Close

Mohd Fadzil

Tag: Resipi

RESIPI ; SOTO “IBU SAYA”

RESIPI
; SOTO “IBU SAYA”


Dah lama x kemaskini blog ni. Memandangkan sekarang ni cuti raya, maka kat umah ibu penulis mestilah meriah dengan sesi masak memasak. Penulis sebenarnya nak simpan resipi ni untuk diri sendiri. Letak kat blog ni, nanti boleh cari balik. Mesti pengunjung yg datang ni banyak tengok pasal hal ehwal pendidikan yg penulis postkan sebelum ni. Jadi  penulis ingin ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Senyum Sokmo !!!!!
BAHAN-BAHAN ( SOTO )

(1)
BAWANG BESAR 1 KILO

(2)
BAWANG MERAH 1 KILO
(3)
BAWANG PUTIH ½ KILO
(4)
HALIA 6CM
(5)
SERAI 6 BATANG’
(6)
GARAM KASAR
(7)
MINYAK MASAK”
(8) PERENCAH SOTO 2 BUNGKUS
(9)
AYAM SEEKOR ( POTONG 4 )
(10)
KENTANG 1 KILO
(11)
DAGING KISAR RAMLY 1 BUNGKUS
(12)
TELUR 5 BIJI
(13)
TEPUNG GANDUM
(14) DAUN SUP+DAUN BAWANG RM1.00
(15)
PAKET NASI IMPIT ( 33 PAKET KECIL MINI)
(16) DAUN PANDAN
(17)
KICAP MASIN DAN MANIS
(18)
CILI PADI RM1.00
(19) GULA
(20) TAUHU PUTIH 4 KETUL
(21) SOO
ONN
(22) KACANG GORENG
(23) IKAN BILIS
(24) BAWANG
GORENG
(25) TEMPE
(26) MEE KUNING

(A) RESIPI NASI IMPIT

(1) RENDAM
DALAM AIR SETENGAH JAM.

(2)
BASUH DAN SALIN AIR TERSEBUT.
(3) REBUS NASI IMPIT DALAM 3 ATAU 4
JAM.
(4)
MASUKKAN DAUN PANDAN.
(5) SETELAH MASAK, SEJUKKAN, UNTUK CEPAT
BOLEH RENDAM DALAM AIR.

(B) RESIPI KUAH SOTO ( 1 PERIUK
BESAR)

(1) *BAWANG PUTIH 4 BIJI

(2)
*BAWANG MERAH 2 BIJI
(3) *HALIA 6 CM
– Kupas dan tumbuk hingga
lumat.
(4) *SERAI 6 BATANG
– Bersihkan dan tumbuk sedikit.
(5)
*Perencah Soto 1 bungkus.
– Campurkan bersama air dan gaulkan
dalam besen.
(6) Ayam seekor (potong 4 drpd kedai)
– Bersihkan
dan potong sedikit ikut kesesuain.

Cara Masak ;

(1)
Sediakan periuk besar. Masukkan sedikit minyak dan panaskan.
(2)
Tumis semua bahan bertanda * .
(3) Bubuh air dlm periuk mengikut
kesesuain dan keperluan.
(4) Bubuh garam kasar secupak tangan
kemudian rasa dan tambah garam secukup rasa.
(5) Masukkan ayam
yang telah di potong tadi.
(6) Masukkan bawang besar sebiji yang
telah dipotong mayang bulat2.

(C) RESIPI PEGEDIL

(1) 7
BIJI KENTANG DIKUPAS DAN DIPOTONG DUA.


Di goring sekejap dan ditumbuk.
(2)
DAGING KISAR SEKEPING
– Digoreng sekejap.

Cara
masak ;

(1) Campurkan kedua-dua bahan diatas.
(2) Campurkan
garam secukupnya.
(3) Tepung gandum secukupnya ( 7 sudu besar)
(4)
Rempah soto 2/8 dicampurkan,
(5) Masukkan daun sup+daun bawang yan
dah dihiris2 halus.
(6) Gaulkan semua bahan tersebut dalam
bekas.
(7) Bentukkan bulat2 sehingga menjadi bentuk pegedil.
(8)
Letakkan pegedil yg telah siap ke dalam bekas yang berisi telur yg
telah dipukul.
(9) Goreng sekejap sehingga kekuningan.



(D) RESIPI
SAMBAL KICAP

(1)
CILI PADI DIBUANG TANGKAI DAN DIBERSIHKAN.
(2) 2 BIJI BAWANG
PUTIH
– Goreng kedua2 bahan tanpa air sekejap.
(3) MASUKKAN
KICAP SECUKUPNYA.
(4) MASUKKAN GARAM DAN GULA SEDIKIT.
(5)
BLANDER KESEMUA BAHAN DAN DIMASUKKAN SEDIKIT AIR.
(6)
SIAP.

(E) RESIPI HIDANGAN SOTO.

(1) TAUHU PUTIH DIGORENG,
SELEPAS ITU DIPOTONG2 KECIL.
(2) SOO ONN DI GORENG SEHINGGA
KEMBANG

(3)
KACANG DIGORENG
(4) IKAN BILIS DIGORENG
(5)
BAWANG GORENG
(6) TEMPE DIGORENG
(7)
ISI AYAM DISIAT2 YG DIAMBIL DRPD REBUSAN AYAM DALAM SUP SOTO.
(8) MEE KUNING DICELUR SEKEJAP


Sekian, Terima Kasih.

Santai Dengan “Garlic Bread”

Santai Dengan “Garlic Bread”

Malam ni kul 2( Ops.. pagi ) , penulis nak berkongsi resipi. Penat asyik berceloteh isu berat-berat sebelum ni. Topik kali ni perkara asas manusia iaitu makan. Bercakap tentang makan ……. bagi orang yang minat memasak…. satu kepuasan kepada diri untuk merasa air tangan sendiri dan berkongsi dengan rakan-rakan.


Tak nak cakap panjang ni menu dia ;

Bahan-bahan:

* Roti Perancis – agak2 la korang nak buat berapa byk. Roti biasa pn ble tp
nipis jadinyer (alternative pada yg tak jmp roti jenis2 perancis neh)

Ni la Roti Perancis bagi yang x kenal….. Penulis beli kat Carrefour Batu Pahat, Rm1.60 jer

* Butter / Marjerin / Mentega
* Bawang putih – agak2 la nak buat berapa banyak
* Oregano sket

Ni Oregano bagi yang x kenal. Beli kat carrefour jugak, Rm9.00

Cara-caranya:

* Potong nipis roti perancis tuh – agak2la berapa byk korang nak kan..
* Sapukan mentega
* Bawang putih tuh bakar atau goreng tanpa minyak. Pastu korang tumbuk lumat. (Sesape yang rajin, korang cincang halus bawang tuh then
korang goreng tanpa minyak)
* Sapukan bawang tadi pada roti yg dah diletakkan marjerin
* Tabur oregano sket (fungsinyer tuk naikkan bau)
* Bakar kat kuali sampai garing (kalau malas letak jek dalam oven..hehehe..)

Tadaaa…..dah siap….. =)