Close

Mohd Fadzil

Tag: Eropah

SIRI 2 : JELAJAH EROPAH ( PARIS : 13 -15 JULAI 2011, AHAD )

SIRI 2 : JELAJAH EROPAH ( PARIS : 13 -15 JULAI 2011, AHAD )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca semua.

Pada 10 Julai hingga 19 Julai 2011, penulis telah berkesempatan membuat Lawatan Kerja ke Eropah iaitu selama 8 hari dan 7 malam di London ( United Kindom), Paris ( France), Brussel(Belgium), Amsterdam ( Belanda/ Netherland/Holland), dan Cologne/Frankfurt ( Germany).

Delegasi bersama penulis ialah Mantan MPP UTHM Sesi 09/10 seramai 23 orang iaitu Shahzada Khan, Pua Tiong Eng, Sufiah, Fauziah, Hafsa, Hadi, Latifi, Marina, Faris, Melissa, Amirul Hadi, Aiman, Najihah, Fauzi, Rosazlinda, Salbiah, Adib, Farah, Wan Adrizal, Anas, Hariz Hafiz, Syazwan Liyana, dan Sumaidah. Turut serta
Timbalan Naib Canselor (HEP) Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim dan Pegawai Pejabat HEP, En. Khairuddin Hj Alias.

* Artikel ini merujuk kepada Siri 2 : Jelajah Paris ( France). Artikel sebelum ini iaitu Jelajah Siri 1 : Jelajah London bolej rujuk pada link di bawah ;http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2011/07/siri-1-jelajah-eropah-london-10-julai.html#moreKota Paris
Hari Ketiga, 13 Julai 2011

KOTA Paris sejak sekian lama menjadi simbol kemewahan dan prestij kehidupan manusia. Di dalam menu pelancongan ia sudah cukup masyhur dan tidak memerlukan pengenalan malah tersenarai sebagai destinasi paling dikunjungi di dunia.

Grafiti di Kota Paris

Antara kemodenan dan garapan masa lalu. Inilah keunikan kota Paris – ibu negara Perancis yang sudah terlalu popular di bibir ramai, apalagi yang pernah menjejakkan kaki ke sini. Apa yang menarik, biarpun bersandarkan senario abad ke-21, masih banyak ciri-ciri Kota Cinta ini yang tersergam sedari zaman silamnya termasuk mercu tanda utamanya – Menara Eiffel yang dibina pada 1889. Bagi yang pertama kali mengunjungi negara itu, pilihan destinasi pasti cenderung kepada lokasi-lokasi utama di sekitar kota Paris seperti Menara Eiffel, Arc de Triomphe, Gereja Notre Dame dan Muzium Louvre.

Stesen Keretapi St. Pancras

Selepas sarapan pagi di hotel di London, kami ke Stesen Keretapi St. Pancras untuk menaiki keretapi EUROSTAR 2nd class ke Paris.

Bersama pegawai di Kedutaan Besar Malaysia di Paris


Kami tiba di Stesen keretapi Gard Du Nord, Paris. Sebuah bas menjemput kami terus ke Kedutaan Besar Malaysia di Paris. Pegawai Kedutaan menyambut kami.

Mantan MPP UTHM di Kedutaan Besar Malaysia di Paris


Taklimat awal di berikan oleh beliau mengenai peranan Pejabat Kedutaan Malaysia di Paris. Antaranya kebajikan rakyat Malaysia di Perancis, peranan ekonomi dua hala Malaysia-France, peranan kebajikan pelajar di sini dan lain-lain perkara.
Kemudian
sesi dialog dua hala antara pihak Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 08/09 bersama-sama Timbalan Naib Canselor (HEP) Prof. Ir. Dr. Amir Hashim dengan pegawai-pegawai Pejabat Kedutaan Malaysia di Paris berlansung. Semasa sesi soal jawab ini, penulis sempat bertanyakan sejauh mana setakat ini, kerjasama ekonomi di antara Malaysia dan Perancis melalui perbandingan ekonomi Malaysia-London yang lebih baik.
Bangunan Menarik di ParisBangunan Menarik di Paris
Pegawai tersebut tidaklah memberikan data yang jitu atau persis tetapi menjawab secara umum bahawa perbandingan dengan London adalah tidak tepat kerana hubungan Malaysia-London adalah rapat kerana bekas penjajah dan tanah jajahan yang sekarang di bawah Komanwel berbanding Perancis. Tetapi beliau ada mengatakan bahawa Tun Dr. Mahathir lebih di kenali kerana hubungan rapatnya dengan Presiden Perancis sebelum ini.

Selepas sesi ramah mesra bersama pegawai kedutaan, kami kembali menaiki bas dan bersiar-siar dengan bas mengelilingi bandar Paris. Bas kami menyusur Sungai Raine. Seine itu maksudnya suci dalam Latin. Sungai ini memang panjang. Ada 37 jambatan merentasi sungai ini.

Melalui jendela tingkap bas, kelihatan iaitu melewati melewati Pont Bir-Hakeim, ada replika Patung Liberty yang dibina ke arah Patung Liberty asli di New York, Amerika Syarikat. Kami juga melalui Akademi Militer ( Napolean Benoparte). Bangunan UNESCO dan makam Pahlawan ( Les Invaleds).
Berhadapan Hotel Holiday Inn Porte Saint Ouen di Paris
Selepas itu, kami “check-in” Hotel Holiday Inn Porte Saint Ouen. Pada petang hari kami keluar semula ke restoren Indonesia untuk makan dan kemudian pulang ke hotel dan bermalam.


Teknik bergambar daun musim luruh “gagal”, Berhadapan Hotel Holiday Inn Porte Saint Ouen di Paris Teknik bergambar daun musim luruh “berjaya”, Berhadapan Hotel Holiday Inn Porte Saint Ouen di Paris

Hari Keempat, 14 Julai 2011

Selepas sarapan pagi di Hotel, kami separuh hari bersama pemandu pelancong tempatan yang berbahasa Indonesia, ke Notre Damn,

Notre Dame di Paris

Notre Dame pula mula dibangunkan pada 1163 dan siap pada 1330. Notre Dame dalam bahasa Perancis adalah Ibu Kita yang merujuk kepada Bonda Maria. Sebab itulah banyak gereja yang bernama Notre Dame di Perancis dan di negara bekas jajahannya.

Les Invalides

Les Invalides

Kemudian kami berhenti di Les Invalides. Les Invalides merupakan kubur hero-hero Revolusi Perancis. Napoleon Bonapart dan orang-orang kanan dia dikebumikan di dalam bangunan itu. Sebahagian daripada Les Invalids, ada meriam-meriam gangsa. Semasa penjajahan Nazi Jerman, Adolf Hitler dulu ambil benda dalam bangunan itu seperti meriam, bawa ke Jerman. Selepas Jerman kalah, meriam-meriam ni diambil semula dan letak ke tempat asal.

Sisi lain Les Invalides
Arc De Triomphe

Kemudian, bas kami melalui Arc De Triomphe . Arca ni dibina sebagai mengingati jasa-jasa rakyat berjuang pada ketika Revolusi Perancis dan Perang Napoleon. Kat bawah ruang-ruang gelap tu ada makam nama dia Tomb of the Unknown Soldier dari Perang Dunia Ke-1,
Menara Eiffel
Seterusnya adalah saat-sat yang saya dan semua delegasi tunggu iaitu ke Menara Eiffel. Menara Eiffel merupakan sebuah menara besi yang dibangun di Champ de Mars di tepi Sungai Seine di Paris. Menara ini telah menjadi ikon global Perancis dan salah satu struktur terkenal di dunia.

Menara Eiffel

Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia. Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.

Pemandangan daripada atas Menara Eiffel

Bangunan yang tertinggi di Perancis dan menjadi simbol kepada negara itu, “Menara Eiffel” atau lebih diberi jolokan “Menara besi” kerana hampir keseluruhannya bahan binaannya adalah daripada besi. Dibina oleh jurutera hebat yang bernama “Gustave Eiffel”, Menara Eiffel mendapat namanya dari pembuatnya bagi mengenang jasa beliau. Keunikan monumen ini telah memukau mata dunia dan telah mengamit ramai pelawat hingga dikatakan Menara yang sering dikunjungi di dunia iaitu sebanyak 6,428,441 pelawat dan lebih 200 juta sejak ia siap dibina.

Menara Eiffel

Dibuka dengan rasminya pada 31 Mac 1889, Menara Eiffel yang memiliki ketinggian 300 meter (1,063 kaki) dan diatasnya terdapat ‘Antena Televisyen’ setinggi 24 m ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan. Selain digunakan untuk perlancongan Menara Eiffel juga dijadikan Menara Pemerhati. Memiliki 3 lif iaitu di aras bawah, tengah dan atas.

Di sebalik binaan besinya, mercu tanda ini memiliki 1,710 anak tangga yang menjadikannya menara tertinggi di dunia sehingga 1931 sebelum pembinaan Empire State Building di New York, Amerika Syarikat. Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, Gustave Eiffel mendaki semua anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri bendera Perancis. Biarpun hilang gelaran menara tertinggi dunia, Menara Eiffel diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO).

FAKTA MENARIK “MENARA EIFFEL” · Lif memang diperlukan untuk bangunan setinggi ini untuk mengangkut pelawat ke atas dan ke bawah. Tahukah anda semua lif Menara Eiffel ini jika dihitung jumlah kegunaan tahunannya adalah bersamaan dengan 2 setengah kali mengelilingi dunia atau lebih daripada 103,000 km. · Menara ini bergoyang sedikit apabila hari berangin.Tetapi pada tahun 1999, kejadian ribut telah menyebabkan ia bergerak 13 sm dari kedudukan asalnya. Malah matahari juga boleh menyebabkan menara ini condong sehingga 18 sm. · Menara besi ini juga diperlukan belaian. Ia dicat semula setiap 7 tahun, tetapi bukanlah sebarang cat yang digunakan. Selepas menjalani sesi perbincangan yang serius, warna tembaga dengan variasi 3 tona telah dipilih kerana kombinasi 3 warna yang berbeza ini dianggap berpadanan dengan warna lagit Paris. · Sewaktu pembukaan rasmi Menara Eiffel, juruteranya “Gustave Eiffel” mendaki semua 1,710 anak tangga ke puncak menara untuk memacakkan sendiri bendera Perancis.

Bateaux Parisens Cruise On The River Seine

Pada sebelah petang, kami menyusuri Sungai Seine, Paris iaitu perkhidmatan One Hour Bateaux Parisens Cruise On The River Seine. Pengalaman menyusuri Sungai Seine, Paris sambil menghayati keindahan Menara Eiffel yang berlatar belakang panorama indah bersulamkan garapan kota lama dan moden, pasti menjadi kenangan manis saya di Kota Cinta ini.

Menulis catatan di atas Cruiser, Bateaux Parisens Cruise On The River Seine

Sudah pasti, antara cara terbaik menghayati keindahan Kota Paris adalah dengan menaiki bot pelancong menyusuri tebing Sungai Seine di Paris. Penulis, seperti juga pengunjung lainnya, teruja dengan mata tidak jemu mengagumi Menara Eiffel yang turut diisytiharkan antara tujuh keajaiban dunia serta tarikan lain kota ini.

Bateaux Parisens Cruise On The River Seine


Pengembaraan bot selama sejam bermula dari di hadapan tapak Menara Eiffel dan berpusing kembali berakhir di pangkalan sama. Setiap destinasi dipisahkan sebuah jambatan merentangi sungai. Ada 37 jambatan merentasi Sungai Seine dalam bandar raya Paris yang boleh diibaratkan sebagai nadi kota ini.

Penulis sendiri, secara peribadi, menganggap pengalaman menyaksikan Menara Eiffel dari dalam bot ketika menyusuri sungai sebagai detik yang menakjubkan.
Memandangkan kebetulan pada tarikh ini Perancis menyambut cuti umum, Hari Nasional Perancis ( Bastille Day). Maka sepanjang menyusuri sungai, kami dapat melihat pertunjukan udara daripada pelbagai jenis kapal terbang, jet pejuang, helikopter dan pelbagai acara yang menarik.

Restoran Indonesia di Paris

Sungai Seine yang mengalir dari timur ke barat adalah nadi pelancongan, ekonomi dan sejarah kota Paris termasuk menjadi titik pengukur jarak iaitu angka kosong bermula di Ille de la Cite, sebuah pulau kecil di tengah sungai.

Sungai itu turut membahagikan Paris kepada dua iaitu ‘Right Bank’ (tebing kanan) di bahagian utara dan ‘Left Bank’ (tebing kiri) di bahagian selatan sungai. ‘Right Bank’ adalah kawasan industri kecil dengan memiliki pelbagai gedung niaga dan pejabat manakala bahagian ‘Left Bank” digemari sebagai lokasi seniman dan cendekiawan.

Dari aspek sejarah, kota Paris juga seakan dibahagi kepada dua iaitu di timur Sungai Seine berlatarkan sejarah silam kota manakala di bahagian baratnya cenderung ke arah era dunia moden abad ke-19 dan ke-20.

Pengembaraan ringkas di sungai itu membolehkan kita menikmati pelbagai monumen sejarah seperti muzium, bangunan lama, menara jam, gereja tua, patung dan arca pemimpin masa lalu, juga ada rumah dan pangsapuri yang bercirikan seni bina klasik Perancis.

Pelayaran penulis melintasi Pont des Invalides yang dihiasi kemegahan Pont Alexandre III dengan empat tiang utama di kedua sisi jambatan serta empat patung kuda terbang yang bersalut emas.

Ada fakta mengatakan jambatan yang menghubungkan kawasan Des Invalides dan Grand Palais – Champs Elysees adalah yang terindah di Paris yang dibina oleh putra Raja Russia, Tsar Alexander III pada 1896. Pelayaran diteruskan ke Pont de la Concorde yang menempatkan Place de la Concorde yang terkenal dengan hukuman pancung terhadap Marie Antoinette, permaisuri Raja Perancis, Louis XVI ketika Revolusi Perancis pada 1793. Antoinette dikenali sebagai ratu yang dingin dan kejam. Di sebelah kanan pula adalah Muzium Orsay (Musee de Orsay), satu daripada muzium tersohor di Paris untuk koleksi seni.

Seterusnya, Pont du Carrousel yang menempatkan Muzium Louvre iaitu antara muzium terbesar di Eropah yang terkenal dengan koleksi hebatnya seperti potret Monalisa karya pelukis terkenal dunia dari Itali, Leonardo da Vinci. Mendiang dilahirkan pada 15 April 1452 di Florence, Italia. Muzium ini juga semakin gah selepas menjadi menjadi lokasi pembikinan filem popular ‘Da Vinci Code.’

Seterusnya di depan mata adalah Pont des Arts, jambatan khas untuk pejalan kaki dan ia adalah jambatan besi pertama yang dibangunkan di Paris pada 1804. Seterusnya, jambatan panjang Ile de la Cite, kawasan paling bersejarah di Paris.

Pont Neuf pula adalah jambatan tertua di Paris yang dibangunkan pada 1578 tetapi siap pada 1607 ketika pemerintahan Henry IV. Jambatan indah ini meliputi 12 lengkungan sepanjang 275 meter.

Ile de la Cite adalah sebuah pulau kecil di tengah Sungai Seine dan dihiasi gereja terkenal Dame Cathedral. Di sinilah raja Perancis ditabalkan.

INFO: Sungai Seine · Dalam bahasa Perancis `La Seine’ terletak di Wilayah Ile-de-France dan Haute-Normandie di Perancis. · Sungai utama di Paris yang mengalir ke Selat Inggeris melalui kawasan Teluk Seine. · Panjang Sungai Seine adalah 776 Kilometer (km). · Sebanyak 37 jambatan merentangi Sungai Seine di dalam bandar raya Paris antaranya Pont de Normandie, iaitu antara jambatan bertambat kabel yang terpanjang di dunia.
Galeries Lafayette
Kemudian kami di bawa pula ke gedung membeli-belah utama di Paris iaitu Galeries Lafayette yang menempatkan jenama-jenama mewah Paris seperti Louis Vuitton, Longchamps dan sebagainya. Kemudian kami makan malam di Restoren Indonesia pulang ke Hotel dan bermalam.

Bersama, En. Khairuddin , pegawai HEP, Berhadapan Hotel Holiday Inn Porte Saint Ouen di Paris
Kisah di Brussel, Belgium akan di sambung pada Siri 3 : Jelajah Brussel ( Belgium). Mungkin minggu hadapan kerana penulis mempunyai tugas hakiki iaitu mengajar dan perlu membuat persediaan mengajar. Semoga bermanfaat para pembaca.

Sekian, Terima kasih. -Mohd Fadzil bin Abdul Hanid-

SIRI 1 : JELAJAH EROPAH ( LONDON –10 JULAI 2011–AHAD )

SIRI 1 : JELAJAH EROPAH ( LONDON –10 JULAI 2011–AHAD )

[ Panduan : ]
(1) Artikel ini terbahagi kepada 4 Siri berkaitan Lawatan Kerja ke Eropah & England daripada tarikh 10 Julai – 19 Julai 2011. Penulis akan bahagikan kepada 4 Siri iaitu, Siri 1 : Jelajah London ( United Kindom), Siri 2 : Jelajah Paris ( France), Siri 3 : Jelajah Brussel(Belgium), Siri 4 : Jelajah Amsterdam ( Belanda/ Netherland/Holland), Siri 5 Jelajah Cologne/Frankfurt ( Germany).

(2) MFAH = Singkatan bagi ”Mohd Fadzil bin Abdul Hanid” merupakan penulis artikel ini.
(3) Sila perhatikan untuk ayat formal MFAH akan taip secara terus dan formal manakala ayat x formal tanda ” …….. ” dan senget akan digunakan, ini bagi mengelakkan keboringan yang terlampau.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca semua.

King & Queen Place


Pada 10 Julai hingga 19 Julai 2011, penulis ( Mohd Fadzil bin Abdul Hanid) telah berkesempatan membuat Lawatan Kerja ke Eropah iaitu selama 8 hari dan 7 malam di London ( United Kindom), Paris ( France), Brussel(Belgium), Amsterdam ( Belanda/ Netherland/Holland), dan Cologne/Frankfurt ( Germany).


Seorang bijak bistari mengatakan : “Perjalanan (bermusafir) itu menghilangkan pelbagai kesusahan.”

Al-Hafiz Ar-Ramhurmuzi dalam bukunya Al-Muhdatsu Al-Faadhil menjelaskan beberapa faedah perjalanan yang bertujuan menuntut ilmu dan kenikmatan yang diperolehi daripadanya.Buku itu ditulis sebagai bantahan ke atas orang yang tidak suka melakukan perjalanan untuk menuntut ilmu,bahkan mencelanya. Ia berkata sebagai berikut :

” Seandainya orang yang mencela mereka yang suka mengembara untuk menuntut ilmu mengetahui betapa nikmatnya pengembaraan tersebut, betapa besarnya semangat yang dirasakannya ketika meninggalkan tanah kelahirannya, dan kenikmatan yang dirasai oleh semua anggota tubuhnya pada saat memanfaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat tempat yang baru dan rumah yang baru, pada saat melihat dusun-dusun kecil, pada saat melihat kebun-kebun dan tanah-tanah lapang, pada saat mengenal bentuk muka bumi yang baru, pada saat melihat keajaiban pelbagai negeri, pada saat melihat perbezaan bahasa dan kulit, pada saat berehat di bawah bayangan dinding-dinding dan kebun, pada saat makan di dalam masjid,minum di lembah-lembah, dan tidur di manapun saat malam tiba, pada saat berteman dengan sesiapa sahaja yang dicintainya kerana Allah tanpa memandang lagi faktor kerabat dan keluarga, ketika segala bentuk kepura-puraan ditinggalkan,dan ketika semua kegembiraan itu sampai ke dalam hatinya kerana sudah dekat dengan apa yang diingini,kerana tercapainya maksud yang di dambakan, kerana keberhasilannya menembusi majlis yang didambakan,kerana kemampuannya menaklukki semua rintangan……………..

Berhampiran Big Ben dan Parliment House

Delegasi bersama penulis ialah Mantan MPP UTHM Sesi 09/10 seramai 23 orang iaitu Shahzada Khan, Pua Tiong Eng, Sufiah, Fauziah, Hafsa, Hadi, Latifi, Marina, Faris, Melissa, Amirul Hadi, Aiman, Najihah, Fauzi, Rosazlinda, Salbiah, Adib, Farah, Wan Adrizal, Anas, Hariz Hafiz, Syazwan Liyana, dan Sumaidah. Turut serta Timbalan Naib Canselor (HEP) Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim dan Pegawai Pejabat HEP, En. Khairuddin Hj Alias.

Hari Pertama , 11 Julai 2011

 

Ripley`s Believe or Not Museum

” Sebelum MFAH cakap tentang jelajah ke London. Pertama pembaca perlu tahu bahawa London ialah Ibu Negara bagi UK. Apa itu UK? Apa?…. Ulu Kelang? Ulu Kinta?. Jangan buat malu jawab camtu keyyy………UK tu UNITED KINGDOM. Tu baru tanya UK, belum tanya beza UK, Great Britain, dan England lagi….. mula la gelabah tu…. masing2 skrg mesti nak tanya Pakcik Google tu, x pe kali ni MFAH akan cite sikit-sikit okey….. ”

” England adalah sebuah negeri di dlm Great Britain dan GB plak adelah satu negeri di bawah UK.. UNITED KINDOM adalah merujuk kepada gabungan 4 negara yg dulunya negara berlainan iaitu England, Scotland, Wales & Ireland. Its official name is “United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland. Great Britain pula terdiri drpd negeri-negeri utama UK! Iaitu England, Scotland & Wales!! England pulak salah satu negeri dlm UK termasuk Wales & Scotland.”

Di Tengah Kota London

”Antara keempat-empat negara kat Britain ni, England lebih dominan berbanding yang 3 lagi tu, tambah-tambah pulak pusat pentadbiran Britain terletak kat London. Tapi 3 negara yg lain ttp diberi kuasa autonomi dlm hal-hal tertentu. Ratu Elizerbeth dr istana Buckingham, England adalah ketua bg empayar GB ni. Malah Queen Elizebeth juga adalah ketua negara bg Australia, NZ, Canada & negara-negara jajahan British kat pasifik & latin.”

St. Thomas Hospital

United Kingdom merupakan sebuah negara unitari beraja berperlembagaan, dan juga sebuah negara yang terdiri daripada empat negeri: England, Ireland Utara, Scotland, dan Wales.UK ditadbir oleh sistem berparlimen yang berpusat di ibu negara, London. Ireland Utara, Wales dan Scotland juga mempunyai pentadbiran peringkat negeri yang berbeza-beza kuasanya, dan berpusat di ibu negeri masing-masing, iaitu Belfast, Cardiff dan Edinburgh.

Rumah di pinggir London

UK mempunyai tiga Wilayah Tanggungan Mahkota dan 14 Wilayah Luar Negeri yang tidak menganggotai UK secara resam.Wilayah-wilayah tersebut merupakan tinggalan Empayar British yang pernah menguasai satu perempat jumlah daratan sedunia di zaman kemuncaknya pada tahun 1922, menjadikannya empayar terbesar dalam sejarah. Kesan pengaruh British masih terasa di kebanyakan bekas jajahannya yang masih memakai bahasa, budaya dan sistem perundangan bekas penjajahnya.

Bangunan di London

” MFAH : Malaysia salah satu ye kawan-kawan bekas tanah jajahan UK, tapi kita x la masuk UK tapi dalam negara Komanwel, kali ni kalau x paham tanya Pakcik Google key. Jangan malas2. Setelah paham jadi MFAH akan teruskan cerita key!!!!!

 

Panorama di London

Daripada KLIA, penerbangan MH02 bertolak pada jam 11.40 p.m Penerbangan selama 13 jam menerusi Malaysia Airlines MH02 telah memberikan pelbagai rasa bagi penulis. Teruja, gentar dan berdebar tebal di benak hati, United Kingdom, merupakan negara pengembaraan penulis yang ke-5 setelah Singapura, Thailand, Kemboja dan Mesir. Pengalaman Ke London selama 2 hari merupakan pengalaman manis yang tidak akan larut sama sekali dalam kenangan.

Heathrow Airport di London

Selain merapatkan ukhwah sesama teman, perjalanan ke London merupakan satu peluang bagi penulis untuk menambahkan pengalaman merasakan perbedaan budaya dan adab, melihat pertembungan pelbagai budaya yang berbeda pancasila di bawah ruang langit yang satu iaitu London . Kami sampai di Heatrhrow Airport, London pada jam 5.40 a.m ( Waktu London) di Terminal 4. Kerlipan neon Kota London cukup mempesonakan penulis.

 

Heathrow Airport di London


Seperti dirancang, penerbangan MH02 telah selamat mendarat tepat jam 5.20 pagi waktu tempatan (London).
Sejurus sampai dengan pelbagai tanggapan mengenai kota London, penulis bergerak menghala ke imegresen bagi tujuan pemeriksaan. Melihat satu persatu penumpang berlalu pergi, penulis memang menjangkakan proses pengesahan kemasukan ke Kota London adalah ketat, pesanan daripada wakil Agensi Travel , Tn, Hj. Aziz terngiang-ngiang di kepala mengenai kawalan ketat imegresen.

” Selepas menjawab beberapa soalan. Peluh mula mengalir setelah pertanyaan ” please, only passport” mengelirukan MFAH. MFAH pun keluarkan tiket dan apa-apa yg ada dalam passport, ”Only Passport”. Pegawai Imegeresen tu mula buat tak tahu lepas tengok aku terpinga-pinga. Beberapa saat kemudian, MFAH dah gelabah, apa yg tak kena ngan passport aku ni? Lepas membelek-belek passport barulah aku paham yg ade cover passport lutsinar tu , apa lg aku try tanggalkan , barulah pegawai tu nak cop. Cakap la cover tu suruh buka, Yang pegawai ni pun satu asyik cakap ”Only Passport”, ”Only Passport”. Leceh tul la. Nasib baik la MFAH tak kena cam khabar angin yang dalam 100 org yg masuk imegresen, srng akan di tarik secara rambang ke bilik khas utk fully pemeriksaan, siap kena buka pakaian. Tak tau la betul ke tak cerita khabar angin yg MFAH dengar tu. Tapi yang penting mase tu nak cerita, MFAH cakap omputih tau jawab soalan-soalan diorang.”

Kami semua akhirnya menarik nafas lega dan melangkah keluar daripada airport, suhu sejuk mula menerjah kami, iaitu16 darjah celcius. Ini musim panas di Eropah, MFAH kira kalau musim sejuk pasti kami akan beku. Kami di jemput oleh sebuah Bas Travel dan bermulalah perjalanan kami melalui beberapa village dan melalui bangunan-bangunan di England. Kebanyakan berunsurkan kolonial ( istilah MFAH sendiri). Sangat cantik dan tersusun begitu teratur sekali. Kami semua di bawa berpusing-pusing sekitar London dengan menggunakan bas. Di sebelah kanan MFAH tersergam indah ”Harrods” yang terletak di Knightsbridge. Pusat membeli belah orang kaya, MFAH hanya mampu menelan air liur.

Hyde Park di London


Kemudian bas melalui Hyde Parks yang terletak tidak jauh dari Harrods. Hyde Parks merupakan sebuah taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok maple dan padang-padang hijau yang indah serta tasik. Tidak dinafikan walaupun Kota London sarat dengan kemajuan, keindahan alam masih dikekalkan.

Buktinya, terdapat lebih dari 10 taman hijau selain Hyde Park, Kensington Garden, Green Park, Regent’s park, Shoreditch Park dan pelbagai lagi. Taman-taman ini telah dijadikan kawasan riadah. Tidak kira waktu dan cuaca laluan pejalan kaki akan ada kelibat kumpulan sedang rancak berjogging. Apa yang menarik juga taman ini dimeriahkan dengan kehadiran haiwan yang jinak seperti angsa dan tupai yang tidak takut-takut untuk menghampiri pengunjung.

Royal Albert Hall di London


Selang beberapa ratus meter dari Hyde Park terdapat sebuah dewan muzik yang masyhur seantera dunia, Royal Albert Hall. Pastinya rakyat Malaysia sudah tidak asing telinganya mendengar akan nama dewan ini. Di sinilah Allahyarham Sudirman dan Dato’ Siti Nurhaliza melantunkan suara hingga mempesonakan ribuan pengunjung. Royal Albert Hall telah diikitrafkan akan prestijnya. Teknologi yang digunapakai telah memegunkan dunia. Sistem bunyi yang hebat sehingga jarum peniti jatuh boleh didengari seluruh pelosok dewan yang pernah MFAH dengar sebelum ini.

Panorama di London

Bas kami melalui beberapa buah teater sepanjang jalan tersebut. London terkenal sebagai pusat perkembangan seni muzik teater, sebagai bukti terdapat ratusan pusat teater di seluruh kota London, ribuan kaunter tiket yang menjual tiket teater seperti Chicago, Mamma Mia, Bombay Dreams, Chita Rivera, Dirty Dancing, Evita dan banyak lagi. Dilihat pada sejarah, broadway mula berkembang di kota London dan seterusnya menular ke benua Amerika. Kerana teater bukan dalam pakej maka MFAH hanya mampu melihat daripada jendela tingkap bas sahaja. Terdapat penyataan apabila datang ke London tidak lengkap kunjungan ke London jika tidak menonton teater. Mungkin satu hari nanti. InsyaAllah.

Berhampiran Tower Bridge di London


Akhirnya pada pagi yang indah itu, diselubungi oleh hawa sejuk, kami berhenti berhampiran Big Ben. Menara ini yang tingginya 96.3 meter (316 kaki) direka bentuk dalam gaya Gothik Victoria. 61 meter (200 kaki) yang pertama struktur ini merupakan menara jam dan dibina dengan bata yang disaluti oleh batu; yang selebihnya merupakan puncak menara berangka yang diperbuat daripada besi tuangan.

Hadapan Big Ben

Big Ben ialah clock tower di Houses of Parliament ,Westminster, London. Terletak di north end of the Palace of Westminster di Central London dan di bina pada tahun 1859. Setelah bergambar di Big Ben, kami jalan kaki ke House of Parliment. Tak di nafikan bangunan lama di Kota London memang berseni, tak puas mata memandangnya. Kalau anda sukakan pemandangan sebegini memang anda patut ke sini .

Berhampiran Tower Bridge di London

” MFAH sambil berjalan-jalan di sini, menikmati suasana romantik memasang mp3 lagu classical, Nella Fantasia (Paul Potts) bagi menghidupan mood pada ketika itu, yang pasti kawan-kawan lain tak sedar , sekali sekala kena la berjiwa seni menikmati panorama seperti ini, sangat mengasyikkan.”

Parliment House di London

Antara Big Ben dan House of Parlimen terdapat dataran padang hijau yang di pagari di mana sekelilingnya terdapat khemah-khemah demontrasi. Mereka telah berkampung selama 5 tahun di situ menurut pemandu pelancong. Sangat unik dan membuatku tertawa.

Westminster Abbey


“Dari House of Parliment kami pergi pulak ke Westminster Abbey, tempat kahwin semua putera dan puteri di raja England, yang terbaru Prince William dan Kate Middleton. Tak terkata bila tengok binaan bangunan ni, menarik dan cantik sungguh. Sangat romantik.

Berhampiran Tower Bridge di London

“ MFAH memang suka tenguk hiasan binaan bangunan lama kat sini, Kalau nak belek memang makan masa yang lama, takut tertinggal bas pulak nanti. “
“Dari jauh dah nampak The London Eye. kawasan ni semua berdekatan antara satu sama lain, tak payah nak bus ataupun taxi, cukup ajer berjalan kaki. Di sini juga mengalirnya Sungai Thames di London, England, di antara Jambatan Westminster dan Jambatan Hungerford.”

Sungai Thames ialah sungai utama yang mengalir di selatan England. Ia terkenal kerana mengalir merentasi London tetapi turut merentasi beberapa pekan dan bandar lain termasuk Oxford, ReadingWindsor.

Akhirnya kami menaiki bas untuk makan tengahari, kami menarik nafas lega hari pertama kami makan tengahari adalah menu ala Malaysia di Restoran Melur. Tomyam, ayam, telur, sayur menjadi hidangan kami pada tengahari itu. Selepas makan tengahari kami menuju ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, kami di sambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London

” Bagi yang keliru perbezaan Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan Kedutaaan Besar. MFAH nak citer bahawa Suruhanjaya Tinggi Malaysia hanya digunakan di Negara komanwel ( Cth : Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Australia, India , DLL) dan Kedutaan Besar di Negara bukan komanwel”

Dialog 2 hala di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London


Sesi dialog dua hala antara pihak Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 08/09 bersama-sama Timbalan Naib Canselor (HEP) Prof. Ir. Dr. Amir Hashim dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulong. Taklimat awal di berikan oleh beliau mengenai peranan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Antaranya kebajikan rakyat Malaysia di UK, peranan ekonomi dan lain-lain. Pihak mereka juga sedang membuat persiapan menyambut Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom pada keesokan harinya.

Antara input yang menarik ialah memetik data rasmi, Datuk Zakaria Sulong berkata Malaysia menarik pelaburan bernilai US$113 juta dari UK pada 2010, berbanding US$95.26 juta yang dicatatkan pada 2009. Jumlah dagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM13.03 bilion pada 2010, dengan eksport Malaysia bernilai RM7.197 bilion dan import pada RM5.835 bilion.

Hadapan Bunckingham Palace

Selepas sesi bersama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, kami menaiki bas menuju ke Bunckingham Palace untuk melihat “changing of the guard”, Istana tempat Queen Elizebeth menginap. Ribuan pengunjung memenuhi dataran di luar Bunckingham Palace. Menjadi rutin seharian setiap hari akan ada satu sesi upacara pertukaran tentera. Upacara yang diselang selikan dengan perarakan tentera berkuda dan pancaragam telah menarik ribuan pengunjung pelbagai bangsa dan negara untuk menonton.

 

Dataran Hadapan Bunckingham Palace

Kemudian kami menaiki bas ke tempat keramat London yang menjadi mercu kebanggaan London iaitu London Tower yang terletak di Sungai Thames. London Tower menjadi pilihan pengunjung untuk bergambar dan meninjau seluruh Kota London dari tempat tinggi. MFAH sempat juga melalui London Bridge yang terletak 250 meter dari London Tower. Selepas puas bergambar kami menaiki bas menuju ke hotel, kami melalui Trafalgar Square, King College London, St. Thomas Hospital dan sebagainya.

Selepas seharian berjalan-jalan, akhirnya kami menuju ke penginapan kami di Hotel Bexleyheath Marriot di luar London dalam jam 5.00 p.m waktu tempatan. MFAH sebilik dengan En. Khairuddin ( Pegawai HEP) , seorang yang sangat sempoi dan santai.

”En. Khairuddin pecah perut bila aku cakap kat lantai hotel tu x de lubang air mengalir. Rupa-rupanya MFAH dah buat kesilapan iaitu mandi dalam tab mandi hingga melimpah ke lantai. Maka banjirlah lantai bilik air kami. Di hotel rupanya lantai adalah kering dan bersih. Aku tersengih-sengih manja dan tido menutup muka. Malu la… haha”

Malam adalah aktiviti bebas, walaubagaimanapun pihak Travel Agency menyediakan pengangkutan kepada sesiapa yang ingin membeli belah ke Oxford Street. Oxford Street merupakan kawasan membeli belah yang yang menjadi tumpuan pelancong. Barisan kompleks membeli belah seperti, Debenhams, Selfridges, Mark n Spencer, Primark dan pelbagai lagi telah membuatkan rakan-rakan MFAH begitu teruja malam itu.

MFAH terlalu penat dan tidak ikut pergi. En. Khairuddin puas memujuk tetapi MFAH telah begitu setia dengan hatinya.

” Ko ni Fadzil, jom la, kalau nak tido kat Malaysia pun boleh, muda-muda dah x de tenaga.” tercabar beb dengar.

En. Din pergilah dengan budak-budak tu, sy dh x larat ni. Lagipun malam kat London ni bahaya, takut goyah iman sy nanti.” Ayat bagi menjawab soalan provokasi En. Din” MFAH terus terlena dengan mimpi-mimpi indah kota London.

Hari Kedua, 12 Julai 2011.

Universiti Cambridge


Selepas sarapan pagi di hotel, kami bertolak ke Cambridge. Cambridge merupakan antara tempat ulung dan megah dalam dunia pendidikan. Siapa sangka, kamus tebal Cambridge yang korang usung kesana kemari, kini tempat MFAH lawati. Lawatan kali ini, membuatkan MFAH rasa ingin terus menyambung pengajian aku pada peringkat seterusnya.

Universiti Cambridge

 

Universiti Cambridge

Universiti Cambridge merupakan universiti kedua tertua di dunia dan mempunyai 32 kolej di bawah naungannya. Antara kolej yang popular ialah “Trinity “, “King” dan “St Andrew” kolej, di mana Putera William mendapat pendidikannya di sini. Sejarah Cambridge sungguh dramatik, kerana pada awal zaman penubuhannya, perempuan tidak dibenarkan untuk menuntut ilmu sehingga 1869. Mereka di anggap pembawa kepada nasib malang kepada pelajar lelaki jika menuntut ilmu dalam satu kawasan yang sama. Mereka juga tidak mendapat sebarang pengiktirafan dalam dunia pendidikan ketika waktu itu.

Universiti Cambridge

Walaubagaimanapun Cambridge telah banyak melahirkan tokoh – tokoh terkemuka seperti Sir Isaac Newton, Stephen Hawking, James D Watson dan ramai lagi. Hari ini setiap tahun Cambridge menerima 55 ribu permohonan bagi setiap kemasukkan dan hanya 17 ribu sahaja akan di terima.

Sampan untuk pelawat di Universiti Cambridge

Semasa di sana, MFAH sempat melihat pelawat-pelawat menaiki “Punt”, sampan yang berbentuk petak dan lebar. Setiap kolej mempunyai rekabentuk, struktur pendidikan dan ceritanya sendiri. Seperti KING kolej , ditubuhkan pada tahun 1441 by King Henry VI dengan tagline “truth and usefulness”. Cambridge mempunyai kepadatan penduduk seramai 100 ribu dan 70 peratus daripadanya adalah gologan pelajar. Disebabkan itu, kenderaan utamanya ialah basikal dan anggaran basikal di sekitar Cambridge mencecah 36 ribu.

Universiti Cambridge

“Melihat suasana kampus sini, memang selamat hidup anda di sini, Insyallah. Bebas dari golongan mat rempit. Sempat juga kami pergi di luar pintu Cambridge University Botanic garden, di situ terdapat pokok epal, tempat Sir Isaac Newton mendapat ilham mengenai graviti. ”

Pokok Epal Sir Isaac Newton di Universiti Cambridge

” MFAH fikir masa Sir Isacc Newton melepak di bawah pokok tu, tiba-tiba buah Epal tu agaknya jatuh atas kepala dia, mesti Isacc Newton sakit dan marah, Kenapa epal ni jatuh ke bawah terus kat kepala sampai benjol, bukan keatas. Mungkin kerana ini idea Hukum Graviti tercipta” Lawak MFAH kepada Latifi yang terpinga-pinga mendengar teori spekulasi MFAH.”

King College di Universiti Cambridge

Selepas puas di Camridge University, kami bertolak ke Bicester Village, Bagi pencinta barangan berjenama dan mementingkan harga yang berpatutan, dicadangkan para pengunjung membeli barangan secara terus dari kilang, sebagai contoh bagi yang menggilakan barangan jenama, Bicester Village merupakan pilihan tepat. Sekadar menyebut beberapa kedai di sana, Armani, Diesel, Dior, DKNY, DUNHILL, Guess, Levi`s, Polo, Valentino, Ralph Lauren, Jimmy Choo, Puma, dan lain-lain. Terdapat 135 kedai berjenama. Sangat mengkagumkan.

Bicester Village di Kedai Jimmy Choo


”Tetapi MFAH hanya ambil angin je, faham-faham jer la, poket kosong, yang penting ada gaya jalan situ kan dengan spek hitam. ”

Barangkali itulah kebenaran kata peribahasa Melayu `jauh perjalanan, luas pandangan’. Bukan saja pandangan kita akan terbuka, malah kita dapat belajar dan menimba banyak ilmu. Dan jika pengalaman serta ilmu itu diaplikasi dalam konteks diri kita, ia tentu saja boleh memajukan diri kita sendiri.

Selepas puas berjalan-jalan di Bicester Village, bas kami menuju ke Malaysia Hall di Bayswater. Di sini kami solat dan makan. Kemudian saat yang di tunggu-tunggu iaitu membeli cenderamata. Tidak jauh daripada Malaysian Hall selang 3 jalan ialah Queens` Way Street, iaitu deretan kedai cenderamata yang menawarkan harga yang berpatutan. MFAH membeli beberapa cenderamata sepeti keychain, fridge magnet, T-Shirt dan lukisan.

Terpancar kegembiraan di mata semua rakan-rakan yang membeli belah di situ kerana harga yang mampu beli sebagai pelajar adalah di situ MFAH fikir. Selepas penat membeli belah kami ke hotel untuk beristirehat dan bermalam di hotel.

Hari Ketiga, 13 Julai 2011

Stesen Keretapi St. Pancras


Selepas sarapan pagi di hotel, kami ke Stesen Keretapi St. Pancras untuk menaiki keretapi EUROSTAR 2nd class ke Paris pada jam 08:02 a.m.
Kisah di Paris akan di sambung pada Siri 2 : Jelajah Paris ( France). Mungkin lambat beberapa hari kerana penulis mempunyai tugas hakiki iaitu mengajar dan perlu membuat persediaan mengajar. Semoga bermanfaat para pembaca.

[ Tips : ]

Mengikut nasihat teman penulis, adalah lebih baik dan menguntungkan jika bergerak dengan menggunakan Tube yang merupakan sistem pengangkutan yang menghubungkan hampir kesemua kawasan utama di dalam Kota London. Tube sama sistem aliran ringan Putra, STAR dan Komuter. Apa yang menarik terdapat pelbagai jenis pakej penggunaan iaitu merangkumi One-day ticket, Three-day ticket atau Seven-day ticket malah tiket tahunan juga ada. Menerusi pembayaran tiket itu, para pengguna bebas menggunakan sebarang bentuk pengangkutan awam di dalam Kota London seperti Tube atau bas sebanyak yang mungkin. Terdapat juga pendekatan yang berbeza, untuk mengurangkan kesesakan penggunaan Tube pada masa puncak, TfL syarikat pengurusan utama pengangkutan kota London telah menyediakan pakej yang berbeza, setiap pengguna yang menggunakan Tube ketika waktu puncak akan dikenakan bayaran yang lebih bebanding waktu-waktu biasa. Untuk makluman, aliran Tube di sini terbahagi kepada beberapa jenis yang mengikut destinasi. Setiap destinasi akan diklasifikasikan dengan nama dan warna. Terdapat 12 rangkaian seperti Jubilee yang berwarna kelabu, Bakerloo berwarna coklat, District berwarna hijau, Circle berwarna kuning dan pelbagai lagi. Sistem pengangkutan di Kota London sememang sistematik, setiap rangkaian telah dipermudahkan dengan penyediaan satu penerangan berbentuk rangkaian aliran sistem pengangkutan di Kota London.

Sekian, Terima kasih.

Jelajah ke Eropah `11 : Pembuka Bicara

Jelajah ke Eropah `11 : Pembuka Bicara

Seperti mimpi menjadi kenyataan, penulis menerima satu panggilan daripada sahabat penulis pada satu hari kira-kira 5 bulan lepas, Shahzada Khan yang menawarkan penulis satu tempat mengikuti lawatan Akademik ke Eropah bersama-sama ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 09/10.

London ( United Kingdom)

Penulis kira pihak universiti bersetuju memandangkan penulis merupakan ahli Majlis Perwakilan pelajar Sesi 08/09 yang sepatutnya pada tahun lepas ke Beijing, China tetapi kerana kecederaan akibat kemalangan tidak dapat mengikuti lawatan pada tahun lepas. Ianya lebih kepada peserta gantian penulis kira, penulis tidak bertanya lanjut dan terus bersetuju kerana teruja mendengar perkataan EROPAH.

Penerbangan MAS, MH002 ( KLIA – Heathrow Airport)

Lawatan dan melancong bersama merupakan pengisian masa berkualiti. Tidak kira di dalam negeri atau luar negara, percutian membawa banyak kebaikan. Selain dapat merehatkan minda dan melupakan seketika `stress’ pekerjaan dan kehidupan, ia juga memberikan kita pendidikan dan pengalaman amat bermakna.


The Making “Road To Europe `11”

Dan paling istimewa, melancong bersama sahabat-sahabat yang penulis kenali sejak berorganisasi di UTHM memperkukuhkan lagi jalinan kekeluargaan dalam sesebuah institusi organisasi.

Bergambar kenangan di Heathrow Airport, London. Dari kiri Prof. Ir. Amir Hashim , Penulis, En. Khairuddin, Sdra. Latifi. Depan : Sdri Ain ( Anak Prof. Amir)

Sejak mula praktikal, penulis berasa tidak sedap hati, iaitu hakikatnya penulis perlu bersedia melepaskan status mahasiswa dan mula meloncat ke alam pekerjaan. Memikirkan penulis akan meninggalkan bumi UTHM dan meninggalkan sahabat-sahabat tercinta sememangnya amat menyedihkan. Tetapi itulah kehidupan, manusia datang dan pergi. Kenangan samaada indah dan duka akan terus terpahat dalam hati penulis selama-lamanya. Maka lawatan ke Eropah ini, penulis anggap sebagai majlis perpisahan penulis sebagai mahasiswa di UTHM.

Secara jujur, penulis begitu ingin sekali menyambung sepenuh masa dalam program Sarjana (Master) UTHM pada kemasukan September 2011 ini. Tetapi setelah perbincangan dengan keluarga, ibu bapa penulis menasihatkan sekiranya ingin menyambung buat secara PJJ ( Pengajian Jarak Jauh) sambil bekerja. Mereka menasihatkan penulis supaya berfikir mengenai masa depan, umur sudah 26 tahun, perlu bekerja dan berfikir tentang bekeluarga. Penulis akhirnya mengalah dan bersetuju untuk bekerja terlebih dahulu, kalau jodohnya sampai apabila bekerja nanti, maka penulis pasti akan memberitahu kepada isteri penulis, betapa dia adalah satu sebab penulis kena padamkan impian awal untuk terus ke menyambung belajar sepenuh masa, maka dia perlu tahu betapa pentingnya dan harga yang perlu di bayar untuk sebuah cinta yang penulis korbankan.

Bagi penulis, lawatan sambil melancong adalah suatu pengalaman menarik. Penulis telah menjelajah ke banyak tempat, dan hasil perjalanan itu, penulis belajar dan melihat banyak perkara. Tentang budaya dan cara hidup masyarakat berbilang bangsa.

Satu yang masih penulis ingat ialah ketika lawatan di Pulau Phuket(Thailand), Kaherah(Mesir) dan Phnom Penh(Kemboja) bersama sahabat-sahabat dalam persatuan pelajar, di mana kami melihat budaya dan sosio-ekonomi masyarakat di sana dalam kehidupan seharian.

Di Mesir misalnya, peniaganya cukup gigih menjalankan perniagaan sehingga boleh bertutur bahasa melayu. Di kaki-kaki lima kedai, pelbagai barangan dijual. Sebahagiannya barangan kraftangan. Mereka ini pula begitu bijak memujuk dan menawarkan potongan harga.

Perbandingan ini di bawa bagi penulis adalah mengenai kadar pertukaran mata wang Ringgit dengan negara tersebut dan perbandingan negara di Eropah. Di Thailand, Mesir dan Kemboja bagi penulis amatlah berbaloi untuk membeli belah tetapi di Eropah Ringgit Malaysia adalah jauh lebih rendah berbanding Pound Sterling (UK) dan EURO ( Europian Union).

London, United Kingdom


Bayangkan perasaan penulis apabila membeli terpaksa berfikir berulang kali nilai perbelanjaan iaitu RM 1.00 = 4.9 Pound = 4.3 EURO. Purata makan sekali iaitu 8 Euro = RM 34.40. Begitulah sekiranya ingin membeli cenderamata dan lain-lain barangan di negara Eropah. Tetapi atas nasihat rakan-rakan, jangan terlalu di fikirkan dan di nilai dalam ringgit, kalau tidak pening kepala untuk berbelanja.

Beberapa persediaan perlu di buat, pertama daripada segi kewangan, soal bajet makanan, cenderamata dan lain-lain. Persoalan agama seperti waktu solat( kerana siang lebih panjang di Eropah pada musim panas) dan arah kiblat perlu di bawa kompas arah Kiblat, kaedah musafir penerbangan( Penulis rujuk : http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/index.htm) . Soal pemakanan halal di sana, restoran Kebab Halal menjadi pilihan utama penulis. Soal suhu yang sejuk di sana walaupun musim panas. Semuanya menjadi keutamaan yang menjadi prioriti penulis.

Dalam penulisan berkaitan lawatan ini “ Road To Europe `11”. Penulis akan bahagikan kepada 4 Siri iaitu pada Siri 1 : Jelajah London ( United Kindom), Siri 2 : Jelajah Paris ( France), Siri 3 : Jelajah Brussel(Belgium), Siri 4 : Jelajah Amsterdam ( Belanda/ Netherland/Holland), Siri 5 Jelajah Cologne/Frankfurt ( Germany). Penulis tidak terlalu formal dalam penulisan dan akan bercakap mengenai sosio-budaya, sosio-ekonomi, rencam kepelbagai bangsa dalam masyarakat di Eropah dan hal-hal yang penulis rasakan sesuai untuk di kongsi.

Kota Fesyen, Paris. Penulis bersama Sdri Melissa bergambar kenangan.

Penulisan berkaitan akan di buat dalam 3 hari mendatang dalam kesempatan pada masa lapang di Kem Bari, Penarek, Terengganu kerana penulis bertugas sebagai guru pengiring sekolah bagi Perkhemahan Perdana Bulan Sabit Merah Peringkat Daerah Terengganu selam 3 hari bermula esok 21 Julai 2011.

Sekian, terima kasih.