Close

Mohd Fadzil

Tag: Pengalaman Guru

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI KALI KEDUA TAHUN 2012 ( POSTING 23 MEI 2012 )


AMARAN, PENGIRAAN DI BAWAH ADALAH ANALISA PENULIS BERDASARKAN

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2012
IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI KALI KEDUA TAHUN 2012

SILA DOWNLOAD DAN RUJUK PADA LINK DI BAWAH ;

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2012/pp122012.pdf

_________________________________________________________________________

CONTOH
PENGIRAAN
IMBUHAN
TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI KALI KEDUA TAHUN 2012

Contoh 1: Pelantikan Baru Dan Telah Menerima Imbuhan Tahunan Pada
Ogos
2012



En.
Fadzil  telah dilantik sebagai Pegawai Pegawai
Pendidikan Siswazah  pada 23 Mei 2012
dengan gaji permulaan sebanyak RM2,222.94. Beliau telah menerima Imbuhan
Tahunan sebanyak RM500.00 pada Ogos 2012.
Pengiraan
kadar kelayakan Imbuhan Tahunan bagi pegawai adalah seperti berikut:

= [ Jumlah patut terima – Jumlah telah terima ] / 2

= [ ( 1.5 x gaji bulan Disember 2012 x { Bil. Hari berkhidmat / 366} ) – (
Jumlah diterima pd. Ogos 2012 ) ] /2

= { ( 1.5 x RM2222.94 x { 223 / 366 } ) – ( RM500.00 ) } / 2

= [ RM1986.06 – RM500.00 ] / 2

= 2031.62 / 2

= RM765.81

* 223 hari adalah  anggaran hari berkhidmat  daripada 23 Mei 2012 hingga 31 Disember 2012.

Berdasarkan pengiraan didapati kelayakan Imbuhan Tahunan (jumlah patut terima)
bagi tahun 2012 adalah sebanyak RM1,986.06. Imbuhan Tahunan yang telah diterima
pada bulan Ogos 2012 adalah RM500.00. Sehubungan itu, baki Imbuhan Tahunan yang
akan dibayar adalah RM1,486.06 dan dibayar 2 kali iaitu
RM765.81 pada bulan Disember 2012 dan RM765.81 pada bulan Januari 2013.




a Sekiranya
jumlah patut terima kurang daripada RM1,500.00, pegawai layak dibayar minimum
RM1,500.00

b350
hari – Bilangan hari berkhidmat dari 17 Januari 2012 hingga 31 Disember 2012
c366
hari – Bilangan hari dari 1 Januari hingga 31 Disember 2012 termasuk Hari Rehat
Mingguan, Hari Kelepasan Am dan cuti-cuti yang melayakkan gaji

Sekian, Terima kasih.


LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU ( PPGB )

LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)






LAPORAN INI BERDASARKAN ISI KANDUNGAN DI BAWAH


ISI KANDUNGAN


BAB
KANDUNGAN
M/S
1.0
Biodata Guru Baharu
1.1 Maklumat Diri
1.2 Pengalaman/Kemahiran
1.3 Lampiran :
 (i) 
Salinan Surat Penempatan/Lantikan
 (ii)  Salinan Borang Pengesahan
Melapor Diri
 (ii) 
Salinan Borang Maklumat Diri
 (iv) Salinan Sijil-Sijil Akademik dan
Ikhtisas
1 – 38
1
2 – 3
4 – 5
6
7
8 – 17
2.0
Profil Sekolah
2.1 Maklumat Asas Sekolah
2.2 Logo, Misi, Visi dan Piagam Sekolah
2.3 Carta Organisasi
2.4 Lampiran :
(i) Pelan Sekolah
(ii) Takwim Sekolah
18 – 38
18 – 19
20 – 21
22 – 23
24 – 25
26 – 38
3.0
Senarai Jawatan Dan Bidang Tugas Guru Baharu
3.1 Jawatan Kurikulum
3.2 Jawatan Kokurikulum
3.3 Jawatan Hal Ehwal Murid (HEM)
3.4 Jawatan Pengurusan dan Pentadbiran
3.5 Tugas-Tugas Lain
3.6 Lampiran
(i) Carta Organisasi Panitia Mata Pelajaran, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
(ii) Jadual Waktu Mengajar/ Jadual Aktiviti
39 – 43
39
39
39
39
39
41 – 42
43
4.0
Laporan Fasa Orientasi
4.1 Laporan Harian/Mingguan (LAMPIRAN A)
4.2 Lampiran :
(i) Bahan Edaran
(ii) Pamphlet/Brosheur/Buku Program
44 – 124
44 – 124
5.0
Laporan Aktiviti Pementoran
5.1 Laporan Aktiviti/Sesi Perjumpaan@Bimbingan/Program (LAMPIRAN C)
5.2 Laporan Kajian Tindakan (LAMPIRAN B)
5.3 Lampiran
(i) Bahan Edaran
(ii) Risalah/Buku Program
125 – 158
125 – 142
143 – 158
6.0
Refleksi Dan Penilaian PPGB
6.1 Refleksi Umum ( pandangan, perasaan, harapan, dan lain-lain )
6.2 Kekuatan/Kelemahan/Kekangan/Halangan/Isu-isu Berbangkit
6.3 Cadangan
159 – 160
159
159
160

DOWNLOAD KESELURUHAN LAPORAN : 

(1) GOOGLE DRIVE  

DOWNLOAD ALL .WINRAR

(3) MEDIAFIRE LINK

http://www.mediafire.com/?578d3ffw2nbhw75

Selepas siap download ; Extract guna WINRAR
_______________________________________________________________

Download mengikut folder ( Bagi yang menghadapi masalah download All)
>> Klik Folder-folder dibawah




_____________________________________________________________________
_______

Sebagai tanda terima kasih anda boleh tekan LIKE di bawah ini ;




Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page. _____________________________________________________________________________


Untuk mendapatkan panduan FORMAT Sila Download CD PPGB di link ini ;


http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/program-pembangunan-guru-baharu-ppgb.html


Terima Kasih.

LANGKAH – LANGKAH MENJADI GURU KALI PERTAMA

LANGKAH – LANGKAH MENJADI GURU KALI PERTAMA


Urusan pertama ;

(1) Serahkan Dokumen – dokumen yang sekolah kehendaki. Cth di ;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/dokumen-dokumen-untuk-penempatan-guru.html

Senarai SPP minta,

Senarai semak tersebut :
http://www.mediafire.com/view/?jwqjs06c9o8rm63

1. Surat setuju terima tawaran pelantikan
http://www.mediafire.com/view/?xm1w6tkx1kc6ua9
2. Surat akuan sumpah* (ini kena print atas kertas warna putih)
http://www.mediafire.com/view/?fiinaq182rxu5ps
3. Surat Aku Janji* (ini kena print atas kertas warna kuning cair)
http://www.mediafire.com/view/?2nxqb95c5398f83
4. Borang pemeriksaan perubatan (print bermula lampiran B sahaja)
http://www.mediafire.com/view/?11dbb42ekbd4my0
5. Kew-8 (kna abaikan, itu keje kerani)
6. Salinan ijazah n transkrip

(2) Daftar ( wajib) untuk sistem keselamatan penjawat awam di ;

http://evetting.cgso.gov.my//login.php

(3) Kemaskini maklumat kita untuk  ;

http://apps.moe.gov.my/eoperasi/

(4) Untuk Kursus Induksi boleh rujuk JPN Negeri masing-masing.

Cth sy di Johor ;

Kursus Induksi merujuk :

(1) KISSM = Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia
(2) PTM = Program Transformasi Minda
*kemungkinan terbatal sebab SBPA terbatal

Mohon Online ;

http://ppdpgudang.edu.my/ulks/

* Tetapi kene tunggu dahulu kerana No. Gaji dan No. Fail JPN masih tiada.


Urusan kedua ;

(1) Dapatkan CD PPGB di sekolah atau download di ;

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/program-pembangunan-guru-baharu-ppgb.html

(2) Siapkan Folio PPGB

(3) Siapkan Buku Rekod

(4) Dapatkan Jadual Mengajar dan Pesediaan Mengajar.


Urusan Ketiga

(1) Untuk kursus ;Update ngan SU LADAP sekolah.
http://apps.moe.gov.my/splg/index.cfm

*Pilihan jika berminat

(2) Pendaftaran Yayasan Guru Malaysia Berhad

http://www.ygmb.com.my/index.php/profil-ygmb/ygmb/keahlian-ygmb

(3) Pendaftaran NUTP –  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) 

http://www.nutp.org/new/ms/Pendaftaran

Macam mana untuk mendaftar sebagai ahli KPPK ?

  • Muat turun dan cetak Borang Pendaftaran Ahli dari KPPK online.
  • Isi borang dan hantar dengan salinan penyata gaji dan kad pengenalan anda.
  • Anda juga boleh mendapatkan Borang Pendaftaran Ahli dari Ibu pejabat KPPK atau cawangan di seluruh negara.
  • Hantarkan borang siap diisi ke cawangan KPPK yang terdekat
  • Jangan hantar wang kepada kami kerana pembayaran secara pemotongan gaji melalui Angkasa.

Cth ;

Wisma KPPK, 1-11, Tingkat 1 & 2
Jalan Indah 2, Taman Indah, Sungai Abong
84000 Muar, Johor
Tel : 06-9512030 / 9542030
Fax : 06-9520288
E-mail : nutpjoh@tm.net.my
Laman Web : www.kppkjohor.net.my

Sekian, Terima kasih.

Sebak & Terharu : Pengalaman Guru Di Pedalaman

Sebak & Terharu : Pengalaman Guru Di Pedalaman

Memandangkan khabar angin yang mengatakan bakal-bakal guru bujang kebanyakan akan di hantar ke Sabah dan Sarawak.  Penulis terasa agak gundah gulana, kerana memikirkan beberapa perkara. Pertama adalah mengenai keluarga, kedua mengenai kesukaran dalam urusan rumahtangga kemudian hari jika berkahwin dan terakhir adalah mengenai keselesaan dan kemudahan.

Mungkin bagi sahabat-sahabat memikirkan guru haruslah sanggup berkorban. Benar, penulis bersetuju tetapi kerana kehidupan sebelum ini adalah zon selesa bagi penulis, tidak terfikir jika penempatan penulis nanti tiada kemudahan internet, elektrik mahupun air bersih.  Inilah yang menjadi igauan penulis ketika ini bagi menunggu penempatan.

Seperti biasa, Allah S.W.T adalah tempat penulis mengadu dan mencari ketenangan. Berkongsi perasaan dengan sahabat yang juga senasib menunggu. Mendengar kata-kata orang lain juga adalah ubat yang mujarab.

” Kita bersangka baik dengan ketentuan hidup, InsyaAllah perkara yang kita fikirkan buruk bagi kita, mungkin hikmahnya adalah kebaikan kepada kita sebenarnya”  Bersahaja sahabat saya cuba menenangkan perasaan saya ini.

Sudah menjadi satu kemestian penulis cuba menukar persepsi dalam minda dengan mencari-cari pengalaman dan maklumat orang-orang terdahulu. Penulis nukilkan kembali apa yang dapat memberikan penulis perasaan yang baik dan meningkat moral penulis bersedia untuk situasi yang paling sukar. Sebak dan terharu mendengar kisah guru-guru ini. Adakah penulis juga sekuat mereka?

_______________________________________________________________________________

Pernahkah kalian merasai betapa agungnya pengorbanan seorang guru. Baru-baru ini, penulis berpeluang menonton dvd [ terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan
]– kisah guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman. Semakin
menonton, semakin sebak memikirkan betapa mulia dan beratnya tugas
mereka.



Cikgu Azli, SK Abuan, Sabah

” Saya bertugas di SK Abuan, jaraknya sejauh 300
kilometer dari jalan darat. Tiada jalan lain, melainkan mesti melalui
jalan sungai. Dengan menggunakan jalan sungai, saya menaiki perahu yang
mengambil masa selama 1 hari. Jika cuaca buruk, ia akan mengambil masa
selama 2 hari. “

” Apabila bertugas di sini barulah saya mengerti apakah maksudnya itu sepi.
Saya pernah berseorangan tinggal di kawasan sekolah ini sendirian. Ini
kerana semua guru di sekolah saya pergi berkursus. Selama itulah saya
bersendirian. Saya seorang yang mengajar dari tahun 1 hingga tahun 6.
Dengan menggunakan lampu minyak tanah. Pandang kanan, nampak dinding.
Pandang kiri nampak meja. Hanya mampu bercakap dengan kucing sajalah. “

Lampu dan tenaga elektrik sangat penting dan cukup berharga. Tetapi,
kami di sini hanya dapat menggunakan dua jam sehari. Semuanya memerlukan
bekalan minyak. Perlu berjimat, siapa pula mahu pergi sejauh 300
kilometer membeli minyak, bergadai nyawa melalui air deras?. “



Di sini lah saya belajar mencari sayur-sayur hutan. Saya belajar
menanam padi huma. Saya belajar menyelam. Bila penat, bermain air
bersama anak murid. Bila bosan tengok gambar. Tipulah kalau saya katakan
saya tidak menangis. Saya risaukan ibu saya.”


Tetapi, bila saya ingatkan tanggungjawab saya, dan cabaran saya tabahkan
hati. Sedari tidak, sudah lebih dua tahun saya di sini. “

Saya kasihankan cikgu, sanggup bersusah payah” Rashid



Robert Gubat
SK Buayan, Penampang,
Sabah

” Apabila saya mendapat surat, yang mengatakan saya akan bertugas di SK Buayan,
hati rasa resah dan gelisah kerana tidak pernah mendengar nama sekolah
tersebut. Apabila bertanya orang, orang pun menjawab sekolah itu sangat
jauh.”


” Memang sangat jauh. Kerana untuk sampai ke sekolah tersebut perlu BERJALAN selama 8 jam. Tiada jalan lain, hanya melainkan dengan berjalan kaki sahaja. Perasaan saya takut, dan bercampur baur. Saya pun mendaki bukit dan menyeberangi sungai. “



Pernah hampir semua pakaian saya dihanyutkan air. Baju yang dipakai pun
basah. Saya pernah rasa mahu menangis. Dan, waktu kali pertama saya
sampai, saya jatuh ke dalam sungai. “


Walau bagaimana pun, sudah bertahun saya bertugas di sini. Saya berharap
akan terus berada di sini, menyumbangkan bakti kepada anak bangsa.
Tiada siapa yang boleh diharapkan, kerana itulah tugas saya sebagai
seorang guru. “

Johnny Wannie
SK Saliran, Nabawan, Sabah


” Pertama kali saya mendengar saya akan bertugas di sana, saya pun menjadi takut. Tetapi, saya kuatkan semangat. Dari pekan Nabawan
kami, menaiki kenderaan pacuan empat roda selama 2 jam, menyusri jalan
tanah merah. Setibanya di jeti, hati lagi berasa takut dengan air sungai
dan waktu ketika itu banjir. Kami pun menyewa bot, dan meneruskan
perjalanan. Kira-kira sudah hampir dua jam kami berehat di tebing
sungai.”

” Saya memberanikan diri, bertanyakan kepada penunjuk jalan. ” Kita sudah sampaikah? ” Oh cikgu, masih jauh lagi. Masih lagi separuh jalan, cikgu


Hati saya lagi berasa sangat sedih, tetapi saya tabahkan hati saya.
Memang saya tidak menyangka saya akan bertugsa sejauh ini. Antara
pengalaman pahit saya pernah tidur di tepi sungai pada waktu malam,
untuk berehat kerana perjalanan masih lagi jauh.”

” Saya sudah tiga tahun bertugas di sini, dan saya berhasrat untuk terus berkhidmat di sini. “

Sekian, Terima kasih.