yang belajar di sekolah agama perempuan di Kampung Chroy Metrey. Sesi diakhiri dengan bergambar dengan pelajar perempuan. Seterusnya pelajar dan staf UTHM melawat ke tempat pembelajaran mereka. Beberapa staf dan pelajar UTHM memberikan kata semangat kepada pelajar.

Pelajar UTHM juga tidak melepaskan peluang untuk membantu pelajar kampung ini dengan mengajar bahasa Inggeris yang mudah kepada pelajar. Kaedah ini memberikan peluang kepada kami dapat mendekatkan diri dengan pelajar di kampung ini.


Majlis penutup, sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) kepada Imam Masjid dan ketua kampung. Di samping itu cenderahati juga diberikan kepada keluarga angkat peserta UTHM sambil di bantu oleh pelajar UTHM.

Selepas waktu asar, program diteruskan dengan aktiviti riadah bersama penduduk kampung, kami semua telah di bawa menyelusuri sungai Mekong dan kemudian ke sebuah pulau pasir di tengah-tengah sungai. Suatu pengalaman yang mendebarkan kerana menaiki sampan kayu tanpa jaket keselamatan. Bunyi desiran enjin bot dan deruan air dibelah bot beserta angin sejuk memberikan suatu pengalaman yang cukup menggembirakan dan kepuasan tidak terhingga kepada kami semua.


Setibanya di pulau pasir tersebut, penduduk kampung membuat barbeku tetapi menggunakan ikan Toman yang di panggang beserta jagung bakar. Sementara ada di antara kami mengambil kesempatan bermandi manda di Sungai Mekong, walaupun pada mulanya agak gusar kerana kami diuar-uarkan dengan buaya Sungai Mekong, tetapi gurauan tersebut kami abaikan sebaik sahaja melihat penduduk kampung terjun ke dalam sungai.

Setiap permulaan adanya pengakhiran, setelah menghabiskan waktu senggang bersama keluarga angkat, akhirnya tiba waktu berpisah. Rata-rata antara kami berasa sedih meninggalkan keluarga angkat masing-masing kerana walaupun perkenalan ini hanya singkat tetapi keramahan masyarakat kampung kepada kami telah menyedarkan kami betapa di dalam hati kami semua pesaudaraan sesama Islam membuatkan kami merasakan khidmat kami terlampau sedikit berbanding dengan apa yang diperlukan oleh masyarakat Islam di Kemboja. Ini telah membuatkan kami semua besyukur dengan nikmat kemakmuran dan keharmonian yang telah kami perolehi di Malaysia. Kesimpulannya, program mobiliti ke Kemboja berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektif. Rumusannya lawatan ini berjaya menunjukkan komitmen yang baik antara mahasiswa UTHM dalam membantu bersama-sama membangunkan masyarakat Islam Champa di Kemboja. Program dan aktiviti kemasyarakatan di Kemboja telah berjaya memupuk semangat tolong-menolong, kerjasama, displin di antara kami sebagai mahasiswa UTHM sekaligus membawa nama universiti ke persada antarabangsa.Penulis : Mohd Fadzil bin Abdul Hanid

Gambar : Mohd Fadzil, Latifi, Ehsan, Nik Afnan

Perjuangan Yang Tiada Penghujung………..

PROGRAM SIARAN LANGSUNG AMAL BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010 (AKHIR) DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Jom Beramai-Ramai memeriahkan suasana kehangatan Piala Dunia ( Akhir) di UTHM* Skrin Layar 20 x 15 kaki.* 7 buah Khemah Jualan ( Makanan, Minuman, Pakaian, Celcom)* Aktiviti-Aktiviti menarik– Free Kick Challenge-Timbang Bola-Cabutan Bertuah-Penyokong Pasukan Paling Menarik-Meja Perkhidmatan ( Cat Muka, Free Gift, Kain Lilit Kepala, Pendaftaran Kupon)

TENTATIF PROGRAM 9.00 PM KETIBAAN YB ADUN SENGGARANG 9.30 PM MAKAN MALAM BERSAMA YB ADUN SENGGARANG 10.00PM FREE KICK CHALLENGE DAN PERTANDINGAN TIMBANG BOLA 12.30AM UCAPAN DAN PERASMIAN PROGRAM SIARAN LANGSUNG AMAL BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010 (AKHIR) 1.30AM CABUTAN BERTUAH 2.00AM TAYANGAN BERMULA 3.15AM CABUTAN BERTUAH 3.30AM SAMBUNGAN TAYANGAN 4.30AM MAJLIS PENUTUP * PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL 5.00AM BERSURAI

Jadual Pengangkutan Program

TARIKH / HARIMASACATATAN
Ahad, 11 Julai 201010.30 mlmDari Kolej Kediaman ke Dataran Terbuka UTHM (Perjalanan Pertama)
10.50 mlmDari Kolej Kediaman ke Dataran Terbuka UTHM (Perjalanan Kedua)
*11.10 mlmDari Kolej Kediaman ke Dataran Terbuka UTHM (Perjalanan Ketiga)
Isnin, 12 Julai 20106.00 pgDari Dataran Terbuka UTHM ke Kolej Kediaman (Perjalanan Pertama)
6.20 pgDari Dataran Terbuka UTHM ke Kolej Kediaman (Perjalanan Kedua)
*6.40 pgDari Dataran Terbuka UTHM ke Kolej Kediaman (Perjalanan Ketiga)
KOLEJ KEDIAMANJUMLAH BAS
Perwira1 Buah
Melewar1 Buah
Tun Dr. Ismail1 Buah
Tun Fatimah1 Buah
Taman Universiti1 Buah

Sebarang Masalah sila hubungi ( 013-7107705) Fadzil – Pengarah Program

Pelajar lelaki kuasai UTHM

Pelajar lelaki kuasai UTHM

BATU PAHAT 2 Julai – Ketika bilangan pelajar wanita di kebanyakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) jauh melebihi pelajar lelaki, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencatatkan penguasaan pelajar lelaki. Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, pelajar lelaki mewakili 55 peratus daripada kira-kira 3,000 pelajar dalam sesi pengambilan 2010/2011 bermula 26 Jun lalu hingga 3 Julai ini. “Sejak ditubuhkan, bilangan pelajar lelaki di UTHM melebihi pelajar wanita. Lazimnya nisbah antara 55:45 dan pernah juga 52:48 yang memihak kepada pelajar lelaki,” katanya pada sidang akhbar Majlis Bersama Media di UTHM di sini semalam. Mohd. Noh berkata, faktor pelajar wanita kurang berminat dengan pengajian kejuruteraan bukan sebab utama dominasi pelajar lelaki di UTHM. “Kalau saya cakap wanita tak minat kejuruteraan, nanti orang marah pula. Tambahan pula, universiti lain pun ada program kejuruteraan tetapi ramai juga pelajar wanita. “Pendapat saya, keadaan ini berlaku kerana UTHM tidak menawarkan pengajian yang sangat diminati pelajar wanita antaranya sains makanan, sains sosial, perubatan dan farmasi,” katanya. Sementara itu, Mohd. Noh berkata, UTHM juga mempunyai nisbah kakitangan dan pelajar yang terbaik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu satu kakitangan bagi setiap empat pelajar. “Kita mempunyai kira-kira 8,000 pelajar dan 2,200 kakitangan. Ini bermakna seorang kakitangan menjaga empat pelajar,” katanya. Dalam pada itu, katanya, kerjasama antara media dan IPT amat penting bagi memantapkan bidang pendidikan untuk merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Sehubungan itu, beliau meminta media massa agar dapat terus melaporkan perkembangan IPT khususnya UTHM untuk menarik minat masyarakat menjadi manusia yang berilmu dan berfikiran luas.

Kepada Mahasiswa/Mahasiswi UTHM Berkenaan MPP Sesi 09/10

Kepada Mahasiswa/Mahasiswi UTHM Berkenaan MPP Sesi 09/10. Update 25/06/2010 ( Berkenaan Maklumbalas MPP berkenaan aduan)

Maklumbalas daripada saya sebagai orang tengah ;

Aduan Pelajar ;

Minggu lepas, RABU, 16 jun, member saya terserempak dengan seorang lelaki di bersebelahan bilik air. difahamkan lelaki tersebut baru sahaja selesai mengendap.. pekara ni berlaku pada waktu mlm, jam 8.00.. mangsa dapat melihat wajah lelaki tersebut dan mengadaikan, lelaki tersebut berusia 23-25thn.. potongan rambut ala2 budak2 sukses.. dan juga sebelum ini pon berlaku kecurian pakaian dalaman wanita…

SEterusnya mangsa melaporkan ke pondok pengawal. tetapi, jawapan menghampakan.. diberitahu, “bahawa pengawal keselamatan tidak boleh sesuka hati masuk kolej wanita..”

diharapkan saudara fadzil dapat bersua muka dengan MPP..

harapan seterusnya, kes ini dapat diselesaikan memandangkan pelajar2 akan menduduki peperiksaan akhir..

Perkara yg menyebabkan berlaku :

1 tiada pemasangan lampu spot light pada waktu mlm…

2. blok bersebelahan berada dlm keadaan gelap pada waktu malam..

3. tiada penghuni yg tetap di blok A

4. kurang pengawasan pegawai keselamatan.

Respon daripada Yang Di-Pertua MPP Sesi 09/10 & Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman

Tindakan :

1. Daripada Pejabat Keselamatan:

-masalah telah diajukan kepada En. Yusoff bin Romli ( pegawai kanan bahagian keselamatan UTHM)

Respon: –

Berkenaan jawapan yang di terima oleh pengadu daripada pihak keselamatan universiti adalah kerana staf yang membuat rondaan di seluruh UTHM pada satu masa adalah 2 orang sahaja, jika ketika itu peronda terdiri daripada lelaki, maka blok perempuan tidak akan di lakukan rondaan secara terperinci. Satu unit penyiasatan telah dibangunkan untuk menyiasat perkara ini.

Cadangan MPP:

-membuat rondaan blok ke blok untuk setiap kolej kediaman di dalam kampus ( Pengawal mengikut jantina samaada blok lelaki dan perempuan)

-mengetatkan kawalan terutamanya pada blok perempuan ketika semester 3

-menambah jumlah pengawal yang membuat rondaan pada satu masa untuk meliputi setiap kawasan dengan lebih efektif.

2. Daripada kolej kediaman Tun Fatimah

-masalah telah dimajukan kepada pengetua KKTF

Respon: – pengetua akan mengeluarkan arahan kepada semua felo supaya melakukan kerja dengan lebih komited.

Tindakan MPP:

-menulis surat kepada semua pengetua untuk mengerah semua felo-felo kolej kediaman supaya membuat kerja dengan lebih efektif dengan membuat rondaan dengan lebih kerap dan sentiasa “alert” dengan panggilan telefon oleh mahasiswa yang bermasalah. Laporan prestasi dan aduan dimajukan kepada TNC HEPA.

3. Tindakan akan datang pada 25/06/2010:

-Satu perjumpaan dengan Pusat Pembangunan Harta Universiti akan diadakan bagi membincangkan semua permasalahan berkaitan dengan lampu yang tidak berfungsi di sekitar kampus. Cadangan daripada pengadu akan turut dimajukan.

Makluman Bidang kuasa:

– Pegawai keselamatan hanya menjaga keselamatan persekitaran kampus dan melakukan penyiasatan jika berlaku sebarang kes.

– Pengetua dan felo bertanggungjawab terhadap keselamatan, etika dan sahsiah mahasiswa di peringkat kolej kediaman.

Sebarang masalah sila beri maklumbalas segera.

Saya selaku Mantan MPP Sesi lepas boleh menjadi pemudah cara bagi sahabat-sahabat kampus sekalian

untuk berhubung dengan sahabat-sahabat MPP Sesi 09/10 memandangkan saya masih berada di UTHM sehingga akhir tahun ini. Tetapi sekiranya anda dapat membuat aduan terus ke pihak MPP Sesi 09/10 adalah lebih baik. Saya sedia maklum kemungkinan “networking” mahasiswa/i untuk saluran ke MPP 09/10 mungkin terdapat sedikit ” miss communication“. Tetapi saya percaya selepas melihat dan mengenali MPP Sesi ini sejak kembali ke kampus sejak 3 minggu yang lalu, mereka ini bekerja keras untuk kebajikan mahasiswa/i semua, dan sedikit masa lagi, InsyaAllah mereka akan membuka pelbagai kaedah dan alternatif untuk mendengar keluhan anda semua. Tetapi sekiranya masih memerlukan bantuan saya sebagai orang tengah, saya akan menerima dengan tangan terbuka.

23 Jun 10, 12:41

nuovic: salam mantan MPP.. timbul kes di TF dalam seminggu ni mengenai kes yg agak memalukan.. sahabat saya adalah salah seorang yang terlibat,.. saya harap pihak keselamatan mempertingkatkan keselamatan

Maklumbalas saya ;

Wa`alaikummusalam, berkenaan kes ini boleh perincikan kepada saya untuk saya ajukan kepada pihak MPP Sesi 09/10 . Hantar Email kepada saya fadzil.mpputhm@gmail.com

Sekiranya anda ingin maklumat anda di rahsiakan maka saya akan melindungi maklumat peribadi anda. Selain itu ;

Saya gariskan beberapa cara untuk menghubungi terus ke MPP 09/10.

(1) Anda boleh call/mesej ke pihak MPP . No. Telefon ada di Poster MPP Sesi 09/10. Atau Email ke ahli-ahli MPP, juga dapat dilihat di Poster MPP. ( Di sarankan aduan terus kepada jabatan berkaitan permasalahan )

(2) Aduan kepada MPP Sesi 09/10 melalui Facebook MPP Sesi 09/10

Email Facebook MPP 09/10 = mpputhm0910@gmail.com ( Add pastu tinggal la komen atau mesej )

(3) Aduan pada blog MPP Sesi 09/10 yang baru dibuat.

http://www.mpputhm.blogspot.com/

(4) Aduan pada Saluran Aduan & Cadangan Mahasiswa Online (SACAM) di Portal MPP.

http://webapp.uthm.edu.my/mpp/

* Buat sementara ini pihak MPP tidak dapat menggunakan saluran ini kerana masalah teknikal berkaitan portal

(5) Berjumpa terus dengan ahli-ahli MPP di Pejabat MPP . Ini bergantung kepada kesesuaian waktu ahli MPP bekerja. Selalunya pada waktu pejabat, terdapat ahli-ahli MPP di sana. Pejabat MPP bertempat di Bangunan Pejabat Hal Ehwal Pelajar ( Tingkat Atas).

Montaj MPP Sesi 09/10 untuk anda kenali mereka lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

NOSTALGIA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTHM SESI 05/06, MPP UTHM SESI 06/07, MPP UTHM SESI 07/08, MPPUTHM SESI 08/09, MPPUTHM SESI 09/10

NOSTALGIA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTHM
SESI 05/06, MPP UTHM SESI 06/07, MPP UTHM SESI 07/08, MPPUTHM SESI 08/09, MPPUTHM SESI 09/10
MPP UTHM SESI 05/0
MPP UTHM SESI 06/07

MPP UTHM SESI 07/08


MPPUTHM SESI 08/09

MPPUTHM SESI 09/10

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA MEMBERIKAN PENGALAMAN BERGUNA KEPADAKU

DENGAN KATA-KATA KERAMAT “PENGGERAK AGENDA MAHASISWA”

DARIPADA : MOHD FADZIL =)

Apabila Kuasa di Tangan Anda!

Apabila Kuasa di Tangan Anda!

Apabila MPP Menang dan buat kerja

Menang bererti masa melakukan kerja sudah bermula. Lakukan kerja jangan banyak cakap. Buat perancangan aktiviti sepanjang tahun. Pengurusan organisasi mesti lebih cekap meliputi pengurusan pentadbiran, sumber manusia, kewangan dan sumber maklumat. Hubungan dengan pentadbir universiti dan pihak kerajaan mesti dimanfaatkan bagi melaksanakan segala aktiviti. Dana kewangan melaksanakan projek akan tergendala jika hubungan tidak baik. Namun jangan terlalu ditarik hidung oleh universiti. Mesti ada pendirian yang tegas. Pemimpin mahasiswa mesti berani menyuarakan pandangan secara berfakta bukan emosi semata-mata.

Pelaksanaan aktiviti

Buat aktiviti yang perlu sahaja. Jangan berbalah dengan persatuan mahasiswa kolej atau mana-mana persatuan yang menyokong MPP. MPP mesti melaksanakan aktiviti bertaraf tinggi. Biarkan persatuan mahasiswa kolej melakukan aktiviti yang biasa seperti program bakti siswa, jualan di gerai, pameran dan lain-lain.

Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa?

Situasi UTHM? Kebanyakan pemimpin mahasiswa cuba tidak mengaitkan mereka dalam golongan ini walaupun asal daripada mana-mana golongan ini. Walaupun apa doktrin yang jelas mereka akan berdolak dalih atas sebab musabab yang pelbagai. Selepas pilihanraya kebanyakan akan melalui proses transformasi untuk menyesuaikan dengan organisasi yang bernama MPP. Budaya berpuak-puak akan memusnahkan semangat perjuangan MPP. Budaya Pro ini hanya ditonjolkan ketika pilihanraya kampus iaitu hanya sebagai jambatan atau landasan mereka ke puncak kuasa. Mereka akan lupa pengorbanan orang-orang yang menaikkan mereka malah mendabik dada mereka menjadi MPP atas kehendak sendiri dan mendapat sokongan pelajar. Ada yang benar , ada yang syok sendiri. Terpulang kepada niat individu itu sendiri.

Pro-Aspirasi sememangnya menjadi juara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun sekuat manapun atau seteguh manapun perjuangan, yang menentukan nama baik perjuangan bergantung kepada prestasi dan kredebliti pimpinan di bawah aliran aspirasi. Sering kali yang merosakkan nama Aspirasi bukanlah faktor perjuangan atau ideologi itu sendiri tetapi masalah individu-individu yang tidak dapat memahami dan menterjemahkannya dalam bentuk pemikiran yang boleh di terima mahasiswa. Apabila telah berada di puncak kuasa mereka sesetengahnya akan berasa selesa dan mempunyai pemikiran “syok sendiri”. Pemikiran ini hanyalah minoriti tetapi apabila dimomokkan , maka mempengaruhi ahli-ahli yang baik hati, lurus pemikirannya untuk menerima konsep atas dasar setiakawan. Maka yang menjadi mangsanya adalah generasi akan datang yang aliran ideologinya sama tetapi diburukkan dengan masalah sikap generasi sebelumnya.

Aspirasi ini lahir daripada cita-cita mahasiswa yang berfahaman sederhana iaitu menggunakan kaedah diplomasi dengan kaedah berbaik-baik dengan pihak kerajaan, pentadbiran universiti bagi mencari jalan penyelesaian bagi teras perjuangan hakiki iaitu kebajikan mahasiswa.

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) adalah salah satu usaha mahasiswa membuktikan kaedah diplomasi lebih berkesan daripada budaya anti-establishment seperti demontrasi haram yang memberi imej negatif kepada mahasiswa. Sejarah telah tercipta pada tarikh 3 April 2001 MPPK ditubuhkan secara rasmi. YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri mengadakan mesyuarat bersama Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA dan IPTS mengenai penubuhan MPPK di Putrajaya. Penubuhan MPPK menandakan kerajaan mengiktiraf kedudukan dan peranan mahasiswa. MPPK begitu jelas sebagai paltform utama menyalurkan maklumat dan pandangan mahasiswa kepada kerajaan. Penulis sebagai MPP selama 2 tahun telah mendapat ruang dalam isu-isu 2 tahun kebelakangan ini seperti isu-isu besar seperti caj PTPTN daripada 3% ke 1% , isu pindaan AUKU 2009, semuanya melalui platform seperti ini.

Pro-Mahasiswa (UTHM) ini adalah fenomena baru samaada di peringkat nasional ataupun di UTHM, penulis walaupun tidak sealiran dengan mereka ini tetapi tetap menghormati asas perjuangan mereka ini. Tiada salahnya selagi mana batas-batas adab kesopanan sesama manusia di jaga. Sepanjang penulis menjadi MPP , Pro-M berjaya melontarkan pendapat, yang betul di sokong, yang salah di tegur. Tetapi sejak akhir-akhir sejak penulis tidak berada di universiti, semacam ada perubahan dari segi nilai dalam budaya Pro-M. Mungkin kerana calon-calon tajaan mereka kini sudah berada di dalam tampuk kepimpinan MPP maka mereka merasakan penerimaan pelajar kepada mereka semakin baik. Perubahan nilai bagi saya menunjukkan Pro-Mahasiswa yang saya percaya sebelum ini mempunyai nilai baik yang boleh dikongsi, di bawa berbincang telah mula hilang. Adakah keperitan semasa pilihanraya yang penuh dengan peperangan psikologi telah melukakan mereka dan menjadikan mereka mengubah cara bertindak. Dari seekor kucing yang manja kini berubah menjadi singa yang lapar yang sedia melapah sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka. Apakah beza mereka dengan golongan mereka cop selama ini bermain kotor, menyerang peribadi lawan, dan segala hinaan yang lain. Hari ini membuktikan apabila mereka mendapat kuasa mereka sama sahaja. Menyerang peribadi lawan, menelanjangkan perkara-perkara yang tidak sahih lagi dakwaannya. Layakkah mereka bercakap tentang nilai murni, akauntabiliti dan perjuangan? Politik telah menenggelamkan perjuangan dan idealisme sebenar mereka. Mungkin pendekatan mereka harus diperbetulkan semula. Terpulang sama ada untuk mendengar nasihat atau tidak.

Mencekapkan pengurusan maklumat dan kemahiran berkomunikasi

Agenda mahasiswa mesti memantapkan pengurusan maklumat melalui penggunaan media cetak dan elektronik. Publisitikan segala akviti secara meluas. Mantapkan kemahiran menulis dalam media sehingga semua isu-isu semasa mahasiswa di universiti dapat disebarkan. Tingkatkan kemahiran berkomunikasi seperti latihan pidato dan debat

Agenda yang penulis sarankan bukan suntikan ideologi kepada mahasiswa tetapi sekadar saranan untuk melaksanakan agenda asas memantapkan mahasiswa yang mengguasai kampus sekarang.Lakukanlah sebelum terlambat. Pilihan di tangan mahasiswa menentukan perjuangan mahasiswa di masa depan. Mahasiswa aspirasi bukan sekadar perlukan agenda asas yang penulis maksudkan di atas tetapi lebih jauh dari itu ialah ideologi perjuangan. Kerana yang mengekalkan perjuangan adalah ideologi.

Salam perjuangan………

Terima Kasih kepada Pihak Universiti, UTHM

Terima Kasih kepada Pihak Universiti, UTHM
Pada 15hb Mac 2010, pihak keluarga penulis mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak universiti iaitu diwakili oleh TNC HEPA UTHM, Prof. Ir. Dr.Amir Hashim bin Mohd Kassim, Timbalan Pendaftar Pejabat HEp, En. Malek, Pegawai khas TNC HEPA, En Puad dan pemandu UTHM, En. Hairi menziarahi penulis di rumah tempoh hari.Kesempatan berbual bersama TNC HEPA, banyak perkara yang dibualkan, menurut beliau selain penulis, beliau mewakili universiti juga baru sahaja pulang daripada Kelantan menziarahi keluarga seorang penuntut UTHM Tahun 1 yang meninggal dunia pada bulan Februari baru-baru ini kerana penyakit SLE. Bagi pihak penulis mengucapkan takziah di atas pemergian saudara sekampus kita ini. Pihak universiti juga ada memberi sedikit sumbangan kepada penulis dan ribuan terima kasih sekali lagi penulis ucapkan kepada keprihatinan pihak universiti.Kerana ingin tahu lebih lanjut penulis telah mencari mengenai penyakit SLE ini. Penulis kongsikan bersama di bawah ini.
Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.
Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu. Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

Apa itu Lupus
Lupus adalah radang teruk (inflamasi kronik) yang disebabkan oleh penyakit autoimun di mana sistem pertahanan badan yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Antara tisu badan dan organ yang boleh terlibat adalah seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi, dan sistem saraf. Jika tisu kulit sahaja yang terlibat, ia lebih dikenali sebagai diskoid lupus. Jika organ-organ dalaman turut terlibat, ia dikenali sebagai Sistemik Lupus Erythematosus (SLE).

Semoga bermanfaat untuk pembaca semua….

PROGRAM ZIARAH MAHASISWA LUAR KAMPUS ( PELAJAR TANPA ASRAMA)

UTHM – 29 Ogos 2009 – Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama JKK Pelajar Tanpa Asrama telah turun padang pada 29 Ogos 2009 bersamaan 8 Ramadhan 1430 Hijrah bagi program menziarahi pelajar-pelajar tanpa asrama. Objektif program turun padang ini adalah untuk melihat sendiri permasalahan pelajar tanpa asrama bagi memastikan semua pelajar ini terjaga kebajikannya. Jika sebelum ini, banyak isu-isu di kolej kediaman telah diperjuangkan, kali ini pihak Majlis Perwakilan Pelajar ingin pula membawa kebajikan pelajar tanpa asrama untuk sama-sama diberi perhatian. Program Ziarah MahasiswaLuar Kampus ini adalah sebagai salah satu usaha yang dilakukan bagi merapatkan ukhwah antara pihak Majlis Perwakilan Pelajar dengan pelajar tanpa asrama. Selain itu, Program Ziarah Mahasiswa Luar Kampus ini adalah sebagai satu alternatif yang diambil untuk lebih mendekati dan mengetahui realiti sebenar permasalahan Pelajar Tanpa Asrama ini, untuk terus dibantu dan dijaga kebajikannya. Program ini bermula pada jam 2.00 Petang. Terima kasih diucapkan di atas kesudian Pengetua Pelajar Tanpa Asrama iaitu Tn. Hj. Ali dan beberapa JKK PTA yang menjadi pemandu arah bagi pihak MPP. Dalam keadaan sebahagian ahli MPP yang berpuasa, mereka ini masih sanggup untuk turun padang untuk melihat sendiri pelajar-pelajar ini bagi membuktikan undi-undi mereka ini tidaklah sia-sia dan menjadi platform bagi pihak PP mendengar sendiri keluhan dan permasalahan mereka. Alhamdullillah, program ini berakhir kira-kira jam 6.30 Petang dan sebanyak 30 buah rumah berjaya pihak MPP ziarahi iaitu di Kampung Parit Hj. Rais, Kampung Parit Jelutong, Flet di Kampus Bandar, Taman Waja, Taman Sri Indah, Taman Pintas Jaya & Taman Maju.

MPP, JKK PTA, dan Palajar Tanpa Asrama bergambar kenangan di hadapan rumah

Pihak MPP telah menghulurkan sedikit barangan berupa keperluan rumah seperti beras, gula, milo, teh, biskut, kopi, kordial dan beberapa barangan keperluan dapur bagi meringankan beban pelajar tanpa asrama ini. Pihak MPP juga telah mempromosi ” Kempen Senyum Selalu” yang dianjurkan oleh pihak MPP dengan pemberian “Button Badge”. Berdasarkan daripada aduan-aduan yang didengari ketika sesi ziarah, permasalahan-permasalahan yang dihadapi ialah dari segi sewaan yang mahal, infrastruktur rumah yang tidak kondusif, rumah sewa jauh daripada jalan utama bagi pengangkutan yang disediakan khas untuk pelajar PTA, keselamatan yang tidak terjamin, dan persepsi seolah-olah kebajikan pelajar tanpa asrama telah diabaikan berbanding pelajar-pelajar di dalam kolej. Pihak MPP telah mendapat maklumbalas yang baik daripada pelajar-pelajar tanpa asrama ini dan memuji langkah yang julung-julung kali diadakan oleh pihak MPP dalam meninjau keadaan pelajar yang menginap di luar kampus dengan pelbagai cabaran. Pihak MPP mengucapkan terima kasih di atas kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam usaha murni ini.

Sebahagian gambar-gambar kenangan bersama-sama pelajar-pelajar yang sempat pihak MPP ziarahi

Secara peribadi, pihak saya selaku YDP mengucapkan tahniah kepada Pengarah Program Ziarah Mahasiswa Luar kampus iaitu saudari Fadilah Bte Abu Hasan ( Setiausaha Kerja 1 MPP UTHM Sesi 08/09) dan juga-juga sahabat-sahabat MPP yang sedia meluangkan waktu cuti lebih-lebih lagi saat berpuasa untuk membantu dalam usaha ini. Semoga generasi MPP akan datang akan dapat menjadikan ianya sebagai tradisi wajib MPP dan dapat membuatnya lebih awal berbanding sesi kali ini supaya langkah proaktif berdasarkan aduan-aduan tersebut akan dapat diberikan perhatian segera. Anggaplah ini sebgai langkah sulung untuk menjadikan kepimpinan mahasiswa di kampus lebih mantap daripada satu masa ke masa depan yang lebih gemilang.

Sekian, terima kasih.