Close

Mohd Fadzil

Tag: Guru

PDP PENGGUNAAN GADJET ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN ICT PENGGUNAAN GADJET ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Apakah yang dikatakan sebagai gadjet? Gadjet berasal daripada perkataan Inggeris iaitu GADGET yang bermaksud alat elektronik kecil yang mempunyai fungsi khusus.Dalam isilah yang lebih mudah ia adalah satu alat elektronik yang memiliki pembaharuan dari hari ke. Sebagai contoh Telefon Pintar, Tablet,  Ipad, dan banyak lagi. Banyak kajian telah membuktikan bahawa penggunaan komputer ataupun laptop dalam pembelajaran membantu meningkatkan pencapaian akademik murid terutamanya bagi subjek sains dan matematik.Sebagai contoh kajian yang dilakukan oleh Universiti John Hopkin mendapati murid lebih berminat untuk menghadiri kelas yang menggunakan komputer secara efektif dan jarang ponteng kelas. Malah mereka sudi memperuntukkan masa untuk belajar menggunakan komputer.
CADANGAN KAEDAH MENGAJAR MENGGUNAKAN GADGET
KONSEP FLIPPED CLASSROOM + APLIKASI GOOGLE SLIDE menggunakan gadget iaitu telefon pintar atau tablet dan dipancarkan secara  wireless menggunakan gadget chromecast. 

“Flipped classroom” ialah satu konsep pedagogi yang menggantikan kuliah dalam kelas dengan peluang-peluang pelajar untuk meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video dan bacaan terlebih dahulu.  Masa pengajaran satu hala berubah menjadi persekitaran pembelajaran bimbingan-inkuiri yang berpusatkan pelajar di mana pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti pembinaan pengetahuan, perbincangan kolaboratif dan penyelesaian masalah.
 Google Slide in Mobile

Dengan Google Slide, pelajar dapat membuat, mengedit, berkolaborasi, dan melakukan pembentangan di mana saja berada dengan menggunakan gadget seperti telefon pintar dan tablet. Chromecast dilancarkan oleh Google di mana ia membolehkan pengguna menjadikan TV sebagai alat yang mampu memberikan pelbagai kegunaan menghiburkan melebihi apa yang kita fikirkan. Dengan hanya tiga langkah mudah, Chromecast dapat digunakan oleh semua pengguna telefon dan tablet pintar yang menggunakan sistem operasi Android dan iOS. Ini kerana melalui peranti terbabit, anda boleh menghubungkan mana-mana kandungan dalam telefon, tablet atau komputer riba terus ke skrin TV atau projektor.


RANCANGAN MENGAJAR MENGGUNAKAN GADGET
Guru memberikan tajuk atau topik yang akan diajar kepada pelajar terlebih dahulu.  Pelajar akan meneroka dan mengkaji bahan-bahan yang di luar bilik darjah melalui klip video (Youtube) dan bacaan terlebih dahulu (Internet). Inilah yang dinamakan konsep  “Flipped classroom”.
Pelajar diminta menggunakan platform Google Slide untuk pembentangan tajuk-tajuk yang telah diberikan.  Pelajar dapat membuat, mengedit, berkolaborasi, dan melakukan pembentangan tajuk tersebut.
Gadget disediakan oleh pihak sekolah ataupun dengan kebenaran pihak sekolah pelajar membawa gadget untuk pembentangan tersebut.Di Bilik Khas atau Kelas yang mempunyai projektor atau TV dengan port HDMI, Chromecast dipasang. Gadget seperti telefon pintar atau tablet disambungkan ke chromecast secara wireless.
Pelajar melakukan pembentangan  menggunakan gadget tersebut secara wireless. Ini menjadikan pembentangan lebih menarik dan interaktif Guru bertindak sebagai fasilitator dan juga menggunakan gadget  untuk memberikan pandangan dan bimbingan dengan akses Google Slide tersebut diberikan kepadanya ( Share : Can Edit ) .
Kesimpulannya  pengajaran menggunakan gadget ini dapat dijadikan pemangkin  dalam menjayakan kaedah pengajaran Abad Ke-21 . Kesannya kepada masa depan pelajar adalah terbukti di luar negara dan itulah kunci kejayaan yang perlu diambil kira untuk merealisasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan gadget. Di Malaysia, kita harus merebut peluang yang terdapat dalam pembelajaran menggunakan gadget  untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran generik yang seharusnya ada dalam diri setiap pelajar  di Malaysia. 



Berikut merupakan contoh PdP yang pernah dilaksanakan di SMK Dato Usman Awang



Beban kerja guru dikaji semula – Menteri Pendidikan (Mahdzir)




KUALA NERANG: Bebanan kerja yang ditanggung lebih 500,000 guru di seluruh negara akan dikaji semula bagi memastikan ia tidak menjejaskan tugasan hakiki mereka sebagai pendidik. Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media selepas menghadiri majlis meraikan beliau sebagai Menteri Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa lalu. 


Beliau berkata, perkara yang akan dikaji hanya membabitkan kerja-kerja di luar tugasan hakiki seorang guru yang sebelum ini banyak menimbulkan rungutan.

“Ada rakan-rakan saya dalam kalangan guru bercakap mengenai perkara ini, jadi saya rasa perkara ini perlu dikaji supaya kita lebih jelas permasalahan sebenar yang dihadapi mereka dalam isu ini. “Kita akan cuba semak apakah bebanan yang dimaksudkan dan peratusannya…kajian ini tidak membabitkan tugasan hakiki guru, cuma kerja-kerja lain di luar tugas hakiki mereka,” katanya di sini, hari ini. 


Mahdzir selain itu mengesahkan tidak ada sebarang perubahan dari segi dasar pendidikan akan dilakukan pada masa ini kerana dasar sedia ada masih relevan mengikut keadaan semasa. “Selama ini dasar pendidikan tetap sama sejak tahun 60-an, 70-an dan hingga sekarang, cuma yang berlaku adalah penambahbaikan terhadap dasar itu mengikut kesesuaian zaman,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Menteri Pelajaran – Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid

Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja
Mahdzir Khalid
Mahdzir.jpg
Menteri Pelajaran

Mantan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air


Menteri Besar Kedah ke-9
Tempoh jawatan
28 Disember 2005 – 8 Mac 2008
Didahului olehDato’ Seri Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah
Diganti olehDato’ Seri Azizan Abdul Razak
Ahli Parlimen
untuk P30 Padang Terap Kedah
Tempoh jawatan
5 Mei 2013 – kini
Majoriti4,442 (PRU-13)
Lahir15 Disember 1960 (54 tahun)
Pokok SenaKedah
Parti politikBN-100px.jpg BNUMNO
PekerjaanTimbalan Menteri, Ahli Parlimen
AgamaIslam



Dato’ Seri Diraja Mahdzir Bin Khalid (Lahir 15 Disember 1960), merupakan Menteri Besar Kedah ke-8.


1 Kehidupan Awal
2 Keluarga
3 Pendidikan
4 Kerjaya
5 Politik
6 Menteri Besar Kedah
7 Anugerah


Kehidupan Awal
Beliau adalah anak sulong dari empat orang anak pasangan petani, Allahyarham Encik Khalid bin Yaakob dan Puan Che Dah binti Yaakob. Dilahirkan pada hari Khamis 25 Jamadil Akhir 1380 bersamaan 15 Disember 1960 di Kg. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.


Keluarga
Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta, Datin Seri Diraja Noraini binti Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan Allah dengan empat orang anak. Anak sulongnya, Sift Hajar (25 tahun ) seorang akuntan di KL. Anak‑anak yang lain adalah Mohd. Saddam (22 tahun)Pilot , Mahd. Sallehuddin (22 tahun) prnuntut di Australia dan Mahani (19 tahun) penuntut di kl.


Pendidikan
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena dan meneruskan pengajian menengah di SMK Pokok Sena dan SMK Dato’ Syed Omar, Alor Star, Kedah. Beliau membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1980 hingga 1984 dan bedaya mendapat ljazah B.A (Hons). Semasa di kampus USM, bakat kepimpinan beliau mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM (1981‑1982).


Kerjaya
Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani oleh kepimpinan negeri. Ini membawa beliau untuk berkhidmat dengan Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato’ Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato’ Seri Osman Bin Haji Aroff sebagai Pegawai Khas ( Pembangunan ) mulai tahun 1993 hingga 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Seranta, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mulai tahun 1998 hingga tahun 2000. Sepanjang tempoh bertugas di koridor kepimpinan Kerajaan Negeri dan Agensi Persekutuan ini, beliau dapat menyelami kehidupan rakyat dan masa depan negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan beliau terus menyerlah apabilla dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mulai tahun 2000 hingga Mac 2004.


Politik
Dari segi politik, beliau merupakan bekas Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah dan pemah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pokok Sena. Sekarang, beliau adalah ahli UMNO cawangan Kampung Padang Kerasak, Padang Terap dan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap. Dato’Mahdzir bin Khalid juga merupakan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Darul Aman.


Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dato’ Mahdzir bin Khalid melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional bagi kerusi DUN Pedu. Selepas memenangi kerusi DUN berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (EXCO) mulai 28 Mac 2004 dan diamanahkan Portfolio Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi Negeri.


Menteri Besar Kedah
Apabila Y.A.B Dato’ Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah cuti sakit, Dato’Mahdzir bin Khalid telah diberi kepercayaan untulk memangku jawatan Menteri Besar Kedah selama tiga bulan mulai 17 Julai 2005 hingga 16 Oktober 2005. Tempoh pemangkuan tersebut dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga 16 Januari 2006 dan atas kepercayaan YAB Perdana Menteri serta perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ke ‑ 9 pada 26 Zulkaedah 1426 Hijrah bersamaan 28 Disember 2005.


Anugerah
Kerana jasa dan pengorbanannya, beliau dianugerahkan darjah den pingat kebesaran iaitu Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 2003 dan Bakti Khidmat Masyarakat (BKM) pada tahun 1996.

Sumber : Wikipedia

KOMPILASI DOKUMEN FAIL PPPB

Imej hanya contoh

BAB 0 : COVER FAIL & SEPARATOR

BAB 1 :PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB



– CURRICULUM VITAE 


– FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA & PPPM 


– SKOP KERJA – FAIL MEJA GURU MP, FAIL MEJA GURU KELAS DLL IKUT JAWATAN 


– SASARAN KERJA TAHUNAN – TEMPLATE






BAB 2 : PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


– MATLAMAT PENGAJARAN/ KEPIMPINAN MASA HADAPAN 


– CADANGAN AKTIVITI 


– PENYERTAAN DALAM AKTIVITI PPB 






BAB 3 : SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/PROFESION


– SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 


– SUMBANGAN KEPADA JPN,PPD,KPM 


– PENULISAN/PENERBITAN 


– 


BAB 4 : BAHAN BUKTI DALAM PDP/KEPIMPINAN
– SUKATAN MP, RANCANGAN MENGAJAR DAN PENILAIAN, PERANCANGAN STRATEGIK 


– CONTOH HASIL KERJA.




BAB 5 : PENILAIAN PDP/KEPIMPINAN


– BAHAN BUKTI KEBERKESANAN PENGAJARAN/KEPIMPINAN 


– RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN/KEPIMPINAN 


– MAKLUMBALAS DAN PENILAIAN DARIPADA MURID/KETUA JABATAN




BAB 6 ANUGERAH/PENCAPAIAN


– ANUGERAH PERKHIDMATAN 


– ANUGERAH DALAM PDP/KEPIMPINAN DLL 


– JEMPUTAN UNTUK KONSULTASI,BENGKEL,PENULISAN DLL



DOWNLINK LINK DI BAWAH



Fail yang di download dalam format WINRAR. Kene extract dulu. Kene ade software Winrar. Jika tiada ;


Download dulu disini dan install.


http://www.mediafire.com/?mw4x0fq4hx0ldhq 


Kemudian guna software winrar utk extract file yang download tadi.




Cara guna WINRAR tengok sini ; http://salam-ukhwah.blogspot.com/2011/08/cara-guna-winrar.html




Sekian Terima Kasih

* Fail-Fail di dalam ini adalah komplikasi yang dikumpul. Sekiranya pemilik-pemilik asal mana-mana fail menyedari perkara ini boleh berhubung dengan saya untuk saya kredit nama anda di artikel ini. Maaf kerana tidak tahu sumber asal fail-fail yang ada kerana proses pengumpulan terlupa membuat rujukan asal link. 
____________________________________________________________________________

Sebagai tanda terima kasih anda boleh tekan LIKE di bawah ini ;




Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page. _____________________________________________________________________________

DESIGN UNTUK KELAS 2015

JADUAL WAKTU


JADUAL BERTUGAS MURID




DOWNLOAD SOFTCOPY (GOOGLE DRIVE)

(1) Install font terlebih dahulu untuk mengekalkan design template. 

CARTA ORGANISASI KELAS




VISI


MISI


OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


5 ASPIRASI PENDIDIKAN & 6 ASPIRASI MURID




11 ANJAKAN PPPM




SEKIAN, TERIMA KASIH

Panduan Cetak/Print Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid (MPPPM)

PANDUAN INI UNTUK CETAK/PRINT MPPPM DALAM PAPARAN SATU KERTAS A4.

(1) Buka MPPPM anda. Dapatkan paparan penuh kesemua perkara yang ingin di cetak dengan melaras peratus zoom % Excel anda.



(2) Sekarang anda telah melihat kesemua paparan yang ingin dicetak. “HIGHLIGHT” semua maklumat yang ingin dicetak sahaja.




(3) Ikuti langkah-langkah seperti gambar dibawah. 
      >PAGE LAYOUT>Margins>Narrow
      > Scale mengikut kesesuaian pada %  mengikut kesesuian jumlah TAJUK/TEMA. Dalam contoh ini adalah KH-KT yang mempunyai 8 tajuk Scale paling sesuai adalah 35%. Jika  subjek lain, kemungkinan  pelarasan % scale ini perlu dibesarkan atau dikecilkan mengikut kesesuaian yang  dapat dilihat dalam “print preview” nanti.





(4) Print/Cetak. Pergi bahagian Settings. 
 > Pilih “Print Selection” 
 > Pastikan Margin ialah ” Narrow Margins” 
 > Semak Jumlah M/S. Jika “1 of 1” bermakna cetakan adalah dalam 1 kertas A4 Sahaja. Jika tidak sila laraskan scale kembali dan lihat print preview kembali.




(5) Langkah ini jika pelarasan scale perlu dilakukan kembali.




Jika tiada masalah CETAK dan SELESAI.

Tq.